(1 vote, average 5.00 out of 5)

Kursus Intensif Kewangan & Perbankan Islam  

( Huraian Yang Dipermudah Bagi Orang Awam ) 

T a r i k h   d a n   M a s a

24 Februari 2007 (Sabtu)

06 Safar 1427 H

O b j e k t i f

1- Mendedahkan displin Islam dalam hal kewangan secara umum dan praktikal.

2- Menjelaskan pengertian Riba dan bentuknya dalam konteks semasa di Institusi kewangan semasa.

3- Menjelaskan beberapa asas utama dalam pelaburan halal.

4- Pendedahan fenomena harta haram tanpa sedar. Seperti kes gaji, hadiah buat pegawai, kerja lebih masa dan sebagainya.

5- Menjelaskan secara ringkas dan padat akan perbezaan amalan bank Islam dan konvensional.

6- Menyentuh dan menjawab beberapa isu semasa berkaitan perbankan Islam seperti kadar di perbankan Islam yang dikatakan lebih tinggi berbanding Konvensional dan lain-lain.

7- Mendedahkan kepentingan kontrak atau aqad di dalam kewangan Islam.

8- Memperkenalkan beberapa bentuk produk perbankan Islam.

A n j u r a n

Pusat Pengajian At-Tibyan.

T e m p a t

Dewan Seminar, Masjid Sayyidina Umar,

Bukit Damansara, Kuala Lumpur

H a d   B i l a n g a n   P e s e r t a 

Seramai 300 orang sahaja.

Y u r a n  

RM 75 sahaja ( Harga Pengenalan)

* Untuk pengetahuan pembaca, menurut kebiasaan di Malaysia, yuran kursus kewangan sebegini dianggap amat komersial dan yuran paling rendah adalah di sekitar RM 150-200 ( bagi satu sesi dalam beberapa jam) dan yang paling tinggi adalah sekitar RM 20,000 seorang untuk satu kursus 3-4 hari dengan topik dan isu yang hampir sama malah adalakalanya lebih ringkas.

* Justeru harga sebegini adalah khas untuk memudahkan masyarakat Malaysia di samping kos-kos kertas kerja, dewan dan makanan. Tiada sijil disediakan kerana kursus ini lebih cenderung kepada penyebaran ilmu untuk amalan sendiri sahaja, dan tiada peperiksaan.

* Pembayaran yuran mestilah dibuat sebelum kursus. Pembayaran semasa kursus tidak dibenarkan.

* Pembayaran boleh dibuat menggunakan 'bank in' melalui internet banking atau di kaunter bank dan sebagainya ke akaun :

1) Bank Islam Malaysia Berhad ( 14041010047603 )

 atas nama Pusat Pengajian At-Tibyan

2) Maybank ( Wadiah ) - ( 164017071347 )

atas nama Zaharuddin Abd Rahman

P e n d a f  t a r a n 

Sila hubungi 019-388 5486 , 019-6096 117 atau 017-681 7810  atau email ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

pendaftaran ditutup pada 22 Februari 2007

P e m b e n t a n g   M o d u l

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Kelulusan

T a j u k   &   P e n g i s i a n

Semua pembentangan dan kertas kerja dibuat dalam Bahasa Malaysia.

Topik 1             :           Displin Islam Dalam Bab Kewangan.

Topik 2             :           Perbezaan Perbankan Islam & Konvensional

Topik 3             :           Pelbagai Isu Perbankan & Kewangan Islam.

T e n t a t i f   P r o g r a m

07.30 pagi                    : Pendaftaran peserta

08.30 pagi                    : Diskusi Topik 1                                                               

10.30 pagi                    : Sesi Soal Jawab

11.00 pagi                    : Rehat dan Minum Pagi

11.30 pagi                    : Diskusi Topik 2

12.30 tgh                      : Sesi Soal Jawab

01.15 tgh                      : Rehat, Solat Zohor dan Makan Tengahari

02.15 ptg                     : Diskusi Topik 3

03.30 ptg                     : Sesi Soal Jawab

05.00 ptg                     : Jamuan Ringan dan Kursus Tamat

P e n u t u p 

Akhirnya, adalah diharapkan program ini akan mampu menjana ilmu yang amat berguna buat seluruh peserta dan juga dapat melahirkan generasi yang cintakan urusan kewangannya selamat dan halal. Kesan dari harta yang halal pastinya mampu menjadi nukleus ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang beridentiti Islam tulen. InsyaAllah

Sekian,