Utama arrow Lelaki & Wanita arrow a) Mestikah turuti tanda dari Istikharah ? b) Bagaimana ingin menebus dosa zina (Mei 2006-1).
a) Mestikah turuti tanda dari Istikharah ? b) Bagaimana ingin menebus dosa zina (Mei 2006-1). PDF Print
User Rating: / 20
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 01-07-2006 13:10
Views 26560    
Favoured 37

Untitled Document
Jawapan Untuk Soalan Agama Majalah I

 

Download the original attachment

Soalan 1.

Assalamualaikum

Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas atas kejayaan pihak penerbit untuk menwujudkan ruang soal jawab agama, yang diharapkan dapat memenuhi tuntutan ummah untuk mendapatkan kefahaman Islam yang jelas dan tulin.

Soalan saya berkisarkan tentang solat istikharah. A telahpun berjanji untuk melamar B. Hal ini telah pun membawa kepada perkenalan pihak keluarga antara kedua-dua pihak, sekaligus memberikan harapan besar kepada B. Namun, apabila A melakukan solat istikharah, hasilnya B bukanlah jawapan dari istikharah tersebut. Akhirnya A memutuskan untuk membatalkan janjinya.

Soalan saya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan keputusan istikharah kita? Sedangkan tindakan A mungkin mendatangkan kemudaratan emosi kepada B dan keluarganya. Adakah wajib untuk kita menuruti petunjuk dari istikharah?

 

-Ingin tahu-

Untitled Document

 

Jawapan :

Istikharah adalah merupakan suatu doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau solat sunat dan diikuti oleh doa.

 

Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout), Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa : “ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.

Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi.

Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.”

 

 

Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”

 

Perlu juga diingat bahawa :-

 

Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).

Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)

Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah.

 
 

Cuma tidak di nafikan bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah, ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut “..berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi.

Mengutamakan keputusan istikharah perlu diutamakan dalam hal ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap wajib. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh Ahmad Kutty (Senior Lecturer/Imam di Islamic Institute, Toronto). Menurut As-Syawkani, Imam An-Nawawi juga cenderung kepada perlunya seseorang meredhakan dirinya untuk menerima keputusan istikharah yang dibuat. ( Naylul Awtar, 3/71)

 
 

Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)

 

Persoalan keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah pertemuan dengan pihak keluarga dibuat. Dalam hal di atas, kelihatan istikharah dibuat tidak pada masanya. Wallahu ‘alam, dalam keadaan ini perbincangan dan penjelasan antara pihak terlibat perlu dibuat dengan baik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Bagaimanapun, pada hemat saya, ia perlu bergantung kepada sejauh mana kekuatan petunjuk istikharah itu, dan adakah ia benar-benar kuat agar berpisah atau masih samar-samar kurang jelas. Implikasi sehingga menyebabkan mudarat mental kepada keluarga yang satu lagi juga patut di ambil kira. Bagaimanapun, jika petunjuk kuat dan tepat, maka ia perlualah diutamakan. Wallahu a’lam.

 
 

2. Saya pernah berzina beberapa tahun dahulu dan sekarang saya benar-benar menyesal atas keterlanjuran tersebut. Saya selalu bertaubat memohon keampunan kepada Allah. Tetapi saya tidak yakin adakah taubat saya benar-benar diterima, kerana jika mengikut hukum hudud bererti saya perlu menjalani hukuman sebat sebanyak 100 kali.

 

Untuk menggantikan hukuman tersebut, perlukah saya menyerah diri kepada pihak berkuasa, supaya dihukum setimpal dengan hukuman yang dijalankan oleh pemerintah pada masa ini? Saya benar-benar menyesal dan ingin bertaubat bersungguh-sungguh. Harap ustaz dapat membantu saya.
 

Jawapan :

 

Tahniah kepada saudara kerana telah insaf dan ingin benar-benar bertawbat. Untuk menjawab soalan ini, pertama saudara perlu mengetahui amat besarnya dosa zina dan mestilah dengan segera bertawbat terutamanya ke ketika tiadanya hukuman hudud dilaksanakan di Malaysia.

 
Hukuman zina terdapat dengan jelas di dalam surah An-Nur ayat 2) Bagaimanapun, tindakan menyerah diri kepada pihak berkuasa pada hemat saya tiadalah gunanya di sisi Allah SWT, kerana undang-undang yang ada hari ini hanya memperuntukan hukuman bagi penzina yang sabit kesalahannya ; beberapa ribu ringgit, beberapa kali sebatan dan beberapa tahun penjara (saya tidak ingat dengan tepat hukumannya). Apa yang jelas semua ini bukanlah undang-undang yang dapat menghilangkan dosa zina di sisi Allah, malah merugikan lagi, dihukum dengan hukuman manusia dan tidak pula diampun di sisi Allah.
 

Cuma saya pernah mendapat satu pendapat yang agak ganjil tetapi ada rasionalnya iaitu, sesiapa yang ingin pasti menghapuskan dosa zinanya di zaman kini, mereka di cadangkan untuk pergi di Saudi Arabia yang mempunyai peruntukan hukuman sebat. Lalu orang yang berzina tadi bolehlah mengaku ia telah berzina dan akan dihukum di sana, maka hilangkan dosanya di sisi Allah SWT. Saya tidak mampu komen panjang akan cadangan ini, cuma pendapat peribadi saya, ia kelihatan boleh diterima dari satu sudut, walaupun mempunyai kontra dalam beberapa sudut yang lain.

Bagi individu yang tidak mampu keluar mencari hukuman atau tiada peruntukan hukuman sebenar (seperti ikhlasnya pemuda bernama Ma’iz bin Malik pada zaman Nabi yang mengaku berzina berkali-kali di hadapan Nabi untuk menghapuskan dosanya dengan rejaman – demikian di dalam riwayat Abu Daud dari Abu Hurayrah r.a ), maka tanpa syak lagi, Pertama : Pihak berwajib akan menanggung dosa kerana tidak menyediakan peruntukan hukumannya. Kedua : Individu yang telah berzina mesti segera bertawbat nasuha dan jangan sekali-kali putus asa dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT.

 

 

Syarat tawbat ini adalah :-

Perlunya bersegera dan berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah) . Firman Allah SWT ertinya : “ Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)

Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu. Justeru ia mestilah menjauhkan dirinya dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah lembah zina tadi. Tinggalkan semua jalan dan tempat yang boleh mengembalikan kepada zina.

Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah ertinya : “ Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang” ( Al-Furqaan : 70 ). Justeru, banyakkan bersedakah, mengajar orang lain, kenalan dan lain-lain agar menjauhi dosa zina dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu tentang dosanya. Maka dengan pahala kebaiakn ini diharap ianya dapat menutup dosa zina tadi.

Sekiranya melibatkan rogol, maka hukuman dan tawbatnya berbeza kerana ia melibatkan pencabulan hak manusia lain, dosanya lebih besar. Dalam hal zina denga rela kedua-dua belah pihak. Imam Abu Yusof (anak murid Imam Abu Hanifah) pernah mencadangkan agar kedua-dua pasangan berkahwin (sekiranya si wanita belum berkahwin) bagi menggugurkan hukuman hudud tetapi pandangan ini ditolak oleh seluruh ulama Mazhab empat. (Bada’I as-Sonai’ , Al-Kasani, 7/62 ; Al-Tasryi’ Al-Jinaie Al-Islami, Abd Qadir Awdah, 2/454). Walaubagaimanapun, dalam hal tawbat, pada hemat saya, ia elok dilakukan bagi menunjukkan kesungguhan tawbat seseorang. Wallahu ‘alam


Last update: 05-08-2006 09:25

Published in : Soal Jawab, Lelaki dan wanita
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (39) RSS feed comment
Posted by ikin, on 06-01-2010 15:04, IP 60.49.32.39, Guest
1. istikarah
assalammualaikum. bru2 ni sy solat istikarah mnta petunjuk dr Allah apabila sy bntu utk mbuat kputusan. hasilnya slps bgn solat ptama kali dan tdur, sy mdpat mmpi yg jelas mngenai ptunjuk yg sy mnta dr Allah. sy teruskan bsolat ttp sy tdk lg bmimpi, cuma sy btambah tenang dan yakin. persoalannya, sy tdk dpt bezakan jika mmpi itu atas dorongan nafsu atau bnr2 dr Allah krn sy bmbang sy akan tsilap menafsir mmpi (atau petunjuk) itu. bgaimana utk kt pastikan itu bnr2 ptunjuk dr Allah atau mainan tdur smata2. wlaubgimanapun sy dah redhakan apapun kputusan istikarah sy sblm bsolat. adakah keyakinan thadap mimpi itu dan ktenangan yg sy rasakan atas keyakinan itu akn meyebabkan hati sy akan lbh cnderung kpd perkara tsebut dan mpengaruhi istikarah sy yg seterusnya. bantu sy ustaz apa harus sy lakukan....
 
» Reply to this comment...

Posted by dalam dilema, on 11-11-2009 14:37, IP 203.82.79.110, Guest
2. Dilema
Assalamualaikum wbt.. 
 
saya dan bf saya telah menjalinkan hubungan hampir 2 tahun. Dalam bulan mac tahun ini kami telah mula berjinak-jinak ke arah melakukan zina. Kami tinggal berjauhan, saya di klntan di negeri kelahirannya, manakala dia tinggal di melaka kerana bekerja di sana. Apabila berjumpa sahaja, kami pasti akan cuba untuk melakukan perbuatan zina itu.  
 
Kami merancang untuk berkahwin bagi mengelakkan lagi perbuatan ini berulang lagi. Akan tetapi, masalah timbul dari ibu saya yang tidak bagi kami berkahwin dengan alasan saya masih terlalu muda lagi kerana umur saya 20thn serta bf saya ini tidak sesuai dengan keluarga kami disebabkan dia bekerja sendirian bagi perniagaan welding manakala ibu saya seorg ibu tunggal dengan 2org anak dan bekrja sbg agency manager insurans.  
 
Wlaubgmanapun, ibu saya juga berkahwin pada umur 20thn tetapi bercerai dengan ayah saya ketika saya berumur 7thn. Bf saya pula berumur 28 tahun dan telah mempunyai kemampuan utk berkahwin. 
 
Kini, saya telah menyambung pelajaran di sebuah IPTS. Saya serta bf masih lagi berhubung tanpa pengetahuan ibu saya. Kerana ibu saya beranggapan kami tidak lagi berhubung disbbkan sy perlu fokus kpd pelajaran. Tapi, malangnya, tempat saya belajar ini lebih hampir dengan bf saya. Baru-baru ini, saya ke rumahnya dan bermalam disana. Itula pertama kali saya melakukan perkara itu. 
 
Kami mahu kahwin segera bagi mengelakkan kami melakukan zina. tetapi, ibu saya masih lagi melarang keras hubungan kami.  
 
Pernah bf saya ajak saya kawin lari, tapi apabila kami memikirkan kembali keluarga masing2, kami tak sampai hati untuk melukakan hati keluarga kami dengan kahwin lari.Ustaz, tolong berikan pandangan untuk saya melakukan apa yang terbaik bagi saya. 
 
Dan adakah dalam hal saya berzina, ibu saya turut bersalah kerana berkeras melarang kami untuk berkahwin sehingga kami berzina? 
 
Terima kasih ustaz kerana sudi untuk membaca masalah saya ini
 
» Reply to this comment...

Posted by liana, on 14-09-2009 11:09, IP 115.135.26.118, Guest
3. Taubatku...
Assalamualaikum wbt.. 
saya telah berkahwin selama 9 bulan dan belum lagi hamil..saya telah mendapatkan pelbagai jenis rawatan dan sudah berhabis setakat yang terdaya.saya sedar diri yang penuh dengan dosa..saya berdoa moga Allah mempertemukan saya dan membuka jalan...akhirnya saya bertemu seorang ustaz yang sangat alim dan saya dan suami pun terus berubat dengannya.bulan pertama haid tetap datang.masuk bulan ke2 haid saya berhenti..sekarang sudah pun lewat 10 hari...ya Allah apakah saya hamil.Lalu saya pun menyuruh ustaz tersebut membuat solat istikharah bagi pihak saya dan memohon agar Tuhan menunjukkan apakah saya sedang hamil atau tidak..tunjukkan saya satu kebenaran...biarpun pedih.selang beberapa hari ustaz mengatakan saya mengandung.lalu saya pun begitu gembira dan banyak nasihat yang diberikan.saya terlalu gembira walaupun tidak membuat urin test.saya sangat percaya pada petunjuk Allah.lalu saya pun bertanya pada ustaz..benarkah saya hamil?apa alamat yang ustaz sudah dapat?ustaz menjawab,dia dapat melihat melihat dan merasa kandungan saya.tapi bagaimana sekalipun dia mengatakan itu adalah ma'rifat dari Allah. 
 
saya terdiam seketika.dia mengatakan dia melihat sekatul darah yang melekat pada dinding rahim saya.dan beberapa tanda lain lagi.lalu saya pun membuat urin test.dan keputusannya negatif.betapa kesalnya saya!! 
 
suami dan keluarga sudah pun mengharap.saya dalam dilema.apa yang perlu saya lakukan?lantas saya melakukan solat istikharah...walaupun saya seorang yang masih belum sempurna dalam solat 5 waktu.saya menangis sepuas hati..saya pohon Allah tunjukkan saya kebenaran,dan beritahulah saya apa yang sedang berlaku.dugaan ini terasa begitu berat untuk dipikul.malamnya saya tertidur tanpa sempat solat isyak..sungguh tiada niat ketika itu.saya bermimpi saya telah melahirkan seorang anak lelaki yang sangat comel..dan dia memandang wajah saya..lalu saya menyusuinya..dia menghisap susu saya dan di dalam mimpi itu.apakah itu petunjuk istikharah? 
 
UZAR : inshaAllah akan adalah rezeki anak ..yakini ALlah dan banyak berdoa di bulan ramadhan yang mulia ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by ikhlas, on 12-09-2009 16:07, IP 60.52.80.235, Guest
4. hasil taubat & istikharah
assalamualaikum, 
sy sudah bertaubat dan brjanji x akan mengulangi pbuatan sblm ni. sy sdh mula memakai tudung, x bgaul dgn rakan lelaki d kampus dan sy ikhlas dgn perubahan ini. tetapi sy msh ada teman lelaki,wlpun hubungan kami x intim. dia lah yg nasihat sy utk berubah dan sy terima nasihat nya. sy brterima kasih krna dia jg masih sudi terima sy slps apa yg tlh sy buat. slps kjadian itu, sy mula melakukan solat sunat istikharah. sudah brpa kali, perasaan sy padanya sudah hampir tiada tp dia masi mngharapkn sy. Untuk pengetahuan ustaz slps mlakukan istiqarah, hati sy trgerak kpd ssorg rakan sy. cuma sy rasa rakan sy itu xakan terima sy sbb dia mrupakan bekas teman lelaki sy. sy sdh cuba bertegur dgn nya tetapi dia masih mengelak drpd bertgur dgn sy. apakah sbnrnya jwpn yg sy dpt drpd solat istiqarah itu? sy brharp ustaz blh tlg jelaskan. terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by nadira, on 11-09-2009 14:50, IP 219.95.47.86, Guest
5. maksud mimpi solat istikarah
Assalamualaikum ustaz, 
 
sy ada kemuskilan dgn mimpi dr solat istikarah yg sy lakukan.selepas solat sy tidur,tetapi sy tak bermimpi sebarang bentuk cuma cahaya putih yg samar (kekelabuan), setelah itu sy terjaga dan berbisik dgn diri sendiri, "eh, aku tak mimpi apa2 ke", selepas tu sy tidur balik.. selepas sy tidur balik sy bermimpi ada antara ahli keluarga sy menghina lelaki t'sebut... 
 
pesoalannya, apakah maksud mimpi sy itu dan adakah mimpi kedua sy itu sebahagian dr mimpi solat sy? 
 
Terima kasih ustaz..
 
» Reply to this comment...

Posted by Islam agama ku, on 29-08-2009 22:36, IP 124.13.177.140, Guest
6. e..
setelah membaca ruangan web ini, saya sebenarnya sedikit tersentak dengan soal jawab yang banyak membicarakan tentang zina..sebegitu teruk kah hal ini dalam masyarakat kita.. :eek ada benar juga ceranah Ustz Akil Hayy yang statistik mengatakan bahawa remaja daripada 377 remaja dinegara ini, hanya seorang 
yang tidak pernah melakukan zina..wallahualam..saudara islam ku, kembali la kepada al quran dan hadis..moga moga hidup kita diberkati..Amin..Islam Agama Ku..
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by zety, on 02-08-2009 11:53, IP 115.132.28.165, Guest
7. inginkan kepastian
assalamualaikum... 
ustaz...sy nk minta pandangan ustaz ttg solat istikharah yang saya lakukan...br2 ni sy berpisah dgn teman lelaki sy..kerana sy dpt tahu dia ada org lain..kami masih syg menyayangi tp sy x sggup bkongsi kasih syg dia..sy mita dilepasknwalaupun berat hati sy nk berpisah..dan hati sy terbuka untuk buat solat istikhrah..mlm prtama sy solat..sy mimpi sy berada di kwsn bukit..dan dikelilingi golongan ulama dan saya berada dikalangan mreka...dalam doa sy juga ada nyatakan jika dia mmg jodoh sy dunia akhirat,sy mohon dktkn sy dgn dia..n moga allah tetapkan hati dia pd sy n begitu jg saya...3 malam seterusnya sy xpasti apa mimpi sy tp hati sy berasa tenang..dan sy dpt rasa dia makin dkt dgn sy..kami da baik mcm dl..tp dia masih dgn kekasih baru dia...ustaz..hati sy kuat mengatakan dia jodoh sy sejak dr awal sy knal dia lg 
...soalan sy...ape mksd mimpi sy itu ustaz..adakah petanda baik bagi hubungan kami...sy mohon pandangan ustaz...terima kasih.. 
asalamualaikum.. 
 
UZAR : jika hati dah condong dan berharap, tanda istikharah tidak banyak memberi faedah kerana tanda yang datang biasanya dari diri sendiri, bukan petunjuk.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ingin pertolongan, on 26-07-2009 12:37, IP 203.82.79.103, Guest
8. Niat Istikharah terbaik
Assalammualaikum warahmatullah.. 
 
ustaz, 
Saya berkenalan dgn A semenjak sy bekerja di sykt baru. Hubungan kami bermula agak dingin tetapi alhamdulilah slps hampir 6 bln saya cuba mendekatinya, hatinya terbuka sedikit untuk mengenali saya. Saya telah lama meminati A. Walaupun hatinya belum lagi saya miliki, tapi saya yakin masih ada peluang utk saya. 
 
Saya mengenali B pula sejak dibangku sekolah rendah.Kami tidak pernah rapat sejak sekolah lagi.Kebelakangan ini, B kerap menghubungi saya.Seminggu lepas dia menyatakan isi hatinya kepada saya. 
 
Saya keliru untuk membuat keputusan dan berharap solat istikharah dapat membantu. 
Bagaimanakah cara niat dlm hati yang paling elok untuk istikharah? 
 
buat masa ini istikharah saya hanya tertumpu kepada A untuk mengetahui adakah dia elok atau tidak untuk saya.Kemudian barulah saya akan membuat untuk B pula.adakah betul cara saya ini? 
 
UZAR : boleh buat sedemikian atau untuk short cut, boleh buat istikharah minta Allah tunjukkan A atau B yang lebih baik dan sesuai.. jika kedua-duanya tidak baik, minta Allah tunjukkan juga.
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by ingin tahu, on 24-07-2009 15:32, IP 60.50.213.9, Guest
9. pilihan keluarga vs solat istikharah
Assalamualaikum Ustaz... 
Soalan saya berkisar tentang solat istikharah dan jodoh pilihan keluarga.Seorang lelaki bermimpi 'api' setelah solat istikharah sebelum merisik seseorang wanita. Akan tetapi, wanita itu adalah jodoh pilihan keluarga pihak lelaki. Lelaki tersebut tidak sampai hati hendak membatalkan risikan kerana takut melukai hati keluarganya. Keluarga pihak perempuan juga telah mempersetujui lelaki tersebut untuk dijadikan calon suami wanita tersebut. 
 
Akhirnya, tarikh pertunangan telah ditetapkan oleh kedua-dua pihak keluarga. Wanita tersebut pula mengalami mimpi ngeri dan buruk setelah solat istikharah selepas hari risikan.  
 
Lelaki dan wanita tersebut serba salah untuk memberitahu keluarga mereka tentang hal ini kerana takut akan melukakan hati keluarga mereka. Boleh ustaz tolong berikan pandangan dari ulama2...dan apa yang seharusnya lelaki dan wanita tersebut lakukan? :? 
 
UZAR : ikuti tanda istikaharah lebih utama. Mereka berdua yang akan hidup bersama setiap hari, bukan si kelaurga
 
» Reply to this comment...

Posted by Mengharap Redha Allah, on 21-07-2009 11:42, IP 203.208.251.46, Guest
10. kepastian
salam. 
 
ustaz. saya nk minta pendapat dari ustaz 
 
saye pernah bercinta.saya memilih pasangan yang saya yakin orang yang baik. saya memilihnya dan meletakkan niat yang baik dan mengharap redha Allah. Tetapi lama2 dia minta putus kerana sya menjaga batas2. die mahukan respon seperti org bercinta yg lain dan ad pengganti sy. tetapi sy tiada kekuatan melepaskanya pergi.  
 
saya telah melakukan solat taubat dan solat istikharah sekali sahaja. saya dpt jwpn dlm hati secara langsung selesai solat iaitu dengan melepaskan die pergi dan dia akan datang semula pada saya satu hari nanti. saya lepaskan dia. 
 
selepas sbln disebabkan tidak sabar maka saye melakukan solat istikharah tntg jodoh sy.slps 3 kali sy bermimpi bertemu dgn rakan lama yg sy pernah tolak hatinya. Namun dlm hati sy ttp mengatakan yg si dia yg terbaik wpun die pernah curang.  
 
Skrg ni sy keliru antara jwpn solat istikharah pertama dan kedua. Samada mimpi atau gerak hati. Adakah kita boleh mempercayai mimpi?. yang mana terbaik? 
 
UZAR : rakan yang menolak anda kerana menjaga batas itu sagt tidak boleh dijadikan teman. Jawapan mesti turt istikaharah atau tidak, ada dalam artikel, itulah jawapan saya.
 
» Reply to this comment...

Posted by saya, on 07-07-2009 22:47, IP 115.132.243.213, Guest
11. keliru
salam ustaz, 
sy dah putus dgn xbf sy... 
mula2 dulu sy xdpt terima... 
tapi alhamdulillah saya dah semakin boleh menerimanya... 
masalah saya sekarang xbf sy penah cakap dia nak balik dekat saya... 
tapi saya takut... 
saya suruh dia buat istikharah... 
dia cakap dah 2 kali dia buat dan dia nampak perempuan,muka tak jelas tapi macam saya... 
saya juga selalu melakukan istikharah... 
banyak kali saya mimpi dia tapi saya tak yakin... 
selepas melakukan istikharah juga saya banyak sakitkan hati dia... 
baru-baru ni saya mimpi saya dan dia bersama kembali... 
lepas tu hati saya rasa tenang sangat... 
saya juga selalu merasakan yang 1 hari nanti kami akan bersama semula... 
saya tak yakin sama ada mimpi, perasaan dan perbuatan saya tu jawapan pada istikharah atau cuma perasaan saya... 
saya takut kalau saya percaya semua tu jawapan istikharah saya akan kecewa lagi... 
saya betul2 takut pk pasal tu... 
saya betul2 serik nak kecewa lagi... 
harap ustaz dapat bantu...
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest Girl, on 22-06-2009 12:31, IP 203.82.91.101, Guest
12. Solat Istikarah
Assalamualaikum ustaz, 
Saya sudah ikhtiar banyak cara untuk mendapatkan jodoh termasuklah berdoa di hadapan Kaabah tetapi masih belum berhasil. Untuk pengetahuan ustaz saya menyimpan perasaan pada seseorang dan mengharapkan dia yang akan hadir dalam hidup saya. Kerap juga saya melakukan solat hajat dan istikarah, hati masih pada dia tapi hubungan saya dengan dia masih "kaku". Apa yang perlu saya lakukan. 
 
UZAR : Teruskan berdoa dan mulakan langkah kepada individu yang dimaksudkan melalui orang tengah yang dipercayai.
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba taubat, on 24-05-2009 13:56, IP 202.184.124.13, Guest
13. taubat ku...
salam..sya belum pernh punya pacar lelaki..sekali sya punya dan first time keluar dgn lelaki..tetapi..setelah 7bulan sya sudh telah melakukan kesilapan..dimna..dia pernh memsukkn jari dlm ku..adkah aku hilang dra?? 
hamba memohon nasihat..utk membantu ku.. 
aq tidak senang memikirkan perbutan ku..adakah taubat ku diterima??
 
» Reply to this comment...

Posted by chik, on 03-05-2009 16:26, IP 124.82.51.158, Guest
14. solat istikarah
assalamualaikum.... 
nie nak tyer pendapat la,sy baru pts ngan x-bf thun lpas...saya nak x-bf kembali walaupun thu dia dah ada penganti, slps sy buat istikarak saya dapati cam ada halangan bila xbf nak kembali, 3 kali berturut2 mimpi x-bf tapi dalam mimpi tue ada sorang pompuan bersama nganyer...kali ke3 mimpi,xbf ikut jer ke mana saya g,tapi ada pmpn halng....bla tme kmi ber2,pampuan tue kacau, lastly x-bf tnggalkan kami berdua dan dia pergi dalam keadaan tention...pas pada tue sy asyik teringatkan xbf,ingatan kat dia makin kuat walau pon thu dia dah berpunyer...kami dah lose contact...ap yang perlu saya lakukan???
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ainaa, on 27-04-2009 00:34, IP 61.6.56.2, Guest
15. salam ya ust..
salam... 
ana mohon maaf.. 
ana mahu bertanyakan pendapat ust..ana pernah menjalinkan hubungan dengan seorang muslmin ini 3 tahun. mak ayah saja kurang bersetuju dengan hubungan kami. Ana pernah istikhrah, dan hati ana ragu2 dengan istkhrah tersebut.. keraguan ini bertambah pula dengan ketidak tenangnya hati ana..ana mengambil keputusan untuk berpisah dengan muslimin tersebut.  
 
Alhamdulillah...ana makin tenang. Beberapa hari selepas perpisahan tu, abang kandung ana memperkenalkan seorang sahabat baiknya kepada ana. Diketahui bahawa, sahabat baik abg ana tue si A pernah beristikhrah 1 bulan di bulan Ramadhan, dan melalui kecenderungan hatinya, dia menyetujui dan mahu memperisterikan ana.  
 
Abg kandung ana minta ana beristkhrah. Apa yang ana dapati...selepas solat istikrah, hati kurang tenang seketika. Pernah ana mimpi, keluarga ana menyebut2 namanya untuk memilih si A itu sebagai pasangan hidup. Mimpi ini datang boleh dikatakan setiap kali ana tidur..malam mahupun siang.. Pada akhirnya, ana tidak beristikhrah...dan mimpi itu kerap datang juga.. mengikut apa yang ana rasai, setakat ana istkhrah ini, ana masih lagi rasa tidak cukup menyatakan bahawa ini keputusan terbaik ana.  
 
Jadi pada pendapat ust...perlukah ana teruskan niat beristkhrah ataupun serahkan segala2nya pada Allah?.. mintak ust respon... :? 
 
UZAR : SELAGI HATI masih tidak pasti sama ada untuk tolak atau terima, bermakna istikharah yg dibuat masih belum mencukupi. 
 
perlu diingat, bahawa sekiranya telah dapat tanda yang positif di dalam mimpi dan hati berasa cenderung terima, maka itulah keputusan istikharah dan jangan disibukkan dengan pemikiran yang pelabagai sehingga datang was was kembali.
 
» Reply to this comment...

Posted by sofea, on 24-04-2009 01:39, IP 203.82.79.102, Guest
16. zina
ustaz, 
st telah mnjalin hubungan dgn teman lelaki selama 5 tahun..dlm tempoh itu,kami telah beberapa kali tidur bersama dan melakukan oral seks tetapi tidak pernah bersetubuh..adakah kami dikira melakukan zina? 
 
UZAR : ORAL seks bukan zina, ia adalah permulaan zina dan apabila diteruskan ia bakal menjermuskan seseorang ke lembah hina dan zina akhirnya. bertaubat dan putuskan hubungan dengan teman lelaki itu, kerana dia hanya inginkan seks dan nafsu shj, dia bukan mahukan hati dan menjaga sdri. Jika berkahwin kelak, dia akan tersukan aktiviti itu dengan wanita lain pula. 
 
bertaubatlah sebelm meninggal dunia.
 
» Reply to this comment...

Posted by firza, on 08-04-2009 20:44, IP 121.121.16.2, Guest
17. buntu
Salam... 
Terima kasih sbb adakan blog ni..firza mmg sdg mncri cara2 smbhyang sunat istikharah...punya la cetek ilmu agama firza..malu rsa nya... 
 
firza skrang ni ada msalah kerja..mgkin firza silap x buat istkharah utk menntukan kptusan smda ptut bkrja di tmpt baru atau tdak..skrgn ni firza rsa nk brhnti dn firza nk buat solat istkharah samada btul atau x ktusan firza brhnti kerja..yg firza rsau ni firza takut kptusan firza lebih pada prasaan firza yg mmg x suke kerja kt situ lg..mcm mana kite nk tau kptusan tu betul2 dri solt sunat istkharah tu..tolong la firza...firza mcm dh x leh sabar dh.. 
 
UZAR : yakinilah solat istikharah dan insyaAllah jika ada masa dan situasi yang memerluakn untuk kembali bekerja, boleh istikharah semula
 
» Reply to this comment...

Posted by ukhwahfillah.., on 09-10-2008 00:57, IP 194.80.178.1, Guest
18. ...
erm salam.. 
sy rasa rmi yg da bincangkan apsal nie.. 
sy rasa sylah seburuk-buruk amnuasia yg pernh diciptakan kerana sy telah melakukan dosa yang sgt besar sekali iaitu berzina...buat pengetahuan semua sya pernah berzina dengan kekasih sya sebelum ini... 
sy xnk wat sume tue tp sy pun xtau knapa sya lemah..iman yang setipis kulit bawang telah membuat saya terjebak dalam dosa yg amat besar dam amat sya kesali sehingga sekrg.. 
alhamdulillah sy da cube untuk embentuk diri ini untuk mendapatkn keredhaan Allah dan saya berharap semuga diri saya yg hina ini dapat diterima oleh-Nya.. 
persoalannya disini sya telah dirisik oleh seorg lelaki yg sgt baik pernh sya knal..tp sy takut untyk beritahu dia yg sy pernh berzina sebelum ini..perlukah sya memberitahunya ataupun tidak...sya tkut dia tidak akn dpt menerima dri sy yg hina ini.. 
 
 
UZAR : Moga sdri bertuabt, sila rujuk persoalan sdri di artikel yang berkaitan . tajuknya @ mestikah jodohnya penzina juga
 
» Reply to this comment...

Posted by shah, on 18-09-2008 00:01, IP 194.80.178.1, Guest
19. ...
assalamualaikum ustaz? 
 
saya ade masalah untuk ditanya dan di bincangkan kepada ustaz, 
 
soalan nya 
1. apakah hukum kepada penerima rasuah samada rela ataupun terpaksa? 
 
2.kalau penerima rasuah itu telah insaf dan bertaubat tidak mau terima lagi wang daripada rasuah adakah harta benda seperti rumah kereta serta baki wang yang masih ade perlu dibuang ? 
 
atau masih boleh digunakan lagi? 
 
3. apa yang saya tahu biasanya penerima rasuah adalah orang yang menyalahguna kuasa untu mendapatkan sesuatu betulkah?  
 
bagaimana jika penerima rasuah takut untuk berterus terang kerana telah menyalahgunakan kuasa yang diberi kepadanya bimbang akan berlaku perselisihan faham yang berpanjangan sesama kawan tempat bekerja dan jika berlaku sesuatu kawan yang tidak tahu menahu tentang penyalahgunaan kuasa itu pun turut dipersalahkan? 
 
bagaimana ustaz?
 
» Reply to this comment...

Posted by ingin tahu, on 23-06-2008 16:31, IP 60.52.98.106, Guest
20. ...
assalamualaikum ustaz.... 
saya ingin mengetahui,apakah itu onani dan adakah ia berdosa di sisi islam.mungkin soalan saya dah lapuk tapi saya belum mengerti maksudnya.saya takut saya akan terjebak dalam situasi nie..
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 23-06-2008 13:03, IP 60.52.98.106, Guest
21. ...
askm ustaz.saya ada sikit mslh sikit ustaz.niat saya bukan utk terus meragui suami saya tapi saya sekadar lebih berhati2 slps ini. 
 
Begini ustaz,,baru2 ni saya dapat tangkap suami saya smasa tgh chating.Apa pendapat ustaz ttg chating dan kesannya pd sesebuah rumahtangga? 
 
UZAR : chatting sahaja mungkin boleh dimaafkan, tetapi perlu diketahui kandungan chattingnya. Kalau kandungannya tidak sihat, ini perlu tindakan selanjutnya. 
 
» Reply to this comment...

Posted by MSI85, on 12-06-2008 14:46, IP 60.52.97.134, Guest
22. ...
Ustaz, 
 
saya mengaku saya bukanlah seorang umat yang baik namun saya tidak pernah melakukan zina, saya mempunyai seorang teman wanita dan dia pernah melakukan zina dengan bekas teman lelakinya yang terdahulu,persaolannya sekarang saya pernah terbaca tentang penzina bahawa seorang penzina akan berkahwin dengan penzina, sejauh manakah kebenaran kenyataan itu? 
 
 
saya benar2 menyayangi teman wanita saya dan tidak mahu melihat dia terus hanyut, dan kalau boleh saya mahu terus bersamanya dan berkahwin dengannya, adakah kenyataan diatas tentang penzina itu benar dan bolehkah saya berkahwin dengannya,apakah yang perlu saya lakukan tolonglah berikan saya jawapan, dan bagaimanakah cara untuk menghapuskan dosa zinanya itu, tolonglah ustaz... :sigh :sigh :sigh 
 
UZAR : JIKA DIA SUDAH BERTAUBAT MAKA TIDAK MENGAPA BERKAHWIN DENGNNYA, JIKA BELUM TAUBAT..JAUHINYA KERANA IA AKAN BERMAIN DENGAN ORANG LAIN PULA SELEPAS KAHWIN
 
» Reply to this comment...

Posted by zura, on 12-05-2008 17:33, IP 60.52.96.33, Guest
23. ...
Assalamualaikum ustaz 
 
saya nak tanya.. 
1.  
 
1.Saya telah telanjur dengan A dan dia telah mengajak saya berkahwin ngan dia... dalam masa yang sama saya berkawan dengan B yang tak penah pezina dan tahu tentang ketelanjuran saya dengan A dia sudi menerima. 
ada ayat al-quran berbunyi penzina akan berkahwin dengan penzina jugak...saya minta jasa baik ustaz tolong komen ayat  
ini...terima kasih ustaz 
dan siapa yang lagi patut saya terima lamarannya A atau B?? 
 
» Reply to this comment...

Posted by Puan Sofia, on 17-04-2008 07:38, IP 60.52.96.124, Guest
24. ...
Assalamualaikum.Saya mempunyai lima orang anak. Kesemua anak2 saya tidak cemerlang dalam ilmu dunia dan akhirat maksudnya hanya biasa saja. Tidak seperti anak kawan2 saya yang begitu menyejukkan hati. Saya bertanya kepada kawan-kawan saya yang berstatus ustazah. Kenapa saya tidak dapat anak2 yang cemerlang.Berbagai usaha saya lakukan untuk mereka. Saya juga seorang pendidik. Saya dapat mendidik ,membantu anak2 orang lain jd cemerlang tetapi gagal terhadap anak sendiri. Jawapan kawan-kawan saya kenapa anak2 saya tidak cemerlang kerana dosa-dosa saya masa lalu. Saya tidak dapat menerima jawapan ini. Saya bukan seorang yang suka hidup bersosial. Saya msih berpegang kpd agama Islam sejak lahir. Menutup aurat dan mengerjakan solat . Saya juga memohon ampun dari Nya setiap kali solat dan sesekali melakukan solat taubat. Saya bukan pembunuh atau penzina. Apakah begitu besar dosa-dosa saya sehingga akibatnya kepada anak2 saya. Bagaiman pula kedudukan orang yang selalu melakukan maksiat tetapi mendapat anak2 yang cemerlang? Harap dapat penjelasan
 
» Reply to this comment...

Posted by nazzan, on 05-03-2008 19:17, IP 60.52.98.76, Guest
25. ...
Ustaz 
 
Saya ada masalah. Baru2 ni suami saya mengakui telah melakukan zina bersama isteri org (teman sepejabat). Dia mengakui sangat mencintai perempuan tersebut dan berjanj pada perempuan itu untuk mengahwini perempuan tersebut sekiranya dia bercerai dengan suami dia. Dan perempuan tu pun sudah bercerai (masih dlm edah)  
 
Suami saya bertekad untuk mengahwini perempuan tersebut setelah habis edah kerana rasa bersalah kerana telah terlanjur dgn perempuan tersebut dan rasa bertanggungjawab untuk mengahwini perempuan itu. 
 
Tetapi masalahnya suami saya juga sangat sayangkan saya dan tak sanggup kehilangan saya. Oleh kerana saya juga masih sayangkan dia, saya sanggup untuk dimadukan. 
 
Tetapi masalah saya ialah kadang2 saya rasa sedih dan terluka bila tenringatkan suami saya melakukan zina dengan isteri orang.  
 
Ustaz,  
1. Adakah saya dibenarkan meminta cerai sekiranya hati saya menderita?  
2. Adakah saya dikira berdosa sekiranya meminta cerai? 
3. Sekiranya saya ingin pertahankan rumah tangga saya, apakah langkah yang harus saya ambil supaya saya memperolehi kebahagiaan semula? 
 
harap ustaz dapat membantu saya memberi panduan sama ada saya patut teruskan rumahtangga bersama suami yg penzina. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 22-02-2008 21:46, IP 60.52.101.118, Guest
26. ...
Assalammualaikum Ustaz, 
 
saya ingin menceritakan ttg kesilapan saya dalam hal ini dan ingin meminta nasihat Ustaz apa yg harus saya lakukan selanjutnya. 
 
Saya pernah bersetubuh dgn 2 bekas teman lelaki saya; selepas perhubungan saya dgn yg pertama putus, barulah saya berhubungan dgn lelaki yg kedua. Kedua-duanya berbangsa asing dan tidak beragama Islam.  
 
Selama saya dlm perhubungan itu, saya mempunyai rasa kesal tetapi, saya tidak hentikan kerana tidak mahu perhubungan itu terputus, sb pada fikiran saya tu, siapa lagi yg akan mahukan diri saya ini. Lelaki yg kedua pada mulanya mengatakan dia ingin memeluk ugama islam dn menikahi saya. Ada sebhg dpd otak sy yg tahu itu tidak benar tetapi sy tidak hentikan jgk. 
 
Saya tidak mahu memberi sebarang alasan kenapa sy meneruskan perbuatan yg jijik ini pada waktu itu. Saya terima yg saya telah melakukan sbh dosa yg terkutuk sedangkan saya waras, baligh dan mengetahui apa yg saya lakukan itu adalah salah.  
 
Rasa menyesal tu ada sejak dari mula cuma ia menjadi lebih sehingga terganggu fikiran dan emosi sy. Malah, bila sy dlm perhubungan yg kedua tu, sy cuba carik jln untuk memberitahu lelaki itu yg saya tidak mahu lagi bersetubuh dgn dia selagi dia tidak menikahi saya, tanpa membuat dia marah sehingga dia tinggalkan saya. Pada masa itu, dgn takdir Allah swt, sy dpt tahu dia ada hubungan dgn wanita lain dan hubungan kami putus di situ.  
 
Sekarang sudah 5 tahun sy berseorgn. Hati masih menyesal dan hampir setiap hari dlm 5 thn ini, sy akan menangis tanpa sb. Sy tidak kisah sangat ttg bersendirian sb sy rasa cukup kotor dan hina utk berhubungan dgn sesiapa lain. 
 
Seorg kakak yg saya kenal, yg tidak tahu yg saya dah pernah terlanjur, menasihati saya utk solat istikharah. Sy berbuat demikian, bukan untuk mencari jodoh, sb pada masa itu saya benar2 rasa utk sy tiada sesiapa lagi. Saya memohon petunjuk ttg apa yg harus saya lakukan. 
 
Oleh kerana tiada petunjuk yg diberi, dan kerana sy hanya mendapat ketenangan dlm solat, sy membuat solat itu beberapa kali. Sy sambung hidup bersendirian dalam kesedihan dan amat menyesal sekali. 
 
Sy asyik mencari cara utk menebus dosa ini dan sehingga sy terbaca dulu yg menyekutukan Allah swt dan berzina sahaja lah merupakan 2 dosa yg tidak akan diampunkanNya. Sy sedih bkn kerana takut pada neraka - takut tu memang takut tapi sy terima ini adalah balasan kerana kesilapan sy sendiri. Perasaan sedih melebihi ketakutan kerana disamping itu sy ada membaca yg Pencipta kita tidak mahu bertegur atau memandang pun org yg pernah berzina di akhirat nanti. Kesedihan ini lah yg membuat sy nangis dan berdoa setiap malam dan siang. 
 
Satu mlm beberapa thn dahulu, saya ada bermimpi tentang seorg lelaki yg saya tidak nampak dgn pasti paras rupanya. Sy beritahu diri sendiri yg itu hanya khayalan semata-mata. 
 
Semakin sy solat, tanda-tanda yang ada seorg teman hidup bagi saya menjadi jelas. Jadi sy solat istikharah untuk untuk bertanya tentang jodoh. Terlintas di fikiran yg mungkin ada seorg lelaki di luar sana yg juga telah membuat kesilapan yg sama dan telah bertawbat dan menyesal atas perbuatannya, seorg yg seperti sy. 
 
Sekarang sy telah kenali seorg lelaki yg ssssssssssssssssssangat baik dan mulia. Pada saya dia tidak ada sebarang cacat cela pada dirinya yg kecil atau besar yg saya tidak boleh terima. Dan setiap kali sy melihatnya, sy bertambah kesal kerana tidak menunggu seblm menyerahkan diri saya. Sy kurang percaya yg dialah org nya dan sampai skrg pun sy masih teruskan istikharah. Semakin lama dia semakin ingin mengenali diri sy dgn cara yg baik. Sy sudah lama tahu betapa pemurah Allah swt. Tetapi, sekiranya dia lah jodoh sy, "pemberian" ini jauh melebihi harapan sy.  
 
Lelaki ini telah memberitahu secara sindiran yg dia ingin mendirikan rumahtangga dgn sy. Sy belum memberitahu dia ttg keadaan sy kerana tidak tahu masa bila yg paling terbaik. Tapi sy tetap akan memberitahu dia sblm memulakan "hidup baru" dgn dia, itu pun sekiranya dia dpt menerima saya selepas sy ceritakan hal sebenar.  
 
Sekarang Ustaz, masalah sy begini: jika berubah fikiran dan menjauhi diri sy ini, sy akan faham. Kalau sy fikirkan tentang ape yg saya lakukan, sy rasa geli, jijik, kotor dan sungguh hina sekali. Tapi, sekiranya dia kata dia ingin teruskan jg sy tak tahu apa yg harus sy lakukan. Sy rasa dia patut mencari calon isteri yg lebih mulia dpd sy, yg masih suci, utk mendapatkan keturunan yg sebaik-baiknya. Orgnya sgtlah pemurah, lembut hati dan amat menyayangi dan sy rasa sy tak bertempat utk mengharapkan sehidup dan semati dgn dia. Jika dia ingin jgk bersama dgn saya, patutkah saya menolak dia supaya dia dpt mencari yg lain yg jauh lebih baik dpd saya? Bolehkah seorg yg seperti itu merasa bahagia membina hidup dgn seorg yg keji seperti sy ini? 
 
Sekiranya sy menolak lamaran dia nanti, adakah saya akan mendtgkan lagi kemurkaan Allah swt yg sekarang ini mungkin masih murka dgn sy atas kesilapan lama? Adakah sy nanti akan disangka tidak tahu bersyukur? 
 
Saya harap Ustaz dpt membantu sy dengan penerangan dan pendapat Ustaz. Saya perlu sgt nasihat dan panduan pada masa ini.  
 
Terima kasih berjuta-juta kali kerana membaca kata-kata saya ini. 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by anim, on 16-02-2008 08:11, IP 60.52.103.201, Guest
27. ...
salam ustaz 
saya pernah berzina dengan teman lelaki saya 
saya pernah menyuarakan keinginan kepada parents saya untuk berkahwin dgn tmn lelaki sy itu tetapi cdangn saya itu dtentang hebat oleh keluarga kerana saya masih belajar dan tmn lelaki saya pula berhenti belajar kononnya mahu mncari nafkah 
atas nasihat keluarga saya meninggalkannya tapi tidak lama selepas itu saya kembali mencarinya dan terus brhubungan shgga kini tnpa pengetahuan keluarga.kali ini kami betul-betul bersetubuh.saya mahu meninggalkan nya kerana dia tidak mahu brhenti dr melakukan perbuatan itu.tolonglah saya ustaz 
saya sudah bertaubat dulu,tapi saya kembali melakukannya slpas itu saya bertaubat lg...TOLONGLA SAYA USTAZ
 
» Reply to this comment...

Posted by nana, on 25-01-2008 18:41, IP 60.52.97.206, Guest
28. ...
assalamualaikum.. 
 
saya nak tanya pendpat ustaz, 
saya mempunyai seorang teman lelaki & kami bercadang untuk berkahwin selepas saya tamat belajar pertengahan tahun ni. 
saya selalu mendengar & membaca tentang solat istikharah & terfikir utk melakukannya. 
soalnya di sini, saya bukanlah meragui pilihan saya,cuma nak dapatkan lebih kepastian semoga jodoh yang saya pilih ini adalah yang paling tepat untuk saya.cuma, masalahnya, saya merasa berat utk buat solat istikharah ni kerana saya takut petunjuk yang bakal saya dapat bukanlah apa yang saya impikan..apa yang harus saya lakukan? 
 
terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by wan terengganu, on 08-01-2008 18:27, IP 60.52.96.135, Guest
29. ...
Tahniah kepada saudara kerana telah insaf dan ingin benar-benar bertawbat. Untuk menjawab soalan ini, pertama saudara perlu mengetahui amat besarnya dosa zina dan mestilah dengan segera bertawbat terutamanya ke ketika tiadanya hukuman hudud dilaksanakan di Malaysia.  
 
assalamualaikum ustz,sy ingin tanya beberapa soalan : 
1.) apakah kerajaan Mlysia skrg patut di tolak/di jatuhkn dlm pilihanraya krn tidak melaksanakn hukum Allah walaupn telah jelas di dlm al-quran? 
2.) adakah kerajaan Mlysia yg di pimpin oleh Y.A.B. Abdullah Badawi boleh di katakan murtad kerana menghina hukum hudud dan qisas(hukum Allah) dan mengantikan dgn undang-undang yg di ambil dr barat seolah-olah mereka tidak percaya dgn keadilan dan kesaksamaan hukum Allah walaupn dlm masyrakat yg berbilang kaum? 
3.)Setiap pemimpin yg beragama islam wajib menjadi contoh dn tauladan kepada rakyat.soalan nya,pemimpin-pemimpin wanita beragama islam yg ada di dlm kerajaan skrg tidak memakai tudung dn berpakain tidak mengikut kreteria yg telah di tetapkan oleh Allah.apakah dia boleh di ikut oleh rakyat dan dikira berdosa atau tidak? 
 
Harap ustaz dapat jwab segala pertanyaan saya. trime kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by humaira', on 14-12-2007 08:53, IP 211.25.130.42, Guest
30. ...
assalamualaikum. 
ustaz,mengkafirkan orang islam adalah haram,apakah mengkafirkan orang yang kafir,batal syahadahnya? 
 
terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by Abdullah, on 27-11-2007 10:36, IP 60.52.97.91, Guest
31. ...
Assalamualaikum ustaz, 
 
Saya ingin berkongsi cerita dan bertanya kepada ustaz tentang permaslahan saya,yang bagi saya ianya amat berat. Dan amat memerlukan pandangan daripada ustaz, agar ustaz dapat memberikan pandangan. 
 
Ceritanya begini,pada tahun 1999 saya mula bekerja di tempat baru,di mana pada masa itu, saya mengenali seorang wanita yang berstatus isteri orang yang mempunyai 4 orang anak,dari awal pengenalan saya dgn nya lagi, saya menganggap dia sebagai seorang kakak dan tidak lebih dari itu,tetapi riaksinya seolah-olah ingin menggoda saya.Saya tidak mempedulikannya dan sering saya memperingatkan kepadanya,'awak macam kakak saya sendiri'tidak lebih dari itu..tetapi, selepas kira-kira 3 bulan, saya sering teringatkannya,sehinggakan terganggu pemikiran saya,sehingga saya sanggup ke rumahnya tidak kira masa,gangguan ini semakin kuat apabila tiba magrib hingga ke pagi dan saya tidak boleh melelapkan mata pada waktu malam kira-kira 6 bulan berturut-turut kerana terlalu teringat dan timbul perasaan sayang kepada wanita tersebut. 
 
Diringkaskan cerita,perkenalan saya dengannya sehingga terjadinya zina.Selepas kejadian tersebut, saya mula sedar tetapi masih tidak boleh berbuat apa-apa, pemikiran dan jiwa saya seolah-olah hanya tertumpu pada wanita itu.  
 
Tetapi saya masih kuatkan jiwa saya dengan mendekatkan diri saya kepada Allah,dan berazam ingin melupakan wanita tersebut dengan bertaubat kepadanya dan melakukan ibadah wajib dan sunat yang lain.  
 
Kira-kira hampir 3 bulan selepas itu, saya diserang satu penyakit yang misteri,seolah-olah ada yang merayap panas di segenap tubuh saya masuk ke telinga, ke hidung dan belakang serta tapak kaki saya.  
 
Setelah itu, saya berikhtiar untuk mengubati penyakit tersebut dengan perubatan Darul Syifa' bersama Ustaz Harun Din.Barulah ianya terjawab, saya disihir,sehinggakan seolah-olah gila,dan akhirnya sembuh setelah menderita hampir 9 tahun.  
 
Dan saya mengambil jalan tengah menjauhkan diri saya dan tidak berbaik dengannya sehinngga sekarang kerana kuatir akan diperlakukan sebegitu lagi.  
 
Dan saya yakin bahawa, Allah telah mengampuni dosa saya. 
 
1. Soalannya,apakah keterlanjuran yg berlaku itu menyebabkan saya berdosa kepada suaminya? 
 
2. Saya mohon agar ustaz dapat perjelaskan tentang hukum serta apa yang harus saya lakukan. Apakah saya wajib menceritakan hal ini kepada suaminya? 
 
3. Ustaz, sekarang saya telah mendirikan rumahtangga dgn 3 cahaya mata, apakah saya harus menceritakan hal ini kepada isteri saya? 
 
4. Apakah saya berdosa selagi tidak memohon maaf kepada suaminya? 
 
5. Apakah selagi wanita tersebut tidak menceritakan hal demikian kepada suaminya, dia berdosa? 
 
6. Apakah patut saya memutuskan persahabatan dengannya? apakah kukumnya? 
 
KOMEN RINGKAS SAYA : 
 
1- TAUBATLAH ATAS KETELANJURAN ITU, NAMUN DARI SUDUT ISLAM KELAKUKAN SDR HASIL SIHIR BOLEH DIKIRA SEBAGAI LUAR KAWAL DAN TIDAK SEPERTI ZINANYA ORANG-ORANG JAHAT. 
 
2- TAK PERLU CERITA KEPADA SUAMINYA KERANA TIADA BUKTI HITAM PUTIH YANG ISTERINYA SIHIR ANDA DAN PEMBERITAHUN BERKENAAN ZINA ANDA KETIKA DISIHIR AKAN MEMUDARATKAN ANDA DAN MEREKA. INI KERANA SEMUA YANG BERLAKU ADALAH KESAN SIHIR BUKAN KEHENDAK ANDA, 
 
3- TIDAK PERLU BERITAHU ISTERI ANDA TENTANG HAL INI. INI KERANA SEMUA YANG BERLAKU ADALAH KESAN SIHIR BUKAN KEHENDAK ANDA, 
 
4&5 - WANITA ITU MEMANG SGT BERDOSA DI SISI ISLAM, JIKA BENAR DIA SIHIR..DIA SUDAH SYIRIK PULA 
 
6- WAJIB PUTUSKAN HUBUNGAN DENGANNYA AGAR ANDA TIDAK BERZINA LAGI DAN MENGEALKAN MUDARAT SIHIR YANG MUNGKIN BERLAKU LAGI. WALLAHU'ALAM 
 
MOGA ANDA MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH, BACALAH ARTIKEL SAYA BERKENAAN CARA ELAK SIHIR..DAN AMALKAN 
 
» Reply to this comment...

Posted by islahi, on 11-11-2007 16:15, IP 60.52.97.167, Guest
32. ...
terima kasih banyak2 ustaz, semoga pandangan dan bantuan ustz dapat dimanfaatkan dan ustaz beroleh kebaikan... amin... :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by izzah, on 25-10-2007 09:38, IP 211.25.51.1, Guest
33. ...
salam,  
 
saya memerlukan pendapat ustaz. bantulah saya ke jalan kebenran dan diredhai Allah, salam
 
» Reply to this comment...

Posted by izzah, on 25-10-2007 09:37, IP 211.25.51.1, Guest
34. ...
assalamualaikum, 
 
sepanjang hubungan selama 2 tahun, saya dan teman lelaki separa sedar bahawa apa yang kami lakukan bersama (bunga-bunga zina) hampir menjerumus ke arah penzinaan walaupun kam berjaya mengelakkannya.  
 
Kami terlalu ikutkan perasaan hati remaja yang masih mentah dan ingin mencuba. kini, saya sedar, bukan itu kebahagiaan yang saya cari selama ini.  
 
Alhamdullillah saya cuba membentuk diri saya ke arah keredhaan Allah. namun saya sedar saya adalah seorang muslimah yang lemah dan masih perlu dibentuk. haruskah saya meneruskan hubungan dengan teman lelaki saya dengan membataskan hubungan kami berdua? atau perlukah saya memutuskan hubungan kami? Saya tidak pasti jika dia jodoh yang baik untuk saya setelah apa yang pernah kami lakukan bersama..
 
» Reply to this comment...

Posted by zue, on 19-10-2007 11:07, IP 211.25.51.1, Guest
35. ...
assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanye mengenai solat istkharah...sblum ini saya telah bercinta dgn A slama hampir 5 tahun dan pada tahun2 terakhir itu A ada menjalinkan hubungan dgn seorg gadis C.  
 
Slama hampir 2 tahun hubungan mereka terjalin dan saya tahu mengenainya...dan yg musykilnya saya boleh bersabar hingga ke tahun yang ke-4. 
 
Tetapi pada masa yg sama saya memasang dendam kepada si A dan telah berkenalan dengan si B.  
 
Saya tidak mengambil tempoh yang lama iaitu seminggu berkenalan dgn B saya telah mgambil keputusan utk memutuskan hubungan dgn si A. A sungguh meyesal dan memujuk saya tapi saya tetap berkeras hati kerana marah akan perangainya yg tidak berubah...dalam masa sebulan saya dan B mengambil keputusan untuk bertunang.  
 
Dan kini hampir 4 bulan kami bertunang dan saya dapati kami tidak ada keserasian dan hubungan kami sungguh hambar. Baru-baru ini saya telah berhubungan balik dgn si A dan saya terasa bahagia sgt...si A telah berubah dan berjanji tidak akan mengulangi perangai lamanya.. 
 
Untuk makluman ustaz, saya telah membuat solat istikharah slama 2 malam dan hanya pada malam kedua saya mendapat petunjuk dr mimpi..sy bermimpi telah di pinang oleh keluarga A dan kami telah bernikah...persoalannya sekarang saya takut salah membuat keputusan dan A masih dgn perangai lamanya..dan saya juga kesian pada B yang tidak bersalah dalam hal ini..bolehkah ustaz memberi pandangan ustaz dalam hal ini? adakah saya perlu mengikut petunjuk dari-Nya atau saya perlu mengutamakan maruah diri, keluarga saya dan keluarga si B? 
 
terima kasih..
 
» Reply to this comment...

Posted by siti, on 17-10-2007 22:42, IP 60.52.103.41, Guest
36. ...
Assalamualaikum ustaz.. 
 
Saya pernah membuat solat istikharah berkaitan dengan jodoh.dalam mimpi saya telah didatangi lelaki yang telah saya sebut namanya dalam doa saya tetapi saya masih merasa ragu.bolehkah saya membuat istikharah sekali lagi. 
terima kasih.. 
 
KOMEN UZAR ; YE SUDAH TENTU BOLEH..MALAH ADA ULAMA YANG MENCADANGKAN DIBUAT SEHINGGA 7 KALI..
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 09-10-2007 16:04, IP 60.52.100.25, Guest
37. ...
Salam, ustaz saya ingin bertanya mengenai pendapatan seorang isteri.  
 
Saya pernah terbaca di dalam satu website mengatakan adalah haram bagi suami menggunakan pendapatan isteri sekiranya si isteri tidak merelakannya..  
 
Benarkah hal ini. apa pandangan ustaz mengenai suami yang mengambil mudah urusan tanggungan nafkah zahir kepada isteri dan ahli keluarga?  
 
Apakah boleh seorang isteri memohon cerai dari suami kerana dia tidak bersolat dan tidak suka berjemaah di surau? 
 
KOMEN UZAR : SAYA DAH ULAS DI ARTIEKL YANG BERKAITAN WANITA DAN KERJAYA. SILA CARI.
 
» Reply to this comment...

Posted by Menziarah keluarga lelaki, on 06-10-2007 12:40, IP 60.52.103.207, Guest
38. ...
Ilmu yang berguna untuk diamalkan.. terima kasih ustaz krn publish hal ini di sini. 
 
Soalan : 
ustaz ada menyentuh mengenai lelaki dtg ke rumah perempuan utk berkenalan.bagaimana pula jika perempuan dtg ke rumah pihak lelaki utk bkenalan dgn keluarga lelaki.contohnya dtg beraya atau berbuka puasa tanpa kehadiran ibu bapa si perempuan. 
 
mohon ustaz nyatakan jka ada adab-adab yg perlu dituruti jika hendak bertemu bakal mertua. 
moga ilmu yang sedikit dpt kita amalkan dan sampaikan.insyaAllah.. 
 
UZAR : HUKUMNYA HARAM JIKA TANPA MAHRAM ATAU BERDUA-DUAAN. 
 
JIKA RAMAI-RAMAI HUKUMNYA HARUS..DENGAN SYARAT2NYA
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 24-09-2007 16:25, IP 58.139.249.66, Guest
39. ...
beri kita ilmu yang berguna teruskan......................
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom