Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Kesilapan Kerap Dalam Bulan Ramadhan
Kesilapan Kerap Dalam Bulan Ramadhan PDF Print
User Rating: / 85
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 14-08-2010 22:00
Views 41845    
Favoured 56

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan


Oleh

 Zaharuddin  Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

 

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

17 Oktober 2006

( Ulang siar pada 11 Sept 07 )

(Ulang siar pada 31 Ogos 2008 )

23086.13811


Last update: 14-08-2010 22:56

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (89) RSS feed comment
Posted by Anis Anisa, on 20-08-2010 20:36, IP 210.48.147.2, Guest
1. keuzuran wanita
Assalamualaikum ust. Bagaimana pula jika perempuan uzur ktk sedang berpuasa. adakah dia perlu berbuka terus ketika itu atau hendaklah diteruskan berpuasa untuk menghormati ramadhan atau bagaimana?
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Shah Rafi b Mohd Hasim, on 19-08-2010 11:52, IP 161.139.198.23, Guest
2. mohon analisa yayasan-ilmu.blogspot.com
Assalamualaikum wbt. 
 
Saudara UZAR, mohon saudara menganalisa blog tersebut yayasan-ilmu.blogspot.com 
saya mewakili Alumni pelajar Pengajian Islam, UTM, memohon saudara memberikan komen berkaitan perkara dasar yang disentuh. contohnya, Tidak sah wudhu' jika niat tidak menyebut Bismillahirrahmanirrahim, dan banyak lagi yang diutarakan. Ikhlas bagi pihak Alumni, kami sedia memberikan saguhati bagi masa dan analisa yang saudara lakukan mengikut ketetapan dari saudara. 
Syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by ct, on 18-08-2010 13:06, IP 211.25.208.186, Guest
3. produktiviti waktu kerja
Ustaz, bagaimana pula jika syarikat membolehkan staf pulang awal pd bulan puasa tetapi dgn syarat staf mesti bekerja pada waktu rehat bagi menggantikan waktu pulang awal dr biasa. 
 
Dlm masa sama, syarikat memberi kebenaran staf utk menghadiri kuliah zohor pd waktu rehat. Maka adakah menjadi kewajipan staf utk menggantikan waktu sejam itu dgn pulang lewat sejam juga? Adakah gaji staf syubhat jika staf menghadiri kuliah dan pulang awal? 
 
Mohon pencerahan Ustaz. Jzkk.
 
» Reply to this comment...

Posted by Najmatulhaya, on 18-08-2010 09:53, IP 60.50.175.124, Guest
4. Mohon copy
Salam..mohon copy dan sebagai bahan tazkirah sepanjang Ramadhan..syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by fakhri, on 18-08-2010 08:33, IP 218.208.23.123, Guest
5. pinjaman rumah kerajaan
salam usaz..minta maaf kalau lari dr tajuk..sy betol2 risau pasal pinjaman perumahan kerajaan, adakah pinjaman perumahan kerajaan ni termasuk dalam riba'? bukan apa, loan kerajaan skrg ni ada menyediakan pinjaman secara islam..tapi adakah ianya benar2 bersih dari riba'? tolonglah ustaz jwb persoalan saya ni sebab sy masih tak yakin dengan loan rumah kerajaan tersebut n pada ms yg sama beribu2 penjawat awam yg buat loan rumah gunakan loan kerajaan ni n saya sendiri pon berkira-kira nk buat loan ini jugak tapi masih ragu2 lagi...terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by siti, on 17-08-2010 20:15, IP 120.140.100.207, Guest
6. mohon izin
assalamualaikum ustaz, 
mohon izin ustaz untuk salin & tempek kat blog saya. 
 
http:// famefeedfab.blogspot.com/
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 17-08-2010 10:29, IP 77.8.113.135, Guest
7. last boleh Niat Puasa
Assalamualaikum ustaz 
 
Saya ingin bertanya bilakah waktu terakhir kita masih boleh niat puasa(puasa ramadhan)?.Kerana saya ada mendengar orang cakap,waktu imsak atau sebelum waktu subuh atau semasa azan subuh masih boleh lagi niat puasa. 
 
Terima Kasih 
 
 
UZAR : ye betul..sebelum azan subuh masuk atau dilaungkan
 
» Reply to this comment...

Posted by Saidee, on 17-08-2010 08:21, IP 211.25.178.4, Guest
8. Pekerja swasta
Salam, 
 
Mohon edar artikel ni kepada sahabat2. 
 
Wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by zaki, on 16-08-2010 22:55, IP 175.144.25.39, Guest
9. izin copy
salam ustaz dr...mohon utk disalin dan disampaikan pd org lain...
 
» Reply to this comment...

Posted by Azrul, on 16-08-2010 15:05, IP 124.13.208.249, Guest
10. Syukran jazilan ustaz
salam.. Ana Mohon copy artikel ni ustaz
 
» Reply to this comment...

Posted by Cikgu Lisa, on 16-08-2010 05:36, IP 203.82.95.5, Guest
11. Mohon copy
Salam UZAR, 
 
Mohon copy artikel ini untuk risalah sekolah sempena ramadhan. Syukran.
 
» Reply to this comment...

Posted by Makbonda, on 15-08-2010 22:53, IP 118.101.52.215, Guest
12. Mohon share artikal
Salam UZAR,saya nak mohon izin print dan tampal di masjid kampun kami.
 
» Reply to this comment...

Posted by Al-Fadil, on 15-08-2010 18:08, IP 210.187.51.45, Guest
13. UZAR tolong buat artikel khas...!
Salam... 
 
Saya tidak tahu bagaimana untuk menghubungi UZAR, tapi saya berharap UZAR membaca komen saya ini.  
 
Langakah kerajaan Kelantan memperkenalkan dirham beasaskan sistem Islam mendapat banyak reaksi positif khususnya daripada mereka yang mahu lari daripada riba. Malangnya, ia mendapat bantahan keras daripada Bank Negara Malaysia (rujuk http://www.bharian.com.my/ bharian/articles/ PAS_BNMtiadabincangdinaremas/ Article ) 
 
Sebagai pakar dalam bidang kewangan Islam, menjadi TANGGUNGJAWAB dan harapan saya (mungkin ramai lagi) agar UZAR dapat membuat artikel khas mengenai masalah ini. 
 
Sekian, 
 
Yang keliru tapi ingin tahu :x
 
» Reply to this comment...

Posted by Daing, on 15-08-2010 17:32, IP 196.29.168.226, Guest
14. dinar & dirham Kelantan
Salam ustaz, 
mohon jasa baik ustaz menulis berkenaan dinar&dirham kelantan yang telah dilancarkan baru-baru ini. Nampaknya ia sudah menjadi satu isu di dada akhbar...syukran. 
 
 
UZAR : bila jadi isu politik, huraikan sudah tiada banyak faedah lagi.
 
» Reply to this comment...

Posted by Din, on 15-08-2010 15:31, IP 60.50.195.213, Guest
15. Buku menghalalkan bunga bank
Assalamualaikum ustaz.. 
 
Saya ingin mengetahui ada tak buku yang menjelaskan kekeliruan dan menjawab berkenaan buku "Perspektif ilmiyah tentang halalnya bunga bank oleh KH.Ahmad Makky. 
 
Buku tersebut cuba menjawab fatwa2x sepertu MUI, al-Qaradhawi dll yang mengharamkan bunga bank. 
 
 
UZAR : pandangan ganjil yang ditolak oleh majoriti ulama sedunia.
 
» Reply to this comment...

Posted by balqis, on 15-08-2010 15:25, IP 60.53.59.110, Guest
16. suami malas solat, puasa
ustaz, 
suami sy berasal dari keluarga baik serta dibesarkan dgn didikan agama yg sempurna 
malangnya, selepas berkahwin & hidup bersama barulah sy mengetahui dia seorang yg tdk menjaga agama 
suami kerap meninggalkan solat serta puasa atas alasan remeh seperti penat bekerja, sakit tekak dan sebagainya 
adakah suami sy termasuk dlm kategori fasiq? 
bolehkah sy menolak tuntutan batinnya sbg memberi pengajaran? 
 
 
UZAR : memang fasiq tinggalkan solat dan puasa, malah jika dibuat dgn sengaja, mungkin juga jatuh murtad menurut Imam Ahmad. Tolak tuntutan batinnnya hanya kana mendorong org sebgitu kepada maksiat yg lebih besar. 
 
Perkara asasnya adalah dia mesti solat dan puasa.
 
» Reply to this comment...

Posted by hambaALLAH, on 12-08-2010 19:14, IP 77.182.22.164, Guest
17. penghujung malam
Assalamu'alaikum ustaz, 
 
1) beribadat dan berdoa dipenghujung mlm 
2) bersahur 
 
antara dua perkara diatas, manakah yg lebih afdal dikemudiankan? sbb sy kire memang tak mungkin utk kite buat kedua2nya sekaligus
 
» Reply to this comment...

Posted by bonda, on 09-08-2010 16:50, IP 60.49.60.110, Guest
18. mohon izin
Assalamu alaikum ustad.. mohon izin untuk letak maklumat ini dalam web sy.. tq
 
» Reply to this comment...

Posted by taufik, on 06-08-2010 16:35, IP 110.33.128.64, Guest
19. copy
Salam Ustaz, izinkan saya untuk copy artikel ni untuk saya beri tazkirah pada orang lain,
 
» Reply to this comment...

Posted by zuhud, on 07-09-2009 20:01, IP 203.82.79.101, Guest
20. artikel
salam ustaz ...ingn memnta izn untk copy artikel diatas...
 
» Reply to this comment...

Posted by wagiman, on 07-09-2009 08:38, IP 202.75.4.159, Guest
21. mohon izin ...
Salam UZAR. 
Saya baca artikel ni dalam majalah I bulan Ogos 2009 dan saya nak copy dan tempek dlm blog saya. Mohon keizinan. 
wagiman 
http:// grenbara.bravejournal.com 
 
UZAR : sila
 
» Reply to this comment...

Posted by Ash Sinar, on 04-09-2009 02:52, IP 203.82.66.202, Guest
22. Minta izin untuk copy
Salam ustaz... 
Izinkan saya copy artikal kesilapan kerap di bulan ramadhan ini untuk di muatkan di dalam blog saya..  
Terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by sham, on 02-09-2009 06:52, IP 203.92.154.37, Guest
23. tarawih
Saya ada mendengar banyak pendapat tentang jumlah dan cara sebenar tarawikh (dirumah atau berhemaah smapai 20rakaat) mengikut nabi SAW.. boleh x ustaz trangkan yg sebaik-baiknya dlam pelaksaan tarawikh mengikut sunnah.. 
 
UZAR : berkenaan terawih tu, sila buka penjelasannya di sini
 
» Reply to this comment...

Posted by sham, on 02-09-2009 06:41, IP 203.92.154.37, Guest
24. masalah riba'
Assalamualaikum ustaz.. 
Saya ni dlm usaha nak mengubah cara hidup yg bergelumang dgn riba' ni...skarang ni personal loan, kad kredit dan loan kereta.. 
 
disbbkan jahil...dah setahun lbh loan kereta (2nd hand) pakai loan Ambank bukan islamic..saya ada tanya ambank untuk refinace guna Am islamic..kata mereka x boleh.. ustaz ada alternatif lain x.. 
 
UZAR : tahnaih atas niat yang amat baik dan wajib tersebut. kena usaha tanya bank-bank Islam yang lain, RHB Islamic ke contohnya
 
» Reply to this comment...

Posted by ita, on 31-08-2009 12:31, IP 60.49.48.192, Guest
25. masalah haid dalam bulan puasa.
salam ustaz. 
- saya harap ustaz ada kesempatan untuk jawap bersoalan saya ni.. saya telah haid sebelum ramadhan 3 hari dan bila tiba 1 ramadhan hingga 5 ramadhan saya tidak dapat berpuasa( masih dalam haid) hari ke 5,6,7 saya berpuasa kerana sudah bersih.. tapi hari ke 8 ramadhan saya datang haid semula.. ( betulkan ustaz coz tempoh haid ialah maks hari ialah 15 hari) maslah saya apakah puasa saya yang 3 hari itu sah or x ? 
- ustaz apakah masa TERpendek dalam haid ? 
1 hari or dari 1 solat ke 1 solat ?( cth subuh ke zohor ) kalau tak keluar darah time tu kita boleh mandi wajib ? 
 
UZAR : waktu terpanjang dan terpendek sukar ditentukan secara tepat kerana setiap wanita berbeza berdasarkan suasana kehidupan di negara masing-masing. Namun average bagi wanita normal, mininum haid adalah sehari semalam, dan yang terpanjang 15 hari. 
 
Dalam kes sdri, saudari perlu kenali sifat darah haid agar dpt tentukan darah yang keluar pada hari kelapan itu haid atau istihadah. ia juga bergnatug kepada kebiasaan tempoh darah haid sdri keluar,  
 
Sifat darah haid, adalah berbau dan kehitaman, berbeza dengan istihadah yang lebih merah dan kurang berbau. 
 
Setelah menentukan jenis darah, barulah dapat menentukan perlu puasa atau tidak.
 
» Reply to this comment...

Posted by mohamad aizwad bin ahmid, on 29-08-2009 15:15, IP 60.48.58.254, Guest
26. perkara membatalkan puasa...confuse
assalamualaikum..saya ada terdengar seorang ada orang menyatakan bahawa mengorek hidung, mengorek telinga di bulan ramadhan tidak membatalkan puasa. padahal salah satu perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dengan sengaja dianggap membatalkan puasa. lubang hidung dan lubang telinga tidak termasuk dalam ketegori rongga yang terbuka ke ustaz? minta pendapat ustaz segera. 
 
UZAR : sila baca di artikle 'batalkah puasa kita jika.."
 
» Reply to this comment...

Posted by baitusafi, on 29-08-2009 11:11, IP 124.82.55.197, Guest
27. Mohon Izin
Assalamualaikum 
 
Satu penulisan yang menarik sebagai renungan di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Minta izin ustaz untuk di muatkan artikel ini dalam blog saya http:// baitusafi.wordpress.com 
 
UZAR : sila
 
» Reply to this comment...

Posted by muhammad, on 23-08-2009 12:10, IP 115.135.214.140, Guest
28. salam
mohon kebenaran utk cetak article ni.syukran..
 
» Reply to this comment...

Posted by hamizah, on 19-04-2009 03:36, IP 119.12.143.254, Guest
29. fiqh ibadat
salam ust,  
sy skrg berada di australia, sy bermasalah skit ttg rmh yg sy sewa krn ada bulu ajg.sdgkan ketika membaca iklan sblm menyewa dikatakan"no pet allowed".biasanya begitulah cr nk cari rmh di cni.semasa tgk rmh 2mmg x prasan ada benda tu krn rmh dipenuhi carpet yg mmg sama warna dgn bulu2 berkenaan,mohon ust jwb pertanyaan sy. 
 
UZAR : tiada masalah, vacum sebaik mungkin dan inshaAllah ok. Yang tak nampak yang lain, tiada masalah. Jika nak lebih berhati2..beli beberapa helai rug sendiri agar lebih yakin. 
 
» Reply to this comment...

Posted by copy sarah sofea, on 23-10-2008 23:56, IP 194.80.178.1, Guest
30. ...
Assalamualaikum.......  
 
Ustaz, sy nak tanya.....kenapa kehidupan kita ni banyak merujuk kepada hadis hadis dan kitab2 sdgkan al-quran ada lah panduan hidup yg lengkap.  
 
Nescaya tidak akan sesat...kita adalah umat nabi muhammad dan kitab yang diturunkan adalah al quran.  
 
Kenapa mesti merujuk kitab lain?  
 
UZAR : KERANA AL-QURAN SURUH KITA IKUT NABI..DAN APA YANG NABI CAKAP DAN BUAT ADA DALAM KITAB HADIS. 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by MUHAMAD SAIFUL AMREE, on 30-09-2008 12:56, IP 84.71.80.120, Guest
31. ...
USTAZ ADAKAH DENGAN BERSALAMAN DENGAN IBU BAPA SUDAH MEMBUKTIKAN KITA DAH MINTA MAAF NGAN MEREKA . KALAU KITA DAH MINTA MAAF NGAN ORANG (KAWAN) TAPI TAK DIMAAFKAN . WALAUPUN DAH BERKALI-KALI MINTA MAAF .
 
» Reply to this comment...

Posted by Nabilah, on 18-09-2008 01:13, IP 194.80.178.1, Guest
32. ...
Assalamualaikum ustaz. 
 
Saya ada jumpa sedikit penerangan mengenai solat witir selepas terawikh. (Sumber : Islamtoday.com) 
Sini, saya kongsikan. Minta pendapat ustaz... 
 
Question: I offer the Tarawih prayer at the local mosque along with the imam. However, I do not observe the Witr prayer with the imam, since I want to offer more prayers when I go home. Is this correct? 
 
Answered by Answered by Sheikh Sālih b. Rāshid al-Ghayth, presiding Judge at the Sudayr District Court 
 
It would be better for you to complete the Tarāwīh prayer along with the imam, including the Witr prayer. In doing so, you receive the reward of offering prayer at the late watches of the night. 
 
The Prophet (peace be upon him) said: "Whoever observes prayer along with the imam until the imam is finished, that person will have written for him the credit of offering the late night prayer." [Sunan al-Tirmidhi – and authenticated by al-Albānī] 
 
You have two options for completing the prayer with the imam: 
 
1. You can simply offer the odd-numbered Witr prayer along with the imam. If you wish to, you are free to offer more prayers on your own later on at night. 
 
However, in this case you do not offer a second Witr prayer when you have finished praying for the night, since the Prophet (peace be upon him) said: “There should not be two Witr prayers in one night.” [Sunan al-Tirmidhī (470)] 
 
2. Alternatively, you may stand up for one extra unit of prayer when the imam says the taslīm. In this case, you do not say the taslīm with the imam, but stand and offer another unit, maling it an even prayer. Then, at the end of the night, when you finish your extra prayers, you may offer the odd-numbered Witr prayer on your own. 
 
And Allah knows best.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ibu Iman, on 18-09-2008 00:44, IP 194.80.178.1, Guest
33. ...
Assalamu'alaikum, 
Ustaz harap jika ada masa ustaz dapat menulis artikel tentang puasa dan rukhsah untuk wanita yang hamil, menyusukan anak atau warga tua. Sebab nak jugak tau lebih detail tentang rukhsah tersebut. Selalunya ibu yang menyusukan anak sampai menggigil2 ditahankan jugak berpuasa tak nak berbuka. Ada juga ibu2 yang tidak berpuasa kerana hamil dianggap meringan2kan hukum sebab tak cuba dulu utk berpuasa.  
 
Terima kasih. 
 
UZAR : INSHALLAH AKAN CUBA DIUSAHAKAN KELAK
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 11-09-2008 09:03, IP 81.79.146.30, Guest
34. ...
mungkin telah tiba masanya untk kita menyesali perbuatan yang diri yang telah lepas,bertaubatlah sebelum kita semua di tempatan di neraka jahanam..... :) amik pengajaran dari artikel ini ok :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by awang, on 10-09-2008 22:46, IP 81.79.146.30, Guest
35. ...
ustat macam mana saya nak tau waktu jadual solat d luar negara... 
dan macam mana plak nak tau waktu berbuka puasa dan imsak 
 
UZAR : SILA BUKA WEB INI www.islamicfinder.org DAN KEMUDIAN MASUKKAN NAMA KAWASAN BERADA..MUDAH SAJA.
 
» Reply to this comment...

Posted by ismaisa, on 09-09-2008 19:26, IP 81.79.146.30, Guest
36. ...
Alhamdulillah bagus,saya memasuki laman web ini setiap hari,terima kasih ustaz
 
» Reply to this comment...

Posted by Auf, on 07-09-2008 07:14, IP 81.79.146.30, Guest
37. ...
Ustaz yang dihormati, ana ada kemusykilan sikit, boleh tak ustaz tolong terangkan tentang bersetubuh di siang hari di bulan Ramadan dan cara untuk membayar dendanya....terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by ct_aisyah, on 03-09-2008 17:38, IP 90.240.186.250, Guest
38. ct_aisyah
terima kasih ust utk peringatan...insan mudah lupa
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 02-09-2008 21:04, IP 194.80.178.1, Guest
39. ...
Assalamualaikum, bekerja dalam bidang perkilangan yang 24hrs tanpa henti memang menguji keimanan yang begitu kuat. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan dan hati ini ...
 
» Reply to this comment...

Posted by nisa ori, on 02-09-2008 21:02, IP 194.80.178.1, Guest
40. ...
salam uzar..ada nisa lain lak.. jgn confuse ya.. :grin  
 
UZAR : MAKIN CONFUSE ..NISA YANG MANA SATU YANG ORI DAN YANG TAK ORI
 
» Reply to this comment...

Posted by Nor Azlan bin Yaacob, on 09-10-2007 16:09, IP 60.52.100.25, Guest
41. ...
Assalamualaikum, 
 
Saya ingin mendapat pandangan ustaz, tentang satu amalan yang dilakukan dalam bulan ramadhan. Ada sebilangan orang tua-tua yang mengatakan mereka uzur, mereka hanya perlu berpuasa dalam bulan ramadhan 3 hari sahaja, iaitu hari pertama, hari ke lima belas dan hari terakhir ramadhan. kata mereka ianya terdapat didalam "buku rukunan".. benarkah amalan ini? 
 
saya amat-amat memerlukan jawapannya. 
 
terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by webweb, on 04-10-2007 22:16, IP 60.52.96.47, Guest
42. ...
merujuk pada tulisan Ahmad Albab on 2007-09-12 21:59:58... 
 
mana punya tempat ko ceduk ni? dlm kira waktu solah ni ada beberapa kaedah yg diikut.  
begitu jugak antara mahzab syafie dan hanafi pun waktu asar dia berbeza. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by amirul, on 02-10-2007 06:12, IP 60.52.97.207, Guest
43. ...
assalamua'laikum,ustaz zaharuddin.Saya musykil adakah mandi selepas 12 tengah malam baik utk kesihatan dan adakah mandi selepas maghrib hingga sebelum tengah malam tidak baik? 
 
 
UST ZAHARUDDIN : MAAF SAYA BUKAN DOKTOR PERUBATAN UNTK MELAYAKKAN SAYA BERI NASIHAT KESIHATAN. DALAM ISLAM, TIADA SEBARANG MASALAH.  
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Hafiz, on 01-10-2007 11:21, IP 58.139.249.66, Guest
44. ...
Assalamualaikum, 
Saya ingin penjelasan mengenai sembahyang qasar dan jama'. Hanya orang yang berkelana lebih dua marhalah sahaja yang layak untuk melaksanakan sembahyang ini tapi bagaimana cara amalannya yang lebih jelas.  
 
Wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by RIHANNI, on 27-09-2007 16:29, IP 58.139.249.66, Guest
45. ...
AKM USTAZ SY NK TANYA. 
 
SY DAH DUA TAHUN TK PERNAH BAYAR CUKAI PENDAPATAN DAN ZAKAT PENDAPATAN KERANA KEJAHILAN.  
 
DAN KINI SAYA NK BAYAR CUKAI PENDAPATAN TK LAYAK LAGI TAPI KEMUSYKILAN SAYA IALAH SAYA NAK BAYAR ZAKAT PENDAPATAN TAPI ADA USTAZ MENGATAKAN TIADA DALAM ISLAM ZAKAT PENDAPATAN. 
 
ADAKAH INI BENAR DAN APAKAH SEBENARNYA JENIS CUKAI DAN ZAKAT YG PERLU SAYA BAYAR DALAM KEADAAN SAYA WALAUPUN GAJI AGAK BESAR TAPI TANGGUNGAN MEMANG BANYAK :?  
 
TOLONGLAH JELASKAN USTAZ....  
 
Komen Ust Zaharuddin : pandangan yang rajih ( lebih kuat) adalah kena bayar zakat pendapatan. Elok pergi buat kira-kira di mana-mana kaunter pusat kutipan zakat. Lebih mudah.
 
» Reply to this comment...

Posted by yus, on 26-09-2007 08:32, IP 58.139.249.66, Guest
46. ...
syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by jonas, on 25-09-2007 14:32, IP 58.139.249.66, Guest
47. ...
jonas_jr2003@yahoo.comnull 
 
assalamualaikum, 
 
 
Kebanyakan umat islam sekarang berpuasa setakat menahan lapar dan dahaga sahaja. Mulut tak puasa (asyik mengumpat, mencarut, mengeluarkan kata-kata kesat dsb), telinga tak puasa (mendengar muzik yang melalaikan, mendengar umpatan orang, dsb), mata tak puasa (melihat gambar2 yang mengghairahkan, porno, perempuan, dsb) dan emosi serta pemikiran kita ( suka marah2, tak sabar, hasad dengki, dsb).  
 
Semua ni mengurangkan pahala puasa kita jugak. 
Di bulan Ramadhan al-mubarak ini marilah kita sama2 berpuasa dengan sebenar-benar puasa yang telah disyariatkan kepada kita. Jangan juga lupa dengan saudara2 kita di Palestin, Iraq, Sudan & Afghanistan yang berpuasa dalam keadaan serba kekurangan & kepayahan. Wassalam....
 
» Reply to this comment...

Posted by fida, on 19-09-2007 14:12, IP 58.139.249.66, Guest
48. ...
Salamun alaikum, 
 
ustaz, hadith sahih bukhari yg ustaz quote dalam item (1- Makan dan minum dengan bebas selepas terbatal puasa dengan sengaja) dalam artikel di atas, is it hadith yg diriwayatkan oleh Salama Al-Akwa (hadith 225)?  
 
Jika benar, apa pandangan ustaz tentang pengakhiran hadith tersebut yg menyebut kerana hari tersebut adalah hari Asyura? Adakah hadith ini juga menjadi sandaran dan diguna pakai dalam kes puasa di bulan ramadhan? 
 
Appreciate your clarification. Thanks.
 
» Reply to this comment...

Posted by EPUL, on 18-09-2007 18:03, IP 60.52.98.49, Guest
49. ...
Kerajaan pun ada pembiayaan rumah, kereta & komputer secara islam...
 
» Reply to this comment...

Posted by han, on 18-09-2007 16:14, IP 58.139.249.66, Guest
50. ...
Ustaz yang berilmu,  
 
Bolehkah rakyat Malaysia sekarang mengubah cara kehidupan mereka sekarang tanpa unsur2 riba, terutama kakitangan kerajaan yang dah berpuluh tahun bergelumang dosa dengan hanya pilihan 4% bunga ? Bagaimanakah caranya? 
 
KOMEN UST ZAHARUDDIN: Jawapannya refinance di mana-mana Bank Islam yang ada 11 buah di malaysia full fledge atau mana-mana windows islamic banking. Masalahnya bukan tak boleh, tapi tak mahu dan sayang duit dan kurang yakin dengan azab akhirat. Itu sahaja. 
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom