Utama arrow Perbankan & Insuran arrow Pembiayaan BBA Semakin Kurang Popular
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 79 guests online
Pembiayaan BBA Semakin Kurang Popular PDF Print
User Rating: / 10
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 12-11-2006 22:54
Views 11845    
Favoured 20

Pembiayaan Perumahan Secara

Islam Semakin Inovatif

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Bagi memperolehi sesuatu keuntungan, Islam tidak membenarkan pinjaman kewangan dijadikan sebagai instrument bagi memperolehinya. Cara yang diterima Islam bagi memperoleh sebarang keuntungan hanyalah melalui kontrak jual beli. Oleh kerana itu, Perbankan Islam di seluruh dunia tidak di benarkan sama sekali untuk meraih sebarang keuntungan dari pinjaman. Hasilnya mereka telah mencipta seluruh konsep produk mereka kepada pelbagai jenis konsep jual beli di dalam Islam bagi meraih keuntungan yang sah di sisi Islam. 

Bai Bithaman Ajil (BBA) atau Jual beli secara tangguh pembayaran adalah salah sebuah instrumen atau produk yang digunakan oleh kebanyakan bank-bank Islam di Malaysia. Konsep ini telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Shariah Kebangsaan yang berpusat di Bank Negara Malaysia dan juga kebanyakan bank-bank Islam di Malaysia. Menurut statistik, konsep BBA ini amat popular dan digunakan dengan cukup meluas di Malaysia. Sehingga Disember 2005, konsep BBA digunakan sebanyak 52.9 % dalam penerbitan Bon Islam (Sukuk) berbanding konsep-konsep lain. Manakala sepanjang tahun 2005 juga konsep ini digunakan sekitar 41 % pula di dalam produk pembiayaan kewangan pelanggan. Kedua-dua angka ini menunjukkan betapa konsep ini amat selesa diaplikasikan oleh perbankan Islam Malaysia. Malah ia juga amat popular di Brunei dan Bangladesh.

Bagaimanapun, konsep ini tidak diterima oleh bank-bank Islam di Timur Tengah termasuk Pakistan dan beberapa Negara lain. Ini adalah kerana majoriti ilmuan dan cendiakawan Shariah di rantau Timur Tengah tidak menerima konsep itu yang dianggap tidak menepati konsep tulen BBA, malah konsep BBA versi Malaysia juga dilihat sebagai gabungan dua konsep iaitu Bai' Inah (Jual dan beli semula) dan Bai Muajjal ( Jualan dengan bayaran bertangguh dan secara ansuran). Justeru, ini menyebabkan pihak Bank-bank Islam di sebelah Timur Tengah lebih suka untuk mengutamakan konsep-konsep lain yang lebih menepati objektif Shariah menurut ijtihad mereka seperti Ijarah, Musharakah dan lain-lain.

Secara mudahnya BBA versi Malaysia berfungsi seperti berikut; Apabila seorang pelanggan ingin membeli sebuah rumah berharga RM 200,000, maka si pelanggan akan membayar sejumlah wang kepada penjual / pemaju sebagai ‘booking' dan kemudiannya membayar 10 % pula kepada pemaju/penjual sebagai wang pendahuluan (deposit).

Setelah iu, berbekalkan perjanjian jual beli (S&P agreement) antara si pembeli dan penjual, maka si pelanggan akan mula mencari bank Islam yang oleh memberikan pembiayaan perumahan kepadanya. Setelah menepati seluruh syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Bank. Pihak Bank bersetuju untuk membeli rumah itu daripada pelanggan tadi dengan harga RM 180,000 (iaitu sama jumlahnya setelah di tolak deposit) dengan bayaran tunai. Dengan itu, rumah itu akan menjadi milik bank dan tanda pemilikan bank ke atas rumah itu adalah melalui satu surat ‘declaration of trust' dan sebuah ‘charge' sebagai tanda hak bank ke atas rumah tersebut. Bagaimanapun nama pemilik atas geran tidak akan ditulis nama Bank kerana ini bukanlah syarat dalam pemilikan Islam dan hanyalah bersifat urusan rasmi ‘formality'. Setelah pemilikan ini sah di sisi undang-undang Negara dan diiktiraf oleh Shariah, maka pihak bank Islam akan menjualkan rumah (yang telah dibelinya tadi) itu kepada pelanggan yang sama dengan harga baru ( merangkumi modal beserta kadar keuntungan yang di tetapkan) iaitu RM 350,000 yang boleh dibayar oleh pelanggan secara ansuran bulanan selama 25 tahun atau lebih, bergantung kepada perjanjian.

Itulah gambaran ringkas bentuk pelaksanaan BBA di Malaysia yang merupakan sebuah produk yang dibina atas konsep jual beli dan bukannya pemberian pinjaman kepada pelanggan. Tidak dinafikan, walaupun konsep BBA ini telah hampir disepakati keharusannya oleh kebanyakan cendiakawan Shariah di dalam Negara. Semakin banyak isu-isu Shariah kelihatan timbul hasil dari cara pelaksanaan atau ‘implementasi' BBA yang kerap tersilap akibat kurang pemantauan oleh individu Shariah di dalam Bank atau tidak difahami sebaiknya oleh para pegawai bank yang mengaplikasikan konsep ini di dalam produk mereka.

Hasilnya, pelbagai pihak yang menyedarinya tampil membuat teguran, pertanyaan dan pelbagai tuntutan penjelasan dibuat. Tambahan itu, konsep ini juga dianggap menjadi satu imej perbankan Islam yang sedikit kurang inaovatif di Malaysia di mata pihak antarabangsa, lalu kemungkinan menjadi salah satu faktor kurang minat pelabur Arab yang kaya untuk turut serta memeriahkan perbankan Islam di Malaysia dengan lebih hebat. Tidak dinafikan, kewujudan beberapa Bank Islam antarabangsa dari Kuwait ( Kuwait Finance House), Saudi (Ar-Rajhi Investment Bank) dan Qatar ( Asian Finance Bank) menampakkan penerimaan  Timur Tengah terhadap Malaysia, tetapi perlu diingat bahawa ketiga-tiga bank Islam antarabangsa ini tidak mengamalkan sebarang konsep BBA di dalam operasi mereka.

Kini, timbul satu fenomena yang agak sihat di kalangan cendiakawan Shariah tempatan dan pengamal perbankan Islam di Malaysia.  Mereka dilihat semakin inovatif dan kreatif dengan mengutarakan pelbagai konsep baru yang lebih ‘mampu' diterima oleh para ulama sedunia dan pengamal perbankan Islam antarabangsa. Sebagai contoh, produk BBA yang sering menjadi teras bagi pembiayaan perumahan kini sudah semakin kurang popular tambahan pula dengan isu-isu Shariah yang masih lagi berlegar di sekitarnya.  Kini konsep pembiayaan perumahan sudah mula di tukar kepada konsep baru yang lebih baik seperti Musharakah Mutanaqisah (Pemilikan berkongsi secara menurun) dan Ijarah Muntahiyah Bit Tamleek (sewaan yang berkahir dengan pemilikan). Pelbagai Bank Islam dan jendela Perbankan Islam ‘Islamic Banking window' sudah mula melakukan kajian terhadap kesesuaian konsep ini dengan perundangan Negara. Malah sebahagiannya telah pun mengaplikasikan produk pembiayaan perumahan dengan cara ini. Setakat ini, ia terbukti lebih berkesan selain diterima oleh Ulama sedunia. 

Apa yang diharapkan adalah masyarakat Islam di Malaysia khasnya dapat memberikan sokongan tanpa berbelah-bagi terhadap operasi perbankan Islam ini dari masa ke semasa sehinggalah ia dapat mencapai tahap terbaik bagi manfaat dunia akhirat.  Tidak dinafikan masih terdapat pelbagai kelemahan dikenalpasti dalam operasi dan harga yang di tawarkan. Bagaimanapun adalah tidak adil untuk menuding jari terhadap perbankan Islam sahaja tanpa mengetahui bahawa bank-bank Islam ini terhalang dan dihalang oleh pelbagai sebab dan sudut yang diluar bidang kuasanya.

Last update: 12-11-2006 22:54

Published in : Soal Jawab, Perbankan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (19) RSS feed comment
Posted by nourman, on 20-01-2010 22:09, IP 161.142.148.7, Guest
1. emm
salam ustaz, nape bank kat malaysia xgne murabahah bukan ke ia lagi bagus? yang sy thu mcm konsep bai' bisamanin ajil ni lbh cpt dapat untung? maaf klu sangkaan sy salah,,just nak tahu...
 
» Reply to this comment...

Posted by nurul, on 10-04-2009 13:13, IP 202.184.111.86, Guest
2. bba
salam ustaz 
 
klu beli rumah melalui bank,bilakah rumah akan diserahkan?adakah konsep ini sah menurut jual beli Islam?klu sah,ia disandarkan krpada apa? 
 
UZAR :Panjang ceritanya, sla dapatkan buku saya berksnaan hal ini dalam bulan jun nanti terbitan telaga biru . inshaAllah
 
» Reply to this comment...

Posted by yarmoukiyyin..., on 25-11-2008 03:20, IP 94.249.33.102, Guest
3. salam ustaz...
sy makin kliru bile ust mengatakn bai' al inah dibolehkn selagi ianya disahkn oleh syara', tetapi doktor2 sy disini jelas mengatakn bhw ianya haram krn ianya amaliah untk mdtkn riba & ijtima' al 'uqud..sy hrp ust dpt jelsknnya,t,kasih.. 
 
UZAR : saya tak kata bai inah tu harus, tapi ulama mazhab Syafie yang kata boleh dengan syarat tiada intention yang jelas nampak bahawa pembelian smeula akan dibuat. Adapaun apa yang ada di Malaysia, ia adalah ijtihad ulama Malaysia dan saya tidak termasuk dalam kumpulan tu. 
 
Menurut ulama Malaysia yang mengharuskan, Ijtima al-Uqud telah mereka bincangkan dan kesemua aqad stand on thier own ( mustaqillah wa munfasila 'anil aakhar) dan tidak diikat dengan yang lain, justeru tidak timbul isu tu dalam konteks ini. 
 
Ia isu yang panjang dan boleh dapatkan buku serta kertas kerja lengkap dari Bank Negara Malaysia. ada buku khas dalam hal dan fatwa mereka.
 
» Reply to this comment...

Posted by AIZAL, on 24-10-2008 00:13, IP 194.80.178.1, Guest
4. ...
ustaz,saya dapati kebanyakkan bank sekarang telah mengunakan BLR dalam product pinjaman perumahan secara islam.Instead using word BLR, mereka menggunakan nama IBR dan mempunyai kadar ceiling cthnya 10.75%. INi bermaksud penentuan IBR adalah berdasarkan BLR semasa dan mempunyai kadar ceiling tertentu. Persoalannya adakah konsep ini benar2 menepati perbankan islam yang tulen? :?  
 
UZAR ; BLR hanyaalh benchmark, ia tiada kena mengena dengan kesahihan kontrak di bank-bank Islam, ia hanya menjadi ukur rujuk untuk meletak harga, tiada sebarang masalah.  
 
Namun jika ada ukur rujuk Islam, ia better ..
 
» Reply to this comment...

Posted by pengirim, on 18-09-2008 00:52, IP 194.80.178.1, Guest
5. ...
salam ustaz, 
mengenai Bai' Inah..saya masih kurang jelas dengan penerengan ustaz.maaf kan saya kot2 terlepas pandang 

soalan saya,apakah sebenrnya,orang awam boleh menggunakan Bai' Inah ini (perbankan islam malaysia)?saya sendiri dalam perancangan untuk membuat pinjaman dari sme bank.untuk pinjaman capital,mereka akan menggunakan Bai' Inah. 
 
sya pernah mendengar ustaz saya m'beritahu bhw Bai' Inah ini umpama org yahudi memasang jala pada hari jumaat untuk hasil ikan hari sabtu kerana hari sabtu bagi mereka haram utk menangkap ikan.jadi,ia sekadar helah utk mendapat ikan utk hari sabtu tetapi dipungut pd hari ahad.adakah ia sama dgn Bai' Inah?ia menggunakan jual beli yang tidak jelas dimana barang yg hendak dijual antara pihak bank dan pengguna itu hanya di atas angin sahaja seolah2 tidak wujud pun jual beli itu.ia sekadar untuk mengelak wujudnya riba tp. 
 
terima kasih 
:sigh :sigh  
 
UZAR : BOLEH SELAGI IANYA TELAH DISAHKAN OLEH PENASIAHT SHARIAH
 
» Reply to this comment...

Posted by hidayah, on 18-09-2008 00:13, IP 194.80.178.1, Guest
6. ...
assalamualaikum... 
saya seorang plajar perbankan islam..dan mungkin akan bekerja dalam sektor ini,,, 
saya nak tanya,, sejauh mana prinsip perbankan islam yang diamalkan oleh bank2 konventional yang telah bertukat kpd perbankan islam..contohnya,,cimb islamic, maybank islamic and rhb islamic..adakah pada dasarnya shj atau mcm mana..contract yang dibuat dgan customer adakah btol2 islamic ke skadar atas paper shj, tapi amalan sbenar tak..
 
» Reply to this comment...

Posted by pengirim, on 03-09-2008 17:29, IP 90.240.186.250, Guest
7. pengirim
salam,ustaz...saya baru sahaja pergi ke al-rajhi utk buat personal loan dan mereka menyebut skim bba sekiranya saya igin m'buat loan tu 
 
tp,pada artikel ustaz menyatakan mereka tidak menggunakannya.harap ustaz dapat lihat balik. 
 
saya risau ia akan mengelirukan. 
 
terima kasih! 
 
UZAR : BBA MEREKA ADLAH MURABAHAH TIGA PIHAK, IA BERBEZA DENGAN BBA BIASA YANG DIAMALKAN OLEH BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA.
 
» Reply to this comment...

Posted by 'Abdallah, on 13-05-2008 15:40, IP 211.25.51.200, Guest
8. ...
Salam Ustaz, 
 
Saya ingin meminta pendapat ustaz berkenaan Personal Financing. 
 
Ada tak konsep-konsep selain dari konsep Bai' Inah boleh diterapkan didalam produk Personal Financing? 
 
uzar : sudah tentu, konsep bai inah yang paling banyak diguna utk personal financing..di Malaysia
 
» Reply to this comment...

Posted by cikgu salleh, on 10-04-2008 00:14, IP 60.52.102.20, Guest
9. ...
assalamualaikum wbt ustaz, admin dan muslimin yang dirahmati Allah sekelian 
 
saya ada beberapa persoalan yang belum jelas berkenaan BBA: 
 
1) ada pihak yang menyatakan dalampraktik BBA sebenarnya bank tidak membeli rumah dan menjualkannya kepada pembeli. tetapi bank masih meminjamkan duit kepada pembeli rumah. adakah perkara ini benar? 
 
2) adakah benar ada akta bank negara yang tidak membenarkan bank membeli aset untuk dijual, maka sebab itulah dalam praktik BBA ini, bank tidak membeli dan menjualnya kembali? 
 
3) apakah status kepemilikan rumah tersebut selama tempoh pembayaran? 
 
4) benarkah BBA adalah praktik sewa beli? 
 
saya telah cuba mendapatkan penjelasan dari beberapa pegawai bank tetapi belum ada jawapan jelas. saya minta sangat ustaz dalam memberi kefahaman kepada saya. JZKK.
 
» Reply to this comment...

Posted by MIFTAHUL JAMILAH, on 28-02-2008 21:27, IP 60.52.103.211, Guest
10. ...
SAYA INIGIN MENCADANGKAN AGAR USTAZ DAPAT MEMBUAT PERBANDINGAN DI ANTARA AMALAN BBA YANG DI JALANKAN DI BANK ISLAM DAN BANK KOVENSIONAl
 
» Reply to this comment...

Posted by Khairul, on 23-01-2008 20:14, IP 60.52.100.137, Guest
11. ...
Ustaz, 
 
Berdasarkan contoh dalam artikel diatas, apa justifikasi bank menjual balik dengan harga RM350k ? Keuntungan sebanyak RM150k. 
 
Saya tahu ianya adalah sebab ditetapkan kadar keuntungan pada sekian-sekian %, dan meniaga perlulah ada untung. Tetapi bila dilihat dari jumlah nilai wang ringgit, RM150k itu adalah besar nilainya. Kenapa tidak RM220k atau RM250k ? 
 
Perkara kedua, jika dilihat dari segi etika Islam, wajarkan seseorang membeli rumah berharga RM200k dan dibebankan dengan membayar ansuran bulanan utk RM350k ? 
 
Saya ada beberapa lagi soalan mengenai perbankkan Islam, tetapi saya mulakan dengan 2 persoalan ini. 
 
KOMEN UZAR : KENAPA RM XXX DAN BUKAN RM XXX. ITU BUKAN PERSAOALAN SHARIAH, PERSOALAN SAHRAIH ADALAH, HARUS ATAU TIDAK PENJUAL LETAK HARGA SEBANYAK RM XXXX..  
 
JAWAPNYA HARUS.  
 
JUSTERU SAMDA MAHAL ATAU TIDAK, ITU ANDA KENA TANYA SHAREHOLDER BUKAN SHARIAH ADVISORS. SHARIAH ADVISOR HANYA TENTUKAN IA MARKET VALUE. PENRENAGANNYA TELAH BYK SAYA TERANG DI WEB INI DAN JUGA DALAM BUKU, JSUETRU SAYA TIDAK BERAPA RAJIN NAK ULANG DI SINI
 
» Reply to this comment...

Posted by abu huzaifah, on 01-11-2007 13:36, IP 211.25.51.1, Guest
12. ...
Assalamu'alaikum, 
Harap Ustaz dapat jawab soalan saya berkenaan hukum menjelaskan bayaran BBA lebih awal & kiraan semula May bank yang mengurangkan harga beli yg asal. 
Wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by bahren, on 29-10-2007 18:35, IP 60.52.96.220, Guest
13. ...
bagaimana kedudukan bai al-inah jika dilihat dari konsep maslahah dan mafsadah? 
wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by Izam Zahid, on 28-10-2007 21:07, IP 60.52.96.53, Guest
14. ...
Assalamualaikum ustaz/admin. 
 
Terima kasih kerana telah sudi menjelaskan pertanyaan saya. 
Saya tidak sangka responnya sungguh cepat sekali. 
 
walau bagaimanapun, ada satu lagi soalan yang ingin saya utarakan... 
 
1. bagaimana pula hukumnya jika si pembeli mengambil pembiayaan perumahan yang disediakan oleh syarikat hartanah dengan bank2 yang tertentu(saya bekerja dgn syarikat tersebut, pemilik syarikat bukan beragama Islam), dan pembiayaan yang disediakan adalah conventional. Setakat ini masih lagi di luar kuasa saya untuk mengusulkan kepada syarikat ini untuk menggunakan produk islamik. Apakah hukum komisen yang saya peroleh? 
 
Untuk pengetahuan ustaz/admin, saya memang ada terfikir dan berniat untuk mencadangkan produk pembiayaan Islamik kepada syarikat ini jika saya lihat terdapat peluang untuk berbuat begitu pada masa hadapan. 
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Azhar, DeMutiara Rini, on 28-10-2007 10:29, IP 60.52.98.70, Guest
15. ...
Assalamua'laikum, 
Terima kasih, dah jumpa.
 
» Reply to this comment...

Posted by Izam Zahid, on 28-10-2007 10:23, IP 60.52.98.70, Guest
16. ...
assalamualaikum ustaz, admin dan para pembaca... 
 
saya adalah seorg ejen hartanah. saya baru saja menceburi bidang real estate ini. saya ingin bertanya... 
1. Jika seseorg pembeli ingin membeli rumah melalui khidmat saya dan mencari pembiayaan untuk rumah tersebut, saya akan mencadangkan produk islamik iaitu sama ada MMP atau BBA. 
Tapi bagaimana jika pembeli itu tetap mahu menggunakan pembiayaan rumah secara conventional? Apakah hukumnya komisyen yang saya peroleh? Niat saya ialah mahu memberi kesedaran(terutamanya kepada umat islam), mempromosikan, menggalakkan tidak kira umat islam atau yg bukan islam menggunakan produk islamik yg telah disediakan oleh institusi2 perbankan di negara kita. 
2. apakah hukum pendapatan seorg penjual rumah muslim menjual rumahnya kepada org lain yg menggunakan pembiayaan secara conventional utk membayar rumah si penjual? 
 
terima kasih.. 
 
KOMEN UZAR : 1) JIKA DIA INGIN KONVENSIONAL, ANDA PATUT BERLEPAS DIRI DARI MEMBANTUNYA. DIA LAH YANG PERLU PILIH SENDIRI DAN JANGAN ANDA MENCADANG. TATKALA ITU, KOMISYEN ANDA ADALAH HALAL, KERANA KOMISYEN ANDA HANYALAH TERHAD KEPADA TOLONG CARI PEMBELI. CARA PEMBELI BAYAR TIDAK LAGI JADI TANGGUNGJAWAB ANDA, TAPI JIKA ANDA BANTU, KOMISYEN MASIH HALAL TETAPI TINDAKAN ANDA MEMBANTUNYA SUDAH MENJATUHKAN ANDA DALAM YANG HARAM. 
 
2) PENJUAL TIDAK BETANGGUNG JAWAB KPD CARA PEMBAYRAAN SI PEMBELI, PEMBELI YNG MEMILIH. JUSTERU CARA DUIT HASIL JUALAN ADALAH HALAL. HUKUM HARAM JATUH KE ATAS PEMEBLI SAHAJA.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Azhar, DeMutiara Rini, on 27-10-2007 08:08, IP 60.52.102.241, Guest
17. ...
Assalamua'laikum Ustaz & Admin, 
 
Artikel " Bank Islam menipu........" tiada dalam senarai artikel " Perbankan ", atau di tempat lain, minta tolong link. 
Wassalam. 
 
ADMIN : ADA, SILA CAI BETUL2, LEBIH MUDHA GUNAKAN SEARCH YANG ADA DI WEB UZAR INI
 
» Reply to this comment...

Posted by abu huzaifah, on 23-10-2007 20:15, IP 60.52.96.122, Guest
18. ...
Ustaz, 
 
Saya ada buat pembelian rumah secara BBA dengan Maybank.  
 
Soalan saya, sekiranya saya melangsaikan hutang lebih awal, pihak Bank akan membuat kiraan semula dan jumlah hutang saya menjadi lebih rendah dari kiraan yang asal semasa akad jual beli. Apakah hukumnya?  
 
Adakah halal keuntungan hasil penjelasan hutang lebih awal? Atau haram hukumnya? 
 
Wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Urwah bin Suffian, on 23-09-2007 12:36, IP 60.52.101.114, Guest
19. ...
Assalamua'laikum Ustaz, 
( ADMIN : mesej anda telah dipadamkan kerana ia tidak lain hasil tidak faham anda sendiri) 
 
ADMIN : Sila rujuk baca artikel tajuk "Bank Islam Menipu & bank Konvesnional Lebih mahal" untuk mengtehaui isu ini dengan lebih baik.  
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom