Utama arrow Lelaki & Wanita arrow Antara Displin Islam Dalam Pertunangan
PDF Print
User Rating: / 20
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 15-12-2006 09:24
Views 17054    
Favoured 32

Displin Dalam Bertunang

Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-


1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah) ; , juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ). Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput sipemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di majlis itu, saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab : " Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim) Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ) Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa) . Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-


a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah.

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )

d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.

g. Awas daripada bertukar gambar.

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Wallahu'alam.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.com

Last update: 15-12-2006 09:24

Published in : Soal Jawab, Lelaki dan wanita
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (22) RSS feed comment
Posted by O2, on 16-02-2010 01:38, IP 120.141.134.148, Guest
1. minta pendapat
asalamualaikum uzar, 
 
sye ingin mnta pndapat mengnai perkahwinan 
 
-sye telah menemui calon isteri,tp pd mse yg sme kecenderungan die tidak pd agama. 
lebih pd ibu-bpa dia dan meletkkan syarat jka ingin berkahwin dgnnya  
-die anak yg pertama dn latarbelakang ia mmpnyai pendidikan yg tinggi.ttp seorg yg tdak pndai memasak,penengking(berckp scara kuat) 
-Pemilihan dbuat pd pihak bpa dn ibu sya,krn tdak mhu melukakn hati ibu&bpa sya mngiakn shj pilihn mereka 
-sye ingin mnta pndapt uzar,perlu sye memutuskn utk tidak mhu mngenai pilihan ini atau setuju shj utk perkahwinan ini 
-utk pengetahuan uzar sye tlah buat suai-knal dgn wanita ini slama 9 bln. 
 
Sekian , 
Asalamualaikum
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by nurashikin ihsan, on 11-01-2010 11:29, IP 161.139.195.66, Guest
2. minta izin ye ustaz..
salam ustaz.. 
to make it short n compact, 
sy dh bertunang dlm sebulan lebih.. 
ttpi sy sgt kesal dgn apa yg berlaku slps sy bertunang.. 
ramai rakan2 yg blame on sy tidak menghebahkn tentang pertunangan sy.. 
jd sy google utk cari fakta sebenar dan utk menyokong nasihat emak saya.. 
alhamdulillah sy terjumpa blog ustaz.. 
sy mohon utk paste di facebook sy utk pedoman sy dan rakan2 yg lain.. 
 
wassalam..
 
» Reply to this comment...

Posted by fitriyusof, on 27-12-2009 08:26, IP 60.48.249.188, Guest
3. nak copy
asslamualaikum ustaz, mohon izin nak copy dan paste dalam facebook saya. jazakallah
 
» Reply to this comment...

Posted by kaktus, on 22-12-2009 10:50, IP 218.111.51.106, Guest
4. merawat penyakit hati
salam ustaz 
saya ingin bertanya. 
saya meminati seorang lelaki. orangnya alim dan warak. saya asyik terbayang-bayang wajahnya. 
jadi, bagaimanakah caranya untuk saya menghilangkan perasaan begini ustaz? 
saya sering membaca al-quran, saya berpuasa berturut-turut untuk mengawal nafsu sehingga saya keletihan, semata-mata untuk menghilangkan perasaan yang tidak wajar ini. 
tolong bagi cadangan ustaz. 
saya buntu. 
saya malu pada diri sendiri. lebih-lebih lagi kepada Allah. 
untuk pengetahuan ustaz, saya tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat kerana masih belajar. 
terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by lampi, on 16-10-2009 00:53, IP 58.26.12.35, Guest
5. http://www.bm2u.net
-salam uzar, 
 
terima kasih krn membuka minda sya dr dibelenggu dgn permaslahan mngenai hubungan.. 
 
dr blog yg disiarkn hngalah rncangan tv..sye bnyak mngikutinya 
makin brtmbah ilmu sye mngenai syariat islam 
-sye juga ingin uzar uar2kan mngenai http://www.bm2u.net----ia menawarkn pencarian jodoh secara online dan mngikuti syariat islam 
 
terima kasih & wasalam
 
» Reply to this comment...

Posted by HISHAM, on 15-07-2009 13:46, IP 58.26.217.95, Guest
6. minta izin..
salam ustaz, minta izin copy-paste artikel ni  
 
UZAR : sila
 
» Reply to this comment...

Posted by solehah, on 27-04-2009 04:11, IP 41.178.255.250, Guest
7. Buntu
Assalamualaikum ustaz. 
 
Saya tertarik dengan artikel ini berkenaan dengan menawarkan diri kepada lelaki soleh. 
 
Saya punyai pengalaman yang mencetuskan masalah. Dahulu saya pernah menawarkan diri kepada seorang lelaki untuk saya berkahwin dengannya.Alhamdulillah saya diterima dan kami berkeputusan untuk berkahwin.Tetapi masalah timbul apabila ibubapa lelaki tersebut tidak benarkan kerana kami masih belajar.  
 
In contrast, family saya benarkan tanpa banyak syarat.Lelaki terseut juga sudah berjumpa dengan keluarga saya dan keluarga saya amat berkenan padanya. 
 
Oleh kerana family lelaki tersebut tidak benarkan perkahwinan,lelaki tersebut seolah berputus asa dengan usaha untuk kami berkahwin.Sehinggalah saya seolah mendesaknya kerana dalam masa yang sama ada lelaki yang soleh ingin meminang saya tetapi saya menolak kerana tidak berkenan padanya. 
 
Kami tidak jadi berkahwin kerana gagal dalam usaha memujuk keluarga lelaki tadi.Hubungan yang bermatlamatkan perkahwinan tadi kini menjadi seperti couple.Saya tidak suka jadi begitu dan saya terus meniggalkan lelaki tersebut demi untuk menjaga hati saya. 
 
Sekarang ini,saya perlukan kepada perkahwinan dan saya kini jatuh hati pada kawan baik lelaki terseut yang jah lebih baik dan soleh dari lelaki tersebut.Tetapi saya tidak mahu menawarkan diri lagi kerana tidak mahu perkara yang sama berulang. 
 
Saya da cuba beberapa usha dengan mengisi borang bait muslim.Saya betul2 berkehendakkan perkahwinan tetapi saya tidak mahu lelaki yang pertama tadi tetapi kawan baiknya. Saya dapat tahu juga bahawa lelaki pertama masih sukkan saya dan kawan baiknya pula berkehandakkan perahwinan tetapi belum punya calon.  
 
Apa yang perlu saya buat ustaz? 
 
UZAR : macam-macam..istikharah dan ikutlah nasihat Allah swt jika masih keliru. 
sukar saya nak nasihat..
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by kie, on 02-03-2009 12:12, IP 202.60.56.234, Guest
8. melati sepi
salam ya ustaz..dulu saya pernah terjebak dengan budaya couple sehingga sangup mlakukan perbuatan maksiat kerana sayang.tp kini saya dah putuskan perhubungan denganya dan insaf untuk terjebak lagi. 
 
masalahnya saya dah bagi banyak gambar dgn lelaki tersebut kdang2 saya mula risau jika dia mengapa-apakan gambar saya disebabkan dia terlalu sygkan saya sehingga sanggup menunggu saya habis belajar 4 tahun semata-mata ingin berkahwin dengan saya..apa boleh saya lakukan ustaz.?. 
 
 
 
syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by ija82, on 16-11-2008 23:13, IP 194.80.178.1, Guest
9. ...
salam ustazah, 
 
sy skrg sgt buntu.saya dan pasangan bercadang untuk bertunang tidak lama lagi(sebulan dr skrg).apa yang menganggu fikiran saya adalah,lelaki ini dari segi ilmu agamanya kurang berbanding dgn sy yg sekolah agama.tapi sy juga akui,sy tidak mempunyai ilmu agama yg cukup,cumanya sy tau serba sedikit jika nak dibnding dgn dia yang selalu mengaku dirinya jahil dalam bab agama. solat sering ditinggalkan. sejak mula kami berkawan,saya memohon petunjuk dariNya,dan sudah lebih dari setahun kami berkawan,dan saya sentiasa mendoakan semoga dia diberi petunjuk dan hidayah drNya.  
 
saya menganggap pertemuan dgnnya mungkin utk mengubah hidupnya yang jauh hilang. dia seorg yg taat pada ibubapa dan bertanggungjwb terhadap keluarganya. dia selalu cakap,berilah dia peluang dan berilah dia masa utk belajar. disebabkan rasa rendah diri dan akui kelemahan dirinye,sya rasa terpanggil utk mengenalinya dgn lebih mendalam. saya tidak pernah paksa dia,tetapi sy selalu mengingatkannya supaya sentiasa ingat Allah dan dia akan mengiakan. jadi terpulang pd dia,dan saya hanya berserah pada Allah.  
 
dia pernah meminta saya utk berfikir dgn baik spy sy tidak menyesal dikemudian hari memilih dia yang serba jahil. dia memilih sy sbb sy ni baik dan semua manusia fitrahnya ingin pasangan yg baik. 
 
Tetapi,ibu bapa saya selalu tanya kepada saya,apakah latarbelakang agama bakal tunang sy ini?adakah dia sembahyang?cukupkah ilmu agama?bolehkah jd imam?bolehkah dia baca alquran?semua itu,jawapannya sy sendiri tidak berani menyuarakan pada ibubapa saya. masih adakah lelaki yang sempurna seperti itu,kalau pun ada saya rasa saya tidak cukup baik utk mendapatnya. kalau ikutkan,ilmu kita tidak akan pernah cukup dan tidak semua org bole jd imam.tetapi apabila sudah berkeluarga,kita akan lihat sndiri lmbat laun,lelaki itu akan bole jd imam. saya tau semua ibu bapa menginginkan yang terbaik utk anaknya. adakah hanya title ustaz yang dpt meyakinkan ibubapa bahawa ilmu agama itu ckup? 
 
tolong lah bantu saya,saya juga tidak tahu bagaimana ingin menyuarakan kepada bakal tunang sy itu,dia tahu ibubapa saya mencari org yang tahu agama dan dia rasa dia tidak layak kerana tidak mempunyai semua itu.cuma bagi saya dia sedikit sebanyak berusaha ke arah memperbaiki diri cuma tidak sekaligus.bagaimanakah cara yang betul utk saya ckp pada bakal tunang dan ibubapa saya.tolonglah saya…hubungan saya dan bakal tunang sangatlah baik dan kami sentiasa berterus terang jika ada yang tidak kena. saya pernah menyuarakan pendapat saya tentang ini, dan dia nilai balik diri dia,dan dia rasa dia tidak sesuai utk saya. katanya sy berhak mendapat yang lebih baik walaupun dia sangat sayang pd sy. saya sebenarnya sedikit sebanyak merubah kehidupan dia yg dahulunya kosong tanpa panduan arah,walaupun saya tahu itu kehendak Nya. tetapi sy tidak cukup yakin kerana saya sendiri kadang-kadang tinggalkan solat,tetapi sy cepat sedar dan kembali minta keampunan pada Tuhan. saya sgt buntu…
 
» Reply to this comment...

Posted by nurul, on 04-09-2008 18:01, IP 90.240.186.250, Guest
10. ...
sy pernah memberi gambar sy kepada shbt llaki sy sblum ini tapi stlah sy membaca di website ini, sy telah meminta kembali gambar sy darinya..adakah boleh begitu?
 
» Reply to this comment...

Posted by nurul adibah, on 10-04-2008 07:53, IP 60.52.102.108, Guest
11. ...
salam..new comer ni...apepun, ana bg pihak uitm sgt berterima kasih kpd Allah krn memberi ksempatan dan tiada halangan kpd ustaz utk hadir berkongsi ilmu dgn kami pd 8 april, pusat bahasa uitm shah alam mengenai riba.kami dpt byk info dan insyaallah akn lebih berhati2 slps ini.ttg artikel diatas, sekarang ini trend pakwe-makwe ni dah jadi biasa,org x pandang ia satu dosa lagi krn telah jd kebiasaan. na'uzubillah.semoga kita sntsa diberi petunjukNYA. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by seri_kemboja, on 10-03-2008 13:02, IP 211.25.51.1, Guest
12. ...
:) salam ustaz,spt browsers yg lain, ana sgt stuju web ni sgt bermanfaat dan ana telah syorkan kpd ramai shbt2 ana utk turut serta menimba ilmu dari web ni :) tq ustaz, may Allah give rewards for your "JIHAD FISABILILLAH"....wallahu'alam
 
» Reply to this comment...

Posted by azie, on 03-03-2008 16:25, IP 60.52.103.33, Guest
13. ...
alhamdulillah sedikit sebanyak keraguan dalam hati ni dapat dileraikan...terima kasih atas usaha anda..
 
» Reply to this comment...

Posted by FAKRUL ABDULLAH, on 21-01-2008 18:30, IP 60.52.103.31, Guest
14. ...
SALAM... 
 
SY MINTK TLG USTAZ SGT2 KRN SY PUNYA MASALAH NK BRTUNANG X LAMA G. 
 
SY TGK MCM2 BNDA YG PERLU DISEDIAKAN SMS NK BRTUNANG SHNGGA BNDA 2 JD CM 1 BEBANAN. NK CNCIN 2 BNTUK LA, KAIN LA DN MCM2 G..........ADAKAH ITU ADAT ATAU SYARIAT 
 
SO IKUT SYARIAT ISLAM APA YG SEBETULNYA USTAZ... 
 
WSSLM...... 
 
013-3361432 
FAKRUL 
 
» Reply to this comment...

Posted by aty, on 19-01-2008 13:38, IP 60.52.96.71, Guest
15. ...
salaam, 
saya mengenali seorg lelaki melalui internet. 
hubungan kami berjalan lancar,dia baik,setia,jujur 
menepati ciri pilihan saya.masalahnya dia sudah bertunang 
atas pilihan emaknya,tetapi terus berhubungan dengan saya 
saya betul2 xnk kehilangannya.dan dia pun begitu. 
 
» Reply to this comment...

Posted by anis, on 19-12-2007 12:15, IP 211.25.130.42, Guest
16. ...
ustaz... 
bagaimana saya ingin jelaskan kepada kedua ibubapa saya kebaikan bertunang nie 
 
KOMEN UZAR : IA ADALAH UNTUK MENGENALI KESERASIAN ANTARA SATU SAMA LAIN. PUTUS TUNANG TIDAK MENGAPA, BERBANDING PUTUS KAHWIN YANG TIDAK DISUKAI OLEH ALLAH
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ingin tahuuuu, on 29-11-2007 14:44, IP 60.52.103.183, Guest
17. ...
:grin apakah tdk boleh jika saya bertukar gambar dengan tunang saya????????? 
 
ADMIN : BACA DI ATAS
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad firdaus razali, on 29-11-2007 08:25, IP 211.25.130.42, Guest
18. ...
trima kaseh ustaz... 
 
artikel nie byk bole mmbantu sy mencari jodoh sambil di atas keredhaan ALLAH!halalkn sy utk copy page nie n beberapa page yg lain. 
 
harap ustaz n kengkawan tolong DOAkn sy dpt jodoh pd umor sy 25thn (spt sunnah rasulullah) dgn seorg perempuan yg rasulullah beri ciri2 yg kite perlu cari... 
 
klu x silap sy, lihatlah ciri2 agamanya, kecantikannya, hartanya dn keturunannya... 
tp bole terangkn adakah betul ciri2 yg sy msg nie. n beberapa huraian...
 
» Reply to this comment...

Posted by hurinain, on 18-11-2007 15:50, IP 60.52.102.175, Guest
19. ...
saya masih tdk berpuas hati dengan hukum yang mgtakan haram jika kita bertukar gambar dari sudut islam
 
» Reply to this comment...

Posted by ajim, on 09-11-2007 07:47, IP 60.52.97.228, Guest
20. ...
salam..  
saya ade kemuskilan yg penting untuk ditanyakan pada uzar.. 
apakah boleh saya tafsirkan maksud bertunang sbgai "kenal-mengenal dgn pilihan hati kita"? 
mntk tolong dijawab.. 
tq :?
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba allah, on 06-11-2007 18:18, IP 60.52.97.83, Guest
21. ...
salam... 
 
sy nk bertanya...apakah cara untuk mengawal status hubungan supaya tidak terjadi seperti era zaman nih...sebab ia mungkin akan terjadi bgi orang yg tk memahami erti cara islam...bgaimana nk hilangkan gejala seperti itu sedangkan orang yg alim dan warak pun juga terjebak.....sy nk minta nasihat ustaz supaya keadaan nih dapat dikawal...terutama bila berkawan...
 
» Reply to this comment...

Posted by ummi, on 29-09-2007 07:01, IP 60.52.100.34, Guest
22. ...
salam.. 
 
blh saya bertanya kenapa bertukar gambar tidak d bolehkan? 
 
ADMIN ; KERANA :- 
 
1) IA MUDAH UNTUK DI SEBARKAN KEPADA UMUM JIKA PUTUS SEBAGAI BALASAN DENDAM DAN MARAH 
 
2) IA BOLEH DISIHIRKAN 
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom