Utama
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 44 guests online
PDF Print
User Rating: / 28
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 16-11-2009 05:30
Views 26905    
Favoured 24

Zulhijjah & IdilAdha :

Beberapa Isu &  Hukum

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

 www.zaharuddin.net

 

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

hajmecca.jpg


KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).


 

AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

 

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut  :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

 

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-

من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي

Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.

TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.

Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.  [2]

Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.

Firman Allah :

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)

KONGSI LEMBU

Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3]

Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.

Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban :

احضري أضحيتك، يغفر لك بأول قطر من دمها

 

Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama"

BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN

Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.

Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.

PEMBAHAGIAN DAGING

Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :

1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,

1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan

1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Ia berdasarkan firman Allah SWT :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ

Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)

Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA. [4]

Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.

Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. [5]

DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.

MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. [6]

Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.

BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG

Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.

Saya telah banyak mengulas berkenaan hutang dan pendirian Islam berkenaannya. Sila rujuk di sini. Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.

Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu  barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.

Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘TERKORBAN', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.

KORBAN OLEH ORGANISASI & SYARIKAT?

Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan budjet tertentu untuk membeli dua puluh ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?

Jawab ringkas saya:

"tidak boleh !"

Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.

Ketika itu korban barulah sah dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban, pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan' lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.

Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu.

APAKAH HAJI AKBAR ?

Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 Zulhijjah  sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim dan Albani).

Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab:

"Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi)

Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di dalam ayat surat At-Taubah.

Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah [7]. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak hadith itu dengan katanya "tiada asalnya".

Kesimpulannya : Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq).

Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya ‘Idil adha ini menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia ( kecuali jika benar-benar sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa rukyah maka kiraan yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu, kekeliruan yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan hariraya idilfitri akan berterusan. wallahu 'alam

Sekian

Doha, Qatar

27 Dis 2006 ( 7 Zulhijjah 1427 H)

Kemaskini : 16 Disember 2007 ( 6 Zulhijjah 1428 H - Malaysia ; 7 Zulhijjah 1428 H - Saudi)

KEMAS KINI : 29 Nov 2008 ( 1 Zulhijjah 1429 H )



[1] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/ 197

[2] Al-Majmu, 8/425 ; Al-Mughni, 9/436

[3] Al-Majmu, An-Nawawi, 8/313

[4] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/200

[5] Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusd Al-Hafid, 1/321 ( cet Maktabah al-Riyadh al-Hadithiyah) ; Rawdah At-Tolibin, An-Nawawi, 3/225

[6] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/201

[7] Ahkam al-Quran, Al-Jassas


10822

Last update: 16-11-2009 07:47

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (37) RSS feed comment
Posted by hasan fikri, on 19-11-2009 20:57, IP 203.82.91.104, Guest
1. korban
assalamualaikum ust, 
apakah hukum apabila saya bersama-sama dengan kawan (lebih dari 3 orang) berpakat berkongsi duit membeli seekor kambing untuk dijadikan korban... 
wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by saya, on 17-11-2009 21:23, IP 203.82.92.105, Guest
2. AQIQAH
Salam Ustaz, daging aqiqah tak boleh dimakan oleh nama yg mengaqiqah kan uzar? Dagingnya boleh bg pada non-muslim tak? Mtk izin copy artikel ye UZAR. 
TQ.
 
» Reply to this comment...

Posted by Dr Aisyah, on 16-11-2009 19:49, IP 115.134.218.228, Guest
3. labbaikallahummalabaik..
salam UZAR, 
Saya ada sedikit kemusykilan, 
 
1)Melalui pembacaan saya,amalan haji Rasulullah s.a.w adalah spt berikut (correct me if I'm wrong sbb saya tak pandai)- tawaf Qudum, saie haji, Wukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah, melontar Jamrah Kubra, lakukan korban dan berangkat ke Makkah utk Tawaf Rukun. Kemudian kembali semula ke Mina utk melontar 3 Jamrah, Tawaf Wada'.  
 
tapi kalu ikut jadual TH lepas mabit Muzdalifah bas akan terus bawa jemaah ke Mina, lepas selesai melontar 3 Jamrah baru pulang ke Makkah utk Tawaf Rukun. 
 
Oleh kerana saya akan membuat Haji Ifrad, mana yang lebih afdal saya ikut- terus ke Mina dari Muzdalifah atau balik semula ke Makkah seperti yg Rasulullah lakukan? Kalu nak ikut cara Rasulullah adakah mudah nak dapat transport di tengah2 kesesakan jemaah yg lain? 
 
2) St lagi berkenaan mabit di Muzdalifah. Biasanya jemaah haji akan bertolak ke Mina dgn bas selepas separuh malam dalam pukul 2-3pagi. Melalui pembacaan saya, Rasulullah bermabit sepanjang malam hingga terbit fajar- Rasulullah solat subuh berjemaah dgn sahabat di Muzdalifah. sekali lagi mana lebih afdal? Ikut rombongan atau tunggu hingga suboh utk ikut Sunnah? 
 
3) last sekali, berkenaan melontar 3 jamrah, waktu yg paling afdal adalah waktu Dhuha tapi kalau ikut TH waktu melontar adalah tengahmalam. sekali lagi mana lebih afdal ikut TH atau ikut waktu yg lebih afdal? 
 
Mohon pendapat UZAR sebelum saya berangkat.. persoalan ini agak menganggu saya samada utk memilih amaln yg lebih afdal atau ikut saja jadual yg THTravel sediakan. 
 
Terima kasih banyak.. 
Maaf kalau soalan2 di atas nampak kurang bijak. 
 
 
UZAR : JADUAL YANG DIBUAT OLEH TABUNG HAJI ADALAH BERDASARKAN SITUASI DI MEKAH MUSIM HAJI. 
 
Biasanya, agak sukar untuk ikut bulat-bulat cara dan aturan yang dilakukan oleh Nabi s.a.w kecuali kena buat route sendiri. Namun itu perlukan penglaman.  
 
Masa ana pergi dahulu, kami semua buat route sendiri maka barulah boleh, itupun kerana bermujahdah habis-habisan krn suasana jalan raya terlalu jammed dan pelbagai halangan amat menyukarkan untuk follow satu ddemi satu dengan sempurna. Justeru, dalam keadaan demikian, boleh ikut tabung haji punya aturan atau bergerak sendirian ( namun pastikan ikut mahram dan yg ada experience) 
 
2) itu pun sama, ramai yang nak ikut routemasing2, namun akhirnya ramai yg terlepas dari jadual yang diingininya krn jammed MAHA DAHSYAT. tak tergambar oleh mana-mana org yang belum pernah pergi haji. Keadaan itu menyebabkan perubahan2 demi perubahan dibuat bagi membolehkan pergerakan ibadah haji seterusnya. 
 
Ramai org yang mula bergerak bermula tgh malam, tapi hanya dapat keluar dari muzdalifah selepas subuh krn jammed maha dahsyat.  
 
3) Waktu dhuha afdhal, namun tgh malam juga ada pandangan yg membolehkan krn waktu dhuha (jika ketika saya pergi dulu) TERLALU SIBUK DAN AMAT BOLEH MEMBAHAYAKAN ( kecuali pergi org bujan lelaki mungkin sesuai). ketika ini melontar dah boleh dibuat bertingkat, mungkin dah boleh buat waktu dhuha semula. 
 
Kesimpulannya, boleh merancang mcm2 , tapi tengoklah nanti situasi akan mendesak kita untuk mengubah2 plan asal kepada yang pelbagai. akibat terlalu ramai manusia dan kenderaan. 
 
selamat bertolak ..
 
» Reply to this comment...

Posted by abdullahbukhari, on 16-11-2009 19:36, IP 60.48.97.149, Guest
4. haji akbar
skdr tambahan :grin , dlm tafsir munir disebut hajji akbar(al-tawbah:3) krn abu bakar jadi ketua rombongan haji tahun ke 9, atau hajji akbar utk haji manakala hajji asghar utk umrah
 
» Reply to this comment...

Posted by abid, on 16-11-2009 14:47, IP 218.208.91.247, Guest
5. law samaht
akm bg zek,..minta izin ana copy sket amalan zulhijjah
 
» Reply to this comment...

Posted by hazwan, on 16-11-2009 11:05, IP 60.51.121.159, Guest
6. salam
salam UZAR, 
jika hari raya jatuh pada hari jumaat, adakah gugur solat jumaat bagi yang telah menjalankan solat hari raya.. 
syukran ust..jazakallahu khairal jaza'
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by faisal, on 16-11-2009 10:30, IP 202.171.45.166, Guest
7. memotong rambut
salam ustaz, 
adakah memotong/bercukur misai,janggut etc termasuk dlm larangan ini?
 
» Reply to this comment...

Posted by zack, on 09-11-2009 11:18, IP 115.132.61.178, Guest
8. lembu aqiqah
salam.. 
bolehkah lembu yang digunakan untuk aqiqah dibeli daripada orang bukan islam?
 
» Reply to this comment...

Posted by naji, on 09-12-2008 17:26, IP 203.92.154.37, Guest
9. 'Eid mubarak!
'Eid mubarak! 
Taqabbalallahu minna waminkum
 
» Reply to this comment...

Posted by apiz, on 05-12-2008 00:11, IP 118.100.112.247, Guest
10. Aidiladha
Salam Ust, saya mohon untuk letak artikel di blog saya,syukran.
 
» Reply to this comment...

Posted by mujahidhisyam, on 03-12-2008 16:57, IP 60.53.36.243, Guest
11. takbir raya2
adakah hal demikian dibolehkan??? memandangkan is adalah perkara sunat? atau memang ada sandaran dalil untuk memulakan takbir idul adha pada malam raya?
 
» Reply to this comment...

Posted by mujahidhisyam, on 02-12-2008 11:23, IP 58.26.217.112, Guest
12. takbir raya
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq. (quoted
 
Kalau tak keberatan, nak tanya ustaz. macamana dgn amalan di M'sia? Takbir idul adha disamakan dgn idul fitr, iaitu dimulakan pada malam hari raya (malam 10Zulhijjah).  
 
Dalam Fiqh Sunnah Syed Sabiq juga menyebut sepakat ulama waktu takbir idul adha bermula seperti yang ustz nyatakan dalam artikel. :?
 
» Reply to this comment...

Posted by Musafirah, on 02-12-2008 08:23, IP 131.227.160.63, Guest
13. copy-paste
Assalamu aleikum Ustaz 
 
mohon izin untuk copy paste artikel ni di blog saya. 
 
Jzkk Ustaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by abdullah, on 02-12-2008 06:15, IP 86.108.2.53, Guest
14. kitab
salam ust. bole ust tulis artikel tntg bagaimana cara nak kuasai ilmu fiqh ? apakah kitab yg harus ada dan dimulai ? dari beginner smpai advanced.... menurut perspektif 4 mazhab pun takpa... satu lagi ust, kitab2 fiqh muamalat muasirah yg bagus yg ust syorkan...sekian t.kasih 
 
UZAR : Inshaallah nanati saya cuba tuliskan artikel ringkas untuk tujuan itu.
 
» Reply to this comment...

Posted by koneng, on 30-11-2008 23:39, IP 60.54.16.16, Guest
15. simpan daging korban
boleh tak panjangkan sikit ttg simpan daging korban...ada hadis yang melarang dan ada hadis yg menyuruh..bagaimana utk taufikkan antara 2 hadis, dan ada tak perbezaan antara menyimpan korban sendiri dan menyimpan korban orang lain... 
 
UZAR : tak perlu tawfiq lagi, kerana dengan sorih nabi sendiri telah naskah hukum lama dalam satu hadis yang sebut dulu nabi larang, kini diizinkan. 
 
Kuntu nahaitukum anid dhikhar luhum al-adahiy ...
 
» Reply to this comment...

Posted by NHAR, on 30-11-2008 20:08, IP 60.54.29.87, Guest
16. ..
Salam ustaz, mintak izin ustaz utk copy & paste artikel ni utk dimuatkan dlm blog saya. Terima kasih.. 
 
UZAR : sila
 
» Reply to this comment...

Posted by ferdaus, on 29-11-2008 02:05, IP 89.234.81.179, Guest
17. mr
assalamulaykum ustaz 
mohon kebenaran untuk 'copy paste' artikel ini ke blog rumah kami. 
untuk peringatan semua.. 
www.isra.msmonline.info 
terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by manis, on 25-11-2008 02:40, IP 202.248.100.162, Guest
18. ms
Aslkm UZAR, 
 
saya dapat tahu ada adap-adap untuk berniat untuk korban/akikah semasa Idul Adha..kalau tak betul takut-takut termasuk dlm category koban "nazar" yang haram dagingnya dimakan oleh org yg membuat korban & familinya. 
 
Boleh UZAR tolong jelaskan maksud korban nazar ni... 
 
terima kasih Jazakallah
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 17-11-2008 09:16, IP 218.208.95.98, Guest
19. poli2008
assalamualaikum... 
 
bolehkah qurban dan aqiqah dibuat sekaligus? sekiranya boleh apa dalilnya? t kasih 
 
uzar : x boleh
 
» Reply to this comment...

Posted by Muhamad Hazwan B.Hamidan, on 29-02-2008 21:57, IP 60.52.96.219, Guest
20. ...
"Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama" 
 
assalamulaikum.. 
 
UZAR : 1) RIWAYAT AL-HAKIM, NO 7524 ( RUJUK AL-MUSTADRAK) ; 2) SUNAN AL-KUBRA, AL-BAYHAQI, NO 10005 
 
 
Boleh ana tahu hadis ini dari kitab mana dan statusnya??
 
» Reply to this comment...

Posted by Khairul, on 12-01-2008 18:15, IP 60.52.98.240, Guest
21. ...
Assalamualaikum ustaz,,,,saya nak tumpang tanya,,,,adakan betul solat kita tidak sah jika selepas kita buang air kecil @ besar kita tidak niat istinjak??...terima kasih...
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad, on 02-01-2008 09:52, IP 211.25.130.42, Guest
22. ...
apakah hukum wasiat dalam keadaan sakit yang boleh membawa kepada kematian? jika hukumnya boleh, berapa kadar bahagian yang layak diterima?.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ronin, on 30-12-2007 09:20, IP 60.52.96.24, Guest
23. ...
Assalamu'alaikum ustaz, 
bukan ke nabi ibrahim berkorban dgn menggunakan kibas yg digantikan oleh Allah? Dan kite mmg dituntut utk mengikuti amalan para2 rasul kan? Ke ade salahnye pendapat saye ni? 
Wallahu'alam...
 
» Reply to this comment...

Posted by Brahymtn@yahoo.com, on 23-12-2007 18:08, IP 60.52.97.116, Guest
24. ...
assalamualaikum ustaz... 
 
Apakah hukumnya makan tambahan atau makanan kesehatan yang satu dari bahan campuran itu diperbuat dari tanduk rusa.Saya difahamkan rusa itu masih hidup cuma tanduknya dipotong dan dibuat makan kesehatan .
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad, on 19-12-2007 18:16, IP 60.52.100.232, Guest
25. ...
Assalamualaikum w.r.t 
 
Ustaz... yang mana lebih utama dalam kita menjalani ibadat berkorban. Adakah di kawasan kejiranan kita yg rata2nya terdiri dari org2 yang berada dan juga telah byk bilangan lembu korban di situ, ataupun kita mewakilkan korban tersebut di temapt lain, sperti di Palestin atau Kemboda dll. Sekian, terima kasih. 
 
KOMEN UZAR : JIKA CONFIRM HANYA ADA ORANG BERADA, LEBIH ELOK DI BUAT KORBAN DI NEGARA LAIN
 
» Reply to this comment...

Posted by Iman, on 19-12-2007 10:41, IP 211.25.130.42, Guest
26. ...
Assalamualaikum ustaz, 
 
Saya ingin meminta penjelasan tentang suatu perkara. 
 
Bapa saya telah meninggal dunia 3 tahun yang lepas.Arwah telah mendapat wang gratuiti dari government lebih kurang RM 27, 000.Sebahagian daripada wang tersebut telah digunakan sebagai upah haji dan sebagai perbelanjaan mengerjakan haji untuk kakak yang menemani ibu ke tanah suci.Soalan saya, bagaimana dengan baki wang tersebut?Adakah baki wang tersebut menjadi milik ibu saya sepenuhnya atau wajib dibahagikan antara adik beradik dan ibu. Dan sekiranya baki wang tersebut boleh dibahagikan kepada adik beradik dan ibu, adakah saya perlu meminta persetujuan daripada semua yang berhak untuk mewakafkan sahaja baki wang tersebut? 
 
Saya mohon jasa baik ustaz untuk menjelaskan perkara tersebut.Terima kasih saya ucapkan.Assalamualaikum. 
 
KOMEN UZAR : SEPATUT WANG GRATUITI ITU HANYA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK UPAH HAJI AYAH DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN OLEH KAKAK ATAU IBU KECUALI SETELAH DIBAHAGIKAN MENURUT FARAID.
 
» Reply to this comment...

Posted by yazid, on 18-12-2007 10:12, IP 211.25.51.1, Guest
27. ...
Bolehkah kita berpuasa sunat pada 9 Zulhijjah waktu Malaysia(Rabu) atau perlu puasa Selasa & Rabu atau Selasa sahaja (9 Zulhijjah Arab Saudi).
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad kamal, on 17-12-2007 18:19, IP 60.52.103.229, Guest
28. ...
Assalamualaikum ustaz,  
saya ingin bertanya puasa pada hari arafah 
 
adakah kita perlu niat puasa mengikut tarikh hari arafah (9 zulhijjah) di arab saudi atau 9 zulhijjah di malaysia 
 
ini kerana tarikh jemaah haji wuquf di arafah berbeza dgn 9 zulhijjah dia malaysia 
 
oleh itu boleh UZAR bg jawapan tentang perkara ini
 
» Reply to this comment...

Posted by anakMINANG04, on 17-12-2007 18:18, IP 60.52.103.229, Guest
29. ...
assalamualaikum 
 
Moga dirahmati Allah,  
 
Perkara ini bakal berlaku di sebuah kariah...seorang penduduk nie dah beli lembu untuk dibuat korban pada raya haji nie...dia kongsi bahagian yg lain ngan saudara-mara dia....Menurut penduduk kariah tu...dia nie berpendapatan dari mencuri bijih dari kawasan sebuah syarikat bijih...memang itulah kerjanya....  
 
1) sekarang nie dia nak guna duit dr sumber pendapatan tersebut utk dibuat korban...boleh atau tidak????  
 
2) ajk kariah masjid tersebut bertindak secara senyap...menolak secara baik utk sembelih lembu tersebut di kaw. masjid...dengan andaian... darah atau daging tersebut adalah kotor atau najis...benarkah andaian tersebut???  
 
3) kalo sedara mara dia jugak sama juga hasil pendapatan yakni haram...bagaimana terjadi dengan korban dan daging tersebut terhadap seluruh bhgn???  
 
4) kalo dia yg bersumber haram...dan sedara mara bersumber halal...bagaimana pulak korban dan daging tersebut pd bahagian dia dan sedara mara???  
 
5) bagaimana pulak...korban tetap dilakukan...adakah boleh daging tersebut dibuat agihan kepada fakir miskin dan pihak2 lain???  
 
Mohon pencerahan sebaiknya dari pihak ustazl bersumberkan dalil...  
 
sekian, wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 17-12-2007 09:29, IP 211.25.130.42, Guest
30. ...
assalamualaikum.. 
 
ustaz, bagaimana pula dengan tulang daging korna dan akikah, dimana sering diperkatakan.. kita kena tanam tulang tersebut. minta penjelasan.
 
» Reply to this comment...

Posted by alFaqir..., on 17-12-2007 09:29, IP 211.25.130.42, Guest
31. ...
aslmkum ustaz...nak mtk pandangan ustaz mgenai korban online...apa statusnye?ustaz bleh rujuk http://www.hidaya.org/social- welfare/sacrifice-on-the- occasion-of-eid-ul-adha/ DAN https://secure1.voloper.net/ thezakat/ udhiyaform.aspx......... 
syukran...wslm
 
» Reply to this comment...

Posted by jihad, on 16-12-2007 18:45, IP 60.52.99.136, Guest
32. ...
assalamualaikum 
 
ust.apa pandangan ust berkenaan pandangan harus memberikan daging korban ke pada bukan Islam? 
 
TQ 
 
KOMEN UZAR : PARA ULAMA KONTEMPORARI BERKATA HARUS BERI PADA NON MUSLIM DARI KALANGAN JIRAN-JIRAN ANDA ATAU MEREKA YANG MISKIN. BOLEH RUJUK JUGA FATWA SEBEGINI DI ISLAM-ONLINE.NET 
 
TAPI SUDAH TENTU, BERI KEPADA MUSLIM ADALAH LEBIH UTAMA 
 
» Reply to this comment...

Posted by ABUN, on 16-12-2007 18:34, IP 60.52.99.136, Guest
33. ...
salam.... 
 
Saya setuju dengan pendapat ustaz, penetapan tarikh hari raya haji atau raya puasa perlu dijalankan oleh satu negara sahaja dan negara yang paling afdhal adalah arab saudi kerana disanalah terletaknya kaa'bah. Ia adalah satu langkah awal untuk menyatukan umat islam seluruh dunia. 
 
 
ada satu surau di kawasan saya membuat korban 1 ekor lembu untuk 40 orang. alasan yang diberikan ialah untuk mengurangkan perbelanjaan bagi 1 bhg : rm 100, kalu dilihat pada hujah ustaz, maka ia tidak menjadi korban kerana lebih dari 7 bahagian. tp bila melihat bhg akhir tulisan ustaz, ustaz mengatakan di kira korban selagi ditetapkan nama orang yang menyumbang. dan....... 
macam mana hukum org yang bernazar untuk berkorban?.
 
» Reply to this comment...

Posted by zhar_jalo@yahoo.com, on 16-12-2007 13:51, IP 60.52.99.136, Guest
34. ...
ustaz tolong masukkan sekali khutbah hari raya..... saya tak dapat kesan di mana khutbah hari raya idil adha dulu, tapi kawan kata ada...... dimana letaknya khutbah yang dibuat...
 
» Reply to this comment...

Posted by aLanG, on 16-12-2007 12:17, IP 60.52.99.136, Guest
35. ...
assalamulaikum ustaz ... 
saya nak tnya, boleh tak kita buat ibadah qurban untuk arwah ayah, apakah hukumnya, kalo boleh bagaimanakah caranya ... 
harap ustaz dapat bagi penjelsan kepada saya dan juga pembaca yang lain, terima kasih 
 
» Reply to this comment...

Posted by jhq5704, on 23-11-2007 07:50, IP 211.25.130.42, Guest
36. ...
assalamualaikum ustaz... 
 
bolehkah orang yang menerima daging korban menjual daging tersebut? cth: peniaga2 makanan menggunakan daging tersebut dalam masakan. adakah apa2 hukum jika jualannya itu dimakan oleh orang bukan Islam. syukran.
 
» Reply to this comment...

Posted by Wan Mohd Azahari Bin Wan Ahmad, on 12-11-2007 07:52, IP 211.25.51.1, Guest
37. ...
Assalamualaikum ustaz, sy nak tanya blh kah kita mengadakan kenduri kahwin pd hari tasriq iaitu pd hari raya hji yg ke-3
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom