Utama arrow Politik & Dakwah arrow Pelaburan arrow Multi Level Marketing Menurut Shariah
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 71 guests online
PDF Print
User Rating: / 395
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 08-04-2007 14:05
Views 122285    
Favoured 28

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM

( updated pada 10 April 2007 berwarna ungu ) 

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.  

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

Para ‘Ustaz' dan Multi Level Marketing

Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub' dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.

Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz' dan Ustazah' yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz'. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa'ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين

Ertinya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus' dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.

Pengertian MLM

Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)

Bentuk MLM yang Haram atau syubhat

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4 unsur syubhat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna saya mengatakan MLM haram hanya kerana adanya unsur "Harga Lebih Tinggi dari Biasa" , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.

Apa yang ingin saya nyatakan ‘Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh saya pernah ‘terpaksa' membeli  sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu saya belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi saya senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.

Inilah maksud saya mempunyai unsur ‘Ghabnun', mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram.

Sebagai Makluman :

Mazhab Hanafi : terbahagi kepada 3 pandangan, iaitu ada ulamanya yang mengatakan ghabnun harus walaupun Fahisyh, kedua : Haram , ketiga : Haram bila ada usnur penipuan sahaja ( Syarh ad-Dur , AL-Haskafi, 2/82 )

Mazhab Maliki : Juga ulama mereka berbagai pandangan : Pertama : Ghabnun Mustrasil samada Yasir atau fahsiyh : Haram ; Kedua : Ghabnun lebih tinggi 1/3 dari harga pasaran biasa tanpa adalah HARAM. ( Al-Qawaid : Ibn Rusyd , hlm 601 ; AL-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ibn Juzay, hlm 294)

Mazhab Syafie : Harus hukumnya kecuali pandangan ganjil dari al-Mutawaali yang mengharamkannya . ( Al-Majmu' , 7/500 )

Mahzab Hanbali : Ibn Quddamah berkata : "Ghabn Mustarsil adala apabila si pembeli membeli dengan harga yang terkeluar dari harga pasaran ... teruatamanya apabila didesak ( agar tak pergi semak kedai-kedai lain dulu) dan cuba disegerakan oleh penjual " ( Al-Mughni , 4/78 )

Justeru, perbincangan panjang tentang 'Ghabn' sebenarnya menunjukkan terdapat jenis 'Ghabn' yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan. Justeru apabila saya sebut 'ghabn' sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku. Justeru, semasa menulis artikel anda perlu faham target saya.  Adakah anda yakin semua jenis 'Ghabn' yang berlaku dalam MLM itu tergolong dari golongan yang harus ?. Jika ye, maka itu pandangan anda , bukan saya. Saya lebih selesa berpandangan ia banyak jenis 'Ghabn' yang berlaku lebih menjurus kepada haram terutamanya apabila hampir semua syarikat-syarikat MLM ini amat mengambil mudah akan hal hukum agama. Jika tidak, pastinya mereka telah mengambil Penasihat Shariah sejak dari awal.

 

 

2) Belian Peribadi target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target belian tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi syubhah apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. namun begitu, ia mungkin diHARUSKAN jika terdapat penasihat Shariah yang membetulkannya selaras dengan aqad Ju'alah. namun begitu, majoriti syarikat MLM tidak mempunyai pensaihat Syariah untuk membetulkannya, menyebabkan ia kekal di dalam syubhah.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

Walaupun demikian, jika komsiyen datang dari pihak syarikat atas dasar yang betul seperti jualah dan hibah, ia boleh jadi diharuskan. Namun sekali lagi rukun dan syarat aqad yang betul mesti dipantau oleh penaasihat Syariah yang berkelayakan.

 

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة

Ertinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM  seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah,  atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah  dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.  

Ingin saya tekankan juga, hal berkaitan komisyen jualan orang di level keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan aqad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?. Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?.

Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan 'modal', sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari tiga sebab iaitu 1) Modal 2) Kerja 3) Jaminan 'Dhoman' barangan dari sebarang aib pada barang yang dijual.

Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana ia letak modal, si pekerja layak mendapat untung kerana ia bekerja .. jadi apa hak si upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual, kernaa jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan upline!.

Apa Maksud Sebenar Dua Aqad Dalam Satu ?

Shafqatain di Safqah dan lafaz yang seertinya denganya memang tidak dinafikan mempunyai banyak takrif dan tafsiran menurut kefahaman ulama yang berbeza. Manakala sesiapa yang hanya mendedahkan hanya beberapa kerat dari pandangan tersebut dan kemudian terus memegangnya. Tapi perlu diingat disana terdapat pelabagi tafsiran yang lain pula, dan saya memegang tafsiran yang lain. Maka itu tidak bererti tafsiran pegangan saya adalah salah, dan tafsiran pegangan anda mesti betul. Jika demikian perangainya, maka ini jelas tidak faham konsep ikhtilaf dalam nas.

Sebagai hadiah untuk awam dan pembaca yang mampu faham ini beberapa tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut beberapa kumpulan ulama silam dan kaitannya dengan MLM:-

  • 1) iaitu contoh berkata penjual kepada pembeli : " Aku jual kepadamu baju ini dengan harga RM 10 tunai , atau RM 20 secara tangguh" , maka si pembeli bersetuju TANPA mengspecifickan plan tangguh atau tunai yang dikehendakinya. Ini bentuk yang ditafsirkan oleh Imam Malik, Abu Hanifah, At-Thawri, Ishak Rahawaih, Imam As-Syafie ( Syarh as-Sunah, Al-Baghawi, 8/142 ; ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 6/333; Al-Mudawwanah, 9/191 ).

Tiada khilaf di kalangan ahli ilmu, jenis ini adalah HARAM. Bagaimanapun tafsiran ini tidak berapa berkaitan dengan MLM, kerana biasnaya plan harga akan dipilih dengan tepat.

  • 2) Iaitu contohnya pembeli : "jualkan kepadaku barangan ini dengan harga RM 10 tunai atau dengan sebuah radio pada tarikh akan datang", kemudian kedua-dua bersetuju tanpa memberikan yang mana satu mereka inginkan. Ini adalah tafsiran Imam Malik pula ( ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ) . Ini juga tiada kaitan dengan MLM.

  • 3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : "Aku jual kebunku ini dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula dengan harga RM 15,000" . Inilah juga tafsiran ulama mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie. ( Al-Mughni , 6/332 ; Al-Um, 3/67 ; ‘Aridatul Ahwazi, 5/239 )

Inilah tafsiran yang saya lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM. Iaitu berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh : "aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan"

Lihat, dalam contoh saya tu ada berapa jenis aqad muawadah maliah yang bersifat lazim?

a-      Jual barang RM 2000 - Aqad jual beli yang bersifat lazim

b-     Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) - aqad wakalah yang bersifat lazim.

c-       Beri mandate untuk cari ahli - ini tiada masalah

d-     Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 1% - Ini ju'alah, juga kelihatan tiada masalah.

e-      Kamu hanya layak dapat 1 % ju'alah tadi dengan syarat kamu ada jualan sendiri RM 1000 - Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini. Perlu perbincangan dan ijtihad.

Cuma, secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mu'awadat maliah (pertukaran hak milik harta) yang bersifat Lazim.  Jika aqad itu ghayru Lazim maka ia diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu adalah "aqad lazim"

  • 4) Iaitu seorang penjual menjual dua barangan berlainan harga iaitu kasut dengan harga RM 100 dan handphone dengan harga RM 700, tetapi ia membuatnya terikat, iaitu jika anda beli handphone, maka pembelian kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh Al-Qadhi Ibn Al-Arabi al-Maliki ( Al-Qabas Syarah Al-Muwatta', 2/842 ; Al-Muntaqa , 5/36) .

Ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat satu aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh ‘concluded'.

  • 5) Iaitu contohnya : Berkata penjual : " Aku jual handphone ini dengan RM 100 dengan bayaran ansuran dalam 3 bulan, dengan syarat aku akan belinya semual darimu dengan harga RM 80 tunai" . Ini adalah tafsiran Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim pula. Ia adalah sama dengan takrif Bai Inah. ( Mukhtasar Al-Fatawa Lib Ibn taymiah, hlm 327 ; Tahzib Mukhtasar Sunan Abi Daud, Ibn Qayyim, 5/100 )

Tafsiran ini agak kurang kaitannya dengan MLM.

Demikianlah beberapa takrifan dan tafsiran ulama tentang hadith dua aqad dalam satu. Sebenarnya ada terdapat 3 lagi tafsiran, Cuma cukuplah sebagai info tambahan kepada pembaca. Oleh kerana beberapa yang dilakukan dalam MLM ada terdapat dalam salah satu tafsirannya, maka saya masukkan point dua aqad di dalam satu sebagai isu yang boleh menjadikan MLM samada haram atau batal atau syubhat.

Pun begitu, point ini boleh diealakkan jika aqad tersebut boleh dipisahkan dan berdiri dengan sendirinya. Pemantauan penasihat Syariah diperlukan bagi memastikan hal ini mampu dibuat.

Keputusan Majma Fiqh Sedunia ? 

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø      Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø      Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø      Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Mana MLM alternatif??

"Kalau ustaz pandai sangat, kenapa tak tuliskan sahaja macam mana MLM yang menepati Shariah tu, biar orang boleh guna" Demikian tempelak seorang pemuda  tanpa kesabaran melalui sebuah web.

Jawapan saya seperti berikut :-

Pertama : Memang ramai 'suruh', 'arah' dan minta saya sebutkan macam mana MLM yang harus serta realistik.

Inilah masalah orang ramai, tidak berfikir mendalam sebelum meminta. Kita kena faham, tak semua yang perniagaan diasakan ikut cara yang menpeati Shariah itu menarik pada pandangan mata orang ramai dan boleh laku untuk dijual di Malaysia, dan tak semua pula plan dan skim atau produk yang sangat boleh dijual dan menarik itu menepati hukum Shariah. Jadinya bagi menghasilkan satu plan hebat yang menepati Shariah dan boleh jual, perbincangan dua pihak antara Ilmuan Shariah & bisnesman amat perlu dalam hal ini.  

Mana mungkin sebuah plan pemasaran MLM terbaik dapat dicadangkan hanya dengan mengemukakan permintaan mudah begitu sahaja kepada saya, ini kerana mungkin saya mempunyai penyelesaian dari sudut teori Shariahnya. Teori ini pula sebahagiannya bersifat fleksible dan tidak sebahagian yang lain, kerana itu perbincangan diperlukan dengan pihak pakar pemasaran demi memastikan samada ia 'viable' untuk diperkenalkan atau tidak. Kerana saya bukanlah pakar dalam bab pemasaran.

Kedua : Saya juga bukanlah seorang jutawan yang membolehkan saya memperkenalkan plan bisnes MLM contoh yang hebat dan menepati Shariah. Mudahnya, selagi tiada bisnesman Muslim yang punyai perhatian kuat tentang halal haram dan berkesudian berbincang dengan orang Shariah, selagi tu tidak akan didapati plan dan skim MLM alternatif yang menepati Shariah.

Untuk maklumat, proses inilah yang amat kerap kami (ilmuan Shariah sedunia, saya dan rakan-rakan ustaz di semua institusi kewangan Islam seluruh dunia) ; iaitu kami duduk berjam-jam dengan pakar pemasaran, peguam untuk mencipta produk kewangan Islam yang halal serta dalam masa yang sama aqad-aqadnya juga halal dan boleh diaplikasikan di sisi undang-undang Malaysia. Kesimpulan saya, jika hanya ada satu pihak sahaja yang bersungguh, ia pasti akan menjadi hasrat yang terbengkalai juga.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

Kuala Lumpur, Malaysia (14 Zulhijjah 1427 H = 4 Januari 2007)


Last update: 15-01-2010 15:32

Published in : Soal Jawab, Pelaburan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (264) RSS feed comment
Posted by muhammad firdaus bin haiyun az, on 07-02-2010 09:44, IP 202.170.49.70, Guest
1. seorang dai'e dalam keraguan...
assalamualaikum..sebenarnya saya x berapa faham tulisan ustaz psl mlm ni.mtk maaf,saya nak mintak toong ustaz bg pendapat tntg mlm yg sy msk ni:http://eduworld.com.my/ e107_files/downloads/ bswan_marketingplan.pdf..dia mcm ni..yang saya faham mgnai produk ni..kita masuk sbgi ahli(yg classic=rm150)kita perlu cari org bwh seramai 3org untuk dpt bonus rm36 sehari dan dpt produk bila menyertai ahli.so,setiap org bwh perlu mencari 3 lg org bwh untuk dpt rm36 sehari juga..tapi org atas kita tu dpt bonus lebih drpd org bwh sebab org bawah dah dpt cr org..sistem ni die tak menekankan penjualan brg sngt tapi produk die memang bagus..sebabnya secara tak lansung bila kita mencari org bwh produk die pun terjual skali..die juga ade buat program motivasi dan perjumpaan ahli bagi memastikan kebajikan ahli terjaga..saya betul2 xtau ape nak buat..saya masuk pun sebab nak tolong kakak saya..tapi ade niat untuk kaya juga dan berminat dengan produk yang dijualnya..saya mintak tolong ustaz sangat2..saya takut kalau saya terus dlm dosa..please 
ni no telefon saya..0194508502...saya merayu ustaz jwb persoalan saya ini..wallahua'lam..terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by ameer, on 02-02-2010 16:51, IP 58.26.20.222, Guest
2. guest
ustaz..nak minta ustaz tengokkan program ini.. syariee tak? masuk dgn modal Rm100, dan akan dapat banyak IT training videos serta plan market dia mcm ni:  
http://www.mig100.com/ pelan.php
 
» Reply to this comment...

Posted by nuraini_hani, on 01-02-2010 22:07, IP 115.133.16.41, Guest
3. mlm score A
assalammualaikum ustaz, 
maaf klau mggu,dsni sy ingin brtnya ttg system MLM yg di guna pkai atas dsr pendidkn yg dkatakn jga sbgai medium yg dpat mmbntu penddikn di ngra kta.dsbbkn pggnaan teknologi yg meluas,mka system MLM yg djlnkn oleh SCORE A dktkn dpt mmbntu ank2 zmn skrg lbih efisen bljr dsmping ibu bapa mudah untuk mmntau,nmun adkh ini mnjdi halal apbla ianya djdikn system bisnes kpd org ramai?
 
» Reply to this comment...

Posted by Infinity Downline, on 04-01-2010 01:19, IP 120.140.59.71, Guest
4. syariee ka?
ustaz..nak minta ustaz tengokkan program ini.. syariee tak? masuk dgn modal Rm100, dan akan dapat banyak IT training videos serta plan market dia mcm ni: 
http://www.mig100.com/ pelan.php
 
» Reply to this comment...

Posted by Shaharuddin, on 31-12-2009 09:58, IP 129.192.196.7, Guest
5. Typical Misrepresentations Used in MLM..
boleh baca perbandingan andaian & kebenaran ttg MLM di link ini. 
 
http://mlm-thetruth.com/ content/ 30typicalMLMmisrepresentations
 
» Reply to this comment...

Posted by wardah, on 28-12-2009 11:03, IP 210.48.221.6, Guest
6. HERBAPRIMA MARKETING
Assalamualaikum 
ustz, sy nk tnya..apa pendpat ustaz ttg plan pemasaran HPM(herbaprima mrktg).salah satu produknya adalah Jus Diet Mate5 yg tgah popular kat pasaran skrg ni.Pada mulanya sy just jd ahli utk dpt beli dgn hrga murah.tp skrg ni sy bminat nk wat bisnes plak..tp sy nakkan kepastian yg sistem die ikut syariah ke tak..hrp ustz atau sape2 sj diluar sane tlg jwbkan..trima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by atha, on 25-12-2009 14:17, IP 219.94.63.86, Guest
7. MLM baru
saya baru nak join satu MLM berasaskan pendidikan yang diberi nama SCORE A..MLM berasaskan pendidikan...halal ker haram..huhu
 
» Reply to this comment...

Posted by Farid Bahri, on 19-12-2009 17:36, IP 203.82.80.58, Guest
8. MLM@Pakman Telo...
salam semua... 
MLM@pakman telo...apa bezanya?namanya pun pak man, melayu.....dah memang kita maklum sangat aktiviti MLM nie mmg terkenal dikalangan orang melayu...kenapa???sebabnya mudah...orang melayu terlalu mudah dipengaruhi...orang melayu terlalu cepat nak kaya...nak cari jalan mudah...jalan yang tak menyusahkan diorang....tapi pada hakikatnya..kerana nak cepat kaya...kita telah menyebabkan kengkawan kita,saudara mara kita,dan bangsa kita sendiri tertipu dengan janji manis kita....sudah-sudah la tu wahai bangsa melayu..elakkanlah diri kita terperangkap dengan aktiviti MLM nie...mungkin kita akan jadi kaya...tapi kengkawan kita???janganlah kerana sibukkan wang ringgit yang mudah, semua orang bermusuhan dengan kita....ingat-ingatlah...
 
» Reply to this comment...

Posted by umi ilah, on 11-12-2009 21:32, IP 218.111.192.202, Guest
9. pandangan & pendapat
Assalamualaikum Ustaz.Saya baru menyertai sykt MLM AVAIL BEAUTY SDN BHD yang menjual pad herba serta barangan kesihatan yang lain.Sykt ini tidak mengenakan yuran keahlian.Saya menyertai setelah suami saya yang mendapat strok telah menggunakan produk sykt ini iaitu PROPOLIS & LISSELIFE telah sembuh sepenuhnya dalam masa 3 bulan.Saya ingin berkongsi pengalaman penggunaan barangan ini dengan pesakit yang lain mana tahu InsyAllah akan sembuh.Saya menjadi was-was setelah membaca artikel Ustaz pada peringkat awalan tetapi bila baca sampai habis rasanya Sykt tersebut tidak tergolong dalam MLM yang yang Ustaz maksudkan.Saya harap dapat bertemu dengan Ustaz agar saya serta teman-teman yang lain tak mendapat kehidupan yang baik hasil dari pendapatan yang haram.Harap pihak Ustaz dapat datang ke Sykt ini memberi penerangan kepada kami. Terima kasih yang tidak terhingga daripada saya.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by rimi, on 11-12-2009 11:45, IP 60.49.149.2, Guest
10. MLM Stormreader Network
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
 
Al-Fadhil ustaz, saya dah baca sekadar apa yang ada kat web berkenaan MLM baru yang disahkan oleh ustaz telah patuh kepada shariah. Apabila saya baca pelan pemasaran dan komen ustaz menurut shariah, saya bandingkan dengan penulisan ustaz sendiri berkenaan MLM, saya sebenarnya agak keliru tentang penjelasan ustaz. Sebabnya, semua perkara yang berkaitan dengan apa yang dibuat oleh Stormreader itu dibolehkan, sedangkan pada hemat saya, ia tidak jauh lari daripada apa yang dibuat oleh MLM lain. Dalam beberapa perkara ia kelihatan lebih kurang sama dengan MLM yang ustaz kata tak halal sebelum ni. Bagaimanapun, mungkin sebab saya tidak mendapat gambaran yang jelas berkenaan MLM yang ustaz sahkan ini. Kalau boleh tolong ustaz jelaskan berkenaan kad keahlian kenapa perlu bayar RM30 utk tempoh setahun, kenapa tak bagi keahlian seumur hidup, sekali bayar sahaja.begitu juga dgn bayaran tahunan utk estore, kalau bertujuan utk menampung kos pengurusan internet, knp perlu dibebankan kpd ahli? berkenaan dgn pengumpulan mata pula (kepimpinan), knp perlu ada org bwh jd pangkat sekian2 baru ahli dapat bonus perkongsian mengikut jumlah ditentukan. amatlah elok kalau hanya disyaratkan jumlah mata yang terkumpul pd ahli bwh satu line je. mudah dan tidak berebntuk terpaksa. kalau saya tengok sekali pandang apa yang ada ni, tak jauh beza dengan MLM lain... mungkin boleh ustaz jelaskan agar lebih nampak pematuhan shariahnya. jgn hanya letakkan akuan pematuhan shariah hanya kerana ada panel shariah, kalau tak dipantau, syarikat lakukan apa yang tidak ditunjukkan kpd panel shariah. Pd hemat sy berdasarkan ulasan ustaz tntng stormreader itu, apa yang dibuat oleh HPA, HR Marketing dll kecuali yang bersifat jelas syubhah spt uptrend, vemma dsb, sebenarnya amalan MLM di Malaysia telah patuh kpd shariah. sekian, tk.
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by syahman, on 21-11-2009 20:09, IP 60.52.77.82, Guest
11. Kenapa Syubhat?
e- Kamu hanya layak dapat 1 % ju'alah tadi dengan syarat kamu ada jualan sendiri RM 1000 - Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini. Perlu perbincangan dan ijtihad.  
 
Saya perlukan penerangan lebih detail bahagian penulisan ustaz yg saya paste di atas. Kenapa jadi syubhat sikit?? 
 
Saya ada terbaca komen ustaz HPA bahagian komisyen nie dia kata harus. Dia amik fatwa Dr Za'tari. Hujah dia "Ia tidak lain merupakan langkah Syarikat melakukan akad al-Ji’alah (pemberian bersyarat) dengan pengedarnya sebagai imbalan mempromosikan jumlah tertentu dari barangan/produk Syarikat" 
 
http://hpa.com.my/hpanews/ index.php?option=com_content&task=view&id=63&Itemid=1 
 
Harap ustaz dapat komen tentang hal ini. saya org yg tak pandai bab hukum hakam agama byk bergantung dari penerangan org yg lebih arif mcm ustaz. Tima kasih 
 
UZAR : saya juga setuju ju'alah boleh digunakan di situ, namun ia mestilah setelah disemak oleh individu yang mengethaui asas hukum.  
 
Perlu diketahui terdapat bank-bank Islam yang masih 'tersilap' dalam klausa-klausa kontrak mereka, wp kontrak itu dirangka atas asas yang betul seperti Murabahah, musaharakah, ijarah dan lain-lain, namun klausa dalam kontrak menjadikannya salah, itulah fungsi majlis syariah. 
 
juusteru, mana-mana MLM yang buat cara itu dan punyai majlis syariah yang semak dan pastikan ia betul2 iut teknik ju'alah, then ia harus. Bagi MLM yang tidak ada maka ia kekal dalam syubhat.
 
» Reply to this comment...

Posted by Namyatimz, on 10-11-2009 10:14, IP 121.121.83.5, Guest
12. MLM -ALPHA LIPID
Assalamualaikum ustaz, 
 
Sy ingin bertanyakan ustaz akan skim MLM yang diusahakan oleh syarikat New Image ini. Produk yang dipasarkan hanya satu iaitu susu awal lembu (ALPHA LIPID). Daripada pembacaan saya ke atas tulisan-tulisan ustaz di atas, saya masih kurang faham tentang sistem "upline" dan "downline". Buat pengetahuan pihak ustaz, syarikat ini, juga mengamalkan sistem MLM. Konsep MLM itu tetap ada, cuma yang bezanya ialah kami tidak diberi syarat untuk mengekalkan jualan, sbg contohnya kami harus mendapat jualan sekurang2nya RM200 sebulan jikalau ingin mendapat komisyen dr downline kami. Dan dalam MLM ini, yg saya tahu, sekiranya "downline: kami lbh aktif merka mungkin blh jd lebih "atas dr kami". Saya benar-benar keliru tentang statement ini.  
 
Saya juga tertanya-tanya tentang ulasan ustaz tentang konsep MLM ini dgn share-holder. Bolehkah pihak ustaz membantu saya dalam masalah saya ini.. 
 
Saya amat berharap agar pihak ustaz dapat membantu saya dalam penjelasan mengenai MLM ini agar saya dapat memberi penerangan kepada bakal downline saya..itupun sekiranya ustaz mengatakan bahawa produk ini dapat saya teruska. 
 
ini email saya.Saya amat berharap dapat berhubung dengan pihak ustaz. 
 
namyatimz@gmail.com 
 
SYUKRAN YA USTAZ..
 
» Reply to this comment...

Posted by firdaus, on 05-11-2009 17:20, IP 115.132.45.70, Guest
13. nk tanye pasal MLM Unstoppable
Assalamualaikum Ustaz, baru2 ni kawan yg dh hampir 9 tahun tak jumpe, tetibe call jd baik lak tu, die kenalkan saya berkenaan skim cepat kaya name Unstoppable. Modal skali jer, then untung stiap hari kate die. ni web depa -> http://powermoney4u.webs.com/ n blognye -> http:// unstoppableteam.blogspot.com/ 
 
caranya adalah dgn keluarkan modal RM3200 utk daftar, then cari lg 4 org kawan utk kluarkan modal yg same, then kite akan peroleh semua modal RM3200 tu, jikalau kite dpt kawan 4 org dlm sehari then terus bayar, maka pd hari itu terus kite akan dpt modal smula sebanyak RM3200 tu... then download kite akan terus mencari 4 org yg lain, sehingga terus menurun, tp kite akan juga dpt keuntungan sedikit hasil drpd org downline kite dpt org... akhir kata, kawan saya cakap dlm sebulan, kalo downline aktif.. InsyaAllah dlm sbulan dah leh dpt RM1 juta.. Wah!! Banyak... cume bila saya terbace mengenai status undang2 syariah yg Ustaz tulis dlm ruang artikel ni, saya jadi tertanye2 akan status halal n haram rezki yg org2 tu peroleh, kerana org atas goyang kaki, tp dpt gak untung org bawahan cari ahli gak. Bagi seorang student RM3200 sgtlah tinggi, cume saya pelik, kenape lepas 9tahun baru baik dengan saya? Dan depa mmg ade gune hadis2 dr nabi dlm ilmu2 perniagaan, bagi org2 melayu Islam yg cetek ilmu, saya rase dah lame depa terpedaya. 
 
Saya rasa Unstoppable juga merupakan salah 1 drpd MLM yg tersenarai sbg MLM yg masih ragu2 akan status halal n haram nye dlm peroleh wang. Saya juga bimbang depa tidak ada penasihat kewangan Islam mereka tersendiri. :?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by leenassah, on 05-11-2009 12:47, IP 60.49.81.41, Guest
14. status skim IRC
salam UZAR... 
saya baru terdengar tentang skim Island red cafe...iaitu mlm yang produknya adalah makanan di restoran IRC...konsep dia macam kita beli prepaid...n pegi makan just swept card je...n terus tolak baki akaun...tapi ada jugak proses mencari ahli untuk mendapat diskaun dan pairing untuk income...macammana ustaz?
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by SARAH, on 30-10-2009 16:06, IP 116.197.11.200, Guest
15. Vemmabuilder..ape statusnya?
Assalamu'alaikum ustaz, 
baru2 ini saya ada terbaca mengenai vemmabuilder,salah satu rangkaian MLM yang berdiri teguh di negara kita.Saya sendiri teruja tentang limpahan kemasukan ramai sebagai ahli vemma dalam waktu yang singkat disamping bonus mingguan yang mereka perolehi.pada mulanya saya mmeyakini yang syarikat vemma adalah terbaik dan insyaAllah tidak meragukan.walau bagaimanapun setelah menyelidiki perniagaan ini,hati mula merasa takut dan bimbang tentang status keHALALan rezki yang bakal diperoleh..Hati rasa kuat n terpanggil utk menyampaikan hal ini kpd kwn2 yang sudah mengikuti perniagaan ini namun saya tidak mampu menjelaskan kpd mrk secara lebih terperinci memandangkan saya menolak perniagaan ini berdasarkan 'gerak hati yang tidak sedap'  
disamping merujuk kepada artikel ustaz Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM. dan kadang2 saya bertanya kpd diri sendiri betulkah pemahaman saya sehingga merasakan perniagaan ini kurang baik ataupun saya sendiri sebenarnya kurang faham mengenai isu shariah yang dlm MLM yang ustaz utarakn?.Mungkin ustaz boleh beri pandangan mengenai perniagaan ini.ustaz boleh melihat www.bisnesvemma.com. rasa kasihan kepada kawan2 yang lain tapi saya tidak mampu untk menolong mereka dgn lbh baik kerana kekurangan ilmu.mungkin dgn pendapat ustaz boleh membantu saya dalam hal ini. 
wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by ina, on 29-10-2009 18:59, IP 203.82.79.102, Guest
16. nak minta izin copy paste
Salam ustaz..saya nak minta izin ustaz copy paste tajuk ni dan letakkan link ustaz kat blog saya.t.kasih ustaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ucop, on 26-10-2009 23:00, IP 203.82.91.104, Guest
17. MLM yang diRedhoi
Salam AlFadhil Ustaz UZAR yg dikasihi, 
 
Ustaz ade mengatakan akan melancarkan produk MLM yang 'baik' dan menepati kehendak Shariah yang akan dilancarkan pada 14 sept. Apakah Nama perniagaan tersebut. Mohon dikongsi bersama bagi Umat yang ingin memartabatkan Agama Islam & Syariatnya dimuka bumi ini.. Allahuakbar. 
 
UZAR : boleh baca di SINI
 
» Reply to this comment...

Posted by haffiez, on 26-10-2009 12:00, IP 203.82.92.106, Guest
18. jgn tamak
salam.... bercakap psal MLM ni... sbenarnya secara umumnya org yng masuk MLM ni sebenarnya nak jadi kaya...dan cepat kaya sehingga jd jutawan... betul x?? so bg saya kita manusia ni jgnlah tamak untuk menjadi kaya dengan masuk benda2 MLM ni yang kita sendiri xtau halal atau haramkah sesuatu benda tu.. so klu kita rasa was2 jgn lah nak cuba2 masuk MLM ni... lebih baik kita buka perniagaan kedai makan, kdai runcit, buka kolam ikan lagi bagus.. kerana kita nampak dari mana duit tu datang,.... so hentikan lah MLM ni, walau pun ader berunsurkan pendidikan macam score A tu... tp ia tetap MLM... hanya berumpan kan pendidikan jer... so marilah kita dapatkan duit kita dengan hasil titik peluh kita sendiri.. jgn dari hasil titik peluh kawan2 downline kita... nanti x berkat hidup... wallahu a'lam
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by comment, on 24-10-2009 20:01, IP 60.48.69.109, Guest
19. komen...
kenapa melayu islam tak serik serik dengan mlm haram ni? ustaz ustazah yg belajar fiqh pun boleh hanyut dek $$$$...ya Allah jauhilah kami daripada muamalat haram...
 
» Reply to this comment...

Posted by salman, on 22-10-2009 23:56, IP 203.135.190.7, Guest
20. Mengenai GDI
Assalamualaikum ustaz. 
 
Baru2 ini saya diperkenalkan dengan Global Domains International(GDI). Syarikat ini merupakan provider untuk domain dotWS(.ws) kepada pengguna internet seluruh dunia yang berpangkalan di US. 
 
Setiap subsciber GDI pelu membayar caj bulanan sebanyak USD10 sebagai caj selenggaraan, di mana subsciber akan mendapat domain dan hosting oleh GDI. 
 
GDI turut memberi peluang kpd subsciber memperoleh pendapatan tambahan dengan menjadi agen affiliate syarikat tersebut utk menarik lebih ramai pengguna menggunakan khidmat syarikat tersebut. 
Setiap subscriber layar menerima 10% dpd bayaran bulanan tadi(10USD) isitu USD1 sebagai insentif kerana memperkenalkan GDI kepada downline mereka,dan mereka layak menerika insentif tersebut sehingga 5 level dibawah. 
 
Cth: Ali mempunyai jumlah subsciber dibawah beliau seramai 300 orang(sehingga level ke-5),dan layak menerima USD1 bagi setiap subscriber bagi setiap bulan.Ini bermakna Ali layak menerima insentif sebanyak USD300 setiap bulan(sekiaranya jumlah ahli sehingga level ke-5 tersebut tetap dan tidak bertambah)  
 
Pada pendapat saya,syarikat ini menjual perkhidmatan domain dan hosting,tetapi pada masa yang saya mempunyai ciri2 MLM spt yang saya nyatakan diatas.Apakah pendapat ustaz mengenai program ini,kerana pada ketika ini sudah ramai rakyat Malaysia yg beragama Islam menyertai GDI utk menjadi agen affiliate syarikat tersebut. 
 
Harap pandangan ustaz dapat membantu saya dan saudara Islam yg lain khasnya. 
 
Wassalam.
 
» Reply to this comment...
» See all 3 replie(s)

Posted by Bazlin Ahmad, on 22-10-2009 22:41, IP 203.92.154.39, Guest
21. Produk C2u-Bekas Air Beralkali
Salam,ustaz baru2 ni saya menceburi perniagaan syarikat cantik2u.com, ia menjual produk Bekas Air Beralkali, saya tertarik kerana produk tersebut amat berkualiti malah dapat mmembantu mengatasi pelbagai jenis penyakit.So saya memperkenalkan kpd rakan2 dan melanggar harga yg ditetapkan oleh syarikat dgn memberi harga promosi dgn harapan agar semua org dpt memiliki produk ini.Ia tiada harga ahli..siapa membeli layak menjadi ahli dgn harga yg sama..terpulang nak berniaga atau tak.Tiada paksaan...so promosi yg diberi beli 3 free 1 so harga utk 3 rm1050 (seunit rm350) tapi saya telah menjual rm263 dgn rakan2 dan untung hanya rm0.50 (bundarkan), kerana saya rasa cukuplah apa yg syarikat beri jika jual 1 unit dpt RM35...so bulan pertama saya dapat menjual sebanyak 41 unit..kebanyakkan dgn harga yg saya turunkan.Bulan ni saya dapati bila saya tidak menjual memang saya tak dpt apa2 kecuali jika ahli bawah saya jual dapatlah setakat bonus pasangan..tu pun kalau ada pasang..rm30...saya juga perhatikan saya telah mendahului upline saya..ni bermakna biar pun saya masuk kemudian...tapi ia bergantung kpd siapa kuat berkerja..ia dapat lebih...utk downline saya ia ada kiri dan kanan so saya membantu sebelah dan saya galakkan dia berusaha sebelah lagi utk dapat bonus syarikat..tapi tak ada paksaan.So kalau saya bergerak sebelah je dia tidak gerakkan sebelah lagi maka dia tidak akan dpt bonus pasangan..ini bermakna sama2 mesti bekerja.Tak ada istilah duduk goyang kaki dpt duit...Tapi sememangnya saya akui produk ni berbaloi dgn harganya..dan syarikat ni juga mengutamakan produk drp marketing plan. 
 
Adakah sistem tu boleh...tapi saya betul2 amat berpuas hati dgn produk ni..itu sebab saya bersungguh2 menggalakkan org memilikinya...jika dia tak berminat bisness saya izinkan dia hutang tetapi masih dgn kadar harga yg sama...saya tny dia dulu..kalau dia nak biz saya kasi masuk namanya..tapi kalau tak mahu...saya beli bawah saya jelah.Apa pandangan ust?
 
» Reply to this comment...

Posted by me, on 21-10-2009 00:25, IP 118.100.126.178, Guest
22. mlm lagi
setiap kali org promote saya jadi downline diaorang, mesti saya rujuk artikel ni. masuk ni dah 8 kali agaknya saya baca. 8 kali juga lah di 'promot' oleh orang2 tersebut. 8 kali juga lah saya ragu-ragu utk join. so kenapa perlu tunggu? kalau ragu2 jangan join lah. sukar nak cari 'business' yang benar2 halal melainkan perniagaan sebenar di kedai seperti yg saya jalankan ni.peringatan buat semua.kalau nak buat ape2 sebelum terjebak, buat research dulu.tq.
 
» Reply to this comment...

Posted by muazz, on 20-10-2009 17:30, IP 202.184.124.12, Guest
23. ADAKAH TERMASUK DALAM RIBA?
soalan sy rgkas jer, 
adakah komisen pairing@match dr org bwhan yg kita xkenal dan bkn kita bantu termasuk dlm riba? 
mntak tlg sgt2 ustz jwb..sy nk bantu jlaskn dkt kwn2 yg dah ramai join dan habis duit dlm biznes yg ntah pape nih.. 
syukran..jwpan ustz sgt sy harapkn..salam
 
» Reply to this comment...

Posted by pEnCari KekaYaAN, on 19-10-2009 01:50, IP 180.72.3.174, Guest
24. MLM
ustaz.... 
boleh x ustaz senaraikan MLM yg diharamkan di malaysia,,, 
dan adakah luxor network menjalankan MLM yang halal atau haram????? 
boleh x ustaz jawab dengan secepat mungkin???
 
» Reply to this comment...

Posted by zaki, on 18-10-2009 13:11, IP 203.82.91.103, Guest
25. Harap Penjelasan Mengenai MLM Score A
Salam Ustaz, saya ingin mendapat penjelasan dari ustaz mengenai biz MLM Score A preogramme. Bisnes ini hanya menjual kad top up yang ada nombor kod untuk access dalam laman portal www.scorea.com.my bagi menjawab soalan latihan yang sama seperti soalan di sekolah. Sekarang Syarikat Kenshido telah me MLM kan produk Score A ini. Apakah halal untuk menyertainya? Harap penjelasan dari ustaz untuk orang ramai... 
Maklumat lanjut lawati: 
www.jutawanscorea.com 
www.scorea.com.my 
www.kenshido.com
 
» Reply to this comment...
» See all 12 replie(s)

Posted by INGINTAHU, on 16-10-2009 15:02, IP 202.60.56.221, Guest
26. MOHON KOMEN USTAZ MODEL SYARIKAT INI
Saya sudah membaca mengenai tatacara untuk meneyertai syarikat yang berkaitan MLM ini. walau pun begitu saya ingin penjelasan mengenai syariakt ini. Mohon ustaz menelitinya..www.330hyper.com. .atauhttp:// remyardy.blogspot.com/..pada pendapat ustaz halal adakah halal ataupun sebaliknya. Sekiranya halal saya berhasrat menyertainya.
 
» Reply to this comment...

Posted by NT MLM, on 15-10-2009 17:29, IP 203.121.44.55, Guest
27. nak kaya cepat??
lepas baca artikel ni syukur alhamdulillah Ustatz, bertambah  
tegap keyakinan dan pegangan saya selama ini, 
walaupun isteri saya menjadi ahli dan sentiasa merasa benar dgn  
perniagaannya. apapun selagi ia bergelar MLM ia mmg meragukan. 
Semakin upline kita kaya semakin ramai downline yg terkial-kial 
menjual barang untuk mendapatkan balik modal, kesian.
 
» Reply to this comment...

Posted by yang ingin mengetahui, on 12-10-2009 21:35, IP 202.184.124.19, Guest
28. pelajar
salam...ustaz saya ingin bertanyakn tentang status program skor A yang dijalankan oleh syarikat kenshido sama ada ia halal atupun bagaimana, sebab program ini da mula berkembang di tempat pengajian saya dan kebanyakan yang menjadi ahlinya adalah di kalangan bakal2x ustaz..
 
» Reply to this comment...

Posted by braderdee, on 11-10-2009 10:14, IP 118.100.68.23, Guest
29. GDI
salam ustaz.. saya nak tahu apa humum kalau menyertai program Global Domains International (GDI).. semoga mendapat respon dari ustaz.. tq.. wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by saiful, on 09-10-2009 18:50, IP 210.48.221.5, Guest
30. IRC HALAL @ HARAM
salam 
saya ad kemuskilan ni. 
sekarng ni ad stu lg bentuk mlm yg hangt kat msia. iaitu IRC(island red cafe). slogan dia, ajk mkn free then msuk jd ahli bwh kita. yuran serendah rm370. then smkin rmai msuk, mkin bnyk org jd dwnline kita, mkin bnyk komesin kita dpat. harp us dpt komen :roll
 
» Reply to this comment...

Posted by mbadiuzzaman, on 09-10-2009 17:36, IP 210.48.221.4, Guest
31. minta izin
ust minta izin paste artikel ini..syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by khairil, on 05-10-2009 00:25, IP 121.121.212.239, Guest
32. Loyalty Programme
Salam semua... 
 
Terdapat byk persoaln yang bermain di fikiran sy buat ni. Br2 ni sy diperkenalkan oleh seorang kwn berkenaan bisnes melaluiu royalty programme. Ianya sebuah bisnes di bawah Imuone Diomand Club Loyalty. Bg sesiapa yang tahu pasal bisness ni atau ustaz sendiri harap boleh bantu perjelaskan status bisnes camni dari segi syarak. 
 
Sahabat
 
» Reply to this comment...

Posted by muazz, on 10-09-2009 20:09, IP 202.184.124.12, Guest
33. ye sy tau
to antu... 
sy tau mngenai quest net.. 
da 3 thun sy join pas2 sy bhenti slepas mdapat rujukn hasil dr artikel ust zaharuddin yg mmg mntap..syukran uzar..sy sgt2 btrime ksih ats artikel uzar.. 
bleh hubungi sy utk mngetahui lbih lnjut.. 
muazz_86@yahoo.com
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Jet Li(M), on 09-09-2009 03:28, IP 60.51.88.255, Guest
34. MLM Yang Menepati Kaedah Shariah
Assalamualaikum semua dan Ustaz.. Saya berasa lega setelah membaca artikel berkenaan MLM ini "Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM ". Nampaknya masih ada ruang bagi MLM untuk di "Shariah" kan. 
 
Mengikut pengetahuan saya, sebenarnya konsep MLM adalah adil dan jujur, tetapi kebanyakan hari ini, banyak Sistem Piramid atau Skim Cepat Kaya yang bertopengkan MLM tumbuh berleluasa yang menjadikan MLM tercemar. Jika mengikut definasi sebenar MLM dan syarat-syarat untuk mendapatkan lesen perniagaan MLM adalah tidak lari dari apa yang digariskan oleh ustaz. Cuma perlu sedikit sebanyak untuk di "fine tuning" supaya menepati kaedah shariah. 
 
Apabila membaca perenggan terakhir pada artikel tersebut, saya rasa terpanggil untuk mencipta satu syarikat MLM yang mempunyai "Shariah Compliance". Atau MLM yang menepati kaedah Shariah. Saya berharap suatu hari nanti saya dapat bertemu dengan Ustaz Zaharuddin untuk berbincang tentang masalah ini. Semoga perbincangan kita nanti akan dapat melahirkan satu MLM yang menepati kaedah Shariah, semoga dengan usaha ini akan dapat menyelesaikan masalah ummat islam yang cintakan MLM.InsyaAllah saya akan menghubungi ustaz secepat mungkin, diharap ustaz dapat menyediakan ruang dan masa yang sesuai demi untuk menyelesaikan satu tugas yang saya kira ianya sudah menjadi Fardu Ain kepada saya. InsyaAlah semoga kita mendapat penyelesaian yang diredhai oleh Allah. -Jet Li(M) http://mlmSifOO.blogspot.com 
 
UZAR : ya betul, ia perlukan beberap fine tune dan tambahan kontrak then..alhamdulillah sudah ok..inshaAllah 14 sept ini saya akan bersama melancarkan satu bentuk MLM yang telah disahkan.  
 
» Reply to this comment...
» See all 3 replie(s)

Posted by husni binti khatim, on 25-08-2009 00:12, IP 115.135.12.118, Guest
35. komisyen mlm i pahala amal soleh ...
Assalmu'alaikum Ustaz, 
Boleh kah di kiaskan komisyen MLM SEPERTI PAHALA ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA TETAPI PAHALA AMAL SOLEHNYA(BERSADAQAH BUAT MASJID DAN MENGAJAR ILMU YANG BERMANFAAT) DIA DAPAT BERTERUSAN SELEPAS MENINGGAL DUNIA???WALLAHU'A'LAM 
 
UZAR : tersangat tidak boleh dan salah. serta selweng dari kaedah qiyas.
 
» Reply to this comment...

Posted by fitrii, on 23-08-2009 18:08, IP 219.93.21.126, Guest
36. usana health science
salam ustaz... 
sy salah seorg distributor usana health science.ingin berkongsi sdkit brkenaan MLM. 
biz ada 2 cbang, biz knvesonal & biz network. 
biz nework spt MLM, insuran, plaburan, manakala biz knvesonal ni spt kdai mkn,kdai jualan brng. 
MLM di MLysia mmg dh 'rosak' akibat kbnyakan syarikat MLM yg hadir di Malaysia kbnyakanyer mnggunakan 'skim' or manipulate sistem.dimana org ramai dijanjikan kekayaan n impian.bg sy itu yg menjadi puca MLM di malaysia rosak, hakikatnyer MLM ni adalah utk org ramai wat biz dgn modal yg murah, ada produk yg baik, mudah dilakukan, sesiapa shaja boleh buat dan sebagainya.MLM is a real biz, but, choice the right MLM.
 
» Reply to this comment...

Posted by rosni, on 21-08-2009 16:53, IP 218.208.117.128, Guest
37. island red cafe
assalamualaikum ustaz, 
bagaimana bisnes Islan Red Cafe ustaz? tlg ustaz kaji...tp yang jelas ianya tidak menekan ahli, semua samaada upline or downline dapat faedah, tiada maintain point dan lain2...please....
 
» Reply to this comment...

Posted by Qasyidah nurindah, on 20-08-2009 17:45, IP 80.64.224.3, Guest
38. company baru
salam.. 
baru2 ini abg ipar sy berceritekan satu multi level marketing yang di beri name "steady network" bermodalkan 2k dan mencari downline seumor hidup 5 org.. boleh di lakukan secare partime dan full time.. untuk maju.. pospek kene rajin pegi office dan attend klass.. sy x pasti klass ape tp mcm tu la yang diceritakan.. bg upline yang dh berjaye. mereke memberi semangat dengan menunjukan cheque yang berjumlah besar dgn menunjukkan jenis kenderaan mewah yang dipakai.. sedikit terkilan bile mane2 pospek yang terlibat kene " brain wash" smpi ade yang sanggup pekerjaan yang selame ini memberikan rezeki tidak mampu untuk menyimpan.nampak mcm x bersyukur pn ade. ustaz penah dengar name syarikat ni..? ape komen ustaz.. menggigil tubuh saya bile terbuke hati utk search mengenai MLM ini. sy dpti haram.. insan yg sy syg juge terlibat dlm syarikat ini.. nak tegur x sampai hati.. x tegur pn same.. " di luah mati mak, di luah mati anak.. " mcm mane.. care mcm mane sy nk bgtau.. atau explain.. skrg ni dia sedang bersemangat memajukan business ni.. mane tidaknye.. baru 2 bln join dah dpt 24k.. sudah termaktub business ini haram.. tp kenape msh lagi ade..
 
» Reply to this comment...
» See all 8 replie(s)

Posted by nik ahmad, on 19-08-2009 07:46, IP 203.82.92.122, Guest
39. persoalan tentang konsep wang pos
salam, 
persoalan mengenai syarikat2 yg berteraskan sistem wang pos yang semakin menular di Malaysia khususnya org islam. syarikat ini menawarkan komisen dari segi bilangan yang berdaftar dan perkhidmatan yg ditawarkan agak samar dan hanya berteraskan servis wang pos tanpa produk yang nyata. dengan membuat tarikan sebahagian dpd modal yg dikeluarkan akan disedekah kan kpd badan kebajikan dan selebihnya diagih2 kpd syarikat, serta ahli2 yg lain sehingga 8 peringkat. kebanyakkan peserta mendakwa disebabkn ada bahagian yang disedekahkan kepada fakir/kebajikan ia menilainya sebagai halal dan mendakwa meminta ahli yg baru mengikhlaskan nilai yang diberikan (Dare to Give). Pada hal konsep mereka hanya bertumpukan pada pendaftaran ahli baru yang berkonsepkn KUTU yg diagih2. jelas ianya menjuruskan kepada head hunting semata2. bolehkah kiranya ustaz memberikan sedikit ulasan tentang isu ini untuk makluman umum.
 
» Reply to this comment...

Posted by jefri, on 18-08-2009 17:58, IP 115.132.11.236, Guest
40. mlm syariah
ust saya nak tahu betul ke hpa industri buat mlm syariah 
 
UZAR : saya tidak tahu, namun mereka dah ada panel syariah yang sahkan dan semak, so orang ramai boleh join atas penegsahan tersebut
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by antu, on 18-08-2009 12:46, IP 115.132.215.11, Guest
41. Multi Level Marketing Menurut Shariah
salam... 
ada sapa-sapa tahu bisnes e-dagang yang nama dia Quest.net. TQ
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by zuraidah, on 17-08-2009 10:34, IP 60.49.80.176, Guest
42. lagi-lagi MLM
:) ASSALAMUALAIKUM USTAZ.saya bersetuju dengan pendapat ustaz.bisness MLM kini kian meningkat dan tersebar dengan luasnya. 
 
Orang yang belajar berkaitan dengan ilmu-ilmu agama pun masih kurang fasih dengan mendalam tentang sejauh mana bisness ini menepati hukum syariat.termasuk ana sendiri.walaupun pernah belajar dalam fakulti Pengajian Islam di UM tidak bermakna ana maklum tentang semua perkara yang berkaitan dengan hukum melainkan ana mendalami ilmu itu.  
 
Justeru itu, ana juga berminat untuk mengetahui sejauh mana bisness MLM yang dinamakn "UNSTOPPABLE" dari segi pandngn islam memandangkan bisness ini kian berkembang di negara kita ini...nasihat ana kepada semua, kajilah dulu sejauh mana konsep dalam sesebuah bisness agar kita tidak tergelincir dari landasan islam.wsalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by zalina, on 14-08-2009 12:32, IP 60.54.212.9, Guest
43. Islam mengharamkan bis sistem piramid
Ustaz, tilawah Al quran baru2 ini, ada ayat yang mengatakan islam mengharamkanperniagaan berteraskan sistem piramid dan tidak menggunakan keupayaan sebenar.. 
 
adakah iyenya benar dan apa dr surah apa dan ayat ke berapa? 
 
sekian. Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by namakuza, on 08-08-2009 15:21, IP 203.82.79.104, Guest
44. aplikasi konsep adil islam dalam bisnes
Assalamualaikum... 
Saya salah seorang yang telah biasa mengikuti pelbagai syarikat MLM, daripada pengalaman tersebut dapat saya simpulkan bahwa, sebarang pemberian komisyen hendaklah datangnya dari kemampuan syarikat sendiri, bermakna komisyen bukan datangnya dari wang pendaftaran atau dimasukkan dalam harga barang, keuntungan penjualan barang memang sudah ditetapkan untuk pengedar maka terpulang kepada pengedar menggunakan kreativitinya untuk melariskan jualan atas jalan yang benar, kemudian atas rasa terima kasih syarikat kepada pengedar atas banyak barang yang terjual maka terpulang pula kepada syarikat untuk memberikan insentif berbentuk komisyen atau bonus juga sebagai langkah motivasi. wallahu a;lam.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by serena, on 05-08-2009 13:28, IP 218.208.7.98, Guest
45. Minta izin utk copy paste kt blog
Assalamualaikum, 
 
Ustaz, sy mintak izin Ustaz utk copy paste artikel ni di blog saya. 
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by farah, on 05-08-2009 10:48, IP 203.82.91.103, Guest
46. MLM Herbalife
salam ustaz..saya ada sedikit pertanyaan mengenai MLM Herbalife..ciri-ciri yg ustaz senaraikan sy dpt simpulkan bhw 80% ciri-ciri yg ustaz senaraikan tiada dlm herbalife.mgkn ustaz boleh bantu sy.HOPE TO HEAR FM U 
 
 
UZAR : wallahu'alam, saya tiada info tentan herbalife
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Fadhlina, on 04-08-2009 13:46, IP 203.82.79.104, Guest
47. Cari Penyelesaiannya.....
salam...saya setuju dgn Balqis... 
 
saya pun sama rasa x tenang dan nmpak pelbagai perkara yg xleh diterima oleh akal dan hati... 
 
so ..kita berserah dan berdoa padaNya agar Dialah yg akan beri petunjk dan hati yg tenang dlm mencari rezeki halal dr sudut semuanya.. 
 
sekadar berkongsi..sesiapa yg ingin mencari pengalaman dan pendapatan boleh bersama dlm AFF Al Rajhi Bank...tp kaji/selidik n solat istikarah dulu membuat keputusan....program ini bagus bg saya dgn niat utk mendedahkan lagi kpd masyarakat kita tentang RIBA ini...dan pentingnya perbankan Islam... 
apa2 boleh call.email nursyauqina@gmail.com 
tq
 
» Reply to this comment...

Posted by Nuar, on 04-08-2009 11:58, IP 192.44.136.113, Guest
48. Sohehkah barang ni
Salam, 
Ustaz.. betul ka artikel biz yg saya tgk kat link ni. Siap Datuk Sabri Ismail Yakob lagi yg iktiraf ni. Apa pandangan ustaz yg arif. Terima kasih banyak. 
http://www.svr2u.net/
 
» Reply to this comment...

Posted by wani, on 03-08-2009 21:51, IP 203.82.79.103, Guest
49. sedikit pertanyaan
salam UZAR, terima kasih kerana memberikan penjelasan tentang ciri2 MLM untuk dijadikan panduan..disebabkan kebanyakan MLM yang saya lihat tidak patuh pada syarat upline mesti menaruh usaha atas jualan, maka saya mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari MLM sebegitu. 
 
Persoalan saya, terdapat satu rangkaian perniagaan di internet di mana kita memasukkan RM20 sahaja kedalam akaun bank penaja (orang yang menyebarkan link) dan kita akan mendapat satu laman web dan beberapa e-book secara percuma. Laman web beserta link itu boleh kita guna untuk mempromosikan bisnes ini kepada orang lain. Mereka yang ingin menyertainya akan memasukkan wang RM20 kedalam akaun kita (penaja baru). 
 
Tiada keuntungan yg kita akan dapat selain RM20 yang dimasukkan oleh setiap ahli baru yang ingin menyertai program ini.. 
 
Bagaimana kah status halal program begini? Diharapkan UZAR dapat membantu saya..  
 
program ini seperti dibawah: 
http://www.kuasarm.com/? id=wani_sopan 
 
terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by man, on 31-07-2009 18:03, IP 60.53.157.140, Guest
50. jawapan mereka
asalamualaikum Ustaz, semoga ustaz dilimpahi rahmat-Nya. 
saya mempunyai rakan2 yang bergiat dalam MLM,saya cuba menanyakan kepada mereka mengenai persoalan yg terdapat dalam artikel ustaz iaitu Bonus yang diterima oleh upline ke-2 kerana urus niaga yang berlaku pada downline ke-100? Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?.? diantara jawapan mereka : 
 
- upline sbg pelopor yang telah banyak berusaha pada peringkat awal dengan menjalankan urus niaga produk @ perkhidmatan disamping mencari ahli baru(downline). Ahli baru ini akan diberi ilmu untuk menjadi usahawan oleh upline mereka sehingga ahli baru ini dapat menjadi usahawan yang mampu berniaga dengan usaha mereka sendiri. Jadi ilmu yang diperolehi oleh ahli baru yang sudah Berjaya akan diperturun(diajarkan) kepada ahli2 yang lain(downline yg seterusnya). Jadi mereka berpendapat upline sbg pelopor yang membuka peluang dan memberi ilmu kepada dowline mereka untuk mereka Berjaya dengan perniagaan ini. ( jadi aset mereka untuk menerima bonus itu adalah usaha mereka diperingkat awal serta ilmu dan peluang yang mereka berikan) 
 
-mereka juga(upline2) memberikan maklumat(data2) mengenai syarikat dan ilmu untuk memajukan diri(self-confident, time managment, dll) melalui data elektronik spt presentation, motivasi video dan e-book kepada downline2 mereka. 
 
jadi bagi Ustaz, bolehkah cara ini dijadikan aset kepada upline untuk menerima bonus iti td?
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom