PDF Print
User Rating: / 34
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 22-01-2007 14:46
Views 24710    
Favoured 37

Hukum Merokok 

( jawapan ini telah disirakan di Majalah-i, terbitan karangkraf) 

Zaharuddin Abd Rahman 

www.zaharuddin.net

Soalan 

Apakah pandangan ust tentang merokok dan hukumnya menurut pandangan Islam, saya ada mendengar ada ust-ust yang mengatakan terdapatnya ulama silam yang hanya menghukumnya sebagai makruh dan tidak haram, adakah ia benar?- Klang-

Jawapan :

Sebelum saya memasuki jawapan, suka saya mengingatkan bahawa pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623-1640 m) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam Negara.

Adapun dari sudut hukumnya ; sebagai asasnya, para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumannya berdasarkan berbezanya tanggapan masing-masing terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok. Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk kepada "ahl az-zikr" dalam halnya, "ahli az-zikr" dalam hal rokok adalah doktor perubatan (selain ulama) yang mampu mengenalpasti impak buruk dari rokok kepada tubuh dan kehidupan. Maka sebarang fatwa ulama yang tidak dibuat berlandaskan maklumat lengkap dari para doctor perubatan atau pakar kimia adalah kurang tepat dan tidak sepatutnya dijadikan pegangan.

Secara ringkasnya ulama terbahagi kepada 2 kumpulan dalam hukum rokok. Ia seperti berikut :-

1) Haram : Ulama kontemporari yang mengatakan demikain adalah Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, Seluruh ahli persidangan Mencegah rokok ( persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar. ( Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah

Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd alauddin haskafi al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm as-Syar'ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, hlm 25-26)

Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun ( seperti nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain ) yang terkandung di dalamnya. ( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta'liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35 )

Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan buruk rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran Amerika mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan kandungannya di akhbar yang menyebut "Merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, ia juga menyebut "rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh " ( Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal ‘Ilmi al-Jadid, 1/346 )

Maka dengan kenyataan-kenyataan ini Allah SWT menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman Allah SWT " Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" ( Al-Furqaan : 59 ) ; Justeru, pandangan pakar perubatan dalam hal ini tidak boleh diketepikan oleh para ulama dalam membuat sebarang fatwa.

Selain keburukan dari sudut kesihatan, ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi SAW ertinya : " Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat" ( Riwayat Malik, 1/122; Ad-Dar Qutni, 4/228; Al-Hakim 2/66 ; Sohih kata Hakim, dan di atas syarat Muslim kata az-zahabi, Albani : Ia punyai banyak jalan yang menguatkan satu sama lain sehingga naik ke darjat Sohih)

Hadith lain pula menyebut : " Sesiapa yang memakan dari pokok ini , berkata bawang merah, bawang putih maka janganlah mendekati masjid-masjid kami, sesungguhnya (bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat sebagaimana ia menyakiti manusia" ( Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan, no 807 ; Muslim, Kitab Masajid wa Mawadi' as-Solat, no 876 )

2) Kumpulan yang Memfatwakan Harus atau Melihat secara tafsil (terperinci)

Ulama yang dipihak ini adalah Syeikh Abd Ghani an-Nablusi, Syeikh Muhd Amin Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf (berpendapat hukumnya secara terperinci menurut keadaan ), Syeikh Hasan Makmun.

Antara dalil mereka adalah asal segala sesuatu yang tidak mudarat adalah halal dan beberapa dalil yang lain. Bagaimanapun, kesimpulan dalil mereka adalah lemah kerana ia bersandarkan pandagan mereka tanpa maklumat berkenaan keburukan dari sudut perubatan pada zaman itu. Hasilnya mereka memberikan fatwa hanya berdasarkan bau asap rokok yang busuk dan menggangu, justeru, sudah tentu bau yang busuk sahaja tidak mampu menyebabkannya menjadi haram. Jelaslah pandangan mereka tidak mengambil kira maklumat baru perubatan.

Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut : "Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan" ; ertinya : "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan" (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992)

Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata ( dengan pindaan ) :-

a- Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.

b- Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil. Dosa hasil rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi yang belum merokok, dan makruh bagi seisap yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk ini mesti dicari segera. Wallahu a'lam.

Zaharuddin Abd Rahman

22 Januari 2007

Last update: 17-08-2007 17:20

Published in : Soal Jawab, Lelaki dan wanita
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (14) RSS feed comment
Posted by mohamad salehan, on 12-02-2010 22:35, IP 115.134.240.29, Guest
1. Cinta Allah
apakah hukum bagi seorg pnjual rokok dn hasil nye adkh haram???
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by SALEHAN, on 12-02-2010 02:39, IP 115.135.186.183, Guest
2. ALEH
ustz sy nk kn kpastian, adkah menghsap rokok ini sma dengan minim arak & menghisap dadah oleh kerna arak & dadah juga membawa kesn yg negativ sama seperti roko.. jadi adkh ia sama???
 
» Reply to this comment...

Posted by azrul, on 18-12-2009 02:48, IP 60.51.7.220, Guest
3. hai rokok
salam... 
kalu kita tgk,percubaan merokok dr prgkt awal.aiaitu dalam usia sekolah rendah. bila beada di sekolah men..merokok dah menjadi kewajipan bg menunjukan kedewasaan bg mereka. mgkn kita boleh tgk pelajar skrg merokok dgn pemakaian sekolah di lua sekolah... mana undang-undang..mana ibu bapa yg di pertgjwbkan oleh allah untuk di asuh dan di nasihati.. 
sekian...
 
» Reply to this comment...

Posted by azimah, on 16-10-2009 12:15, IP 60.52.30.51, Guest
4. perokok
salam ustaz, tahniah dpt anugerah media terbaik.mmg selayaknya ustaz dpt. ustaz, adakah orang yang merokok itu fasik?boleh ke dia jadi wali/saksi/imam solat? 
 
UZAR : masih boleh jadi saksi di zaman ini
 
» Reply to this comment...

Posted by SYUKRI, on 03-10-2009 15:12, IP 118.101.211.126, Guest
5. hukum merokok
assalamualaikum ustaz.. 
saya mempunyai kemuskilan bahawa ada juga yang mengatakan rokok itu makruh dan ada juga yang mengatakan harus. boleh ustaz terangkan situasi yang bagaimanakah rokok itu boleh menjadi harus dan haram.. saya berharap ustaz dapat memberikan pandangan dengan keadaan saya ini.. dan saya dahulukan dengan terima kasih..wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by kty, on 31-07-2009 23:24, IP 60.53.191.196, Guest
6. perokok wanita
sy slh sorg perokok wnita..yg rmai sdh thu mkin rmai wjudnya wnita cm sy skunk ni..soaln yg ingin sy tnye adalh,bnr ke mklumt yg sy bru dpt bhawa dlm islam wnita yg mnghsp rokok xkn dpt mncium bau syurga pn..hanya kaum hawa sj yg akn dhukm bgitu..bnr ke ustz? 
 
UZAR : perokok lelaki dan wanita sama sahaja. merokok adalah berdosa dan dosa mengurangkan peluang untuk dapat rahmat ALlah, tiada rhamat Allah, tiadalah ke syurga. sifirnya sama sama ada lelaki dan wanita. 
 
Perubahan diri di tangan puan, buatlah sesuatu demi kehidupan selaps mati yang amat berharga dan panjang tempohnya. Jangan dirugikan dengan budaya hidup yang tidak diredhai oleh Allah ini. Moga diberi kekuatan oleh Allah untuk berubah, namun pemberian ekkauatn perlu memlalui proses minta dan doa serta usaha
 
» Reply to this comment...

Posted by fitri, on 29-05-2009 16:54, IP 115.133.115.82, Guest
7. tembakau dan marijuana@ganja
saya berumur 25tahun,sudah 7tahun menagih rokok,dan 5tahun menagih marijuana@ganja.. 
rokok telah diulas seterangnya meskipun saya masih menghisap rokok. 
saya ingin bertanya adakah ganja haram disisi islam saya masih berpegang teguh yang haram itu ARAK.. 
sekiranya rokok mengandungi arak@liquir 
bagaimana pula GANJA yg ditanam dan dikering tanpa bahan campuran diatas .. 
saya masih berfikiran sempit tentang ini. 
maafkan saya jika keterangan saya memalukan diri dan saudara seagama dgn saya.
 
» Reply to this comment...

Posted by roza, on 14-05-2009 16:38, IP 115.133.9.82, Guest
8. Tolong Berhenti Merokok!
Salam.. 
Saya pernah bekerja di sebuah syarikat rokok terkemuka selama hampir 10 tahun. Antara ramuan rahsia selain dari kimia merbahaya adalh sejenis arak/liqour. Ada juga perisa coklat/madu yang meyebabkan ketagihan.. 
 
Selain itu, adunan tembakau dimasak/salai untk membunuh sejenis kumbang/vewil. Tapi telur vewil ini masih hdup dan + udara lembab ia akan menetas selepas 3bulan! Tu sebab kretek/rokok expired akan ada bintik2 minyak/air pada kertas.  
 
Boleh koyak chek tengok, hehe.. Kalau hisap mesti ada bunyi terbakar/meletis.. 
Alhamdulillah, saya tak pernah hisap rokok (kerja makan gaji je!) Dan dah berhenti lama dah pun.. 
 
Jadi TOLONG BERHENTI MEROKOK! 
 
Mulakan dengan menghormati orang yang tidak merokok di keliling anda.. eg: anak2, isteri2, kawan2, orang lain di tempat awam.. 
 
Soalan: YANG MANA LEBIH TERUK? 
1. Saya ludah kahak kuning saya ke muka anda? (Dan anda boleh cuci) 
2. Anda hembus asap rokok pada orang lain? (Dan sedut asap beracun & najis tu dan mudaratkan kesihatan.. Habis derita keluarg dan masyarakat scara tak lansung!) 
 
UZAR : info yang bagus
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd kamal, on 16-02-2009 16:16, IP 202.188.170.33, Guest
9. boleh kalau serius
saya adalah bekas perokok tegar. pernah hisap lebih kurang 60 batang sehari. alhamdulillah saya dah berhenti. dari pengalaman, kalau nekad nak berhenti, kena stop terus on the spot. nak bagi senang, mulakan dengan berpuasa. automatik dah tak hisap waktu siang. yg penting kena serius. kalau main2 tu tak jadi...
 
» Reply to this comment...

Posted by abdullah(bukan nama sebenar), on 18-05-2008 00:18, IP 60.52.99.13, Guest
10. ...
assalamualaikumwbt... 
 
memang susah nak berhenti rokok.sape x pernah hisap rokok memang x tau betapa susahnya nak berhenti.memang saya rasa menyesal kerana menghisap rokok,tapi nak buat camner,dah lama dah merokok,macam sebati lak.macam saya sudah 16 tahun dah merokok,memang susah nak berhenti.niat tu ada utk berhenti.insyaallah lah,mudah-mudahan,berkat doa saudara2 seislam akan membuatkan kami perokok akan berhenti merokok,disamping itu kami sebagai perokok tegar akan berusaha sedaya upaya.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by putih_hijau, on 09-05-2008 11:21, IP 211.25.51.200, Guest
11. ...
hm... cuba lagi... 
kepada perokok2...terus kan niat murni anda,moga anda akan mendapat kekuatan... 
 
cuba lah makan gula2,chewing gum or something yang dapat ganti rokok tu.. mula2 susah,klu dah sebulan,insyaAllah dapat.. 
 
gambate!
 
» Reply to this comment...

Posted by aku_sihat@hotmail.com, on 30-04-2008 13:11, IP 60.52.100.145, Guest
12. ...
salam ustaz... hemmm.. saya merupakan seorang perokok, tetapi tidak di tahap sekotak sehari, tetapi sekotak dalam 2 atau 3 hari.. memang susah hendak berhenti, walaupun sewaktu berpuasa, ini keran perokok2 ni akan meroko selepas makan, semasa berpuasa memang tiada keinginan langsung, yang jadi masalah bila lepas berbuka... 
 
selepas saya membaca artikel majlis fatwa mengeluarkan fatwa Haram hukumnya merokok ni, saya berusaha sedaya upaya untuk berhenti,memang sukar dan terlalu skuar... mohon nasihat dan cadangan serta panduan... :cry :cry :cry
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by muahammad,Bachok, on 30-01-2008 15:29, IP 60.52.98.164, Guest
13. ...
salam ustaz.terima kasih atas penjelasan yang dibeikan. saya nak tanya sikit.bagaimana pula halnya bagi pengusaha-pengusaha tembakau yang pendapatan utamanya adalah dengan menjual tembakau tersebut kepada lembaga tembakau negara(LTN)? Datuk dan nenek saya merupakan pengusaha tembakau di bawah LTN, dengan hasil tembakaulah mereka menyara hidup, mengagihkan pendapatan kepada anak-anak dan cucunya, membeli sebidang tanah serta memperelok kediamannya. Apakah pandangan ustaz terhadap wang yang dibelanjakan itu? Adakah perlu saya menolak ajakan datuk saya yang minta pertolongan saya menguruskan tembakau bersamanya sewaktu cuti?Saya harap ustaz dapat memberi pandangan dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by aesa-chan, on 19-09-2007 12:42, IP 58.139.249.66, Guest
14. ...
Macam mana pula yang dikatakan dengan menyumbang kepada Israel,ustaz? 
 
Ada yang mengatakan hasil pendapatan jualan rokok banyak yang disumbang kepada israel yang sedang memerangi palestin. 
 
Ini tentunya telah melibatkan jutaan perokok yang beragama Islam yang telah menjadi penyumbang utama dana kepada Israel... 
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom