Utama arrow Aqidah & Kepercayaan arrow Ringkasan Hukum 'Botox', Susuk, 'Braces'
PDF Print
User Rating: / 69
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 25-01-2007 09:25
Views 22124    
Favoured 32

Ringkasan Hukum Bedah Plasik,

Botox, Susuk dan ‘Braces'

Oleh Ust Hj zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Sebelum saya menjawab persoalan ini, terlebih baik jika saya utarakan bahawa isu Botox telah dibincangkan dan diftawakan oleh Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Muzakarah mereka kali ke-74 bermula pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah haram digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis.

Bagaimanapun, ada pihak yang cuba untuk mempertikaikan keputusan itu dengan mengatakan bahawa bahan yang digunakan untuk menghasilkan botox hanya protein, malah bukan protein daripada binatang yang diharamkan, tetapi mungkin namanya melambangkan seolah-olah ia daripada sesuatu yang kotor.

Pihak ini juga cuba mendakwa, dari segi kesihatan, penggunaan botox tidak memudaratkan jika ia dilakukan pihak yang bertauliah dan menggunakan teknik suntikan yang betul. Cuma pihak ini tidak menolak kemungkinan ia akan menimbulkan kesan sampingan jika digunakan berlebihan tanpa pemantauan atau diselia pihak bertauliah. Adalah diakui oleh para pakar bahawa Botox digunakan untuk memperbaiki keadaan muka saja supaya pengguna rasa lebih selesa, bukan untuk mengubah menjadi orang lain.

 

SEBAB UTAMA BOTOX HARAM

Bagaimanapun isu utama yang menyebabkan ia menjadi Haram pada pandangan Shariah adalah :-

a) Unsur najis dan kotoran di dalam bahan BOTOX ; kajian mendapati botox atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudarat.
Dalam Islam, terdapat dalil yang menyebut "Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tidak boleh pula membalas mudarat"

b) Pengubahan Ciptaan Allah Tujuan Tambah Kecantikan : Isu mengubah ciptaan Allah SWT terhadap diri seseorang. ISLAM melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik. Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ianya adalah harus dilakukan. Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh manusia normal. Dalil yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan adalah berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa' iaitu Allah berfirman yang bermaksud:

"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.'

Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya

Terdapat juga hadith yang menyebut :

"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya." (Riwayat Thabarani)

Tatoo, iaitu memberi tanda pada muka dan kedua tangan dengan warna biru dalam bentuk ukiran. Sebahagian orang-orang Arab, khususnya kaum perempuan, mentatoo sebahagian besar dari tubuhnya. Bahkan dimasa pengikut-pengikut agama membuatnya tatoo dalam bentuk persembahan dan lambang-lambang agama mereka, misalnya orang-orang Kristian melukis salib di tangan dan dada mereka.

Perbuatan-perbuatan yang buruk menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyiksa dan menyakiti badan, iaitu dengan menusuk-nusukkan jarum pada badan orang yang ditatoo itu. Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatoo ataupun orang yang minta ditatoo.

KIKIR GIGI DAN ‘BRACES'

Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadith di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Karena itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada laki-laki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat.

Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, yaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam hadisnya:

"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang disebut ‘al-Falaj', yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang samasekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend' Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik. Adapun pada hari ini, kebanyakkannya sudah menukar ‘style' mereka kepada merapatkan gigi menggunakan ‘braces' (http://en.wikipedia.org/wiki/Dental_braces) yang yang bertujuan MENCANTIKKAN susunan gigi. Ketika itu, hukum haram yang sama jatuh pada perbuatan merapatkan gigi bagi tujuan kecantikan. Adapun jika ia dilakukan bagi inidivud yang mengalami kemalangan dan bertujuan mengubatnya, ia menjadi harus.

Dari hadis-hadis yang telah kita sebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui tentang hukum pembedahan kecantikan seperti yang terkenal sekarang kerana bagi memnuhi selera nafsu dan syahwat, iaitu kebudayaan Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai perempuan dan laki-laki yang mengorbankan wangnya beribu-ribu untuk mengubah bentuk hidung, payudara atau yang lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, karena di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat ‘show' dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.

Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : "Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran" (Al-Halal wal Haram Fil Islam )

c) Unsur Penipuan : Mengandungi unsur penipuan yang diharamkan Islam.
Selain itu, syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada menerusi pembedahan plastik atau penggunaan produk kosmetik botox yang menukarkan wajah yang tua kepada muda.

Tujuan Shariah dalam hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas dari hadith Nabi SAW :

"Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)

Hadith larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur, ini kerana uban yang dihitamkan bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam. Hal ini samalah seperti botox yang biasanya digunakan oleh wanita atau lelaki yang kulitnya sudah kelihatan tanda ketuaan, bagi mengekalkan rupa mudanya, maka mereka melakukan botox dan lebih teruk lagi susuk.

SUSUK & SIHIR

Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran.

Tentang pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan:

"Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (al-Baqarah: 102)

Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan derajat pelakunya di dunia ini lagi. Justeru itu Nabi bersabda:

"Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian ahli fiqh menganggap, sihir itu bererti kufur, atau membawa kepada kufur. Sementara ada juga yang berpendapat;  ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat dari bahaya sihir.

Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita suka berlindung diri kepada Allah dari kejahatan tukang sihir, yaitu firmanNya:

"(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul." (al-Falaq: 4)

Peniup simpul salah satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu hadis dikatakan:

"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)

Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh.

Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.

Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.
Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox.

KESIMPULANNYA

  Botox atau pembedahan plastik yang dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal. Manakala susuk tidak dibenarkan sama sekali.

  Tujuan yang tidak dibenarkan adalah untuk kelihatan lebih cantik dari apa yang dianugerahkan, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan.

  Syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam: memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan; untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain; mesti diakui doktor Islam dan pakar dalam bidang itu; doktor yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat; mendapat persetujuan pesakit dan wali.

  Peraturan umum kecantikan Islam: tidak mengubah ciptaan Allah; tidak memudaratkan diri seperti kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan; tiada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri; tidak membazir; tiada unsur najis; tidak menyerupai jantina berlainan; tidak menyerupai orang kafir dan fasik; wanita hanya berhias untuk suami dan mahramnya saja; mengikut syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam.

Jika botox itu menggunakan bahan suci sekalipun, ia tetap haram kerana dua ‘illah ( sebab utama) pengharaman masih ada.

Sekian

25 Jan 2007

6 Muharram 1428 H

Last update: 25-01-2007 09:45

Published in : Soal Jawab, Aqidah & Kepercayaan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (32) RSS feed comment
Posted by rosidah, on 08-10-2009 17:17, IP 202.170.49.71, Guest
1. kosmetik mengandungi serbuk emas
Salam ustaz, 
 
Saya ingin bertanya mengenai produk kosmetik yang mengandungi emas adakah menyerupai pemakaian susuk? setahu saya pemakaian susuk memerlukan seorang dukun atau bomoh. pada pandangan saya produk kosmetik sebegini macam tak sama dengan susuk tapi saya memerlukan penjelasan dari orang yang lebih arif. 
 
Wassallam
 
» Reply to this comment...

Posted by Honey2009, on 14-08-2009 15:54, IP 220.255.7.104, Guest
2. Susuk Emas Untuk Keluar
Assalamualaikum. Saya mempunyai masalah yang belasan tahun yang lalu sewaktu remaja saya tidak dapat ramai teman dan tidak tahu pasal benda ini.Sewaktu remaja seorang kaka telah menemui seorang makcik,kerana saya ada masalah keluarga. Sebaliknya makcik itu cadangakan saya pakai pendending diri dan beritahu adalah tidak dosa.  
 
Mackcik itu telah memasukkan sebiji jarung emas di dagu saya.Keesok hari saya telah bercerita pada kawan saya. Kawan saya marah saya dan memberitahu itu adalah susuk.(Sebenarnya saya tidak tahu yang itu adalah susuk dan saya tidak ada niat untuk memasukkan). 
 
Saya jadi tidak tentu arah.Dengan segera saya suruh kaka yang telah bawah saya jumpa mackik itu untuk mengeluarkan. Tetapi makcik itu kata dan sebati walaupun hanya satu hari dan suruh saya cari orang lain untuk mengeluarkan. Saya meryau pada mackcik itu tetapi dia tetap berdegil dan menghalau saya dan beritahu saya jangan datang lagi. Dan juga beritahu saya tidak dosa dan boleh bawah mati.  
 
Saya telah berusaha untuk mengeluarkan dan makan pantang larang.(Setelah kahwin saya telah memcerita pada suami saya). Baru baru ini Sahabat baik saya dari Malaysia telah membawa saya jumpa pakcik untuk mengeluarkan. Alangkah gembira saya dan bersyukur kepada Allah. Sekian lama saya tunggu akhirnya dapat juga orang keluar kan. Untuk memastikan susuk itu telah keluar baru-baru ini saya ada membuat Xray. Film xray,itu menunjukan bawah ia masih di situ lagi.Saya amat sedih dan kecewa lalu telefon Pacik itu dan beritahunya.Pacik itu lalu ketawa besar dan beritahu itu adalah ampasnya dan bakinye dan katakan susuk itu telah di matikan.Saya amat menyesal dan bertaubat. 
 
Harap Ustad dapat bantu saya dan tolong saya memberi alamat orang yang boleh keluar. Sudah banyak kali orang tipu saya cakap susuk itu dan keluar tetapi bila buat periksaan xray masih ada. Sesiap pernah mengalami dan dapat orang memgeluarkan susuk emas di bawa dagu tolong kasi alamat dan telefon. Bolekan saya buat Plastic Surgey? 
 
UZAR : Saya berismpati dan malangnay saya tiada kenalan yang saya kethuai mampu mengeluarkan susuk sebgitu. Untuk buat pembdahan kecil, Ya dibenarkan jika tidak mudarat.
 
» Reply to this comment...

Posted by wanmus, on 21-06-2009 14:57, IP 115.132.71.160, Guest
3. susuk tanpa syirik?
Salam ustaz, 
 
saya nak bertanyakan tentang susuk zaman sekarang yang digunakan sebagai kosmetik tanpa sebarang bacaan mentera, adakah ianya tetap haram? apakah hukum memasukkan emas untuk kecantikan sebegitu? 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by raudhah, on 27-05-2009 08:47, IP 60.54.70.50, Guest
4. jelas
alhamdulillah. penjelasan yg bagus. bg sesiapa yg xbc smpai hbs lg, jgn suka2 ati je nk buat tuduhan melulu. nk tau hukumnya, sila bc smpai hbs.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ainnnnn J, on 21-03-2009 22:34, IP 118.100.164.182, Guest
5. Braces
If gigi bawah kita lebih kedepan drpd yg atas, haram ke pakai? 
Saya rasa rendah diri je nak snyum :(
 
» Reply to this comment...

Posted by badrul, on 28-02-2009 12:33, IP 210.48.147.2, Guest
6. susuk
:grin bagus betul kandungan artikal ni...
 
» Reply to this comment...

Posted by isterisolehah, on 10-02-2009 08:17, IP 60.49.84.160, Guest
7. Suntikan vit C
Askum Uzar, boleh jelaskan kpd saya hukum suntikan vitamin c ?  
Actually saya ada ambil tablet Vit C n other supplement utk kesihatan & kecantikan tp kenkadang tu lupa la abis stok la...so boleh tak i nk tukar dari yg diambik secara oral kpd suntikan - jd takyah la abiskan duit beli skincare - kdg2 beli tu mmglah mampu tp rutin dia tu yg tak terbuat sbb sibuk n kesuntukan masa. 
Saya mmg dh kawin n tujuannya nk jaga kecantikan utk suami. 
 
UZAR : Jika suntikan tu hanya memberikan kesihatan tubuh dan kulit secara normal..maka ia adalah dibenarkan.
 
» Reply to this comment...

Posted by hello, on 27-06-2008 19:56, IP 60.52.103.9, Guest
8. ...
i dont believe braces is haram. please dont change the hadeeth. hadeeth says it is forbidden to widen the gap between teeth. thats IT. it doesnt say it is haram to reduce the gap between teeth. please dont translate hadeeth to your own liking. please remember quran says that Allah hates those who forbid something when it is permissible, and those who permit something when it is forbidden. All I can see is that braces is permissible as it not only makes you smile better, but it also mostly for the purpose of health and cleanliness (easier to eat and talk, with straight and properly adjusted teeth, it is easier to keep your teeth clean, and Allah love those who have clean teeth and breath and that is why miswak (siwaak) is sunnah, etc). allahualam
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by ryn, on 05-06-2008 09:46, IP 60.52.102.82, Guest
9. ...
:grin pengajaran tuk semua yang takut tua......null
 
» Reply to this comment...

Posted by muhd.hazif- saudara baru, on 03-06-2008 15:53, IP 60.52.103.218, Guest
10. ...
:) hello uztad... penerangan yang baik dan berguna.. Tatoo, iaitu memberi tanda pada muka dan kedua tangan dengan warna biru dalam bentuk ukiran.  
 
Sebahagian orang-orang Arab, khususnya kaum perempuan, mentatoo sebahagian besar dari tubuhnya. Bahkan dimasa pengikut-pengikut agama membuatnya tatoo dalam bentuk persembahan dan lambang-lambang agama mereka, misalnya orang-orang Kristian melukis salib di tangan dan dada mereka. 
-ini adalah salah satu yang saya ambil dari penerangan uztad.. bagi saya, say menyokong seratus peratus tatoo memang tidak baik.. tetapi saya rasa orang yang bukan islam yangt membuat tatoo pada badan mereka sebenarnya terlalu mengikuti perasaan duniawi mereka, sebenarnya agama yang uztad sebutkan tidak menyuruh penganutnya membuat tatoo pada badan. tetapi terdapat segelintir yang menyalahgunakan lambang tersebut untuk dijadikan fesyen,faham-fahamlah orang yang tidak mendalami agama sendiri.. sebenarnya tindakan mereka itu tidak menghormati lambang tersebut.. itu saja, terima kasih....
 
» Reply to this comment...

Posted by jannah89, on 30-04-2008 21:54, IP 60.52.100.145, Guest
11. ...
jelas semuanyabg ana skrang........alhamdulillah :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 18-04-2008 18:48, IP 60.52.98.16, Guest
12. ...
TERIMA KASIH DI ATAS FAKTA USTAZ :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by ju, on 11-04-2008 23:14, IP 124.13.137.81, Guest
13. ...
ustaz saya nak bertanya ada kah kita boleh mewarna rambut selain dari warna hitam tetapi harus lah warnanya sama dengan warna inai..,jawapan ini saya dengari dari satu temu bual ustaz di dalam satu rancangan di tv. boleh tolong ustaz terangkan.. 
 
UZAR : YE HARUS DENGAN SYARAT2NYA
 
» Reply to this comment...

Posted by nak_tanya..., on 23-03-2008 12:57, IP 60.52.100.178, Guest
14. ...
ustaz,ada kwn sy yang pakai braces utk nmpk cantik susunan giginya...hukumnya dkira haram ke ustaz? klu dh c up mende tu? 
 
UZAR : JWPN DAH ADA DALAM ARTIKEL
 
» Reply to this comment...

Posted by Ain, on 28-02-2008 07:56, IP 202.76.233.130, Guest
15. ...
salam.input yang diberikan amat membantu saya agar lebih berhati-hatI.Terima Kasih....tetapi masih ada topik lain yang perlu didedah kan seperti 'mak nyah' yang masih menganggap tindakan mereka adalah benar....
 
» Reply to this comment...

Posted by peace, on 06-02-2008 01:13, IP 60.52.102.177, Guest
16. ...
admin : deleted kerana isinya dah ada ditulis oleh uzar, silalah baca betul-betul..
 
» Reply to this comment...

Posted by hasrizal, on 24-01-2008 11:06, IP 211.25.51.1, Guest
17. ...
tq so much...saye da jumpe maklumat utk assignment saye...hehe... :grin  
 
 
KOMEN UZAR : JGN TIRU BULAT2, HARAM HUKUMNYA KERANA MENIPU., KERANA BUAT KONKLUSI SENDIRI DAN KOMBINASI SUMBER LAIN.
 
» Reply to this comment...

Posted by hidayah, on 22-01-2008 22:50, IP 60.52.103.198, Guest
18. ...
:)  
saya nak tanya sikit, apa hukumnya jika braces yg dipakai adalah bertujuan utk kelihatan cantik di depan suami?? :grin  
 
KOMEN : KALAU GITU DIA TAK LEH SENYUM DI LUAR RUMAH LE..
 
» Reply to this comment...

Posted by peace, on 06-01-2008 18:19, IP 60.52.99.114, Guest
19. ...
memakai braces pada hakikatnya bukan utk kecantikan. rakan karib saya seorang dentist, katanya braces lebih utk mengubah kecacatan. bila baca article ustad ni beberapa bulan yg lalu saya teringat adik ipar dikg yg baru memakai braces.bila balik saya bagi tau braces tu haram, katanya dia terpaksa pakai sekian lama dia memencilkan diri tidak bergaul, tiada kawan, bayangkan umur dah 36, kawan karib pun tak ada, keluar shopping dgn kawan pun tidak semuanya kerana bila dia bercakap air liur tersembur kerana gigi yg jarang. dan dia adalah antara adik beradik suami yg paling pendiam takut utk ketawa, kalau ada cerita lawak sekali pun dia setakat senyum menguntum mulut. akhirnya atas nasihat suami saya dia memakai braces yang kosnya lebih dua ribu. then bulan puasa sebelah gigi geraham saya patah, nak tampal saya rasa tak selesa di bulan puasa, tunggu raya dah berlaku infection terpaksa cabut gigi separuh tu. kata dr kena pasang gigi palsu ni kalau tidak gigi semakin jarang, pertuturan jadi lain. saya pun buat gigi palsu, tapi sebab tak selesa pakai terus simpan dlm bekas. skrang saya dapati bila saya bercakap saya pula dah mula tersembur air liur? sebab gigi depan dah mula jarang, walau pun belum obvious sgt jarangnya. saya pun pakai semula gigi palsu tapi stil ada juga yg tersembur. incident ni amat tidak comfortable bagi saya yang selalu memberi arahan. kesempatan jumpa dentist saya tanya betul2 tentang pemakaian braces. saya rasa eloklah ustad rujuk pada dr pakar gigi sebelum keluarkan fatwa. kata dr pemakaian braces lebih dari utk mengubati. bayangkan ada patient dah herot muka, gigi jongang, air liur tersembur, pertuturan jadi lain...semua ni memerlukan pemakain braces dan yg paling utama orang yg bergigi jarang bila bercakap air liur akan tersembur keluar, islam mementingkan kebersihan..kalau air liur dah keluar tentu ia saat yang sangat memalukan kerana saya dah alaminya even cakap guna handfon pun boleh tersembur? patut lah adik ipar saya hingga saat ini pun tak ada seorang rakan pun kerjanya pergi kerja balik kerja, tak ada nampak bergayut di talipon, tak pergi berjalan2 tak pergi shopping dengan sesapa pun kecuali keluarga.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Karim, on 05-01-2008 16:32, IP 60.52.100.238, Guest
20. ...
Assalammua'laikum, 
 
Maaf..Ni ada lg soalan yg masih confius. 
Bagaimanakah pula bg seseorang yg mewarnakan rambut selain warna hitam dan hukum melakukan braces bg seseorang yang giginya kehadapan (jongang). 
 
KOMEN UZAR : BRACUES UTK BETULKANJONGGANG ADALAH HARUS KERANA IA TERMASUK DLAMA PERUBATAN
 
» Reply to this comment...

Posted by nanie, on 31-12-2007 11:19, IP 211.25.130.42, Guest
21. ...
:grin .. cool..article yg best! 
sebab..cakap secara terang lagi jelas.. menda nie sume haram unless kalo memudaratkan bole ubah 
kan senang! nie x.. mostly article yg saya bace berlapik2x...kejap kate bole..pastue kate x bole...ish2x.. 
 
afterall.. thanks ya!!!! apreciate it sooooo much! :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by nurul akmal amelia bt alias, on 15-11-2007 17:54, IP 60.52.96.11, Guest
22. ...
Alhamdulillah,akhirnya telah menjumpai isu yang berkaitan dengan hukum pembedahan plastik,botox,saya rasa bersyukur krn ianya dpt memberi ilmu. 
 
Memandangkan sy perlu menyediakan satu assigment.bleh saya ambil sebagai bahan pencarian saya. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Shasha, on 31-10-2007 15:41, IP 211.25.51.1, Guest
23. ...
Boleh ustaz huraikan pula pelbagai kaedah perancang keluarga. Adakah dibenarkan dalam islam terutama pada mereka yang beranak rapat.
 
» Reply to this comment...

Posted by nur aini muhd azlan, on 30-10-2007 21:48, IP 60.52.96.144, Guest
24. ...
ustaz, camane pula ngan hair extension?adakah haram?kalau rambt gugur camane pule?dibolehkan ke
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba ALLAH, on 27-10-2007 09:07, IP 60.52.102.241, Guest
25. ...
ustaz...sy nk tanya pasal pemakaian inai untk rambut....sekarng ini ramai remaja dan golongan muda yg sudah beruban disebabkn faktor bahan kimia yg terlamapu byak dalam makanan...sy nk tanaya adakah dibolehkn bg org muda untk memakai inai hitam bagi mengelakkan daripada diaaibkan oleh kawan2...maksud saya kawan sering menegur rambut orng muda tersebut beruban di kawasan terbuka...dan ini  
sekaligus memalukan hamba Allah tersebut....harap ustaz dpat berikan pndangan erk...temi kasih...  
 
KOMEN UZAR ; HUKUMNYA HARAM
 
» Reply to this comment...

Posted by humanity, on 20-10-2007 19:31, IP 60.52.102.128, Guest
26. ...
Assalamualaikum..mane nk crik buku yg mnuliskan tntg perspektif Islam dan hukum mengenai botox dan pmbedahan plastik??sape2 tau bgtau..urgent
 
» Reply to this comment...

Posted by khairi, on 25-09-2007 16:02, IP 58.139.249.66, Guest
27. ...
(ADMIN : Mesej anda dideleted kerana mengandungi idea Islam Liberal yang ingin halalkan semua benda ikut kepala hotak. Kemudian berlagak pandai dalam memahami nas. Anda tidak dialukan di web ini, saya telah memaklumkan kepada UZAR akan hal ini)
 
» Reply to this comment...

Posted by haniszah, on 21-09-2007 09:21, IP 58.139.249.66, Guest
28. ...
Segala maklumat anda bolah menjadi rujukan... :)
 
» Reply to this comment...

Posted by zara, on 20-09-2007 08:39, IP 58.139.249.66, Guest
29. ...
Tidak adakah lagi faktor2 yang lain yang boleh saya kaitkan dengan unsur2 mengapa botox patut diharamkan dan mengapakah anda tidak menjelaskan botox yang lain,yang tidak ada unsur babi..saya lupa nama saintiik ataupun type nye..ia tak mengandungi babi....dan memang jelas haram untuk digunakan kecuali untuk tujuan perubatan contohnya orang yang kuat berpeluh dibolehkan menyuntik botox atas tujuan ini....asalkan bukan botox type a..betul ke atau saya tetap salah ? 
 
» Reply to this comment...

Posted by tetamu_syukran, on 19-09-2007 09:56, IP 58.139.249.66, Guest
30. ...
Syukran.. 
 
Saya pun dah amik sbg isi assignmen sy.. :)  
 
ADMIN : JANGAN LUPA NOTA KAKI PULA YE, SUMBER AMBILANNYA..WWW.ZAHARUDDIN.NET
 
» Reply to this comment...

Posted by eimzan, on 14-09-2007 14:13, IP 58.139.249.66, Guest
31. ...
i think it is better if this reference materials also provided in english and arabic. anyway, it's great for having this beneficial material...well done n keep going! ma'an najah ma'as salamah,wslm..
 
» Reply to this comment...

Posted by rosemi, on 28-08-2007 15:26, IP 58.139.249.66, Guest
32. ...
:) bleh dijadikan sebgai bahan untuk buat assaignment... :grin :grin
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom