Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam?
JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawab di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.
Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci DewaZeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)
Selain
itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :-
Saint
Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of
the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there
was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic
leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site
of the place where he died, to perpetuate his memory.
When
the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love
mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual
love" to another concept known as the "martyrs of love",
represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which
cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast
of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.
One
of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls
who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and
placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would
be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself
at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they
could find out about one another. Then they would get married, or they would
repeat the same process again on the day of the festival in the following year.
The
Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have
a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished
in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth
and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops
which sold small books called "Valentine's books", which contained
love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart
could choose. They also contained suggestions for writing love letters.
(The
above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)
Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-
1) Perayaan dalam Islam telah disebutkan oleh Nabi iaitu dari sabdaan Nabi SAW :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.
2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)
3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan munkar
4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan sepertinya.
5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)
Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang juga haram.
6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"
Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hokum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.
7) Dilarang juga saling mengirim ucapan bersempena hari ini.
Sekian
Ust Zaharuddin
26 Muharram 1428 = 14 Feb 2007
(DISIARKAN SEMULA DI MUKA HADAPAN WEB PADA 12 FEB 2009 )
Posted by pali, on 23-02-2009 01:39, IP 70.185.96.107, Guest
1. Pasca Valentine day & Status fatwa
salams, maaf agak terlewat beberapa hari untuk bertanya.
1.Selepas beberapa hari Valentine disambut, saya lihat banyak stok-stok coklat untuk Valentine dijual pada separuh harga/murah. Hati ni tengok benda murah mula la rasa nak beli, tapi takpe ke beli barang-barang yang dibuat khusus untuk Hari Valentine ni? Seolah-olah macam tak secara lansung membantu penjualan pulak. Pandangan ustaz macamana?
2. Meskipun majlis fatwa telah mengharamkan sambutan Valentine, adakah perkara ini boleh diambil secara OPTIONAL? Kerana kebanyakan fatwa seperti YOGA pun ramai yang pandang sebelah mata je, kata mereka, yang penting NIAT. Siap bagi hadith lagi. Adoii.. saya kepeningan.
UZAR :
1) Ya boleh beli jika untuk makan sendiri.
2) Hukum halal haramn tidak optional..semuanya wajib dijauhi jika haram. Secara undang-undang Malaysia ia optional. secara undang2 Islam. ia dipertanggungjawabkan di akhirat
Posted by asma', on 22-02-2009 21:36, IP 124.82.19.51, Guest
2. pengetahuan baru
Assalamualaikum.. Terima kasih saya ucapkan entry ini memberikan pengetahuan baru untuk saya. Saya tinggal di kawasan majoriti bukan islam dan sentiasa mandapat makanan dan minuman daripada jiran yang bukan Islam terutama jika ada keraian atau majlis yang tidak saya penuhi undangan mereka.. biasanya air tin yg mengandungi peratusan arak yang rendah dan shandy ( ramai org islam kat sini minum )dan makanan ringan dan kek yang tiada logo halal yang sepatutnya saya akan beri kepada kawan sekerja yg bukan islam..
Posted by faiz b azizan, on 22-02-2009 11:11, IP 115.132.192.203, Guest
3. niaga di hari jumaat
Slm ustaz.. sememangnya jelas lelaki haram berniaga ketika masuk solat jumaat.. tapi bagaimana pula wanita yang berniaga dan menjual kepada orang lelaki yang tak tunaikan solat jumaat.. dosa tak wanita tersebut?
Posted by Kak Ros dari Pulai Perdana, JB, on 17-02-2009 23:20, IP 60.50.217.77, Guest
4. Hari Valentine
Assalammualaikum.. Saya cuba nak buat sedikit penambahan untuk maklumam semua. Mengikut penjelasan dari Ustaz Ariff dalam kuliahnya, Hari Valentine diraikan kerana kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol yang mana St. Valentino adalah salah seorang yang bertanggungjawab. Mengambil sempena namanyalah Hari Valentine diraikan di seluruh dunia. Wallahu'alam.
Posted by ntah, on 15-02-2009 17:21, IP 202.184.124.12, Guest
5. solat
ustz,sy de sorg mmb,die xpnh solat seumur idop die,tp puase ble rmadan,tp ayh die g truk,xpnh solat n xpnh puase walhal da dkt umo 60,mk die mmg baik n byk wt ibadat..sy cube gak ajar die solt ngan wt bacaan solat dlm rumi sbb die kurg leh bce jawi...de x cdgn dr ustaz yg leh sy gtau die..
UZAR : Saya tak baca mesej sdr kerana terlalu banyak singkatan, biasanya saya delete sahaja terus. kali ini bagi peluang terbit
Posted by ayee, on 15-02-2009 10:22, IP 203.82.91.34, Guest
6. perayaan tahun baru cina dan hari gawai
assalamualaikum ustaz,
untuk pengetahuan ustaz, bapa ssaya adalah melayu manakala ibu saya asalnya adalah berbangsa cina dan masih lagi mempunyai adik bradik cina.bolehkah kami meraikannya bersama mereka (bertandang ke rumah mereka pada hari tahun baru cina) ? begitu juga dengan hari gawai yang diraikan oleh orang iban di mana ipar saya adalah berbangsa iban dan telah menganut agama islam? bolehkah kmk meraikannya ?
Posted by putera, on 14-02-2009 21:26, IP 60.49.10.97, Guest
7. musykil
salam ustaz..sy ada kemusykilan sedikit tentang seorang sahabat sy satu rumahtidak pernah solat langsung..sy ada juga tegur supaya solat bersama tetapi tidak diendahkan..adakah sy turut berdosa jika gagal membantu sahabat sy disebabkan berada satu rumah...apa perlu saya lakukan?
UZAR : Teruskan usaha mengajak mereka setakat yang mampu.
Posted by Ronin, on 14-02-2009 17:59, IP 60.50.155.121, Guest
8. komen
Assalamu'alaikum ustaz. Saya setuju dgn artikel ustaz ini. Namun saya ade persoalan pada sambutan perayaan yang lain yang spesifiknya adalah hari jadi. Kerana hari jadi ini asal usulnya adalah sambutan pagan. Jadi apakah hukum menyambut hari jadi?
Posted by Zainun, on 14-02-2009 02:02, IP 60.48.69.43, Guest
9. Berkongsi...
Ustaz dan rakan-rakan semua, ni ada artikel yang juga berkaitan dengan soal ini. Harap dapat membantu sedikit sebanyak : http://www.harakahdaily.net/
index.php?option=com_content&task=view&id=12326&Itemid=50
Ini pula antara kisah menarik berkenaan dengan soal ini juga :http://www.harakahdaily.net/
index.php?option=com_content&task=view&id=6446&Itemid=71
p/s: Ustaz, seperti yang saya tanyakan di ruang chat sebelum ini, saya ada 1 artikel (yang berkaitan dengan soal Hari Valentine ini) yang mahu saya taip dan kongsikan bersama rakan-rakan di sini. Tetapi, artikel itu agak panjang. Jadi, adakah saya perlu terus taipnya di ruangan komen ini, atau emel kepada Ustaz? Harap, Ustaz dapat maklumkannya ya.
- Zainun
UZAR : Tak mengapa, tak perlu hantar krn artikel berkenaan Valentine terlalu banyak, malah fatwa juga ada. Saya hanya sebutkan ringkasan shj.
Posted by aasyiq5, on 13-02-2009 19:59, IP 77.100.27.12, Guest
10. Arak kepada bukan Islam
Salam, Ustaz. Sekadar mahukan penjelasan. Berdasarkan hadis yang disebut dalam bahagian akhir artikel ni (menjual atau menghadiahkan arak kepada bukan Islam), jika kita mengalami situasi, diberikan hadiah sebotol arak (atau menang dalam pertandingan yang hadiahnya sebotol arak), maka adakah arak itu perlu dibuang atau adakah dibenarkan jika arak itu diberikan kepada golongan bukan Islam? Mohon penjelasan dari ustaz. Jzkk.
UZAR : Berdasarkan dalil dan kaedah Islam. Kita buang sebagaimana nabi arahkan pecahkan tong2 yang dimiliki oleh umat Islam ketika itu dan buangkannya. Mudarat arak bukan hanya terkena kepada umat Islam, malah juga orang bukan Islam. Ia adaah mabuk dan membawa jenayah tidak kira apa jenis bangsa dan agama si peminum itu.
Posted by san_bu, on 13-02-2009 10:42, IP 60.53.88.66, Guest
12. pendekatan 'win-win'
Ustaz, boleh tak kalau saya katakan, kita boleh join perayaan mereka atas dasar menghormati. Tapi bukanlah buat apa yang ternyata bercanggah dengan ajaran Islam especially yang berkaitan dengan ritual agama etc Sebab pokok pangkalnya pada hati. Kalau hati kita tak berubah, saya rasa tak ada masalah. Mungkin saya ada kawan baik berbeza agama dan adat.
Tapi sebagai menghormati kawan, saya tak menghalang apa yang menggembirakan dia dan tak terpengaruh dengan anutan dan kepercayaannya. Saya rasa dengan cara begitu, Islam akan dilihat lebih 'mesra' dan tiada tekanan. Ini mungkin membuka hatinya untuk mengetahui lebih lanjut tentang Islam kerana melihat akhlak dan keteguhan penganutnya.
Begitu juga valentine yang saya rasa semata2 hari meraikan kasih sayang. Tanpa perlu saya buat segala karut marut ritual mereka atau perkara2 yang dilarang dalam Islam mengenai hubungan lelaki dan perempuan. Saya anggap ia sebagaimana hari ibu, hari bapa etc Apa pendapat ustaz dalam hal ini? Salah tak pendapat saya jika saya katakan seorang muslim tu tak akan dengan mudah bertukar agama, hanya kerana menghadiri perayaan agama lain?
Posted by ahmad, on 13-02-2009 09:49, IP 219.95.106.62, Guest
13. Minta Pandangan
Assalamualaikum w.r.t
Katakanlah saya bekerja dikilang pembuatan kertas A4. Pada satu hari saya kena buat penghantaran/ attend complaint dari Kilang Carlsberg. Jadi terdetik di hati saya, bolehkah saya kerja kilang pembuatan kertas A4 ni sebab ia juga supply ke Carlsberg. Minta pandangan ustaz atau mungkin dah dikeluarkan artikel pasal perkara ini untuk saya rujuk.
UZAR : Boleh kerja di kilang kertas secara umumnya, wp adakalanya ia supply ke kilang carlsberg dalam salah satu bisnesnya.
Posted by aziz, on 12-02-2009 18:58, IP 203.121.40.10, Guest
14. MUSYKIL
assalamualaikum ustaz, baru 2 ini saya telah mendengar beberapa kwn saya yang memakai tali getah dileher yang mereka katakan mampu untuk mengembalikan tenaga. Sedihnya saya apabila mendengar perkara ini kerana, terang-terangan akan jatuh syirik jika mempercayai benda lain selain Allah SWT. apakah pandangan Ustaz akan perkara ini. walaupun org yang pakai itu pada mulanya menyerahkan kepada Allah, tanpa sengaja akan mengatakan rantai itu membawa kepada kekuatan/lesihatan kepada mereka.
Posted by Zainun Mat Deris, on 12-02-2009 10:41, IP 60.52.59.24, Guest
16. Soalan
Terima kasih Ustaz di atas perkongsian yang bermakna ini.
Moga-moga, umat Islam akan lebih prihatin kepada 'garam-garam' (dakyah) ini semua.
Kekadang, hairan juga saya dibuatnya. Soal ini sering sahaja berlaku, sedangkan penerangan tentangnya sudah pun agak meluas.
Ustaz, saya nak tanya.
Pada pemahaman saya, perayaan yang bersangkut dengan agama lain sememangnya adalah dilarang. Tetapi, bagaimana pula perayaan yang bersangkut dengan adat kaum-kaum tertentu (kaum yang tidak beragama Islam)?
Harap, Ustaz dapat memberikan pandangan.
Terima kasih.
- Zainun Mat Deris - Rahsia Clicbank Terbongkar!!! -
UZAR : Yang berkait dengan adat tidak mengapa dengan syarat tiada unsur yang haram di masukkan
Posted by ummi rohani, on 25-11-2008 17:00, IP 219.93.152.34, Guest
17. birthday celebration
Assalammualaikum w.b.t Ustaz, Anak saya telah dilahirkan pada tarikh 14 Feb 1996 bersamaan 24 Ramadhan 1417. Ketika kelahirannya ramai kawan-kawan yang datang menyatakan anak saya ialah anak kasih sayang. Setiap kali tiba ulang tahun kelahirannya saya akan pergi membeli kek dan pekerja di kedai kek mesti tanya " u mau valentine kek " dan cepat-cepat saya menyatakan saya mahu birthday kek.
Ada satu peristiwa saya celebrate birthday anak di KFC pada tarikh tersebut yang memang hari jadinya.Beberapa orang kenalan yang tidak tahu hari itu adalah hari jadi anak saya menyapa " hai, sambut valentine ke?".
Ustaz,tak salah kan saya meraikan hari jadi anak yang kebetulan tarikh kelahirannya sama dengan hari valentine? Harap dapat ustaz jelaskan. Terima kasih ustaz.
UZAR : Sambutan hari jadi adalah neutral dan bergantung kepada cara sambutannya. Jika sambutan itu disalah fahami sbgi sambutan valentine, maka hendaklah disambut secara tertutup di dalam rumah sahaja.
Posted by Jannah, on 18-03-2008 11:25, IP 211.25.51.1, Guest
20. ...
ustaz, blh ke saya nk buat sambutan harijadi anak saya?adakah harus atau makruh sbb takde dalam ajaran islam.
Saya sambut cuma nk tgkp gambar dan ada kngn bsama anak ketika dia setahun umurnya. bkn utk tujuan lain.adakah elok bt atau mengelakkan benda tu lagi afdhal?