Utama arrow Kewangan arrow Hukum MLM : Jawapan JAKIM
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom
Ruangan Iklan











Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 84 guests online
PDF Print
User Rating: / 44
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 04-03-2007 17:57
Views 22630    
Favoured 21

HUKUM MLM : JAKIM  MENJAWAB

Nama

mohd jamli.
E-Mail ?
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it .
Anda ingin komen tentang apa?
Hal Ehwal Islam
Aduan

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya berkenaan trend skim cepat kaya internet seperti em-pay, swiss cash dan lain-lain.
Apakah hukumnya dari segi syariah?

Kenapa tidak diwar-warkan di media massa oleh pihak JAKIM sekiranya perkara itu adalah haram bagi umat islam menyertainya.

Terima kasih.


Jawapan


Secara umum Multi Level Marketing adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah Upline (tingkat atas) dan downline (tingkat bawah), orang akan disebut Upline jika mempunyai Downline.

Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat vertikal atas bawah mahupun horizontal kiri kanan ataupun gabungan antara keduanya.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian.

Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah brokerage sebagaimana didakwa.

Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai.

Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya.




Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan.

Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu: 

1.  Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

2. Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM. 

3.  Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka..

Status
Selesai.
Nombor Rujukan
1/3/2007
Tarikh



          Nota:
          1. Aduan Awam ini akan diteliti dan dijawab oleh Pegawai Perhubungan Awam, JAKIM.
          2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu aduan sahaja.
          3. Jawapan yang diberikan adalah secara rasmi oleh pihak JAKIM kecuali dinyatakan sebaliknya.
          4. Borang ini mestilah menggunakan Browser Internet Explorer.

          RESPOND UST ZAHARUDDIN

          Sekrang telah keluar jawapn dari Badan berwajib. alhamdulillah. Jika inginbaa lanjut dan teliti tentang hukum MLM sila buka artikel yang telah saya keluarkan di

          http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=222&Itemid=72

          Anda akan dapati bahawa jawapan JAKIM kelihatan sama dengan jawapan saya. Ia menunjukkan mereka bersetuju dengan kajian saya juga. Alhamdulillah

Last update: 04-03-2007 17:57

Published in : Soal Jawab, Kewangan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (8) RSS feed comment
Posted by abu, on 03-01-2010 09:05, IP 203.82.80.82, Guest
1. mm
alhamdulillah,,..nasib baik saya dberitahu
 
» Reply to this comment...

Posted by aduka, on 31-07-2009 16:52, IP 60.51.164.126, Guest
2. Musykil
Y.Bhg. Uzar, 
Apa pendapat Ustaz tentang agen takaful yang konsep pemasarannya juga menggunakan konsep seperti MLM yakni agen takaful perlu merekrut agen yang baru dan mendapat keuntungan hasil jualan agen di bawah tajaannya. Harap dapat Uzar terangkan. Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by keliru, on 29-12-2008 17:17, IP 210.187.3.170, Guest
3. hukum menyertai uptrend
Salam. sy ingin brtanya tntg hukum menyertai MLM uptrend. adakah sistemnya tidak melanggar syarak? dgn jumlah jutawan yg luarbiasa dlm masa yg singkat, adakah ia tidak dianggap trlalu mudah & menepati ciri2 prniagaan brlandaskn islam?
 
» Reply to this comment...

Posted by core_ry, on 11-02-2008 22:28, IP 60.52.102.249, Guest
4. ...
slm ust! 
ust tlg bagi pendapat skit tntg Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bersesuaian dgn syara' ke x? 
sbb ramai org2 kg duk ambik benda tu, jd kesian jgk klu2 x bertepatan dan syara'. 
yg sy xfahamnya dia punya bayaran balik tu bertambah mengikut jumlah yg kita pinjam, klu ambk bnyk, yg kononnya bayaran perkhidmatan tu bnyk la kena byr. 
lagumana tuh ust? 
plzzz.... ust 
:grin  
 
UZAR : MAAF, SAYA JUGA TIDAK PASTI DAN TIADA MASA UNTUK MENYEMAKNYA
 
» Reply to this comment...

Posted by hamdan, on 20-01-2008 13:35, IP 60.52.103.243, Guest
5. ...
alhamdulillah.....sejak saya membaca artikal-artikal dalam laman ini, saya dapat mengetahui banyak perkara sebagai contoh isu MLM. 
saya harap ustaz dapat menghuraikan lebih banyak lagi isu-isu yang berkaitan dengan halal haram.
 
» Reply to this comment...

Posted by hasyim, on 12-01-2008 18:27, IP 60.52.98.240, Guest
6. ...
Ustadz, sebenarnya saya ingin pendapat ustadz terhadap jenis MLM yang ada dan nampak lebih dekat pada syariat islam. Tidak semua orang bisa menyimpulkan apa-apa yang ustadz persyaratkan sebagai jenis-jenisMLM islami. Atau apakah dalam pandangan ustadz, semua MLM belum ada yang sesuai syariat ?
 
» Reply to this comment...

Posted by HPA GENG, on 05-12-2007 19:57, IP 60.52.99.178, Guest
7. ...
APA CERITA DENGAN HPA UZAR? HPA ADA MATLAMAT TERSENDIRI UNTUK UMAT ISLAM DAN ISLAM ITU SENDIRI?
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Khairul Amin Kamarudin, on 06-11-2007 18:30, IP 60.52.97.83, Guest
8. ...
Saya berasa ragu dengan sistem MLM yg diperkenalkan oleh SYN Lampe Berger Sdn. Bhd.  
 
Ia memerlukan ahli membayar rm2500 untuk menjadi ahli. Skim ini semakin menular dikalangan masyarakat islam terutamanya anak-anak muda. Dengan itu saya berharap agar ustaz dapat meniliti sistem yang dijalankan oleh syarikat SYN Lamp Berger.  
 
Saya memerlukan fakta bagi mengelak rakan-rakan saya dari terlibat dalam ektiviti syarikat itu sekiranye ia haram di sisi syariah. 
 
ADMIN ; SILA RUJUK ARTIKEL BERKENAA, SILA GUNAKAN SEARCH
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom