Utama arrow Perbankan & Insuran arrow Insuran Konvensional Tapi Dilabur Secara Islam?
PDF Print
User Rating: / 49
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 05-03-2007 08:39
Views 22370    
Favoured 56

Hukum Insuran Konvensional

Dan Pelaburan Islam

SOALAN

Assalamualaikum ustaz,

Saya tercari2 artikel @ soal jawab mengenai hukum insurance tapi tak jumpa. Walaupun saya banyak dengar pendapat tentang insurans haram, namun saya perlukan pendapat dari ustaz yang lebih pakar dalam hal ini dari sudut teknikal/syariah.

Apakah hukum insurans sebenarnya? Apakah syarikat xxxxxx sbg contoh, melaburkan sebahagian premium ke dalam dana berlandaskan syariah boleh dianggap islamic? Atau boleh ustaz simpulkan supaya saya dapat memulakan pelaburan yg diredhai Allah.

Terima kasih.

Budiman Abd. Rahman.

JAWAPAN UST ZAHARUDDIN

Memang terdapat ulama yang mengatakan insuran halal, tetapi di ketika wujudnya Takaful, pandangan minoriti itu tidak lagi boleh dipakai Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang lebar oleh para ulama' tertutamanya di kalangan ulama' Timur Tengah. Oleh kerana sistem Insuran ini suatu ciptaan yang dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666 m di London, sistem ini hanya menembusi dunia Islam Arab hanya sekitar 1830 M1. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat thn 1836 m @ 1252 H) Beliau merupakan fuqaha' ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yang mengeluarkan fatwa berkenaan Insuran. (Hasyiah Ibn ‘Abidin, Jilid 4, hlm 170)

Insuran Konvensional :

Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) dan termasuk dari kalangan Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu'awadat Maliah). Dimana ia mewajibkan syarikat Insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan @ musibah yg telah ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar-kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum. [1]

Kontrak Insuran ini mengandungi ciri-ciri berikut :

1. Redha di kedua-dua pihak (iaitu syarikat Insuran dan Pencarum). Ia ibarat satu kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ijab & qabul.

2.  Pihak yang memberi insuran ; Iaitu pihak syarikat Insuran.

3. Pencarum; iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat penjanjian dengan syarikat Insuran.

4. Yang menerima manfaat ; Iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.

5. Kebahayaan @ musibah ; Iaitu jenis-jenis musibah @ kemalangan yang diandaikan yang ditentukan di dalam kontrak, seperti kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan lain-lain.

Bentuk Insuran ini adalah seperti :- Insuran Terhadap Musibah Menimpa Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain-lain), Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain-lain.

SALAH SATU SEBAB UTAMA INSURAN KONVENSIONAL MENJADI HARAM ADALAH RIBA

Ia adalah satu perbincangan ‘ilmiah dan sebenarnya memerlukan ‘basic knowledge' tertentu yang agak kukuh untuk memahaminya dengan sempurna, bagaimanapun penulis akan cuba memudahkan dalil-dalil ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan pembaca. Selebihnya perlulah pembaca melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan Takhassus Fiqh di Universiti-universiti  bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut :-

a) Pembahagian kepada Aqad Mu'awadat (Pertukaran) & Tabarru'ah (Derma @ Sumbangan)

b) Riba & pembahagiannya

c) Syarat jual beli dalam Islam.

Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, Insuran konvensional ini adalah haram kerana terdapat Unsur Riba yang jelas di dalamnya. [2]

Huraian :- Riba jelas wujud, apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum) berbalas wang (dari syarikat) dengan jumlah yang berbeza, padahal wang merupakan item ribawi (usurious items) sebagaimana enam (6) item yg telah disebutkan Nabi di dalam hadithnya.

Nabi SAW telah mensyaratkan dengan jelas dan terang, apabila bermu'amalah di antara dua item ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang RM dari pencarum dengan wang RM dari syarikat insuran), ia mestilah terikat dengan syarat:

a. Sama Nilai (mathalan bi mathalin)

b. Diserahkan di ketika mu'amalah di lakukan. (yadan diyadin)

Syarat ini bersumber dari hadith :

" Jangan kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain.." ( Al-Bukhari & Muslim)

" Jangan kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama..(Muslim)

Maka setiap perbezaan nilai (dalam item ribawi) di anggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail). Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza maka berlakulah Riba al-Fadl ini. Iaitu TIDAK ADA KESAMAAN NILAI DALAM URUSNIAGA DUA ITEM RIBAWI.

Manakala pembayaran bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi'ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dlm al-Quran. Dalam hal insuran sudah tentulah berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah barulah akan dibayar jumlah tertentu. Inilah dinamakan Riba An-Nasiah. Prof. Dr Muhd Baltaji ( ulama besar di Univeristi Al-Qaherah - telah meninggal dunia)  menjelaskan bahawa kontrak insuran ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah ini. Beliau juga menegaskan bahawa mana-mana hujah untuk lari dari anggapan riba ini adalah suatu helah yg tidak sah menurut pandangan syarak  [3]. Justeru Insuran mempunyai kedua-dua jenis Riba.

Walaupun adakalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan dari carumannya bahkan hanya untuk merasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap Riba. Zahir urusniaga insuran tadi cukup untuk mengkategorikan ia sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung). Berapa banyak kes yang telah ditemui, terdapat individu yang sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi bagi meraih wang insuran, pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insuran bernilai jutaan RM dan lain-lain.

Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman tersebut diperniagakan oleh syarikat insuran konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah), atau mana-mana syarikat yang bermu'amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang tadi. Malah lebih teruk kiranya, syarikat insuran meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak, judi dan lain-lain.

SEBAGAI KESIMPULAN RINGKAS HURAIAN BAGAIMANA INSURAN KONVENSIONAL MENJADI HARAM ADALAH

Jawabnya, aqad adalah perkara utama yang diubah dalam hal ini. Insuran konvensional menggunakan aqad pertukran milik harta (Aqad Mu'awadat Maliah) yang mana ia menyebabkan ia dikira sebagai aqad jual beli. Maka sebagaimana yang perlu kita fahami, aqad jual beli memerlukan kejelasan dalam :

•1)     Penjual

•2)     Pembeli

•3)     Benda yang dijual

•4)     Harga

Dalam konteks insuran konvensional ia seperti berikut :-

Penjual : Syarikat insuran

Pembeli : Pencarum

Benda yang dijual : Jaminan kewangan jika terhadap musibah tertentu.

Harga : RM xxx setahun.

Dari empat rukun jual beli tersebut syarikat Insuran mempunyai masalah dalam bab benda yang dijual. Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang RM dengan RM. Ketika itu ia sepatutnya menuruti syarat yang telah ditetapkan oleh Baginda SAW iaitu serah terima dan jumlah yang sama. Bagaimanapun, hal ini sudah tentu tidak akan berlaku, kerana :-

  • a) Si pembeli (pencarum) akan meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah RM jaminan itu pula hanya akan diberikan kemudian. Ini menyebabkan para ulama menganggapnya sebagai Riba Nasiah.

  • b) Si pembeli juga tidak tahu beraparakah nilai jaminan yang bakal diperolehinya. Walaupun nilaiannya telah dinyatakan dalam skim insuran ini, tetapi keperluan aqad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapakah nilai yang akan diperolehinya. Maka sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia di anggap ‘Gharar'. Malah gharar juga dari sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperolehi benda yang dibelinya.

  • c) Ia dianggap judi pula, kerana ia mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperolehi sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.

Pengharaman Insuran Konvensional ini tekah disepakati oleh para ulama antaranya :-

a. As-Syeikh Al-Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836 M)

b. As-Syeikh Al-Imam Muhd Abu Zuhrah (Meninggal tahun 1972 M, Prof Syari'ah di Univ. Kaherah, dianggap ulama' terulung dlm Ilmu Fiqh)

c. As-Syeikh Al-Imam Muhd ‘Abduh (menurut qawl yg lebih shohih)

d. As-Syeikh Muhd Bukhait al-Mut'ie (Bekas Mufti Mesir, meninggal 1935 M )

e. As-Syeikh Al-Allamah Ahmad Ibrahim al-Husayni (Fuqaha' terulung Mesir & dianggap mujaddid Fiqh Mesir)

f. As-Syeikh Najm al-Din al-Wa'iz (Bekas Mufti Iraq)

g. As-Syeikh Muhd al-Ahmadi al-Zawahiri (Bekas Syeikh al-Azhar)

h. As-Syeikh Salim Matar al-Bisyri (Bekas Syeikh al-Azhar)

i. As-Syeikh Hasunah an-Nawawi (Bekas Syeikh al-Azhar)

j. As-Syeikh Abd Rahman Mahmud Qara'ah (Bekas Mufti Mesir)

k. As-Syeikh Prof. Dr Yusoff al-Qaradhawi (Ulama' dan Da'ie terkemuka di dunia Islam hari ini, Prof. Syarih di Univ. Qatar)

l. Prof. Dr. Muhd Ali Salus (Prof. Fiqh di Univ. Qatar)

m. Prof. Dr. Muhd Othman Syabir (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Qatar)

n. As-Syeikh Prof. Dr Muhd Baltaji (Prof di Univ Kaherah kini, di anggap Fuhaqa' teralim di ketika ini)

o. As-Syeikh Dr. Abdullah al-Qalqili (Bekas Mufti Jordan)

p. Prof. Dr Muhd Sulaiman Asyqar (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Ulama' terkenal di Jordan kini)

q. Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof. Di Univ. Damshiq Syria, Ulama' terkenal di dunia)

Perlu diingat bhw beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan para ulama' terulung di seluruh dunia di beberapa kali diadakan, Kontrak Insuran juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara muktamar yg telah dilaksana :

1. Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi.

Insuran adalah salah satu topik perbincangan mrk. Keputusan mrk adalah INSURAN JENIS PERNIAGAAN (KONVENSIONAL) ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba & Gharar.

2. Majlis Kesatuan Ulama' Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi. Keputusan : Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.

3. Majma' al-Fiqh al-Islami al-‘Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis Perniagaan HARAM samada ke atas Barangan Perniagaan , Nyawa dan lain2 drpd jenis harta.

4. Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' al-Fiqh al-Islami) sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan.

Majma' Fiqh juga secara ijma' mengharuskan insuran jenis kerjasama (ta'awuni) dan mencadangkan ia sbg alternatif insuran perniagaan dan diseru seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing.

Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada pandangan kumpulan kecil fuqaha'. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi individu biasa bg menfatwakan sebaliknya setelah diulas sebegitu

 

PELABURAN ISLAM DENGAN DUIT INSURAN KONVENSIONAL

Adapun soalan berkenaan dengan dana yang terkumpul oleh syarikat insuran itu serta di laburkan ke pelaburan Islam serta mempunyai penasihat Shariah. Bagi saya, telah saya jelaskan bahawa sebelum melabur kita kena melihat terdahulu cara duit terkumpul itu dahulu, samada sah atau tidak dari sudut Shariah. Maka dalam hal ini, syarikat insuran konvensional mengumpul duit itu dengan cara yang tidak sah, justeru tatkala itu, pelaburan Islamnya juga tiada banyak ertinya menurut Islam. Ia tidak dapat lari dari syubhat, ini kerana mungkin terdapat wang dari hasil selain kumpulan wang insurannya disertakan bersama. Wallahu 'alam. 

Analogi mudah, seorang yang mencuri duit dan kemudian melaburkannya di dalam pelaburan Islam. Tatkala itu, tiada ertinya lagi pelaburan Islamnya itu. Hanya mengurangkan sedikit dosa sahaja. Kerana jika ia melabur di tempat haram, maka dosanya akan berganda kerana 1) curi 2) Melabur tempat haram.

Sekian

Ust Zaharuddin

5 Mac 2007

15 Safar 1428


 


[1] ‘Uqud at-Takmin, Dr. Jamal Hakim, Jld 1, hlm 33

[2]  Rujuk Al-Mu'amalah al-Maliah, Dr Uthman Syabir, Dar al-Nafais, cet ke 4, hlm 118 ; Fiqh al-Islami wa adillatuhu, Dr. Wahbah Az-Zuhayli, Jld 5, hlm 3423

[3] Rujuk ‘Uqud at-Takmin, hlm 111

Last update: 09-03-2007 12:19

Published in : Soal Jawab, Perbankan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (30) RSS feed comment
Posted by ingin tahu, on 05-07-2010 21:12, IP 202.184.49.18, Guest
1. insurans uni asia life
Salam... ustaz, boleh ustaz trgkan ttg insurans dari uni asia life assurance terutama produk uni guaranteed cash dan uni guaranteed plus... sbb ada org twrkan sy produk ini dan mdakwa ianya islamik...
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Muhammad Faizal Ab Razak, on 04-06-2010 14:27, IP 115.135.196.237, Guest
2. Ingin kongsi Ilmu
Salam tuan saya ingin meminta kebenaran menggunakan artikel ini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohamad, on 05-05-2010 15:58, IP 203.82.80.70, Guest
3. hukum insurans kelompok utk pekerja
Salam UZAR, 
 
Apa hukumnya saya mngambil manfaat i.e. bil hospital,klinik dll daripada perlindungan insurans konvensional yg disediakn oleh pihak syarikat kpd pekerjanya dimana pekerja tidak keluarkan wang utk insurans tersebut? 
 
Mohon penjelasan.Jzkh
 
» Reply to this comment...

Posted by burhan, on 05-05-2010 14:32, IP 198.105.65.197, Guest
4. mr
Assalamualaikum Ustaz, 
Jika majikan kita menyediakan Group Term Life Insurance atau pun Group Personal Accident melalui insurance conventional, adakah pampasan yang diterima juga dikira haram untuk digunakan? Jika ya, apakah tindakan sebaiknya sekiranya kita (atau family yang tinggal) menerima wang pampasan tersebut. 
 
Didahului dgn terima kasih untuk penjelasan.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Insan, on 26-03-2010 19:29, IP 218.111.248.117, Guest
5. Terima kasih
Alhamdulillah..:) 
terima kepada UZAR diatas artikel tersebut.. 
secara tak langsung memberi saya jalan untuk menceburi bidang penjualn produk Takaful,yg mna sblum nie sy hampir2 mnyertai slah sbuah syarikat insurance yg tida lesen takaful...sgala puji2an dn syukur kpd Allah s.w.t krn sntisa memberi petunjuk kpd hamba2Nya yg sntiasa beserah meminta petunjuk dariNya..Amin.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by tini, on 23-03-2010 20:09, IP 60.52.110.133, Guest
6. Slm
ustaz...sy ada ambil amcash21 sbb kwn sy (agen) kata produk ni halal n bagus. Potongan rm217/sbulan. Genap 3thn sy dapat bonus 8% (2,400) tp polisi sy xdpt lg...baru2 ni sy da dapat polisi amcash ni dan dapati produk ni bukan under amislamic..sy cari mklmt kt intrnt n tgk kt daganghalal.com amcash ni bukan dlm senarai pbankn yg halal. sy pun mengambil keputusan utk mbatalkan produk ini. sekiranya sy dapat refund kurang dari potongan gaji yg telah dbuat (rm217x3thn 4bln=rm8,680)..contohny refund sy dapat rm3000...boleh ka sy menganggap bonus rm2400 tu sebagai wang sy sendiri n bukan bonus dr plaburan. Sedangkn sy sudah rugi rm3280.(8680-(3000+2400)=3280. Apakah hukum duit bonus itu?
 
» Reply to this comment...

Posted by Huzaif, on 19-01-2010 21:37, IP 180.72.52.52, Guest
7. ...
Balik pada topik asal, "Allianz Insurance yang berlandaskan konsep shariah". 
 
A bit misleading. Shariah dalam industri insurance dan takaful adalah konsep akad janji dalam menjalankan perkongsian risiko. Dalam hal ini, konsep perkongsian risiko dalam Allianz masih lagi konsep Insurance dan bukan Takaful.  
 
Beza insurance konvensional dengan Insurance berkait pelaburan adalah interest yang dikenakan jika premium tidak dibayar. Ini dipanggil APL atau automatik premium loan yang mana bila ada interest, yakni Riba, maka ianya sudah lari dari konsep Islamnya.  
Insurans atau takaful dengan kata laina sepatutnya membantu dan bukan menekan.  
 
Apabila kita mengambil polisi insurance berkait pelaburan, unsur - unsur riba ini sudah tiada dimana tiada APL dikenakan jika kita tidak membayar premium. Kos insurans akan ditolak dari baki simpanan kita dalam bahagian akaun pelaburan. Jika masih ada baki, insuran masih aktif. Jika tak ada baki, ianya akan auto lapse. 
 
Balik pada pelaburan, jika ianya dilaburkan dalam unit unit saham amanah biasa, ianya bercampur. Contohnya saham equity, mungkin ada syarikat yang berlandaskan shariah seperti Telekom, TNB dsbnya dan mungkin juga termasuk sekali Genting Hotel, Guiness dan sebagainya seperti bila kita simpan duit dalam ASB. Saham Amanah yang diperakui tiada percampuran ini akan diklasifikasikan dibawah saham syariah.... 
 
 
Wallahualam.
 
» Reply to this comment...

Posted by noree, on 19-01-2010 16:22, IP 115.133.144.162, Guest
8. terlanjur ambil konvensional insurans
Salam, Ust, saya telah tersilap mengambil insurans konvensional semenjak 2005 lagi kerana telah diterangkan oleh agen bhw insurans tersebut adalah islamic insurans. Namun saya dapati insurans tersebut adalah konvensional insurans tetapi dilaburkan simpanannya di dalam islamic fund. Masalahnya ustaz, saya telah terlibat dengan kemalangan di tempat kerja dan mengalami fracture di kaki kanan.Insurans terbabit telah membiayai segala kos perubatan tersebut. Saya telah berazam untuk mengambil takaful insurans, namun telah dimaklumkan bahawa mana-mana insurans atau takaful insurans tidak akan membiayai apa-apa tuntutan atau rawatan ke atas kemalangan akan datang (sekiranya berlaku)ke atas kaki yang sama.Dengan kata lain, saya tiada pilihan selain daripada menggunakan insurans terbabit. Adakah apa-apa alternatif yang boleh menyucikan keterlibatan saya dalam konvensional insurans. Adakah dengan bersedekah @ mengeluarkan zakat dapat menyucikan dosa tersebut.
 
» Reply to this comment...

Posted by abu fathi, on 21-11-2009 13:04, IP 115.132.9.202, Guest
9. keliru.
salam ustaz,saya nak bertanya: 
 
1)rakan saya mengajak menjadi ejen takaful prudential masalahnya ialah 1)Ejensi yang ia bernaung adalah ejensi Bumiputra terbaik dalam Prudential,tetapi boleh promote kedua-dua sekali samada Takaful atau Insuran,itu yang kepala saya bercelaru. 
 
2)Jadi dari segi pendapatan adakah halal atau tidak kiranya,mendaftar atas nama ejensi itu(Prudential)sedangkan dalam masa yang sama hanya mempromote produk Takaful sahaja.Maksud saya Prudential yang beri komisen,bukan Takaful Prudential Bsn yang beri. 
3)Apa yang saya paham dari ejen itu kata,ejen Takaful Prudential Bsn bole jual takaful saja dan ejen Prudential bole jual kedua-dua produk. 
 
Boleh ustaz beri ulasan sedikit,syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by Badiu'zzaman Fahami, on 18-10-2009 01:20, IP 60.49.61.94, Guest
10. Reinsurane
assalamualaikum.. 
ustaz saya da beberapa soalan.. 
1. apakah pandangan ulama tentang syarikat takaful yang menjalankan reinsurance.? 
2. apakah asas yang digunakan oleh ulama terhadap ulasan tersebut.? 
 
saya harap ustaz dapat memperjelaskannya dengan lebih terperinci
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad, on 13-08-2009 10:02, IP 60.49.244.226, Guest
11. Takaful adalah cop halal?
Assalamualaikum UZAR, 
 
saya ada polisi insurans MCIS Zurich. saya keliru bila diberitahu insurans yang tiada perkataan takaful adalah konvensional krn ejen MCIS beritaahu saya bahawa MCIS mempunyai panel syariahnya sendiri dan salah satu anggotanya adalah mufti terengganu. harap UZAR dpt beri penjelasan. 
 
UZAR : Sila buka artikel berkenaan MCIS di web ini, gunakan carian
 
» Reply to this comment...

Posted by azimah, on 06-08-2009 14:19, IP 60.52.41.215, Guest
12. kurnia
ustaz, kurnia insuran konvensional ka? 
 
UZAR : di malaysia, apa sahaja insuran yang tidak bernama Takaful , adalah haram dna konvesnional. Nama takaful itu, adalah seperti cop halal oleh kerjaan
 
» Reply to this comment...

Posted by razif, on 30-07-2009 21:16, IP 118.101.152.4, Guest
13. Investment-link insurance
salam, 
 
maaf ya... saya pastekan lagi skali 
 
http://www.islamonline.net/ LiveFatwa/English/Browse.asp? hGuestID=eWH655
 
» Reply to this comment...

Posted by razif, on 25-07-2009 20:53, IP 118.100.114.41, Guest
14. Investment-Link Islamonline.net
Salam Ustaz, 
 
Saya ada terbaca dalam web islamonline.net ttg pertanyaan seorang muslim ttg investmentlink insurance. Apa yg saya paham hukumnya adalah harus jika pelaburannya adalah Islamic. Saya paste kat sini link nye... 
 
http://www.islamonline.net/ LiveFatwa/English/Browse.asp? hGuestID=eWH655 
 
soalan dari Simmi 
 
Harap UZAR tolong komen
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by hisma, on 29-06-2009 10:53, IP 60.54.17.220, Guest
15. islamic takaful??
salam ustaz, saya mengambil insurans dengan syarikat takaful ikhlas, adakah ianya benar2 menurut syariah islam yang betul? sebab main shareholder adalah MNRB, yang mana penanggung insurans konvensional yang terbesar. 
 
UZAR : Takaful ikhlas ada pensaihat syariah luar dan dalam bagi memastikan ia patuh shariah. Berkenaan main shareholder tu, sila baca jawapan di sini. modal kotor takaful dan bank Islam?
 
» Reply to this comment...

Posted by abu bakar, on 26-04-2009 12:30, IP 60.52.42.64, Guest
16. Takaful pun bagi pampasan tidak setimpal
Jadi apa beza unsur riba dalam takaful...?mcm yang Ustaz kata pampasan yang diterima tidak setimpal dengan wang sumbangan yg telah dibayar oleh peserta... tapi apa yang saya lihat, takaful juga memberi pampasan yang tetap + jumlah pelaburan yg ada walaupun peserta baru membayar sumbangan 2 bulan...
 
» Reply to this comment...

Posted by faizal, on 18-02-2009 14:09, IP 60.48.65.113, Guest
17. boleh ustaz jawab komen pertama
Great Eastern ade dua dana islam..pertama dana restu(market share) dan dana sejati(bond).persoalannya ustaz adakah haram sekiranya kita melabur dlm dana tersebut..tujuan untuk persaraan. 
 
UZAR : Jika ia diluluskan patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti, then it is ok
 
» Reply to this comment...
» See all 3 replie(s)

Posted by Mohd, on 28-11-2008 04:26, IP 202.190.152.61, Guest
18. Insuran Invesment link Great Eastern(GE)
1)Sy pemegang polisi spt di atas.dana yg dilaburkan 100% ke dana restu dan dana di kawalselia oleh bank islam.terdapat panel syariah keatas dana tersebut.Hasil dr pertanyaan di agensi ttg tertubuhnya dana restu tersebut.Jawapannya, dana restu ditubuhkan bukan dari duit terkumpul dr GE ttp GE telah membuat pinjaman dgn Bank Islam.Tidak ada campur duit haram di situ. 
 
2)Spt yg sy fahami insuran konvensional bersifat jual beli(konsep hangus).mengenai insuran invesment link tidak spt jualbeli.duit yg di simpan boleh dikeluarkan bila cukup tempoh. 
 
Soalan :- 
1)Apakah pandangan ustaz ttg insuran jenis ini? 
2)Adakah ia haram disebabkan GE tiada lesen takaful?
 
 
:? :?
 
» Reply to this comment...

Posted by rubita_71@yahoo.com, on 21-11-2008 17:29, IP 194.80.178.1, Guest
19. ...
my hubby adalah agent Prudential BSN Takaful. Saya sebenarnya amat takut jika product yang dijual adalah haram coz hasil yang dicari menjadi darah daging kita. sAYA memang dah check status insuran ini dengan bank negara. Soalan saya adakah saya patut berpuas hati setakat itu sahaja ? ataupun saya kena selidik sampai ke lubang cacing darimana pelaburannya , punca pendapatannya dan apa2 lagi sedangkan bank negara telah menyenaraikan ianya salah satu insuran yang islamik ???? harap ustaz dapat respond... t.kasih 
 
UZAR : Mereka dah ada pensaihat shariah yang bertanggungjawab justeru ia ok
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by padeli594, on 13-10-2008 23:20, IP 194.80.178.1, Guest
20. ...
salam ustaz....sy amik insuran kesihatan dengan ambank, produk tu adalah amcash guarantee 21, masalahnye,sy d beritahu bahawa ianya islamik tp bila sy tgk senarai bank islam, tiada plak ambank tp am islamik bank ada la. mohon penerangan ustaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by fida, on 08-05-2008 23:05, IP 60.52.99.192, Guest
21. ...
salam ustaz.. 
syukran sgt kerana byk kongsi ilmu dlm website ni.saya ade sdkit soklan.hrp ustz dpt membantu. 
 
saya nk tny..kapital sesebuah bank tu..klu dia adalah anak syarikat kpd syarikat yg diragui sumber hasil kapitalnya,adakah terjejas 'kehalalan' kapital anak syarikatnya itu? 
 
eg:-etiqa takaful bwh maybank.maybank tu bank konvensional tp ada islamic banking di dlmnya..so bagaimana nya? 
harap ustaz dpt menjawab soklan sy.. 
 
terima kasih=)
 
» Reply to this comment...

Posted by iskanda zulfkar, on 07-03-2008 17:54, IP 60.52.98.104, Guest
22. ...
Salam Ustad,  
izinkan saya utk bertanya satu soalan yang ada persamaan dengan syarikat insuran konvesional dengan produk pelaburannya dengan Public Mutual yang menggunakan sijil pengesahan dana syariah atau"complied dana syariah" bagi meluluskan penjualan saham-saham islam mereka untuk mengaut keuntungan dari pelabur-pelabur islam. 
Apakah hukum dari dari sudut agama memandangkan Public Mutual tadi juga ada dana konvesional yang jelas mungkin profitnya juga bercampur dengan dana yang tidak mengikut syarak islam. Sekian Wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by arie_yana88@Yahoo.com.sg, on 24-02-2008 21:53, IP 60.52.96.176, Guest
23. ...
:) hem terima kasih memberi penerangan tetang insurans kovensional. Boleh saya tahu bagaimana perbezaan Insurans Islam dengan kovensional dengan lebih terperinci?
 
» Reply to this comment...

Posted by mcwa, on 14-02-2008 23:21, IP 60.52.98.159, Guest
24. ...
ustaz 
kenapa majlis fatwa kbgsaan tidak mngeluarkan ftwa terbaru bg menjelaskan haramnye ins konvensional bg umat islam di malaysia? 
 
UZAR : MAAF, ITU KENA TANYA MAJLIS FATWA LE YE 
 
» Reply to this comment...

Posted by Shahmuzir, on 01-02-2008 11:23, IP 60.52.98.134, Guest
25. ...
Saudara Razak, 
Artikel UZAR kat atas ni dapat menjawab persoalan tuan. Pelan insurans Prudential yang dananya dilaburkan ke kaunter menepati syariah adalah salah satu contoh kepada maksud artikel di atas. Panel syariah mereka hanya memastikan pelaburan pelan tersebut dan bukannya memastikan ketepatan syariah keseluruhan pelan insurans tu. 
 
waAllahu ta'ala a'lam. 
 
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR 
www.takafulonline.net
 
» Reply to this comment...

Posted by Razak, on 11-01-2008 12:12, IP 60.52.96.76, Guest
26. ...
Apakah hukum membeli insuran Prudential yang mereka dakwa mengikut syraiah? Adakh betul ia mengikut syraiah?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by neo_snip4@yahoo.com.my, on 14-12-2007 08:59, IP 211.25.130.42, Guest
27. ...
saya tertarik dgn komen ustaz. insuran konvesionl adlah haram. mengikut rujukan majlis para ulamak sebelum tahun 1985 lagi. ada tak keputusan majlis ulamak yng terbaru? 
 
saya sedikit tersinggung kerana tn. ustat masih mempraktikkan keputusan yang telah dibuat oleh para ulamak dahulu. saya tidak menafikan kesahihannya ins. konv. dahulu adalah haram. tetapi bagi pandangan saya yg tak pandai ini ins. konv. telah pun menggunakan kaedah islam malah menggunakan nama takaful seperti MAA takaful, Prudential Takful, HSBC Takaful, Hong Leong Bank Takaful, dan banyak lgi adakah ustat tahu hal itu. 
 
saya tertarik dengan pandangan ini, ~~syarikat insuran konvensional mengumpul duit itu dengan cara yang tidak sah, justeru tatkala itu, pelaburan Islamnya juga tiada banyak ertinya menurut Islam~~. 
 
soalannya adakah syt ini tetap HARAM???. satahu saya semua syt insuran mahupun takaful diluluskan oleh BNM. Adakah apabila menggunakan istilah Takaful mereka menjadi HALAL?? 
 
 
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by neo_snip4@yahoo.com.my, on 14-12-2007 08:57, IP 211.25.130.42, Guest
28. ...
Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi.  
 
Insuran adalah salah satu topik perbincangan mrk. Keputusan mrk adalah INSURAN JENIS PERNIAGAAN (KONVENSIONAL) ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba & Gharar.  
 
skrg ni takaful Nasional dibawah Mayban Forties menggunakan nma bru etiqa. mayban forties ni anak syt MBB. so MBB labur kat mane? untuk sponsor etiqa? 
 
Takaful Iklas anak syt MRB Malaysia Reinsuran Berhad ia merupakan penaggung terbesar semua syt Insuran Konvesinal mahupun Takaful bagimana pulakk? 
 
Takaful Malaysia anak syt BIMB, BIMB dibawah PNB bagaimana pulk? dimna PNB Melabur? 
 
saya minta maaf bnyak-banyak, saya betul betul keliru? sbb skrg ni saya ada 4 polisi 2 takaful 1 lagi konvesional, 1 ins. koperasi MCIS. 
 
KOMEN UZAR : ANDA BUKAN SAJA KELIRU TAPI JUGA TAK FAHAM. JUSTERU DINASIHATKAN CARI DAN BACA PERBEZAAN INSURAN DAN TAKAFUL DI WEB INI. SELAMAT MEMBACA
 
» Reply to this comment...

Posted by amin, on 25-09-2007 11:33, IP 58.139.249.66, Guest
29. ...
insuran konvensional dikategorikan dalam sejenis perniagaan dan sistemnya berasaskan riba' walaupun duit itu dilabur di dalam saham syariah. Keharamannya adalah disebabkan sistem insuran konvensional itu sendiri.
 
» Reply to this comment...

Posted by mohdakhmal82@yahoo.com, on 30-08-2007 07:39, IP 58.139.249.66, Guest
30. ...
askum tuan.sy seorg agent insuran hayat & pelaburan syarikat tempatan.pemiliknya seorg islam dan rata2 eksekutif & ceo dan pemegang saham adlh org islam.apakah yg dimaksudkan ciri2 produk yg dikategorikan haram kerana sy byk menjual produk yg berasaskan pelaburan(invesment link) dan dana yg sy pilih adlh dana islamic.adakah syarikat yg tidak ada perkataan takuful adlh semua produknya haram?
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom