Utama arrow Lelaki & Wanita arrow Bertudung & Bercakap Sambil Hina Hukum
PDF Print
User Rating: / 82
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 28-04-2007 08:08
Views 27931    
Favoured 36

Bertudung & Ungkapan Hina Hukum?

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jadilah Wanita Solehah

"Tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan, cuma kami pandang lama je la ?" tanya seorang pemuda berumur 35 tahun kepada saya sambil tersenyum-senyum selepas dia merenung wanita berskirt di hadapannya.

Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari sikap sebahagian umat Islam hari ini mengambil ringan tentang hukum Islam.

Berkenaan larangan melihat kali kedua kepada aurat ini diriwayat dalam beberapa buah hadith, antaranya hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.

Demikian juga kata Baginda SAW kepada Ali KW :

لا تتبع النظرة النظرة , فإنما لك الأولى وليست لك الآخرة

Ertinya : "Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu ( diampunkan) dan tidak bagi yang kedua" ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani : Hasan)

Artis & Lawak Hukum

Lebih teruk lagi terdapat artis Malaysia yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti ‘MashaAllah' dan ‘InshaAllah' serta ‘Allahu Akbar' dalam lakonan lawak mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang melucukan. Ini amat jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal. Moga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Demikian juga dengan ucapan alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media.  Atas nama seni dirasakan tindakannya halal. Pada hakikatnya jika lakonannya itu penuh dengan adegan ‘peluk sana sini' dan ‘dedah sana sini', maka di ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia adalah seni ‘fasad' yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan ungkapan mulia Islam.

Ketika itu, kemenangan mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan sedemikian adalah satu bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam di tempat yang tidak sewajarnya.  Seolah-olah seorang yang ingin merompak membaca 'Bismilah' ketika memulakan rompakannya dan mengucapkan ‘Alhamdulillah' apabila berjaya terlepas dari kejaran polis, atau menyebut ‘Alhamdulillah' di dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan "alhamdulillah" apabila menyelesaikan minumannya.

Menurut kaedahnya, semua ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta lafaz  mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk menghina lafaz mulia itu.

Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan bahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia boleh membawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)  

Hina Islam, Bertudung & Bermaksiat Lebih Besar Dosa

"Amat memalukan la ustaz, saya baru jumpa satu video yang tunjukkan pasangan melayu ditangkap di tasik-tasik dan tempat awam tengah bercumbuan, apa pandangan ustaz, hampir 95 % darinya bertudung jenis tak sempurna tu ustaz, ustaz tau tak?" tanya seorang pendengar kuliah saya sejurus selepas kuliah saya berkenaan aurat.

Kemudian selang beberapa hari, pemuda ini menghantar email kepada saya beserta satu petikan video yang dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..wa Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..memang amat mendukacitakan.

Pemuda itu juga menulis seperti 'kepeningan' dan 'kebingungan' dengan persekitaran ini dengan katanya

"Boleh tak agaknya saya buat kesimpulan bahawa hampir semua wanita yang bertudung pendek atau fesyen, dengan kain belah atau baju sempit atau baju kurung biasa, semua ni jenis yang 'murah' dan boleh diajak seks bebas dengan mudah hari ni, apa pandangan ustaz?" Mengurut dada saya mendengar kesimpulan pemuda berpakaian kemas dan bekerjaya profesional ini. Sudah tentu amat marah para wanita dengan kesimpulan si pemuda ini.

"Saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung labuh sahaja sekarang ini ustaz, harapnya mereka dapat pertahan maruah dan kesucian mereka serta tak jadi macam si pemakai tudung pendek yang terbukti tiada banyak beza dengan free hair" katanya lagi dengan tegas.

Selepas pemuda ini mengutarakan pendiriannya barulah saya memberikan penjelasan panjang lebar. Bagaimanapun saya belum berhasrat menyebutnya di ruangan ini, cukuplah saya dedahkan betapa kecewanya pemuda profesional ini dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.

Kesimpulannya, wahai wanita bertudung kembalikan maruah anda dengan tutupan aurat yang sebenarnya, akhlak wanita Islam yang sebenarnya, janganlah merosakkan imej Islam itu dengan maksiat yang amat dimurkai Allah SWT. Sesungguhnya kenikmatan duniawi amat amat sementara, carilah kenikmatan akhirat yang kekal abadi.

Dari sudut hukum pula, hal wanita bertudung yang melakukan maksiat, dosanya sudah tentu lebih hebat dari wanita yang tidak bertudung yang melakukan maksiat. Hal ini boleh difahami dari ayat seperti :-

ينساء النبي لستنّ من يأت منكنّ بفاحشة مبينة يضاعف لها العذاب ضعفين

Ertinya : Wahai isteri-isteri Nabi, barangsiapa di antaramu yang melakukan maksiat dengan jelas, maka di gandakan azab buatmu dua kali ganda" ( Al-Ahzab : 59 )

Memang benar ayat ini ditujukan khas buat isteri-isteri Nabi SAW disebabkan kemulian dan kedudukan mereka yang sangat mulia, bagaimanapun ayat ini sebenarnya menggariskan bahawa setiap kali bergandanya kemuliaan, maka bergandalah dosanya (jika melakukan maksiat), demikian hukuman ke atas wanita bebas lebih berat dari wanita hamba sahaya di zaman silam. Dikatakan sebabnya adalah kerana bertambahnya mudarat dan penghinaan kepada Nabi SAW (Al-Jami' Li Ahkam AL-Quran ; AL-Qurtubi, 14/ 114 dengan sedikit pindaan )

Demikian jualah bagi wanita bertudung yang telah menaik tarafkan kedudukannya dengan kemuliaan Islam, tetapi kemudiannya melakukan maksiat. Maka jika bersandarkan kaedah di atas, jelaslah dosa mereka bertambah besar kerana maksiat itu sendiri dan merosakkan imej Islam secara jelas. Bertawbatlah. Demikian juga halnya maksiat (termasuk pelaburan internet yang disepakati haram secara sepakat ulama dunia dan Malaysia) yang dilakukan oleh seorang ustaz yang jauh lebih besar dosanya dari dosa oleh lelaki biasa di sebabkan imej dan kedudukan yang dibawanya.

Sekian,

Ust Zaharuddin Abd Rahman

28 April 2007 ( 10 Rabiul Akhir 1428 H)

http://www.zaharuddin.net/

Last update: 30-04-2007 15:23

Published in : Soal Jawab, Lelaki dan wanita
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (56) RSS feed comment
Posted by arif, on 16-03-2010 15:18, IP 203.82.92.42, Guest
1. pujuk isteri bertudung
Salam ustaz,saya sebenarnya baru berkahwin dan mempunyai seorang isteri yg baik dan menurut kata2.cuma yg kurang enak nya,dia masih belum bertudung.bagaimana cara nya untuk saya menasihati dan memujuk isteri dengan cara yg arif dan bijaksana,tanpa memaksa-maksa? Saya tak mahu isteri menjadi hipokrit dan hanya bertudung kerana disuruh;apa yg saya ingin adalah denagn kerelaan hati nya sendiri.terima kasih..harap ustaz dpt membantu
 
» Reply to this comment...

Posted by no name, on 23-02-2010 17:30, IP 202.184.124.13, Guest
2. hmm...
saya nak tanye ssuatu kat ustaz. macam mane pulak dgn wanita yg btudung labuh, yg pakai jilbab panjang2 tapi masih bkelakuan buruk?  
 
jgn ustaz tak tahu, wanita btudung labuh pun ade yg hamil anak luar nikah hasil hubungn dgn teman lelakinya. saya juga pernah tsrempak dgn wanita yg btudung labuh ttapi bpelukan dgn lelaki. lelakinya pula adelah mat rempit. rasanya jika mereka dah kahwin, tak perlu la tayangkan pada org ramai sbab saya yakin, wanita yg betul2 baik dan dah kawin takkan bperangai macam tu... 
 
 
UZAR : JUmpa seorang dua, tak boleh dijadikan ukuran untuk semua. Saya memang tahu kewujudan wanita begitu, tapi masih sangat minor.
 
» Reply to this comment...

Posted by Diera, on 22-12-2009 17:28, IP 203.82.92.122, Guest
3. Pendapat peribadi saya..
Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi.Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi.Walaupun begitu,sekarang saya tidak lekat memakai tudung.Ini diketahui oleh ibu saya.Dia hanya mampu membebel dan berkata,adik nak wat dosa,adik tanggung la sendiri.ibu dah wat apa yang patut. 
 
Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya,tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung.Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat(rambut,leher). 
 
Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat.Mereka bertudung,tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka.Baju,seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh. 
 
Bagi yang memakai baju kurung,ada yang dari kain yang nipis dan jarang.Bagi yang berbaju kebaya,ianya terlalu ketat,berkain belah sehingga menampakkan betis,dan jarang.Ada yang tidak memakai seluar,tetapi memakai skirt panjang.Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya. 
 
Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada.Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka.Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung.Tidak menunaikan solat,panjang tangan,mengumpat,melayan lelaki yang bukan muhrim,pengotor,dan pelbagai karenah lagi.Walaupun saya tidak memakai tudung,saya menjaga solat,pemakaian,dan tingkah laku saya. 
 
Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung.Tapi saya tidak mahu menjadi hipokrit.Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah.Saya mahu melakukannya dengan ikhlas.Bukan kerana disuruh.Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang. 
 
Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin... 
 
 
UZAR : actually Allah mengarahkan wanita muslimah bmenutupaurat dan bertduung sama da dia ikhlas atau tidak. Tidak ada istilah ipokrit dalam menutup aurat, Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.  
 
Barangsiapa yang menutup aurat dan bertudung dalam keadaan ikhlas, ia akan diganjari sebwajarnya, barangsiapa yang tidak ikhlas, mereka beroleh satu dosa krn tidak ikhlas.  
 
barangsiapa yang tidak menutup aurat dan tidak bertudung, mereka dibebani ratusan dosa...iaitu tiada ikhlas dan membuka aurat, dan setaip mata lelaki yang melihatnya dosa si lelaki itu akan dikonsgi oleh wanita yang tidak menutup aurat itu. 
 
Sebenarnya, ikhlas dan tidak mahu hipokrit itu hanyalah bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah. Janganlah terpedaya dgn alasan tersebut.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Azhar Bin Sulaiman, on 09-12-2009 09:53, IP 203.121.104.30, Guest
4. Artikel
Salam.... 
Izinkan saya menyebarkan arikel ini.. 
Tq 
 
UZAR : sila
 
» Reply to this comment...

Posted by umie, on 15-10-2009 11:10, IP 203.82.92.152, Guest
5. assalamualaikum
assalamualaikum ustaz.. 
sye sgt tertarik dgn artikel ni..mmg betul kite digalakkan untuk menutup aurat dan pkai tudung yg menutupi dada..sye b'hrp pintu hati sye terbuke utk memakai tudung labuh dan sekarang ni pon sye dlm proses utk berusaha kuatkan semangat ke arah itu..tp xsume wanita yg b'tudung singkat tu akhlak dye pon singkat jgkkn.. 
 
lg 1 psl isu wanita bertudung lbih byk mlakukan maksiat berbanding yg free hair..mmg sye sgt setuju..kdg2 sye pon heran.. :?
 
» Reply to this comment...

Posted by Shamz, on 08-04-2009 08:25, IP 60.50.123.254, Guest
6. Hukum Orang Kafir Membaca Al-Quran
Assalamualaikum.. 
Niat saya tidaklah mengheret ustaz sama ke dalam arena politik. Bagi saya pendapat ustaz jujur, berkecuali serta mengikut hukum sebenar. Itulah tujuan saya bertanya ustaz.. 
Bagaimana hukumnya orang yang bukan Islam membaca petikan ayat-ayat Al-Quran dengan memberikan maksud ayat itu sekali. Kes ini dijadikan Isu pula oleh orang-orang tertentu... Sebelah sana kata salah, sebelah sini pula mengatakan tiada salahnya... Kalau ikut ilmu agama, sewajarnya saya mengikut kata pihak sebelah sini.. Apakah pula pandangan ustaz...? Sekiranya keberatan untuk menjawab secara terbuka, sudilah kiranya membalas di email saya sahaja... Teima kasih..
 
» Reply to this comment...

Posted by Haslina Mohamad, on 18-11-2008 01:30, IP 194.80.178.1, Guest
7. ...
Kesian kepada nasib kaum wanita, dieksploitasi oleh media dgn sewenang2nya.Dan yg paling malang mereka sendiri x sedar. 
bagus laman web ni..sebab byk menjawab kekeliruan dlm diri sy.Syukur
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by aki, on 15-10-2008 00:28, IP 194.80.178.1, Guest
8. ...
assalamualaikum.. 
saya bersetuju ngn komen sape ntah td pasal tudung..tak kisah laa tudung tuu ape2 bentuk ponn..asal labuh dan tutup aurat..yg penting niat tuk tutup aurat..
 
» Reply to this comment...

Posted by Takiuddin, on 14-10-2008 21:02, IP 194.80.178.1, Guest
9. ...
salam.... masalah sosial nie sy rasa wujud xkire tudung labuh, tudung singkat mahupun xbertudung... hanya 1 cara nak tau... kta berkawan dgn mereka... dengan cara ini, kita bole tau cara pergaulan mereka... ada muslimah ble bergaul ngan llk ske bergurau senda... kadang2 ada bergurau lebey2 sampai pukul manja, ad yg wat keje terkena tangan xkisah... wat macam muhrim... menghulurkan barang pun sampai kene tangan.. nie yang masalah sebenarnya... oleh itu... kalau kta berminat untuk taaruf... kawanlah dulu... dah tau perangai dan sikap 2... sosialiti... mana baik... pilih la... dan cepatkanla taaruf dengan keluarga tersebut... insya'Allah sampai kejunjung pelamin... muslimah sekarang nie xkire pakai stokin atau x, susah nak bezakan... WALLAHUA'LAM...
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by kelisa, on 05-08-2008 23:39, IP 194.80.178.1, Guest
10. ...
"gandaan kemuliaan" 
 
isteri2 nabi berbeza dengan wanita-wanita lain sehinggakan Allah memberi gelaran "Ummul Mukminin" untuk membezakan dan dengan ini juga (dari sebuah riwayat yang dirujuk) nabi mengahwini hambanya Mariah tapi tidak membebaskannya (besar kemungkinan) atas tujuan untuk tidak menjadikannya Ummul Mukminin kerana Mariah tidak cukup layak untuk mendapat gelaran tersebut, jika dibandingkan dengan tahap keimanan wanita2 yang dipilih menjadi isteri nabi. 
 
hamba sahaya dan insan merdeka adalah dua perkara yang diberi pengiktirafan berbeza oleh Allah s.w.t sehinggakan syarat2 utk menjadi nabi dan rasul tidak mengizinkan lelaki hamba.  
 
tetapi "bertudung" dan "tak bertudung" bukanlah title spesifik yang diiktiraf oleh Bagida s.a.w sendiri melainkan label masyarakat awam belaka.  
 
tidaklah dosa bagi wanita yang tidak menjadi Ummul Mukminin. 
 
tidaklah dosa bagi hamba sahaya wanita untuk tidak menjadi wanita merdeka. 
 
so, tidaklah juga dosa bagi wanita Islam yang tak bertudung untuk tidak bertudung?  
 
bukankah sehelai rambut yang didedah =1000 tahun neraka? 
 
tudung, atau tidak bertudung, bukankah dia masih Islam? hanya wanita kafir yang dikecualikan dari tuntutan menutup aurat, termasuk rambut. 
 
 
 
terus terang saya katakan, dengan membaca petikan ini cukup mudah membuatkan mana-mana wanita untuk mendedahkan rambut di kepalanya, (saya faham kerana saya juga wanita) berikutan mereka tidak ingin dosa yang lebih besar. lagipun, adalah lebih beban menjadi pemaksiat wanita bertudung di mata dunia dengan kutukan-kutukan orang ramai berbanding wanita yg tidak bertudung yang kebiasaannya perbuatan2 maksiatnya sukar dilihat sebagai "dosa", "pelik", "hipokrit" sebaliknya boleh dianngap sebagai kehebatan, dan juga kononnya "lebih ikhlas" kerana "tidak menyorokkan perbuatan jahat". 
 
satu perkara yang pasti, wanita yang menutup rambutnya tapi mendedahkan bahagian lain dan berakhlak buruk adalah seorang yang tidak sempurna amalannya dalam mentaati perintah Allah s.w.t. 
 
tapi TIDAK LAYAK bagi kita memanggilnya hipokrit, kerana besar kemungkinan rambut di kepala yang ditutup itu adalah berdasarkan keimannya pada hadith Nabi yang mengatakan sehelai rambut= 1000 tahun neraka.  
 
cuma, seperti yang dikatakan, dia masih belum sempurna dalam mentaati perintah Allah s.w.t. 
 
jadi, siapakah kita untuk menilai niat dan keihklasan orang yang para malaikat pun tak tahu melainkan hanya Allah s.w.t sahaja? 
 
 
 
boleh jadi ada orang menyangka saya mementingkan diri, kerana kemungkinan saya adalah diantara wanita bertudung yang berakhlak buruk dan memakai pakaian yang ketat.  
 
untuk elak salah faham mungkin lebih baik jika dijelaskan bahawa ALhamdulillah, saya adalah di antara yang Allah s.w.t dengan limpah rahimnya telah memberi petunjuk dan hidayah untuk melaksanakan kewajipan dan meninggalkan amalan2 dosa besar termasuklah juga menutup aurat dengan sempurna, menjaga pandangan dan pergaulan serta memelihara akhlak.  
 
 
semoga Allah terus memimpin kita ke jalan yang benar.  
 
» Reply to this comment...

Posted by nini, on 05-08-2008 23:26, IP 194.80.178.1, Guest
11. ...
cik mawar, t. kasih kerana mengigatkan saya.  
 
dan saya juga bersetuju dengan cik sofia.  
 
yang peliknya, bila pemaksiat wanita yang x tutup aurat melihat pemaksiat wanita yang tutup aurat, dia mengatakan wanita yang tutup aurat tu penipu, hipokrit dan bertopengkan syaitan. persoalannya, adakah dia dpt lihat niat perempuan tu? mcm mana kita boleh cakap yang tujuan dia pakai tudung/ tutup aurat sah2 100% psl nak tunjuk baik and biar x nmpk jht? memang dia adalah pemaksiat, tapi mana tahu tujuan dia menutup aurat adalah untuk mengurangkan dosa atau ada fikir2 neraka, siapa tahu? hanya Allah yang layak menilai. keihklasan diri sendiri pun kita x confirm, apatah lagi keikhlasan orang lain. yg penting, jgn pandang aib orang dan bersangka baik dengan cara yang betul. 
 
wbgmnpun, tetap ada dosa tersendiri bila x tutup aurat. soal perilaku, mengapa seseorang wanita kafir itu memasuki neraka sedangkan akhlak dan peribadinya jauh lebih baik, konservatif dan sopan berbanding dengan wanita Islam? kerana kekafirannya. begitulah juga dengan dosa tak tutup aurat yg mmg ada hukuman yang dah ditetapkan.  
 
kemungkinan rambut bukanlah godaan, tetapi yang pasti ia adalah pintu kepada pendedahan bahagian lain : leher, telinga, dada dan badan. belum tentu wanita bertudung tu tutup bahagian lain, tetapi apabila tidak memakai tudung, secara automatik bahagian lain mesti terdedah (sekurang2nya telinga, bentuk dada dan leher). lg 1, pengaruh. seorang wanita yang tak bertudung lebih mudah memberi pengaruh dari segi kehebatan berfesyen. kalau orang2 lain terikut2 kerana kehebatannya, bukankah akan berkembang gejala pembukaan kain, samada di kepala atau badan? sedangkan, bermulanya ramai wanita bertudung memakai pakaian yang tidak menutup aurat juga asalnya dari pengaruh yang dibawa oleh wanita2 islam x bertudung.  
 
saya sendiri pun tersentak mendengarkan seorang wanita kafir membaca kembali satu ayat dalam al-quran mengenai menutup aurat di dalam perbicaraan dengan seorang wanita islam. memandangkan wanita islam itu tidak menutup aurat (kepala, leher dan memakai pakaian ketat), jadi wanita kafir itu bertanya "tidakkakh itu membuatkan anda mengkhianati kewajipan dalam agama anda?". jd bila2 masa lebih mudah untuk orang kafir menghina islam, terutamanya bila kita berpakaian dan berperilaku buruk spt mereka. oelh itu, ini bermaksud bukan wanita jahat yang bertudung sahaja yang mampu meruntuhkan martabat islam.
 
» Reply to this comment...

Posted by one9084, on 06-07-2008 12:19, IP 81.109.150.176, Guest
12. ...
salam... saya ada cadangan, bg wanita2 yg duk pk macam mana sebenarnya cara menutup aurat yg sepatutnya kan. mudah saja. tgk lah bagaimana pakaian sewaktu kita sedang solat.. jika pakaian yg kita pakai boleh dibuat solat maka itulah pakaian yg menutup aurat :)
 
» Reply to this comment...

Posted by jumsiah, on 12-05-2008 17:32, IP 60.52.96.33, Guest
13. ...
:) salam 
 
saya ada mslh.ada sesiapa yang blh tlg saya x??saya igin bertudung bulat dan berpakaian juba@ berbaju kurung tiap kli berjln tpi saya tkut klu keluarga sya x blh terima perubahan pada dri saya @ org sekeliling sya :?
 
» Reply to this comment...

Posted by haya, on 07-05-2008 19:43, IP 60.52.103.110, Guest
14. ...
kalau pakai tudung pin kiri kanan atas bahu,tp bahagian depan labuh boleh ye ustaz :)  
 
uzar : boleh asalkan bhgian dada ditutup.
 
» Reply to this comment...

Posted by ZAHARA, on 26-04-2008 11:21, IP 60.52.102.149, Guest
15. ...
assalamualaikum.... 
Pada pendapat saya, wanita bertudung singkat tak semestinya jahat...dan wanita bertudung labuh tak semestinya tak jahat...Pernah tengok tak kat MidValey atau kat Time Square wanita bertudung labuh, menutup aurat tapi berpegangan tangan, bergeseran dengan teman lelaki...takkan suami kot..ada yang masih berbaju sekolah lak tu.....entahla..dunia dah akhir zaman..macam2 ada... 
 
 
ADMIN : MANA ANDA TAHU TU BUKAN SUAMI, MUNGKIN BARU KAHWIN TAK MUSTAHIL. JANGAN SANGKA BURUK
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by wanita, on 19-04-2008 17:31, IP 60.52.103.62, Guest
16. ...
ustaz ,,saya dah nak bertunang dlm masa tdekat ni..tp akhir2 ni saya rasa byk sgt syaitan mgacau..ada org kaco ubungan kami..ramai yg jeles dgn kami..kami bercinta dah masuk tahun ke 6.kekasih sy mmg baik sgt..tapi masalah saya skrg saya takut bla kawin nnt kami gaduh ja..skrg kami slalu gaduh sbb dia kata saya xdgar ckp.kekadang saya sebagai pompuan luah prasaan saya yg xpuas ati pada dia.tapi dia kata xboleh cm tu, saya pompuan ,saya kena diam kan diri walau apapun yang dia buat atau cakap pada saya...btol ka tindakan dia itu?dan btol ka tindakan saya untuk luahkan prasaan?
 
» Reply to this comment...

Posted by surhan as a woman, on 11-04-2008 23:09, IP 124.13.137.81, Guest
17. ...
Bagi sy bertudung patut kena pada syarat-syarat dan keikhlasan hati individu itu sendiri. 
 
Islam agama syumul dan tidak pernah memaksa kaumnya.Tp terletak pada individu juga untuk menjaga ke'syumul'an ISLAM.......BERTUDUNG lah dengan penuh keikhlasan................ 
 
LOVE ISLAM
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 10-04-2008 17:53, IP 60.52.97.239, Guest
18. ...
:) same2 berjuanggg
 
» Reply to this comment...

Posted by Yg Mencari Cahaya, on 02-04-2008 21:39, IP 60.52.98.214, Guest
19. ...
salam... 
 
kalu kita pakai tudung dgn tanpa niat kte dapat pahala ke? da lama konfius nie.. saya xtau kenapa saya pakai tudung sbb dari tadika lagi mak dah pakaikn tudung.. tp time sekolah je la.. bila keluar still x pakai.. kalau pakai pn skrg masih x lekat.. kejap2 buka jugak.. saya mmg niat nak istiqamah pakai tudung, tp banyak benda yg saya jahil lg.. rasanya mcm menipu org lain je ble saya pakai tudung.. luarnya nampak baik, tp hatinya, perangainya... masyaallah... xtau la.. 
 
UZAR : PAKAI TUDUNG SAHAJA TIDAK CUKUP UNTUK TUTUP AURAT. SILA BACA ARTIKEL SAY ATAJUK " AURAT WANITA APA SUDAH JADI?" 
 
Kalau pakai tudung tak ikhlas tak dpt pahala dan tak dapat dosa,  
 
kalau tak pakai tudung..sentiasa berdosa sama ada ikhlas atau tidak ikhlas..
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 15-03-2008 07:30, IP 60.52.98.191, Guest
20. ...
bnarkah..???fesyen terkini yakini kain yg trbElh sana sini,bj jarang..ktaT..DAN yang seumpama dgnnya itu fesyen terkini bg manusia2 y mganggap dirinya itu moden??jwpnnya tidak..knp??kerana smsa zaman jahiliah..iaitu sblum kdtgan islam ,begitulah pakaian wanita2 nya dan kini ditiru pula oleh wanita zaman kini..dan ini jg bermakna pakain y mnutup aurat itu adalah yg sbnrny pakaian fesyen terkini..dan yang paling moden..dan sya klasifikasikan pakain yang tdk mnutup aurat dan si pemakai pakaian tersebut iaitu perempuan2 msa kini adalah manusia yang TIDAK BERTAMADUN! 
WALLAHUALAM 
SALAM PERJUANGAN 
ISTIQOMAHLAH DALAM SOF ISLAM! 
TAKBIR!
 
» Reply to this comment...

Posted by nur cahaya, on 29-02-2008 11:54, IP 60.52.102.216, Guest
21. ...
Bertudung adalah syariat yang telah ditetapkan oleh ALLAH. DIA Maha Mengetahui apa baiknya & hikmahnya bertudung kepada seorang wanita especially yang bergelar muslimah, so kenape kita nak tolak kebaikan tu???....tolak rezeki la tu kn? 
semoga kita berada di bawah rahmat-NYA....
 
» Reply to this comment...

Posted by razwan, on 26-02-2008 08:26, IP 60.52.102.52, Guest
22. ...
kepada kaum lelaki tidak kira umur ,status,pangkat dalam masyarakat (bagi Allah semua sama kecuali yang beriman dan bertaqwa)marilah kita berjihad (maksud jihad luas,siapa yang tidak faham maksud jihad yang sebenar tanyalah pakar agama)menyelamatkan maruah wanita.Maruah wanita telah dicemarkan dengan teruknya sejak mulanya tamadun manusia hinggalah kehari ini.Sedih,sebak,kecewa,marah,d an banyak lagi bila melihat wanita tidak kira apa akidah mereka ,bangsa dan keturunan diperalatkan dengan mendedahkan tubuh badan mereka.Lebih malang golongan yang menghancurkan maruah wanita tidak lain dan tidak bukan adalah LELAKI sendiri.Lelaki islam pun sama kecuali yang taat pada ALLAH.Bukti perbuatan lelaki boleh dilihat dimana mana.TV,majalah,surat khabar,papan iklan.Pengarah filem,ketua pegarang majalah,ketua jurugambar,pakar fesyen kasut,beg,pakaian,barang kemas dan terlalu banyak lagi hampir keseluruhannya adalah lelaki.Saya sentiasa berdoa pada ALLAH semoga diampun SEGALA dosa para pemimpin yang percaya pada ALLAH dan RASULLULLAH .Apabila dosa diampun maka sucilah hati mereka dan mudahlah mendapat taufik dan hidayah dari ALLAH untuk menegakan peraturan ALLAH.Dan semoga ALLAH mempermudahkan urusan para pejuang Agama ALLAH(majlis fatwa,JAKIM.IKIM.JAIS, dan lain2)untuk memberi peringatan tentang azab seksa dari ALLAH kepada golongan lelaki yang saya sebut diatas sehingga mereka MENGHENTIKAN perbuatan mungkar mereka.Untuk pengetahuan pembaca semua ,golongan lelaki yang telibat dalam media cetak dan elektronik yang mana terdapat GAMBAR wanita yang melanggar perintah ALLAH dengan mendedah aurat, telah melakukan perbuatan terkutuk dengan mendedah KEAIBAN orang lain.Dalam seruan azan ALLAH menyuruh menuju kejayaan.Kejayaan sebagai pemerintah,artis,editor,doktor ,arkitek,angkasawan,saintis dan banyak lagi...TETAPI ALLAH menyuruh SOLAT dulu.Kerana SOLAT mecegah perbuatan keji dan mungkar.Kepada kaum lelaki jangan KUTUK wanita yang melanggar perintah ALLAH dengan mendedah aurat.Kutuklah lelaki yang sepatutnya memelihara kehormatan mereka.Wanita diamanah oleh ALLAH kepada lelaki untuk kebaikan bukan untuk ditayang dada,bentuk badan,peha atau sebagai simbol seks.Lupa pulak...hanya lelaki yang solat dengan sempurna dan mengamalkan apa yang dibaca dalam AL-Fatihah akan menjaga maruah wanita.(AL-Fatihah dibaca 17 kali dalam 5 solat fardu)17 kali kita minta jalan yang lurus dari ALLAH.(ramai tau baca AL-Fatihah tapi tak faham maknanya...bila tak tau..dia tak tau apa yang diminta.) Taufik dan hidayah adalah hak ALLAH manusia hanya menyampaikan.Aminn..
 
» Reply to this comment...

Posted by amoi ida, on 24-02-2008 15:56, IP 124.13.136.107, Guest
23. ...
Menarik sungguh komen2 yang saya sempat baca kat entry ustaz nie.  
 
Just nak share pengalaman saya sekali lagi. 
 
Saya dulu cam remaja lain juga..tudung tiga segi, tudung bawal yang jarang tu la..saya bukan kutuk si pemakai tudung bawal tapi tudung bawal tu sendiri yang nipis dan pandang tembus...dulu itula yang saya pakai.. 
 
Saya mekap kat tempat kerja..saya pakai baju kurung, kebaya dan berfesyen walaupun bertudung...walaupun dalam diri saya, saya tahu sesuatu tak kena..sebab semua itu menarik perhatian kaum lelaki... 
 
Sejak Allah beri hidayah kepada saya...(saya temuinya dalam internet)...saya berubah sedikit demi sedikit...tudung saya tak lekat2 brooch kat dada dah..terus je straight, pakai macam orang dulu2 pakai tu, macam budak sekolah pakai tudung..pastu saya belajar pakai stoking, sarung lengan sedangkan dulu stoking la saya paling susah nak buat sebab saya tak tahan panas!  
 
Pastu teringin nak pakai tudung labuh...saya tahu tak pakai tudung labuh pun takpe asalkan pakaian kita dah cukup syarat2nya seperti tak jarang, kain tak nipis dan tembus pandang, tak melekat dan sebagainya...tapi nak buat macamana, dah saya nak jugak pakai tudung labuh...sebab saya pakai macam biasa2 tu saya still diganggu....yang paling saya sakit hati dan fobia bila naik pengangkutan awam...kena 'raba' dengan passenger sebelah sewaktu duduk dalam bus...padahal saya tak mekap, tutup proper...tapi syukurlah saya tak sempat bagi dia peluang, saya bising dalam bus tu dan 'sound' si gatal tu... 
 
Alhamdulillah sejak saya pakai tudung labuh, saya tak diganggu lagi, paling beranipun orang bagi salam jer la... 
 
Tujuan saya share nie sebab saya nak explain perasaan wanita bertudung labuh seperti saya...kalo masyarakat nak tengok perempuan bertudung labuh nie sendiri pun ada macam2 versi..especially kat pejabat..ada yg bertudung labuh jugak tapi stoking tak pakai, pakai lipstik..still tak cukup syarat...dan ada yg dah cukup syarat tapi tak jaga akhlak...tak jaga batasan so serupa macam tak tutup aurat... 
 
kan wanita itu sendiri adalah fitnah...tak faham cuba tanya Ustaz apa maksudnya..setiap kali wanita itu keluar rumah, syaitan akan menghiaskannya di pandangan orang lain... 
 
so, salah satu sebab lagi saya bertudung labuh sebab saya nak sekat diri saya sendiri dari buat hal2 yang tak baik yang pernah saya buat dulu, macam tengok wayang, melepak tak tentu hala...setahu saya la takde lak wanita tudung labuh tengok movie..tak tahu la pulak kot2 ada...sebab dgn pemakaian sedemikian kita lebih menjaga akhlak kita..namapun hijab... 
 
memang betul cakap Mukhlisoh tu asal tutup aurat dah ok ..pastu awak citer tudung awak dulu jenis melekat, jubah straight lagi seksi dan sebagainya ..dan tudung labuh nie cepat berkedut dan kena jaga manja sket.... 
 
saya pernah terdetik nak tukar tudung labuh kepada tudung 4 segi tapi still labuh...tapi hasrat saya tu datang skali time iman saya down dan saya jauh dari bi'ah solehah...maaflah. ini apa yang saya rasakan...sebab diri saya...jangan kecil hati ok...tudung labuh nak pakai jgn pakai yg jenis kain licin dan susah nak jaga..saya beli kain dari jenis kain nak buat seluar..tak tebal sangat dan tak nipis sangat..ringan dan murah pulak tu... 
 
saya rasa apa yang terjadi kat saya, keistiqomahan saya terus stay dgn tudung labuh nie, walaupun payah nak jaga sb kena iron walaupun saya nie dah ada anak kecik nak kena handle..disebabkan saya berada bersama-sama golongan yang cintakan Islam, yang mengajak kepada Allah...sebab tu saya boleh istiqomah...serigala itu akan memakan kambing yang terpisah dari tuannya.... 
 
jadi tambahan kat sini, sapa yang nak berubah berbuat baik dan lebih baik lagi carilah orang-orang yang sama2 nak buat baik...barulah kitapun selamat...Rasulullah saw pun bersabda, nak tahu seseorang tu macmana, tengoklah dengan sapa dia berkawan...kawan kita sendiri itu adalah cermin bagi kita... 
 
satu lagi nak gitau wanita2 yang bertudung labuh nie takde sapa pun paksa pakai, sendiri rela hati nak pakai, bila dekat dengan Islam dan dekat dengan Allah, kita nak perbaiki diri lebih baik lagi...hati tu meronta-ronta, nak buat macamana..itulah manisnya iman.. 
 
Allah Maha Mengetahui 
 
UZAR : TAHNIAH DAN TERUSKAN ISTIWAMAH
 
» Reply to this comment...

Posted by razwan, on 14-02-2008 23:26, IP 60.52.98.159, Guest
24. ...
saya sebagai suami wajib mendidik isteri menutup aurat.untuk itu saya banyak buat kajian bacaan dan rujukan dari banyak sumber majalah, surat khabar, tv, internet, persekitaran dan semua sumber ini akan berpandukan apa yang diperintah ALLAH dan apa yang disampaikan oleh RASULLULLAH. 
 
kesimpulan yang saya boleh buat ialah istilah yang paling tepat ialah menutup aurat dengan bertudung.Bukan memakai tudung.paderi perempuan pakai tudung ,orang india pakai tudung,mat salleh pakai tudung(skarf)tapi nampak rambut.Tanggungjawab menyuruh menutup aurat secara sempurna dengan bertudung adalah tugas orang lelaki.Para bapa,para suami, abang2, ketua kampung,ketua jabatan,perdana mentri dan jugak para sultan. 
 
kalau tak buat mereka akan menanggung dosa setiap anak perempuan mereka, isteri mereka dan wanita dibawah jagaan mereka tiap kali aurat mereka ni dilihat oleh orang lelaki.PERINGATAN,satu dosa akan wujud satu titik hitam dihati,apablia terlalu banyak titik hitam dihati,taufik dan hidayah daripada ALLAH sukar untuk sampai kehati.Macam cermin hitam cahaya matahari sukar nak tembus.Buktinya jurugambar lelaki yang ambil gambar artis dedah aurat tayang dada peha dan banyaklagi.tak rasa bersalah mengambil gambar.kemudian ketua pengarang membenarkan gambar tersebut disiarkan didalam majalah ,akbar dan media elektronik untuk tontonan ribuan malah jutaan lelaki.Itu dosa untuk satu hari.seminggu sebulan setahun.....???sendiri mau ingat.janji setan pada ALLAH,hamba yang tidak taat perintah ALLAH dan hatinya hitam mudah digoda setan.hasil godaan itu ramailah perempuan kena rogol ditipu lelaki jadi pelacur,kerja di pub ,jadi artis tayang dadadan banyaklagi.Jadi untuk hilangkan titik hitam dihati kena beristigfar banyak kali sepanjang masa dan jangan buat dosa termasuk mendedah aurat.Konsep aurat luas bukan tutup rambut je,suara,tingkah laku dan banyak lagi.Nak tau pi tanya pakar agama.kalau nak suami kita ,bapa kita ,penjaga lelaki kita dapat dosa melipat ganda.....teruskanlah mendedah aurat... dan pelingkup perempuan pun lelaki jugak.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ismail, on 10-02-2008 07:19, IP 60.52.100.189, Guest
25. ...
Inilah kejayaan musuh-musuh Islam menjalankan 'jarum halus' mereka. 
Bagaimana? TV? TV tak salah, tapi stesen TV tersalah pilih program yang memesongkan aqidah tanpa disedari oleh penonton Islam sendiri. 
Memesongkan aqidah? Bukan isi cerita,pakaian dan tingkah laku pelakon saja....tapi lalai waktu solat kerana leka menonton TV, tak solat kerana menghadiri konsert yang bermula waktu Maghrib, meniru fesyen yg digayakan dalam TV, mempraktikkan adegan pegang-pegang, bercumbu, dan macam-macam lagi tapi sayang semuanya ada dari TV..TV. Anak tak mengaji Qur'an tak buat kerja rumah, TV juga. Alamak banyaknya....boleh saudara-saudari fikirkan apa yang saya fikirkan lagi tapi tak tertulis di sini? 
TV tak salah..pengisian program yang salah. 
Jadi nak salahkan siapa? Saya salahkan ibu-bapa (termasuk untuk ingatan saya sendiri). 
Kenapa saya salahkan ibubapa? Allah amanahkan kita membentuk anak-anak kita, tapi ayat yang biasa kita dengar..alaaaaah biarlah, nanti dah besar tahu le belajar, kalau itu jawaban amanah yang Allah beri maka Pencipta Alam pun jawab semula....jangan tanya UZAR jawabannya. 
Jarum halus yang lain? Kita tunggu UZAR buat ceramah....
 
» Reply to this comment...

Posted by ummi sakinah, on 06-02-2008 22:32, IP 60.52.101.153, Guest
26. ...
Soal tudung labuh atau pendek dijadikan bahan berhujah tanpa kita sedar apa yang dihujahkan adalah hukum ALLAH. Bukan tudung semata-mata yang perlu diberi penekanan tentang konsep pemakaiannya bahkan iman dan takwa kita kepada ALLAH juga mesti dipertingkatkan.  
 
Jangan sekadar kita berburuk sangka tetapi carilah penyelesaian bagaimana kita hendak mentarbiahkan muslimah agar sentiasa memelihara maruah dan keimanan. Jangan lagi ada yang wanita muslim yang berani mencabar mengatakan dia tidak peduli apa pendapat orang lain tentang pakaiannya asalkan hatinya gembira bahagia. Andainya demikian pemikiran wanita muslim hari ini maka jelaslah bahawa dia tidak selayaknya berada dalam masyarakat, apatah lagi di sisi ALLAH kerana jelas kenyataannya hanya mementingkan kegembiraan dirinya sendiri. Jadi, di mana tempat selayaknya bagi orang yang berkata-kata tanpa berfikir? 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
 
'Nanti akan terjadi orang-orang yang makan dengan bermacam-macam makanan, mereka minum dengan beraneka macam minuman, mereka mengenakan pakaian dengan bermacam-macam pakaian, dan mereka berbicara panjang tanpa difikirkan terlebih dahulu, mereka adalah sehina-hina umatku.' 
(H.R. Bukhari) 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by mawar, on 06-02-2008 16:15, IP 60.52.101.153, Guest
27. ...
betul sofia... kebanyakan perempuan2 yang x bertudung ni.. tp mengaku beragama islam, mmg sengaja cari2 keburukan orang yang bertudung supaya boleh back-up diri tue yang mmg x nak bertudung, point utamanya.. bertudung dan menutup aurat tue mmg wajib!!!!! klu dah salah tue tetap salah.. jangan la memandai nak cari alasan menangkan cara gaya hidup yang mmg x menepati syariat..bagi mereka yang bertudung, tapi terang2 menjatuhkan maruah tudung anda, tanggung lah dosa kerana anda menyebabkan fitnah kepada orang yang memakai tudung dan menjaga akhlak dgn sempurna. Saya nak tanya sangat, perempuan2 yang mengaku beragama islam, tapi ambil ringan tentang kewajipan menutup aurat ini, adakah anda fikir, hanya kerana ader perempuan2 yang bertudung tp melakukan maksiat, dengan itu kiter dah boleh keluarkan hukum x perlu pakai tudung???! dan adakah kerana alasan itu juga, anda perempuan2 yang dah merasa diri tue moden sangat, tidak perlu berasa apa2 kalau tidak memakai tudung! tidak pernahkah anda terfikir, andai tiba2 nyawa anda ditarik, dalam keadaan anda sudah terbiasa membuka aurat, sukakah anda andainya bapa atau suami anda, ditarik nyawanya dalam keadaan mati sbg seorang lelaki yang dayus! yang tiada ruang untuknya ke syurga, dan buat siswa siswi yang berada di universiti, dulunya semasa kecil, saya sering berasa universiti adalah sebuah tempat yang yang sangat dihormati kerana disitulah antara tempat perjuangan menuntut ilmu, yang dikira jihad juga dalam islam, tapi apa yang dapat kita lihat pada hari ini, sangat2 memilukan, manusia2 di dalam institusi keilmuan itulah yang antaranya byk menyumbang pertambahan anak luar nikah???? pelikkan?? sebuah institusi keilmuan? yang menjadikan khalwat dan zina perkara yang biasa...walaupun bukan semua, tapi kita seperti sudah lali mendengar siswa siswi ditangkap berkhalwat, berzina?? pergaulan x payah dicerita... kalah suami isteri... anda rasa berkat ker perjuangan ilmu anda....anda telah memberikan satu fitnah yang besar di dalam institusi ilmu anda.....tanggunglah anda... sebagai manusia yang diciptakan ALLAH, kita wajib melaksanakan amanah sebagai khalifah di muka bumi ALLAH....tapi sayang ramai manusia lupa akan hakikat tanggungjawab itu....salam..
 
» Reply to this comment...

Posted by sofia, on 31-01-2008 21:17, IP 60.52.99.103, Guest
28. ...
juz nak ckp...klu pmpn yg bertudung pun blm tentu msuk syurga...apatah lagi wanita yg tidak bertudung langsung. 
 
wanita bertudung dan menutup aurat mgkin akan terlepas dari seksaan tidak menutup aurat.tapi cuba fikir tentang wanita yg tidak bertudung + tak tutup aurat??? 
 
dengan amalan mereka yg blm confirm diterima Allah....malah lagi teruk dibandingkan dengan wanita bertudung kan?? 
 
kita tak boleh ckp jer tentang wanita yg bertudung ni...apa yg penting jaga diri sendiri..Hanya Allah yang berhak mengadili kita.. 
 
kerana amalan kita akan dihitung oleh-Nya di akhirat kelak. 
so...bagi yg masih keliru cuba muhasabah diri. 
sy sedar sy bkn dlm golongan wanita yg bertutup litup..masih ada kekurangan dlm diri sy ni..tapi kita berubah secara perlahan2..Allah akn membantu kita yg ikhlas ingin berubah..InsyaAllah.Amin.sama2 kita berdoa kepada-Nya :) wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by mawar, on 24-01-2008 12:48, IP 211.25.51.1, Guest
29. ...
cik nini, saya rasa awak x sedar apa yang awak cakap... apapun nasihat saya terus lah menuntut ilmu, dan tingkatkan ilmu syariah anda.. saya pun pelajar jurusan syariah.. syukur, saya sentiasa berpegang dgn apa yang saya belajar, tapi hakikat sebenarnya, semua perempuan yang mengaku beragama islam, wajib terus mendalaminya, tp sayang kebanyakan wanita islam yang menggap diri mereka moden sangat pada hari ini, sering mengambil ringan ttg perkara ini, walaupun sebenarnya mereka maklum akan perkara itu... Allah kurniakan kita akal, jdikan wahyu sebagai pedoman, kadang2 saya sendiri terasa pilu dan sedih, kerana banyak terjumpa perempuan2 yang mengaku beragama islam, tetapi bila ditegur mengenai aurat, sanggup berkata hukum boleh disesuaikan mengikut peredaran zaman 
, sayang sekali, dia x sedar apa yang sedang dia cakap, saya paling x suka, dgn manusia2 yang nak bercakap pasal hukum , tp diri sendiri, masih kurang ttg ilmu tersebut, sepatutnya sama2 menghormati hukum... ntahla manusia zaman moden skg ni... bercakap macam diri tue x jumpa tuhan jer....
 
» Reply to this comment...

Posted by budak baik, on 23-01-2008 13:28, IP 60.52.99.165, Guest
30. ...
"Saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung labuh sahaja sekarang ini ustaz, harapnya mereka dapat pertahan maruah dan kesucian mereka serta tak jadi macam si pemakai tudung pendek yang terbukti tiada banyak beza dengan free hair" katanya lagi dengan tegas.  
 
siapa yg cakap ni mcm x guna sangat kepala otak dia.. prejudis dengan org yg free hair. x smua org free hair mcm tu.. [baik2 laa sikit kalau nk bagi pendapat pun
 
» Reply to this comment...

Posted by zuhrah, on 16-01-2008 21:49, IP 60.52.102.20, Guest
31. ...
Salam. 
 
Pandangan saya secara peribadi, sikap manusia tidak bergantung secara total pada pakaian tetapi corak pemakaian yang kita pilih bergantung kepada ilmu, corak pemikiran, kefahaman dan matlamat kita. Menutup aurat wajib - tetapi bukan sekadar tutup sahaja tetapi perlu juga ambil kira soal rekaan, potongan pakaian dan juga jenis kain yang digunakan. Zaman sekarang ni macam-macam ada, setiap daripada kita ada justifikasi sendiri tetapi yang lebih utama atas apa justifikasi pun berbalik kepada persoalan "Adakah Allah redha dan adakah Rasulullah akan tersenyum apabila melihat aku berpakaian sepertimana yang telah aku pilih?" Wallahu'alam.
 
» Reply to this comment...

Posted by dina, on 12-01-2008 18:25, IP 60.52.98.240, Guest
32. ...
hmm.. 
apa agaknya respon ust utk cerita MUKHLISOH di bwh.bolehlah dikongsi2 bersama.
 
» Reply to this comment...

Posted by mukhlisoh, on 02-01-2008 19:56, IP 60.52.96.18, Guest
33. ...
sy nk komentar dr ustaz... 
 
sy ni dulu pakai tudung bulat..labuh la tuu 
dulu(masa student)...sy juga pakai jubah.. 
 
skrg...sy pakai tudung segitiga..labuh jugak...tp yg bulat tuu lagi labuh lah.. dan sy pakai baju kurung.. 
 
sy lebih slesa ngan stail sy skrg... 
 
bg sy ..bab tudung....labuh tuu yg pnting....bkn bentuk nya...bulat ke ..segitiga ke...pepsagon ke hektagon ke....bukan ukuran islam .. 
 
org arab pon pakai mcm2 gaya..asalkan jaga & tutup aurat. 
 
tp bila prubahan sy dr bulatnya tudung pd segitiganya tudung...dr jubahnya kpd baju kurung...byk fedback negatif yg sy trima.... 
konon sy x istiqamah...xde pdirian..mudah t'ikut...dan yg seangkatan ngan nya lah.... 
 
psoalannya...knapa sy berubah...(gaya je) 
jawapanya ...sy lebih rasa selesa dan kemas ngan stail yg baru....yg penting sy tetap menutup & mjaga aurat sy.. 
 
dulu...sy pakai jubah...nmpk besar... 
penah skali sy naik LRT...penuh sesak... 
sorang amoi menyapa sy..."kak, r u pregnant?..have a seat"...smbil dia bangun & bg ruang duduk dia utk sy... 
tsentak bsr jugak lah.. 
jubah tu mbuatkan sy nmpk sprt mgandung agaknya..... 
 
sorg hamba Allah gtau sy...katanya bila pempuan pakai jubah...lagi lh akan klihatan seksi...sbb ....nmpk straight trus...then punggung xdcover lasung....apatah lgi bila tudung d blakang tuu labuh btiup2 bila si pmakai tuu bjln...ikut bgeraknya punggung (ust dpt gambaran x?)...lain ngan baju kurung yg ada baju & kain...jubah hanya straight...nmpk sekujur trus.. 
 
tudung...cpt benar bkedut...lagi2 sy naik motor...pakai jaket tebal & pakai helmet...mulalh senget sana...senget sini... 
 
satu lg...xtau lah cmana...sy sring d tegur kwn2...sbb tudung bulat sy tuu asyik mlekat je kat jubah...lagi lah melengkapkan pameran pcuma... 
sy tgk kwn sy ok sj...pakai jubah & tudung bulat.. 
sy lain plak jd nya... 
mgkin kan sbb haba...mgkin kah sbb bntuk bdn sy...ntah lah.. 
 
...mgkin jenis kain sy tuu yg mnatijahkan bgitu... 
 
sy xde jwpn yg jelas... 
 
yg psti..bila sy pakai...ada je yg xssuai...yg akhirnya buatkan sy jd x selesa....bila xselesa...phm2 lh....nk present kt kelas pon jd xkonpiden...etc 
 
reason2 lain yg kecik pn nyumbang jg... 
 
at d end...sy try pakai mcm sy pakai skrg.... 
then bila sy tgk diri sy ...sy rasa better....tetap sopan ..tetap tutup aurat...masih jugak jaga aurat...malah sy rasa lebih tjaga dr dulu.... 
 
Allah pon suka kan kecantikan bukan... 
 
then bila baca tulisan ust di atas,bab komentar dr pendengar kuliah..sy rasa mmg tidak adil utk bg konklusi scara jamak camtu... 
 
ala kulli hal..sy harapkan sgt komentar dr ust... 
bg jln yg lebih lurus utk sy lalui... 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by linda, on 31-12-2007 06:33, IP 60.52.96.42, Guest
34. ...
salam... 
 
wah begitu murah pandangan lelaki terhadap wanita bertudung.. 
pada pendapat sy... pakaian bknlah aset utama yang melambangkan peribadi seseorg wanita itu... 
tetapi akhlak dan pergaulan yang dititik beratkan..  
 
misalnya.... sy tidak berapa sokong pendapat pemuda itu menyatakan hampir semua wanita bertudung pendek atau berfesyen "murah".... 
 
jgn menilai mengikut perasaan yg marah dan geram je.... 
 
bkn semua jgk wanita bertudung labuh mempunyai akhlak yg baik... jgn samakan juga wanita yg tidak bertudung dgn wanita bertudung.... 
 
sy sendiri pernah menangkap pasangn kekasih sedang melakukan maksiat di sebuah taman di tempat tinggal sy... 
 
yg amat menyedihkan sy ialah wanita itu merupakan siswazah daripada universiti Islam... memakai pakaian yg sgt sopan... tetapi bertopengkan Syaitan....  
 
pada pndangan sy ialah ingin memutup aurat adalah drp pd hati dan kerelaan dengan mengetahuihukum yg ditetapkan Allah dan melakukannya dengan hati yg Ikhlas... bkn kerana pengaruh kwn2 atau pun berfesyen.. 
 
sekian...
 
» Reply to this comment...

Posted by NURUL NAJWA, on 28-12-2007 13:02, IP 60.52.102.92, Guest
35. ...
salam.... 
 
semoga kita semua terhindar dari melaKUKAN MAKSIAT........... :)
 
» Reply to this comment...

Posted by nini, on 22-12-2007 21:58, IP 60.52.102.111, Guest
36. ...
kemuliaan yg dimaksudkan adlh kemuliaan seorg wanita merdeka dgn wanita hamba sahaya. bukankah jauh bezanya antara seorang hamba dengan yang merdeka?  
 
Seolah2 dalam dua dunia berbeza? ok, kemuliaan juga boleh merujuk kepada status mereka sbg isteri Rasulullah, utusan Allah, berbanding wanita2 lain. ini kerana, ada 'title' istimewa pada mereka iaitu "Ummul Mukminin". mereka adalah pilihan Allah s.w.t utk menjadi isteri kepada utusanNya, jadi bukan boleh sesuka hati. ibaratnya, orang kaya dan orang miskin, dengan orang kaya berstatus Dato' dan orang miskin. orang kaya dan miskin bezanya hanya kerana harta, tetapi kedua2nya masih golongan biasa. tetapi, Dato' yang kaya, dan orang miskin memang tampak perbezaanya. kerana sudah ada title yang khusus. seperti ini, wanita bertudung, atau x bertudung, tiada bezanya. kedua2nya masih merdeka. dan dengan bertudung, tidak memberikan sebarang 'title' kepada mereka yang menunjukkan perbezaan yang MEMISAHKAN dengan wanita yg x bertudung. hakikatnya, ia hanya mengenai perbezaan aurat yang ditutup. mungkin ada dosanya kerana mencemar maruah islam, tetapi ramai sahja wanita tak 'bertudung' tampak seperti islam. lainlah kalau semua prmpuan melayu skrg muka mcm cina ke,india,mat saleh dll. bukannya apa, mendengar 'tafsiran' ustaz ini membuatkan saya rasa "lebih baik aku tak payah pakai tudung kalau macam ni". bukankah setiap helaian rambut yang terdedah membawa kepada beribu2 tahun neraka?. mengenai hal ini, Allah lebih mengetahui. maafkan saya, bukan hendak mempersendakan ilmu ustaz, tetapi ada di antara insan di luar sana yang sedang2 berjinak-jinak untuk menutup aurat dan meninggalkan maksiat mungkin akan berasa putus asa membaca risalah ini, kerana ia terlalu menekan. melainkan kalau ustaz ada dalil2 dan hadith yang nyata menjelaskan mengenai "maksiat wanita berhijab dan tak berhijab".
 
» Reply to this comment...

Posted by hazira, on 22-12-2007 15:53, IP 60.52.102.111, Guest
37. ...
salam..sy plajar d KMPh..ustzah sy yg m'cadangkan kpd sy agr m'buka laman web ini..skrg ini,hati sy dah t'buka utk m'makai tudung labuh..cuma sy agak takut,kerana perangai sy yg kurang matang & agk k'budak-budakan.jd sy takut orang akn b'kata,tudung je labuh,tp perangai....jd..apa yg sepatutnya sy mulakan?bolehkah kelurkan sy dr delima ini?terima kasih...wslm.. :sigh  
 
KOMEN UZAR : TERUSKAN UISAHA YANG AMAT MURNI ITU DAN UBAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT PERANGAI. SETAKAT KEBUDAKAN2AN TIADA MASALAH JANGAN KEDOSA-DOSAAN SAHAJA. 
 
PERASAAN RAGU-RAGU ITU SEBENARNYA DATANG DARI SYAITAN YANG CUBA HALANG NIAT MURNI SDRI.  
 
TAHNIAH
 
» Reply to this comment...

Posted by zety, on 09-12-2007 09:35, IP 60.52.96.139, Guest
38. ...
alhamdullilah,saya mendoakan agar wanita wanita diluar sana sentiasa menjaga aurat dan maruah diri agar sentiasa dipandang mulia bersesuaian dengan tuntutan agama yang telah diperintahkan oleh ALLAH SWT.saya juga sentiasa berwaspada agar sentiasa tidak melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh ALLAH.kepada sesiapa yang telah melanggar perintahnya segeralah bertaubat sesungguhnya pintu taubat masih terbuka untuk menerima orang yang bertaubat :) :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Reyhana, on 05-12-2007 19:52, IP 60.52.99.178, Guest
39. ...
Alamak,takutnya. Begitu pedas sekali pandangan lelaki zaman sekarang pasal pompuan bertudung tp tak labuhkan..Dlm kata lain, pemakaian yang x ikut syariat... Sy takut dan berniat awal tahun 2008 klu bleh skrg ni,sy usaha nak labuhkan tudung,... Syukur kepada Allah, krn memberikan petunjuk.. dan sy berterima kasih sangat ngan adanya nasihat2 kwn-kwn dalam laman web ustaz ni.. sy nak berubah... 
 
KOMEN UZAR : MOGA ALLAH BERIKAN ANDA HIDAYAH BERTERUSAN DAN TETAP ATAS JALAN YANG BENAR. 
 
BERSEGRALAH..
 
» Reply to this comment...

Posted by yan, on 29-11-2007 17:48, IP 60.52.103.183, Guest
40. ...
ustaz, 
 
aurat antara abg ipar dgn adik ipar mcm mana..setahu saya abg ipar x boleh tengok aurat adik ipar kerana abg ipar boleh berkahwin dgn adik ipar sekiranya abg bercerai dgn kakak sy..tetapi jika x bercerai abg ipar tk boleh tgk aurat adik iparkan.sy keliru kerana abg ipar kta dia mendengar crmh myatakan adik ipar tak pe abg ipar tgk rambut..betul ke ustaz 
 
KOMEN UZAR : BETUL, TAK BOLEH TENGOK AURAT SAMADA MASIH BERKAHWIN DENGAN KAKAK ATAU DAH BERCERAI.  
 
ABG IPAR SEDANG MENGAJAR AJARAN SESAT, HATI-HATI
 
» Reply to this comment...

Posted by ayu, on 04-11-2007 11:16, IP 60.52.99.1, Guest
41. ...
malu....malu...
 
» Reply to this comment...

Posted by fazi, on 01-11-2007 13:31, IP 211.25.51.1, Guest
42. ...
Ya allah ya tuhan ku kau ampunilah segala dosa hamba mu
 
» Reply to this comment...

Posted by nur, on 01-11-2007 07:52, IP 60.52.97.210, Guest
43. ...
mohon perlindungan dr Allah s.w.t agar kite semua dihindari dr berbuat dosa..
 
» Reply to this comment...

Posted by syukriah, on 27-10-2007 07:10, IP 60.52.102.241, Guest
44. ...
pakaian melambangkan ketaqwaam ,malu melambangkan hiasan :) :)
 
» Reply to this comment...

Posted by datukK, on 25-10-2007 13:45, IP 211.25.51.1, Guest
45. ...
agak2 artis wanita yg selalu kita tonton di tv tu jumpa tak dlm neraka nanti?
 
» Reply to this comment...

Posted by shiha, on 20-10-2007 19:31, IP 60.52.102.128, Guest
46. ...
Salam.. 
 
Saya nak tumpang tanya. Umur berapakah seeloknya anak - anak perempuan diajar memakai tudung? Saya dalam dilema antara dua situasi ini: 
 
1. Kalau diajar pakai tudung terlalu awal (contohnya berumur 7 tahun), nanti tiba masanya dia bosan dan hairan kenapa rakan lain ramai yang tak bertudung? Saya risau anak saya akan kembali membuka tudung. 
 
2. Kalau diajar pakai tudung ketika remaja pun susah jugak. Kerana dah terbiasa tak bertudung, ada kemungkinan dia lebih senang tak bertudung.. 
 
Apa yang saya harapkan, agar anak saya kelak (sekarang baru berusia 3 tahun :) ) memakai tudung dengan hati yang rela, dan istiqamah melakukannya.  
 
Dan yang paling penting, bukan memakai tudung kerana mengikut trend semasa atau pengaruh kawan atau perintah di sekolah sahaja. Saya nak dia menilai dan memahami maruah memakai tudung itu seperti yang dituntut dalam Islam.  
 
Adakah sebarang panduan yang jelas mengenai perkara ini? Para pembaca lain juga silalah beri pendapat / bantuan. Terima kasih dan wasalam. 
 
KOMEN RINGKAS UZAR : MULAKAN SECARA RINGAN-RINGAN DARI UMUR 4 TAHUN..TAPI AJAR DENGAN KEFAHAMAN START DARI 6 TAHUN..INSYAALLAH KITA USAHA
 
» Reply to this comment...

Posted by suraiya, on 04-10-2007 17:17, IP 60.52.102.17, Guest
47. ...
banyaknya lelaki dayus kat malaysia ni...  
 
 
UZAR : YE MEMANG BETUL..SILA BUKA ARTIKEL SIAPA LELAKI DAYUS DALAM WEB INI
 
» Reply to this comment...

Posted by pemerhati, on 30-09-2007 12:00, IP 60.52.101.23, Guest
48. ...
kesal jgk setengah org yg pkai kemas pn sama bt maksiat,  
 
skrg ini blh d katakan kita perlu berhati-hati dalam melihat,berkawan, org di sekeliling kita. jgn di persalahkn org yg tidak senonoh shj tp semua org, penentunya hti seseorg shj.
 
» Reply to this comment...

Posted by pojie, on 26-09-2007 18:42, IP 60.52.102.3, Guest
49. ...
hm...tutup aurat wajib,klu x pki tudung tapi hati baik n tak bt maksiat cumbu sana-cumbu sini pn tetap terlibat dalam maksiat dari segi aurat... 
 
Sama gak yg pki tudung labuh tp klu terlibat dlm maksiat cumbu2 ni pn dosa gak,tul x? 
 
Tapi pakaian tu at least dah lepas dosa aurat,plus klu menjauhkan diri daripada maksiat lain kan ke itu mengejar kesempurnaan dalam kehidupan seorang muslimat...... 
 
By da way zaman skrg ini terlalu mudah godaan sahawat bagi golongan remaja dan muda mudi... 
 
GLOBALISASI kot...tak pn sebab negara semakin maju n lebih mudah bahan2 yg x elok ni didapati...artis kita pn apa bezany,lg teruk jd role model lak dek budak2 skrg.  
 
SEMUA ORG ADA TANGUNGJWB MASING2, SEMAKIN BESAR 'KUASA',SEMAKIN BERAT TNGJWB........ :p  
 
» Reply to this comment...

Posted by NRHI, on 21-09-2007 10:52, IP 58.139.249.66, Guest
50. ...
:sigh :sigh :sigh  
 
x sma wanita yang bukan bertudung labuh x pandai jaga diri... 
 
masih ramai yang tahu erti malu n hukum hakam agama.... 
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom