Utama arrow Aqidah & Kepercayaan arrow Kayu Kokka & Bahaya Kesyirikan (Video)
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 88 guests online
PDF Print
User Rating: / 63
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 15-06-2007 09:46
Views 22553    
Favoured 23

Awasi unsur syirik jika guna kayu koka
( Ulasan saya di bawah sekali )


  Oleh Dato' Dr Haron Din

Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka.

Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin.

Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?

Abu Bakar Zakaria,
Damansara, Selangor

Inilah Tasbih Kokka yang berharga RM 400 !!!Saya pernah melihat kayu koka dalam semua bentuk. Pernah dihadiahkan kayu tersebut oleh beberapa orang kepada saya. Malah saya pernah membaca ada sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia, disebutkan tentang penggunaan dan kebaikan kayu koka seperti yang saudara sebutkan.

Sepanjang hidup saya, tidak pernah mendengar tentang kayu koka ini, melainkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Ada pelajar yang pulang dari Jordan, bertemu saya dan memperkenalkan kayu koka. Beliau berhasrat menjualnya kepada saya kerana dia mengatakan sayalah orang yang paling layak memakai atau menggunakan kayu koka.

Saya berbincang panjang dengan beliau, malah saya menasihatkan beliau mencari profesyen lain daripada menjual kayu koka.

Persoalan ini lama kelamaan semakin timbul. Saya melihat orang memakai cincin yang batunya diperbuat daripada kayu koka. Kebetulan saya dapati bukan kayu sebenarnya, tetapi ia buah yang terlalu keras.

Oleh kerana tampung buah itu terlalu keras, maka daripadanya diperbuat pelbagai bentuk atas nama kayu koka. Ada juga yang saya jumpa ia diperbuat daripada kayu betul.

Pada saya, semua yang dikaitkan dengan kuasa makhluk-makhluk 'madi' seperti kayu, batu dan sebagainya yang dikaitkan dengan memberi bekas, kecelakaan atau kemanfaatan, inilah yang dilarang oleh Islam.

Ini termasuk dalam larangan Rasulullah s.a.w. dalam bersabdanya (mafhumnya); "Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT." (Hadis sahih)

Kalau sekadar perhiasan, yang semata-mata perhiasan, seperti membuat batu cincin atau gelang, yang tidak dikaitkan dengan sebarang kemudaratan atau kebaikan daripadanya, boleh digunakan.

Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan.

Oleh kerana penggunaan kayu koka ini sudah menjadi suatu profesyen yang pembeli atau penggunanya terpukau dengan penjelasan yang menarik, maka banyak orang yang tertipu dengan penerangan, lalu membelinya.

Jika berlaku kebetulan, seorang yang sempit rezekinya, memakai kayu ini, murah rezekinya. Jika dikaitkan rezeki yang murah berpunca dari kayu tersebut, jelas berlaku syirik terhadap Allah.

Tidak boleh ada kuasa lain yang memberi rezeki kepada makhluk melainkan Allah sahaja.

Banyak ayat al-Quran yang menyebut bahawa Allahlah pemberi rezeki yang sebenarnya.

Kayu koka mungkin ada khasiat khusus dalam perubatan yang termasuk dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba, dilarutkan atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, yang mungkin sesuai mengubati penyakit tertentu, itu termasuk dalam salah satu bentuk rawatan penyakit.

Itu pun salah satu yang diharuskan kerana ada dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk rawatan penyakit secara memakan ubat.

Nabi s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak), jintan hitam, jenis tanaman seperti 'assina' dan 'assinut'. Dalam al-Quran disebut 'at-tiin', 'az-zaytun', 'ar-rummaan', 'an-nahiil' dan sebagainya yang merujuk kepada buah-buahan.

Ini termasuk dalam kajian-kajian untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu.

Persoalan saya tentang pengguna kayu kota atau apa sahaja kayu, mengapa orang yang memiliki kayu itu tidak menggunakan untuk faedah dirinya dan menjualkannya kepada orang lain.

Barangkali orang tersebut tidak begitu yakin dengan apa yang didakwanya manfaat kepada pengguna kayu koka, sehingga menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mendapat faedah kewangan.

Saya amat meragui perkara menggunakan kayu ini, terutama untuk menjadi penghadang kepada jin, syaitan dan sebagainya.

Apa yang saya tahu, jin dan syaitan akan takut dan lari lintang pukang jika dibacakan ayat-ayat al-Quran ataupun zikir kepada Allah SWT.

Dalam suatu hadis disebut, Rasulullah s.a.w. pernah melintasi rumah-rumah sahabat di waktu dinihari. Baginda mendapati Umar al-Khattab r.a. membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah dengan suara yang amat lantang.

Keesokan harinya Nabi s.a.w. bertemu Umar dan berkata kepadanya, "Aku melintasi rumahmu dan aku mendengar kamu membaca al-Quran dan berzikir dengan suara yang amat nyaring, mengapa kamu buat demikian."

Umar menjawab; "Saya berbuat demikian untuk menghalau segala syaitan yang menganggu saya." Lalu Nabi berkata kepadanya, "Perlahankan sedikit."

KOMEN SAYA :

Kayu Kokka & Masalah Aqidah

Ramai bertanya kepada saya berkenaan keajaiban kayu kokka. Sebenarnya saya telah lama menyatakan berkenaan kayu kokka ini sejak dari Jordan, saya juga sempat bertemu dengan penjual utama kayu kokka semasa berada Jordan. Selepas perbincangan, penjual ini mengakui bahawa tiada sebarang hujjah yang boleh dipakai untuk mendakwa kesohihan dakwaan sejarah kayu ini.

Saya juga telah berusaha mencari apa jua hadith dari beratus buah kitab-kitab hadith berkenaan kayu ini, malangnya tiada satu pun hadith berkenaannya.

Saya juga sempat bertanya kepada Al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqar ketika menziarahi beliau di rumahnya di Mesir pada tahun 2004. Beliau menyatakan sesiapa yang mempercayai kayu ini adalah orang-orang yang jahil. Itulah yang disebut oleh Syeikh Atiyyah. 

Selain itu, saya juga sempat berbincang dengan Syeikh Prof. Dr Abd Malik As-Sa'di (Ulama Iraq yang menjadi pensyarah di Univ Mu'tah Jordan), beliau mengatakan pemakai cincin kokka, rantai, tasbih dan lain-lain dengan kepercayaan akan kehebatan ghaib kayu yang boleh mendatangkan kesan baik atau menolak keburukan, ia termasuk dalam kategori tangkal yang membawa hukum syirik.

Dari sudut hukum jual beli

Ringkasnya, penjual kayu ini juga kerap mewarwarkan 'kuasa ghaib' kayu ini, menurut hukum Shariah sebegini adalah haram tanpa syak lagi kerana telah berfunsgi seperti bomoh yang meramalkan hal ehwal ghaib.

Penjual kayu ini juga samada secara sedar atau tidak telah melakukan penipuan apabila menyebut kayu kokka sebagai kayu yang sama dengan Bahtera Nabi Nuh a.s ( padahal tiada saiapa yang pernah menjumpai bahtera ini, sebarang dakwaan kosong tidaklah boleh dipakai) demi untuk meyakinkan pembeli akan kehebatannya, sedangkan tiada satu hadith yang menyebutnya dan kajian saintifik juga tiada yang boleh dipakai dalam hal ini. Apabila perkara tidak sabit kebenarannya ini dijaja bagi menjual kayu ini, ia akan tergolong dalam kategori pembohongan dalam jualan. Nabi SAW bersabda :-

Ertinya : Sesungguhnya peniaga-peniaga adalah mereka yang jahat-jahat, sahabat bertanya : Wahai Rasulullah SAW, bukankah Allah telah menghalalkan jual beli, Nabi menjawab : Bahkan, tetapi peniaga (yang fujjar atau jahat ) ini mereka kerap bersumpah (tentang kehebatan barangan yang dijual) dan mereka berdosa kerananya, mereka juga bila bercakap ( ketika promosi ) mereka akan sentiasa berbohong.  (Riwayat Al-Hakim, sohih isnadnya menurut syarat Al-Bukhari & Muslim  ; Al-Baihaqi)

Demikian juga halnya dengan majoriti penjual kayu ini di ketika mereka berkempen, ada yang akan mendakwa kononnya ia adalah kayu yang sama dengan tongkat Nabi Musa a.s serta boleh menghadang Jin dan Syaitan. Semuanya tidak berasas di dalam Islam. Bagi saya, kayu ini sebenarnya lebih banyak membawa keseronokan kepada Jin dan Syaitan kerana lebih mudah merosakkan aiqdah umat Islam dengan kewujudannya.

Selain itu, sebahagian pihak penjual menaikkan harga kayu ini hanya kerana kehebatan ghaib kayu ini. Jika harganya berdasarkan kualiti dan kecantikannya sebenar sahaja, tentu ia dibenarkan oleh Shariah. Bagaimanapun jika ia dinaikkan kerana kuasa ghaib dan khasiat yang tidak boleh dibuktikan oleh kajian sains, ia tidak dibenarkan oleh Shariah kerana gharar.

Kayu atau orang yang bermasalah?

Ada yang bertanya serta memberikan pandangan kepada saya bahawa yang salah adalah kepercayaan itu dan bukannya kayu itu pada fizikalnya. Benar, saya bersetuju dari satu sudut bahawa kayu itu sendiri sudah hukumnya adalah neutral, demikian juga hukum bagi kubur. Bagaimanapun yang menjadi masalah adalah pemuja kubur, sudah tentu kubur dan jenazah yang dikuburkan itu tidak salah, tetapi yang salah adalah pemuja. Demikian juga halnya kayu kokka. Dalam Islam, jika sesuatu yang neutral itu menjadi sebab utama kepada syirik, ia turut akan diharamkan sebagai sadd az-zara'i (menutup ruang kemungkinan berlaku syirik). 

Justeru, hukum memakai dan membeli kayu ini dengan tujuan hiasan semata-mata, tanpa sebarang kepercayaan ghaib tentang kehebatannya adalah harus. Bagaimanapun, amat wajar dijauhi juga, kerana apabila sudah diwarwarkan tentang keajaibannya, walaupun seseorang memakainya hanya untuk kecantikan dan hiasan, berita keajaiban itu akan bermain di sempadan syirik dan Syaitan dengan mudah boleh melintaskan perasaan keajaiban itu ketika seseorang memakainya.

Islam menolak semua jenis tindakan yang bermain di sempadan syirik seperti menyimpan patung di dalam rumah, membina kubur dan dalam kawasan masjid dan banyak lagi (Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi)

Kempen  

ANTARA DAKWAAN PENJUAL KOKKA adalah :-

  • Sekiranya anak-anak demam, hendaklah diberi minum dengan air suam. Insya-Allah suhu badan menurun.
  • Dapat menghalau jin dan syaitan serta terelak daripada dirasuk dengan menggosok atau disapu pada dahi.
  • Jika disapu pada orang yang dirasuk akan meraung kepanasan dia. (Sapu sedikit sudah cukup).
  • Orang tidak akan mengkhianati atau menyusahkan kita, jika kita memakai minyak ini. Insya-Allah.
  • Jika minyak ini sentiasa melekat di badan kita, Insya-Allah orang akan menyayangi kita.

Sumber : http://www.freewebs.com/adeqanuar/kayukokka.htm 

Bayangkan begitu karut dakwaan penjual kayu kokka ini, sehingga minyak kayu kokka dianggap boleh menjadi minyak pengasih. Sedangkan hukum minyak pengasih adalah syirik dalam islam sebagai disebut oleh nabi SAW ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradhawi ).

Tangkal atau Tamimah yang digantung pada badan atau pada binatang atau dalam rumah terkadang dibuat dari tulang, taring binatang buas, tulisan tertentu dan lain-lain. Terkadang tamimah dibuat dari ayat Al-Quran. Para ulama' berbeza pendapat tentang tamimah dari Al-Quran. Pandangan yang lebih kuat juga melarang berbuat demikian sebab Nabi Muhammad s.a.w. melarang tamimah secara umum termasuk dari ayat Al-Quran.

Abdullah Bin Mas'ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya : Sesungguhnya jampi yang mengandungi syirik, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Aamir (marfu') :

Ertinya : Barangsiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.

Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za'faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.

Moga Alah menyelamatkan kita dari syirik dan khurafat

 

 

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

15 Jun 2007

video ini dirakamkan sekitar hujung tahun 2004

Last update: 04-07-2007 17:30

Published in : Soal Jawab, Aqidah & Kepercayaan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (34) RSS feed comment
Posted by ndsap, on 28-01-2010 18:05, IP 124.82.22.248, Guest
1. Kayu Koka
Kita orang Islam buat apa nak percaya dengan benda yang karut marut itu,hanya kepada Allah adalah tempat kita memohon pertolongan.
 
» Reply to this comment...

Posted by amir, on 20-01-2010 10:48, IP 121.121.55.104, Guest
2. sekadar berkongsi pengalaman
sya ada tasbih kokka, dah 8 tahun saya guna..dan saya hanya guna tasbih nie utk berzikir sahaja.. kayu kokka nie bagus jga, dah lama guna tapi masih elok, mcm baru, x reput atau pudar warna..sayang jga pda tasbih nie, mudahan ia akan menjadi saksi sy nnti.. sya mmg x yakin kayu nie bleh memberi manfaat/mudharat, kerana yg boleh memberi manfaat/mudharat hanyalah Allah..  
 
pernah jga terdengar yg jin takut dengan kayu kokka, tapi kawan saya pernah menggunakan kayu kokkanya utk menghalau jin yg merasuk seorang pelajar wanita di asramanya, tapi langsung x memberi kesan walaupun sedikit. 
 
selama sy menggunakan tasbih kokka nie, hanya sekali sy gunakan utk test betul atau tidak cerita2 mengenai kokka ni, dengar crita kokka nie boleh mengubati penyakit. Masa tu sy sakit tekak teramat sangat bila nak telan air liur, jadi sy cubalah gunakan tasbih nie dengan mencelup dalam air, kemudian membaca Al-fatihah dan beberapa ayat Al-Quran serta selawat, kemudian meminum air tersebut, tp tidak mendatangkan apa2 kesan, maka ternyatalah mmg benar kayu kokka tidak boleh memberi apa2 manfaat/kebaikan..  
 
Lepas tu sy teringat akan sebuah hadith yg mana nabi SAW memberitahu mafhumnya, "madu adalah ubat pelbagai penyakit" kmudian sy pun membeli madu dan minum sbgai ikhtiar utk mengubati sakit sy tu berdasarkan hadith nabi, x lama slpas tuu sakit sy pun hilang... dengan ini terbuktilah bahawa janji Allah dan Rasul-Nya adalah benar... wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by saya, on 11-11-2009 23:22, IP 119.160.169.191, Guest
3. koka
assalamualaikum ustaz.. saya gunakan kayu koka dengan kepercayaan bahawa ia boleh menjauhkan dari ganguan jin dan syaitan. tetapi saya juga percaya bahawa semua itu hanya akan terjadi hanya dari izin Allah swt. adakah itu juga syirik? hanya dengan mengunakan koka tetapi pada masa yg sama, mempercayai bahawa jika dgn ke izinan Allah swt koka boleh melindungi kita?
 
» Reply to this comment...

Posted by zulkifli, on 15-09-2009 01:41, IP 210.187.70.11, Guest
4. kepada syuhada
Kalau sekadar perhiasan, yang semata-mata perhiasan, seperti membuat batu cincin atau gelang, yang tidak dikaitkan dengan sebarang kemudaratan atau kebaikan daripadanya, boleh digunakan. 
 
Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan.  
 
 
oleh tuan guru haron din. 
 
 
Justeru, hukum memakai dan membeli kayu ini dengan tujuan hiasan semata-mata, tanpa sebarang kepercayaan ghaib tentang kehebatannya adalah harus. Bagaimanapun, amat wajar dijauhi juga, kerana apabila sudah diwarwarkan tentang keajaibannya, walaupun seseorang memakainya hanya untuk kecantikan dan hiasan, berita keajaiban itu akan bermain di sempadan syirik dan Syaitan dengan mudah boleh melintaskan perasaan keajaiban itu ketika seseorang memakainya.  
 
oleh UZAR 
 
 
copy n paste dari atasnya 
harap ustaz membenarkan saya yer...
 
» Reply to this comment...

Posted by syuhada, on 29-07-2009 08:42, IP 203.82.91.103, Guest
5. Kayu Kokka&Bahaya Kesyirikan
salam.utz.klu saya guna kokka utk perhiasan ja dan bkn sebab fahaman2 karut tu boleh tak?apa hukum jual kayu kokka hanya untuk perhiasan ja berdosa jugak ke 
?
 
» Reply to this comment...

Posted by zulkifli, on 04-06-2009 09:42, IP 60.49.95.132, Guest
6. ....
Assalamualaikum, 
 
Kalian tau tak apa itu syirik...syirik tu bukan hanya untuk orang jumpa bomoh berkhidmat kepadanya, termasuk percaya kuasa keatas barang dan benda lebih dari Allah... 
 
Setiap umat Islam memang percaya kepada Allah tetapi tiada keyakinan terhadap Allah pun sudah jadi syirik, mengapa saya taip begitu sebab kalian masih tak sedar sebab itu saya beri nasihatnya... 
saya beri contoh ramai percaya kepada Allah berdoa untuk penyembuhan penyakit doa demi doa setiap hari setiap bulan setiap tahun masih tak sembuh-sembuh termasuk makan herba atau ubat hospital, lepastu tiada jalan lain pergi jumpa dukun,bomoh,imam,ustaz dan tok syeikh untuk berubat...bukankah bomoh dan dukun minta tolong daripada jin??? kalau jumpa ustaz,imam dan tok syeikh bukankah mereka minta tolong daripada Allah? Itu maknanya anda tiada keyakinan terhadap Allah lagi maknanya diri kalian sudah jadi syirik menaruh kepercayaan kepada orang lain seperti dukun bomoh dan lain-lain sedangkan ketepikan Allah itupun sudah syirik. Lepas syirik adalah murtad kerana tiada keyakinan terhadap Allah lagi... 
 
Jadi apa yang perlu buat adalah sedarkan diri sendiri jangan asyik melencong ke jalan kepentingan dunia lebih daripada akhirat....
 
» Reply to this comment...

Posted by Shafii, on 06-05-2009 20:15, IP 60.54.57.133, Guest
7. Apa hukumnya khasiat sesuatu benda
1. Bagaimana pula dgn khasiat. Adakah khasiat itu mengundang syirik kpd Allah?  
 
a. khasiat gelang megnetik 
b. khasiat gelang kayu koka 
c. khasiat vitamin 
d. khasiat air ecpi 
e. khasiat sayuran 
f. khasiat madu lebah
 
» Reply to this comment...

Posted by ingintau, on 03-05-2009 06:24, IP 202.184.124.12, Guest
8. komen
saya menggunakan sebuah kayu yang diberikan bapa saya sebagai perlindung diri..hanya sebagai iktiar untuk mngelakkan niat x baek..kayu ni dinamakan raja kayu dan sgt keras iaitu boleh dipotong mgunakan gergaji besi..adkah penggunaannya salah dan syirik??? 
 
UZAR : berdasarkan apa yang diterangkan. Benar ia adalah SYIRIiK YANG AMAT JELAS, jika mati sebelum bertaubat...amat amat bermasalah. Buanglah kayu itu
 
» Reply to this comment...

Posted by Pakai Cincin, on 22-02-2009 11:57, IP 60.53.61.17, Guest
9. Pakai Cincin
Ustaz, adakah hukum dan panduan ini tergunapakai kepada pemakaian cincin-cincin yang ada didakwa sebagai pembawa rezeki dan lain-lain manfaat? (contohnya, seperti ramai mendakwa cincin bermatakan 'citrine' dapat membawa rezeki) 
 
UZAR : Jangan pakai lagi dan bykkan beristoghfar dan taubat atas kesalahan lalu
 
» Reply to this comment...

Posted by Pengamal Produk Tok Guru, on 22-02-2009 11:51, IP 60.53.61.17, Guest
10. nak bertanya
Pertama-tama, terima kasih banyak-banyak kepada Ustaz di atas usaha ini. :) Selama ini saya memang hanya memakainya untuk sekadar perhiasan (cincin). Tetapi, setelah membaca keseluruhan artikel ini, saya telah bertekad untuk tidak langsung menggunakan apa-apa produk yang diperbuat daripada buah kokka ini. 
 
Baik, saya nak bertanya. 
 
Di dalam artikel Ustaz, sedikit ada menyentuh dengan air za'faran. Jadi, bagaimana pula saya yang sebagai pengamal hampir kesemua produk Tok Guru (http://tokguru.net/)? - ada di antara produknya mengandungi ekstrak za'faran. Adakah saya masih boleh terus mengamalkan produk-produk tersebut? 
 
Lagi, saya ada banyak simpanan produk yang berasaskan buah kokka. Jadi, apa perlu saya buat terhadapnya, ya Ustaz? 
 
Diharap, mendapat sedikit sebanyak panduan dan pendapat Ustaz. Terima kasih saya dahulukan. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by molisa, on 20-10-2008 03:37, IP 194.80.178.1, Guest
11. ...
Salam, 
ada seorg kwn saya membantah apabila saya mengatakan bahawa memakai gelang magnetik itu haram. melalui pembacaan saya terdapat hadith yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melarang pemakaian gelang yang bertujuan perubatan, dan mengatakan itu perbuatan sia2. Boleh ustaz jelaskan addakah dakwaan itu benar? 
terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by norain, on 05-06-2008 17:59, IP 211.25.51.205, Guest
12. ...
blh tanya pasal membaca ayat-ayat quran untuk disedekahkan pada si mati..betulke akn membantu si mati untuk lepas dr seksa kubur? 
 
UZAR : SILA CARI DI BAHAGIAN IBADAT. SAYA TELAH ULAS
 
» Reply to this comment...

Posted by KULAAN IKAM, on 23-03-2008 21:20, IP 124.13.137.116, Guest
13. ...
Bagaimana timbulnya dakwaan ttg. khasiat kayu kokka? Mungkin ini satu dakyah Yahudi utk sesatkan orang Islam . Mengapa tidak ada fatwa dikeluarkan supaya tidak ada lagi org. Islam yang tersesat. Yg hairannya yang memulakannya org. yang berserban dan tahu agama spt/ ustaz-ustaz jadi org. jahil mudahlah petrcaya
 
» Reply to this comment...

Posted by Umat Muhammad, on 11-02-2008 11:38, IP 60.52.102.138, Guest
14. ...
SALAM. saya nak cerita kisah benar kat UUM pasal ada seorang kawan saya ni...dia ni ustaz la. pegang exco kerohanian kolej. orang sekeliling panggil dia ustaz dan pakai kopiah selalu, pandai berbicara bab-bab agama depan org. suatu hari dia ada kawan baru balik mesir dan dia pun beli kayu kokka dari kawan tu dan menyarankan kami membelinya..dia pun cakap yang kayu kokka tu blh halau jin, dr bahtera nabi nuh,, dari tongkat rasulullah. tapi dia cakap jangan bawak ke tandas. kami dengar je la ustaz kodok ni bercakap. alih2-alih lepas 3 bulan kami terserempak dengan dia, kami tanya dia. Mana cincin kokka ko?. dia cakap, cincin kokka aku terjatuh dalam lubang tandas masa aku pergi tandas. hampeh punya ustaz kodok, cakap tak serupa bikin. 
 
moralnya...wahai umat Rasulullah..janganlah anda mengikuti seseorang hanya kerana imej berserbannya..tetapi ikutlah berlandaskan ilmu yang berakarkan al-quran dan assunnah. ikutlah ilmu sunnah walaupun ianya diajar oleh seorang wahabi, walaupun seoarang bangsa kurdis. walaupun seorang yang berkulit hitam dan bibir tebal. Kokka ini menyesat dan melemahkan umat islam... wajib kita jauhinya. banyak lagi sunnah yang nabi ajar kita patut ikut. bukan benda mengarut ini. wallahualam.
 
» Reply to this comment...

Posted by nurul, on 09-02-2008 13:10, IP 60.52.97.117, Guest
15. ...
akhirnya,saya tau gakkbnrnnya
 
» Reply to this comment...

Posted by Ismail, on 04-02-2008 08:18, IP 211.25.130.42, Guest
16. ...
Saudara-saudari yang dihormati, 
 
Apabila seorang insan yang lahir tidak mendapat didikan asas agama yang betul, maka perkara-perkara syirik amat mudah diterima dan diamalkan. Mereka tidak ada kebolehan berfikir untuk memahami apa itu syirik dan bagaimana untuk membezakannya. Mereka juga tak dapat membayangkan betapa azabnya api Neraka kerana kesalahan tersebut. 
 
Kita tak pernah bertanya diri sendiri, tahukah kita baca Al Qur'an? Betulkah tajwidnya? Kalau tajwid tak betul adakah sah solat kita? Adakah kita meng'aplikasi'kan hukum halal, haram, sunat, makruh dan harus dalam kehidupan seharian kita?  
 
Kalau tak tahu kenapa tak jumpa ahli agama? Kita hanya cari mereka jika ada urusan wajib sahaja. 
 
Kita nak salahkan siapa jika umat Islam melakukan perkara syirik? Adakah anak kita diberi peluang belajar agama? Ia bermula dari rumah, saya salahkan ibu bapa yang tersilap arah mendidik anak. 
 
Cuba kita renungkan perkataan berikut; jurutera yang tahfiz, doktor yang tahfiz, prof yang tahfiz, dll. Dan yang bagusnya jika kita tanya anak-anak; bila dewasa nanti nak jadi apa? Nak jadi ulama'. 
Alhamdulillah. 
 
» Reply to this comment...

Posted by fadli, on 30-01-2008 19:15, IP 60.52.98.204, Guest
17. ...
Ustaz, saya nak tanye camne pulak dengan penjualan air musoffa yang dikatakan menggunakan ayat al-Quran? 
Boleh kah kita membelinya dan menggunakannya?
 
» Reply to this comment...

Posted by Husna, on 28-01-2008 08:50, IP 211.25.51.1, Guest
18. ...
Saya pernah katakan kepada kawan bahawa lelaki memakai gelang kokka tidak luput dari 3 kesalahan: 
1) Menggunakan tangkal dan ini dikatakan amalan yang membawa syirik seperti dalam hadist. 
2) Menyerupai perbuatan Hindu / Sikh. Larangan menyerupai / meniru agama lain juga terdapat dalam hadist sahih. 
3) Menyerupai wanita. Menurut hadist lelaki menyerupai wanita antara yang terlaknat. 
Saya katakan lagi, jika orang ini mati sedang gelang kokka masih di pakainya, maka ditakuti matinya dalam keadaan su'ul-khatimah. Na'uzubillaa-hi min zaalik. 
Tolong betulkan saya ustaz...
 
» Reply to this comment...

Posted by awang koko, on 24-01-2008 19:00, IP 60.52.99.118, Guest
19. ...
saya ada buah tu......ada orang bagi pada saya....tapi sebelah sahaja... buah nya... bukan sebiji....saya dapati nya teramat keras... kalau ikut cara belahannya mungkin di belah dengan mesin..atau pemotong berkuasa enjin atau letrik....saya simpan atas dasar meghargai pemberian sahabat....tu sahaja lain lain saya tak tau...kata orang yang bagi kat saya tu... buah koka..
 
» Reply to this comment...

Posted by Anakhalal Taiping, on 12-01-2008 18:13, IP 60.52.98.240, Guest
20. ...
Hmm orang melayu Islam ni.... 
 
Ingatkan setelah Sultan Melaka memeluk Islam beratus tahun dulu dan majotirti orang melayu telah memeluk Islam, tiadalah lagi unsur animisme dalam pemikiran dan fahaman. 
 
Malangnya, percaya sungguh kepada batu, kayu, geliga , air ludahan dan sebagainya. Ketawa besar orang dari Chennai kalau tahu hal ini. Sama saja katanya.... 
 
Belajar yang ilmiah tak mahu, yang karut marut juga nak diamalkan. 
 
Kesimpulannya, setiap tumbuhan yang dicipta Allah itu ada khasiat tersembunyi. Manusia perlu gunakan sedikit akal yang diberi (ilmu manusia umpama setitis air di lautan) untuk mencari khasiatnya. Janganlah taksub, ditaksubkan malah menaksubkan orang lain pula.  
 
Kes guru quran (hormati ilmu Al-qurannya) yang jual kayu kokka tu, inilah salah satu kejadian depan mata tentang siasah orang yang kononnya ada gelaran agama. Ambil kesempatan.. (tak hormati amalannya). Orang yang dahlah kayu, lagi mengkayukan orang lain pula. malanglah masyarakat Melayu Islam yang penuh dengan amalan kekayuannya.  
 
Hati-hatilah kita dengan kesesatan dalam masyarakat sekeliling.  
 
(ada kawan Indon (oooops maaf dari Indonesia) kata tahi hidungnya sangat mujarab bisa menyembuhkan penyakit lambat kahwin dan susah dapat kerja. Tapi mujarab untuk orang Melayu di Malaysia saja. Sesuai untuk wanita Melayu yang masa mudanya pentingkan karier dari berkahwin dan pelajar Melayu yang pencapaian CGPAnya tak ada mutu sebab suka berpoya masa di kolej. Dengan mencampurkan sepalit tahi hidungnya dengan sesudu madu lebah, disapukan ke muka selama 3 bulan hasilnya, yang wanita akan cepat dapat jodoh (walaupun tak cantik, suara kasar perangai tak senonoh, hisap rokok dan terlebih sosial. Dan yang menganggur cepat dapat kerja walaupun selekeh masa temuduga dan tergagap-gagap jawab soalan baik dalam bahasa ibunda mahupun bahasa Inggeris. hal kenegaraan langsung tak ambil peduli.Tapi kalau tanya pasal muzik kumpulan Dewa19 siap boleh menyanyi lagi. 
Cubalah tahi hidung ini...dari indon (oops maaf dari Indonesia) lagi. Tentu mujarab. Boleh juga diniagakan secara internet atau MLM. Keuntungan berkali ganda)..... tak percaya? iklan satira saja. 
 
Salam Maal Hijrah. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Faizal, on 08-01-2008 18:41, IP 60.52.96.135, Guest
21. ...
Ustaz, apa pandangan Ustaz mengenai pemakaian gelang magnetik utk tujuan kesihatan? Kerana, sekarang saya melihat ramai antara umat Islam lelaki yg memakai gelang utk tujuan ini. Dan saya telah mendengar beberapa siri ceramah yang mengharamkan pemakaian gelang, tidak kira utk tujuan apa sekali pun. Namun begitu, saya ada menerima artikel yang dikeluarkan oleh JAKIM yang mengatakan bahawa pemakaian gelang magnetik untuk tujuan kesihatan adalah tidak haram malah diharuskan. Jadi saya sekarang sgt2 confuse...
 
» Reply to this comment...

Posted by assalamualaikum, on 27-12-2007 13:08, IP 211.25.51.1, Guest
22. ...
assalamualaikum.  
 
...Penjual kayu ini juga samada secara sedar atau tidak telah melakukan penipuan apabila menyebut kayu kokka sebagai kayu yang sama dengan Bahtera Nabi Nuh a.s (petikan artikel pihak tuan). 
 
komen saya-penjual kayu koka bukan menipu tetapi menfitnah nabi-nabi termasuk ada yang menfitnah kayu koka adalah asal kayu tasbih nabi Muhammad. juga dari tongkat nabi musa. 
 
“Sesiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka.”[14] 
 
[14] Al-Imam al-Nawawi, Muqaddimah Sahih Muslim Bi Syarh al-Nawawi, Bab Taghliz al-Kizb ala Rasulillah, hadith no. 3. 
 
banyak lg kesyirikan2 yg mereka lakukan, termasuk bertawassul pada roh wali. mereka ini adalah org2 yang melampaui batas, malah ramai dari kalangan 'ustaz-ustaz' yg menjual kayu kokka ini. apabila kami melarangnya..mereka menuduh kami dengan "ko ni wahabbi, ini tak boleh, itu tak boleh, kerja ko nak sesatkan orang sahaja. ustaz aku yang alim pun pakai kayu kokka!'. walhal kita melarangnya berpandukan Quran dan sunnah. mereka lebih suka bertaqliq buta.
 
» Reply to this comment...

Posted by Joi, on 26-12-2007 21:47, IP 60.52.97.18, Guest
23. ...
Assalamualaikum....Saya berpendapat.. en. Samad nih tergolong org yg suka memusingkan fakta... kan dah dijelaskan... isu syirik bukanlah perkara yg harus dipandang ringan... Kita tidak harus memberi walau sedikit ruang untuk menghalalkan yg haram.. apatah lagi perkara yg boleh menjatuhkan kita ke dalam syirik kepada Allah... Pada pandangan saya.. samada zaman dahulu atau sekarang sama sahaja... kalau kita tak mahu berwaspada dan tak mahu mendengan pandangan alim ulamak.. maka kita akan turut hati kita yg mudah dibimbing syaitan.... natijahnya.. kita akan selalu menurut lojik akal... dan akan selalu berhujjah untuk memuaskan nafsu sendiri... wassalammm.
 
» Reply to this comment...

Posted by samad, on 20-12-2007 06:56, IP 60.52.98.119, Guest
24. ...
sebut pasal kokka bagi saya memang ada khasiat dan ramai rakan2 menyatakan pengalaman dlm menggunkan kokka . tak salah guna kokka pasal semua benda yg Allah jadikan memang ada guna tidak saja2,cuma kita yg tak tahu atau ilmu setakat tu je. nak kata khasiat ghaib tak leh pecaya maka syaitan tu pula macam mana? kalau lalai tentu kena pasal kita tak nampak.Syirik tu........ sebut pasal syirik memang tak selamatlah org islam terutama zaman skrg.... bukan setakat guna kokka aje........Yang pentingnya Jangan bergantung dengan sesuatu.......pandangan ustaz macam mana?
 
» Reply to this comment...

Posted by mad, on 15-12-2007 09:50, IP 60.52.99.243, Guest
25. ...
ada kawan saya setiap kali sakit kepala dia akan cepat-cepat makan panadol, selepas 3 minit sakit kepalanya hilangmmacam di cabut je.. macam tulah tiap kali. ni khasiat panadol ke? nak tahu je 
 
KOMEN UZAR : TU BUKANKHASAIT SECARA GHAIB TETPAI KHASIAT BAHAN KIMIA MENURUT HUKUM ALAM
 
» Reply to this comment...

Posted by siti, on 10-12-2007 13:41, IP 211.25.51.1, Guest
26. ...
askum ustaz.. 
saya nak tanya berkenaan lelaki yang memakai gelang sama ada gelang kokka atau gelang bermagnet yang popular sekarang ni.kedua2 nya didakwa baik untuk kesihatan.betul ke saya dengar haram lelaki memakai gelang? 
 
terima kasih. 
 
KOMEN UZAR : PERLU BUKTI DARI FAKTA KAJIAN SAINTIFIK, BARU BOLEH PAKAI
 
» Reply to this comment...

Posted by wafa, on 07-12-2007 19:16, IP 60.52.97.151, Guest
27. ...
ni saya nak tanya saya ada terbeli minyak.minyak itu mengandungi kayu kokka, habatussauda', madu asli.Blh ke guna?D samping itu ia dikatakan blh menghindarkan gangguan syaitan jika kita menyapunya ke dahi anak sambil membaca membaca selawat.Ini mcm mana pulak??adakah minyak ini membahayakan??
 
» Reply to this comment...

Posted by AZU, on 07-12-2007 18:58, IP 60.52.97.151, Guest
28. ...
BETUL KE ORANG YANG BERAMAL SESUATU ILMU DAPAT BERJALAN DI ATAS AIR? ADA KE......
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 05-12-2007 07:29, IP 60.52.101.100, Guest
29. ...
Saya terbeli tasbih kayu kokka kerana yang menjualnya adalah guru Quran saya.  
 
Beliau menjual sehabis pengajian, di dlam surau. Harga RM200-RM2500. RM2500 utk yang berisi.  
 
Beliau memberitahu pelbagai khasiat tasbih tsb. Setelah membaca artikel ini, saya menyesal krn mempercayai perkara karut tsb. Sehingga hari ini, saya tidak mahu menggunakan tasbih tsb krn tiap kali saya memegangnya, saya terfikir tentang "khasiatnya".  
 
Terasa ingin saya pulangkan semula kepada beliau dan sertakan bersama artikel ini supaya beliau bertaubat. Apakah tindakan itu wajar?
 
» Reply to this comment...

Posted by amin, on 29-11-2007 08:25, IP 211.25.130.42, Guest
30. ...
sy adalah salah seorang pemakai kayu koka...erm sy nk tanya...apakah hukum penjual kayu koka itu....bedosa @ x haram @ halal...dan apabila sy emebelinya,dia tidak lansung menerangkan dakwaan2 itu..seperti halau syaitan la dan sebagainya.. 
 
ADMIN : JWPANNYA ADA DALAM ARTIKEL TU
 
» Reply to this comment...

Posted by man, on 07-11-2007 05:38, IP 60.52.96.12, Guest
31. ...
ada kawan saya kata anaknya deman dan beliau masukan tasbih kokka beliau dlm air selepas setengah jam bagi minum dan tak lama slps tu anaknya sihat. Ni khasiat kokka ke? 
 
ADMIN : TU KHASIAT SYAITAN, BERJAYA MENSYIRIKKAN ORANG RAMAI MELALUI KOKKA.
 
» Reply to this comment...

Posted by tomad, on 01-11-2007 07:53, IP 60.52.97.210, Guest
32. ...
jika seseorang itu tertinggal handphone dia berasa dalam keadaan gelisah dan tak boleh nak buat urusan, dia mesti dapatkan hp nya itu dan tak boleh pergi ke mana2, itu syirik juga ke ustaz? 
 
KOMEN UZAR : TIDAK...
 
» Reply to this comment...

Posted by ct and wida, on 25-09-2007 10:01, IP 58.139.249.66, Guest
33. ...
klu kite ade buah kayu kokka bkesan jgak ke nak alau syaitan...,,, 
 
KOMEN UZAR : KARUT SAHAJA ITU. NABI DAN SAHABAT TAK PERNAH GUNA KAYU KOKKA UNTUK HALAU SYAITAN. BGMN MUNGKIN ILMU ORANG ZAMAN SKRG LAGI HEBAT DARI NABI DALAM BAB GHAIB NI? PELIK SAYA
 
» Reply to this comment...

Posted by SIFOO, on 19-09-2007 12:42, IP 58.139.249.66, Guest
34. ...
KLu air yg tulis dalam pinggan tu camne plk ustaz. Yang aura2 tu pun camne jugak. :)
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom