Utama arrow Politik & Dakwah arrow Soal Jawab & Isu Pilihan arrow Hantar Email Dapat Duit ?
PDF Print
User Rating: / 6
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 21-07-2007 22:41
Views 13332    
Favoured 41

Hantar Email Dapat Duit ?

Soalan

Ada syarikat menawarkan RM1k gaji sebulan. Kerje adalah menghantar email dari rumah. Kontrak  selama 2 tahun. Bagaimanapun, dikenakan deposit RM1k untuk mendapatkan cd yang berisi alamat email untuk dihantar. Halal kah?

-Soalan dari sistem sms 33221-

 

dapat duit ?

Jawapan

Soalan yang diberi tidak begitu cukup bagi saya memberikan pendapat yang tepat. Walaubagaimanapun, dari apa yang saya faham, perlu disemak perkara berikut :-

1) Apakah kandungan email yang dihantar, jika kandungannya bercanggah dengan Islam, justeru hukumnya haram diperingkat pertama lagi.

2) Mengapakah syarikat menawarkan anda bekerja dengan gaji tiba-tiba anda diperlukan untuk membeli cd yang mengandungi email yang perlu dihantar, sepatutnya syaruikatlah yang bertanggungjawab menyediakan bahan dan tugasan, kos adalah dari mereka. Saya tidak pernah lagi berjumpa sebuah syarikat yang menawarkan kita kerja, tetapi memerlukan kita membayar deposit untuk kerja yang ditugaskan.

3) Apakah jaminan gaji RM 1 k itu akan dibayar kepada anda, dan adakah pembayarannya setiap bulan atau sekali sahaja?

4) Adakah syarikat ini berdaftar, dan adakah majikan ini akan membuat caruman KWSP untuk anda?.

5) Bagaimana jika selepas anda mendapat cd, dan membayar deposit, tiba-tiba syarikat tu hilang?. Apa jaminan tadi tidak hilang?, adakah pejabat khusus yang berdaftar atau orang hubungan yang boleh dipercayai.?

6) Adakah anda diperlukan membayar cd lain pada masa akan datang untuk mendapatkan email seterusnya.?

7) Apa faedah yang syarikat dapat dari penghantaran email itu?. Adakah ia sekadar promosi, jika sekadar promosi barangan syarikat, bagaimana syarikat boleh membayar anda RM 1 ribu untuk kerja yang terlalu mudah itu.? Tidak logik

Jika peringkat pertama tadi halal sekalipun, saya menjangkakan, unsur syubhat atau ragu terlalu banyak serta beberapa elemen 'kemungkinan tipu' jelas kelihatan dari point kedua.

Justeru, pandangan saya berdasarkan info pendek yang diberikan, ia sangat besar syubhatnya dan amat hampir kepada haram.

Ini bermakna syarikat memberitahu, ia mengambil anda bekerja tapi anda disyaratkan membeli barangan mereka yang sama harganya dengan gaji anda. Ini bermakna anda akan bekerja tanpa gaji, kerana jika dapat RM 1 k tadi, ia hanyalah duit anda yang dibayar di peringkat mula tadi.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

21 Julai 2007 ( 10.37 pm )

Last update: 22-07-2007 10:15

Published in : Soal Jawab, Soal Jawab & Isu Pilihan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (14) RSS feed comment
Posted by Muhamad Safwan Hj Rahmat, on 16-06-2010 15:52, IP 121.121.190.79, Guest
1. klik pun dapat duit?
salam ustaz dan sahabat2 semua... boleh x tolong sy check link kt bwh ni jap,betul ke x biz ni? halal ke x ikut hukum islam... harap semua dapat membantu sy secepat mungkin...wasalam 
 
http://www.dapatwang.com/? id=purplehearts36
 
» Reply to this comment...

Posted by yakinah, on 20-05-2010 12:12, IP 192.198.147.164, Guest
2. Manusia tak belajar dari kesilapan
Astagfirullahalazim... 
Kenapa manusia menjadikan $$$ objektif utama? Sila kaji, kaji dan kaji sebelum terlibat dalam semua so-called 'skim halal/cepat kaya/buat duit dgn login facebook' dan sebagainya. 
Manusia mudah lupa dan tak belajar dari kesilapan. 
Harap Allah lindungi umat Islam daripada perniagaaan yg berunsur syubhah ini. Tambahkanlah ilmu di dada, bergurulah dengan ilmuan muktabar supaya tidak mudah terpedaya.
 
» Reply to this comment...

Posted by RAMLI BACHOK, on 18-02-2010 18:41, IP 203.82.80.112, Guest
3. MLM IS SCAM....
sahabat2 tak yah tanya UZAR benda yang kita boleh fikir sendiri la.... kalo dah nama MLM, skim piramid sama aje... depa nak nipu MELAYU DAN ORANG ISLAM... yang kaya mereka.... contoh terbaik HAI-O... RAMAI ASKAR yang tertipu.... RM20k UTK 10 penapis air...... sapa nak pakai banyak tu kat rumah.... yang bodohnya MELAYU..... yang KAYA CINA..... dulu depa mula ngan syarikat buat ARAK.....
 
» Reply to this comment...

Posted by org kl, on 08-01-2010 18:29, IP 202.185.32.194, Guest
4. pakej lisa
asslamualaikum,ustaz... 
 
saya nak tnyer ape hukum klu jlnkn bisnes dgn pakej lisa (buat duit dengan youtube) ????.....minta penjelasan
 
» Reply to this comment...

Posted by arisnoor, on 29-12-2009 09:24, IP 115.134.182.163, Guest
5. skim cepat kaya
Saya lihat banyak sangat iklan-iklan ini kat surat khabar on-line. Tolong jangan terima. Saya dah terima banyak sangat skimcepat kaya kat email saya.
 
» Reply to this comment...

Posted by Zaidi, on 06-08-2009 11:48, IP 60.50.83.112, Guest
6. Memang ramai yg ambik kesempatan
Masya allah, sememangnya sistem dunia sekrg ni materialistik semata2. Sungguh pun adik beradik @ kawan2 rapat tetap akan mengambil kesempatan. Percayalah. Saya pun pernah terkena. Kadang2 tu, kawan2 kita tu memang nampak baik, solat, sedekah etc. tapi semata2 utk menutup ketidak jujuran mereka. Ya Allah Ya Rabbi....moga Allah ampun kan dosa mereka :cry  
 
Masih ada lagi ker manusia di dunia ini yg betul2 jujur & ikhlas????? Rasanya dah pupus..... kalau bersumpah kan atas nama Al Quran pun, sudah jadi perkara biasa, apatah lagi perkara2 yg sukar ditafsirkan di atas muka bumi ini????? hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm :roll :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by ghafar, on 11-02-2009 18:23, IP 203.82.67.205, Guest
7. tech
saya ada terbaca dr email saya.nyaris jg nak join.harga register RM35 jer.masa nak bank in duit tu kat machine deposit,machine tu tak accept note RM5.dh byk kali cuba.saya pun fed-up.tp fikir2 blk agaknya allah tak bg saya trtipu agaknya.
 
» Reply to this comment...

Posted by Shamsuriyadi.com, on 12-12-2008 18:46, IP 219.93.152.34, Guest
8. jauhi
Jauhi benda yang kononya home data entry apa tu. Ia banyak menipu. Tentang cd ada email dalam tu. Itu lagi la, spam ke email orang pulak. 
 
http://www.shamsuriyadi.com/ 2008/12/12/scam-alert-home- data-entry/
 
» Reply to this comment...

Posted by syah, on 30-09-2007 11:56, IP 60.52.101.23, Guest
9. ...
Saya juga baru2 ni tlh join.... 
 
Diterangkan distu ianya sah di sisi syarak krn kita byr untuk dpt eBOOK tersebut,eBOOK tersebut ada manfaatnya krn kita boleh meluaskan perniagaan kita (sekiranya ada). 
 
Didlmnya diajar bagaimana utk mndpt email utk kita mempromosikan perniagaan kita.Harap uztaz dpt kajinya http://wanglebih.com? lid=EZbiznez 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Ir. Shah, on 18-09-2007 08:53, IP 58.139.249.66, Guest
10. ...
Ustaz.. 
 
Utk maklumat lengkap buat Ust b'hubung sistem ini ( saya pernah mengikuti taklimat prog ini, ramai rakan2 telah join & ada yg berjaya ). 
 
Syarikat yg menawarkan service ni ialah SUN SOFTWARE SOLUTION. buat ms ni HQ nya di KL & JB, ada branch di Skudai & Kluang, Johor. 
 
1 CD mengandungi 500-1000 add emel client berharga RM500-RM1000. sbgi starter pack, kita kena cagar RM500 atau RM1000 utk dpt CD tu. dlm 1 bulan ( 30 hari ), cm 10 hari diperlukan kita utk hantar maklumat dr website syarikat ni kpd client2 mrka ( melalui add emel dlm CD ). setiap emel kita dibayar RM 0.10. tiap2 bulan amik CD baru & amik gaji cash. x perlu bayar pape kos lg kecuali utk tambah bilangan CD bg meningkatkan income. 
 
produk syarikat ni ialah barangan kesihatan bernama SLIM & STRONG. modal t'pulang pd kita. jika nak pendapatan RM1000 sebulan, modalnya ialah RM2000 ( harga CD ). jika nak income RM 3000 sebulan, modalnya RM 6000. 
 
ia lebih kpd keje dlm rumah menggunakan internet. ramai rakan saya & surirumah di JB dah join tp saya blum b'minat utk menyertai. sekadar utk makluman Ust sahaja jika ada sebarang komen b'kenaan status kegiatan ini... wallahua'lam 
 
Ir. Shah 
Johor Bahru 
 
» Reply to this comment...

Posted by nini, on 17-09-2007 13:38, IP 58.139.249.66, Guest
11. ...
Tak payah la join..kawan sy dah kena tipu join bisnes ni bukan skit tau, 15k.  
 
Hantar email, dapat agreement la, tapi at the end syarikat tu pun dah tak jumpa..gulung tikar p mana tah.. kesian btul!  
 
» Reply to this comment...

Posted by Zul, on 17-09-2007 08:37, IP 60.52.99.34, Guest
12. ...
Assalamualaikum Ustaz.. 
 
harap sangat ustaz dapat menjawab soalan saya..iaitu saya ada menyertai 2 program utk menambah pendapatan.. 
 
1. program di www.duithalal.com/ahli/ SMART..dimana utk. menyertainya saya harus membayar RM36.00. Selepas itu saya akan dapat download e-book dan alamat email. 
 
Jika saya menaja ahli baru..Ahli baru juga akan membayar harga yg. sama dan akan terus membuat bayaran ke akaun bank saya..selepas itu saya akan transferkan RM11.00 sahaja kepada admin utk kos pengaktifan akaun dan utk ahli baru dapat web bagi promosi.Kata admin lagi..RM1 dari RM 11.00 yg diia dapat tu akan didermakan ke tabung2 kebajikan.  
 
Sistem ini tiada upline dan dowline..sesiapa dapat taja ahli baru..dialah dapat duit..harap ustaz dapat beri penjelasan..satu lagi program www.bio-asli.com/?id=Fieza01 yang ini jual pelbagai produk halal dan dapat komisen sehingga 20 level. 
 
Harap sangat ustaz dapat beri penjelasan kerana semakin hari..semakin pelik program yg saya jumpa..
 
» Reply to this comment...

Posted by zul, on 06-09-2007 14:23, IP 58.139.249.66, Guest
13. ...
o0o..... 
 
best sangat ke tu..... 
 
klau dpt byk duit tpe..... 
 
hehehehe..... :grin :grin  
:? :?
 
» Reply to this comment...

Posted by SHAHREELZ, on 05-09-2007 14:40, IP 58.139.249.66, Guest
14. ...
Sekarang timbul pula jika kita hantar email daripada company tertentu, 
 
Selepas itu company tersebut akan meminta no akaun kita untuk dimasukkan wang disebabkan kita "forward kan email tersebut  
 
KOMEN UZAR : jauhilah ia, ia akana mendedahkan anda kepada risiko dicuri identiti dan macam-macam lagi.  
 
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom