Utama arrow Perbankan & Insuran arrow Bank Islam Menipu & Bank Konvensional Sebenarnya Lebih Mahal
PDF Print
User Rating: / 77
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 03-09-2007 17:01
Views 30508    
Favoured 52

Mahal & Murah Antara Bank Islam &

Konvensional :  Satu Perbandingan Yang Silap

( Bahagian yang dikemaskini berwarna hijau pada 4 Sept 07) 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net 

( Sebahagian dari tulisan ini adalah petikan dari buku Perbankan dan Kewangan Islam saya yang sedang dalam proses percetakan, dijangka akan terbit sekitar bulan Oktober 2007)

mahal?Kerap kali kita mendengar hiruk pikuk orang Islam membandingkan kadar keuntungan yang diambil oleh bank-bank islam dan kadar riba haram (interest) yang dikenakan oleh perbankan konvensional.

Ikhlas saya katakan ia adalah satu perbandingan yang amat tidak benar dan tidak wajar. Seorang lelaki berkata : 

"Saya rasa kepimpinan George Bush ada persamaan dengan Nabi Muhammad dari sudut penguasaan ahlinya"

Apa perasaan anda bila dibandingkan Nabi Muhammad s.a.w, seorang Rasul dan kekasih Allah  dengan seorang manusia jahat seperti George Bush ?. Bagi yang sensitif perbandingan itu tidak wajar sama sekali dari sudut spiritual dan fizikal. Bagaimanapun, bagi yang sudah hampir mati spiritualnya, perbandingan itu dilihat wajar dan adil.  

Tindakan membandingkan apa yang ditawarkan oleh bank Islam dan bank Konvesnional adalah ternyata silap. Iaitu dari sudut :-

1)  Spiritual ; kerana membandingkan perkara yang halal dan yang haram.

2) Fizikal ; kerana cuba membandingkan dua benda yang mempunyai bentuk yang berbeza. Sebagai cuba membandingkan kadar keuntungan yang diambil oleh bank Islam dan kadar interest yang dikenakan oleh konvensional.

Selain itu, kadar harga juga berbeza-beza mengikut lokasi rumah yang ingin dibeli, kemampuan pelanggan, peratusan pinjaman / pembiayaan yang dipohon (kadar bagi pinjaman 90 peratus adalah berbeza dari pinjaman 50 peratus dan 70 peratus), tempoh jangka pembiayaan dan banyak lagi. Sebarang perbandingan mestilah mengambil kira semua faktor itu sebelum ia dibuat. Perbandingan yang dibuat secara umum pasti akan menunjukkan kelemahan diri dalam ilmu perbandingan.

Berikut adalah beberapa fakta yang menyebabkan dakwaan pinjaman perumahan bank konvensional lebih murah dari dalam perbankan Islam adalah silap dan tidak tepat sama sekali :- 

 

Pertama: Perbandingan Kiraan Yang Silap

 

Orang ramai tidak dapat memahami cara kiraan yang betul menyebabkan mereka membuat keputusan dan kesimpulan yang salah. Bayangkan, perbankan Islam hanya mengenakan 7.5 peratus (tahun ketiga sehingga 30 sebagai contoh), ini bermakna kadar ini tidak akan bergerak hinggalah 30 tahun itu. 

 

Manakala apabila dilihat kepada pinjaman perumahan oleh produk konvensional, hampir kesemuanya memukau pelanggan dengan kadar rendah di tahun pertama, tetapi bagi tahun berikutnya kadarnya tidak dapat diketahui oleh pelanggan kerana ia bergantung kepada kadar peratusan BLR (Base Lending Rate) atau Kadar Pinjaman Asas yang tidak tetap serta ditolak dengan 0.25 peratus sebagai contoh.

BLR 1991 - 2006 

Gambar : Kadar Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) 1991 - 2006

Bagaimana apabila peratusan BLR melambung tinggi seperti 10 peratus seperti yang berlaku ketika krisis ekonomi? Bukankah ketika itu, kadar faedah yang perlu dibayar oleh pelanggan juga amat tinggi. Ini tidak akan berlaku dalam praktis bank Islam kerana di awal kontrak lagi menetapkan harga jualannya, tanpa terikat dengan BLR dan tidak akan naik malah mungkin boleh turun sekiranya bank Islam memberikan rebate (ibra') apabila pihak pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal. Perlu dingat BLR naik beberapa kali sepanjang tahun lepas dan tahun ini daripada 6 peratus sehingga 6.75 peratus. Ia juga boleh melonjak lagi mengikut keadaan ekonomi.

Ada pihak yang mendakwa kadar BLR sekiranya naik sekalipun ia tidak akan berpanjangan. Jika anda melihat statistik di atas, kadar BLR melebihi 8 peratus bermula tahun 1995 sehingga 1998. Ini bermakna 36 bulan anda dikehendaki membayar dengan kadar yang amat tinggi. Ia mungkin mampu ditanggung oleh orang yang berada, tetapi tidak bagi orang yang sederhana dan mempunyai gaji yang sekadar cukup makan setiap bulan.

Perlu diingat juga, jika dalam tempoh tersebut anda tidak boleh membayar, anda akan dikenakan penalti yang tinggi oleh Bank Konvensional dan jumlah pinjaman pokok akan bertambah menggunung. Tatkala itu kadar BLR yang telah jatuh semula tidak banyak memberikan manfaat, kerana tiga tahun kadar BLR tinggi itu telah menjadikan pembayaran anda selama ini seperti membuang duit di dalam sungai kerana ia akan menaikkan semula jumlah pinjaman pokok anda. Akan didedahkan selepas ini mengapa ia berlaku.

Ini bermakna, kenyataan yang menyebut perbankan Islam mengenakan kadar yang lebih tinggi bagi dibayar oleh pelanggan adalah kenyataan yang tidak tepat dan tidak logik untuk diperbandingkan. Cuba lihat bagaimaan perbandingan boleh dibuat terhadap tawaran dua buah bank berikut :-

Pembiayaan Rumah (Bank Islam Malaysia Berhad [1]   )

Pinjaman Rumah ( Konvensional )

Public Bank [2]

Tahun Pertama : 2 %

Tahun Pertama : BLR - 2.00% p.a. = ( 4.75 % [3])

Tahun Kedua   : 4 %

Tahun Kedua : BLR - 2.00% p.a. 

Tahun Ke-3 ke 10 : 7 %

Tahun Ketiga : BLR - 2.00% p.a 

 


Tahun seterusnya : BLR - 1.60% p.a.

 


 


 

Jika anda dapat melihat kedua-dua tawaran di atas, bagaimana mungkin anda boleh mengetahui yang mana satu lebih murah? Memang benar bank Islam menetapkan dari awal harga jualan rumahnya kepada pelanggan kerana ia adalah kewajiban dalam Syariah, kerana itu seseorang menyangka Bank Islam lebih mahal kerana menjual sebuah rumah berharga asal RM130 000 dengan harga RM260 000. Sedangkan, pemberitahuan harga begini memang diperlukan bagi sebuah transaksi Murabahah dan Al-Bai. Sebarang pembelian aset yang tidak diketahui harganya adalah diharamkan di dalam Islam seperti :-

 

"Saya jual sofa ini kepada anda dengan harga bergantung kepada BLR. Minggu pertama BLR - 4 peratus, minggu kedua BLR - 3 peratus dan lain-lain"

 

Transaksi jualan aset sebegini adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama silam dan terkini. Tahap haramnya bertambah tinggi apabila sebuah pinjaman dengan riba yang tidak diketahui pula jumlah bayaran semula yang dikenakan tatkala pinjaman dibuat. Ia adalah riba dan gharar.

 

Yang jelas dalam hal di atas, perbandingan antara harga yang diletakkan oleh Bank Islam dan bank konvensional tidak boleh dibuat lagi kerana jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar kepada bank konvensional tidak akan dapat diketahui sehingga tempoh pinjaman anda tamat.

 

Perbandingan ini menjadi salah kerana Bank konvensional bergantung sepenuhnya kepada kadar BLR yang berubah-ubah. Bagaimana anda boleh membandingkan benda yang tiada dengan yang sudah ada. ? Kecuali jika individu tersebut tidak mempunyai pengetahuan tentang kewangan. Malangnya, kebanyakan umat Islam di Malaysia kelihatan berfikiran jangka pendek, mereka hanya melihat pembayaran di hadapan mata mereka tanpa melihat jauh ke hadapan berbelas tahun lagi. Ini menyebabkan mereka sering terperangkap dalam perbandingan yang silap. [4]

 

Saya tegaskan sekali lagi, jika anda ingin mengatakan kadar interest bagi Public Bank berhad ( berdasarkan contoh di atas) adalah sama untuk tahun kedua dan ketiga iaitu 4.75 peratus, anda telah tersilap kerana ia belum dapat dipastikan lagi sehingga tahun depan barulah ia akan diketahui kadarnya.

 

Kadar tetap di Bank Konvensional ?

 

Sebahagian individu yang tidak memahami konsep kiraan ini juga cuba mendabik dada sambil mendakwa kononnya terdapat bank-bank konvensional yang dapat menawarkan kadar tetap yang jauh lebih rendah dari bank-bank Islam kononnya.

 

Ia juga sebenarnya perbandingan yang tidak sah dan tidak betul. Sebagai contoh dikatakan CIMB Konvensioanl memberikan fixed rate 5.25 peratus untuk pinjaman perumahan. Bagaimanapun jika anda membuka web CIMB Bank berhad [5], ia tercatat seperti berikut :-

 

3 years Fixed Rate
1st - 3rd year : 5.25%
Thereafter : BLR - 1.50%

5 years Fixed Rate
1st - 5th year : 5.50%
Thereafter : BLR - 1.50%

 

Bagaimana mungkin anda membandingkan antara carta kadar Bank Islam Malaysia berhad tadi dengan kadar CIMB ini . Ini kerana kadar fixed yang ditawarkan hanyalah antara 3 dan 5 tahun. Adapun, kadar yang ditawarkan oleh bank Islam mulai tahun ketiga hingga ke atas sehingga ke tahun ke-10 adalah hanya 7.0 peratus.

 

Demikian juga halnya dengan dakwaan CITIBANK menawarkan kadar tetap begitu rendah iaitu 5.70 %, jauh lebih murah dari Bank-bank Islam. Bagaimanapun, anda sekali lagi tertipu jika mengganggap ia adalah kadar tetap bagi 30 tahun. Cuba anda lihat apa yang dicatatkan di web CITIBANK berikut [6] :-

 

* Terms and conditions apply. Loan Approval is subject to credit review. 5.70% fixed rate (no BLR) is for the first 3 years. Promotion is applicable for completed residential properties and for a limited time only. Preferred insurance Partner - ING

 

Jika anda faham, sudah tentu kadar yang ditawarkan oleh bank-bank islam lebih hebat.

Pinjaman riba kadar tetap oleh syarikat Insuran 

Tadi individu itu sibuk ingin membandingkan dengan bank, kini mereka cuba pula membandingkan tawaran dua buah syarikat Insuran yang menawarkan pinjaman perumahan dengan kadar tetap serendah 5.99 peratus selama 30 tahun dengan bank Islam ?. Ia juga bukan perbandingan yang betul kerana :-

1) Ia adalah sebuah syarikat insuran. Perbandingan sebuah bank dengan syarikat insuran adalah tidak tepat kerana kedua-dua jenis syarikat (bank dan syarikat insuran) mempunyai perbezaaan yang terlalu banyak dalam hal operasi, kiraan risiko, 'liquidity' dan 'liability'. Ini menyebabkan perbandingan anda tersasar jauh. ia ibarat membandingkan pinjaman bank konvensional dengan pinjaman oleh rakan anda (bukan sebuah bank). Ia adalah dari dua sektor yang berbeza. Sebagaimana juga membandingkan pinjaman PTPTN yang serendah 3 peratus dengan pinjaman pendidikan dan peribadi yang ditawar oleh bank pada kadar 8 peratus.

Malahan membandingkan pinjaman perumahan yang ditawar oleh bank konvensional dengan pinjaman perumahan oleh syarikat insuran juga tidak tepat. Ia kelas dan sektor yang berbeza.

2)  Syarikat Insuran itu juga mewajibkan untuk mengambil insuran dengannya. Ini menyebabkan terdapat kos tambahan yang tidak termasuk dalam 5.99 peratus, tetapi termasuk dalam kiraan kontrak insuran pula. Majlis Fiqh Dunia telah memutuskan sebanyak 3 kali bahawa insuran konvensional adalah haram. bermakna sesiapa yng mengambil produk pinjaman perumahan dari syarikat insuran ini, terlibat dengan 'double' riba.

3) Syarikat itu juga mengamalkan kiraan penalti secara 'compounding' yang masih akan membawa isu yang sama, iaitu pokok pinjaman akan bertambah sekiranya terdapat kegagalan pembayaran pinjaman.

4) Syarikat Insuran dan bank-bank konvensional mengenakan 'commitment fee' iaitu yuran khas jika anda ingin menamatkan pinjaman anda dalam tempoh 5 tahun pertama. Ini menyebabkan tidak boleh menukar ke bank lain dalam tempoh tersebut kecuali membayar denda yang dinamakan 'yuran komitmen'.

Di bank-bank Islam, Majlis Syariah dunia tidak membenarkan yuran komitemen ini dilaksanakan. Anda bebas untuk menukar pembiayaan ke bank lain tanpa sebarang denda. Demikian pelaksanaan oleh Hong Leong Islamic bank, RHB Islamic Bank dan Asian Finance Bank, Kuwait Finance house dan beberapa yang lain.

Hasilnya, bank Islam masih tetap lebih hebat kerana halal dan terutamanya terdapat bank Islam yang menawarkan konsep fixed rate yang variable. Ia seperti penjelasan di bawah ini.

Kedua : Kadar Tetap Bank Islam Boleh Berubah Menjadi Murah

Satu fakta yang sering gagal difahami orang awam adalah terdapatnya beberapa buah bank Islam yang menawarkan kadar tetap pada 10 peratus, tetapi bayaran bulanannya anda bukannya 10 peratus, tetapi dilihat kepada Base Financing Rate (BFR) semasa, jika BFR adalah 6.0 peratus, maka pihak Bank Islam akan memberikan diskaun pada bulan tersebut sebanyak 4 peratus. Lihat gambar di bawah dan fahamkan. Bank konvensional tiada kemudahan seperti ini.

Jika kadar BFR meningkat melebihi 10 peratus, bank islam tetap hanya akan mengambil 10 peratus juga, berbanding bank konvensional yang akan menaikkan kadar bayaran selari dengan BLR ke tahap berapa sekalipun. Kaedah ini telah disahkan halal oleh pelbagai Majlis Syariah bank-bank Islam di Malaysia dan Timur Tengah. Ia dinamakan produk Home Financing-i variable, produk sebegini ada ditawarkan oleh Hong Leong Islamic Bank, Maybank Islamic Banking dan beberapa bank Islam yang lain.

Fahamkan ini Sebelum Bising 

Gambar : Produk fixed dengan kemudahan variable oleh Bank Islam. EPR : Effective Profit Rate . CPR : Contracted Profit Rate  

Justeru jika kadar tetap setinggi 10 peratus dikenakan oleh bank Islam bagi tempoh 30 tahun, ia sebenarnya masih murah dan hebat berbanding bank konvensional yang menggunakan BLR yang tidak tetap sepanjang masa. Ini kerana walaupun tetap, pembayaran bulanannya sentiasa ditawarkan diskaun oleh pihak bank Islam mengikut kadar BLR semasa. Sedangkan jika BLR melepasi tahap 10 peratus, bayaran bulanan yang perlu dibayar kepada bank islam adalah terikat pada kadar 10 peratus sahaja. Ini tidak berlaku di bank konvensional. 

 

Selain itu, anda juga tidak boleh membandingkannya secara umum kerana setiap bank mempunyai kadar yang lebih pelbagai lagi bergantung kepada jumlah peratusan pinjaman. Jika anda hanya meminjam 70 peratus dari harga rumah, kadarnya berbeza dengan 90 peratus. Demikian juga di bank-bank Islam. Sebarang perbandingan mestilah sama di kedua-dua belah pihak.

 

Isu Rebate

 

Jika terdapat individu yang mendakwa rebate yang ditawarkan oleh bank islam hanya gimik, ia bererti individu itu sememangnya tidak memahami langsung operasi bank islam dan tidak mempunyai ilmu Syariah.

Di dalam Islam tidak dibenarkan menjual sesuatu barangan dengan dua harga yang berbeza, sebagai contoh :-

 

"saya jual rumah ini kepada anda dengan harga RM150 000 atau RM 200 000"

 

Jika bank Islam menjadikan rebate clause ini sebagai obligatory statement atau kewajiban ke atas pelanggan, ia akan menjadi gharar dari sudut Islam dan diharamkan. Disebabkan hal itu, rebate yang ditawarkan oleh Bank Islam tidak boleh memasukkan rebate sebagai bank's obligation (kewajiban bank), ia ditegah oleh Majlis Penasihat Syariah bank-bank seluruh dunia. Ia bukan gimik tetapi adalah bagi menepati hukum Syariah.

 

 

 

Ketiga : Caj Penalti Menindas

 

Orang ramai juga kelihatan amat tidak faham perbezaan kesan caj penalti yang dikenakan oleh bank konvensional  dan bank Islam.

 

Bank konvensional mengenakan caj penalti jika lewat membayar secara compounding atau terkumpul. Ertinya, sebagai contoh, pinjaman A kepada bank sebanyak RM10 000 dan dikenakan bunga atau interest riba sebanyak 5  peratus. Bermakna A perlu membayar sebanyak RM10 500 kepada bank itu jika anda membayar tepat pada waktunya. Bagaimanapun A tidak akan mampu pasti anda boleh membayar pada masanya secara yakin, kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

 

Katalah setelah membayar beberapa lama, baki pinjaman kini hanya RM3 000 sahaja. Tiba-tiba, A mengalami kesusahan lalu gagal membayar pada waktunya. Ketika itu bank konvensional akan mengenakan 3 peratus caj penalti iaitu RM 90 sebulan. Ia sangat mahal berbanding Bank islam yang hanya mengenakan  maksimum 1 peratus atau RM 30 sebulan.

 

Lebih dahsyat dari itu di bank konvensional jumlah pokok yang berbaki RM3 000 itu akan bertambah dicampur RM 90 sebulan bagi kelewatan bulan pertama. Tatkala itu, jumlah pokok menjadi RM3 090. Manakala jumlah pembayaran semula pula akan dikira adalah 5 peratus x (RM3 090 ) dan bukan lagi 5 peratus daripada RM3 000. Justeru ini akan menaikkan lagi hutang A, bayangkan jika anda terlewat beberapa bulan.

 

Hal seperti ini TIDAK AKAN berlaku di bank islam kerana tiada kadar compounding boleh dikenakan oleh bank islam, di mana jika terdapat kelewatan pembayaran, hanya caj 1 peratus dikenakan dan ia tidak dimasukkan di dalam jumlah pembiayaan, malah ia juga akan disalurkan terus oleh bank Islam kepada faqir miskin.

 

Ini perlu difahami oleh orang ramai sebelum tergesa-gesa memahami bank konvensional lebih murah. Faktor penalti ini boleh dianggap sebagai antara penyebab kebanyakan peniaga bukan Islam terutamanya dari kaum Tionghua suka memohon pembiayaan dari bank islam. Mereka tahu, adakalanya mereka memang terpaksa tidak membayar bayaran ansuran beberapa ketika disebabkan keperluan tunai untuk memperkembangkan bisnes dan sebab-sebab lain.

Malah apabila dilihat kepada kadar perbiayaan yang dikenakan oleh perbankan Islam bagi produk-produk membiayai perniagaan juga membuktikan kadar adalah setara seperti ditawarkan oleh bank konvensional malah lebih murah dalam banyak keadaan. Hal ini sukar didedahkan kerana kadar pembiayaan syarikat berubah-ubah bergantung kepada tiga hal terpenting:

a) Kadar mengurus minima (cost of fund) bank Islam itu.

b) Prestasi dan kekuatan organisasi yang memohon pembiayaan.

c) Potensi and risiko perniagaan yang ingin diceburi.

Keadaan ini menyebabkan perbandingan tepat 'apple to apple' adalah tersangat sukar.

Ulama Bank Islam Menipu Jual Agama?

Sebagai akhirnya, jika anda masih mengatakan bank-bank Islam 'menipu', zalim dan semua ustaz dan ulama yang megesahkan adalah menipu, menjual agamanya dan apa-apa yang lain. Ia terpulang kepada anda jika anda rasa benar-benar berilmu tentang Fiqh Muamalat dan kewangan Islam.

Tetapi anda perlu sedar, siapakah individu yang bertanggung jawab mengesahkan tindakan dan operasi perbankan Islam di Malaysia dan seluruh dunia sekarang ini. Mereka adalah Majlis Fiqh Antarabangsa, Majlis Fatwa Eropah, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Majlis Ulama Indonesia, Majlis Fatwa Brunei, Majlis Fatwa Saudi, para ulama timur tengah dan ramai lagi. Semua mereka tahu apa yang saya katakan di atas.

Jika benar-benar bank Islam di seluruh dunia tipu, sudah tentu kumpulan ulama ini akan bangkit menentang. Tapi itu tiada berlaku, malah semuanya menyokong penuh dan membantu perkembangan bank-bank Islam. 

Secara spesifik pula antara ulama pakar kewangan Islam yang bertanggung jawab menyelia operasi bank-bank Islam di Malaysia (dahulu dan sekarang) seperti :-

Sila buka di sini  untuk senarai ahli Majlis Syariah BNM

1) Prof. Dato' Dr Haron Din ( ex Majlis Syariah BNM & Suruhanjaya Sekuriti),

2) Prof Adjunt Dr Mohd Daud Bakar ( Pengerusi, Majlis Syariah Bank Negara Malaysia)

3) Prof. Madya Dr. Engku Rabiah ( Majlis Syariah BNM )

4) Dr Aznan Hasan ( Majlis Syariah BNM )

5) Dato' Ismail Kamus ( Ex Majlis Syariah EON Islamic banking )

6) Syeikh Nizam Ya'kubi (Ulama Bahrain, juga kelulusan ekonomi dari USA & keluaran pondok Mekah, antara guru Syeikh Yasin Fadani, Majlis Syariah CIMB Islamic Bank Malaysia)

7) Syeikh Dato Hashim Yahya ( Majlis Syariah BNM  & Ex Mufti WP)

8) Dato Harussani Zakaria ( Majlis Syariah Maybank Islamic Banking & Mufti Perak)

9) Prof. Ust Saleh Ahmad ( YDP Persatuan Ulama Malaysia, Majlis Syariah Bank Muamalat Malaysia)

10) Dato' Hasan Ahmad ( Mufti Penang, Majlis Syariah BNM)

11) Prof. Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid ( Majlis Syariah, Public Islamic Banking)

12) Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ( Majlis Syariah Asian Finance Bank Malaysia, ulama besar Syariah di dunia) 

dan ramai lagi, termasuklah Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat yang redha dengan bank Islam di Malaysia. Jika tidak, mengapa beliau mengarahkan kerajaan Kelantan menyimpan di bank Islam.

Jika anda katakan bank Islam yang ada di depan mata anda hari ini adalah menipu atas nama 'Islam', zalim serta menindas. Ini bermakna anda juga mengatakan semua nama-nama dan ulama besar yang terlibat telah membiarkan penindasan, kezaliman dan penipuan dilakukan oleh perbankan Islam kepada orang ramai. Benarkah mereka semua pendokong dan pengesah penipuan oleh bank Islam dan menjual agama mereka. Sebenarnya siapa yang menipu?. dan siapa sebenarnya yang JAHIL?  

Jika ada ahli parti PAS ingin mengatakan bank Islam yang ada ini adalah ala UMNO, maka Dr Haron Din (Timb Mursyidul 'Am PAS) adalah salah seorang yang mengesahkannya dan beliau merupakan ahli Syariah RHB Islamic Bank banking begitu lama sekali. Jika anda ingin mengatakan bank-bank Islam yang ada ini ala PAS, ia juga tidak benar kerana terlalu ramai ulama yang mempunyai jawatan rasmi kerajaan bersama-sama meluluskannya.

Sebenarnya, bank-bank Islam di dunia dan di Malaysia bukanlah agenda mana-mana politik kepartian, tetapi ia adalah agenda Islam. Malah model perbankan Islam di dunia hari ini adalah sama dalam banyak sudut. 

Mereka adalah individu utama yang bertanggung jawab di Malaysia bagi memastikan operasi bank Islam adalah menurut hukum Syariah.

Sebenarnya, individu yang cuba mempertikaikan bank islam ini adalah sebahagian dari gerakan pihak Islam Liberal di Malaysia, mereka sentiasa cuba menjatuhkan kredibiliti ulama di seluruh dunia dengan harapan termasuk Malaysia, perjuangan mereka adalah supaya manusia akan menjadi lebih bebas seperti beruk di hutan tanpa ikatan dari hukum itu dan ini. Malangnya kerana ketidakfahaman umat Islam, penyokong-penyokongnya lahir bukan sekadar dari orang awam, tetapi juga penyokong gerakan islam di Malaysia. Saya cukup simpati dengan mereka, di permainkan dengan begitu mudah oleh puak Islam Liberal. Padahal gerakan Islam inilah yang membantah habis-habisan penubuhan IFC dan Islam Liberal, kali ini kelihatan ahli-ahli mereka pula ghairah menyokong idea Islam Liberal sehingga menyiarkan tulisan pihak Islam Liberal ini di web popular ahli-ahli mereka dengan bangganya. 

Adakah anda lebih percaya permainan kata-kata seorang ejen insuran Riba (yang menyebarkan artikel kononnya bank islam menipu, ia juga adalah dari pihak gerakan Islam Liberal) dari senarai ulama di atas?

Terpulang kepada anda siapa yang ingin anda jadikan rujukan untuk urusan akhirat anda.

 

Sekian, wallahul musta'an.

 

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Sept 2007

21 Syaaban 1428 H

 

 

 


 


[1]  Kadar  pada 2 September 2007 ( rujuk http://www.bankislam.com.my/Baiti_Home_Financing.aspx)

[2]  Kadar pada 2 September 2007 ( rujuk http://www.publicbank.com.my/en/en_content/personal/rates/5hp2.html)

[3]  Mengikut kadar BLR hari ini 2 Sept 2007 iaitu 6.75 %

[4]  Kerana itu juga agaknya terlalu ramai umat Islam yang berifikiran begini berlumba-lumba memasuki skim cepat kaya yang tidak laku disisi bangsa lain. Begitu menyedihkan dan memalukan.

[5]   http://www.cimbbank.com.my/index.php?ch=bank_ch_tools&pg=bank_pg_rates_s&ac=351&tpt=cimb_bank, dilawati pada 2 September  2007

[6] Rujuk https://www.citibank.com.my/APPS/portal/genericLoadPage.do?tabNo=4&htmlPageName=/promo/det/loan_flexihome.htm , dibuka pada 2 Sept 2007

Last update: 11-06-2008 15:15

Published in : Soal Jawab, Perbankan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (67) RSS feed comment
Posted by azemi, on 23-04-2010 14:44, IP 202.185.32.254, Guest
1. Pinjaman Bank Konvensional
Salam. 
Mohon penjelasan, Saya ingin membuat meminjam atas perniagaan.Masalahnya Bank Islamik memberi pinjaman yg tidak mencukupi apa dikendaki oleh saya berbanding dgn Bank Konvensional yg memberi pinjaman yg besar utk saya. Saya dlm situasi serba salah. mohon bantuan.
 
» Reply to this comment...

Posted by ainur, on 03-04-2010 02:05, IP 203.82.80.19, Guest
2. pinjaman perumahan
assalamulaikum ustaz 
1. Hasil survey saya bank yang menggunakan khidmat islamic financing menggunakan konsep BFR. Bleh ustaz jelaskan beza BFR dgn BLR? kerana mereka mengatakan sama saja 
2. Mana yang lebih baik bg saya membuat pinjaman menggunakan BFR (4.0%-4.2%) atau faedah tetap thn ke 3 dan seterusnya(7.98%)
 
» Reply to this comment...

Posted by shah, on 01-02-2010 13:12, IP 128.196.239.187, Guest
3. Senarai bank pinjaman islam
assalamualaikum ustaz 
boleh tak senaraikan serba sedikit bank yang menawarkan pinjaman perumahan islam dimalaysia.saya cuba cari di website ustaz tapi tidak jumpa. 
saya sedikit keliru ada nama bank nampak islamik sperti bank muamalat tetapi orang kata pinjamnya tidak islamic.dan ada plak bank yang nampak tidak islamik tapi menggunakan nama islam seperti hong leong islamic bank. 
terima kasih 
 
 
UZAR : semua bank yang memakai nama Islamic adalah halal untuk sdr gunakan, ia telah memathui syarat2 dan dipantau khusus oleh Majlis Syariah masing-masing.
 
» Reply to this comment...

Posted by Maznah binti Mohamed Nor, on 18-01-2010 14:38, IP 115.133.222.142, Guest
4. Tambah Penama Dalam Aset Yang Telah Dibe
Salam, 
 
Saya ingin mohon pendapat dari sesiapa yang maklum bagaimanakah cara untuk menambah penama dalam sesuatu aset (rumah) yang telah dibeli. 
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by Siti Aishah bt Ali Mohd Anafia, on 12-10-2009 12:34, IP 118.100.255.76, Guest
5. minta izin
assalamualaikum 
mtk izin utk menyimpan artikel uzar... 
terima kasih atas penerangan uzar... 
 
uzar : sila
 
» Reply to this comment...

Posted by neogeasshony, on 14-07-2009 02:00, IP 203.82.91.104, Guest
6. ASSALAMUALAIKUM
assalamualaikum, ustaz. 
 
1.saya nak tau apa pandangan ustaz terhadap pengurusan Bank Islam Malaysia Berhad yang sekarangan ini sudah meningkat terutamanya dari segi penggunaan IT tetapi dari segi staff-staffnya dikatakan tidak friendly/ not customer oriented.. terdapat berberapa rungutan pengguna isalam yang tidak puas hati terhadap pengurusan BIMB ini.. 
 
2. apa pandangan ustaz kebaikan pengurusan perbankan islam ini terhadap gologan institutsi pendidikan. 
 
UZAR : Berkenaan BIMB, saya tidak dapat komen kerana tiada info jelkas berkenaannya dan tidak pernah pula saya 'terkena'sewaktu berurusan dgn BIMB, Namun secara umum, memang banyak kelemahan pengurusan, cuma diharap mereka akan mempertingkatkan efisiensy dari masa ke semasa 
 
soalan kedua kurang jelas
 
» Reply to this comment...

Posted by Iszad, on 21-11-2008 17:24, IP 194.80.178.1, Guest
7. ...
Assalamualaikum Ustadz, 
 
Terima kasih atas info yang diberikan. Pada pandangan saya, mereka yang melihat Islamic finance dan konventional finance adalah sama, cuma dari segi akad shj berlainan adalah mereka yang mungkin kurang pengetahuan atau kurang semangat mendalami 'isi' atau 'substance' dalam kewangan Islam.  
 
Di Malaysia, kita mengamalkan dual system yang mana perbankan Islam beroperasi serentak dengan perbankan konvensional.  
 
Walaupun pada dasarnya perbankan Islam direka khusus kepada umat Islam bagi menyediakan alternatif kepada pembiayaan tanpa riba tetapi kini perbankan Islam sudah mula menjadi 'main stream' dalam kewangan global dan terpaksa bersaing pula dengan perbankan kovensional. 
 
Satu perkara yang mungkin Ustadz akui, pelanggan perbankan Islam bukan lagi sekadar umat Islam tetapi juga masyarakat bukan Islam, terutama di UK dan US. 
 
Dalam pada itu, kita perlu akui, industri ini perlu bergerak dengan lebih maju terutama dalam instrumen-instrumen berkaitan 'hedging' dan 'futures' yang seringkali dikaitkan dengan unsur 'gharar', walhal risk management adalah sesuatu perkara yang penting dalam mana-mana urusniaga. 
 
Soalan saya, apakah pendapat Ustadz daripada segi inovasi produk kewangan Islam dalam instrumen 'hedging' ini. 
 
Kedua, apakah strategi yang perlu dimainkan oleh kerajaan dan industri dalam mengembangkan perbankan Islam ini supaya masyarakat bukan Islam akan tertarik sekaligus ia sebagai usaha tidak langsung mendekatkan mereka dengan keindahan Islam melalui prinsisp 'muamamat' Islam yang indah ini. 
 
UZAR : Ni macam soalan interview pulak..tak muat jawapannya dalam ruang ini.. 
 
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Rahaisha, on 03-11-2008 22:50, IP 194.80.178.1, Guest
8. ...
Saya setuju x leh samakan Islamic Bank (IB) dgn konvensional cume bila kite berada kt operational side kita xnampak what's the difference.  
 
Once duduk kt Product Dev @ mana2 dept yg kena review the product structure baru nampak kelainannye.  
 
So, bukan senang nk terang dasar IB to operation people. 
 
IB offer rate yg rendah compare to IB sy xhayati sgt hal ni. In the event of default IB helps sbb late compensation charges dia lower than conven @ under recession/uncertainty economic condition mmg bagus amik fixed IB financing but if the customers are a good pay master total repayment amount dia lbh rendah under conven rather than IB. Tp skrg IB pun offer variable rate based on IFR which is really make it similar to conven. Tahap ni mcm confuse sikit.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Louis Vuitton, on 13-06-2008 19:10, IP 60.52.99.213, Guest
9. ...
Have a lot of informations.Dah tak keliru. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by fiesha, on 10-04-2008 00:26, IP 60.52.102.20, Guest
10. ...
askum ustaz... 
 
saya nak minta pendapat ustaz berkenaan dengan rifinance rumah..sebelum nie saya buat loan di EON so skrg nie saya nak tukar kepada Perbankan Islam..boleh ustaz terangkan bagaimana cara2 pemprosesan. dan satu lagi rate sepertimana yg perlu kita ambil...adakah fix rate atau pun floating rate... 
terima kasih. 
 
UZAR : TERUS PERGI KE BANK TERSEBUT DAN BERBINCANG. BAGUS JUGA JIKA CALL MEREKA DULU
 
» Reply to this comment...

Posted by man, on 06-04-2008 17:36, IP 60.52.102.106, Guest
11. ...
wlam 
terima kasih atas artikel ini...namun kita perlu menyatakan bahawa walaupun akad ini semua sah daripada sudut syariat..dan kesemua ulama daripada seluruh dunia menyetujuinya...namun ianya bukanlah kehendak asal syariat islam...kerana roh islam tidak terlaksana secara hakiki...dipetik fakta ini daripada luahan hati syeikh taqi usmani dalam bukunya permasalahan fikah semasa.... 
 
UZAR : BETUL, SAYA JUGA AKUINYA TAPI ITU YANG MAMPU DIBUAT BUAT MASA INI. MALAH SYEIKH TAQI SENDIRI PUN MELULUSKAN DI BANK-BANK YANG DIA SELIA SEBAGAI USAHA AWAL SEBELUM BERGANJAK KEPADA YANG LEBIH BAIK SEDIIT DEMI SEDIKIT.
 
» Reply to this comment...

Posted by Jai, on 30-11-2007 09:22, IP 60.52.101.234, Guest
12. ...
Seelok nya Bank2 Islam ni didik staff yg kerja dgn mereka ni dgn pengetahuan yg baik ini kerana ramai di antara mereka yg kata sama je dan ada pula yg kata bank islam tikam depan2..Klu dh staff cakap macam tu apa pula pandangan org lain pula.. 
Mereka perlu dan perlu di latih..  
 
KOMEN UZAR : INI MEMANG BENAR DAN TELAH LAMA DISEDARI. PROSES EDUCATE BERJALAN CUMA SLOW KERANA STAFF SUDAH TERLALU RAMAI DAN MENGJARA ORANG TUA-TUA MEMENAG SUSAH.
 
» Reply to this comment...

Posted by naniey86, on 28-11-2007 10:26, IP 60.52.99.25, Guest
13. ...
:grin :) best sangat,have a lot information. 
juz nk bg thu bykn tntg penggunaan kad kredit.
 
» Reply to this comment...

Posted by nasarudin, on 23-10-2007 15:02, IP 211.25.51.1, Guest
14. ...
Assalammualaikum 
 
apa pendapat ustaz tentang penghakiman Pesuruhjaya Kehakiman Hamid Sultan Abu acker di dalam kes Malayan Banking Berhad v. Ya'Kup Oje & anor {2007} 5 CLJ 311 dimana Yang arif menggunakan konsep equiti didalam perbankan islam dan menyatkan bahawa rebate patut diberikan sekiranya pembiayaan ditarik lebih awal 
 
KOMEN UZAR : REABTE TU DALAM ISLAM ADALAH BERASASKAN KONSEP SEDEQAH ATAU DENGAN SUKARELANYA PIHAK YANG MEMILIKI HAK MEMBERI POTONGAN. ATAU DISKAUN. 
 
MANA BOLEH PAKSA-PAKSA ORANG BAGI DISKAUN ..TIDAK IKUT SYARIAH LANGSUNG MEMAKSA TUKANG JUAL BARANG BERI DISKAUN. SUKA HATI TUKANG JUAL NAK BERI ATAU TIDAK. JIKA WAJIBKAN IA SEBABKAN HARAM KERANA PAKSAAN DAN JUGA HARGA JUALAN MENJADI GHARAR. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Najib, on 04-10-2007 17:25, IP 60.52.102.17, Guest
15. ...
Assalamualaikum. 
 
Boleh saudara jelaskan apakah kaedah sebenar perbankan Islam ? Adakah semua Bank di Malaysia yg melakukan urusniaga Syariah yg betul ? 
 
Saya terbaca kenyataan dari seseorang berkaitan perbankan Islam di Malaysia iaitu " Malaysia menjalankan pembiayaan jual beli (Al-Bai Bithaman Ajil atau pembelian dengan harga tangguh) secara 'silap mata'. " 
bank ini bukan menjalankan usaha 'jual beli' tetapi menjalankan usaha 'pinjaman'. Kadar keuntungan 'jual beli' tersebut katanya disesuaikan dengan kadar faedah (sistem konvensional) yang berada di pasaran.  
 
Saya harap saudara dapat ulas. 
Wassalam... 
 
UZAR : BUKAN SEMUA BANK ISLAM DI MALAYSIA GUNA BBA TU, SO ORANG POLITIK TU PUNYA STATEMENT ADALAH KETINGGALAN ZAMAN  
 
SEBAGAI CONTOH : KUWAIT FINANCE HOUSE MALAYSIA, ASIAN FINANCE ISLAMIC BANK MALAYSIA, RAJHI BANK MALAYSIA...TIADA LANGSUNG BBA, BAI DAYN DAN BAI INAH 
 
RHB ISLAMIC BANK, HONG LEONG ISLAMIC BANK PULA SEDANG DALAM PROSES MEMBUANG PRODUK YANG DIBUAT ATAS ASAS-ASAS BBA ITU. 
 
SO JANGAN GENERALIZE.  
 
KEDUA : PELASKANAAN BBA, BAI INAH, BAY DAYN DI BANK ISLAM DI MALAYSIA ADALAH DISAHKAN OLEH ULAMA-UALAM MALAYSIA DAN BUKAN ORANG POLITIK. SO IA ADALAH HALAL SELAGI MANA TERDAPAT ULAMA YANG BERTANGGUNG JAWAB MENYEMAKNYA. 
 
ANTARA ULAMA ITU ADALAH  
 
DATO HARUSSANI ZAKARIA, DATO HASHIM YAHYA, DR DAUD BAKAR, DATO HASAN AHMAD (MUFTI PENANG) DAN BERPULUH ORANG LAGI PROF DAN DOKTOR DALAM BAHAGIAN SYARIAH DI UNIVERISTI-UNIV MALAYSIA. 
 
MEREKA LEBIH TAHU OPERASI BANK ISLAM DAN HUKUM SYARIAH DARI TAN SRI KHALID YANG MEMBIARKAN ASB HARAM DI ZAMAN DIA MENJADI CEO PNB. SEHINGGA HARI INI.  
 
SEKIAN 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by zlatan, on 02-10-2007 18:41, IP 60.52.98.189, Guest
16. ...
assalamualaikum UZAR, 
 
apa yg ana tau, identification utk bank Islam ialah logo perbankan islam (warna biru).  
 
dlm ocbc ada product islamik tapi ana dapati dlm internet ocbc bank :- 
- tak ada logo biru tu.  
- tak mention nama2 shariah commitees.  
- dlm home finance-i agreement pula ada mengenakan 5 years lock-in period (commitment fee) 
- dikenakan penalty secara compounding for late payment.  
 
Boleh ust explain status islamic banking on OCBC bank. ana masih ragu2 ngan ocbc coz ana baru sahaja sign home finance-i agreement ngan ocbc... tlg ust...  
 
UZAR ; SEMUA ISLAMIC BANK DAN ISLAMIC WINDOWS MACAM OCBC DIWAJIBKAN ADA PENASIHAT SYARIAH OLEH BANK NEGARA MSIA.  
 
OCBC JUGA ADA, MALAH PEGAWAI SYARIAHNYA JUGA SAYA KENAL. 
 
KOMITMEN, TIDAK DISEPAKATI HARAM...RAMAI ULAMA MSIA KATA HALAL.. TAPI TERDAPAT BANK-BANK ISLAM YANG AMBIL JALAN LEBIH SELAMAT DAN MENGELAKKANNYA TERMASUK KUWAIT FINANCE HOUSE, ASIAN FINAINCE BANK DLL 
 
» Reply to this comment...

Posted by makmum, on 02-10-2007 08:21, IP 58.139.249.66, Guest
17. ...
thanx ustaz, sy dah buat loan rumah cara islam, kad kredit pun guna bank islm... lepas ni sy taknak guna cara konvensional lagi..insyaAllah. 
 
UZAR : TAHNIAH , ATAS KEMAMPUAN ANDA UNTUK KOMIT DAN BERKORBAN
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad, on 21-09-2007 16:27, IP 58.139.249.66, Guest
18. ...
assalamualaikum, 
 
Salam Ramadhan al-Mubarak, 
komen saya ringkas aje berkenaan perbankan Islam ni..Nak terima kena celik buka minda dan berfungsi sbg insan yang guna aqal..FIKIR ye: 
 
1) kalo benar yang Islam tu semua buruk2 belaka seperti tuduhan malaun2 liberal tu kenapa bank2 konvensional dan bank milik bukan Islam berlumba-lumba membuka unit perbankan Islam masing2? (Kalau betullah buruk dan terkutuk tak payah buat & guna kan?.. takkan ada org yg nak jilat kembali ludah sendiri kot?  
 
2) Kenapa byk bukan Islam saja yg nampak kebaikan perbankan Islam? (Yelah..mereka yg byk berkecimping dlm bisnes & kewangan..sudah tentu lebih faham bab2 account/economic ni..itupun secara rasional..bukan sbb ada akidah mcm kita ni).. Yang org Islam nak melantak RIBA haram mengapa pulak sebabnya? cukuplah terkena makan sosej balut usus khinzir..? nak terkena lagi ker? (tapi dlm bab ni pilihan umat Islam sendiri pulak terutamanya Melayu..memilih untuk lompat terjun gaung kononnya jalan pintas..taknak guna jalan 'Islam'...jauhlah..! :grin)  
 
3) Hukum & sistem yang datang dari Allah s.w.t sememangnya yang terbaik untuk manusia (kalo korang yang Islam liberal tu percaya kpd Allah lah..) Kalau mcm tu mengapa mengangkat sistem konvensional ciptaan manusia melangit dan menghina garis panduan fiqh muamalat drpd Allah? Berani betul kalian manusia jenis apa ni agaknya..kalau tak beriman dgn hukum dari al-Quran, maka ia berkait dgn Rasul & Allah juga ..maka.. faham2 lah sendirilah kalau checklist rukun Iman 3 drpd 6 dan tick-off! 
 
End of comment.. 
 
Berhubung BankIslam Bhd. yg rupa mcm BAN ISLAM tu x perlu prasangka lebih2..major shareholder dia skrg org Dubai yg pilih design tu..mungkin mereka pun x perasan, mcmlah pak arab tu semua terer English...yg buat fitnah pehal? Islam tu pada nama je kah? Islam tu sepatutnya pada hukum dan pelaksanaan.. kalau setakat nama Azlina Jailani pun nama Islam, Tariq Aziz pun nama Islam (ttp Kristian) ..  
 
kat Sarawak/Sabah tu ada kaum yang guna "a/k" anak kepada untuk nasab kpd bapa..tetapi Islam..yg ada pula "bin" ttp Kristian..itu budaya kaum (pribumi) diaorg..2 org kawan saya masa belajar kat U dulu kebetulan mcm tu..silap saya ajak yg "bin" tu tumpang solat Jumaat..lecturer2 pun konpius dgn diaorg ni.. 
 
Cheng Ho tu pun ikut sejarah Islam..takde pulak nampak letak 'bin Laden' ker kat namanya.. 
 
FIKIR ler guna sekurang-kurangnya 6% drpd 6 billion neuron dalam otak kalian tu... 
 
wasallam
 
» Reply to this comment...

Posted by Udin, on 17-09-2007 16:00, IP 58.139.249.66, Guest
19. ...
Assalamualaikumm.. ustaz.. Saya dari UKM mengucapkan banyak2 terima kasih sebab berkongs ilmu
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd sani, on 17-09-2007 12:25, IP 58.139.249.66, Guest
20. ...
Assalamualaikum. 
 
Sekarang ni saya dalam proses untuk membeli rumah dgn pembiayaan bank islam.  
 
Saya banyak bersabar ketika berurusan dengan pihak bank islam. rasanya klu ustaz berpeluang menegur pengurusan pihak islam, tegur la sikit depa ni.  
 
Patut nya depa kena tunjjukkan kehebatan islam. betultak tak ustaz. pastu lagi satu ustaz beberapa minggu lepas terserempak dgn gadis yang mempromosikan kad bank islam. tak tutup aurat ustaz.  
 
Camna ni. harap ustaz bleh tegur. kerana mereka membawa imej islam.  
 
» Reply to this comment...

Posted by zahrah al-wadi, on 17-09-2007 08:45, IP 60.52.99.34, Guest
21. ...
Assalamualaikum.. 
 
Dear All, 
 
saya just nak luahkan rasa kurang puas hati ngn Logo baru Bank Islam, kalu u all perasan 'Ban Islam' dm warna yg sama n colour merah mcm CIMB,kenapa camtu?  
 
KOMEN UST ZAHARUDDIN : Mengapalah umat Islam sensitif di tempat yang tak perlu sensitif, hingga dengan warna pun terlalu sensitif.  
 
Banyak lagi benda usul (asas) yang perlu senstitif tidak pula di risaukan, benda luaran yang tak de kena mengena ini pula yang dirisaukan sangat. Jika tak puas hati, Di cadangkan pergi bank-bank Islam lain di Malaysia, ada 10 buah lagi. sekian 
 
» Reply to this comment...

Posted by BADRUL, on 15-09-2007 11:08, IP 60.52.102.189, Guest
22. ...
SABAR USTAZ... PEJUANG ISLAM DARI DULU SAMPAI KIAMAT AKAN DIKUTUK-DIMAKI .... SUNNAH NABI! NABI YANG MAKSUM PUN DEPA MAKI... KITA LANGKAH SIKIT BUAT DOSA, LANGKAH KIRI MATA TENGOOK KANAN PUN MASUK LOPAK!... TENGOK DEPAN GENG ISLAM LIBERAL TU PAKAI BAJU NANPAK PANGKAL...*****.. JAGANAN TENGOK DEPAN... TUNDUK.. DEPA PIJAK KITA.... LA NI KITA JEGE (PAHAM KA?) 
 
TAHNIAH... TERUSKAN USAHA KITA PERJUANGAN ISLAM AKAN DITERUSKAN SEHINGGA KIAMAT... 
 
BARD
 
» Reply to this comment...

Posted by nora, on 13-09-2007 09:18, IP 58.139.249.66, Guest
23. ...
kita sebenarnya ada taklf untuk memilih kepada kehidupan yang berasaskan syariah. Tepuk dada tanya iman.. :roll
 
» Reply to this comment...

Posted by puteri nurul hanim husin, on 12-09-2007 06:23, IP 60.52.98.205, Guest
24. ...
assalamualaikum ustaz...terima kasih atas ilmu yg dikongsikan.. sekarang, saya amat jelas ttg bank2 islam dan bank2 konvensional di malaysia. memandangkan saya sekarang belajar subjek islamic finance and banking di tahun akhir ini, maklumat-maklumat seperti ini amat bermakna buat diri saya dan pembaca di luar saya.. terima kasih sekali lagi...
 
» Reply to this comment...

Posted by mamblack, on 10-09-2007 16:39, IP 58.139.249.66, Guest
25. ...
Saya bersetuju dgn ustaz. Sebagai orang islam kita wajib bermuamalat secara islam. Tetapi ada banyak yang perlu diperbaiki oleh pihak pengurusan bank.  
 
Contohnya perkhidmatan pihak bank mestilah cekap dan mesra pelanggan kerana kita membawa imej islam.  
 
Lihat suasana dikaunter terlalu lambat. urusan perbankan mengambil masa terlalu lama. Pihak pengurusan kena ambil perhatian.  
 
Saya sokong islam 
 
» Reply to this comment...

Posted by Basil Damanhuri, on 10-09-2007 12:58, IP 58.139.249.66, Guest
26. ...
Syabas di atas penjelasan UZAR, cuma saya nak tanya dan minta komen ustaz tentang pandangan seorang penceramah iaitu Ustaz Azhar Yaakob dari Kelantan, dalam ceramahnya yang bertajuk isu-isu semasa mengatakan bank Islam yang ada di Malaysia tidak Islamic dan mengaitkan satu kes mahkamah seorang peminjam (beli rumah) tidak boleh bayar kepada Bank Islam kerana beban tanggungan selama dua tahun, lalu BIMB mengenakan denda bayaran sehingga hampir 1 juta.  
 
Akhirnya si peminjam bawa ke mahkamah dan dibicarakan oleh Hakim anak Patail. Penceramah mengaitkan juga nama Tn. Guru Nik Aziz dengan mengatakan kerajaan negeri Kelantan memperkenalkan al-qardhu hasan untuk membuat sebarang pinjaman.  
 
Minta tolong Ustaz beri sedikit komen tentang kenyataan tersebut. Terima kasih. 
 
» Reply to this comment...

Posted by zainalabidin, on 07-09-2007 20:32, IP 60.52.96.31, Guest
27. ...
salam ustaz..nak tanya apa hukum menjadi broker kereta yg sebahagian besar ada deal dgn konvesional bank..sebab kekurangan contact..so saya selalu berhubung dgn salesman kereta yg selalunya senang/mudah dgn pembiayaan konvesional cthnya dgn Ambank..dan utk mendapat pembiayaan dari Bank Islam dikatakan susah utk loan approved disebabkan syarat2 yg begitu ketat..Harap ustaz dapat membantu..TQ
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu Muhd, on 07-09-2007 18:07, IP 60.52.97.70, Guest
28. ...
Salam Ustaz, 
Saya nak tanya pasal hutang credit card. Dulu, 10-15 tahun lepas, masa saya ada gaji besar, bank2 banyak offer credit card. Saya akhirnya ambil, lantas menggunakannya seperti biasa, tanpa menghiraukan riba/bunga yg tinggi akibat bayar lambat. Saya mengambil VSS, berhenti kerja, dan merudung kehidupan saya dan keluarga. Tak dapat langsung membayar hutang2 credit cards tersebut. Cukup sekadar menyara makan minum anak2 dan keluarga, hinggalah tahap yang amat menyakitkan. 
Sekarang, lepas 5-10 tahun, hutang kad kredit tersebut sudah menjadi lebih 3 kali ganda, contohnya dari 5 ribu yang asalnya kepada 17ribu sekarang. Dan saya selama dalam keadaan miskin ini memang tidak berhasrat untuk membayar "bunga" yg saya kira haram. 
Soalan saya, adakah boleh/harus kalau saya hanya perlu bayar pokoknya sahaja, dan tidak membayar bunga yang jelas merupakan riba yang amat menindas dan haram? Kalau dulu saya tidak menghiraukan halal/haram, tapi bila sudah sedar adakah saya trpaksa mengikut hukum riba juga? Saya tahu saya akan hadapi tindakan mahkamah sehingga saya mungkin di jatuhkan bankrap, tapi saya lebih rela dibangkrap dari berskongkol dan dipaksa menyetujui keharaman itu yang jelas menzalimi rakyat. 
Apa pandangan ustaz? 
Wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by SCUD, on 07-09-2007 06:26, IP 60.52.100.94, Guest
29. ...
walaupun tak faham sangat pasal perbankan, hope dipercepatkan pengeluaran buku kewangan... 
 
muda-muda ni memang tak nampak lagi pasal perbankan, nanti bila da besar da nak kahwin nak pakai itu ini saya yakin buku tu akan jadi buku panduan yang berguna sebelum turunkan tandatangan kat borang pinjaman... 
 
» Reply to this comment...

Posted by ZAHARUDDIN (UZAR), on 06-09-2007 15:04, IP 58.139.249.66, Guest
30. ...
Salam,  
 
Kepada Sahrani  
 
Komen UZAR : Jika ada, maka anda kena rujuk kepada majlis syariah bank tersebut. Jika mereka fatwakan harus, maka saya 'no komen', cuma saya hanya bawakan keputusan majoriti ulama dunia. Mungkin kerana itulah Syeikh Saleh Kamil, sebut dalam paper semalam bahawa ada bank islam yang masih belum ikut syarak (sepenuhnya), mungkin kes sebegini. Dimana beliau merujuk kepada ketidakpatuhan bank Islam kepada keputusan majoriti ulama bukannya tidak patuh terus. 
 
Saya percaya bahawa kita hormati kiranya ia adalah benar-benar fatwa dari Majlis Syariah bank yang anda sebut tadi kerana ia masih perkara Ijtihadiyah, tetapi yang peka dan inginkan kesempurnaan, mereka hapuskan retention cost. Dan saya hanya bahawa cost itu tiada di bank-bank yang saya sebut tadi sahaja, itu pengetahuan saya.  
 
Dan ia bukanlah isu yang sangat besar untuk menafikan kandungan lain dalam artikel ini.  
 
 
Kepada SAM  
 
1) Berkenaan commitment fee, telah saya ulas di atas 
 
2) Berkenaan MRTA; ia berbeza kerana anda berhak memilih sendiri untuk ambil takaful apa. adapun loan haram dari syarikat insuran tu, tiada pilihan sama sekali  
 
3) Itu kena tanya ceo dan share holder bank-bank islam. Jawapannya terlalu teknikal dan saya tiada kemampuan menerangkannya di sini dan anda juga tiada kemungkinan boleh faham dengan mudah. Cuma point utama adalah sektor insuran beza dengan bank, kerana itulah bank konvensional pun tak mampu beri serendah itu.  
 
Jangan lupa tanya syarikat insuran tu, mengapa mereka hanya boleh beri 5.99 % sahaja sedangkan pinjaman kakitangan kerajaan boleh bagi 4 %.  
 
4) Anda pasti ke boleh bayar on time sehingga 30 tahun? . tak jatuh sakit, tak accident yang perlu duit banyak, anak tak sakit, isteri tak akan sakit berat, rumah tak rosak, sentiasa ada waktu, anak nak masuk univ tak dapat biasiswa dll  
 
5) jangan lupa faktor halal yang tidak boelh dibezakan.  
 
Kepada Hafiz Jauzi  
 
Berkenaan harga lebih banyak dari 50 % , ia tidak zalim selagi mana ia adalah harga pasaran. Bukti dari hadis banyak, cari dalam web ini. antaranya 
 
Jawapan saya, tidak sama sekali, selagi ia diterima oleh harga pasaran. Buktinya adalah dari hadith Nabi SAW :-  
 
أن النبي -صلي الله عليه وسلم- أعطاه دينارًا يشتري له به شاة، فاشتري له به شاتين، فباع إحداهما بدينار، فجاء بدينار وشاة فدعا له بالبركة في بيعه، وكان لو اشتري التراب لربح فيه  
 
Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW memberi 'Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia dating bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung" ( Riwayat Al-Bukhari, no 3642 )  
 
 
Hadith ini menunjukkan bagaimana sahabat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar, bermakna 1/2 dinar seekor, dan kemudian menjualnya degan harga 100% keuntungan iaitu 1 dinar seekor. Transaksi ini diiktiraf oleh nabi malah dipuji dan didoakannya.  
 
Cukuplah, rajin-rajin la cari sendiri benda depan mata. Letih asyik nak menyuapkan ke mulut sahaja. Semua soalan yang ulang-ulang, pihak admin akan delete biasanya. 
 
Berkenaan Bank gourmet yang murah dan membantu tu. Boleh buat, jika ada jutawan melayu Islam yang sudi. Cuba buat permohonan kepada Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary ok. Bukan tanya saya, sebab saya bukan jutawan pun. 
 
Saya dah kata sebelum ini, bank Islam di Malaysia hanya baru 'Islam' dan belum sampai tahap 'taqwa' lagi.  
 
But its better than 'kononnya cheap and haram banks' 
 
 
IBN RAJAB  
 
Jawapan tu sila cari di artikel hukum penggunaan kad kredit di web ini. sekian 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Sahrani, on 06-09-2007 14:50, IP 58.139.249.66, Guest
31. ...
Salam UZAR, 
 
Menurut artikel di atas,  
 
"4) Syarikat Insuran dan bank-bank konvensional mengenakan 'commitment fee' iaitu yuran khas jika anda ingin menamatkan pinjaman anda dalam tempoh 5 tahun pertama. Ini menyebabkan tidak boleh menukar ke bank lain dalam tempoh tersebut kecuali membayar denda yang dinamakan 'yuran komitmen'.  
 
Di bank-bank Islam, Majlis Syariah dunia tidak membenarkan yuran komitemen ini dilaksanakan. Anda bebas untuk menukar pembiayaan ke bank lain tanpa sebarang denda. Demikian pelaksanaan oleh Hong Leong Islamic bank, RHB Islamic Bank dan Asian Finance Bank, Kuwait Finance house dan beberapa yang lain" 
 
Saya ada mendapat Bai Bithaman Ajil loan offer letter dari affin bank yang ada menyebut:- 
 
"Early redemption/settlement is not allowed prior and during retention period of 5 years from the date of full disbursement. In lieu, exit fee of RMxxxxxx will be levied if redeemed in full" 
 
Sya kemudiannya check dengan Bank Muamalat, dan saya dapati mereka juga ada retention period. 
 
Sila jelaskan. 
 
Wasalam. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by sam, on 06-09-2007 14:50, IP 58.139.249.66, Guest
32. ...
Assalamualaikum UZAR. 
 
Just nak bagi pendapat utk ulasan UZAR yg kaler Ijau. 
 
4) Syarikat Insuran dan bank-bank konvensional mengenakan 'commitment fee' iaitu yuran khas jika anda ingin menamatkan pinjaman anda dalam tempoh 5 tahun pertama. Ini menyebabkan tidak boleh menukar ke bank lain dalam tempoh tersebut kecuali membayar denda yang dinamakan 'yuran komitmen'. 
 
DALAM PERJANJIAN LOAN DARI ISLAMIC BANK YG SAYA ADA SKANG NI, ADA MENYATAKAN YURAN KOMITMEN SEBYK 5 TAHUN.  
 
2) Syarikat Insuran itu juga mewajibkan untuk mengambil insuran dengannya. Ini menyebabkan terdapat kos tambahan yang tidak termasuk dalam 5.99 peratus, tetapi termasuk dalam kiraan kontrak insuran pula. Majlis Fiqh Dunia telah memutuskan sebanyak 3 kali bahawa insuran konvensional adalah haram. bermakna sesiapa yng mengambil produk pinjaman perumahan dari syarikat insuran ini, terlibat dengan 'double' riba.  
 
DALAM PERJANJIAN LOAN DARI ISLAMIC BANK YG SAYA ADA SKANG NI, MENYARAN DAN MEWAJIBKAN SAYA UTK AMBIL MRTA. jadi sama jugak kesnya. 
 
Malahan membandingkan pinjaman perumahan yang ditawar oleh bank konvensional dengan pinjaman perumahan oleh syarikat insuran juga tidak tepat. Ia kelas dan sektor yang berbeza.  
 
- BAGI SAYA SEBAGAI PELANGGAN, SELAIN DARI IA ADALAH ISLAMIC, KAMI PERLU TAHU KENAPA BANK ISLAMIC TAK BOLEH BERI FIXED RATE YG RENDAH SPT 5.99% . KALAU MENGATAKAN PERBANDINGAN ITU TAK TEPAT, IA BUKANLAH JAWAPAN NYA.. YANG PASTI SESUATU PERLU DILAKUKAN PADA SISTEM YG ADA SKANG SUPAYA IA MAMPU BERI KADAR LEBIH BERSESUAIAN. 
 
3) Syarikat itu juga mengamalkan kiraan penalti secara 'compounding' yang masih akan membawa isu yang sama, iaitu pokok pinjaman akan bertambah sekiranya terdapat kegagalan pembayaran pinjaman. 
 
JIKA KITA DISIPLIN DGN PEMBAYARAN, NESCAYA TIADA COMPOUNDING..  
:? :?  
 
SAYA SAMA SEKALI TIDAK MENOLAK KONSEP PERBANKAN ISLAM. SAYA SUDAH BERANSUR2 BERUTKAR PADA PERBANKAN ISLAM. CUMA SAYA BERHARAP AGAR KONSEP/ SYSTEM PENGIRAAN ITU DAPAT DIHALUSI LAGI. SEKIAN 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Hafiz Jauzi, on 06-09-2007 14:24, IP 58.139.249.66, Guest
33. ...
Ustaz, bukankah, mengambil untung terlalu tinggi juga termasuk riba? meminjam 100 K dan kena bayar 200K ++ , bukankah kadar yg amat tinggi dan tidak mencermin kan Roh Islam ? tak bolehkah diambil untung hanya 50% sahaja ? Mengapa tidak ambil contoh konsep Bank Gourmet yg menang hadiah Nobel baru2 ini, yg syaa rasa menepati Roh Islam dlm membantu yg lemah! 
 
» Reply to this comment...

Posted by IbnRajab, on 06-09-2007 14:23, IP 58.139.249.66, Guest
34. ...
Bagus artikel yang kita baca ni, tak ramai rakyat malaysia yang ada masa sbnrnya utk mndptkan input ilmu spt ini, saya rasa terkilan juga dengan rakan-rakan kita umat Islam yg terus berada dlm keadaan leka. 
 
Oleh itu, syabas dan tahniah kepada mana-mana pihak yg sanggup berjuang spt UZAR ini. biar di mana2 ada sahaja input ilmu. lama kelamaan, berkat segala usaha dakwah, kita akn dikira menyumbang ke arah menegakkan Islam di bumi Allah ini. 
 
Jgn lupa, sbnrnya apa yg berlaku di negara kita adalah atas tanggungjawab kita sebenarnya. nak tengok Islam tertegak atau konvensional. harapan saya, bermula dari memilih siapa yg akan menerajui kita atau memimpin kita, perlu letak Islam di hadapan. 
 
apa sahajalah yg kita perjuangkan, yg pentingnya rujukannya biarlah Al-Quran dan As-Sunnah serta pendapat ulama2 muktabar. Pilihlah sistem Islam secara syumul (keseluruhan bukn kewangannya sahaja). Islam ni, adalah rahmat, cuma kita perlu berusaha ke arah itu. Usaha perlulah secara keseluruhan jgn pilih2. 
 
Terima kasih. 
 
» Reply to this comment...

Posted by IbnRajab, on 06-09-2007 14:21, IP 58.139.249.66, Guest
35. ...
Sdr UZAR, 
 
Kalau kita guna kredit kad CitiBank (yg dikatakan kepunyaan Yahudi) tapi kita jaga supaya tidak terlibat dgn riba, cthnya bayar penuh tiap bulan, How? Kita just ambil faedahnya sahaja spt sistem point dsb. Bank Islam tak bagi point ke atas belian walaupun yuran tahunan percuma. How? 
 
TQ 
 
» Reply to this comment...

Posted by MUSA, on 06-09-2007 10:11, IP 58.139.249.66, Guest
36. ...
Bolehkah UZAR mencadangkan bank-bank @ syarikat insurans yang sesuai untuk memohon pinjaman kenderaan dan perumahan.
 
» Reply to this comment...

Posted by mamblack, on 05-09-2007 16:28, IP 58.139.249.66, Guest
37. ...
Alhamdulillah, Ustaz dah terangkan. so saya dah paham. 
 
Mehlah sama2 berhijrah ke muamalat islam. maile amik takafulemail saya kat Semuraizs@yahoo.com 
 
» Reply to this comment...

Posted by BenJol, on 05-09-2007 14:35, IP 58.139.249.66, Guest
38. ...
Saya rasa orang yang marah dengan perbankan Islam ini adalah orang yang gagal atau tak mampu mendapatkan pinjaman dari Bank Islam.  
 
Selain itu, mungkin layanan staff bank islam yg 'kurang professional' di kaunter. :p  
 
Komen UZAR : Mungkin juga, tetapi itu tidak sewajarkan di 'generalize' kepada semua bank Islam dan sistem kewangan Islam. Penolakan bank Islam adalah kerana hasil semakan mendapati kemampuan pelanggan kurang menyakinkan, justeru jiak diterima juga, ia akan membawa maslaah kepada kedua-dua pelanggan dan bank. Pelanggan akan bermasalah juga kerana tidak mampu bayar hutang nanti samada di dunia ataupun akhirat. Justeru terpaksa mereka tolak  
 
» Reply to this comment...

Posted by wak-tze, on 05-09-2007 12:57, IP 58.139.249.66, Guest
39. ...
Ustaz, Saya memohon pandangan... 
 
Saya membuat loan rumah konvensional.  
 
Bercadang untuk menukar kepada loan kerajaan tetapi saya disyaratkan untuk mengambil insurans konvensional atas alasan "rumah atas dua penama" & pegawai tersebut menyatakan lebih kurang macam ini "tidak boleh guna takaful atas sebab loan rumah kerajaan nanti atas nama saya seorang sahaja (untuk makluman hanya saya kakitangan kerajaan, isteri tidak).  
 
Tetapi kalau suami-isteri kakitangan kerajaan tidak apa sebab boleh buat joint loan & baru boleh guna takaful". 
 
Adakah ini bermakna:- 
 
1) walaupun saya guna loan kerajaan - saya turut tertakluk dengan sistem loan konvensional. 
 
2) saya juga menyumbang kepada double riba' sebab terpaksa guna insurans. 
 
3) Apakah halangan sebenar saya (yang saya tidak faham) yang menyebabkan saya tidak boleh mengambil takaful. 
 
4) Jika penyelesaiannya saya kena tukar penama kepada satu sahaja mungkin akan menimbulkan kesusahan untuk membayar pula proses tukar nama apatahlagi ia merupakan harta sepencarian. 
 
Ustaz, alhamdulillah saya faham dan menggunakan produk berasakan islam (takaful dan jual beli sejak saya mula bekerja lagi) tapi sampai masalah ini rupanya ada yang masih saya tidak tahu. 
 
mungkin ada pembaca lain boleh beri pandangan ... 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by nk-tahu-je, on 05-09-2007 11:36, IP 58.139.249.66, Guest
40. ...
salam..saya sebenarnya masih musykil dgn. pembankan islam yg. dijlnkan oleh bank konvesional...maksud saya dari segi modal..dari mana duit yg. digunakan untuk perbankan islam..duit /premis/peralatan dr hasil riba perbankan konvesional ke? adakah dibolehkan? 
 
Jawapan UZAR : Jawapannya anda boleh buka  
 
1) Modal Kotor Bank Islam: http://www.zaharuddin.net/ index.php?option=com_content&task=view&id=140&Itemid=101 
 
2) Syarat Window Perbankan Islam : 
http://www.zaharuddin.net/ index.php?option=com_content&task=view&id=117&Itemid=72 
 
Sekian
 
 
» Reply to this comment...

Posted by mr. legeh, on 05-09-2007 10:00, IP 58.139.249.66, Guest
41. ...
Saya bersetuju dengan artikel ini dan diharap ia dapat memberikan kesedaran kepada semua umat islam. 
 
Ramai lagi orang yang jahil tentang Islam apatahlagi berkaitan tentang sistem muamalat Islam.  
 
» Reply to this comment...

Posted by Ibnu Hassim, on 05-09-2007 10:00, IP 58.139.249.66, Guest
42. ...
Salam Ustaz. Saya ada mendapat makluman mengenai BFR yang menjadikan asas BLR sbg benchmark.  
 
Apa yg saya tahu, BFR mempunyai "ceiling" yg mana jika BLR melebihi ceiling ketika aqad, maka kadar keuntungan adalah berada pada tahap yg di aqad.  
 
Contoh artikel ustaz ada memaklumkan seperti di atas. Perkara ini juga diamalkan oleh Bank Muamalat selain dari bank-bank yg dinamakan ustaz di atas. 
 
Walaubagaimanapun, dalam menentukan bayaran bulanan, ibra' (rebate) diberi kerana bayaran ini adalah bergantung kepada kadar semasa (jika kadar berada di bawah BFR). Ada bank seperti CIMB Islamic yg menolak perbezaan iaitu rebate yg diperolehi pelanggan dari jumlah yg diaqad dan ini akan membantu pelanggan mengurangkan/mempercepatkan tempoh penyelesaian bayaran. Bank Muamalat pula memberi rebate ini secara terus dengan mengurangkan bayaran ansuran (spt yg saya faham atas maklumat pegawai Bank Muamalat).  
 
Jika berlaku kenaikan BLR sehingga melebihi BFR yg diaqad, maka Bank akan menanggung perbezaan ini.  
 
Secara umum, saya berpendapat ianya menguntungkan pembeli dalam menghadapi risiko yg tidak pasti dalam jangkamasa panjang. Dalam membuat keputusan, worst case scenario juga diambilkira bg keputusan pengurusan moden yg kita pelajari.  
 
Apa yg saya maklumkan di atas adalah berdasarkan penjelasan pegawai bank sahaja. 
 
Wallah hu'alam. 
 
KOTA BHARU
 
» Reply to this comment...

Posted by naweay, on 05-09-2007 09:22, IP 58.139.249.66, Guest
43. ...
Amat menarik sangat perbincangan ini.. 
 
Diharapkan agar ada lagi kupasan yang lebih menarik lagi untuk kita sama-sama meneliti permasalahan dalam Islam yang kita sayangi seperti isu murtad.. 
 
ADMIN: Ust Zaharuddin dah ulas isu murtad, pergi ke link ini http://www.zaharuddin.net/ index.php?option=com_content&task=view&id=145&Itemid=91  
 
» Reply to this comment...

Posted by ADLY AR, on 05-09-2007 07:41, IP 58.139.249.66, Guest
44. ...
Salam, 
 
Apa yg dikatakan oleh saudara Zaidi benar. Saya juga begitu yg mana menukar segala urusan sama ada simpanan, pelaburan, insurans, kad kredit kepada sistem islamik kecuali financing kereta (dalam proses menukar juga). 
 
Diri rasa tenang dan berkat. Sebelum ini, terasa macam susah hati dan serba kurang. Benar apa yg dikatakan, bila terjebak dengan riba, rezeki sudah tidak berkat dan lebih menakutkan, berperang dengan Allah dan rasul Setelah mendengar semua kuliah, maklumat, seminar UZAR semenjak April 2006, saya insaf dn kesal.  
 
Sekarang, saya meng"kempen"kan muamalat islamik pada kawan-kawan supaya bersama mendapat manfaat. Teruskan perjuangan UZAR, kami sentiasa menyokong di belakang. 
 
» Reply to this comment...

Posted by sufi, on 04-09-2007 21:29, IP 60.52.99.151, Guest
45. ...
Terima Kasih ust. atas article menarik. 
 
Hmm orang Islam kita ni kadang banyak mempersoal itu dan ini...tapi mengaji kurang.Mereka ni tak nampak ke bank mana yang banyak membantu orang Islam.Kalau ilmu tak seberapa lebih baik terima saja hujjah dari mereka yg pakar. 
 
Saya harap institusi kewangan Islam ni ...juga membantu orang Islam dengan mengumpul dana orang Islam utk melabur...jangan asyik nak meminjam aje.. Orang Britain ramai yg bankrap kerana suka meminjam. 
 
» Reply to this comment...

Posted by huda, on 04-09-2007 21:28, IP 60.52.99.151, Guest
46. ...
thanks uzar.saya tengah nak cari bank islam nak buat loan rumah.dapat dah info yang saya perlukan. 
 
ADMIN : BUKAN LOAN, BANK ISLAM HANYA BUAT TRANSAKSI JUAL BELI DENGAN PELANGGAN, BUKAN BERI LOAN. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Firdaus Abd Rahman, on 04-09-2007 21:27, IP 60.52.99.151, Guest
47. ...
Thanks for the information given. 
 
Membuka landasan kepada saya memahami sistem kewangan islam dengan lebih baik. InsyaAllah.
 
» Reply to this comment...

Posted by shidil, on 04-09-2007 21:26, IP 60.52.99.151, Guest
48. ...
Penulis Konvensional (Si AS) memang selalu membuat tulisan sinis tentang perbankan Islam...tak tau lah macamana nak kata...  
 
Nampaknya hanya pentingkan keuntungan duniawi dari akhirat... :upset  
 
» Reply to this comment...

Posted by Sahabat, on 04-09-2007 21:26, IP 60.52.99.151, Guest
49. ...
Ingin Tahu: Pinjaman yg mensyaratkan faedah kepada pemberi pinjam adalah riba walaupun kadar faedah yg tetap. 
 
SAHABAT BARU: Saya pernah baca teks soal jawab di parlimen, tapi dah lupa di mana. Kakitangan kerajaan diberi pilihan utk pilih yg islamik ataupun tidak. tapi saya hairan kenapa diberi pilihan pula. bukankan sepatutnya wajib terus guna cara islamik??? 
 
» Reply to this comment...

Posted by Ingin Tahu, on 04-09-2007 17:38, IP 58.139.249.66, Guest
50. ...
Saya mendapat pinjaman daripada AIA Insurance bagi pembelian rumah di Bukit Jelutong, Shah Alam, dengan kadar faedah tetap pada 5.99% selama 30 tahun. Apakah pandangan ustaz mengenai pinjaman perumahan dengan institusi insurance? 
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom