Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Ramadhan : Apa Perlu Faham & Buat
PDF Print
User Rating: / 52
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 10-08-2010 17:00
Views 33165    
Favoured 61

Ramadhan : Apa Perlu Buat? 

(Telah disiarkan pada sept 2007, diulang siar dan kemaskini pada 31 Ogos 08)

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

 

ramadan_kareem_2010.jpg

Bagi meraikan Ramadhan yang mulia, ada baiknya saya mengulas ringkas berkenaan Ramadhan. Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .


Bonus & Belanjawan

Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita

Mengapa kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif?

Sudah tentu jawabnya kerana ; "dapat duit " .

Mengapa kita seronok mendapat duit ?

Jawabnya ; kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain.

Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi ?

Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak cepat dan ada yang lambat.

Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan itu akan berterusan?

Jawabnya, paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja.

Baiklah, selepas kematian adakah masih ada seronok?

Jika tidak, maka apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati ?

Jawabnya ; tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul. Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi seribu satu macam keseornokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah s.w.t dan ia pastinya amat panjang.

Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima kehadiran Ramadhan sebagaimana seronoknya kita menerima bonus duit? Sedangkan ramadhan adalah bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya, bulan dipermudahkan peluang untuk ke syurga Allah s.w.t.

Tapi bezanya, ramai yang kelihatan lebih seronok kerana di permudahkan untuk meraih rumah kediaman di dunia dan mungkin akan dapat 'save' lebih banyak duit. Ini kerana belanjawan baru-baru ini (untuk tahun 2008) akan mewujudkan lebih banyak rumah kos rendah, kos 'stamp duty' bagi rumah RM 250,000 ke bawah dikurangkan 50 %, boleh menggunakan wang akaun kedua dari KWSP untuk pembayaran rumah, yuran sekolah dan peperiksaan anak ditiadakan, buku teks percuma dan lain-lain. Semua ini disambut dengan gembira kerana memberi ruang untuk mengumpul duit dan digunakan untuk perkara lain.

Manakala pada  belanjawan 2009 pula pastinya memberikan sedikit kelegaan buat individu berpendapatan rendah dan sederhana. Antara yang dikira menggembirakan adalah seperti :-

bullet buttonRebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

bullet buttonCukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

bullet buttonBayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

bullet buttonKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

bullet buttonKelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.
   
bullet buttonKemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

bullet button

Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

SERONOK HAKIKI DAN SEMENTARA

Keseronokan jiwa yang hadir kerana dipermudahkan cara untuk memiliki rumah dalam belanjawan baru-baru ini lebih didapat dilihat dan dihayati oleh ramai daripada keseronokan untuk memasuki bulan yang dipermudahkan jalan pemilikan rumah syurga di akhirat yang kekal abadi.

Mengapa ini boleh berlaku kepada hati kita?. Apakah silapnya? Mengapa dan mengapa?. Pernahkah kita memikirkan mengapa gembira berpeluang dapat harta akhirat sebagaimana kita gembira mendapat harta dunia.

"Ya Allah, bantulah kami yang telah menzalimi diri kami, tiada tuhan melainkanMu dan engkaulah yang maha pengampun" 

TAWARAN BONUS LUAR BIASA

Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus' dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah.

Selain itu, pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).

Beberapa ulama seperti Abu Gharib Al-Asfahani, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Prof. Dr Muhd Uqlah Ibrahim (Ulama Fiqh di Jordan) serta lain-lainnya berpandangan bahawa di samping pahala yang berganda. Dosa juga boleh berganda di bulan mulia ini. Beliau ada mengutarakan beberapa dalil, bagaimanapun sukar untuk saya muatkan di ruangan terhad ini. Sebagai jalan terbaik, jauhilah dosa sejauh-jauhnya di bulan ini kerana masih terdapat kemungkinan dosa dipergandakan.

SYAITAN KENA GARI?

Umat Islam perlu lebih fokus untuk mencapai kebaikan di bulan ini. Nabi SAW telah menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (Riwayat Al-Bukhari, 1/18 ; Muslim, 1/41) ; terdapat juga ulama yang mengatakan bahawa bulan ini dinamakan ‘Ramadhan' (yang bermaksud panas) oleh Allah SWT kerana bulan ini adalah bulan menghanguskan dosa. (Mughni, Ibn Quddamah, 4/116).

Ada pula yang bertanya berkenaan erti Syaitan di belenggu dalam hadith di atas. Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia membawa maksud ketidakmampuan Syaitan menguasai orang yang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar bulan ramadhan. ( Al-Muntaqa Min At-Targhib Wa at-Tarhib, Al-Munziri dan Al-Qaradawi, 1/313 )

Ada juga yang menyebut sebahagian jenis Syaitan yang utama sahaja di belenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. Walaubagaimanapun, sebenarnya ia adalah akibat dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan utama di belenggu. (Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Syeikh Atiyyah Saqar, 2/13).

MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN

Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :

" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum  tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-

ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadith Nabi SAW :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"

Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.

9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Disebut dalam sebuah hadis lain

ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

10)  Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

12) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

 

Sekian dan Ramadhan Kareem..

 

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

28 Syaaban 1428 H

10 September 2007

 

( KEMASKINI PADA 31 OGOS 2008 , WALES, UK)

9870.17040

Last update: 11-08-2010 17:46

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (86) RSS feed comment
Posted by Masita Rahman, on 12-08-2010 11:04, IP 58.26.58.138, Guest
1. terima kasih
saya mohon share dlm blog saya ye Ustaz, sgt menarik.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by nur, on 11-08-2010 21:59, IP 41.35.188.187, Guest
2. kaffarah
salam..ustaz..bayaran kaffarah jika isteri dan suami terlakukan ijmak di siang bulan ramdhan..jatuh hukum kaffarah tu untuk si suami atau si isteri??
 
» Reply to this comment...

Posted by Ahmad Shauqee Al-Kelantani, on 11-08-2010 15:54, IP 203.82.92.23, Guest
3. 'D91HB
Saya ada soalan berkenaan Point No.7. Makna perkataan 'D91HBular atau urat?
 
» Reply to this comment...

Posted by nurr, on 11-08-2010 12:04, IP 203.115.196.49, Guest
4. terawih
salam uzar,  
saya nk tanya psl solat sunat terawih, masa imam membaca surah Al-fatihah kita wajib senyap dan hanya membaca fatihah apabila imam membaca surah kan? mohon kepastian? sbb saya tgk ada yg baca fatihah ikut imam. 
salam ramadhan
 
» Reply to this comment...

Posted by julia, on 11-08-2010 11:03, IP 60.52.163.74, Guest
5. witir
salam UZAR, sy cuma nak tahu kebiasaanya kita buat sunat witir selepas solat sunat taraweh, adakah boleh kita menunaikan solat sunat lain di antara selepas traweh hingga sebelm solat subuh setelah membuat sunat witir?
 
» Reply to this comment...

Posted by zoowhyree, on 11-08-2010 08:44, IP 115.133.176.102, Guest
6. mohon bantu
salam uzar..bagaimana cara pengiraan fidyah bagi puasa yg ditinggalkan dan bagaimana pula bilangan puasa yang lampau tidak dapat diingatkan?adakahh perlu kira lump sum atau bagaimana?
 
» Reply to this comment...

Posted by ismail, on 11-08-2010 08:10, IP 87.236.233.52, Guest
7. Mohon Izin Copy
Assalamualaikum... 
Mohon dicopy Atikal2 ustaz untuk dimasukkan dalam blog saya..Jazakallahu khair. 
http://www.aL- KeLaNTaNy.blogspot.com
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Ismail, on 11-08-2010 08:04, IP 87.236.233.52, Guest
8. mohon Copy..
assalamualaikum Ustaz.. 
Mohon copy Atikal2 ustaz untuk disebarkan.. 
Jazakallahu khai!! 
http://www.aL- KeLaNTaNy.blogspot.com
 
» Reply to this comment...

Posted by Hadi Rofiee, on 11-08-2010 07:48, IP 115.135.24.95, Guest
9. Salam Ramadhan & Ampun
Salam sejahtera UZAR. 
 
Artikel ini menarik khususnya pada keratan ini: ''Dosa juga boleh berganda di bulan mulia ini''. Saya sangat terkesan dengannya. Saya akan berhati2 & berwaspada. 
 
Terima kasih UZAR. Selamat berpuasa. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Suzaini, on 11-08-2010 00:26, IP 91.188.1.228, Guest
10. Permulaan puasa di perantauan
Salam ustaz..saya ada satu pertanyaan...sekarang ni saya berada di Vietnam...menurut Imam di Masjid Ho Chi Minh 1 ramadhan di vietnam ialah pada 12/8/10 manakala di Malaysia ialah esok (11/8/10)...Jadi saya perlu ikut yg mana? Utk pengetahuan Ustaz saya bertugas di Pelantar minyak (offshorea) dan tidak bermastautin di Vietnam.. harap ustaz dpt beri penjelasan...TQ 
 
UZAR : ikut hari mula puasa dan raya daratan yang paling dekat dgn pelantar minyak tersebut.
 
» Reply to this comment...

Posted by Pembaca Setia, on 10-08-2010 21:26, IP 60.50.168.55, Guest
11. Hendak tahu
Salam Wrmt, hendak bertanya, kalau solat sunat tarawih itu kita niatkan sekali sahaja lalu dihabiskan hingga rakaat kedua puluh boleh ka? So, tidak perlu berniat balik2 ketika ingin mengambil rakaat baru. Terima kasih Ustaz. Salam 
 
UZAR : salam, tidak boleh krn setiap dua rakaat adalah berasingan.
 
» Reply to this comment...

Posted by ^_^, on 10-08-2010 19:41, IP 203.82.94.93, Guest
12. ...
selamat menyambut bulan ramadhan... jadikan ramadhan ini sebgai rmdhn yg trakhir buat kita....
 
» Reply to this comment...

Posted by syahmikaberi, on 10-08-2010 18:53, IP 124.13.59.138, Guest
13. salam
selamat berpuasa,semoga mndpt barokahNya amin.. 
 
p/s: minta share ya akh! :)
 
» Reply to this comment...

Posted by ayeesha hanna, on 09-08-2010 13:13, IP 202.60.56.235, Guest
14. mohon izin copy
Ustaz, mohon copy beberapa artikel dari blog ustaz. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd rushdan, on 12-09-2009 14:18, IP 202.184.236.2, Guest
15. minta copy artikel
Salam ustaz , saya nak minta izin,nak copy mana-mana artikel dalam blog ustaz untuk di masukkan dalam blog saya.Jasa baik ustaz amat saya hargai. Terima kasih 
 
UZAR : SILA
 
» Reply to this comment...

Posted by Ismail, on 11-09-2009 06:03, IP 123.136.101.197, Guest
16. Perkara yg mmbatalkn puasa
Assalamualaikum UZAR, 
Sy ade tbace 1 artikel mnyebut mengorek idung,telinga x mmbatalkn puasa berdasarkan firman Allah: 
"Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)." (al-Baqarah 2:187) 
 
Minta sangat UZAR perjelaskan ttg prkara ini...Terima kasih... 
 
UZAR : SAYA dah jelaskan di artikel tajuk " batalakh puasa kit ajika.." sila rujuk di sana ye 
 
» Reply to this comment...

Posted by ibn, on 29-08-2009 13:15, IP 124.13.161.114, Guest
17. Pencari
Slm ust. sya nk tau apa status doa iftar y diamalkan sbilgn besar umat Islam (Allahumma laka shumtu.....) 
 
UZAR : Sebenarnya, apa sahaja doa boleh dibaca, cuma doa yang nabi baca adalah yang saya sertakan itu.
 
» Reply to this comment...

Posted by HUSNA, on 27-08-2009 12:05, IP 210.48.222.6, Guest
18. fadhilat terawih...
salam ustaz..sy ada kekeliruan sikit ttg fadhilat terawih..ada rakan yang bg tau jumhur ulama' n malah majlis fatwa negara kita pun telah menyatakan bhw fadhilat2 tarawih ini semuanya palsu...pe komen ustaz?dah tu untuk ape fadhilat y dah ada?adakah untuk semangat beribadat d bln puasa? 
 
UZAR : fadhilat terawih yang setiap hari tu palsu, tapi ada fadhilat yang sohih seperti dapat pahala menghidupkan seluruh malam jika bersama imam sehingga habis dan lain-lain.
 
» Reply to this comment...

Posted by moja2, on 27-08-2009 11:41, IP 118.101.136.63, Guest
19. sedikit soalan fiqh
salam alaik ustaz. 
maaf mahu bertanya. ada seorang ustaz yang mengatakan bahawa membuang air besar dan seandainya najis masuk kembali akibat sembelit dsb maka batal puasa. memang adakah nas yang sahih berkenaan ini atau ini hanyalah qias dari ulama saja? memang benarkah batal? 
 
maaf andai soalan ini sudah ditanya sebelum ini. 
 
UZAR : Jika najis tu masuk balik tanpa sengaja dan tanpa dapat dikawal, tentulah TAK BATAL PUASA, tapi kalau sengaja buat main najis keluar masuk, memang batal :) 
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnghani, on 26-08-2009 07:58, IP 115.132.8.3, Guest
20. maaf...
slm ust...sy brharap sngat2 agr ust dpt trngkn prkra ni :? 
 
tlh mnjadi amln kita sbgai mslimin utk sntiasa memohon maaf ssama kita stiap kali mnjelang 1 syawal...mnrut pndpt sy, adlh lbih baik jika kita brmaaf-maafn ktka ingn mnymbut bln ramadhan mmandangkn bln puasa inilh medan trbaik utk kta mngumpul phla sbnyk yg mgkn...krna stkt yg sy tahu, amln sseorg akn trhijab slgimna dosa ssama mnsia msih blm slsai...ttpi skrng ini tlh mnjdi trend msyrkt kta yg mngucpkn slmt brpuasa & hnya brmaaf-maafn ktka mnjlang 1 syawal shj...jd, sy ingin dptkn kpstian, waktu mnkh yg lbh afdhal kta mmohon maaf, pd awl ramadhan @ 1 syawal? atau mgkn ust dpt mmbrikn dalil @ nas yg mnggalakkn kta brmaaf-maafn pd 1 syawal... 
 
mgkn ada yg mngatakn prsoalan x prlu dtmbulkn, tp tiada slhnya jk skdr ingn mndptkn kpstian... 
 
yg mnghrp... :sigh 
 
UZAR : Amalan bermafaan sentiasa digalakkan oleh Islam tanpa mengira tarikh dan waktu. Tiada kelebihan khas untuk minta maaf di awal Ramadhan sbgimana yang didakwa kerana hadis tersbeut adalah tidak benar.  
 
Tapi jika bermafaan, kerana baru teringat dan sedar serta ingin raih pahala ramadhan, ia harus dilakukan di awal ramadhan. 
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by as, on 25-08-2009 15:44, IP 60.49.75.48, Guest
21. solat witir
salam ustaz..saya nak tanya, dalam solat witir, duduk antara 2 sujud tu bacaannya sama ke dengan solat biasa? atau xde bacaan? minta penerangan ustaz. tq.. 
 
UZAR : SALAM, ye sama
 
» Reply to this comment...

Posted by Q, on 25-08-2009 14:42, IP 60.53.189.30, Guest
22. waktu berpuasa
salam ustaz.. 
sy ade persoalan.. 
 
jika sy naik kapal terbang yg mengambil masa perjalanan 7 jam dan waktu departure adalah pukul 12.30am waktu malaysia,adakah sy perlu ikut waktu imsak malaysia iaitu dlm pukul 5.45am?walhal waktu berbuka di negara asing itu adalah dlm pukul 4pm waktu malaysia.. 
 
i've been thinking bout this and hope u can help me..thank you.. 
 
UZAR : imsak guna waktu Malaysia, buka ikut waktu destinasi jika mampu, Jiak tak mampu, berbuka kerana musafir
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu 'Abd Rahman, on 25-08-2009 12:28, IP 118.101.69.240, Guest
23. Mohon kebenaran
('1C 'DDG AJC 
ust, mohon izin copy article ini untuk disebarkan,, 
jazakallah
 
» Reply to this comment...

Posted by umrah, on 23-08-2009 23:18, IP 60.49.126.225, Guest
24. Solat tarawih
salam ustaz, 
Saya solat tarawih di rumah dan di masjid, saya rasa macam tidak berapa khusyuk solat di masjid kerana, persekitaran (kadangkala terlihat kaki makmum wanita lain nak tegur tak berkesempatan ) dan lain2 gangguan kecil lagi. Pada pndgn ustaz adakah lebih baik saya solat di rumah saja? 
 
UZAR : Kedua-dua boleh, namun elok jika di masjid, dan jaga pandangan. Itulah dosa kerap para wanita di musim ramadhan. Buat dosa di masjid
 
» Reply to this comment...

Posted by intan, on 23-08-2009 18:21, IP 202.184.111.66, Guest
25. Bathing during Ramadhan
Assalamualaikum,  
 
Ustaz, is it makruh for us to take bath after Asr during Ramadhan/fasting?  
Thank you in advance ustaz.. 
 
UZAR : if needed, no problem
 
» Reply to this comment...

Posted by along, on 23-08-2009 10:58, IP 89.211.75.57, Guest
26. hutang puasa?
salam ustaz.saya amat sdih dgn sikap bapa mertua yg sepengetahuan saya tidak prnah berpuasa penuh di bln ramadhan selama ini dan TIDAK PERNAH MENGGANTIKAN PUASA TSBT DAN MMBAYAR FIDYAH. 
 
Tiada sbrg alasan yg dibenarkan mgkut hukum yg mmbolehkan beliau utk tdk berpuasa.stahu saya dia x berpuasa krna tdk thn mnahan lapar n juga x thn ketagih rokok. 
 
sya terfikir,skrg beliau masih hidup dan sekiranya beliau msh x bertaubat,apakah anak2 hrs menebus kesalahannya/mngganti puasa utknya/mmbyar fidyah utknya slps kematiannya??kmi akan cuba nasihatinya.mnta pndagn ustaz.. 
tksh,moga Allah memberkati setiap usaha murni ustaz dlm memberi tnjuk ajar pd kami. :? 
 
UZAR : Sukar, dia perlu bertaubat sendiri dan tiada siapa boleh bantu untuk gantikan puasanya, fidyah juga tidak memadai keran dia tak puasa kerana degil dan malas bukan kerana uzur. 
 
Teruskan usaha..menyedarkannya sahaj ayang mampu dibuat oleh anak2
 
» Reply to this comment...

Posted by dahaga ilmu, on 21-08-2009 20:56, IP 203.82.91.104, Guest
27. bacaan puasa
salam ustaz.  
maaf jika soalan ini tidak berkaitan, sy sudah cuba menggunakan search engine tp tak jumpa.  
 
saya cuma nk tahu, sekiranya seorang perempuan haidh (dlm ramadhan) adakah apa2 zikir/bacaan/doa yg boleh diamalkan kerana beliau x boleh nk solat fardhu/terawih..  
 
syukran ustaz... 
 
UZAR : Jawpaan bagi ibadah wanita haid di musim ramadhan, buka di sini
 
» Reply to this comment...

Posted by ashrul, on 21-08-2009 15:43, IP 34.252.139.210, Guest
28. Menjual makanan kepada bukan muslim
assalamualaikum, 
 
Saya ingin bertanya apakah hukum seorang muslim menjual makanan kepada bukan muslim sewaktu mengerjakan puasa di bulan Ramadhan? Sebagai contoh menjual makan di waktu tengah hari kpd bukan muslim. Adakah ini akan menyebab kita berdosa kerana bersubahat? 
 
Wassalam... 
 
UZAR : sefaham saya, jual makanan kepada non muslim dan wanita yang uzur pada bulan puasa, tiada masalah. Tapi kalau ada orang islam lelaki masuk, sdr akan buat mcam mana?
 
» Reply to this comment...

Posted by nurul, on 21-08-2009 15:10, IP 115.133.231.138, Guest
29. berasa keraguan
Assalamualaikum ustaz, saya seorang jurulatih renang. saya ingin menanyakan bahawa sekiranya pada bulan ramadhan saya masuk dalam air dalam masa yang panjang. Apakah hukum puasa saya ustaz? Adakah puasa saya ini batal? 
 
UZR : TIDAK batal puasa kecuali sengaja telan air, cuma pahaala puasa mungkin batal jika berenang sambil tidak menutup aurat, dan dilihat oleh lelaki bukan mahram.
 
» Reply to this comment...

Posted by Sharifah, on 20-08-2009 16:49, IP 90.242.84.43, Guest
30. Hadith nabi
Salam Ustaz 
Saya bertemu dua hadith yang mirip tetapi apabila diteliti ada perbezaannya. Minta ustaz beri pandangan yang mana satu merupakan hadith sahih. Terima kasih. 
Hadith 1 
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin Amin.  
Seorang ber'tanya kepada Baginda : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini?  
Baginda menjawab : Telah b'kata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong,  
sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga  
(kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata  
malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun  
dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata :  
Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi s.a.w.) disebut kepadanya akan  
tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin.” [Hadith  
Riwayat al-Bukhari didalam Adabul Mufrad. Syiekh al-Albani menilai hadith ini  
sebagai Hasan Sahih (Sahih Adabul Mufrad LiImam Bukhari, #503/646)]. 
 
UZAR : BUKANKAH dah ada sebut hadis yang ini bertaraf hasan sohih. ia hadis yang boleh digunapakai
 
» Reply to this comment...

Posted by Rizal Nasir, on 20-08-2009 16:45, IP 210.48.222.5, Guest
31. Ramadan Kareem to UZAR & family...
Selamat Berpuasa UZAR...moga Ramadan tahun ni lebih baik daripada yang lepas2...mcmana ngn thesis UZAR, dh bape % siap...moga ALLAH mudahkan semua urusan UZAR...jgn lupa doakan sya UZAR...sekadar nk ulang, jgn lupa ceritakan pengalaman UZAR & keluarga berpuasa di UK..=) 
 
UZAR : terima kasih, ramadhan kareem buat tuan sekeluarga juga. Tesis on progress.
 
» Reply to this comment...

Posted by azizul asri, on 19-08-2009 20:22, IP 121.121.86.52, Guest
32. aku ramadhan
Panduan ramadhan yang baik utk kita semua.Izinkan saya post artikel ne dlm web www.mybmq.blogspot.com.tima kasih ust.puasa & raya di perantauan tahun nie..
 
» Reply to this comment...

Posted by zulus68, on 06-09-2008 22:30, IP 81.79.146.30, Guest
33. ...
SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA, GUNALAH RUANGAN UZAR DENGAN SEBAIK-BAIKNYA KERANA BANYAK ILMU KEAGAMAAN DAPAT MEMANFAATKAN KITA SEMUA, SEMOGA UZAR SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DAN PERTOLONGAN DPD ALLAH HENDAKNYA DALAM MENYAMPAIKAN RUANGAN DAKWAH INI SECARA BERKESAN, AMIN. WASSALAM.
 
» Reply to this comment...

Posted by izham, on 04-09-2008 18:21, IP 90.240.186.250, Guest
34. ...
salam UZAR,xpe la kalo mahal ana msg aje la,anyway UZAR ana org puchong gak area putra perdana.pas 3 thn UZAR habis studie ada highway baru dia terus ke klang highway tu sambung dr highway kl/putrajaya.xsalah ana SKVE namanya,news from puchong :grin  
 
UZAR : THANKS FOR THE INFO..NAMUN TOLL LAGI LE JAWABNYA YE TAK. 
 
SAYA MNGKIN AKAN BERPINDAH DARI PUCHONG BILA BALIK KELAK,..PINDAH KE GOMBAK INSHAALLAH.
 
» Reply to this comment...

Posted by abu_ateif, on 03-09-2008 17:27, IP 90.240.186.250, Guest
35. ...
semoga ramadhan kali ini kita dapat berpuasa cam nabi n para sahabat berpuasa...berpuasa bukan sekadar lapar n dahaga ttp berpuasa seluruh anggota badan dari perkara2 haram...lebih tip top lagi bila kita mampu mengajak hati n fikiran turut berpuasa...ramadhan karim.
 
» Reply to this comment...

Posted by tuah, on 03-09-2008 17:06, IP 90.240.186.250, Guest
36. ...
salam uzar, selepas kita mati, kemana roh kita pergi,, straight jumpa Allah ke? sekadar nak tahu 
 
UZAR : saya telah jawab, sila baca di bahagian aqidah di web ini
 
» Reply to this comment...

Posted by hafiz md, on 03-09-2008 17:05, IP 90.240.186.250, Guest
37. ...
salam UZAR n semua..isk..xsabr nk bace pengalaman UZAR berpuasa kt sana..adakah lebih mencabar?semoga ibadah kite ikhlas hanya kerana Allah
 
» Reply to this comment...

Posted by izham, on 03-09-2008 17:00, IP 90.240.186.250, Guest
38. ...
salam UZAR, nak tanya ustaz skit jika x keberatan, boleh x saya jika berpeluang menelefon ustaz? sorie soklan takde kaitan dgn artikel :grin
 
UZAR : BOLEH, TAPI KOSNYA TINGGI KERANA SAYA BERADA DI UK  
 
NOM PHONE 00447534988537 
 
SEKIAN
 
» Reply to this comment...

Posted by haidzir, on 02-09-2008 20:45, IP 194.80.178.1, Guest
39. ...
salam ramadhan,tazkirah perlu diulangkan kerana ianya bermanafat kepada orang beriman.
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamim Sulaiman, on 02-09-2008 20:44, IP 194.80.178.1, Guest
40. ...
:)Terima kasih kerana ruangan ini memberi banyak manfaat untuk menambah ilmu 
berkaitan dengan fiqh islam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Pak Usu, on 02-09-2008 20:35, IP 194.80.178.1, Guest
41. ...
Uzar kena ceritakan pengalaman2 uzar berpuasa di negeri asing kat semua pembaca. Ramai nak dengar (baca) ni! 
 
UZAR : YE KE PAK USU, SAYA RASA MACAM TAK DE NAK BACA JE PENGALAMAN2 GINI..:)
 
» Reply to this comment...

Posted by Bintun_Nahl, on 02-09-2008 20:30, IP 194.80.178.1, Guest
42. ...
Salam, 
 
UZAR, Bagaimana cara terbaik menggalakkan/memujuk supaya anak berpuasa dan Seawal umur berapa.  
 
Saya terbaca mengenai kisah Seorang ibu pada zaman Nabi s.a.w. yang bernama Ar-Rubayyie binti Mu’awwiz memberitahu: “Ketika bulan puasa, anak-anak kecil kami turut sama dididik berpuasa. Apabila ke masjid (untuk menunaikan sembahyang fardu) bersama mereka, kami menyiapkan untuk mereka permainan (yang diperbuat) daripada benang. Apabila salah seorang mereka menangis kerana lapar (berpuasa) kami berikannya permainan tersebut (supaya dia leka bermain) sehinggalah ke waktu berbuka (puasa).” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Rasa cemburu bila ada anak orang lain yg lebih kecil umurnya dari anak saya sudah mau berpuasa penuh sehari. 
 
UZAR : BERMULA UMUR 6 TAHUN DIAJAR PUASA PENUH
 
» Reply to this comment...

Posted by Fairul, on 02-09-2008 20:29, IP 194.80.178.1, Guest
43. ...
Salam Uzar..semoga dengan penjelasan Uzar ni memberi semangat lagi kepada kami semua utk merebut peluang keemasan ini..amin..Bagaimana ya Uzar menyambut Ramadhan di negara orang.. :) 
 
UZAR : TERIMA KASIH, NANTI SAYA TULIS INSHAALLAH
 
» Reply to this comment...

Posted by maslina, on 02-09-2008 20:23, IP 194.80.178.1, Guest
44. ...
salam uzar, 
 
bolehkah kita makan dlm keadaan kita masih berhadas besar kerana berjunub? 
 
UZAR : sudah tentu boleh dan tiada sebarang halanagn dalam Islam
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 02-09-2008 20:22, IP 194.80.178.1, Guest
45. ...
terima kasih atas artikel. 
ustaz, bagi org yang haidh, perlukah menahan diri dari makan dan minum bagi menghormati ramadhan walaupun tidak berpuasa. 
terima kasih 
 
UZAR : bagi yang haid tidak perlu..
 
» Reply to this comment...

Posted by abu_muadz, on 02-09-2008 20:21, IP 194.80.178.1, Guest
46. ...
Assalamualaikum, 
Saya gunakan bahan tulisan ustaz ni utk diedarkan disurau. Semoga Allah membalas usaha baik ustaz. Jazakallahukhairan. 
 
UZAR : SILAKAN, DAN TERIMA KASIH ATAS USAHA MURNI
 
» Reply to this comment...

Posted by Azrir, on 02-09-2008 20:20, IP 194.80.178.1, Guest
47. ...
Bila Ustad nak datang Leeds pulak?? Manchester dah, Lancaster dah..... 
 
UZAR : INSHALLAH JIKA ADA YANG MENJEMPUT DAN MENGATUR, SAYA AKAN HADIR
 
» Reply to this comment...

Posted by afham, on 01-09-2008 21:16, IP 90.240.186.250, Guest
48. ...
terima kasih atas nasihat yang panjang lebar yang ustaz berikan..
 
» Reply to this comment...

Posted by amin, on 01-09-2008 17:21, IP 90.240.186.250, Guest
49. ...
Salam ustaz..minta penjelasan..masih sahkah puasa saya jika keluar cairan air mazi disebabkan teransang ketika isteri berada hampiran dengan saya. mohon penjelasan ustaz! syukran 
 
uzar : tiada masalah, kena basuh sahaja krn air mazi adalah najis menurut majoriti ulama
 
» Reply to this comment...

Posted by megat ismail akil, on 01-09-2008 17:18, IP 90.240.186.250, Guest
50. ...
Assalamualiak buat uzar sekeluarga serta muslimin dan muslimat dimana sahaja berada.... 
 
Pertama disekali diucapkan ahlan wasahlan ya ramadhan kepada semua...dikesempatan ruangan maya ini yang banyak memberi kita ilmu serta panduan berguna untuk rujukan.Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas pahala terhadap insan yang menyediakan sumber rujukan yang amat berguna ini. 
 
Cuma di ramadhan kali ini uzar berada di perantauan dan bagaimana perasaan berpuasa disana yang suasananya tidaklah semeriah di Malaysia. 
 
Semoga anugerah kekuatan yang Allah kurniakan untuk menambah ilmu menjadikan suatu semangat yang tidak akan pudar demi agama, bangsa, negara dan diri. 
 
Teruskan hajat murni ini.........wassalam...  
 
UZAR : TERIMA KASIH DAN SAMA-SAMA KITA BERDOA
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom