Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Duit Free & Untung Atas Angin Yang ...
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 67 guests online
PDF Print
User Rating: / 31
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 12-05-2009 08:00
Views 18395    
Favoured 14

Cara Untung Atas Angin

& 'Duit Free' Dan Hukumnya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

 

duitkotor.gif 

Disebabkan hal dan perkara ini sentiasa berlaku di syarikat swasta dan kerajaan, saya merasakan amat baik jika artikel ini dibaca dan dihayati kembali oleh pelawat web saya. Khususnya di musim kegawatan ekonomi dan kebanyakan pekerja sedang memikirkan pelabagi kaedah dan cara untuk mencari wang sampingan dan tambahan. Beringat-ingatlah dalam mencari wang sampingan, jangan sampai menyumbat bara api neraka ke dalam mulut isteri dan anakmu.

Tajuk utama surat khabar New Straits Times pada 11 September 2007 memaparkan isu pembelian beberapa peralatan untuk kementerian tertentu dengan harga luar biasa.

Hal ini terbongkar apabila pihak Ketua Audit Negara melakukan tugasnya dengan telus dan baik, lalu mendedahkan penyelewengan ini.

Antara yang diketengahkan oleh media ini adalah :-

1) Buku yang sepatutnya berharga RM 417 menjadi RM 10,700.

2) Screwdriver yang sepatutnya berharga RM 32 menjadi RM 224.

3) Set lengkap komputer meja (desktop) yang sepatutnya berharga RM 174,811 menjadi RM 3.06 juta (Kementerian Belia & Sukan).

4) Karipap yang sepatutnya berharga 30 sen satu menjadi RM 3 bagi satu karipap.

5) Dua kamera 3.1 Megapixel yang sepatutnya berharga RM 2,990 menjadi RM 8,254.

6) Faber Castell pens yang sepatutnya berharga RM 160 menjadi RM 1,146.56.

7) Dua krane yang sepatutnya berharga RM 2.98 juta menjadi RM 5.72 juta.

Hebat Tapi Haram?
Secara mudahnya kita dapat mengagak bahawa kes di atas berlaku disebabkan oleh salah satu sebab berikut :-

  • 1) Penipuan oleh pegawai bertanggungjawab yang mengambil keuntungan atas angin.
  • 2) Rasuah menyebabkan harga termasuk harga bayaran rasuah.
  • 3) Salah teknikal dan pengiraan.

Menurut Islam, jika ia berlaku dengan sebab item 1 dan 2, sudah tentu hukumnya haram. Dalil pengharaman rasuah adalah :-

1) Firman Allah s.w.t

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

2) Disebutkan dalam hadith :-

لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Manakala dalil pengharaman penipuan juga sangat jelas dalam urusan perniagaan secara umum, iaitu :-

1) Sebuah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-

قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Hasil dari kumpulan hadis ini, bentuk tindakan yang dilakukan seperti adalah HARAM dari sudut hukum Islam jika ia benar-benar dilakukan atas dasar penipuan dan rasuah. Manakala, jika berlaku atas kesilapan teknikal, ia tidak termasuk dalam kesalahan dari sudut hukum. Ia hanya kelemahan pengurusan dan tindakan bergantung kepada pihak berwajib. 

Beberapa Bentuk Lagi

Menerusi email dan soalan yang kerap saya terima, berikut adalah antara beberapa bentuk untung atas angin dan penyelewengan yang kerap berlaku dalam industri kerja samada kerajaan, swasta, NGO, Persatuan, sekolah, Parti Politik dan lain-lain organisasi :-

1) Rasuah dalam memilih : Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dll untuk syarikat atau organisasinya. Pihak pegawai memilih syarikat 'Z' dari empat syarikat lain yang menghantar 'quotation' kerana oleh syarikat 'Z' itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan 'ikhlas'.

Hukum : Ia adalah haram dan rasuah dalam Islam.

2) Mencipta 'quotation' sendiri : Pegawai atau kumpulan pegawai yang diberi kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk memberinya kepada satu syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan oleh prosedur syarikat yang memerlukan terdapat 'quotation' dari minimum daripada empat buah syarikat. Pegawai ini telah mencipta beberapa 'quotation' dari syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan

Hukum : Haram kerana menipu.

3) Menaikkan Harga : Pegawai diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah, pegawai berjaya mencari dengan harga RM 1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.

Hukum : Ia adalah haram sepakat ulama.

4) Menang Tender Bersyarat : Pelaburan Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk 'renovation' pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai telah mengempen syarikat 'B' kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat "B' yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat 'B' dengan kadar keuntungan mengikut Islam 'kononnya'. Padahal, jika tiada peluang 'melabur' itu, sudah pasti pegawai tidak akan mengempen syarikat 'B'.

Hukum : Tindakan sebegini adalah haram dalam Islam dan ia termasuk dalam rasuah bentuk baru dan berselindung disebalik aktiviti pelaburan Islam.

5) Tuntutan Palsu : Pegawai membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesyen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza dari jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.

Hukum : Ia adalah haram menurut Islam kerana penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.

6) Resit Harga Ciptaan : Pegawai membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu.

Hukum : Ia adalah haram dalam Islam kerana penipuan.

7) Ambil Untung Sendiri : Pegawai diberi oleh syarikat 'budjet maksima' sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjaya mencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan harga RM 4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan penjual agar dituliskan harga RM 5000 dalam invoice dan baki RM 1000 hendaklah diberi kepadanya.

Hukum : Ia adalah haram kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja.

8) Guna Khidmat Syarikat Sendiri : Soalannya seperti berikut : - "Saya bekerja dengan majikan, dalam masa yang sama membuat perniagaan membekal barang-barang untuk majikan menggunakan syarikat saya tanpa pengetahuan majikan?"

Hukum : Ia lebih cenderung kepada hukum haram terutamanya jika anda menggunakan kuasa anda sebagai pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mempengaruhi keputusan pemilihan pembekal.

Walaubagaimanapun jika majikan telah diberitahu dan mereka bersetuju tanpa sebarang syarat-syarat seperti rasuah seperti 'mesti memberikan komisyen kepadanya pula' ; maka ia boleh dikira harus dan halal, terutamanya apabila syarikat anda memang punyai kualiti dan mampu menawarkan harga kompetitif berbanding syarikat pembekal lain.

Wang Yang Diperolehi Dari Kerja Yang Telah Diberi Gaji

Saya faham, ramai yang cuba mendapatkan 'side income' dari cara-cara yang disebut di atas, sambil melakukan tugasannya yang wajib. Ingatlah dua hadis berikut :-

a) Nabi bersabda :

" Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

b) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :

"ini untukmu ( bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" ( Al-Bukhari & Muslim )

 

KESIMPULANNYA 

Sebagai akhirnya, banyak sungguh soalan seperti kes-kes di atas sampai kepada saya. Malangnya amat ramai juga yang terlibat tanpa memikirkan halal haram tindakannya. Hanya berbekalkan keyakinan tanpa ilmu dan palsu, mereka meraih keuntungan untuk digunakan oleh diri dan keluarga. Pastikan ia akan memberikan padah baginya di dunia dan akhirat, selain menjadi punca doa menjadi pudar dan tidak ingin didiengari oleh Allah s.w.t.

Penutup  

Nabi Muhammad mengingatkan kesan harta haram terhadap munjat dan doa seseorang :-

 الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Apabila wang dan pendapatn menjadi haram, doa tiada lagi dilihat dan diterima oleh Allah swt. Ibu kepada segala jenis doa adalah solat. Apabila solat sudah tidak lagi diterima, runtuhkan sensitiviti dan antenna agama dari dirinya, menyebabkan ia sesat dan terus menjauh dari Allah swt, menuju ke majlis hina bersama para iblis dan Syaitan. Moga dijauhkan Allah.

sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Ramadhan 1428 H

15 Sept 2007

 

ULANG SIAR PADA 12 MEI 2009 

 


 

BERIKUT ADALAH PETIKAN BERITA NST:-

CYBERJAYA: The Finance Ministry has taken the lead to get to the bottom of inflated prices for procurement of products and mismanagement of funds.

Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yesterday ordered all departments in the Treasury to prepare detailed reports on the cases highlighted in the Auditor-General's Report which involved them.

"The departments have been asked to prepare the report almost immediately and we will respond in the quickest manner."

He was responding to a call by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak that the relevant ministries mentioned in the report must respond to the findings.

Nor Mohamed said the call made by Najib was timely and appropriate, and all ministries must adhere to it.

"In my ministry, the Customs Department was mentioned, so this will be given focus," he said after launching the Cyberjaya Dedicated Transportation System here.

The report issued last Friday highlighted several cases where public funds were misused by government agencies.

Non-governmental organisations (NGOs) which do not qualify have been given funds by some ministries, while two helicopters worth RM117.75 million bought for the police air wing could not be used as they did not meet specifications.

It said that in 2002, the government paid RM8.39 million more than the market price for the purchase of 13 items for the National Youth Skills Institutes programme.

The 13 items included technical books consisting of 10 titles priced at RM10,700 per set when they could be purchased for RM417. A total of 17 sets of books were ordered.

Also two 3.1 megapixel digital cameras were bought for RM8,254 each when they were available for RM2,990 each.

The government also paid RM224 for a set of four screwdrivers which would cost only RM40 in the market and RM1,146.56 for a set of Faber Castell technical pens instead of the RM160 market price.

International Trade and Industry Minister Datuk Seri Rafidah Aziz said bidders of government projects should not mark up their prices as they were squandering people's money.

She said suppliers of products and services to government agencies should have integrity and be ethical in conducting their business.

"Please keep in mind it is the people's money. I understand that businessmen want to make profits, which is not wrong, but do so reasonably.

"For instance, it is ridiculous to pay RM3 for a curry puff whereas you can get it at 30 sen.

"What kind of curry puff costs so much?" she asked after chairing the Wanita Umno exco meeting yesterday.

Rafidah, who is also Wanita Umno chief, was baffled as to why it cost more to buy in bulk.

"Normally, bulk purchases should be cheaper."

She also said government officers who were dealing with tenders and financial matters should scrutinise individual prices and make comparisons before deciding on the purchase.

Rafidah said those caught misusing funds in her ministry would be dealt with swiftly and strict procedures were in place to prevent mismanagement.

In Kota Kinabalu, human rights and consumerism activist Datuk Prof Dr Hamdan Adnan lauded the exposure of the inconsistencies in public fund management detailed in the report.

Baring the problems had reflected the government's transparent administrative policy in managing the people's money, he said.

"Since the report has revealed obvious mismanagement of public funds, I feel the Anti-Corruption Agency should be brought in to investigate those responsible."

Hamdan said firm measures must be taken against both the parties that were responsible in the purchase and the suppliers so that the problems would not recur.

"Usually the government will buy in bulk which is supposed to be cheaper.

"Based on the report, it is clear that the price tags were unreasonable," he added

 

000010172000

Last update: 12-05-2009 18:47

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (77) RSS feed comment
Posted by faiz, on 29-08-2009 00:18, IP 62.120.193.98, Guest
1. Mohon penjelasan
Ustaz, ada dua situsi 
1. seorang diamanahkan membeli barang. Harga pasaran barang tersebut, katakanlah rm50. Setelah meronda mencari harga kesemuanya rm50. akhirnya dia membuat tawar-menawar dan mendapatkan harga rm40. adakah dia dibolehkan ambil rm10 tersebut dgn alasan penat ronda, tmbg dll dan penawaran dilakukannya. Tanpa ada persetujuan awal dengan orang yang mewakilkan.adakah ia dikira menipu? 
 
2. Berkenaan dgn rasuah. Jika saya mmg pasti pembekal saya melakukan rasuah utk mengimport barang yang saya pesan, bolehkah saya membeli daripadanya? dan tiada pembekal lain utk produk yang dipesan memandangkan ia barang kawalan di negara tersebut. 
 
mohon bantuan ustaz.. 
Terima kasih saya dahulukan. 
 
UZAR : 1) Sewajarnya, dia memaklumkan kepada pembeli asal, harga yang diperolehinya. 
 
2) Jika kita mmerlukan barang tersebut sebagai perkara asasi, maka boleh..jika tidak maka tidak digalakkan sama sekali apabila telah pasti.
 
» Reply to this comment...

Posted by LAOGIKS, on 21-06-2009 07:18, IP 203.82.79.104, Guest
2. encik
salam ustaz 
 
DAPAT DUIT SEBAB BAGI PENDAPAT! 
(ONLINE SURVEY) 
APA PENDAPAT USTAZ. 
 
TERIMA KASIH 
 
SALAM
 
» Reply to this comment...

Posted by mms, on 21-06-2009 01:35, IP 203.82.91.101, Guest
3. pinjaman bank
bank islam tidak menawarkan overdraf, jadi melalui RHB bank kami menggunakan kemudahan ini untuk mengekalkan harta/wang yang kami ada, kalau tidak harta/wang tersebut akan berkurang dan habis untuk membeli keperluan yang penting, bagaimana pandangan ustaz adakah diharuskan? 
 
UZAR : tidak diharuskan, overdraft islam ditawrakan oleh Maybank Islamic Bank
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by orang sederhana, on 31-05-2009 23:28, IP 161.139.147.116, Guest
4. berkaitan universiti
salam ustz 
 
utk menganjurkan sesuatu program yg d'kndlikan o skmpulan pljr,spt biasa kertas keje dan beserta klulusan unversiti prlu d'usahakan. kebiasaannya,peruntukan bg menjykan program itu d'prlukan..yg utamanya,tntulah dr pihak pntdbiran unversti (HEP-hal ehwal pelajar)..selain itu,sumbgn atau pnjaan dr pihak luar dr universiti turut d'usahakan. situasinya,pngrh tlh memperuntukkan bg program (cthnye xpdc pnjt gunung,xpdc berbasikal,khidmat msyrkt@kem khidmat budi) adalah berjumlah rm60k. si bndhari tlh mmbuat bajet kwngn dan d'luluskan d dlm kertas kerja. katakanlah,sumbgn atau pnjaan yg d'perolah utk mnjyakan program d'dpti rm80k. dan stlh berakhirnya program,lbihan wang adlh rm20k..iaini t'dri drp lbihan sumbgn pihak luar. ape yg prlu d'buat SPTUTNYA dgn rm20k tu? situasi yg d'alami d'cni,rm20k itu d'blnjakn dgn mengadakan penghrgaan kpd pljr dlm bntuk percutian ke mn2 destinasi atau mkn malam pnghrgaan. yg musykil,'penghargaan' td tidak d'nyatakan d'dlm kertas kerja program dan penaja atau penyumbng tidak tahu ttg 'pnghrgaan' td. jadi,apakah situasi insan yg mnjyakan pnghrgaan td dgn duit lbihan program sbnyk rm20k td? hrp jelas UZAR,pnjlsn d'prlukan dr UZAR.
 
» Reply to this comment...

Posted by Haidin, on 21-05-2009 13:55, IP 202.146.93.33, Guest
5. Bonus dan komisen???
Assalamualaikum Utz, 
 
saya ingin bertanya sekiranya saya mempunyai seorang kawan yang ingin mendapat nama/email orang tertentu untuk membuat perniagaan dalam syarikat saya bekerja, kemudian bila berjaya dia setuju untuk memberi sebahagian komisen yang diterima olehnya dari syarikat kawan saya sendiri atas keberjayaan kawan saya itu mendapatkan perniagaan dalam syarikat saya bekerja. Penglibatan saya dalam kejayaan kawan saya cuma memberi nama/email dan tidak lebih dari itu (segala urusan perundingan perniagaan adalah antara syarikat saya dengan kawan saya dan hasilnya kawan saya berjaya mendapat perniagaan tersebut atas usaha sendiri) 
 
Soalan: adakah haram komisen yang saya dapat dari kawan saya ini (persetujan antara saya dan kawan saya apabila saya memberikan nama/email yang dikehendakinya itu)??? 
 
Sekian 
 
din
 
» Reply to this comment...

Posted by Syam, on 20-05-2009 15:36, IP 60.53.63.69, Guest
6. Mohon siarkan artikel ini.
Salam, 
 
Utz, ana nak mohon dengan Utz utk ana siarkan artikel ini di ruangan blog ana. 
 
Moga2 ia membantu shbt2 ana dalam urusan kerja dan perniagaan. 
 
terima kasih utz. 
 
Syam
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba ALLAH, on 15-05-2009 18:32, IP 118.100.139.108, Guest
7. duit claim
Assalammualaikum.. 
 
saya bekerja dengan kerajaan.. sering membuat claim diatas tugas luar dan menjalani kursus luar... pihak kerajaan membenarkan dibuat mengikut kadar-kadar tertentu mengikut pejalanan dan waktu bertugas..  
 
sekiranya saya membuat tuntutan perjalanan menggunakan teksi tetapi saya menaiki kenderaan sendiri disebabkan beberapa syarat utk claim tuntutan dgn kenderaan sendiri tidak dipenuhi seperti mesti mengisi brg perjalanan 240km dan perlu disahkan oleh boss sebelum menjalankan tugas luar. 
 
soalan  
bolehkah saya buat tuntutan dengan kaedah lain walaupun jumlahnya lebih rendah dari tuntutan dengan kaedah yg sebenar? 
 
UZAR : saya rasa dah jwb soalan begini di dalam artikel. 
 
Apa shj tuntutan yang tidak kita lakukan adalah penipuan. Tuntutan yg dibenarkan hanyalah jika setelah isi borang dan naik kenderaan awam. Maka itulah yg perlu kita lakukan, tanpanya, kita tiada lagi hak istimewa untuk claim.  
 
Bayangkan kita sebagai majikan, dan ada staff kita nak buat begini..setujukah kita? 
 
» Reply to this comment...

Posted by b, on 14-05-2009 13:17, IP 121.121.44.14, Guest
8. tolong saya
salam...ustaz..saya ada satu masalah..kami pelajar uitm ada meminta sponsor duit dari kementerian belia dan sukan,department penyelidikan..mereka bukan memberi kami bantuan tetapi mereka menyuruh kami mencari belia seramai 3 ribu org untuk mengisi borg pendaftaran sebagai ahli belia bagi kementerian itu.. 
 
nak dijadikn cerita, kami sebenarnya bukan disponsor..kami sekadar mengambil upahan unutk mendapatkan kewangan..kami bersetuju untuk itu..tetapi yang menjadi kemarahan kami..harga bagi setiap helai borang itu yang sebenarnya adalah RM3...tetapi mereka menyatakan kepada kami harganya adalah RM1...kami terpaksa bersusah payah sehingga kini mencari 3ribu orang belia dengan hanya mendapat bayaran RM3RIBU sahaja..sepatut nya RM9RIBU...bagaimana ye?? apa yg perlu kai lakukan unutk mendapat5 pengadilan??? ini no tel saya jika ustaz mahukan penjelasan yg lebih mendalam..0173898492 
 
UZAR : sukar nak beri pandangan kerana perlu ada detail berkenaan kementerian itu pula. Kita kena tahu, sama ada apa yg dilakukan menepati polisi kementerian atau tidak. jika tidak..ia adalah penipuan. 
 
jika tiada masalah, maka apa yang diminta adalah sah dan dibenarkan..dan ia adalah upah atas setiap satu ahli. walalupun harga borang RM 3, maka harus utk kementrian tetapkan jumlah upahnya sebanyak RM 1 setiap satu borang.
 
» Reply to this comment...

Posted by wan, on 14-05-2009 03:37, IP 41.233.6.11, Guest
9. minta penjelasan
.salam.. 
 
-saya sudah jelas mengenai keuntungan atas angin yang haram bagi mana2 individu yg berkerja dibawah syarikat tnpa izin majikannya atas keuntungan yang diambilnya.. 
 
saya nak bertanya apa bezanya jika individu yang tidak bekerja dibawah syarikat atau mana2 pihak menjalankan kerja sendiri dan mengambil keuntungan atas kerja yg dilakukan.. 
 
cth: niat asal si A nk membntu smbil mahu ambil sedikit untung atas usaha yang dilakukannya. si B minta bantuan dari si A untuk kirim beli barang atas sebab jarak si B jauh dari tempat brang itu dijual. 
 
..permasalahan yg mungkin timbul, andai si A dan si B berjauhan seperti tinggal berasingan negara yang melibatkn nilai matawang yang berbeza.pada masa yang sama juga barang yang ingin dikirim oleh si B kemungkinan berlaku perubahan harga.si B minta harga anggaran barang yang ingin dikirim dalam nilai matawang dari negara si B agar kiriman wang melalui bank dapat disalurkan kepada si A. si A menyerahkan harga anggaran barang kepada si B setelah menyemak harganya dan kemungkinan harga anggaran itu lebih "sedikit" dari harga sebenar kerana faktor nilai matawang yang berbeza dan berubah2 antara negara si A dan si B.si B mengirimkn wang lebih dari harga anggaran yang diberikan oleh si A kepadanya dan mengisyaratkan kepada si A agar ambil bakinya(menjadi milik si A) sekiranya ada baki atas sebab si A membantunya.selesai si A membeli barang yang dikirim oleh si B dan mengambil baki wang utk dirinya(si A) setelah diisyaratkan oleh si B pada sebelumnya. 
 
soalan:Apakah hukum meberikan nilai harga anggaran lebih "sedikit" dari harga asal kerana si A berhati-hati agar wang yang dikirimkan kepadanya tidak kurang dengan harga barang dan "ketidakmampuannya" menentukan harga yang tepat disebabkan nilai matawang yang berbeza antara 2 negara?dan apakah hukum si A mengambil baki tersebut ? 
 
minta tolong penjelasan ataupon penyelesaian terbaik dan nasihat sekiranya ianya salah untuk dilakukan....terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by ADI, on 13-05-2009 14:43, IP 203.121.40.10, Guest
10. Muskil
Salam Ustaz.. 
ada kemuskilan skit, 
Kawan saya menguruskan pembelian barang sukan untuk kelab sukan di Ofisnya. Pembekal sukan tersebut menjual dgn harga RM 40. Manakala Kwn saya mendapatkan dengan harga selepas diskaun sebanyak RM 35. Apakah hukum jika kwn saya ini menerima RM 5 ini sebagai wang untuk hasil kerja-kerja yg dilakukannya tanpa menerima gaji dari pihak kelab sukan.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by zeq, on 13-05-2009 11:57, IP 60.50.6.162, Guest
11. MCM MANE KES INI?
Saya sebagai perunding pembinaan. Saya menjalankan tugas mengikut yang diamanahkan berlandaskan undang - undang dan perjanjian yang telah dilakukan antara pemilik (cth : KPM, JKR dll) dan kontraktor. 
Alhamdulillah...projek berjaya disiapkan walaupun ada sedikit kelewatan. 
Persoalan saya...pihak kontraktor memaklumkan saya yang mereka menyediakan sedikit 'saguhati' kepada saya sebagai tanda terima kasih dan senag hati kerana projek ini dapat disiapkan. 
Syarikat telah mendapat bayaran dari pemilik dan saya mendapat gaji dari syarikat. 
Adakah saya boleh terima pemberian ini seperti yang dikatakan oleh pihak kontraktor berkenaan sebagai 'saguhati'? 
 
TOLONG JELASKAN...
 
» Reply to this comment...

Posted by Hanizah, on 13-05-2009 10:38, IP 118.100.103.162, Guest
12. Tanya Hukum
Abu kerja syarikat ABC. Syarikat minta bekal komputer baru 100 unit. Abu cari pembekal. Pembekal A tawar seunit RM 2000. Pembekal B RM 2500. Pembekal C RM 3000. Masalahnya Pembekal A kawan baik Abu dan telah janjikan awal2 komisyen RM 100 setiap sebiji komputer. Spesifikasi komputer bagi ketiga-tiga syarikat adalah sama. Keputusan untuk memilih adalah ditangan mesyuarat pegawai2 atasannya dengan recomendition dari dia suruh pilih Pembekal A atas dasar beri spec sama dan lebih murah. Boleh ke dia mengambil komisyen yg dijanjikan itu? Syukran Ustaz
 
» Reply to this comment...

Posted by izzaty, on 13-05-2009 10:31, IP 202.190.48.193, Guest
13. Duit Free & Untung atas angin ???
Assalamualaikum Ust, nak tanya perkara yg agak kelirukan. Hrp UZAR dpt bantu. Si A bekerja dlm syarikat A, dia diminta mencari peluang/ bisnes utk syarikatnya (Service Provider). Dia mendpt peluang/permintaan dr syarikat XYZ tp kadar bayaran rendah (RM 4/sejam) & Syarikat A tolak. Si A kemudian "menjual" peluang bisnes tersebut kpd syarikat B yg boleh memberikan kadar lebih rendah (RM3.75/sejam) dan RM0.25 miliknya. Dlm perjanjian kadar yg perlu dibayar oleh Syarikat XYZ ialah bayaran RM 4/sejam, tp hakikat RM3.75/sejam utk syarikat B & RM0.25 milik Si A (penjual) peluang tersbt. Apakah hukum "untung" yg di terima oleh Si A dan juga status Syarikat B dlm perniagaan jenis "sub-con" begini?.
 
» Reply to this comment...

Posted by rina, on 13-05-2009 09:23, IP 202.185.172.2, Guest
14. adakah ini dibolehkan?
Bagaimana jika pekerja diberi hak untuk menuntut elaun perjalanan mengikut milage apabila bertugas di luar pejabat walaupun sbnrnya dia hanya menggunakan pengangkutan awam untuk ke destinasi tersebut yang jauh lebih murah cuma lebih meletihkan.(kadang-kadang tumpang kawan yang kosnya free) 
Contoh, tambang bas sbnrnya ialah RM5 tapi dia claim milage RM16. Tuntutan tidak perlu resit jadi tiada resit palsu dikeluarkan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Acik, on 13-05-2009 09:18, IP 60.50.185.14, Guest
15. Penjelasan dikehendaki
Salam ustaz, 
Syarikat sy saya telah mengemukakan satu proposal kepada syrikat A dengan harga yang berpatutan,dan telah diterima tanpa ada sebarang perjanjian dan unsur2 penyelewengan dan rasuah, oleh kerana polisi syarikat mengehendaki mengemukakan 3 sebutharga, maka syarikat saya telah mengemukan 3 sebutharga dengan menggunakan syarikat kawan2 dengan harga yang lebih tinggi, maka sudah tentu syarikat saya telah terpilih dalam ketiga tiga sebutharga tersebut. Apakah hukum nya ustaz kerana seolah olah ada unsur penipuan disitu.
 
» Reply to this comment...

Posted by mrasyidi, on 12-05-2009 17:36, IP 210.187.10.185, Guest
16. adakah ini juga rasuah
Adakah ini juga dikira rasuah. 
 
Pembekal A menjual dengan harga RM4. 
Sebagai org tengah saya akan menaikan harga kepada RM4.50. 
Pembeli Z menyuruh saya menaikan lagi 0.50 menjadi RM5. 
 
Setelah semuanya dipersetujui, Pembekal A akan menjual dengan harga RM5 dan dibeli oleh pembeli Z. 
 
Setelah pembayaran dilakukan, pembekal A akan memberi kembali RM1 kepada saya dan saya akan memberi 0.50 kepada pembeli Z sebagai komisen peribadi(yg diminta) dan 0.50 kepada saya sebagai komisen urusniaga. 
 
Pembeli Z tidak menetapkan kepada siapa yg perlu dia beli selagi harga murah dan terdapat 0.50 dalam price barang tersebut utknya. dia pasti beli. 
 
Adakah komisen utk saya bebas rasuah dan komisen utk pembeli Z juga dibenarkan? 
 
UZAR : Soalan anda kurang jelas dan terperinci. 
 
Pembeli Z makan duit haram RM 0.50 jika dia adalah pegawai biasa kepada sebuah syarikat, jika dia adalah penjual tunggal atau individu (bukan syrkt), ia dikira harus ; jika pembeli Z adalah peagwai biasa yang dah ada gaji dari majikannya, org tengah dikira memberi rasuah kepad pegawai Z  
 
Pembekal A terselamat krn tiada terlibat dan di luar pengetahuannya.
 
» Reply to this comment...

Posted by nur zawani, on 03-05-2009 22:42, IP 60.51.102.127, Guest
17. hukum jual beli
Assalamualaikum ustaz, 
 
saya ade 2 soalan yg agak musykil, harap ustaz dapat jelaskan.. 
 
1) Apakah hukum sekiranya si A membeli baju dari si B untuk dijualkan kepada si C dimana harga asal baju yg dijual oleh si B ialah RM200. Si C sudah sedia maklum bahawa harga asal baju itu adalah RM 200. Tetapi selepas itu, si A tawar menawar dgn si B dan si B kurangkan harga baju tersebut menjadi RM100. Tetapi si C tidak tahu harga baju tersebut sudah turun menjadi RM100. Si A tadi kemudiannya membeli baju tersebut dgn harga RM100, dan menjual baju tadi kepada si C dengan harga RM200. Jadi si A untung RM100. Apakah hukumnya? 
 
2)Si A membuat urusniaga jual kasut. Si A membeli kasut dari kedai dgn harga RM300. Tetapi si A akan menjual kasut yg sudah dibeli itu kepada pelanggan dengan harga 400, kerana kasut tersebut mempunyai permintaan yg tinggi dan pengeluaran yg terhad, jadi jika permintaan tinggi kemungkinan si A akan menaikkan harga lagi. apakah hukumnya?  
 
Harap ustaz dapat bantu dan jelaskan masalah ini. tq
 
» Reply to this comment...

Posted by noer, on 23-11-2007 14:11, IP 60.52.101.99, Guest
18. ...
asslamualaikum uzar 
 
Harap uzar dapat memberikan pandangan dan hukum 
 
1. Seorang pegawai kerajaan layak membuat tuntutan perjalanan untuk satu tempat duduk teksi kerana menghadiri kursus. 
 
apakah hukum sekiranya saya menuntut lojing, elaun makan dan elaun harian ( kerana dibenarkan dalam borang tuntutan sekiranya perjalanan melebihi 100 km dari pejabat ke tempat kursus) sedangkan saya tidak bermalam, menggunakan kereta sendiri dan bayaran petrol melebihi untuk satu tempat duduk teksi serta membayar tol.  
 
 
2. Seorang pegawai kerajaan layak mendapat waran tiket MAS atau menggunakan kereta sendiri untuk menghadiri satu mesyuarat yang jaraknya beratus km dari pejabatnya. 
 
Beliau memilih untuk menaiki bas yang memakan masa berjam2 dan perjalanan sehari suntuk. 
 
Apakah hukumnya sekiranya beliau membuat tuntutan perjalanan dengan membawa kereta sendiri, lojing, elaun makan dan elaun harian bertujuan untuk mendapat bayaran lebih.  
 
Kedua- dua tuntutan diatas adalah dalam pengetahuan majikan 
harap uzar dapat membantu saya dalam hal ini. 
 
» Reply to this comment...

Posted by As-salam, on 23-10-2007 06:23, IP 60.52.98.142, Guest
19. ...
As-salam. 
 
Ada sedikit pertanyaan, moga2 ustaz dapat meluangkan sedikit masa untuk memberikan pandangan. 
 
Ada masa2nya, pekerjaan saya ini perlu berjumpa dgn contractor2. Dan kadang-kala, mereka ingin menjamu makan tengah hari apabila tiba masa lunch.  
 
Ada di kalangan contractor ini sudah bagaikan rakan, kerana susah bersama2 semasa membuat projek dan sebagainya.  
 
Jika menolak,seakan kurang sopan, dan khuatir dikata sombong.Bagaimana, bolehkah kita makan bersama2 mereka (mereka bayar makanan itu)?  
 
Moga2 ustaz dapat beri sedikit penjelasan berkenaan perkara ini. 
as-salam. :?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by MUIS, on 20-10-2007 19:31, IP 60.52.102.128, Guest
20. ...
Hukum menerima hamper & wang sempena perayaan, walaubagaimana pun penerimaan tersebut tidak sama sekali akan mempengaruhi atau mengubah apa-apa didalam kontrak, pemberian kerja/kontrak dan sebagainya
 
» Reply to this comment...

Posted by servent.., on 11-10-2007 10:16, IP 60.52.96.168, Guest
21. ...
Ade sahabat kite mengatakan"inilah kerja org gomen"... sy di sini terpanggil kerana perkataan org gomen tu melibatkan sume pnjwab awam...... 
 
Saya sedih sbb jgn nila setitik semua dislhkn......ramai lg org gomen yg mendahulukn akhirat.....buat knyataan ikut akal, jgn ikut hati...aeminnn
 
» Reply to this comment...

Posted by Che Rozilan Bin Ab. Rahim, on 08-10-2007 18:48, IP 60.52.103.194, Guest
22. ...
Inilah masanya agar semua pucuk pimpinan Kerajaan Malaysia harus ambil tindakan sekeras-kerasnya agar semua 'Ikan jerung' dan ikan bilis dlm kerajaan dibuang...  
 
tak kira menteri, SU atau sesiapa saja yg terlibat meluluskan rasuah wang rakyat ini dengan segera. 
 
Kepada mereka yang terlibat.. bertaubatlah. 
Wallahualam 
 
ADMIN : DAH SEJUK DAH ISU INI. SEMUA TERLEPAS LE MAKNANYA TU
 
» Reply to this comment...

Posted by jinjang, on 30-09-2007 11:59, IP 60.52.101.23, Guest
23. ...
Assalamualaikum ust.. 
 
Apabila sy baca penerangan yst td bnyk kesedaran yang sy perolehi..yang menjadi masalah kpd sy skrg ini ialah sy tlh join stu syrikat MLM ini dan telah melabur wang sy.. 
 
Apakah yang perlu sy lakukan sbb sy skrg sudah sedar..sy juga br je join 2 mggu lps atas ajakan kawan sy..harap ust dapat beri komen 
 
» Reply to this comment...

Posted by dolmatz, on 27-09-2007 16:27, IP 58.139.249.66, Guest
24. ...
Assalamualaikum ustaz... 
 
Saya nk bertanya..saya selalu outstation/meeting di luar pejabat dan semua prosedur ttg bayaran tuntutan syarikat saya faham. Saya musykil, company beri kami 1 KM = 65 sen, andaikata saya berada di area bangsar dan meeting di putrajaya, standard claim adalah lebey kurang 80 km atau RM52 yg boleh claim utk pergi dan balik.  
 
Tapi selalunya kalo meeting selepas tgh hari,kami trus akan pulang ke rumah tanpa ke pejabat dahulu kerana waktu pon sudah hampir tamat bekerja. 
 
Situasi ini pon sudah ibarat menjadi makluman bos saya. Selepas habis meeting di putrajaya saya akan pulang rumah saya di area puchong. Lebih kurang 1/2 perjalanan utk ke pejabat. 
 
Boleh tak saya claim mileage utk perjalanan lengkap pergi blk bangsar-putrajaya? atau perjalan setakat mana saya lalui sahaja? jika selama ini saya tersalah,bagaimana saya boleh tebus kesalahan saya ini?  
 
Memadai kah utk saya tak claim dlm 2-3 perjalanan demi utk tebus salah saya? boleh ustaz komen?? terima kasih...saya baru tersedar selama ini saya lalai dgn duit yg saya dpt...harap ustaz dpt beri komen
 
» Reply to this comment...

Posted by musykil, on 27-09-2007 09:34, IP 58.139.249.66, Guest
25. ...
salam, nak tanya juga....  
 
Situasi 1: syarikat yg memberi marketing komisen kepada staf yg berjaya dapatkan projek adakah ianya juga rasuah?  
 
JAWAPAN UZAR : TIDAK, IA DIKIRA KOMISYEN HASIL PEMASARAN.  
 
 
Situasi ke-2: staf A mendapat projek dr syarikat B, pegawai dari syarikat B minta marketing commision gak dr syarikat staf A. Staf A tetap dapat sbb polisi syarikat membenarkan, yg pegawai syarikat B tu terima tanpa pengetahuan majikan B cmn kira? Untuk membolehkan komisen di beri kpd pegawai syarikat B, harga di naikkan. 
 
JAWAPAN UZAR : YANG INI TAK BOLEH DAN RASUAH KEPADA PEGAWAI SYRKT B, DAN JIKA PEGAWAI SYRKT A JANJI NAK MEMBERINYA,BERMAKNA IA JANJI BERI RASUAH. 
 
2 situasi ni cmn ustaz?minta penjelasan
 
» Reply to this comment...

Posted by hj hairul, on 26-09-2007 05:26, IP 60.52.100.175, Guest
26. ...
Inilah keje org gomen..jd kerani jer bule pakai crv...kalau pej tanah lagi hancur... 
 
Pej2 kerajaan mmg mcm ni..korup...mbazir duit aku jer bayar cukai..
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 25-09-2007 15:33, IP 58.139.249.66, Guest
27. ...
Tetapi bgaimana pula jika sebuah syarikat yang yg suka mengambik kesempatan terhadap perkerjanya yg jujur..  
 
Pekerja cuba bersikap jujur dan telus dlm melakukan tuganya ttpi majikan buat tak paham dan tak apreciate, ni adalh perkara2 bleh mnyebabkan pekerja bleh menyelewengg.. terpaksa contra balik dgn majikan tanpa pengetahuna majikan.. 
 
cth: si abu bekrja sbg jawatan c tetapi disamping itu terpaksa melakukan kerja2 yang sepatutnya dilakukan oleh org berjawatan a. (kerap kali).  
 
Akibatnya si abu terpaksa mengambil keuntungan atas angin utk contra kan apa yang dilakukan utk majikan nyer tanpa pengetahuan majikan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Captainbuntal, on 24-09-2007 12:14, IP 58.139.249.66, Guest
28. ...
salam.  
 
1) ustad saye nak tanye skit..saye nak wat bisnes, saye beli barang dengan harga RM4.00 dan saya jual pada harga RM5.00. adakah ia dikira riba? 
 
2) boleh ustad pastikan betul atau tidak sekali kita amik riba bersamaan dengan 36kali atau 6 kali dosa zina?  
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah, on 23-09-2007 19:00, IP 60.52.103.116, Guest
29. ...
Assalamualaikum. 
 
Bila kita jadi hamba kepada duit, begitulah jadinya....letak harga jualan yang tidak munasabah. Bila nafsu menjadi raja, RASUAH menjadi permainannya.  
 
Sekarang saya khuatir tentang golongan anti-hadis yang mempersendakan agama Islam. Pada 25-30 Ogos 2007, saya ada mengikuti kursus di Institut Integriti Malaysia di Off Jalan Duta, KL. Dalam slot ceramah integrasi agama, wakil penceramah bagi agama Islam adalah...lupa pulak namanya, tapi beliau menjelaskan bahawa MURTAD TAK PA, TIADA SALAHNYA.  
 
Astagfirullahalazim....bila saya selidik orangnya...rupa-rupanya beliau di kalangan orang anti-hadis. Hiskh...risau saya dibuatnya, apa jadi jika golongan ini ada di kalangan pemimpin-pemimpin di dalam kabinet kerajaan.  
 
Apa pandangan UZAR?  
 
» Reply to this comment...

Posted by Jebat, on 23-09-2007 16:58, IP 60.52.103.116, Guest
30. ...
Salam, UZAR n kawan2.. 
 
Bab RASUAH ni memang panasss..sekarang ni memang banyak org terkeliru ttg RASUAH..termasuk la saya.. 
 
Sebab sy pon pernah tertipu dengan helah sesetengah individu yang meminta "habuan" daripada pembekal. 
 
Kata mereka.."kami x ambil rahsuah"...so mungkin mereka hanya mengambil "hadiah".. 
 
Ape kate UZAR buke topik baru ..kite bincangkan pasal RASUAH.. 
 
Rasenya banyak menfaat kpd semua... 
 
» Reply to this comment...

Posted by muamalat islam, on 23-09-2007 11:00, IP 60.52.101.114, Guest
31. ...
Assalamulaikum sahabat seislam. 
 
Saya seorang peniaga. buat produk kesihatan. Ada satu kemusykilan dari saya. Harap dapat sinarnya di sini. 
 
Ceritanya, saya diperkenalkan oleh seorang kawan kepada pemilik satu syarikat A yg terlibat didlm memasarkan produk.  
 
Pertemuan di atur oleh "kawan" tadi. Hasil dari pertemuan itu, syarikat A bersetuju mengambil produk saya. 
 
Selepas dari itu(masa dia dgn saya shj), "kawan"saya tadi menuntut "bahagian" atau royalti bagi setiap unit produk saya selama mana kontrak saya berjalan. satu ringgit bagi setiap produk yg harganya rm14.00. 
 
Saya cuba jelaskan pada "kawan"tadi yg benda ni semacam rasuah. Dia kata benda ni tak salah dari segi agama.  
 
Dia mengandaikan benda perkara ini semacam "fee" di atas khidmatnya mempertemukan kami.  
 
p/s: kalu fee, orang bayar sekali jer. Ni makan royalti seumur hidup. Macam hisap darah la pulak. 
 
RESPOND UST ZAHARUDDIN : FEE ITU SEBENARNYA HARUS DALAM ISLAM TETAPI DENGAN SYARAT IA TELAH DIPERSETUJUI OLEH KEDUA BELAH PIHAK SEBELUM ANDA DAN PIHAK SYARIKAT BERTEMU. IA TERGOLONG DALAM 'BROKERAGE FEE' 
 
TAPI JIKA DAH BERTEMU DAN BARU TERHEGAH-HEGEH NAK MINTA DAN TENTUKAN FEE DIA, ITU SUDAH SALAH DAN KEPUTUSAN TERPULANG KEPADA ANDA SAMADA UNTUK BERSETUJU ATAU TIDAK. 
 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by halim saad, on 21-09-2007 20:10, IP 60.52.99.29, Guest
32. ...
Assalamulaikum ustaz... 
 
Saya nak tanya ustaz, merujuk kepada point ustaz nombor 8 - Guna Khidmat Syarikat Sendiri : Soalannya seperti berikut : - "Saya bekerja dengan majikan, dalam masa yang sama membuat perniagaan membekal barang-barang untuk majikan menggunakan syarikat saya tanpa pengetahuan majikan?"  
 
Soalan Saya - Bagaimana pula kalau harga yang ditawarkan adalah paling murah berbanding pembekal lain dan Ketua Jabatan meluluskan pembelian tersebut?
 
» Reply to this comment...

Posted by ASDF, on 20-09-2007 15:12, IP 60.52.96.27, Guest
33. ...
Assalamualaikum UZAR & Rakan2 
 
Soalan: 
1) kadang2 pembekal saya ada memberi hadiah dan saya ambil. 
Tapi, saya tetap memastikan semasa berurusan dengannya harga pembekal tersebut mesti didalam lingkungan 
harga pasaran dan mesti lah lebih rendah dari pembekal lain. 
Kualitinya juga mesti setanding atau lebih baik. 
Apakah hukum mengambil hadiah tersebut ? 
 
» Reply to this comment...

Posted by mujahid, on 20-09-2007 10:41, IP 58.139.249.66, Guest
34. ...
Ibarat lampu isyarat yang rosak..kita boleh lihat banyak kerete yang nak cepat ikut haluan masing˛ hingga "jam"... 
 
Begitulah kehidupan, bila sistem Islam kita x ikut, beginilah jadinya..ni cuma simptom˛ kepada perkara "root" dari kesan pengabaian agama Islam :( 
 
» Reply to this comment...

Posted by sufi, on 20-09-2007 08:42, IP 58.139.249.66, Guest
35. ...
Assalamualaikum, 
 
Marilah sama2 kita menolak rasuah.Perkara2 beginilah merupakan salah satu sebab Kerajaan Melaka dulu jatuh dan berpecah.Sikap ingin cepat kaya,senang dulu susah kemudian ,perlu dikikis. 
 
Marilah kita wujudkan pertubuhan kebajikan untuk memberi pertolongan kepada mereka yg memerlukannya.Mereka yg susah,miskin,memerlukan pertolongan mendapat keperluan secara murah atau percuma. 
 
Mereka yg kaya boleh menymbang.Dengan cara ini boleh menjauhkan mereka yg terdesak terlibat dengan rasuah.Khidmat begini juga boleh memperlihatkan umat Islam sebagai umat prihatin. 
 
Setakat ini,di seluruh dunia orang bukan Islam jauh lebih giat dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.Kita perlu menyaingi mereka. 
 
» Reply to this comment...

Posted by aznure, on 19-09-2007 16:39, IP 58.139.249.66, Guest
36. ...
Petikan semula: 
 
"Secara mudahnya kita dapat mengagak bahawa kes di atas berlaku disebabkan oleh salah satu sebab berikut :-  
 
1) Penipuan oleh pegawai bertanggungjawab yang mengambil keuntungan atas angin.  
2) Rasuah menyebabkan harga termasuk harga bayaran rasuah.  
3) Salah teknikal dan pengiraan. " 
 
Kalau boleh saya tambah satu lagi: 
4) Jahil atau tidak kompeten dengan bidang tugas yang dilakukan. 
 
Tuan/Puan yang berhadapan sendiri dengan kes penyelewengan atau rasuah sebegini, jangan berlengah untuk buat aduan kepada BPR. Berdiam itu tanda setuju. 
 
WaLlahua'lam
 
» Reply to this comment...

Posted by Amar 121281, on 19-09-2007 15:38, IP 58.139.249.66, Guest
37. ...
Assalamualaikum wrt. wbt. 
 
Bila cerita penipuan nie keluar teringat saya masa kerja di company lama dulu. Masa tu saya jaga bahagian HR & Admin.. 
 
Godaan memang boleh tahan, siap tanya kita lagi apa yang kita nak.. 
 
Alhamdulillah, didikan family dan sokongan boss banyak support saya buat keputusan.. Biasanya apa yang saya buat, kalau company ada nak beli barang keperluan pejabat (contoh masa saya dulu, bahagian saya perlu sgt troli dgn tangga) and then budget kena hold, saya mintak terus je kat suppliers (biasanya bila diorg dtg buat service)..  
 
Tak mengharap tapi kalau diorg nak bagi kira jimat kos la..  
 
Kalau tidak supplier nie sibuk nak bagi mcm2 dekat saya, naik rimas pun ada tapi saya selalu ingat ayah & abg saya pesan, sekali kita dah start ambik kita akan ulang lagi perangai tue..  
 
SO, nak bagi sgt bagi la utk kegunaan Company..  
 
Pendapat Ustaz mcm mana?? Betul ke tindakan saya sebab saya memang tau kalau ambik apa yg diorg bagi dah kira macam rasuah.. Yg diorg bagi tu pun, saya selalu cakap, "it doesn't mean that you give this things will ensure you the next projects"  
 
Itu yg terdaya saya buat.. Any comments?? 
 
» Reply to this comment...

Posted by Mr Right Cyberjaya, on 19-09-2007 14:11, IP 58.139.249.66, Guest
38. ...
Saya berkerja di syarikat swasta di cyberjaya. 
seperti yang di tulis diatas, memang saya pernah terlibat dengan benda2 ni. 
 
Dah jadi kebiasaaannya.termasuk rakan2 saya di syarikat sama atau lain.kami membekal peralatan ke pejabat kerajaan di putrajaya. 
 
Memang perkara ini jadi biasa.cthnya kalau budget bwh 100k kami buat 5 quoation dummy. So confirm dah kita menang. 
 
Lepas tu kongsi-kongsi dgn pegawai kerajaan.atau belasah sorang.astarfirullah hal azim.....apa la nak jadi....dah tau menda ni haram tapi buat jugak.........semua sbb nak kaya cepat...nak beli rumah besar...keta besar....kalau yg mark up dgn suplier tu biasa la....suruh dia quote lagi tinggi..lebih tu belasah..aduss...dapat la 10k..20k.....wi makan anak2 bini.....adusss....astarfirull ah halazim....ada kawan saya belasah dgn supplier sampai 1.5juta....kaya dah skrg....tapi tu la.....duit haram.... 
 
Macam mana nak elak benda2 ni w/p dah amik>adakah pintu taubat masih terbuka>? 
 
KOMEN UST ZAHARUDDIN : Ye masih terbuka selagi nyawa belum samapi ke kerongkong..segeralah bersedqah dan bertaubat sebelum terlambat. INilah bulan yang paling sesuai bertaubat. 
 
Terima kasih juga atas pendedahan insaf tuan. Saya jugak tidak terperanjat ia berlaku. Cuam terperanjat kenapa teruk sangat iman orang Islam zaman sekarang. 
 
» Reply to this comment...

Posted by ann, on 19-09-2007 12:38, IP 58.139.249.66, Guest
39. ...
Sampai bila duit rakyat nak dikebas cam ni!!!!!!!!! 
 
Orang-orang camni kelihatan hebat penampilan mereka di mata masyarakat, mempunyai kuasa, pengaruh dan bijka bila 
berkata-kata, tapi semua dusta, pengkhianat, jahanam!!!!! 
 
» Reply to this comment...

Posted by Kesatria, on 19-09-2007 08:27, IP 58.139.249.66, Guest
40. ...
Rafidah quote "bidders of government projects should not mark up their prices as they were squandering people's money. 
 
She said suppliers of products and services to government agencies should have integrity and be ethical in conducting their business" 
 
Apa punya b***** ckp mcm ni. Ingat kotraktor tu nak nak markup sesuka hati dia ke kalau takde yg suruh.  
 
Kontraktor / vendor ni terpaksa letak harga mcm tu sbb nak cover balik "permintaan" kos tu.  
 
Takkan la pegawai kerajaan tak tahu harga sebiji karipap kot? Kalau tau takkan nak amik jugak karipap yang harganye RM3 kan? Samalah juga ngan benda2 lain.  
 
Takkan pegawai perolehan tu tak tahu yg screw driver tu tak sampai beratus2 RM. Boleh sangat kalau nak cari supplier murah tapi disebabkan pegawai atasanlah yg pegawai perolehan ni terpaksa tutup mata dan membenarkan perkara ini berlaku.  
 
Dalam organisasi kerajaan ni mana ada yang sorang buat keje. Dari cari quotation hingga yg meluluskan projek tu mau 7 atau 8 lapis kena go through. Takkan sorang pun tak perasan kot.  
 
Takkan pengarah pun b*******, harga screw driver pun tak tahu. Nampak sangat tak logik kan?  
 
So kepada Datuk Seri Rafidah, komen tu biarlah bernas sikit. Jgn salahkan kontraktor / vendor / supplier je. 
 
» Reply to this comment...

Posted by sabarnusa, on 18-09-2007 11:36, IP 58.139.249.66, Guest
41. ...
Assalamualaikum wbt. 
 
Negara ibarat sebuah kapal. Andai penumpang yg berada di dek paling bawah (awam) sudah tidak mahu lagi mengambil air naik keatas, lantas berfikir jalan singkat tebuk saja dinding kat sebelah.  
 
Maka kawan yg melihat tidak menegah, malah turut nak mudah juga, terhasilah sudah 2 lubang dimasuki air dlm kapal.  
 
Merebak serta melaratlah kerosakan hingga kapal jadi oleng dan seterusnya tenggelammmm....inilah senarionya kebejatan yg Allah bongkarkan hari ini agar kita muhasabah diri. Masihkah lg masih mahu menyanyi lagu bangau oh bangau, " aku ambil seringgit je, dia belasah 3 ringgit, sianu lagi la sebat 10 ringgit...."hinggalah keperingkat paling tinggi dan paling atas.... 
 
So..sedar dan insaflah wahai warga M'sia yg masih mengaku beriman bahawa yg ada didepan kita hari ini hanyalah "FITNAH DUNIA' belaka. Ujian Allah yg maha bsear bukan fakir,sakit,kemalangan....tapi adalah kemewahan dan kesenangan. Allahualam 
.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ar, on 18-09-2007 10:55, IP 58.139.249.66, Guest
42. ...
Itu baru apa yang didedahkan bagi kerajaan pusat. Belum dedahkan lagi audit kerajaan negeri. :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by kandar, on 18-09-2007 10:03, IP 58.139.249.66, Guest
43. ...
Belajarlah daripada sirah rasulullah dan khulafa ar-rasyidin bagaimana cara mereka memerintah dan cukup teliti dan tawadhuk dalam hal-halkhazanah negara dan harta rakyat.  
 
Cukup jauh bezanya dengan kita. Itulah akibat meninggalkan Islam atau mengambil Islam separuh-separuh.Wallahua'lam. 
 
» Reply to this comment...

Posted by mujahid, on 17-09-2007 22:32, IP 60.52.96.9, Guest
44. ...
Dah berpuluh tahun perkara ni terjadi..baru skrg nak kecoh.. 
 
Mungkinkah ni satu propaganda politik utk meraih undi dengan menunjukkan bahawa kerajaan telus? hmm..wallahualam :?  
 
Mungkin mereka kaya di dunia sekarang, tapi miskin di akhirat sana..  
 
» Reply to this comment...

Posted by Yang Prihatin, on 17-09-2007 16:00, IP 58.139.249.66, Guest
45. ...
Pujuk pimpinan harus menujukkan teladan yg baik & memberi pengajaran kepada y salah.  
 
Seharusnye mereka yg didapati bersalah di buang kerja tanpa mengira harta, pangkat atau darjat.Jika tidak di ambil tindakan, maka selama itu la, ia akan menjadi duri dalam daging. 
 
Semoga Allah S.W.T saja yg dapat menghukumnye.. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by kamarul, on 17-09-2007 15:15, IP 58.139.249.66, Guest
46. ...
kes ni dah lama berlaku.......sekarang baru heboh :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by KGB 11, on 17-09-2007 13:40, IP 58.139.249.66, Guest
47. ...
ADMIN: pihak admin minta maaf kerana terpaksa memadam mesej anda. Jika anda tulis dengan lebih kemas, inshaAllah, ia akan disiarkan.
 
» Reply to this comment...

Posted by qun, on 17-09-2007 13:37, IP 58.139.249.66, Guest
48. ...
hmm..dalam pd dok sebok bongkar kburukn pihak lain, 
 
Allah buka pekung di dada mereka.. 
Allah maha Kuasa Atas Segala Sesuatu.. 
 
» Reply to this comment...

Posted by BJD 612, on 17-09-2007 12:26, IP 58.139.249.66, Guest
49. ...
????...sabo jelah.......mnbsxdlkwgfmnbklj! !!
 
» Reply to this comment...

Posted by me, on 17-09-2007 12:26, IP 58.139.249.66, Guest
50. ...
Semoga semua kakitgn awam sedar ,belajar bezakan mana halal mana haram dan kena rajin2 la ke surau/masjid
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom