Alhamdulillah, sudah hampir seminggu
kita berpuasa dan menjalankan pelbagai ibadah di bulan penuh keberkatan dan
keampunan ini. Moga kita sama-sama dapat mempergandakan usaha bagi membersihkan
hati dan jiwa yang kerap tercemar dengan pelbagai dosa setiap hari.
Jika sebelum ini saya
telah mendedahkan beberapa kesilapan kerap umat Islam pada bulan Ramadhan agar
ianya dapat dijauhi sebaiknya, kali ini saya berhasrat untuk membuat beberapa
penambahan lagi sebagai panduan bagi rakan-rakan umat Islam yang dikasihi
sekalian.
Tanpa mengetahui yang
salah, umat Islam mudah terjebak melakukan dosa-dosa ini, dan sebahagiannya
bukan suatu dosa kecil yang boleh dipandang ringan. Malah jika ia dosa kecil
sekalipun, sesungguhnya sebuah gunung terbina dari tanah dan batu yang kecil.
Justeru, dengan mengenalinya serta melakukan koreksi segera, InshaAllah,
kebaikan adalah untuk kita juga.
Berikut adalah beberapa lagi perkara
yang amat perlu dielak di khususnya di bulan Ramadhan ini, malah ia juga adalah
suatu kesilapan di luar Ramadhan (namun pastinya ia hanyalah sebahagian kecil dari senarai panjang larangan dan perkara yang perlu dielak):-
1)
Berjalan di hadapan orang yang sedang solat ;
Sebagaimana yang kita lihat, di bulan
Ramadhan ini ramai individu yang amat jarang menunaikan solat di masjid akan
hadir berbondong-bondong ke masjid bagi memperolehi pahala sunat tarawih.
Hasilnya, ramailah orang yang kurang ilmu, tidak faham adab dan tatacara di
masjid juga telah hadir.
Menurut pengalaman di masjid-masjid dan
surau, saya dapati terlalu ramai individu yang lalu lalang di hadapan orang
yang sedang solat sunat. Disebabkan masjid yang penuh dan pelbagai ragam
manusia, seringkali ada yang keluar masuk.
Sedarlah bahawa lalu di hadapan orang
yang solat itu adalah suatu dosa yang amat besar, manakala membiarkan orang
lalu tanpa bertindak juga adalah suatu kesalahan.
Nabi s.a.w menegah dengan katanya :-
لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه لكان أن يقف أربعين خيرا له من أن يمر بين يديه قال أبو النضر لا أدري أقال أربعين يوما أو شهرا أو سنة
Ertinya : Sekiranya
seseorang yang lalu di hadapan orang yang solat itu tahu sebesar manakah
dosanya, nescaya ia berhenti menunggu selama lebih 40 (tahun, hari dana bulan)
adalah lebih baik dari ia lalu di hadapan orang yang solat itu. (perawi berkata
: aku tidak pasti nabi menyebut 40 hari, bulan atau tahun) ( Riwayat
Al-Bukhari)
Ibn Hajar menukilkan kata-kata Imam
An-Nawawi yang berkata :- "hadis ini menunjukkan besar dosa, bagi seseorang
melintas di hadapan orang yang sedang solat dan makna hadis ini membawakan
larangan keras dengan balasan yang dahsyat, justeru ia tergolong dalam kategori
dosa-dosa besar" (Rujuk Fathul Bari, Ibn Hajar )
Ibu bapa kerap membawa anak mereka di
masjid di waktu begini. Menjadi kemestian ke atas ibubapa untuk menjaga anak
mereka sedaya mampu, agar tidak bertindak berlari di hadapan orang yang sedang
solat ini.
2)
Membiarkan orang lalu dihadapannya (ketika solat) tanpa di tahan.
Jika lalu di hadapan orang yang sedang
solat adalah kesilapan, maka ia juga satu kesalahan bagi bagi orang yang sedang
solat itu sekiranya ia tidak bertindak menghalang.
Nabi
s.a.w menyebut :-
إذا صلى أحدكم إلى شيء يستره من الناس فأراد أحد أن يجتاز بين يديه فليدفع في نحره فإن أبى فليقاتله فإنما هو الشيطان
Ertinya : Apabila
seorang kamu menunaikan solat dengan telah ada petanda atau penghadang di
hadapan kamu dari orang ramai (sebagai isyarat tempat ia solat- ia dinamakan
'sutrah'), tiba-tiba ada orang yang ingin melintas di hadapanmu, hendaklah kamu
menahannya dari lalu, sekiranya dia enggan hendaklah kamu lawaninya dengan kuat
kerana dia adalah Syaitan.' (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, lafaz di atas riwayat
Abu Daud )
Kita perlu menyedari bahawa solat
adalah satu munajat berdua-dua dan berhadapan dengan Allah s.w.t, mana mungkin
dibenarkan ada orang yang lalu melintas tatkala kita sedang berdua-duaan dengan
Allah secara 'face to face'.
Apa pandangan anda jika kita sedang
ingin menerima 'scroll' ijazah dari seorang canselor yang juga merupakan
seorang sultan, tiba-tiba ada orang mencelah di antara kita dengan sultan
tersebut?, Sudah tentu yang lalu tadi akan menerima darjah dan sijil 'pelempang'
(penampar) dari sultan tersebut agaknya. Kerana ia adalah penghinaan kepada
sultan dan penerima ijazah tadi sekaligus.
Nabi bersabda :-
المصلي يناجي ربه
Ertinya :
"Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan
tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )
Hanya orang yang tidak khusyu' sahaja
yang akan membiarkan orang lalu di hadapannya ketika solat. Kerana ia tidak
dapat merasakan solatnya adalah suatu majlis yang hebat dan 'grand', tiada perasaan langsung bahawa
ia sedang berhadap dengan Allah. Hasilnya, tiada sebarang larangan orang ingin
lalu dihadapannya atau tidak. Tiada sebarang rasa terhina atau menghina Allah
s.w.t.
3)
Meludah di masjid
Maklumlah, hadir ke masjid selepas
berbuka dengan perut penuh, di musim selsema dan berkahak ini, ramai kelihatan
meludah di sana sini di masjid. Makin ramai makin banyak ragamnya.
Ketahuilah Nabi s.a.w menegah kita
meludah sesuka hati di masjid, sebagaimana kata baginda :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم البزاق في المسجد خطيئة وكفارتها دفنها
Ertinya : Meludah di
masjid adalah satu dosa (kesalahan), dan sebagai balasannya, hendaklah ia
melupuskannya ludahnya tadi dengan menimbusnya" ( Riwayat Al-Bukhari, Abu
Daud )
4) Membiarkan anak
bermain mercun berdekatan masjid, deringan telefon bimbit berbunyi, menoleh
kiri dan kanan sewaktu menunaikan solat.
Ini adalah satu lagi kesalahan yang
berlaku secara kerap di masjid tatkala bulan Ramadhan. Sekali lagi ia adalah
disebabkan ramainya menunaikan solat terawih di masjid dan agak ramai juga yang
membawa hand phone masing-masing yang
tidak di ubah nada deringannya kepada ‘silent mode'.
Menurut pengamatan saya, hukum
mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah
wajib (dimestikan).
Ini kerana :-
a- Tegahan dari terpesong minda
& hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah
semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-
إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها
Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )
فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه
Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"( Riwayat Muslim)
Larangan menoleh ke kiri dan kanan sewaktu solat pula ditegah sebagaimana kata Nabi :-
Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )
Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda nabi s.a.w amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat.
b- Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain
Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.
Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-
من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته
Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )
Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.
Pergerakan
Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan
أن النبي صلى الله عليه وسلم أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية
Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )
Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.
5) Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula berwangian.
Telah banyak kali saya sebut di dalam web ini bahawa wanita ditegah memakai wangian sewaktu bercampur dengan lelaki bukan mahram di tempat umum termasuk masjid. Manakala lelaki pula disunatkan berwangian ke masjid.
Sebagaimana ingatan Nabi :-
من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته
Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )
6) Tidur semula selepas sahur
Telah disebutkan bahawa waktu sahur adalah waktu yang dipenuhi keberkatan dan kemaqbulan doa. Justeru, tabiat tidur semula setelah makan sahur sementara menunggu waktu subuh adalah satu kesilapan. Inilah tabiat yang menyebabkan masjid dan surau tidak penuh di waktu subuh.
Tidur selepas makan sahur menyebabkan tubuh menjadi semakin layu dan mengantuk yang amat sangat. Keadaan ini pastinya menjadi punca solat subuh di rumah berseorangan atau lebih teruk, terlewat subuh.
Amat rugilah mereka yang tidak menjaga waktu sebegini serta tidak mengisinya dengan doa dan istighfar.
Ertinya : "Orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur" ( Al-Imran : 17 )
7) Menunaikan semua solat sunat di masjid dan tiada di rumah.
Tidak dinafikan, di bulan mulia ini ramai yang berusngguh ingin mendapatkan pahala sunat, solat sunat kerap dilakukan sejurus solat fardhu di masjid dan surau.
Cuma orang ramai perlu tahu bahawa, solat sunat lebih afdhal dilakukan di rumah berbanding di masjid dan surau, ia lebih mampu menjaga diri dari perasaan riya, ujub dan takbur. Kecualilah solat sunat terawih dan bagi individu yang jauh rumahnya dari masjid, hingga terpaksa menunaikan solat-solat sunat selepas dan sebelum solat fardhu di masjid.
Bagaimanapun, adalah satu kesilapan sekiranya tidak dilaksanakan sebarang solat sunat ketika di rumah, seperti solat tahajjud, witir dan lain-lain.
Nabi s.a.w bersabda :-
اجعلوا من صلاتكم في بيوتكم ولا تتخذوها قبورا
Ertinya : jadikanlah sebahagian dari solat kamu di rumahmu dan jangan biarkan rumahmu menjadi seperti kubur ( akibat tiada solat sunat)" (Riwayat Muslim)
Majority ulama berpendapat solat sunat lebih baik dilaksanakan di rumah disebabkan ia lebih tersorok daripada pandangan ramai ( Syarah Sohih Muslim, Imam An-nawawi )
8) Wanita berhias dan membuka aurat di luar rumah
Saya kira, isu ini telah banyak saya sentuh di web ini, malangnya ia seakan-akan satu fenomena yang amat sukar untuk diubah walaupuan di ketika datangnya bulan dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka ini.
Sedarilah, kegagalan kita untuk berubah kepada yang lebih baik di bulan ini bakal menyaksikan kejahatan diri akan semakin mudah meningkat di bulan-bulan lain.
9) Merendah dan 'kondem' wanita yang cuba berubah dengan bertudung, tutup aurat dan tidak berhias di bulan ramadhan.
Saya juga mendapat info bahawa sebahagian golongan yang merendahkan percubaan perubahan diri dan perkara baik yang dilakukan oleh rakan setugas dan kenalannya di bulan Ramadhan ini. Ada yang mengeji, menuduh hipokrit, mengutuk kononnya 'bungkus sebentar' dan macam-macam lagi kutukan.
Buat pihak yang mengutuk, sedarilah, anda sebenarnya sedang menjauhkan orang dari Islam dan hidayah Allah. Disebutkan dalam sebuah hadis :-
لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك ووجهك منبسط
Ertinya : "Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranay dengan wajah yang senyum dan riang.." ( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 )
Justeru, apa jua kebaikan yang mampu diusahakan oleh seseorang terutamanya di bulan baik ini, kita ditegah untuk memperlecehkannya.
10) Banyak berdoa tetapi tidak memahami apakah maksud doanya
Ini satu lagi penyakit yang menular meluas dalam masyarakat kita, memang amat baik untuk menghafal doa yang sohih dari Al-Quran dan dari baginda Nabi s.a.w, tetapi ia akan tergugat apabila anda tidak memahami apakah doa yang diulang-ulangnya itu.
Saya kerap kali terjumpa tuan imam yang membaca dari buku sahaja doa yang panjang lebar, dengan tergagap-gagap. Selepas tamat saya cuba bertanya adakah beliau faham kandungan doa itu, ia berkata hanya faham 10 % sahaja. Mujurlah ada yang faham, bagaimana jika 0 % faham.
Jika tuan imam hanya 10 % faham, bagaiamana pula dengan makmum dari orang biasa ini?. Bolehkah doa tanpa faham ini menjadi maqbul dengan serta merta ?, bolehkah sesuatu doa yang tidak difahami maskudnya boleh lahir dari hati, jiwa dan penuh perasaan dari orang yang berdoa?. Perbincangannya mungkin seidkit panjang, Cuma cukuplah saya ingin mengingatkan ia adalah salah satu bentuk kesilapan di bulan Ramadhan yang dipenuhi doa ini.
Segeralah mencari terjemahan doa yang anda baca agar kesungguhan meminta apa yang diucapkan sampai kepada Allah s.w.t.
Nabi s.a.w mengingatkan :-
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لا يَسْتَجِيبُ
دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاهٍ
Ertinya : "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ianya diterima Allah, dan ketahuilah Allah tidak menerima doa dari orang yang hatinya lalai dan tidak bersungguh" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3479 : AlMunziri dan Albani : Sanad & Hadis Hasan )
11) Berterusannya tenggelam dalam
syahwat
Bagi
sebahagian remaja dan anak muda, mereka meneruskan aktiviti biasa mereka dengan
bergayut di telefon bersama pasangan, atau lebih buruk, aktif ‘berdating' di
musim Ramadhan ini dan pelbagai aktiviti bersyahwat dan nafsu mereka. Ibu bapa
pula seolah sudah habis usaha, buntu aqal untuk mencari jalan terbaik
mengelakkan aktiviti buruk si anak dari berterusan. Jika ini berlaku, dosa
lebih banyak yang bertambah sejurus keluar dari bulan mulia ini. Selain itu,
mereka yang menamatkan Ramadhan dengan dosa yang lebih banyak, pastinya akan
semakin menjauh dari Allah swt. Manakan tidak, di bulan bergandanya pahala dan
ditutup pintu neraka pun masih ditewaskan oleh nafsu, apatah lagi di ketika
Syaitan bebas dari belenggunya. Moga kita dijauhkan Allah.
12) Tidak merapatkan saf semasa solat berjemaah
Jarak dua kaki menjadi penting dan tergolong dalam sunnah
yang khusus apabila menunaikan solat secara berjemaah. Ini kerana ketika solat
berjemaah, saf perlu dirapatkan bersumberkan hadis-hadis yang banyak antaranya :
Ertinya : "Luruskanlah saf kamu (ketika solat)
sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku"( al-Bukhari ) [1]
لتسوُنَّ صُفُوفَكُم أوْ لَيُخَالِفَنَّ الله بين وُجُوهِكم
Ertinya : "Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau Allah
akan mengalihkan wajah-wajah kamu" (Abu
Daud) [2]
Erti bagi pengalihan wajah ini ditafsirkan
oleh para ulama sebagai :
a-Benar-benar wajah akan dialihkan
oleh Allah swt kelak.
b-Perpecahan hati dan hilang kesatuan,
pergaduhan juga akan semakin subur. Demikian huraian Imam An-Nawawi.
Hadis diatas amat penting dan memberikan ancaman bagi
mereka yang bermalasan dalam merapat dan meluruskan saf. Ia menunjukkan
besarnya kesalahan tidak melurus dan merapatkan saf, berdasarkan hadis
tersebut, para ulama menyatakan hokum wajib bagi merapatkan saf ketika solat
jemaah.
Tanpa displin tersebut akibatnya
adalah manusia akan berada dalam rasa keegoan masing-masing hingga merasakan
geli untuk menyentuh kaki ahli jemaah di sebelah mereka, di samping itu ia juga
meunjukkan jemaah tersebut kurang ilmunya hingga akhirnya tindakan ini jika
dibiasakan maka Allah swt akan membiarkan berlakunya permusuhan dan
pertengkaran dalam masyarakat ini. [3]
Melurus dan merapatkan saf bererti
mesti menjaga kaki, justeru dalam keadaan tersebut, perlu di ingat kadar yang
telah diletakkan oleh para ulama di atas.
Bagi memperolehi kualiti yang
terbaik dan pahala terbanyak maka pandangan yang disarankan menurut penulis
dalam hal jarak antara dua kaki ini adalah seperti berikut :-
Ketika solat berjemaah,
jarak yang terbaik adalah, sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah lain
disebelah kita. Ia sekaligus mempertautkan ukhuwwah serta mampu membuang rasa
keegoan diri. Terdapat banyak hadith yang menyokong kesimpulan ini, antaranya
hadith shohih riwayat al-Bukhari menyebut :
Ertinya : "Adalah semua kami
(sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki" (
Riwayat al-Bukhari) [4]
Akhirnya, semoga kesilapan ini dapat dielakkan di ketika kita menghidupkan Ramadhan dan berterusan dapat dielakkan selepas Ramadhan. Saya izinkan disebarluaskan artikel ini di masjid, surau, fotostatlah sebanyak mungkin demi manfaat rakan muslim kita. Semoga kita dapat sama-sama ke syurga Allah s.w.t ..ameeen.
Posted by Eddy Hj Mohamad, on 12-09-2009 08:09, IP 61.6.221.137, Guest
1. Saf yang kosong
Salam Uzar,
Saya paham melintas didepan orang yang solat tidak boleh. ttp bagaimana kedudukkan bila baru solat berjemaah dan ada saf yang kosong dihadapan dan cara untuk mengisikannya ilh melintasi orang yang solat?
Posted by Fauzan, on 09-09-2009 09:19, IP 60.48.240.202, Guest
2. tetamu allah dan permasalahan
Assalamualaikum ustaz. Alhamdulillah banyak manfaat yang saya perolehi dari penulisan ustaz di blog ini.Akan tetapi terdapat banyak persoalan yang bermain di fikiran saya. 1) Keadaan saf jemaah solat kita amat menyedihkan. Seringkali terjadi apabila saya ingin merapatkan saf seperti yang dianjurkan oleh nas (tambahan pula dibantu dengan gambar di dalam buku Formula solat sempurna), jemaah di sebelah saya akan mengelakkan kakinya dari bersentuhan.Bahkan ada sekali saya terkejut apabila terdapat jemaah saf di belakang menepuk bahu saya ketika saya merapatkan saf sambil menyuruh saya kembali ke tempat asal. Mujur ada seorang jemaah lain yang paham terus mengambil tempat yang saya kosongkan itu. Melihatkan keadaan jemaah yang seringkali tidak ingin merapatkan saf membuatkan saya kecewa dan seterusnya merasakan lebih baik saya memnunaikan solat di rumah termasuk solat terawih.Saya mengakui solat berjemaah adalah lebih abik dan lebih menepati sunnah berdasarkan banyak hadis. Saya amat takut kalau saya menjadi ujub atau riak kerana merasakan saya lebih mengetahui. 2) Ekoran dari keadaan tersebut kadang-kala saya merasakan kesilapan tersebut juga berlaku disebabkan oleh imam yang hanya ingin terus bersolat sahaja tanpa menegur saf-saf makmum dibelakang. Cukupkah hanya menyuruh makmum melurus dan merapatkan saf?
Posted by hani, on 03-09-2009 17:42, IP 210.48.147.102, Guest
3. Nak ikut mana satu...?
Salam UZAR, Dengan siapnya masjid di kampus saya baru-baru ini, Ramadhan semakin meriah dengan pelbagai aktiviti. Tetapi terdapat isu yang menjadi pertikaian bilamana ada ustaz/ustazah yang membenarkan pelajar wanita dalam keadaan haid masuk ke masjid dan ada pulak yang menegah.
Masing-masing dengan hujah mereka. Kesian saya tengok budak-budak tu konfius. (Untuk makluman UZAR, masjid tersebut juga digunakan sebagai pusat aktiviti pelajar dimana ruang solat digunakan untuk latihan nasyid, study/discussion etc. Ia juga mendapat tauliah untuk dijalankan solat Jumaat, rekabentuknya adalah sepeti masjid yang biasa). Saya mohon komen dari UZAR. Terima kasih.
UZAR : Bab membenarkan wanita masuk masjid dlama keadaan haid, ada khilaf di kalangan para ulama. Ada yang larang dan ada yang benarkan seperti mazhab Hanbali. So anak-anak murid boleh ikut ijtihad guru mereka buat sementara waktu..jika guru kata, jangan..maka jangan. Jika guru kata, boleh..masuk sahaja dengan syarat darah telah ditutup dengan sebaik mungkin dan amat kecil kemungkinan untuk mengotorkan masjid.
Posted by abhar, on 03-09-2009 16:45, IP 60.48.208.29, Guest
4. salam
adakah benar ketika di masjidil haram dan di masjid nabawi dibenarkan lalu dihadapan orang yg sedang solat? ini diajar oleh ust yg membawa kami ketika umrah.
UZAR : bukanlah dibenarkan, tetapi amat sukar dielakkan kerana terlalu ramai pengunjungnya..elaklah sedaya mungkin.
Posted by helmi, on 03-09-2009 13:15, IP 202.58.86.15, Guest
6. salam
salam ustaz... saya rasa ibu bapa yg ada anak kecik dan belum akil baliqh x perlulah pergi ke surau dan masjid bersama anak mereka lebih baik solat di rumah. ini menyebabkan mereka hanya membuat bising sahaja.
Posted by mujahidhisyam, on 03-09-2009 10:36, IP 58.26.217.95, Guest
7. ludah
salam uzar, tentang meludah dalam masjid, saya pernah mengikuti ceramah seorang ustaz menyebut, kaffarah kalau meludah dalam masjid ialah perlu ambil ludah tu (dengan kain, kertas, etc) dan tanam.
betul ka macam tu?
UZAR : tu kaffarah dari sudut bahasa, bermaksud hukuman, ia bukan peruntukan khas kaffarah dalam Islam, ye boleh diterima hukuman.
Posted by nazriena, on 03-09-2009 08:28, IP 203.82.79.104, Guest
9. salam ustaz
salam ustaz, saya nak tanya: 1) bagaimana saf solat barisan yang bercampur dewasa dan kanak2
2) saf solat yang terputus, saya perlu bergerak untuk merapatkan saf, ke kiri atau ke kanan. bagaimana orang di sebelah tidak bergerak untuk merapatkan saf
3) ustaz, kalau suami dan anak lelaki afdal solat berjemaah di masjid, maka perempuan akan dapat pahala yang sedkit sebab solat seorang. kalau berjemaah itu 27 kali gandakan ustaz.
terima kasih.
UZAR : 1) elok diasingkan kanak2 yang tidak tahu duduk diam ke belakang saf, bukan kerana dia budak2 belum sunat, tapi kerana elak dia ganggu orang dewasa solat krn asyik bermain masa solat.
2) ye perlu bergeak merapatkan saf. tak batal solat
3) Wanita yang solat dirumah sendirian pahalanya sama dgn lelaki solat jemaah di masjid. krn itulah arahan nabi, kecuali jika ada kuliah di masjid, boleh solat di masjid juga
Posted by Illiyyuun, on 03-09-2009 00:22, IP 203.82.92.129, Guest
10. Mintak Penjelasan Tentang Doa
-Saya ada baca dibeberapa blog milik mereka yg bergelar ustazah, tentang doa " Allahumma as'aluka parking". Apa pendapat UZAR? Saya ada mengemukakan pendapat saya tentang doa ini kepada blogger tersebut melalui email tetapi alasannya sudah digunakankan doa tersebut selama 20 tahun dan Allah mengetahui semua bahasa. Bagi saya cukup kita berdoa "Allahumma yassir, wa laa tu'assir" dan berniat di hati tujuan kita... boleh UZAR komen ckit...Jazakallah...
UZAR : bACA DOA TU MASA NAK DPT PARKING KE? harus je doa dgn apa2 lafaz selagi yang diminta tu halal
Posted by abun, on 02-09-2009 21:37, IP 124.82.33.239, Guest
11. cegah budak dari buat bising
salam uzar, ramai orang mengeluh masjid bising dgn jerit pekik budak. pada pendapat saya budak budak ni boleh dibawa bersama sama ke saf hadapan oleh bapa bapa mereka.dah jadi tradisi masjid di malaysia ni org tua di saf depan dan budak budak di saf belakang. bila budak budak di saf hadapan bersama bapa bapa mereka, maka mereka dapat dikawal oleh bapa masing masing.
minta betulkan saya kalu saya salah kata. terima kasih
Posted by Ummu Muhammad Tasneem, on 02-09-2009 15:51, IP 202.60.56.249, Guest
12. Ganjaran bacaan al-quran
Assalamualaikum wrt,
Ust, minta maaf kalau soalan ini pernah ditanya. Sy cuba search tp xjumpa.
Berkenaan hadith nabi yg menyebutkan bhw 2ganjaran bg org yg membaca al-quran dengan kepayahan kerana tidak lancar. Adakah ganjaran itu melebihi ganjaran pahala org yg membaca lancar? Biasanya kalau dgr di ceramah2, penceramah selalu menyebut bhw pahala nya melebihi pahala org yg membaca lancar. Tp baru2 ini, sy ada terima email yg memetik dr kitab fadhilat amal dan pendapat yg diberi adalah bertentangan. Mohon penjelasan.
Terima kasih.
UZAR : Memang ada silap nampakanya apa yang disebut oleh penceramah jika itulah yang dicakapnya, Kalau demikian, baiklah tak payah lancar sama seklai baca Quran ye tak..Kesialpan ini biasnaya menimpa pencaramah yang tidak meneyemak hadi synag ingin disebut, adakalanya mereka kesuntukan masa dan tersu sampaikan tanpa semakan. Jadilah kesilapan sebgini.
Sebenarnya Nabi hanya sebutkan, yang tak lancar dapat dua kali ganda (satu kerana kesusahannya dan satu lagi kerana bacaannya),
adapaun bagi yang lancar, nabi sebut, mereka bersama kumpulan yang mulia lagi baik..justeru, nabi tiada buat direct comparison, hanya beritahu kelebihan baca juga walau gagap, dan kemudian beritahu kelebihan yang baca lancar, dalam bentuk lain.
Posted by ikmal, on 02-09-2009 15:31, IP 203.82.67.205, Guest
13. saiz sutrah.
salam uzar. Soalan sy, adakah ckup saiz sutrah itu hnyalh skdr sepasang cermin mata, se'bundle' kunci atau gulungan sejadah? T.kasih
UZAR : cermin mata tidak cukup kerana ia bakal menyebabkan cermin it peah kerana dipijak. segulung sejadah mungkin cukup. Perlu difahami bhw objektif sutrah juga adlah agar DINAMPAK oleh org ramai sempadan kita tu, jika tak nampak, objektif tidak kesampaian
Posted by Dr Aisyah, on 02-09-2009 12:42, IP 120.139.4.17, Guest
14. ada kemusykilan
salam UZAR,
saya merujuk pd komen oleh saudari Iza Khalid. sy juga mghadapi masalah yg sama, susah nak menjaga anak2 sy berusia 2thn dan 3thn setengah di surau.
masalahnya ustaz, di surau selepas selesai solat terawih ada tazkirah Ramadan, setiap malam ada lebihkurang 45min ustaz yg berlainan akan myampaikan tazkirah. Memang byk ilmu yg sy dpt melalui majlis Ilmu mcmni.kalau takde tazkirah memang sy solat terawih di rumah je, tapi sbb sy nak hadir juga ke majlis Ilmu ni sy bawak jugak anak2 datang sbb pembantu rumah br balik bercuti di indonesia. thn lepas sy tinggalkan anak2 dgn pmbantu rumah di rumah.
nasib baik mak sy ada jadi masa ustaz bagi tazkirah sy akan duduk di depan dan anak2 sy akan dijaga oleh opah mereka di belakang.
Macamn yer Ustaz saya tersepit antara solat sunat terawih di surau dan anak2 tak duduk diam VS. kewajipan utk menuntut ilmu di bln Ramadan. Kalau di luar Ramadan agak susah nak hadir majlis sebegini. Lagipun semasa bujang dulu memang rutin sy hadir ke Majlis Ilmu di bln Ramadan setiap malam, bila dah ada suami dan anak takkan nak tinggalkan tazkirah, sayang pulak rasanya.. dahlah ilmu agama kurang..
Kalau nak solat terawih dulu di rumah lepas tu br g surau utk Tazkirah pun tak boleh jugak Ustaz, anak sy yg 2thn tu tiap2 mlm ajak g surau, jarak rumah dan surau pun agak jauh kene g ngn kereta suami.
Harap UZAR boleh bg sedikit pandangan. Terima kasih.
UZAR : Jika demikian keadaannya, kena pertimbang, sejauh mana si anak menganggu jemaah dan cuba kurangkan seminima boleh. kerana dalam kes ini, berlaku pertembungan antara mencari ilmu untuk kebaiakan diri dan keburukan gangguan yang ditimbulkan anak kepda ahli jemaah semasa solat.
Dalam konteks ilmu Usul Fiqh, mengelakkan keburukan kepada yang lebih ramai adalah lebih utama, justeru, jika Dr masih ingin membawa anak, mestilah difikirkan sebaiknay cara mengurnagkan mudarata yang ditimbulkan oleh si anak kepada jemaah solat.
Mungkin dengan memberinya kertas dan pensil untuk menulis, dan sebagainya. Sukar untuk dicadangkan kerana tabiat & kecergasan serta minat anak-anak berbeza. Cari minat anak2 yg boleh mendiamkannya dan sesuai dibawa ke surau.
Posted by hana, on 02-09-2009 09:58, IP 202.60.56.235, Guest
16. pn
assalam,
ustaz camna lak kalo org yg suka sgt solat kat belakg .. n kat pintu ... kita kena tggu dia habis solat ke ? dan ade yg letak brg pastu lalu .... camtu boleh ke ?
UZAR : org yg solat dipintu telah melakukan kesalahan, keran amenghalanag org ramai utk lalu. Justeru dosa ditanggung oleh yang solat tersebut. namun elok jika masih dapat elak dan buatkan sutrah utknya
Posted by zul, on 02-09-2009 09:55, IP 58.26.53.10, Guest
17. mana lebih utama?
salam uzar. adakah afdal saya solat fardu tarawih bersama isteri jika tidak kedengaaran azan dirumah kami?utk makluman ust sy perlu berkenderaan utk ke surau terhampir.
UZAR : lEBIH AFDHAL DI SURAU BAGI LELAKI, tapi ekali sekala di rumah bersama isteri..juga diharuskan.
Posted by halim, on 02-09-2009 09:17, IP 210.48.222.6, Guest
18. nak tahu
assalaualaikum ustaz. saya cuma nak tau la komen ustaz la kan. kat uia ni lepas abis solat je org yg didepan akan bangun tuk ke belakang sedangkan kita sedang solat depan diorg. bagi saya kalu tu orang melayu maybe diorg tak reti dan tak nafi gak diorg reti n pak arab pun sama diorg ni nampak kita solat tapi diorang tetap nak lalu sedangkan kita sedang solat sehingga membuatkan kita yang sedang solat rasa tak selesa masa solat.
tak nafikan juga mereka juga ada yang tak reti cam orang melayu kita. adakah ustaz pernah lalui ni masa di UIA dlu?
UZAR : saya tak pernah solat terawih di UIAM, tapi kejahilan ni boleh melanda sesiapa sahaja tanpa kira bangsa dan kaum.
Posted by Siti, on 02-09-2009 07:39, IP 219.101.218.61, Guest
19. lalu depan org salat
Ustaz...macam mana kalau terpaksa lalu depan org salat sebab dah tak de jalan lain..mcm kat tempat keje saya..telekung diletak kat tepi dinding atas rak..jadi kalau semua barisan ada org salat..terpaksa gak lalu...tapi depa ada letak mcm bag kat depan sebagai penghadang...OK ke mcm tu ?
UZAR : ok dah tu, jika depa dah letak beg sbg penghadang, boleh lalu
Posted by hamba allah, on 16-06-2009 15:30, IP 58.26.99.7, Guest
20. jln di hadapan solat.
camne plak kalau ms saya terjaga dari tidur & kawan saya sedang solat berhadapan dgn saya?adakah saya perlu alihkan kedudukan saya?..saya pernah dengar kalau nk lalu dpn orang solat kena tunduk(macam kte lalu depan orang tua)..ape pandangan ustaz?
UZAR : alih kedudukan lebih baik agar tidak menganggunya. Tidak boleh lalu depan orang solat, sama ada tunduk atau tidak..
Posted by mohd, on 23-09-2008 00:01, IP 194.80.178.1, Guest
23. ...
ustaz, apakah kitab yang muktamad dalam mazhab syafie? ini kerana sekiranya kita membeli buku2 dikedai, macam2 pendapat yang kita jumpa. kalau nak baca mengenai bab solat, wuduk dsb, nak baca buku apa yang muktamad mengikut mazhab syafie? boleh bagi cadangan?
UZAR ; BUU YANG PALING MUDAH DAN RINGKAS ADALAH FIQH MANHAJI..
Posted by mohd, on 22-09-2008 06:19, IP 90.240.24.75, Guest
24. ...
ustaz, saya ada membaca dan mendengar penerangan tentang hadis berikut "imam itu dijadikan sebagai ikutan makmum, jika ia bertakbir, bertakbirlah kamu dan jika ia membaca, diamlah kamu sekalian. (h/r muslim)" dan ada juga beberapa hadis sohih yang lain. diantaranya menerangkan fatihah imam yang membaca secara jahar menjadi fatihah makmum juga. soalannya, bersandarkan hadis2 ini, bolehkah saya tidak membaca Al-Fatihah sekiranya imam membacanya secara jahar? ini kerana saya berasa yakin dengan hadis2 sohih yang saya dengar ini. bolehke?
UZAR : BOLEH, TAPI SEBELUMTU SDR PELRU MEMBACA PENDAPAT YANG BERTENTANGAN DAN HUJJAH BALAS MEREKA.
BERAMAL DENGAN HADIS SOHIH TANPA PANDUAN JELAS ...TETAP AKAN MENJAUHKAN SESEORANG DARI AMALAN YANG BETUL ATAU YANG TERBAIK.
Posted by sarjantulang, on 18-09-2008 01:10, IP 194.80.178.1, Guest
25. ...
salam,
ustaz, hamba lihat tulisan Raja Petra semakin melampau2. terbaru beliau post berkenaan dengan tudung. dgn sesuka hati dia menafsir al-quran mengikut nafsu. boleh ustaz komen atau keluarkan artikel berkenaan perkara ni.
disini saya sertakn link utk ustaz baca:
http://mt.m2day.org/2008/
content/view/12321/84/
http://mt.m2day.org/2008/
content/view/12326/84/
harap dapat perhatian ustaz. ada ke patut dia kata tudung tu ciptaan orang kristian dan yahudi. Na'uzubillah.
pastu ustaz baca komen2 yg diberi oleh pembaca dia. kebanyakkan bukan orang islam
Posted by Bintun_Nahl, on 18-09-2008 01:09, IP 194.80.178.1, Guest
26. ...
Salam UZAR, Terima kasih atas panduan. Berbagai orang berbagai ragam. Ada yg akal panjang dan ada yg akal pendek. Wallahualam Begitulah...
Walau bagaimanapun saya sedikit tersentak dengan penjelasan mengenai lintasan di hadapan orang solat. Ketika ke surau, saya membawa anak. Faham sajalah..kanak2 duduk diamnya bertahan 10 minit pun dah cukup bagus. Kalau nak tunggu habis sampai witir tinggal telekung nya aje orang nyaa tah ke mana2.
Susah nak kawal dia dari lalu depan orang solat walaupun telah berkali2 diingatkan sebelum ke surau. Kadang2 terasa lebih baik solat dirumah..tapi risau juga takut kita yang leka...dan bila terdengar imam bacaannya mendayu2 tu hati bagai dipanggil2..Itulah indahnya Islam.
Saya ada terbaca rencana baru2 ini kisah seorang amerika bernama Michael Wolfe yg masuk islam..dan sebelum menunaikan haji dia singgah di Maghribi dalam bulan ramadhan lalu dia menulis:
“Bilal menyampaikan azannya. Pada kebanyakan masjid di Maghribi dikibarkan bendera biru untuk memberitahu mereka yang pekak. Mata saya menuju ke arah ratusan manusia yang sedang sujud. Kalau ketenangan yang aku cari, maka aku menemuinya di sini di sebuah masjid penuh dengan manusia yang tidak dikenali.”
Bukunya berjudul The Hadj: An American’s Pilgrimage to Mecca
Posted by ibnu_yusup, on 18-09-2008 01:05, IP 194.80.178.1, Guest
27. ...
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
Beberapa persoalan yang ingin dikongsi: 1. Apakah hukumnya seorang ketua yang mendapati pekerjanya (telah berumahtangga)tidak menutup aurat walaupun pernah diberi nasihat? Adakah kita terlepas dari hukuman kerana pekerja itu telah bersuami?
2. Hukum membeli belah dengan orang yang tidak menutup aurat memang sah tetapi kisah ulama' (tak pasti..Imam Shafiee/Abu Hurairah) yang memuntahkan susu kambing miliknya yang meragut rumput disempadan tanah milik orang lain. Minta Ustaz kupas.
Posted by Zul, on 18-09-2008 01:05, IP 194.80.178.1, Guest
28. ...
Assalamulaikum UZAR, Terima kasih di atas artikel ustaz yang begitu banyak manfaat kepada umat Islam di bulan Ramadhan ini yang jarang2 di war2kan oleh lain2 ustaz atau penceramah agama.
saya ingin bertanya mengenai hadis di dalam artikel ini di mana Nabi S.A.W telah bersabda jadikanlah sebahagian dari solat kamu di rumahmu dan jangan biarkan rumahmu menjadi seperti kubur ( akibat tiada solat sunat)" (Riwayat Muslim) .
Setahu saya hadis ini mengenai membaca Al-Quran di kubur. Apa pandangan UZAR? Betulkan saya jika saya silap.
Posted by Iza Khalid, on 18-09-2008 00:38, IP 194.80.178.1, Guest
29. ...
Assalammuaikum Ust,
Saya ada mengerjakan solat tarawih dgn membawa anak berumur 5 thn. Saya rasa berdosa pula kerana umurnya yang kecil dia hanya bermain dan berlari dan kadang-kadang buat bising. Di rumah tak ada org yang boleh jaga dia jadi bagaimana kedudukan saya dalam mengerjakan ibadah sama ada lebih baik berada di rumah tanpa mengerjakan solat tarawih disebabkan akan mengganggu jemaah lain ataupun pergi saja ke masjid walaupun anak saya tak duduk diam.
Saya sudah nasihatkannya untuk ikut bersembahyang dan duduk diam namun biasalah ustaz kan umurnya baru 5 tahun sedangkan yang jauh lebih besar darinya pun tak duduk diam juga.
UZAR : WANITA LEBIH ELOK DAN BESAR PAHALA JIKA HANYA SOLAT DI RUMAH... ITU YANG DISEBUT OLEH NABI S.A.W
JIKA ITU DIBUAT, MAKA TIADA TIMBUL MASLAAH ANAK BERLARI DAN MEMBUAT BISING TADI
Posted by apple, on 18-09-2008 00:24, IP 194.80.178.1, Guest
30. ...
mungkin terlambat kepada yusuf abdullah..itulah hikmah tersenbunyi, puasa hanyalah setahun sekali kita masih mampu untuk menggantikan yang telah tinggal kerana uzur syarie, solat difardukan 5kali sehari...sedangkan yg masa tak uzur pun ada yg malas nak solat, inikan pula nak ganti 5 kali sehari, kalau dah 7 hari tak boleh solat??? cuba sedara kali sendiri...Allah mengetahui kemampuan setiap hambaNya kerana Dia Maha Bijaksana..MasyaAllah,Subahana
llah..
Posted by ajid, on 15-09-2008 22:45, IP 81.79.146.30, Guest
31. ...
Salam, ustz Adakah basuhan mesin basuh pakaian automatik itu sah untuk menghilangkan najis pada pakaina? Ini kerana sistem menakung air bukan mengalirkan air mutlak.
Posted by kurang mengerti, on 15-09-2008 19:47, IP 81.79.146.30, Guest
32. ...
maaf jika soalan saya tersasar. apa pendapat utz ulama'2 dan mufti2 yang mendiamkan diri dari menerangkan kebenaran tentang bahaya bidaah. sedangkan imam syafie sendiri mengharamkan kenduri arwah. sila rujuk http://www.youtube.com/watch?
v=NqVl5zVuXhQ harap ustaz dapat komen.
UZAR : INI PANJNAG ULASANNYA..PERTAMANYA SDR DIKEHENDAKI MENGAJI USUL FIQH DENGAN BAIK AGAR MENDAPAT FAHAM SIKAP APAKAH YANG PERLU DIAMBIL DALAM ISU YANG SDR TANYAKAN..DENGANNYA JWPN AKAN ADA DI TANGAN SDR SENDIRI.
Posted by gadis, on 12-09-2008 00:18, IP 194.80.178.1, Guest
33. ...
salam ustaz...
saya ingin bertanya kpd ustaz ttg beberapa perkara.. 1)selama ini saya tahu solat saya xsempurna,pe yg perlu sy buat utk hafal doa dan ayat2 alquran dgn bek? 2)saya ade tmn lelaki dan sy cuba utk tidak melakukan perkara2 yg dibenci ALLAH..tp dia akan kecil hati jika sy kata sume 2 berdosa dan xbuat pe yg die nak.. pe perlu saya buat?saya xnk kami b'gdh.. 3)saya ingin berubah jd muslimah yg baik.. tp terlalu byk dugaan dan pendirian sy xtetap
harap ustaz dpt memberi nasihat..salam
UZAR : WAJIB BERGADUH KALAU DIA NAK BUAT BENDA DOSA DGN SDRI..KALAU TAK GADUH BERDOSA PASTINYA
SDRI NAK BOYFRIEND BENCI DAN SAKIT HATAI ATAU ALLAH BENCI DAN HUMBAN DALAM NERAKA?
JAWPAAN ITU MENENTUKAN TAHAP IMAN DAN APA YANG SDRI PERLU LAKUKAN.
Posted by KHAIRUL, on 09-09-2008 23:20, IP 81.79.146.30, Guest
34. ...
UZAR, saya minta kebenaran utk print out artikel ini utk ditampal di notice board masjid2 sebagai salah satu usaha penyebaran ilmu. Harap UZAR benarkan dan halalkan ilmu ini. Thanks
Posted by tudung, on 09-09-2008 19:24, IP 81.79.146.30, Guest
35. ...
a'kum uza....saya betul2 nak tahu ni..harap uzar dapat huraikan skit secara ringkas...di bulan ramadhan ni saya ada niat nak jual tudung(tudung kepala la,hehe)...tapi apa hukumnya kita jual tudung yang ramai wanita2 n remaja2 skarang pakai(tudung bawal contohnya),kain tudung bidang 45,kalau dipakai nampak leher n telinga(sebab mungkin nipis skitla,takla nipis sangat),kadang2 dada pun tak tutup...harap sangat ustaz dapat jawab..hukum asal jual kan harus?...
UZAR : KALAU JUAL TUDUNG YG SEMPURNA BUKAANYA, TAPI SI PEMBELI KEMUDIANNYA PAKAI TAK SEMPURNA, IA BUKAN TANGGJUNG JAWAB PENJUAL.
NAMUN JIKA MEMANG JUAL TUDUNG YANG TAK SEMPURNA, IA ADALAH HARAM KRN KITA MENYOKONG PEMBUKAAN AURAT.
NAMUN JUAL PAKAIAN YANG SEKSI SHJ, TIDAK BOLEH DINILAI SBG HARAM TERUS KRN MNGKIN ADA YANG MEMBELI DAN PAKAI DI HADAPAN SUAMI SHJ.
Posted by ujang46, on 08-09-2008 18:35, IP 81.79.146.30, Guest
36. ...
pertaya saya..apa hukumnya membeli juadah berbuka puasa dengan penjual yg tidak menutup aurat..saya ada pernah dengar hukum nya bole mengurangkan pahala puasa..apa betul ker??
UZAR " HUKUM JUAL BELI ADALAH SAH. PAHAL PUASA KURANG BUKAN SEBB PEMBELIAN TU TAPI KURANG KERANA ANDA MELIHAT AURAT WANITA PENJUAL TU MGKN LAMA DAN BOLEH DTGKAN SYAHWAT..
Posted by kawan ustaz, on 07-09-2008 16:42, IP 81.79.146.30, Guest
37. ...
assalamualaikum, saudara UZAR dan pembaca, salah satu cara untuk mengelakkan bau badan dalam masjid mengganggu ialah dengan membakar kayu setanggi atau seumpamanya seperti yang biasa dibakar dalam masjid-masjid di negara arab. Malah ia mendatangkan rasa khuysuk dalam solat dan jemaah akan terasa rindukan bau masjid tersebut. Saya masih lagi merindui bauan 2-3 buah masjid di Timur Tengah yang sempat saya pergi. w.a'alam
UZAR : THANKS..DAN SAYA JUGA MEIRNDUI PENGAJIAN DI TIMUR TENGAH..MASJIDNYA DAN GURUNYA DAN SUASSANANYA,NAMUN TIDAK ORANGNYA..
Posted by MS Rizal, on 07-09-2008 16:40, IP 81.79.146.30, Guest
38. ...
Assalamualaikum ustaz. Seperti mana manusia itu perlu diingatkan berkali-kali, saya rasa terbuka apabila artikel ini disiarkan semula malah ditambah sedikit.
Moga ustaz succes dalam pelajaran di perantauan sana.
Posted by servent, on 24-10-2007 20:36, IP 60.52.103.54, Guest
41. ...
slm ustaz...
sy ade satu kemuskilan.....dlm artikel ustaz mengatakan x boleh berlalu di hadapan orang solat........soalan saya ; ade orang mengatakan boleh berlalu tetapi dengan jarak yang jauh contohnya satu depa tangan @ slagi die rukuk tidak kene pada org yang lalu...mintak perjelasan ustaz....
terima kasih...
KOMEN UZAR : ELOK JLN BELAKANG DIA SAJA. JIKA TAK DE RUANG, LALU DUA TIGA SAF DI HADAPAN DIA AGAR TIDAK GANGGU. ATAU TOLONG BUATKAN SUTRAH SEBELUM LALU
Posted by As-salam, on 23-10-2007 06:22, IP 60.52.98.142, Guest
42. ...
as-salam ustaz. Boleh ceritakan serba sedikit berkenaan sutrah & cara2 menghalang org dari melintas depan kita yg sedang solat? mudah-mudahan ramai orang yg membaca, termasuklah saya mendapat sedikit pengetahuan . ini kerana agak kurang penghebahan berkenaan perkara ini.
Posted by mubarak, on 08-10-2007 06:46, IP 60.52.102.164, Guest
43. ...
salam
Berkenan sutrah ..bagaimana dengan mereka yang sengaja sembahyang terbuka tanpa sebarang sutrah ,,atau yang sengaja mengambil saf berhampiran pintu padahal ruang hadapan masih luas kosong ,,,bukankah ada pesanan dari Saidina Ali bahawa tiada penghormatan untuk golongan ini Yang kedua ..kalau mengikuti jemaah ,,bukankah dilarang lalu di dihadapan imam sahaja .....??mohon penjelasan ...
Posted by Abu Luqman, on 01-10-2007 14:45, IP 58.139.249.66, Guest
45. ...
Salam,
Saya ada terlihat terutama masa khutbah jumaat , ada diantara kita yg guna masa tu buat rawatan kulit , kuku , tangan & kaki... lepas tu kesan kesan kulit mati, serpihan2 kuku di biar saja di atas karpet masjid , mudah2an tok siak akan sapu......sebenarnya semua individu yg masuk masjid adalah siak.
Posted by haniza, on 28-09-2007 16:02, IP 58.139.249.66, Guest
46. ...
Nak tanya.. apa cara utk saya (isteri) meminta suami saya mengajar sembahyang, mengaji dan hal2 agama.. saya da byk kali minta dr dia.. tetapi di buat tak tau sj.. dgn alasan sy tidak pernah mendgr apapun dia ckp dan pesan,
Walhal perkara tentang agama tidak pernah di pesan.. cuma suruh bertudung. selain halal haram dosa pahala tak pernah di pesan..
Posted by ibnu salim, on 27-09-2007 16:29, IP 58.139.249.66, Guest
47. ...
Salam ust..
Apa hukum terlebih rakaat semayang tarawaih dalam satu seisi semayang tu? cth kita niat dua rakaat, tp tak ingat kita bantai buat tiga..perlu sujud sahwi ke ust?
Posted by Fuad, on 27-09-2007 09:35, IP 58.139.249.66, Guest
48. ...
Assalamualaikum dan selamat berpuasa.
Minta pandadangan uzar mengenai situasi ini.Di tv dan radio menyampaikan Ayat suci Al-Quran,tafsir al-Quran,hadith Rasullulah S.A.W dengan alunan muzik.
Malah saya pernah mendengar di radio artis menyanyikan tafisr Al-Quran doa dan zikir juga dgn alunan muzik.Harap uzar dapat meluangkan masa untuk membalas pertanyaan ini.
Posted by own, on 24-09-2007 11:20, IP 58.139.249.66, Guest
50. ...
Nak penjelasan. bagaimana cara nak halang org yg lalu dihadapan kita semasa sembahyang?
Saya pernah buat tapi dia redah juga , mungkin cara saya salah. saya luruskan tangan saya semasa org melintas hormat.
Minta komen dan jawapan.Baru-baru nidlm bulan puasa saya dibuat lintasan hormat oleh bilal semasa sy sembahyang sunat di sebuah surau di Matang Jaya kuching sarawak.
Terima kasih atas artikel yg dikeluarkan. semoga ALLAH terus memberi kekuatan kepada UZAR untuk terus menulis.