Utama arrow Soal Jawab & Isu Pilihan arrow Syahwat Terangsang Tika Puasa : Keliru Mazi & Mani
PDF Print
User Rating: / 30
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 15-08-2010 18:00
Views 50060    
Favoured 78

Syahwat Terangsang Tika Puasa :

Keliru Antara Mani dan Mazi

Assalamualaikum W.B.K ..

Al-Fadhil ustaz,

Saya seorang gadis berusia awal 20-an dan belum berkahwin. Sebelum ini saya tidak tahu untuk membezakan antara mazi dan mani. Tetapi, alhamdulillah baru-baru ini setelah saya terbaca ruangan ini, saya tidak ragu-ragu lagi untuk membezakan antara kedua "cecair" tersebut.

Bagaimanapun, saya ingin meminta pendapat.. Oleh kerana awal Ramadhan tempoh hari saya masih "jahil" mengenai mazi dan mani, apabila saya terangsang, saya menganggap cecair yang keluar ialah MANI. 

Tetapi, jauh disudut hati saya mengatakan ianya bukanlah mani, jadi saya tetap teruskan berpuasa.

Setelah berbuka puasa, saya mandi wajib untuk keluar dari belenggu ragu-ragu. Perkara ini berlanjutan sehinggalah beberapa hari. Siangnya saya berpuasa, apabila keluar "sesuatu" saya menganggapnnya mani dan mengambil keputusan untuk mandi wajib setiap kali selepas berbuka.

Perkara ini membuatkan saya betul-betul tertekan apatah lagi bila memikirkan jumlah puasa yang perlu saya GANTI @ QADA' yang semakin meningkat HANYA kerana perasaan ragu-ragu tersebut.

Jadi, saya terdetik untuk "mencari jawapan" kepada masalah saya ini sehinggalah saya terbaca PERBEZAAN ANTARA MAZI & MANI yang terdapat dalam ruangan ini.

Sekarang saya yakin sedikit untuk membezakan antara keduanya. Hasil pembacaan dan pemahaman saya, saya dapati cecair yang keluar pada awal Ramadhan dahulu bukanlah mani, tetapi hanya mazi.

Soalan saya, apakah saya perlu mengQada' puasa-puasa yang saya ragui tempoh hari  ? Bagaimana pula jika sekarang saya sudah PASTI yang keluar ketika itu memang bukan mani??  Saya harapkan jawapan.. Tolonglah.. Terima kasih !!!

- Soalan Melalui Ruangan Komentar -

Keliru

Jawapan

Wa'alaikumussalam,

1) Puasa anda adalah sah dan tidak perlu di qadha ( ganti) kerana ia tidak batal hanya kerana keluar air mazi akibat terangsang.

2) Walaubagaimanapun, pahala puasa sdri sudah tentu tergugat dan berkurangan jika  air mazi itu keluar akibat rangsangan syahwat. Jika seseorang terangsang sehingga keluar mazi, ini bermakna dia sedang melakukan satu dosa (kecualilah jika di antara suami dan isteri), kerana menurut kebiasaannya sesorang tidak boleh terangsang tanpa sebab, sudah tentu rangsangan itu datang sama ada kerana melihat gambar lucah atau bersembang dengan lelaki melalui telefon, berdepan atau 'chatting' secara bersyahwat...

Untuk makluman, AIR MAZI adalah sejenis cecair jernih sedikit melekit dan kurang berbau yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat. Ia berbeza dengan AIR MANI pula cecair melekit dan berbau kuat seperti klorok, yang keluar hanya di kemuncak syahwat semasa persetubuhan atau ia juga boleh keluar di kemuncak syahwat apabila seseorang melakukan kesalahan mastubarsi (onani).

Air MANI adalah sejenis cecair pekat, yang biasanya keluar dengan rasa kenikmatan. Berbeza dengan AIR MAZI yang keluar tanpa sedar, hasil peningkatan syahwat. Air mazi adalah najis dan perlu dibasuh untuk menunaikan AIR MANI, pula berbeza kerana jika keluar, seseorang itu perlu mandi hadas  untuk kembali menyucikan diri.

Kembali kepada kes yang bertanya, jika benar ia air mazi disebabkan syahwat dari aktiviti tidak elok, tidak syak lagi ia adalah satu dosa dan apabila ia berlaku dalam bulan mulia ini, sudah tentulah kesannya amat besar. Allah s.w.t menyebut dalam hadis Qudsi :-

يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ من أَجْلِي الصِّيَامُ لي وأنا أَجْزِي

Ertinya : "Dia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya hanya kerana Ku ( Allah ), sesungguhnya puasanya adalah untuk Ku dan Aku lah yang akan membalasnya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 )

Amat jelas lagi terang Allah s.w.t inginkan dari puasa kita penahanan dari 3 aspek fizikal iaitu tahan  makan minum dan keinginan syahwat iaitu seksual.

Dalam hal di atas, jika rangsangan benar kerana syahwat, ia menunjukkan sdri telah melalkukan suatu dosa sehingga tidak dapat menjaga syahwat dengan baik sehingga keluarnya mazi semasa berpuasa. Kaffarah yang berat bagi mereka yang bersetubuh di siang hari Ramadhan sudah cukup membuktikan kemurkaan Allah s.w.t bagi mereka yang melanggar displin syahwat tatkala berpuasa.

Jika syahwat antara suami isteri pun perlu dikawal, apatah lagi dengan lelaki atau wanita luar yang bukan mahram. 

Jika benar, ia adalah mazi yang ekluar dengan syahwat, saya nasihatkan sdri agar segera berhenti dan menjauhkan diri dari semua perbincangan dan perbuatan yang boleh menaikkan syahwat kerana ia kelak boleh menjatuhkan seseorang dalam kumpulan hina iaitu penzina yang tidak bertawbat.

Semoga diampuni Allah s.w.t di bulan pengampunan ini. 

BEZA MAZI DENGAN KEPUTIHAN

Jika cecair yang keluar itu tidak keluar disebabkan syahwat, maka ia mungkin pula adalah cecair keputihan yang kerap berlaku kepada beberapa kumpulan wanita. Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum solat, namun ia tidak membatalkan puasa. Tiada dosa juga atas keluarnya cecair tersebut.Tetapi cecair jenis ini TIDAK keluar kerana syahwat teransang. Ia keluar pada waktu-waktu biasa.

Cecair 'keputihan' ini biasanya keluar dengan sedikit kekuningan atau mempunyai bau yang busuk, berbeza dengan air mazi yang tidak berbau. Justeru, saudari perlu tentukan ceceair apakah yang dimaksudkan. Jalan mudah adalah dengan bertanya kepada ibu saudari. Harapnya sang ibu mempunya kejelasan fikiran tentang perbezaaannya.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

28 September 2007

16 Ramadhan 1428 H

Last update: 15-08-2010 19:54

Published in : Soal Jawab, Soal Jawab & Isu Pilihan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (59) RSS feed comment
Posted by umum, on 01-09-2010 11:03, IP 115.132.97.73, Guest
1. Batal kerana syahwat.
Jika terbatal puasa disebabkan zina, onani, makan dengan sengaja tanpa ada ape2 ruksah. 
adakah perlu diganti puasa dan membayar denda bagi dosa yang dilakukan.. 
& bagaimana tertinggal puasa itu sudah bertahun2 dan sehingga terlupa dan terlalu bnyknya? 
 
mintak ustaz jelaskan..
 
» Reply to this comment...

Posted by zai, on 18-08-2010 11:47, IP 60.50.130.138, Guest
2. Nak mintak penjelasan ustaz
Assalamualaikum ustaz, 
 
saya nak tanya satu soalan tentang rakan2 blogger yang menayangkan/ membuat entry tentang menu makanan yang sedap waktu sahur dan berbuka berserta gambar sekali...so apakah hukumnya kepada orang yang membaca dan melihat gambar dan entry tersebut serta hukum blogger berkenaan yang menulis entry berkenaan...terima kasih ustaz...wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by lol, on 18-08-2010 00:02, IP 60.50.48.64, Guest
3. question
nak tanya satu benda.. 
macam mana kalau di malam hari selepas berbuka puasa, lelaki melakukan onani dengan sengaja? dan dia tak mandi wajib even selepas beberapa hari puasa..sah tak puasa2 dia yang dalam beberapa hari tu..? 
maksudnya dia mengeluarkan air mani pada malam hari selepas buka puasa...tapi sah tak puasa dia esok hari jika dia tak mandi hadas besar pagi tu/atau untuk beberapa hari..?
 
» Reply to this comment...

Posted by shakila, on 14-08-2010 15:52, IP 121.120.59.175, Guest
4. mani perepuan
salam ustaz 
saya masih tidak keliru mengenal mazi atau mani.setahu sya perempuan juga boleh mengeluarkan mani.untuk mengenalnya,,soalan saya,,adakah mani perempuan pun putih dan pekat seperti mani lelaki? (bagaimana rupa mani perempuan,adaka sama seperti lelaki?)
 
» Reply to this comment...

Posted by aisyah, on 09-07-2010 13:46, IP 120.140.177.239, Guest
5. keliru
salam ustaz.. 
saya ingin bertanya,apakah rangsangan syahwat yang kita lakukan sendiri itu adalah dosa besar?? 
 
setelah saya membaca perbentangan ustaz tadi,saya ingin bertanya,apakah yang mani itu juga dikeluarkan oleh wanita?? 
 
saya harap ustaz dapat memberikan jawapan dengan kadar yang segera.. 
 
wassalam.. 
 
UZAR : ya, wanita juga punyai mani..boleh serach di google info sebegitu.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by gadis keliru, on 07-06-2010 15:39, IP 60.53.229.67, Guest
6. KELIRU
salam ustaz.. 
saya keliru dengan artikel "26-08-09 08:08, KELIRU ANTARA MANI DAN MAZI".. 
 
di awal perbicaraan ustaz menyatakan bahawa "Untuk makluman, air mazi adalah sejenis cecair jernih melekit dan berbau kuat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat." 
 
tetapi di akhir perbincangan ustaz, menyatakan bahawa "...berbeza dengan air mazi yang tidak berbau." 
 
adakah air mazi itu berbau atau tidak?.. 
 
wassalam..
 
» Reply to this comment...

Posted by havard, on 26-05-2010 12:56, IP 124.82.71.196, Guest
7. masalah keputihan
saya alami masalah keputihan yang keluar dengan kerap 
dan saya memakai panty liner utk memastikan senang dibuang 
dan seperti diberitahu,keputihan itu adalah najis 
sedangkan waktu solat juga kebiasaannya keputihan itu akan keluar 
adakah saya perlu berhenti solat setiap kali untuk membersihkan? 
adakah setiap kali sebelum solat saya perlu menukar panty liner saya?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by gadis sadis, on 12-03-2010 03:24, IP 203.82.80.43, Guest
8. nafsu
ustaz..saya selalu melakukan onani..lepas beronani msti sy rasa serba salah..saya sedar NUR bersama sya..tp NUR tu x dapat sy serapkan dalam diri sy..sy selalu berdoa moga ALLAH cptkan jodoh sy utk elakkan keadaan ini terus2an..saya mahu berubah, tp benarlah, syaitan tu slalu menang dlm tangini nafsu..walaupn lepas solat nafsu utk beronani tu ttp ada..dalam hati saya, sy takot ALLAH gelapkan hati sy,xlimpahkan rahmatNYA dan sempitkan rezki sya..sy harap ustaz dpt membantu sy dlm menangani "penyakit" ini kerna sy benar2 mahu berubah..
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by naora, on 25-12-2009 00:53, IP 202.185.32.193, Guest
9. berbalik kepada artikel ustaz.
assalamualaikum harap sihat yer ustaz. sy pelajar, masih kurg memahami artikel ustaz. bleh jawab soalan saya x.dari ape yg saya faham dalam artikel, ustaz ckp bahawa, keluar mazi akibat terangsang tidak perlu mandi wajib dan hanya perlu di basuh sahaja jika ingin menunaikan solat. betul ke? 
 
UZAR : ya betul
 
» Reply to this comment...

Posted by haikal, on 08-12-2009 11:05, IP 60.54.19.17, Guest
10. keliru
ustaz, saya ada satu masalah dan berharap agar ustaz boleh meyelesaikannya. saya selalu terkeluar cecair selepas bangun dari tidur. saya musykil cecair apa iti samada mani atau mazi. padahal saya tak bermimpi ape2 pon pada malam . tolong la saya ustaz... kalau cecari tersebut berbau?tidak berbau? 
 
UZAR : CUKUP BASUH MACAM BIASA..MUNGKIN IA ADALAH AIR MAZI
 
» Reply to this comment...

Posted by faiz, on 14-09-2009 12:47, IP 118.100.2.40, Guest
11. Kemusykilan..
Assalam'mualaikum ustaz, 
Apa hukumnya isteri melakukan 'oral sex' terhadap suaminya hingga keluar mani. Adakah ini tergolong dalam ketegori 'bersama'.  
Besar harapan agar persoalan ini dapat dijawab oleh ustaz. Terima kasih. 
 
UZAR : boleh rujuk jawapa khusus saya berkenaan oral sex..cari di bahagian lelaki wanita
 
» Reply to this comment...

Posted by melankoli, on 11-09-2009 19:54, IP 217.54.193.210, Guest
12. komentar
saya ingin komen sedikit berkaitan komentar ustaz mngatakan org yg keluar mazi sudah tentunya dia melakukan dosa....tetapi ada golongan yg keluar mazi bukan kerana melayan syahwat...sbagai contoh org yg sil2 mazi...(mazi xlawas)dan dia wajib membungkus hasyafahnya ketika masuk waktu solat dan berwudhuk untuk bersolat...sbagaimana sayyidina ali jugak mngalami pnyakit seperti ini.... 
 
 
UZAR : SDR SALAH FAHAM dalam pembacaan, baca betul2 dan saya jawab dalam konteks soalan. Keluar mazi yg berdosa adalah apabila keluarnya akibat dodoian syahwat. Kalau mazi akibat sakit dan lain-lain, selain kerana syahwat itu tentulah tidak berdosa.. itu sangat simple dan sangat difahami. 
 
Saya rasa, kefahamn ini tak perlu soal pun patutnya sudah boleh difahami.
 
» Reply to this comment...

Posted by gurl, on 10-09-2009 17:20, IP 202.188.170.33, Guest
13. keliru..
sy ingin bertanya ustaz..pada keadaan yg mcm mana seorang perempuan tu boleh keluar mani?? :x  
 
sy ingt perempuan ni keluar mazi ja...kalo dia x sure itu mazi or mani then x mandi wajib coz ingt mazi mcm mana plak tu ustaz??? 
 
apa yg perlu dilakukan utk elak dosa x mandi wajib tu ustaz?sebab sebelum ni dia tatau pasal MANI perempuan
 
» Reply to this comment...

Posted by mr xy, on 05-09-2009 14:24, IP 60.50.38.253, Guest
14. onani di siang hari di bulan ramadhan
Salam ustaz. Dari apa yang saya faham apabila melakukan onani sehingga keluar mani di bulan puasa, seseorang itu wajib membayar fidyah.  
 
soalan sy : bla melakukan onani tp kta menahan sehingga air mazi yg keluar...adakah batal puasa? 
 
UZAR : Macam2 pemikiran orang zaman sekarang..jadi susah.  
 
Yang pasti pahala puasa batal, tapi puasa tidak batal bila keluar mazi. 
 
Patutnya jangan beronani terus
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah, on 01-09-2009 12:05, IP 203.92.154.37, Guest
15. Onani ketika Puasa
Salam ustaz. Dari apa yang saya faham apabila melakukan onani sehingga keluar mani di bulan puasa, seseorang itu wajib membayar fidyah.  
 
Soalan saya bagaimana sekiranya kita baru sedar tentang kesilapan kita di masa lampau (masih jahil) berkenaan masalah ini. Contohnya seseorang itu pernah melakukan onani ketika berpuasa ramadhan di masa mudanya (masih jahil) dan beliau baru sedar sekarang? Perlukah dia membayar fidyah sedangkan dia sudah lupa / was2 yang sememangnya dia melakukan dosa tersebut? Jika wajib membayar, bagaimanakah caranya? 
Sekian 
wassalam 
 
UZAR : tidak wajib, hanya perlu gantikan puasa yang tinggal itu sahaja. Fidayh ttu hanya tambahan bagi menunjukkan kesungguhan dalam taubat.
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by koxec, on 31-08-2009 20:14, IP 60.50.128.182, Guest
16. hehe
ustaz saye nak tanye kalo org 2 bersetubuh pada malam bulan ramadhan ,selepaitu die terlupe nak mandi wajib keesokkan hari yer, adakah die boleh berpuasa 
 
UZAR : Dia bukan 'BOLEH' berpuasa, tapi dia WAJIB' puasa. dan solat subuh juga
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ana, on 31-08-2009 12:55, IP 203.82.79.101, Guest
17. Assalamualaikum ustaz...
-sy nk tnya tentang apakah hukum seorang wanita yg melakukan persetubuhan pd siang hari di bulan puasa? 
-kemudian apa yg perlu wanita itu lakukan?contohnya lelaki perlu ganti puasa 2bulan berturut-turut,jd apa pula yg wanita perlu lakukan? 
-selepas melakukan persetubuhan,adakah cara mndi wajib itu sama sperti mndi wajib semasa habis haid atau ada cara yg tertentu? 
 
UZAR : ye, sama bagi wanita, jika benar2 tidak mampu, bayar kepada 60 orang faiq miskin.  
 
Ya mandi wajib (hadas) sama sahaja bagi orang kering haid, nifas dan persetubuhan/
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ansyu, on 28-08-2009 10:02, IP 203.82.79.101, Guest
18. kekeliruan..
salam wrh. 
hemm,nmpk ny pkara y menjadi kekeliruan ramai, atr ny: 
1. beza mazi dgn mani 
2. keluar mazi dgn dosa (belum kahwin) 
3. keluar mazi dgn makruh (atr suami isteri) 
4. mazi batal posa?? tak.. 
5. mani batal posa?? yer, jk dgn sgja 
6. batal posa 1 hari qadha 1 hari (batal ats sebab lain selain dr setubuh) 
7. kaffarah posa 2 bln bkn krn setubuh ktka posa TAPI setubuh pada SIANG ramadhan... 
waLlahu a'lam ;)
 
» Reply to this comment...

Posted by Shila, on 10-08-2009 10:42, IP 60.50.243.198, Guest
19. Fidyah & puasa ganti
Salam. Nama sy Shila. Uzar, saya ada kemusykilan mengenai Fidyah dan puasa ganti. Ibu saya baru meninggal dunia baru2 ini. Beliau telah meninggalkan puasa Ramadhan, kerana uzur akibat penyakit kanser yg dihidapinya.. 
 
Kami telah membuat Fidyah utk beliau baru2 ini. Soalannya, adakah kami, sebagai anak2 wajib mengantikan semua puasa yg beliau tidak berkesempatan untuk menggantikannya semasa hayatnya? Jika ia, bagaimanakah pula niatnya? Harapan sy agar UZAR dpt memberi jawapannya. Trima Kasih 
 
 
UZAR : Tidak perlu diganti puasanya kerana puasa adalah ibadah yang tidak boleh diwakilkan seperti solat, ia berbeza dengan haji dan umrah. 
 
Cukup bayarkan fidyah
 
» Reply to this comment...

Posted by Zahir, on 19-06-2009 20:19, IP 124.82.80.13, Guest
20. Batal puasa kerana melakukan onani
Assalamualaikum.. 
Ustaz..Saya telah membatalkan puasa lebih kurang 10hari seigt saya pada tahun 2007 dan menggantikannya pada 2008 sebelum bulan ramadhan seterusnya tetapi saya ragu-ragu dan menggantikannya pada tahun ini.Ini kerana nafsu saya yang kuat untuk melakukan onani.Saya harap ustaz dapat terangkan dengan sepenuhnya tentang ini.Adakah saya perlu membayar fidyah?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by aina mustaqim, on 03-05-2009 13:04, IP 60.54.22.150, Guest
21. ape itu onani?
slm ustaz,sy nak tanya adakah dengan cara menggeselkan kemaluan pada bantal adalah beronani?semasa saya menggeselkankannya saya terasa syok dan akhirnya mengeluarkan sejenis cecair yang pekat..adakah itu air mani dan perlukah saya mandi wajib untuk solat selepas itu?adakah perbuatan saya itu berdosa?
 
» Reply to this comment...

Posted by confuse man, on 19-10-2008 19:43, IP 194.80.178.1, Guest
22. ...
Assalamualaikum UZAR.. 
 
Saya dah confuse dgn apa yg saya belajar masa kat form5 dlu: kalau suami isteri yg bersetubuh di bulan puasa dgn membatalkn puasanya terlebih dahulu,maka hanya perlu mengganti sehari puasa shj. berbeza dgn mereka yg terus bersetubuh tanpa membatalkan puasa,si suami mesti membayar kafarah 60hari berturut2. jadi pd bln ramadhan bru2 ini sy tlh bersetubuh dgn isteri sy(setelah membatalkn puasa) atas ajakan isteri.selama 2 hari. akan tetapi kwn sy kata kene bayar kafarah. jadi apa patut sy buat? saya bersetubuh kerana berdasarkn ilmu sy semasa di sekolah dulu. kalau sy tahu kene kafarah,sy tak buat. kalau kene kafarah pula,saya kene puasa 120hari ker berturut2 atau 60hari saja??mintak tolong ustaz..
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Pemuda awal 20-an, on 18-09-2008 01:12, IP 194.80.178.1, Guest
23. ...
Kepada gadis2 muda awal 20-an yang belum berkahwin dan kuat melakukan onani, dan mencari jalan untuk berhenti tapi tak tahu. 
 
Begini, caranya sangat mudah. Carilah kawan yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai "penjual minyak wangi" dan bukan "tukang besi". Maaf, takde font arab. Adapun "penjual minyak wangi", jika kita beli barangan darinya ia adalah barang yang baik, atau pun jika tidak membelinya, sekurang2nya kita mendapat bauan yang wangi. 
Dan "tukang besi", bukan apa2 faedah yang akan didapati malah rasa panas pula jika duduk berhampiran dengannya. 
 
Carilah kawan yang soleh/ah dan mampu membuatkan kita betul2 malu untuk bercerita perkara2 yang sia2. Dan awak akan mencari 'mereka' jika awak betul2 nak berubah. 
 
Sekian dari saya yang lemah.. 
Alhamdu4JJ1, saya yakin bermasturbasi itu perkara yang jijik dan tidak pernah bermasturbasi sehingga sekarang, amin~
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Guest, on 12-09-2008 00:31, IP 194.80.178.1, Guest
24. ...
Salam...  
1 Ade perbincangan anak2 muda baru2 ni saya dengar tentang bersetubuh di siang hari dalam bulan ramdhan. Saya katakan haram dan perlu kafarah semula puasa selama 2 bulan berturut2 kepada suami. Pastu ade plak mamat ni yang kata tak perlu klu berbuka dahulu sebelum jima'. Saya rasa pendapat tu macam tak betul jer. Mintak komen ust sebab di tempat kerja saya ni ramai yang sependapat dengan mamat ni tadi yang boleh jima' dengan syarat berbuka dahulu maknanya dah tak puasa hari tu dan boleh jima'. Klu boleh di mana falsafah ramadhan tu sendiri? 
2 Persoalan lain plak timbul. Macam mana plak orang yang musafir di bulan ramadhan. Mereka dibenarkan berbuka. Adakah boleh juga jima' ketika di siang hari bulan ramadhan. Jika kedua2 suami isteri musafir. 
3 (Contoh 3) Suami kerja jauh sbg contoh KL. Balik ke Kedah hari sabtu sampai rumah dalam jam 3 ptg dan tak puasa. Maka teransang syahwatnya sebab lama tak jumpa isteri. Maka berlaku jima dengan isterinya yang juga tak puasa yang kononya meraikan suaminya yang nak balik ke KL esok (Ahad). Isteri kerja syif malam dan tak sempat nak bersama suami malam tu. Situasi sebagai contoh jer. 
Harap UZar dapat komen sebab saya nak terangkan semula pada kawan2 tentang masalah nie. Takut mereka berpegang dengan pendapat mamat tu tadi klu pendapat tu tak betul la.. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Menyesal, on 07-09-2008 16:52, IP 81.79.146.30, Guest
25. ...
Askum...saya seorg saudara baru..yg baru 3 tahun memeluk islam.walaubagaimanapun...ini adalah tahun ke2 saya berpuasa.dan pada tahun ini saya telah berazam utk puasa bersungguh2...masalahnya..baru 2 ini saya telah melakukan 'phone sex' bersama teman lelaki saya hingga mendorong saya untuk melakukan onani hingga orgasme.adakah puasa saya batal?dan saya amat menyesal dan ingin bertaubat..saya tak mahu lagi melakukan perkara begini.saya telah berjanji utk berpuasa betul2 kali ni...bantulah saya :(
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Wandering, on 03-09-2008 17:09, IP 90.240.186.250, Guest
26. ...
Assalamualaikum Ustaz 
 
Saya hendak bertanya. 
Jika saya melakukan onani tanpa memasukkan jari saya hingga orgasm, adakah puasa saya batal? :?  
 
UZAR: jika orgasm maknanya mesti air mani keluar..ia sama bagi lelaki dan wanita. tatkala itu puasa batal.
 
» Reply to this comment...

Posted by hero, on 23-04-2008 06:58, IP 60.52.96.236, Guest
27. ...
Salam ust.. 
dlm tempoh puasa kite kene tahan 3 pkra,tahan mkn,minum & nafsu... 
sy nk tnye,apa hukumnya apabila kita keluar mani pada waktu mlm di bulan puasa..dan kite mandi junub sebelum sahur..kira dlm tempoh itu apakah hukum yg diterima?? :?  
 
» Reply to this comment...

Posted by widadi, on 18-03-2008 11:23, IP 60.52.99.46, Guest
28. ...
terisi jg masa senggang..dpt gak ilmu ..xlah sia-sia ms kta dgn mmbaca persoalan n jwpan dlm ruangan ni..demi msa,ssghnya manusia itu bnr2 dlm kerugian.melainkan mreka y bnr2 beriman n beramal solah :)
 
» Reply to this comment...

Posted by hommi, on 11-03-2008 06:48, IP 60.52.103.83, Guest
29. ...
banyak benar nanya soal bersetubuh ni, hai orang melayu ni kuat nafsu betullah, dalam orang disuruh utk beribadat pun, kepala otak asyik terpikir seks lagi, macam tu payah lah..kalau tengah sibuk dalam operasi ibadah pun, tak mampu nak kawal kehendak nafsu..dalam hal lain , apatah lagi..hai..orang melayu..kuat benor mikir seks..
 
» Reply to this comment...

Posted by naslah, on 11-03-2008 06:47, IP 60.52.103.83, Guest
30. ...
rasanya hal-hal dalamn wanita patut ditanya pada ustazah yang dab bukan pada org lelaki kalau bab-bab hal org pompuan ni..ni yg sepatutnya..
 
» Reply to this comment...

Posted by slumber_gurl, on 08-02-2008 13:36, IP 60.52.103.153, Guest
31. ...
assalamualaikum ustaz.. saya ada seorang kawan yang sengaja  
tidak menunaikn solat dengan alasan dia adalah seorang 'free thinker'.. apakah yang patut saya buat untuk menasihati die? saya dah cuba tapi die pandang ringan je kata2 saya. die juga sengaja x mandi hadas 3 bulan selepas datang haid untuk mengelakkan dari solat.. harap ustaz dapat membantu.. wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by Suhaimi, on 15-01-2008 22:03, IP 60.52.100.61, Guest
32. ...
Assalamualaikum...Semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat dikongsi bersama-sama tahniah dan syabas kepada ustaz yang dapat menyediakan satu website yang sangat-sangat berfaedah kepada insan-insan yang sentisa sangsi dalam bab hukum-hakam dalam islam. 
Semoga kita menjadi mukmin yang sejati...
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah yg musykil, on 28-12-2007 10:20, IP 211.25.130.42, Guest
33. ...
Salam, 
Ustaz, saya ingin bertanya sesuatu perkara yg saya hadapi. Stkt ni saya tau beza air mani n air mazi. Air mani akan keluar ms kita bersetubuh atau dgn sengaja(onani) dan air mazi keluar ms kita terangsang. Tp adakalanya, bila saya tgk air yg keluar tu (bukan dr perbuatan onani) terutamanya masa saya meneran nk buang air besar, air yg keluar sgt likat semacam air mani. Adakah air tu air mazi? Saya takut was-was..
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah.., on 19-12-2007 18:18, IP 60.52.100.232, Guest
34. ...
apakah hukum sorng laki memegang kemalu gadis yg bkn mhrimnya??dan apakah cecair yang kuar ketika iye mengusik kemaluanya sndiri..?? 
 
komen uzar : haram, air mazi
 
» Reply to this comment...

Posted by x tau, on 26-11-2007 17:48, IP 60.52.103.247, Guest
35. ...
ustaz, bagaimane cara ingin bertaubat kepada Allah S.W.T?
 
» Reply to this comment...

Posted by mun, on 14-11-2007 18:19, IP 60.52.102.130, Guest
36. ...
Saya seorg gadis berumur 20-an. 
 
macam mne pulak nk berhenti dari trus beronani?? 
sy da cube berbagai cara termasuk membaca al-quran dan bertaubat tetapi x menjadi juga.bagaimana? 
 
klu ikutkan mmg sy nk berkahwin awal tetapi bapa sy tidak benarkan kerana saya masih blum hbis blaja tetapi masalahnya sy seringkali gagal mengawal nafsu saya.
 
» Reply to this comment...

Posted by ragu.., on 13-11-2007 19:01, IP 60.52.97.6, Guest
37. ...
apakah dose keluar mazi dengan sengaja?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Zz, on 06-11-2007 08:26, IP 211.25.51.1, Guest
38. ...
ustaz...saya bace 2 artikel ustaz yg ada berkaitan mazi n mani..saya mengharapkan agar ustaz dpt terangkan lagi dari  
>> segi warna  
>> hukum pada solat @ wudhu' 
 
mengharapkan jawapan...terima kasih ustaz
 
» Reply to this comment...

Posted by solehah, on 29-10-2007 08:27, IP 211.25.130.42, Guest
39. ...
Assalamualaikum ustaz, saya terlupa niat puasa ganti selepas maghrib, saya terjaga kul 11 malam untuk solat Isyak, pastu baru teringat nak qadha puasa...sah tak? :p  
 
JWPN UZAR : MESTILAH SAH..SELAGI TIDAK LEPAS SUBUH
 
» Reply to this comment...

Posted by pemikir, on 10-10-2007 18:22, IP 60.52.97.110, Guest
40. ...
ustaz ,jika seseorang itu menahan diri dari perkara yang mengurangkan pahala puasa sehingga waktu berbuka namun melakukan maksiat di malam hari...adakah pahala puasanya pada hari tersebut akan berkurang?
 
» Reply to this comment...

Posted by HAMBA_ALLAH, on 08-10-2007 18:09, IP 60.52.103.194, Guest
41. ...
SALAM. Ustaz,  
 
Saya perhatikan ada perkara yang sudah menjadi budaya di dalam masyarakat kita. Budaya tersebut adalah 'budaya meninggalkan solat'.  
 
Sebenarnya, saya 'sakit mata' apabila masih ada segelintir masyarakat kita yang memperlekehkan kewajipan menunaikan solat. Hal ini nampak ketara ketika bulan Ramadhan.  
 
Sebagai contoh di kalangan sahabat2 kita sendiri, ada yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat. Tidakkah mereka berpikir bahawa solat itu merupakan TIANG AGAMA dan solat juga SAMA penting dengan berpuasa ? Jauh di sudut hati, saya sebenarnya sedih melihat bangsa yang seagama dengan saya memandang remeh terhadap rukun kedua daripada Rukun Islam ini.  
 
Saya sarankan kepada UZAR agar menyiarkan artikel 'kewajipan menunaikan solat sama seperti kewajipan berpuasa di dalam bulan Ramadhan'.  
 
Mudah2an artikel tersebut dapat membuka mata masyarakat kita sekaligus dapat membuka pintu hati mereka agar mengamalkan cara hidup ISLAM sepenuhnya.  
 
Dunia ini sudah hampir ke penghujung usia, oleh itu sama2lah kita menyebarkan agama Islam selagi mana ianya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Wallahua'lam. 
 
 
UZAR : BENAR, KERANA ITULAH SAYA ANJURKAN KURSUS PENGHAYATAN SOLAT DALAM BENTUK DAN CARA PENGENDALIAN PROFESIONAL... SALAH SATU UNTUK MENYUMBANG DARI SUDUT INI. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by NURUL HIDAYAH, on 08-10-2007 16:47, IP 60.52.103.194, Guest
42. ...
Ustaz, saya ingin mendapatkan pandangan Ustaz tentang masalah saya ini.  
 
Untuk pengetahuan Ustaz, saya seorang yang tidak suka untuk mengata, mengumpat, menghina orang lain dan yang sama waktu dengannya.  
 
Saya memang menanam sifat BENCI kepada perkara2 mazmumah tersebut sejak dari kecil lagi. Secara tidak langsung, saya juga tidak suka jika ada di kalangan rakan2 saya yang bersifat buruk sedemikian.  
 
Malangnya, saya mempunyai seorang rakan yang suka mengata orang. Saya sangat RIMAS dengan sikapnya. Hendak ditegur,sudah besar.  
 
Saya berpendapat bahawa mungkin sikap tersebut sudah sebati dalam dirinya. Sebagai contoh, jika dia melihat seseorang dia akan mengatakan "Orang ni cantik, tapi gemuk lar.." atau "Eh, aku tak suka la dengan dia tue,berlagak..".  
 
Saya hanya mampu beristighfar di hujung kata2nya, mudah2an saya tidak dikira bersubahat dengan kata2nya itu. Prinsip hidup saya ialah berusaha untuk menjauhi perkara2 yang mendatangkan dosa, jadi saya takut jika sikap rakan saya yang suka mengata orang sebenarnya mendatangkan dosa juga kepada saya kerana saya mendengarnya.  
 
Jadi, menurut pandangan UZAR, adakah saya dikira bersubahat di dalam perkara ini? Satu lagi, adakah saya perlu menegur sikap buruk rakan saya tersebut?  
 
UZAR, kadangkala faktor SEUSIA menyebabkan kita keberatan untuk menegur tingkahlaku seseorang apatahlagi jika seseorang itu adalah sahabat kita sendiri.. :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by melatah, on 08-10-2007 11:42, IP 211.25.51.1, Guest
43. ...
Saya ni kadang kadang melatah. Dan apabila melatah ... hhmmmm... macam-macam lah keluar dari mulut in termasuklah "mencarut" dan kawan-kawan pula suka mengusik !!! nah .. habis lah pahala puasa saya ! Apa pandangan Ustaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by cpt sinbad, on 07-10-2007 22:14, IP 60.52.98.184, Guest
44. ...
laki2 yg baik hny utk perempuan yg baik.. 
ya 4JJ1..berikanlah aku chy kebenaranmu..Amiin 
 
» Reply to this comment...

Posted by suzana, on 05-10-2007 18:57, IP 60.52.96.227, Guest
45. ...
Bagaimana untuk memastikan seseorang wanita itu benar-benar sudah suci dari haid? Saya ada mendengar pendapat yang mengatakan bahawa seseorang wanita itu hendaklah menunggu sehingga sesuatu yang berwarna “putih” keluar iaitu petunjuk bahawa wanita tersebut sudah suci. Apa pula pandangan ustaz? 
 
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Ahmad Ibrahim bin Adli, on 05-10-2007 18:57, IP 60.52.96.227, Guest
46. ...
Saya “orang baru” yang melayari website ini.  
 
Buat pertama kali, saya sudah tertarik dengan pengisian yang ada dalam ruangan ini.  
 
SYABAS & tahniah kepada Ust Zaharuddin. Sekarang memang sukar nak cari ruangan yang padat dengan bahan ilmiah seperti ini lagi2 ruangan kelolaan UZAR ini nampaknya sentiasa “up to date”.  
 
Syabas sekali lagi !!! Semoga website ini dapat membantu seseorang untuk mendalami ilmu-ilmu agama.  
 
Semoga perjuangan dan tunjuk ajar daripada ustaz dalam ruangan ini akan kekal sampai bila-bila,insyaAllah.. 
 
UZAR : AMEEN DAN TERIMA KASIH
 
» Reply to this comment...

Posted by anis, on 05-10-2007 18:56, IP 60.52.96.227, Guest
47. ...
Salam ‘alaik.. Ustaz,  
 
Sebagai seorang wanita, mengikut perkiraan ‘bulanan’ saya, sekarang ini adalah masa2 untuk ‘si dia’ datang.  
 
Soalan saya, adakah puasa saya batal apabila saya memasukkan hujung jari ke dalam kemaluan untuk memastikan saya sudah datang haid atau belum?  
 
Saya berbuat demikian untuk memastikan samada diri saya masih suci atau tidak terutama sebelum menunaikan solat.. Bagaimana dengan puasa saya?  
 
Sebenarnya saya khuatir perkara seperti itu termasuk dalam kategori yang membatalkan puasa iaitu “memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja”.  
 
Tujuan saya hanyalah untuk memastikan diri saya benar2 suci untuk terus berpuasa & berkeadaan bersih sebelum solat. Harap ustaz dapat memberikan pendapat kepada perkara ini..Syukran jazilan! ☺ 
 
UZAR : KENAPALAH NAK BUAT DEMIKIAN PULA, ISLAM TAK PERNAH SURUH KITA BUAT BENDA GITU UNTUK PASTIKAN DIRI BERSIH,,TUNGGU DIA KELAUR DENGAN SENDIRI SAJA. 
 
ADAPUN BATAL ATAU TIDAK, SILA BACA ARTIKEL TAJUK "BATALKAH PUASA ANDA JIKA..."
 
» Reply to this comment...

Posted by wak din, on 05-10-2007 18:50, IP 60.52.96.227, Guest
48. ...
[Bagus dan boleh menjadi tempat rujuk melalui alam maya . Cumanya kita kena spend masa kita untuk masuk dalam laman ini.[
 
» Reply to this comment...

Posted by Apeng, on 04-10-2007 17:20, IP 60.52.102.17, Guest
49. ...
Salahuddin, kalau nak jawapan cepat dr ustaz, sms je kat dia. InsyAllah dia akan jawab.
 
» Reply to this comment...

Posted by sallahuddin, on 03-10-2007 19:25, IP 60.52.103.3, Guest
50. ...
ana ada seorang nenek yang tidak mampu berpuasa dan tidak mungkin beliau dapat ganti balik sebabnya teramat uzur (sakit tua).  
 
bagaimana ana nak settle kekurangannya dengan membayar beras fidyah, berapa kadar beras fidyahnya, kepada siapa patut bagi? adakah orang yang sama boleh menerima @ adakah hari-hari kena bagi @ boleh kumpul dulu?  
 
sallahu_ddin@yahoo.com 
 
tlg sampai kat UZAR sebab susah sangat nak ..... @ ada sesipa boleh jawab p/s kalau nak jawab guna ilmu jangan ikut logik kepala hotak
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom