Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Soal Jawab Ibadah arrow Hari Raya : Yang Perlu & Jangan Buat
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 73 guests online
PDF Print
User Rating: / 54
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 16-09-2009 10:00
Views 27439    
Favoured 23

Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu &

Yang Jangan DiLakukan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 eid3.jpg

Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini.  Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.  

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.

"waste of time!!" katanya lagi.

Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.

Sebagaimana kata-kata hukama :-

الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ

Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.

Bergembiralah Orang Yang Membersihkan Hatinya di RamadhanSecara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)

Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.

TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI

Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.

Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.

Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya.

Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.

Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

 

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

 

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh. 

 

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

 

Selamat Hari Raya Idil Fitri

 

"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"

 

 

Sekian dahulu,

 

 

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

27 Ramadhan 1428 H

9 Oktober 2007
Ulang siar pada 25 Sept 08 ( 25 Ramadhan 1429 H)
183068696

 

Last update: 18-09-2009 06:07

Published in : Soal Jawab, Ibadah
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (66) RSS feed comment
Posted by 4g, on 20-11-2009 12:00, IP 203.82.92.162, Guest
1. korban
raya haji 
 
salam ustaz 
 
saya nak tanya skit 
saya ada berniat tuk buat korban pd thn ni...setompok ja dlm makna lain berkongsi dengan org lain 
anak lelaki saya dah buat akikah thn lepas setompok juga 
adakah setompok telah cukup untuk akikah anak lelaki saya 
 
dan bolehkah saya tukar niat korban itu kepada niat akikah untuk anak saya 
 
wassalam 
 
UZAR : boleh selagi belum disembelih dgn niat korban.
 
» Reply to this comment...

Posted by ayies, on 21-09-2009 10:11, IP 203.82.79.101, Guest
2. solat raya bagi wanita iddah
ustaz.. tolongla saya.. saya inginkan kepastian.. bolehkah seseorang wanita yg beriddah kematian suaminya (4 bulan 10 hari) pergi sembahyang raya?.. saya confius sbb ada orang kata tak boleh kuar rumah kecuali untuk keperluan syara' sahaja.. harap ustaz dapat membantu.. plz
 
» Reply to this comment...

Posted by Megat Ismail Akil, on 18-09-2009 16:03, IP 60.53.181.91, Guest
3. Eidulfitri....
Assalamualaikum w.b.t... 
 
 
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI, 
MINAL AIDIN WAL FAIZIN, 
BUAT USTAZ SEKELUARGA, 
MOGA RAHMAT ILLAHI MELIMPAHI 
BUAT KITA SEMUA, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
 
» Reply to this comment...

Posted by husna, on 17-09-2009 14:04, IP 120.141.22.128, Guest
4. terima kasih
jazakallahu khairan kathira
 
» Reply to this comment...

Posted by Zul, on 17-09-2009 12:04, IP 58.26.53.10, Guest
5. kitab yg baik
Salam uzar, minta pendapat uzar ttg kitab2 yg wajib atau baik utk dimiliki dan dibaca bersama keluarga..? ada cdgan rakan kitab spt al-azkar. 
 
UZAR : Riyadus Solihin oleh Imam Nawawi 
 
Mukasyaftul qulub oleh imam ghazzali ( dah ada terjemahan) 
 
Talbis Iblis oleh ibn jawzi 
 
 
dan banyak lagi. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Fauzan Bin Zahari, on 17-09-2009 10:13, IP 118.101.154.33, Guest
6. ramadan dan idilfitri
Assalamualaikum ustaz. Saya melihat satu fenomena yang pelik. Bulan ramadan tidak begitu meriah disambut tetapi bulan syawal berlainan. Seawal ramadan telah telah dibuat persiapan. Lihatlah iklan di tv dan media cetak, jualan sempena ramadan sehingga terlupa awlawiyyat untuk menunaikan ibadah di bulan yang sedang dihadapi.
 
» Reply to this comment...

Posted by Zairy, on 17-09-2009 06:51, IP 60.51.23.167, Guest
7. Typo
Salam UZAR 
 
Barangkali UZAR tersilap taip di bawah subtopik RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA, taqabballahu yang sepatutnya ditaip 'taqabbalallahu'. Mungkin yang kurang mahir membaca matan asal hadith tu akan lebih suka merujuk terjemahannya sahaja, maka berterusan dia dalam kesilapan. Moga teguran ni dapat memberikan amal jariah kepada kita semua 
 
UZAR : ok syukran..ya typo. 
 
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by umrah mahmud, on 16-09-2009 22:57, IP 60.53.221.56, Guest
8. Terlalu banyak hiburan
Salam ustaz, 
Terlalu banyak hiburan yang dihidangkan di hari raya, menyebabkan remaja lebih suka berada di depan tv daripada menziarahi sanak saudara, bagaimana cara mengatasi masalah ini/
 
» Reply to this comment...

Posted by syireen, on 16-09-2009 21:58, IP 203.82.92.108, Guest
9. mintak izin copy
Salam...ustaz, mintk izin copy utk letak dlm blog sy. Selamat Menyambut Aidilfitri pada semua... 
 
UZAR : SILA
 
» Reply to this comment...

Posted by ummi, on 16-09-2009 21:25, IP 60.50.5.170, Guest
10. Adab menyambut aidilfitri
salam aidilfitri kepada UZAR dan semua pengunjung web ustaz.. 
Article yang amat bermanfaat...saya panjangkan dakwah uzar kepada rakan2 dengan menyebarkan article ini.Syukran atas ilmu yang bermanfaat
 
» Reply to this comment...

Posted by saardy, on 16-09-2009 18:16, IP 60.52.100.74, Guest
11. GUNA
Assalamualaikum ustaz, 
 
Mohon izin menggunakan artikel ini di laman web saya allhalal.net. 
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by musafir, on 16-09-2009 15:46, IP 60.51.14.202, Guest
12. Selamat Hari Raya
Salam,  
UZAR selamat sampai@pulang ke Malaysia. Minta izin copy artikel utk kawan2. 
Selamat menyambut Hari Raya....
 
» Reply to this comment...

Posted by huffazdq, on 16-09-2009 14:43, IP 60.49.234.149, Guest
13. SALAM RAMADHAN DAN AIDILFITRI
salam UZAR...selamat kembali ke tanah air...SALAM RAMADHAN DAN HARI RAYA...KULLU 'AMIN WA ANTUM BIKHAIR...TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM...AMIN...teruskan perjuangan...saya sentiasa mendoakan UZAR...amin...dan saya harap saya dapat jadi mcm UZAR...syukran atas ilmu...ws...
 
» Reply to this comment...

Posted by nida, on 16-09-2009 13:22, IP 202.60.56.235, Guest
14. mohon copy article
Salam 
 
UZAR, Mohon copy artikle ni. Saya akan masukkan sumber dari blog UZAR.
 
» Reply to this comment...

Posted by ABU BIN ADAM, on 17-10-2008 21:51, IP 194.80.178.1, Guest
15. ...
PENDAPAT YANG MEMBENARKAN 
 
FATWA:ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA 
 
Soalan: “Ramai dari kalangan orang Islam menitik berat tentang ziarah kubur selepas menunaikan sembahyang hari raya, adakah disyariatkan ziarah seperti ini?” 
 
Jawapan Syeikh Athiyyah Saqr (Mantan Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar) Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunnat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat. 
 
Di sebut di dalam hadis Nabi S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A dia berkata:“Nabi S.A.W menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda: 
 
Maksudnya:“Aku meminta izin dari Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian”. 
 
Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi S.A.W Maksudnya: 
 
“Adalah aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat”. 
 
Ziarah kubur tidak mempunyai waktu yang tertentu. Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa pahalanya lebih besar pada hari-hari yang tertentu seperti hari Khamis dan Jumaat, kerana kuatnya hubungan di antara roh-roh dengan si mati. Pendapat ini tidak mempunyai dalil yang kuat.Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat dari Allah S.W.T untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki.Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid pertama, ms:588 dari kita fatwa ini. 
 
[Di dalam perbincangan tersebut, pendapat yang dipilih oleh sheikh ialah hukumnya makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram –ringkasan dari fatwa tersebut oleh penterjemah]  
Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, maka ia ditegah. 
 
Ini kerana takziah selepas dari mayat dikebumikan lebih dari tiga hari adalah dilarang, samada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidah ditimbulkan perasaan sedih padanya.[Ahsanul Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, Sheikh ‘Athiyyah Saqr, Jilid: 6, MS: 646-647] 
 
(http://www.darulbayan.com) 
 
APA KOMEN USTAZ?? 
 
» Reply to this comment...

Posted by Ungku Atlia, on 10-10-2008 21:04, IP 194.80.178.1, Guest
16. ...
Assalamualaikum,  
Ustaz, apakah hukumnya wanita atau perempuan kerap menziarahi kubur. Contoh kubur ayahnya atau suaminya. Saya terbaca di dalam sebuah buku yang menyatakan "Allah melaknat perempuan yang selalu menziarahi kubur". Harap ustaz dapat menjelaskannya. Terima Kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by rich_LEADER, on 04-10-2008 04:42, IP 84.67.207.205, Guest
17. ...
AS'KUM USTAZ selamt hari raya aidilfitri, TAQABBALLAH MINNA WAMINKA :grin :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by iftah qalbi, on 02-10-2008 00:28, IP 84.71.80.120, Guest
18. ...
taqabbalallahu minna wa minkum.. insyaallah... 
ya ramadhan,permergianmu ku tangisi..
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 30-09-2008 03:12, IP 84.71.80.120, Guest
19. ...
salam.. 
ustaz,adakah pelajar yg ada duit biasiswa yg duduk kat oversea wajib membyr zakat fitrah..? 
jazakillah ustaz 
 
UZAR : Jika dah kerja dan kahwin, wajiblah membayar zakat fitrah, jika masih bujang dan bawah tanggungan ibu bapa, ibu bapa byang wajib keluarkan di Malaysia
 
» Reply to this comment...

Posted by hana, on 29-09-2008 16:38, IP 84.71.80.120, Guest
20. ...
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)  
 
soalan sye,adakah kte kne b'diri sepanjang m'bc yasin di kubur?adakah kte tdk dibenarkan lgsg tuk duduk di laluan atr kubur2 tersebut? 
 
UZAR : Sebab kubur bukan tempat baca Yasin..boleh baca yasin di rumah, di kubur ziarah sekejap dan berdoa ringkas..sudah cukup
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 28-09-2008 17:09, IP 84.71.80.120, Guest
21. ...
SALAM. Salam Eid al-mubarak buat ustaz dan keluarga di perantauan. Mohon izin copy artikel untuk kegunaan sendiri. 
sg petani, kedah DA.
 
» Reply to this comment...

Posted by padimalinja, on 26-09-2008 19:48, IP 84.71.80.120, Guest
22. ...
Salam UZAR, TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM. 
Nak bertanya pada UZAR, tentang cara melaungkan kalimah takbir samada dengan nada sedih @ bersemangat.Yang mana satu lebih baik?
 
» Reply to this comment...

Posted by muslimah, on 26-09-2008 19:47, IP 84.71.80.120, Guest
23. ...
salam uzar. saya hampir setiap hari membac artikel uzar. dari pemahaman saya, banyak perkara yang perlu saya ubah dalam kehidupan saya. bila berbincang dengan suami tapi tak dapat sokongan. saya ingin melakukannya tanpa pengetahuan suami. bimbang juga kalau dia tahu lagi panjang kutbahnya. apa pandangan ustaz. Di bulan ramadhan kita boleh bertahajud setiap malam. tapi dibulan lain banyak betul dugaannya. kenapa ya ustaz?
 
» Reply to this comment...

Posted by megat ismail akil, on 26-09-2008 19:45, IP 84.71.80.120, Guest
24. ...
Assalamualaikum Uzar serta semua hamba Allah! 
 
terima kasih uzar kerana sekali lagi memberi peringatan dan panduan di hari lebaran nanti, kadangkala kita terlupa tentang beberapa perkara yang dilakukan. 
 
tetapi sukar juga kita hendak menepis godaan hiburan yang secara sengaja dihidang kepada kita sempena idulfitri melalui tv. 
 
uzar!minta izin copy artikel.... 
 
ya Allah rahmatilah umat Islam walau dimana mereka berada... ameen... 
 
wasslam 
ya Allah rahmati
 
» Reply to this comment...

Posted by Amin007, on 26-09-2008 19:44, IP 84.71.80.120, Guest
25. ...
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; 
 
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu". 
 
 
adapun dengan ini saya nak ucapkan salam idulfitri, maaf zahir dan batin 
 
atau dengan ayat lain selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin 
 
boleh ker UZAR ucapan macam tu :grin  
 
UZAR : MASIH BOLEH..
 
» Reply to this comment...

Posted by Jihad, on 26-09-2008 19:43, IP 84.71.80.120, Guest
26. ...
Assalamualaikum 
 
ustaz minta penjelasan berkenaan hadis yg mengatakan lebih kurang begini maksudnya: 
 
brg siapa yg menghidupkan(dgn bertasbih dan bertahmid serta bertahajjud) 2 mlm hari raya (eid fitri dan eid adha) maka hatinya tidak akan dimatikan ketika mana hati2 lain dimatikan 
 
apakah betul ada hadis seperti ini? 
 
dan juga minta penjelasan berkenaan sembahyang sunat tasbih.adakah digalakkan pada mlm2 raya? 
 
harap ustaz jawab.kalau ada ana nak beramal.TQ
 
» Reply to this comment...

Posted by makminah, on 26-09-2008 19:42, IP 84.71.80.120, Guest
27. ...
bulan syawal ni bulan hiburan bg rakyat malaysia. dah berkurun mcm tu. bilalah nak berubah ni. fed up betoi.
 
» Reply to this comment...

Posted by kembo, on 26-09-2008 19:42, IP 84.71.80.120, Guest
28. ...
salan ya ustaz... minta izin diambil beberapa bahagian didalam ini utk tazkirah dlm majlis di tempat saya.... selamat menyambut hari raya diperantauan.. minna 'aidil wal faizin. :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by nesloais, on 26-09-2008 19:41, IP 84.71.80.120, Guest
29. ...
saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Ustaz sekeluarga di perantauan.. moga2 di sana ada berjumpa lemang, rendang dan ketupat.. hehe..  
 
www.nesloais.com
 
» Reply to this comment...

Posted by nemoAD, on 26-09-2008 06:45, IP 84.71.80.120, Guest
30. ...
Assalamualaikum,UZAR 
Terima kasih atas 'ulang siar' perkara2 yg patut dan tidak patut semasa sambutan 'Idilfitri.Suatu peringatan yang sangat perlu di ulang2.. 
Maaf, nak bertanya yg menyimpang dr tajuk sikit...'apa hukumnya membeli barangan rampasan kastam yg pastinya berharga jauh lagi murah dari harga asal? Yg pastinya, saya tak tahu kemana duit itu diguna/labur/kumpul(masuk kantung kjaan atau indv?) saya dah cuba cari info dlm web UZAR, tapi tidak ketemu..boleh perjelas atau berikan rujukan utk saya menelitinya.. jazakallah : :?
 
» Reply to this comment...

Posted by yusofembong, on 26-09-2008 06:45, IP 84.71.80.120, Guest
31. ...
Salam. Dah lama tak jenguk blog UZAR. Ana mohon izin untuk mengambil sebahagian ini untuk dipanjangkan dlm blog ana. www.yusofembong.blogspot.com ANA BARU BELAJAR BUAT BLOG.
 
» Reply to this comment...

Posted by farah, on 26-09-2008 06:44, IP 84.71.80.120, Guest
32. ...
ustaz sy sedih dgn pemergian ramadhan..insya-Allah sy akan berubah menjadi umat islam yg solehah..semoga bertemu di ramadhan akan datang..insya-Allah
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Safuan, on 26-09-2008 06:43, IP 84.71.80.120, Guest
33. ...
Terima kasih ustaz atas penerangan yang sgt bagus. 
Ustaz, saya ingin bertanya, saya cukup malu untuk menegur saudara-mara aptah lagi mereka yang lebih tua daripada saya. Jadi, saya meminta dan berharap ustaz dapat menulis 1 artikel untuk menghindari sikap malu untuk menegur, dan cara2 menegur sesiapa sahaja secara berhikmah dan mengikut tertib. 
Wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by laxmana, on 19-09-2008 23:44, IP 81.79.146.30, Guest
34. ...
Salam Ramadhan Ustaz, saya minta izin utk sebarkan article in pada kenalan saya. 
 
Terima kasih yang tak terhingga atas ilmu yang ustaz berikan. 
 
» Reply to this comment...

Posted by icnisato88, on 17-12-2007 18:17, IP 60.52.103.229, Guest
35. ...
selamat ari raye aidiladha...kepade ustaz...teruskan perjuangan murni ustaz...lillahi ta'ala.... :)
 
» Reply to this comment...

Posted by MK, on 22-11-2007 10:52, IP 60.52.103.148, Guest
36. ...
Adakah yang dilarang duduk di atas kubur itu di antara dua nisan sahaja ataupun mana² kawasan kubur secara umum?
 
» Reply to this comment...

Posted by ira, on 07-11-2007 18:11, IP 60.52.98.235, Guest
37. ...
Tahun bulan syawal semua stesen tv byk paparkan nyayian drpd laungan takbir... aper nak jadi.. bangsa melayu beragama islam bkejar2 nak jadi artis... artis pula dijadikan sbg model dlm ape saje isu .... byk rancangan ttg kehidupan pangil artis sbg panel.. maner pergi ustz , dan ulama yg ade 
ape benar artis lg berilmu atau pun artis yg lebih diagung kan drpd org alim ulama..
 
» Reply to this comment...

Posted by karim, on 06-11-2007 18:15, IP 60.52.97.83, Guest
38. ...
Assalammualaikum ustaz.  
 
maafkan sy jika saya brtanya. saya mempunyai seorang rakan yang menyatakan bahawa kita meraikan hari raya pada bulan syawal dan berhari raya pada 1 haribulan syawal. bolehkah uztaz memberikan pejelasan yang lebih jelas mengenai kenyataan itu supaya tidak berlaku salah faham diantara kami.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by masidah, on 29-10-2007 15:27, IP 211.25.51.1, Guest
39. ...
Suara takbir memuji keagungan Illahi di pagi raya tenggelam dengan suara nyanyian artis-artis yang begitu melalaikan jiwa.Mengapa hal ini berlaku.. 
 
Media massa lebih banyak memutarkan lagu-lagu raya daripada takbir raya terutama pada hari raya pertama.
 
» Reply to this comment...

Posted by syamsul, on 23-10-2007 20:12, IP 60.52.96.122, Guest
40. ...
ust... ana junior ust masa UM dulu. 
ana amik artikel ni ya, nak wat penerbitan dalam kolej ana la... 
tq :D
 
» Reply to this comment...

Posted by ummuali, on 22-10-2007 13:59, IP 211.25.51.1, Guest
41. ...
saya hampir mahu samakan ustaz dengan sami yusuf kerana ustaz adalah pejuang islam era kontemporari.moga ustaz sentiasa di jalan yang benar.aminn... :)  
 
KOMEN UZAR  
 
AMEEN..MOGA ADA KEBAIKANNYA.
 
» Reply to this comment...

Posted by kenny, on 17-10-2007 22:41, IP 60.52.103.41, Guest
42. ...
ust nak tnya... 
 
1) Amalan ke kubur di pagi raya adakah suatu yg bid ah atau perkara sunat. 
 
2) Jika perkra sunat apa amalan yg perlu dibuat..? 
 
3) Seeloknya selepas solat atau sebelum solat di pagi raya.. 
 
Ini kerana saya menerima satu kejutan dimana saya beraya disatu kg dimana budaya nyer berbeza dgn cara kg saya. mereka bergegas bangun mandi pagi selepas tu kelam kabut sebuk pergi menziarahi kubur, tanpa menjamah satu makanan pun.. bila ditnya kenpa mcm tu.. kat sini kena ziarah kubur dulu, pastu baru gi solat raya, balik solat baru mkn.. :?  
 
Tak mampu nak buat apa, terpaksa guna pepatah "bila masuk kandang kambing mengembek", bila masuk kandang lembu menguak.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Parlindungan Bin Amran, on 15-10-2007 15:11, IP 60.52.96.124, Guest
43. ...
ASS WW 
 
Selamat hari raya idil fitri Mohon maaf zahir &batin 
 
kep, UZAR Dan muslimin &muslimat ,terutama yahoo group 
terimakasih UZAR Dengan ilmu2 yang diberikan malalui web UZAR , 
 
 
 
 
 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by AL JOHOLI 74, on 12-10-2007 13:56, IP 60.52.97.190, Guest
44. ...
kULLU AM WA ANTUM BI KHAIR :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by AL MALIKI AL JOHOLI 74, on 12-10-2007 13:55, IP 60.52.97.190, Guest
45. ...
SEMOGA GEMBIRANYA KITA DI BULAN SYAWAL KERANA BERSYUKUR KEPADA ILAHI KRN BERJAYA MENGHARUNGI UJIAN DAN DAPAT BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN DENGAN JAYANYA . :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by Ainiamin, on 12-10-2007 12:21, IP 60.52.99.98, Guest
46. ...
Salam Aid Fiitri...Tagaballahu minna wa minkum.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Izzah, on 12-10-2007 12:15, IP 60.52.99.98, Guest
47. ...
Taqabballahu minna wa minkum solehal a'mal
 
» Reply to this comment...

Posted by yusof embong, on 12-10-2007 06:13, IP 60.52.96.56, Guest
48. ...
assalamu'alaikum. 
 
Selamat hari raya, moga amal kita semua diterima oleh ALLAH.  
 
Terima kasih pada UZAR atas artikel yang baik. tk :)
 
» Reply to this comment...

Posted by mie_ipoh, on 11-10-2007 10:14, IP 60.52.96.168, Guest
49. ...
MERDEKAKAN JIWA DAN HATI ANDA DI 1 SYAWAL...., 
 
Apabila ketibaan 1 syawal..., semua org bergembira di hari tu..., namun, erti sebuah kegembiraan yang lahir ialah kegembiraan seorang hamba terhadap penciptanya benar memberi erti sebuah kehidupan yang teramat bernilai bagi seseorang yang telah jelas dan nampak akan keEsaan bagi Allah SWT. 
 
Didalam perjalanan hidup ini, tiada erti sebuah kemerdekaan yang palsu apabila kemerdekaan diri dan jiwa hamba tidak diletakkan sebenar2nya kepada pencipta manusia itu iaitulah Allah SWT. 
 
Maka, di atas kesempatan ini..., saya ingin mengajak diri saya dan anda pembaca yang budiman agar sentiasa menjadikan 1 syawal ini memberi erti dan makna didalam menyambutnya dengan sentiasa ingat dan bersyukur kepada Allah SWT kerana didalam keadaan aman dan selesa kita sedang mengecap nikmat yang terbesar sebagai mukmin dan muslim yang telah kembali kepada fitrah kita sebenarnya. 
 
Kerana sebulan kita menyucikan fitrah kita dan Allah SWT ingin melihat kegembiraan terus berada dengan menyambut perayaan berjuang hambaNya utk membersihkan jiwa mereka kepada jiwa yang merdeka disisi Allah SWT. 
 
Tingkatkan amal dan ketaqwaan yang masih berbaki didalam ramadhan ini dengan mudah2an amal2 kita diredhoi oleh Allah SWT. 
 
Wallahu'alam...,
 
» Reply to this comment...

Posted by alif, on 11-10-2007 10:09, IP 60.52.96.168, Guest
50. ...
Assalamualaikum ustaz, dikesmpatan ni sy ucapkn slmt hari raye aidilfitri dan maaf zahir batin...  
 
Banyak ilmu yg sy dpt dari laman web ni, trma kaseh bnyk2 ustaz minta halalkn ilmu yg sy perolehi disini. 
wassalam.... :)
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom