Utama arrow Politik & Dakwah arrow Lelaki dan wanita arrow Syahwat & Gejala Onani : Mampu Menghancur Umat Islam
PDF Print
User Rating: / 115
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 22-10-2007 23:05
Views 61856    
Favoured 38

Syahwat & Gejala Onani Bakal

Menghancur Umat Islam

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Saya sebenarnya tidak begitu berkenan untuk menulis berkenaan isu ini. Kerana itu saya hanya memberikan jawapan oleh Syeikh Dr Yusoff Al-Qaradawi di web ini. Rujuk di sini 

Bagaimanapun, terlalu banyak persoalan berkenaan onani ini. Kotak email dan ruangan komentar di web saya ini juga tidak terlepas dari pertanyaan seumpama ini. Ada sebahagiannya terpaksa saya dan admin 'delete' kerana bahasa dan bentuk soalannya yang kurang sesuai.

Antara soalan-soalannya :-

1)      " ...ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu saya telah melakukan onani di siang hari bulan ramadhan."

2)      "Assalammualaikum... Saya sudah berumur 24 tahun, saya sering beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara keji ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi. 

3)      "Saya tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan nafsu saya dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada siang hari di bulan ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya serta hukumannya."

4)      "Saya juga ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal dah perbuatan saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap kali saya beronani."

5)      "Salam..ustaz adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air mazi dan mani?adakah kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat jelaskan.terima kasih"

6)      "Salam, saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..kadang kala apabila teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan kadang kala sehingga melakukan onani..apakah hukumnya?"

gelora nafsu memamah umat Islam kini
 

Sebeban Alasan

Dalam masa yang sama, adakalanya terlalu banyak pula alasan dan sebab yang diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau mana-mana individu yang ditanya akan mengatakan harus baginya.

"Seolah-olah ingin menjadikan kita sebagai jambatannya 'ke neraka', then kat akhirat dok tuding jari kepada kita" kata seorang rakan saya yang juga seorang penceramah aktif di Lembah Klang.

Selain hukum khas bagi perbuatan tidak sihat ini. Lebih dari itu, kebanjiran soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi semakin bimbang dengan keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.

Virus Bermula

Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan wanita sedang menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap perkara nafsu syahwat yang haram.

Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang agama' dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan lain-lain.

Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.

ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها

Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t  akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)

Juga disebut dalam sebuah athar :

النظر سهم مسموم من سهام إبليس

Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)

Malah ia juga bakal merosakkan hati :-

كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله

Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)

Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.

Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.

Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas.

Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-

لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ 

Ertinya : Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius. Saya cuba memperkemaskan huraian berkenaan onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi terhadap masalah Onani yang telah saya siarkan di web ini.

Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -

1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.

Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Ertinya :  "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)

Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-

  • a) Malumin : Ertinya : "tercela"
  • b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"

2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.

Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti akan terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.

Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.

3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja mendorong kepada terdesak itu.

Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.

4) Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan

Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-

1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga

Beliau menyebut :-

Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.

Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk

Beliau menyebut :-

Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.

Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.

3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki

Beliau berkata :

Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.

Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.

Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul.

Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.

Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.

Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!

Rujukan

Penutup

Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan adalah mendidik hati dan diri agar mampu mengawal nafsu berikut :-

  • 1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita dari melayani ajakan pergaduhan semasa berpuasa.
  • 2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita di tegah makan dan minum di siang hari.
  • 3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan untuk bangun sahur.
  • 4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan untuk elakkan ‘bersama' isteri di siang hari Ramadhan.

Amat diharapkan Ramadhan yang baru berlalu dapat menghasilkan kemampuan kekangan segala nafsu melampau dalam hal yang disebut di atas.

 

Teringat saya kepada khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Prof. Dr Sano Qutoub Mustafa ( Prof Syariah di UIAM ) pada 19 Oktober yang lalu. Beliau mengatakan

"jika keadaan iman dan amalan anda selepas Ramadhan adalah sama atau lebih teruk dari sebelumnya, ia adalah tanda anda tidak mendapat keampunan Allah pada bulan Ramadhan yang lalu" 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

11 Syawwal 1428 H

23 Oktober 2007

Last update: 24-10-2007 12:40

Published in : Soal Jawab, Lelaki dan wanita
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (87) RSS feed comment
Posted by ayie, on 17-02-2010 09:41, IP 60.54.49.100, Guest
1. keliru..??
ustaz..  
ape beza air mani, air mazi dan air wadi..??  
yang maner satu kne mandi wajib ustaz..??
 
» Reply to this comment...

Posted by far lina, on 09-02-2010 15:04, IP 60.48.209.229, Guest
2. ketagihan onani
ustat saya masih budak sekolah menengah....saya melakukan onani sejak darjah 4 sekarang saya sudah 15 tahun.bagaimana nak berhentikan onani.saya tahu onani itu adalah dosa besar.dan ada kesan buruk...saya sudah dapat kesan buruk..saya cepat keletihan..saya rasa malas...dan ngantuk...bagaimana mana untuk berhentinya?jika saya puasa..lepas berbuka saya boleh buat onani..jika saya sembayang saya pun akan buat gak...susah la nak berhenti...sebab saya sudah ketagihan..bagaimana saya mahu berhenti lebih berkesan?????ustat tolong saya?ada ke ubat penahan nafsu?saya mahu bertaubat..selepas saya buat onani saya rasa menyesal..tapi saya ketagihan.bagaimana mahu berhenti? :upset
 
» Reply to this comment...

Posted by IT, on 10-01-2010 18:56, IP 115.132.116.73, Guest
3. HUKUM
Salam ustaz, 
Saya seorang ibu tunggal. Saya ingin bertanya 2 soalan: 
1. Saya dan bekas suami sering bertengkar kerana pelbagai masalah rumahtangga (termasuk masalah seksual suami). Apabila bertengkar, suami pernah tidak memberikan nafkah batin (ada kalanya sampai 2 bulan). Apabila nafsu seks memuncak sehingga saya menjadi tidak keruan, saya pernah melakukan onani. Apakah hukum perbuatan saya itu ? 
2. kini saya telahpun bercerai. Untuk mengelak daripada berzina, sememangnya kita digalakkan berkahwin. Tetapi saya adalah perempuan. Tak kan saya hendak mengajak lelaki yang saya suka menikahi saya, atau dgn lain perkataan, perigi mencari timba ? Selain itu, saya juga terasa serik untuk berumahtangga lagi setelah kegagalan kali yang pertama. Tambahan pula, sangat susah untuk mencari lelaki yang baik di zaman ini. Ramai yang hanya ingin mengambil kesempatan. Wlu bagaimanapun, sebagai manusia biasa, saya juga bernafsu. Ada ketikanya, saya melakukan onani setelah usaha untuk solat atau puasa tidak berkesan. Apakah hukumnya ?
 
» Reply to this comment...

Posted by ana, on 02-01-2010 13:40, IP 203.82.66.198, Guest
4. Cara merawat masalah ini
Assalamualaikum, 
tolong saya berikan panduan atau rujukan bagaimana nak saya bantu suami saya menangani masalah onani ni...saya berasa sedih sgt tp saya yakin nak bantu dia demi kebahagian keluarga kami. :? 
 
 
UZAR : isteri dibenarkan meng onanikan suaminya, ia tergolong dalam istimta' ( berseronok) yang dibenarkan..itulah cara merawatnya yang terpantas.
 
» Reply to this comment...

Posted by muslim, on 27-12-2009 08:42, IP 60.48.68.243, Guest
5. nazar
ustaz, tgk pade soklan no 4) dlm artikel ni pasal bernazar untuk puase kalau melakukan sesuatu perkara yg haram... sah ke nazar itu? 
 
bukankah nazar itu untuk sesuatu yg baik seperti lulus periksa, dapat cahaya mata dsb.. mekasih ye ustaz..
 
» Reply to this comment...

Posted by daniel, on 06-12-2009 18:41, IP 203.82.91.103, Guest
6. Oral SEX Bersama Isteri?
assalamualaikum 
 
apakah hukumnya melakukan oral sex bersama isteri , sedangkan boleh bersama tanpa alasan. 
 
UZAR : telah diulas, sila buat carian di web ini
 
» Reply to this comment...

Posted by nina, on 04-12-2009 13:33, IP 203.82.91.103, Guest
7. Harap gejala nie dapat dirawat .
Salam... 
saudara- saudariku yang dirahmati Allah, 
Semoga ALLAH ampunkan Segala Dosa-Dosa kt.Amin  
 
Mari bersama-sama kt yang mempunyai kesedaran tentang gejala yang tidak sihat nie dapat dibenteras dan dikurangkan gejala onani yang kian meruncing dan semakin parah meyelubungi umat islam akhir nie dan pada pandangan saya isu dan masalah ni perlu diketengahkan dan di bincang secara lebih terbuka memandangkan masih ramai lagi saudara -saudari kita yang masih keliru dan samar-samar.InsyALLAH .AMIN.
 
» Reply to this comment...

Posted by Hilmi, on 26-08-2009 16:03, IP 118.101.28.40, Guest
8. cara utk mengelak
Assalamualaikum.. ustaz sy selama ini telah melakukan perkara yg terkutuk iatu beronani sy ingin mencari jalan agar dapat mengelakkan diri sy drpd melakukan perbuatan itu.. 
 
sy cuma dapat mengelakkan diri drpd melakukan perkara itu di sekolah berasrama penuh tp smasa beradah di rumah sy selalu tewas dengan nafsu sy oleh itu sy minta nasihat atau pun petua dr ustaz agar sy dpt mengelakkan diri drpd melakukan perbuatan terkutuk itu...tolonglah ustaz... 
 
UZAR : sila baca artikel saya bertjauk' ketagih nafsu gelap..; di bahagian artikel bahasa malasyai
 
» Reply to this comment...

Posted by hati, on 23-08-2009 12:42, IP 203.82.91.101, Guest
9. bantu syer...
salam ustz..mlu syer nk cte kan..tp syer pn terjbak ngan bnd ni..mgkin permulaan sjak sye kcik..dok uma jirn,n ank die kerp "lkukan"..mse kcik syer xtau pape,mgkin kesn dri 2 sye lakukn..adkah msih dara lg wnita yg beronani??syer xpnah msuk kan ape..maaf klu bhse syer terlalu over,tp syer runsg bler pk kan..smpai kan syer xbley tgk aksi yg teransg..bntu syer ustz.. :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by man, on 20-08-2009 14:50, IP 60.51.106.11, Guest
10. Suka Onani Guna Seluar Dalam Perempuan
Suka Onani guna seluar dalam perempuan  
Tabiat saya adalah saya tidak boleh melihat seluar dalam perempuan yg bersidai tu, nafsu saya akan bergelora jadi saya akan mengambilnya dan melancap selepas tu saya buang atau saya simpan dan saya gunakan utk melancap pada masa lain. Sekarang saya telah insaf dan menyesal.  
 
Masalahnya bagaimana hukumnya saya mengambil seluar dalam perempuan tu dan seluar dalam yg masih ada di dalam simpanan saya tu nak buat macam mana nak pulangkan atau nak dibuang. Yang telah dibuang tu macam mana pula adakah saya perlu beli untuk menggantikannya. 
 
 
UZAR : Saya tak tahu nak jawab bagaimana, kerana kes ini sangat pelik.. 
 
Bertaubatlah kepda Allah swt dan banyakkan bersedeqah
 
» Reply to this comment...

Posted by remaja 16, on 15-08-2009 18:19, IP 115.132.9.92, Guest
11. adakah keluar air mazi sahaja dianggap?
assalamualaikum.. 
ustaz..adakah hanya keluar air mazi tetapi tidak keluar air mani pun dianggap onani? tolong saya ustaz.. 
 
UZAR : semi-onani. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Ushiro Hidari, on 04-08-2009 22:32, IP 60.52.95.193, Guest
12. ingatlah
assalamualaikum warahmatullah.. 
 
...yang saya nak sampaikan adalah ....beringatlah dan kejarlah Lima perkara itu sebelum datang lima perkara tersebut...saya harap anda faham kata kata saya ini..dan ingatlah bahawa perkara yang memuaskan nafsu pada tempat yang salah adalah perkara yang sia sia, Allah telah manyatakan perkara sedemikian dalam surah Al-Asr..jadi gejala onani ini juga merupakan perkara sia sia dan rugi...dan beringat setiap apa yang padamu itu, setiap rambut mu, setiap jari, setiap pergerakan mu,setiap lidah mu,dan juga nyawa mu hanyalah semata mata kerana Allah S.W.T..Wallahualam...
 
» Reply to this comment...

Posted by pengantin_baru, on 31-07-2009 12:59, IP 60.48.191.27, Guest
13. hukum 'phone sex' dan onani suami isteri
UZAR minta penjelasan, saya baru berkahwin selama setahun. Oleh kerana tugasan kerja, isteri selalu keluar kawasan (outstation) kadang2 sampai 2 mggu, kena pulak sblm dia outstation bendera merah, maka 3 mggu kami tidak bersama.  
 
Oleh kerana tidak tahan rindu, kami mengadakn 'phone sex' dan masing2 onani dengan rangsangan sepertimana kami berhubungan intim. Macamana ustaz keadaan ini adakah diharuskan atau apakah hukum sebenarnya. Kami berkahwin untuk mendapat redha Allah...Tolong ya ustaz... 
 
UZAR : ANTARA SUAMI ISTERI adalah harus
 
» Reply to this comment...

Posted by Pening, on 08-07-2009 16:06, IP 124.13.241.21, Guest
14. Pening Mengatasi Syahwat
Assalamu'alaikum.. MOhon bantuan dari ustaz, bagaimana saya dan bakal suami saya hendak mengawal nafsu syahwat kami yang entah dari mana puncanya.. jumpa, hanya berteman keluarga. mesej hanya mengenai hal penting tentang perkahwinan... mohon tolongin ustaz.. pening.. terima kasih.. 
 
UZAR : berkahwinlah segera.
 
» Reply to this comment...

Posted by siti, on 05-07-2009 23:31, IP 115.134.178.123, Guest
15. nak tahu
assalamualaikum.. 
ustaz saya ada sau soalan jika kita melakukan onani disebabkan pernah dcabul semasa kecil dan onani itu berlanjutan sehingga saya besar bagaimanakah cara yang terbaik untuk saya menhentikan tabiat ini ustaz.... 
 
saya cuba berhenti tetapi tidak berjaya malahan makin menjadi2...bagaimanakan cara yang terbaik untuk saya mengubati penyakit sayA ini(onani).. 
tolong ya ustaz
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by man jb88, on 18-03-2009 16:13, IP 41.235.192.79, Guest
16. masalah saya
salam..ustaz,saya nk tanye..mslh saya ni pn kdag2 sllu juga onani..dan sekarang salah satu buah zakar saya mengecil selepas saya mengalami sakit angin pasang..adkah buah zakar saya yang sebelah lagi tu masih berfungsi???
 
» Reply to this comment...

Posted by Siti Latifah Yunus, on 20-02-2009 13:00, IP 58.26.99.7, Guest
17. Terangsang hanya melalui sms
salam. 
saya ada soalan nak tanya kat ustaz. jika seorang perempuan hnya bermeseg dengan seorang lelaki sehingga lelaki tersebut terngsang dan akhirnya lelaki tersebut melakukan onani,adakah siperempun tu berdosa? 
 
UZAR : ye berdosa
 
» Reply to this comment...

Posted by saiful, on 16-01-2009 18:09, IP 219.95.36.61, Guest
18. onani dan Gay
Assalamualaikum ustaz 
 
Saya tidak tahu sampai bila untuk saya menanggung masalah yg begini besar dalam hidup saya. Ceritanya begini, sejak saya kecil iaitu dalam darjah tiga, my cousin (male) telah mengambil kesempatan ke atas saya utk memuaskan nafsunya. Ketika saya memasuki tingkatan 1 dan duduk diasrama, kejadian yg sama berulang kembali. Senior2 saya dan juga kawan telah mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu masing2. Ianya sering berulang beberapa kali sehingga akhirnya membuatkan saya ketagih. Mungkin kerana rupa paras saya yg agak handsome, ramai lelaki yg berahi terhadap saya walaupun saya juga seorang lelaki. Sehingga di Universiti,kejadian yg sama terus berulang. Akhirnya menjadikan saya spt tdk normal lagi kerana sekarang saya telah mula menyukai lelaki dan juga wanita (Biseksual). Sekarang saya sudah berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Apa yg berlaku keatas diri saya sekarang ialah saya semakin ketagih dan utk memuaskan nafsu saya itu, saya kerap beronani dan menonton VCD lucah. Walaupun saya boleh mencari partner utk memuaskan nafsu seks saya, tetapi dgn sisa2 ilmu agama yg ada jauh disudut hati menyebabkan saya tdk sampai ke tahap berhubungan dgn individu lain. Saya cuma beronani sahaja. Berbeza dgn zaman belajar dahulu, saya tdk perlu cari tetapi org akn datang utk menjalinkan hubungan seks dgn saya. Saya ada keinginan utk berubah tambahan telah lama tdk melakukan hubungan seks dgn org lain (lelaki,cuma beronani shj sekarang). Ustaz, tlglah berikan sy sedikit tips utk saya berubah dan kembali kepada Allah serta kehidupan yg normal. Sekarang sudah terlalu ramai individu yg menjadi GAY dan saya tdk lagi mahu terlibat dlm perkara spt itu. Tlg saya ustaz.... :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by ana muslimah, on 20-11-2008 01:50, IP 202.185.32.193, Guest
19. ...
:) artikel yang sangat memabantu..syukran...
 
» Reply to this comment...

Posted by IamBoy, on 13-11-2008 19:18, IP 194.80.178.1, Guest
20. ...
Ustaz... 
 
Sebelum ini saya pernah melakukan onani... 
Tetapi sekarang saya tidak melakukannye lagi kerana saya baru mengetahui bahwa onani itu haram... 
Adakah perbuatan yg saya lakukan sebelum ini berdosa? 
Apa yg harus saya lakukan? 
 
UZAR : YE, BERDOSA..BERHENTI , TAUBAT DAN BANYAKKAN PAHALA 
 
» Reply to this comment...

Posted by Melayu UAE, on 17-10-2008 21:37, IP 194.80.178.1, Guest
21. ...
Assalamualaikum yaa Ustaz, 
 
In Taubah, how do you differentiate between Decision, Devine Intervention and Divine Guidance. 
 
My problem is that I have stopped doing a certain deed, alhamdullilah. However here lies the query. Is it my decision or Allah's intervension/guidance.  
 
I have been in this situation time and again in the past, but why is it that it happened now? 
 
I know it is a bad habit then, it is the same emotions as I felt now. I have made the same decision then as I have made now. But I stopped NOW! Alhamdullilah! Some say it wasn't time yet then as what I have learnt then was not enough. But I disagree. It is the same. Let me hear your views on this. 
Sekian. Wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Malikul Qasr, on 10-10-2008 17:19, IP 194.80.178.1, Guest
22. ...
salam... Ustaz thanx atas forum nie... sy pun pernah melakukan perbuatan terkutuk ini dan hampir2 menjadi kebiasaan... lgpun hati sentiasa rasa cam bersalah lpas buat...lpas tahu onani haram, sy trus cuba tuk brenti..InsyaAllah... 
doakan sy smoga berjaya...amieen :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Adam, on 06-09-2008 22:38, IP 81.79.146.30, Guest
23. ...
Assalamualaikum, Ustaz, 
Terima kasih atas penjelasan ustaz. Saya terus mencari website ustaz selepas saya melakukan perbuatan terkutuk lagi dikutuk ini. Sememangnya saya tidak mempunyai nafsu terhadap wanita, saya beronani dgn mengimaginasikan seks dengan lelaki.. Sememangnya keadaan moral umat Islam sangat teruk, termasuklah saya. Boleh tak ustaz jelaskan ubat bagi menangani masalah lelaki seperti saya yg suka kepada kepada kaum sejenis walaupun saya tau ia diharamkan mana2 agama.Harap ustaz boleh membuat penjelasan dalam forum seterusnya dengan tajuk Gejala Homoseksual. Saya sngat ingin tahu apakah ubatnya.
 
» Reply to this comment...

Posted by dinul, on 25-06-2008 18:15, IP 60.52.99.18, Guest
24. ...
:cry tolong saya. saya mohon ustadz saya masih duduk di bangku sekolahan tapi saya sangat sering melakukan onani tolong saya, saya mohon ustadz bimbing saya agar saya dapat menghentikan kebiasaan buruk saya selama ini saya sangat berharap ada yang dapat bimbing saya agar saya dapat berhenti. akan tetapi saya malu untuk mengatakan ini kepada orang lain. saya mohon kepada ustadz agar bisa bimbing saya mungkin melalui email saya di (deleted by admin) saya sangat membutuhkan bimbingan untuk saya berhenti. perbuatan ini sangat menyiksa hati saya yang selalu merasakan penyesalan. mudah mudahan allah mengampuni dosa saya serta dosa sahabat sahabat yang terjerat oleh perbuatan yang sangat sulit untuk ditinggalkan amiiin
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 14-06-2008 19:19, IP 60.52.102.239, Guest
25. ...
asslamualaikum.. 
ustaz sye dari tingkatn 1 lg telah melakukan onani... 
skrg sye berumur 19 tahun... 
tpi msa tuh sye tak tahu pun benda tuh adalah onani.. 
dan sye xde blajar pun nak melakukannya.. 
dia terjadi dgn sndirinye..setalah saya tingkatan 3 or 4..baru sye sedar ape itu onani..ustaz tolongla camner cara sye nak berhenti melakukannya..?bila sye melakukannye sye rase teruk..untk pengetahuan ustaz sye slalu solat kepada allah..di masjid lg tuh..sye takut solat sye tak diterima..tolong sye ustaz..lgpun first time masa sye malakukannye sye belum cukup matang untk berfikir..tolong sye ustaz.. :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by bingung, on 09-05-2008 11:43, IP 211.25.51.200, Guest
26. ...
ustaz..sya sering je melakukn onani..saya takut sangat ngan azab allah..tp pada mase yg same saya nak sangat nafsu seks saya dpenuhi..saya takut nti saya berzina..saya senang nak terangsang..bile je onani saya rase cam puas..best giler..tapi skang saya da insaf..tolong la saya..
 
» Reply to this comment...

Posted by abdullah, on 21-04-2008 18:36, IP 60.52.100.140, Guest
27. ...
Ass, af1 sblmny. Alhdlh ana udh gak lagi. Tp kini dampak negatifnya udh jelas tampak ustd. Turs gmn dong spy ana bisa seperti dulu sebelum ngelakiun itu, tlg dibals. Jaz
 
» Reply to this comment...

Posted by InDilemma, on 17-04-2008 09:57, IP 60.52.96.124, Guest
28. ...
Ustaz, saya nak tanya jika dah bersuami and suami minta saya melakukan oral sex(minta saya tolong onani dia menggunakan mulut) bersamanya? Haruskah saya? saya takut berdosa Ustaz.  
 
Tolong beritahu saya ustaz. Saya xnak nanti jadi isteri derhaka pula x layan suami saya...saya betul2 xtaw nak buat apa..saya dah habis alasan setiap kali dia minta saya buat ustaz..tolonglah saya.. maafkan saya jika bunyinya agak kasar.. 
 
uzar : oral sex telah dijawab hukumnya di web ini, sila cari di ruangan soal jawab pilihan
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Fikri Online, on 09-04-2008 18:25, IP 60.52.102.173, Guest
29. ...
Saya dari Indonesia,,, 
Terimakasih banyak atas artikelnya 
 
Fikri Online
 
» Reply to this comment...

Posted by noux, on 09-04-2008 06:41, IP 60.52.98.53, Guest
30. ...
salam ustaz,sy sebnrnye ingin bertanye kpd ustaz adakah amalan kite umat islam akan diterima allah, sekiranye berterusan melakukan dosa sbg cnthnye amalan beronani ini sedangkan setipa kali kite melakukannye,berasa menyesal tetapi disebabkan oleh kelemahan iman,masih melakukannye. adakah perbuatan ini dikira sebagai mempermainkan agama allah?
 
» Reply to this comment...

Posted by bahruddin, on 01-04-2008 13:16, IP 211.25.51.14, Guest
31. ...
ass...ustad tolong kasih tau bagaimana supaya saya yang sering onani dapat seprti yang dulu,badan saya sangat sering lemas,tolong kasih tau saya bagaimana cara agar saya bisa seperti dulu,terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by cry, on 18-03-2008 23:56, IP 60.52.96.221, Guest
32. ...
salam ustaz..mcm mna hkum pd llki yg lkukn onani pd siang hri dlm bln ramadhan??sme mcm org bezina ke..musykil r ustaz..rmi tnye cmni...pohon sgt ustaz bri jwbn plg best...
 
» Reply to this comment...

Posted by yang menzalimi diri, on 17-03-2008 18:25, IP 60.52.103.125, Guest
33. ...
salam ,ustaz ,terima kasih atas penjelasan ustaz sebelum ini.saya bukan pertama kali membaca tentang hukum onani ,tetapi semuanya sebulum in tidak menjel;askan kenapa dan mengapa kita perlu tidak beronani.seperti ape yang saya alami sebelum ini .saya sendiri kekadang begitu tersiksa dengn nafsu yang berada dalam diri saya.setiap kali teragsang ,saya bagai tidak karuan ,macam cancing yang terbakar .saya cuba untuk menghentikan perbuatan ini .tetapi selau saya kalah ,mungkin untuk jangka masa waktu yang singkat saya berjaya,teapi selapas itu benda ini akan berulang kembali .saya sekarang menetap dekat dengan chow kit ,bayangkanlah bagaimana dugaan nya u untuk saya tahan ,walaubagaiman pun saya tetap mnegimpikan kehidupan yang bahagia bersama isteri untuk masa akan ,tak mahu melihat isteri tercinta menderita keran perbuataan saya ssendiri.insyaallah saya akan cuba antuk menghentikan perbuatan ini.nullnullnull :) :) :)
 
» Reply to this comment...

Posted by electron, on 05-03-2008 10:35, IP 60.52.102.238, Guest
34. ...
terima kasih..kerana menyediakn web nie uztaz... :)
 
» Reply to this comment...

Posted by rifa'i, on 14-02-2008 07:01, IP 60.52.100.6, Guest
35. ...
tolong kasih saran agar tak melakukan onani
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 30-01-2008 19:18, IP 60.52.98.204, Guest
36. ...
syukur bertambah jelas apa yang selama ini yang masih samar-samar..trimas banyak-banyak
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmed, on 26-01-2008 23:52, IP 60.52.102.204, Guest
37. ...
syukron atas laman webnya ana juga terbantu tuk menghilangkan tabiat buruk ini tapi klo lihat gambar bugil nafsu langsung membuncah dan pikiran kacau,,,harap di balas 
 
» Reply to this comment...

Posted by ey, on 09-01-2008 11:55, IP 60.52.101.244, Guest
38. ...
zaman sekarang ramai remaja yg berpakaian ketat n seksi..alangkah baiknya klu remaja berpakaian tutp aurat.. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Risau, on 27-12-2007 14:51, IP 60.52.98.223, Guest
39. ...
Ustaz., dr amatn sy kbnykan yng bronani ni jdikan duit sbgai point utma xdpt bkhwin tmsklah pljr2 yg tdk bkerja lg dan mslh prmpuan seksi. Maskhwin dah murah yg jd mahal mslh hntran srba-satu ditmbh dgn blenje kduri pihk llaki. Bgimana jk ditubuhkan satu dana untuk mreka yg ingin berkhwin & klau bleh dpercpatkan prkhwinan untk bndung gjala onani, sosial & zina. Seandainya dgn wjudnya dana ni xhilngkan jg mslah diatas nyatalah msyrkat kita brmslah dlm mngawl pintu-pintu maksiat.
 
» Reply to this comment...

Posted by master onani, on 27-12-2007 10:48, IP 211.25.51.1, Guest
40. ...
pa ustad kalu onani pke timun haram k gak ??????????????????// 
 
ADMIN ; TIMUN UNTUK MAKAN BUKAN UNTUK ONANI. BAIK GUNA POKOK CENGAL SEBESAR PELUK DARI GUNA TIMUN.
 
» Reply to this comment...

Posted by zbb, on 24-12-2007 11:53, IP 211.25.130.42, Guest
41. ...
assalammualaikum..alhamdulilla h sbb lepas baca artikel ni sy dah tau camne nak stop wat keje dose ni.Dr dulu sy nak try stop tp tetap tak boleh . takut sgt kalau amalan sy tak diterima . Kpd yg bagi cara nak atasi masalah ni dan ustaz jgk terima kasih . sy berazam akan berubah dan hrp2 allah akan kuatkan iman saya :)
 
» Reply to this comment...

Posted by yang berusaha untuk menghentik, on 24-12-2007 10:21, IP 60.52.101.106, Guest
42. ...
sy da nak masuk 20tn dan sy start wat onani masa unur 12 thn . lepas baca artikel ni sy berazam nak stop sbb sy tak tinggal solat dan risau kalau amalan sy takl diterima
 
» Reply to this comment...

Posted by helang timur, on 10-12-2007 14:00, IP 211.25.51.1, Guest
43. ...
adakah onani tu hanya dengan tangan ustaz ..macan macam mana kalau seseorang itu menggunakan anggota lain untuk memuaskn nafsunya..???? 
 
KOMEN UZAR : SEMUA JENIS DAN ALAT, KECUALI JIKA ISTERI YG LAKUKAN UNTUK SUAMINYA, IA MENJADI HARUS
 
» Reply to this comment...

Posted by rury irawan, on 07-12-2007 19:11, IP 60.52.97.151, Guest
44. ...
assalamualaikum. akh saya sangat berterima kasih atas ilmu yang diberikan, saya dari indonesia, boleh nanti kalo ada waktu tolong berkunjung ke blogger saya. dan tolong di komentari. alamatnya 
 
RURYIRAWANIDEA.BLOGGER.COM 
 
» Reply to this comment...

Posted by SAPI, on 03-12-2007 18:53, IP 60.52.103.221, Guest
45. ...
As`kum.. saya amat berbangga kesanggupan ustaz mewujudkan laman web ini. :) saya harap ustaz dapat mencari banyak lagi sumber2 bagaimana untk mengatasi masalah b`onani..  
 
Ustaz mampu untk m`cipta serta m`bantu golongan yg sedang dlm kelemahn iman.  
 
Byk tamadun yg mundur kerana nafsu. Bg sy, utk m`bina tamadun yg berkualiti bermula kpd k`iman yg tinggi.  
 
Hrp ustaz dapt teruskan PEJUANGAN dlm m`bantu gegala serius ini. Banyakkan artikel,lebihkan usaha tingkatkan iman serta ahli syurga kerana kita semua adalah PEJUANG ISLAM.  
 
UNTUK UMUM 
 
Sabda Rasulullah s.a.w.: 
"Allah melaknati orang yang menikahi tangannya." 
 
Sabdanya lagi.: 
"Allah telah membinasakan umat yang suka memain-memainkan kemaluannya". 
 
Sabdanya lagi,: 
"Mata melihat, sedang nafsu berahi bergelogak, lalu kemaluan membenarkan(mengiyakan) atau mendustakannya(menidakkannya) ." 
 
Fiman Allah s.w.t.: 
Oleh itu, maka(tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai kemudahan. 
(Al-Insyiraah 94:5) 
 
Amalan mengelakkan onani: 
 
1.Baca YA`Qawiyu(Maha memiliki kekuatan,Ya`Matinu(Maha sempurna kekuatan-Nya) 
 
2. Bila terasa nafsu naik maka buat benda lain yg anda lakukan selalu seperti tidur,kluar jaln sambil istifar atau main permainan walaupun ia tidak b`faedah. 
 
3. Bila terasa nafsu mula naik maka ambil air solat dan minum air kosong berselawat arah kiblat. 
 
Inyallah...................... ............................ :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by mohamad taufik, on 02-12-2007 13:45, IP 60.52.98.27, Guest
46. ...
fiktaufik@yahoo.comsy setuju dan puas hati dengan huraian anda.
 
» Reply to this comment...

Posted by ALBAQIR, on 02-12-2007 13:45, IP 60.52.98.27, Guest
47. ...
BAGAIMANA KOMEN/SARAN HASIL R&D ILMUAN DARI PERSPEKTIF DISIPLIN ILMU2 ISLAM LAIN? 
 
Kenapa jawaban Al-Fadhil SS Ustaz Zaharuddin harus dicatat, “Saya sebenarnya TIDAK BEGITU BERKENAN untuk menulis berkenaan isu ini,”  
 
Sedangkan pertanyaan ini adalah mewakili sama sang lelaki pria, sang suami dan jutaan perjaka dunia (yang rata2 onani bukan hobi atau saja2) ? 
 
Bagaimana dengan pandangan bahawa hukum onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat ialah HARUS & TIDAK BERDOSA.  
 
Bahkan kaedah Fiqhiyah juga menyebut : “Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang” (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan). 
 
Bagaimana pendapat yang DIPEGANG & DICADANGKAN riwayat Imam Ibnu Taimiyyah & Ibn Qayyim serta dari Ibn Aqil & pandangan/anjuran ini diperkuatkan oleh Imam Ahmad dengan riwayat bahawa para sahabat terdahulu BERONANI DALAM PERANG KETIKA MUSAFIR sebagai keharusan melakukan onani apabila terdesak dan perlu (lihat Al-bada’I wal fawa’id m/s 870 Jilid 2). 
 
Saya lagi puyeng dalam mengambil jalan tengah, sederhana memikirkan pertembungan hujjah ini. Mohon pencerahan, penjelasan darihal kekusutan saya. 
 
Wassalam, 
 
albaqir, atas tol, kuala terengganu, malaysia 
zaidi1511@yahoo.com 
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 02-12-2007 11:36, IP 60.52.98.27, Guest
48. ...
:)askum wr wb  
 
alhamdullilah dgn segala puji bg allah swt. 
Pa ustad, Ane blh kenalkan nama. subhan dr indonesia. Salam tuk smua ahkhi n ukhthi. Smoga allah memberi rahmat, salam dn berkah. 
Dgn adanya kolom tanya jawab d dunia maya. Berda'wah lewat stus, umat islam bkn hny d indo-malay saja yg ber inter_aktif silaturahmi dgn sesama smua muslim dseluruh jagd raya insyaallah berjalan dgn kemajuan zaman sekarang. 
Syukron jazakumullah...
 
» Reply to this comment...

Posted by Pangeran Arms, on 02-12-2007 10:55, IP 60.52.98.27, Guest
49. ...
Saya pernah juga melakukan hal demikian, sampai saat ini sulit juga untuk menghentikannya. bagaimana yah caranya.  
 
Jika anda merasakan apa yang saya rasakan, tentu anda akan berpikir juga seperti apa yang saya rasakan saat ini.  
 
Sampai kapankah harus aku hentikan perbuatan ini please :x
 
» Reply to this comment...

Posted by fatamorgana, on 27-11-2007 18:30, IP 60.52.102.228, Guest
50. ...
askum ustaz..rencana yg baik.teruskan,semog Allah memberkati usaha ini dan menistiqomahkannya..
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom