Utama arrow Lelaki & Wanita arrow Gadis Hampir Terlanjur Minta Nasihat
PDF Print
User Rating: / 47
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 30-10-2007 12:46
Views 33032    
Favoured 28

Gadis Hampir Terlanjur Minta Nasihat

tawbat dan Doa
 

Assalamualaikum ustaz.... 
 
Ustaz saya seorang yang belum berkahwin.tetapi saya telah melakukan dosa yang besar, iaitu melakukan perkara yang menghampiri zina (tidak sampai memasukkan alat kemaluan), tapi ia tetap zinakan?

Saya tau ianya berdosa tetapi saya terlalu lemah untuk mengawal nafsu saya, setiap kali selepas melakukannya saya insaf dan melakukan solat taubat kerana saya takut akan hukuman Allah swt terhadap insan-insan seperti saya yang melakukan perkara yang dimurkai olehNYA.

Pada bulan Ramadhan baru-baru ini, pada siang hari kami telah melakukan perkara terkutuk itu lagi, Walaupun tau ianya berdosa tapi kami tak mampu untuk mengawalnya. 
 
Justeru, saya nak tau adakah saya perlu mengganti pose same seperti lelaki iaitu 60 hari dan bagaimana dengan teman lelaki saye itu, dia memang wajib kaffarah kan ustaz?  
 
Di sini juga,saya nk mohon sangat agar ustaz dapat memberikan tip atau surah-surah untuk mengelakkan godaan syaitan? 
 
Sesungguhnya saya amat takut akan hukuman Allah swt terhadap insan seperti saya ini. Untuk pengtahuan ustaz, teman lelaki memamg ade ajak nikah bagi kami mengelakkan melakukan perkara itu lagi tapi family saya mcm tak merestuinye kerana tak setaraf. Saya lulusan universiti tapi teman lelaki hanya biase jer, saya benar-benar perlu pandangan ustaz... 
 
Saya sentiase keliru, risau dan takut akan dosa-dosa yang telah saya lakukan. Walaupun saya boleh dikatakan jarang meninggalkan solat tapi saya masih lemah untuk mengawal nafsu. Saya takut sangat staz, tolonglah saya nie. Saya betul-betul takut sangat bile memikirkannya........asslamualaikum

-gadis keliru, takut-  ( melalui ruangan komentar)

JAWAPAN UZAR

Pertamanya saya memohon maaf kerana saya bukanlah seorang kaunselor yang mahir memberikan penyelesaian dalam kes-kes sebegini.

Walaupun demikian saya akan cuba mengulasnya serba ringkas dri persepktif Islam. Sebelum itu, terdapat beberapa jenis soalan dalam tulisan saudari. Jawapannya seperti berikut :-

1) Berkenaan dengan perbutaan ‘permulaan zina' tetapi tidak sampai berzina yang saudari lakukan bersama teman lelaki di siang hari Ramadhan.

Hukum : Kedua-dua tidak dikenakan kaffarah kerana tiada persetubuhan berlaku. Tatkala itu, puasa kedua-dua anda adalah batal jika air mani terkeluar. Selain itu, pahala puasa pada hari tersebut juga tiada berdasarkan hadis Nabi s.a.w .

Jika tidak sampai mengeluarkan air mani, tetapi hanya air mazi sahaja, puasa tidak batal. Pahala puasa tetap tiada kerana ia berdasarkan hadis di atas juga.

2) Saudari mengatakan : "Saya sentiase keliru, risau dan takut akan dosa-dosa yang telah saya lakukan. Walaupun saya boleh dikatakan jarang meninggalkan solat tapi saya masih lemah untuk mengawal nafsu. Saya takut sangat ustaz, tolonglah saya nie"

Respond : Saya ucapkan syabas kerana saudari masih mempunyai iman dan punyai ilmu tentang haramnya tindakan itu, kerana itulah timbul perasaan takut, kesal dan takut. Sekiranya perasaan itu makin menghilang, ia tanda iman juga semakin meluntur dengan sangat teruknya.

Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Antara tip dan tindakan pemulihan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :-

1) Bertawbat dengan sungguh-sungguh.

2) Tidak berjumpa teman lelaki atau ber'dating' berdua-duaan dengannya. Jika jumpa sekalipun, perlu diajak abang bersama. Jika tiada abang, hanya berjumpa di rumah saudari dengan kehadiran ibu bapa. Jika tidak mampu juga, maaf..anda tiada pilihan lain kecuali mesti mencari jalan untuk mampu melakukannya.

Jika tidak, saudari pasti akan berzina satu hari nanti. Selepas itu, segala pintu iman akan semakin tertutup rapat buat saudari, peluang menjadi celaka dan melahirkan zuriat yang celaka juga semakin membesar. Awas!

Dari kisah saudari membuktikan tahap bahayanya sudah sangat hampir kea rah kehancuran zina. Ini kerana saudari telah mampu melakukan permulaan zina tatkala berpuasa. Ini menunjukkan virusnya semakin dahsyat dan mampu membunuh iman.

Syahwat seksual dan zina adalah sama seperti dadah dan kegilaan harta material, ia boleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya. Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-

لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ 

Ertinya : Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius serta amat sukar dirawati.

3) Mencari rakan wanita yang solehah di sekitar saudari. Ini adalah satu tindakan yang baik, kerana dalam keadaan demikian, saudari memerlukan kaunseling berterusan dan kerap. Ia tidak akan diperolehi jika saudari berkawan dengan rakan yang seperti tingkah laku saudari sekarang.

Ia adalah saranan Nabi s.a.w :-

‏إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن ‏ ‏يحذيك ‏ ‏وإما أن ‏ ‏تبتاع ‏ ‏منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد ريحا خبيثة

Ertinya : Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan penipu api di dapur arang; adapaun rakan seperti pembawa wangian, ia (mmembawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Adapun rakan seperti peniup api dapur , samda ia akan membkar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )

Hasilnya, wajiblah mencari rakan yang baik. Termasuk mencari teman lelaki yang baik.

4) Berkenaan ayat dan surah tertentu. Dalam Islam, sekadar mengalakan ayat tertentu tanpa menghayati ertinya, tidak banyak membawa kesan dan perubahan ke arah yang lebih baik. Baca dan fahamilah ayat berkenaan dosa zina banyak-banyak, moga ia dapat menghindarkan diri darinya.

ayatnya :-

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ 

Ertinya : "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" ( Surah An-Nur : 2) 

5) Memperbaiki solat, saudari mengatakan saudari solat tetapi masih gagal mengawal nafsu, Ini bererti solat saudari perlu diperbaiki kerana solat merupakan antibodi terkuat dalam Islam untuk mengawal nafsu.

 

Berkenaan kesukaran keluarga saudari merestui teman lelaki anda, ia mungkin hanya sekadar sangkaan awal saudari sahaja. Yang penting usahakan majlis merisik secara serius dengan segera. Kesungguhan teman lelaki saudari mungkin boleh mengubah pendirian keluarga yang sukar menerimanya.

Jika gagal, mintalah bantuan sesiapa yang dihormati oleh keluarga saudari untuk berbincang dengan keluarga agar mereka tidak lagi mementingkan kelulusan dan darjat sebegitu. 

Sebagai akhirnya, ada baiknya jika saudari membaca tulisan saya yang lain sebagai kesedaran , iaitu artikel bertajuk "'Ringan-ringan' : Bakal Menghasilkan Rumahtangga dan Zuriat Zina". Buka artikel di sini.

Saya persilakan rakan-rakan pembaca yang lain utnuk member nasihat berguna kepada penanya di ruangan komentar. Moga bermanfaat.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

30 Oktober 2007

18 Syawwal 1428 H

Last update: 04-11-2007 20:54

Published in : Soal Jawab, Lelaki dan wanita
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (86) RSS feed comment
Posted by syifaa, on 21-12-2009 00:15, IP 60.49.106.29, Guest
1. lelaki n wanita..:P
slm.. 
ustaz!! 
sy seorg pljr berumo 16 thn.. 
sy nk tnye ape hukum nye sorg lelaki(bkn muhrim) & wanita bermain sms??? 
 
n  
sy nk tnye ap hukum nye klu kite ltk gambar di myspace,friendster,& etc?? 
walaupom gmbr 2 mnutup aurat??
 
» Reply to this comment...

Posted by kak limah, on 04-08-2009 05:41, IP 115.134.212.207, Guest
2. JANGAN MUDAH SERAH DIRI
Hairan kenapa perempuan senang je nak serah tubuh pd lelaki yg belum dinikahinya.. 
Berfikir panjang lah... kalau maruah dan dara dah hilang, tak akan dpt dicari ganti. 
 
Saya ada baca satu kajian di akhbar, hampir 85% lelaki yg merosakkan perempuan yg disayanginya akhirnya akan meninggalkan perempuan itu.... mrk tak sanggup bertanggungjawab dan tak berani ada ikatan... 
 
wahai perempuan,,.. berfikirlah berjuta kali sebelum menyesal kemudian hari... 
satu lg, jgn lah sesekali keluar dgn lelaki...ambil langkah pencegahan...
 
» Reply to this comment...

Posted by buntu..., on 04-07-2009 13:28, IP 60.49.42.67, Guest
3. minta pandangan dan nasihat
salam ustaz, sy nak mintak pandangan dan nasihat ustaz.. 
sy telah melakukan perbuatan terkutuk(zina)dgn teman lelaki sy...sy takut dgn balasan yang akan saya terima... ibubapa sy dah pun ketahui ttg perkara ni...mrk nasihatkan sy ptskan hubungan ngan teman lelaki..tp sy xmampu...sy dah bjanji utk hidup bersama dgnnya.. dan kami pun dah merancang untuk bkahwin dalam masa terdekat.. tp kuarga saya xrestu malah menyumpah hidup saya xkan aman..sy buntu ustaz..sy telah buat perbuatan paling terkutuk dan saya insaf, solat sunat taubat dan bykkan amalan.. dan teman lelaki juga hendak btanggungjawab keatas sy dan perbuatan yg kami dah lakukan..tp kuarga sy tetap menghalang oleh sebab teman lelaki seorang perokok dan trader forex.. malah kuarga nak sy bkahwin dgn org lain..sy xsggp nak menipu org dgn keadaan diri sy mcm ni..ibubapa sy juga ada cakap klu sy didapati hamil sekali pun mrk nak sy gugurkan...ustaz,sy xmampu n xsggp nak melakukan ni...sy dah melakukan dosa besar(zina) n kemudian nak disuruh membunuh pulak...sy xsggp ustaz...tlglah sy ustaz...beri pandangan dan nasihat...sy memerlukannya...
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by shafiza, on 04-07-2009 00:04, IP 120.141.81.221, Guest
4. sudah bertaubat
Assalamualaikum ustaz... 
sy pnh lakukan perkara zina...masalah skrg sy ada berkenalan dgn seorg lelaki...dia s'org yg baik...byk membimbing sy...dan dia telah melamar sy...cuma skrg dia tdk tahu perbuatan sy dahulu... 
 
ustaz, adakah patut sy ceritakan pada dia...sy tkut dia akan tinggalkan sy... 
 
UZAR : jika dah taubat sebenar2 taubat.. tidak perlu beritahu dia.
 
» Reply to this comment...

Posted by Abdullah, on 03-06-2009 15:23, IP 118.100.96.36, Guest
5. Assalamualaikum Ustaz
Saya ingin bertanya apakah hukum seseorang yang telah bertaubat nasuha dari melakukan dosa besar seperti zina terlanjur melakukannya sekali lagi? Kawan saya ada mengatakan yang hukumnya murtad...Betulkah Ustaz? 
 
 
UZAR : tidak murtad, tetapi mestilah ia bertaubat kembali dan disertai dengan amal soleh berganda2.
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba lemah, on 02-05-2009 13:57, IP 78.13.143.45, Guest
6. kisah yang hampir2 sama.
assalamualaikum.. 
terlalu berat diri ini nak menghadapi semua ini,saya juga mengalami kisah yang sama,saya dan bf saya telah terlanjut banyak kali,saya tak pernah inginkan perkara ini berlaku tapi kerana sygkn dia n dia selalu memaksa saya n memarahi sy,kdg2 sampai kami bergaduh disebabkan hal ini.tapi die tak pernah puas nak melakukannya lagi,jika ada peluang keluar dgnnye,die akan cube mengambil kesempatan,tapi saya yg lemah n sygkn die,slalu merelaknnye,slepas itu sy akn nasihatinye n die hnye mndiamkn diri,sy juga byk kali nasihatinye jgn tingglkn sy.tp malangnya,selepas yg mlnjutkn pljrn di luar negara,kami brjauhn,tp hati n kasih sy ttp pd dia,namun hati dia brubah,die memilih org lain.n sy prcaya die memilih org lain kerana sy bkn pmpuan suci dh,sy x tau,sedih,sy tau lelaki yg baik hnya utk pempuan yg baik,tp sy dpt tau pmpuan yg die pilih nmpk baik,sy slalu mndoakn supaya jodoh sy dgnnye juga.sbb sy xbleh terima lelaki lain kerana diri sy ini,biarla sy dgn dia,tp hatinye sudah pd org lain.adakah patut doa sy ini,supaya jodoh sy tetap dgn dia?..sy btul2 runsing,x dpt nk focus study di sini,sjk die tgglkn sy.
 
» Reply to this comment...

Posted by s.azhar, on 30-12-2008 13:10, IP 219.93.84.106, Guest
7. Di terimakah taubat kami?
Assalamualaikum ustaz, 
 
Cerita saya hampir sama, tetapi sedikit berbeza dengan saudari di atas. 
 
Saya mohon sangat ustaz dapat perjelaskan kecelaruan hati saya. Saya baru berkahwin dengan isteri 1 bulan yang lepas.  
 
Namun sedikit kesal kerana di zaman remaja kami, kami pernah hampir-hampir terlanjur. Masing-masing kami pernah menyentuh bahagian sulit sesama kami dan beronani, tetapi tidak sampai melakukan hubungan seks. 
 
Saya dan isteri sudah melakukan solat sunat taubat sebaik selesai perkahwinan kami. Kami benar-benar menyesal. Namun kadangkala hati saya digamit ragu, adakah taubat kami diterima? Ya Allah, akan lahir generasi zinakah hasil dari kesilapan kami ini yang dulu? 
 
Harap sangat ustaz dapat memberi penjelasan.
 
» Reply to this comment...

Posted by muslimah, on 18-09-2008 00:11, IP 194.80.178.1, Guest
8. ...
Assalamualaikum, ustaz, saya berkenalan dengan seorang lelaki, saya mengharapkan dia adalah lelaki yang baik untuk saya, saya telah dituduh berzina oleh hamba Allah yang saya pun tidak tahu siapa, saya malas menuduh, kadang-kadang rasa bagai terkena sihir, itupun saya tidak mahu menuduh sesiapa, memang saya ada menolak beberapa lelaki yang saya pun dah tak berapa ingat orangnya, apa patut saya buat ustaz, lelaki ini menuduh saya sebagai perempuan yang telah rosak, dan dia tidak mahu berkahwin dengan perempuan rosak, patut kah saya melupakannya dan mencari jodoh yang lain memandangkan dia tidak mempercayai saya, memang saya tidak berzina,patutkah saya lupakan lelaki ini yang menuduh saya dan saya cari jodoh yang lain, tq 
 
UZAR : YE YANG TERBAIK ADALAH LUPAKANNYA KRN JIKA SEBELUM KAHWIN DIA SUDAH TIADA KEPERCAYAAN DENGAN MARUAH BAKAL ISTERI..SELEPAS KAHWIN SUDAH TETU LEBIH DAHSYAT. 
 
CARILAH YANG LAIN..YANG LEBIH BAIK INSYALLAH
 
» Reply to this comment...

Posted by Insan berdosa, on 06-09-2008 06:54, IP 81.79.146.30, Guest
9. ...
Komen untuk "lelaki insaf". 
Maaf kalau ada kata2 yang menyinggung. Anda seorang yang pentingkan diri sendiri. Alhamdulillah anda ingin bertaubat. Tapi, membiarkan perempuan yang anda telah "cemari" bagi saya satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Dengan harapan anda dan dia masing2 akan bertemu dengan pasangan yang lebih baik @ sesuai, mengapa tidak anda memilihnya dan sama2 bertaubat atas dosa yang dilakukan? 
Saya pernah berada di tempat ex-saudara. Bukan kisah sedih putus cinta yang ingin saya paparkan. Tapi kisah hilangnya rasa tanggungjawab seorang lelaki yang meninggalkan seorang perempuan yang telah dicemarinya untuk berkahwin dengan wanita yang lebih baik atau dengan lebih jelas dinyatakan di sini, seorang pendakwah. Hinanya rasa diri yang ditinggalkan :cry Tapi betul kata UZAIR. Dengan dosa inilah kadang2 menjadi asbab untuk kita lebih dekat dengan Allah. Mungkin selama ini kita rasa amalan kita cukup untuk membawa kita ke syurga. Tapi, banyak lagi amalan2 yang belum dilakukan. Sekadar pandangan... :roll
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 03-09-2008 17:13, IP 90.240.186.250, Guest
10. ...
Asalamualaikum, 
 
ustaz.saya masih bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi,sepanjang perkenalan saya dengan tunang saya yang menjangkau 3 tahun sekarang ni..mcm2 dah kami "lakukan bersama".Hal ni kerana dia dan famili byk membantu sy sewaktu sy susah utk mencari kerja..dan kalo nk dikirakan beribu2 hinggit dia bantu sy.tp duit tu sy dh bayar balik sikit2, 
Sy rasa brsalah kerana dah "melakukan" bersamanya,sekarang diminda sy cuma memikirkan dia ada perempuan lain.Mungkin ini balasan tuhan pada sy sebab semua perkara zina tu.skrg keinsafan dlm diri sy semakin menebal,dn cuma sy x tau bagaimana nk mengajaknya supaya insaf dn x berhubung mesra dgn pompuan lain.sbb kami akn bkawin x lama lg... 
 
UZAR : MEMANG BALASAN TUHAN..UNTUK INSAFKAN SEORANG LAKI YANG SUDAH BERZINA..AMAT SUKAR. YANG PENTING SEKARANG INSAFKAN DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU..DAN JAUHKAN DIRI DARINYA.
 
» Reply to this comment...

Posted by Sa, on 31-08-2008 04:56, IP 90.240.186.250, Guest
11. ...
Salaam Ustaz, 
Saya ingin bertanya kepada ustaz..Saya mempunyai kekasih(lelaki),dan kisah silam kekasih saya bersama dengan ex sampai ke tahap zina.. Apa yang saya pelik,saya tidak terkejut dengan kenyataan yang diberi oleh kekasih saya..Sebab kekasih saya kate dia sudah bertaubat..Lagi pun mase mule2 saya kenal dulu dia dulu saya dapat rasakan yang dia pernah berzina..  
Ustaz, adakah wajar bagi saya memlilih dia sebagai seorang suami setelah mengetahui dier pernah berzina??Walaupun saya hanya mengenali kekasih saya selepas dier putus ngan ex dier,tapi saya dapat rasa keinsafan didalam dirinye,sepanjang perkenalan saya dan die (hampir setahun) dia sangat menghormati saya sebagai seorang gadis..Saya yakin dia telah insaf dan berubah..Tetapi saya sebagai manusia biasa, kadang2 berasa takot..Takot akan azab yang akan menimpa dengan kami jika kami mendirikan rumah tangga..Saya risaukan anak2 saya yang bakal dilahirkan..Ustaz aper yang saya perlu buat??
 
» Reply to this comment...

Posted by mukminah, on 29-08-2008 17:07, IP 90.240.186.250, Guest
12. mukminah
hijau_seni, ni..... 
 
cerita betul...ke .. 
 
fitnah....... 
 
fitnah lebih dahsyat dari membunuh tau... 
 
ustaz, mungkin tu dia kata bukan saya kot...tapi saya selalu jadi mangsa fitnah sebab belum berkahwin, ada lelaki-lelaki yang saya tidak mahu berkawan dengannya telah memburuk-burukkan saya...saya sedih...dan selalu berdoa Allah beri jodoh yang baik, nasib baik saya tak pilih mereka jadi suami, mana taknya ...baru tolak sket...dah kutuk-kutuk orang..saya tak de pulak memburukkan diorang walaupun diorang nakkan saya, saya tak pernah cerite..
 
» Reply to this comment...

Posted by -lelaki insaf-, on 09-08-2008 23:20, IP 194.80.178.1, Guest
13. ...
assalamualaikum ustaz.. 
kisah hidup percintaan sy hampir sama juga cuma bbrapa bahagian shj yg xsma dengan -gadis keliru, takut- 
 
sy pernah bercinta dgn seorg gadis smasa di kolej dulu. kami pernah tidur bersama dan tidak terlanjur sehingga memasukkan kemaluan. kami mengulanginya banyak kali. saat itu kami saling mencintai dan rs bahagia tetapi sejak akhir2 ini, sy rs takut memikirkn hal itu kembali..sy benar2 menyesal di atas perbuatan itu. sehinggalah sy berpisah dengan dia..dan sy telah pn bertaubat dan berjanji tidak mengulanginya lagi..masalahnya, dia amat berharap dan menantikn sy..sy hanya terima dia cukup shj sbg kwn. sy juga pesan agar cr org lain yg lebih seswai dr sy....ustaz, sy percaya hubungan kami tiada keberkatanNya. dan niat sy adalah untuk kembali ke jalanNya dan berharap gadis itu tidak menantikn sy dan dia boleh menerima org lain yg lebih baik dr sy..ustaz, apakah jalan terbaik untuk sy hadapi semua ini? tolonglah sy ustaz agar kami saling berbahagia dgn pasangan yg baru dan lebih seswai....
 
» Reply to this comment...

Posted by khadijah, on 20-07-2008 23:14, IP 194.80.178.1, Guest
14. ...
assalamualaikum...ustaz dan kawan2.. 
sy ingin menanyakan pd ustaz..bagaimanakah sy hendak khusyuk pd solat?tiap kali sy solat..sy terbayang dosa yg telah sy lakukan pd teman lelaki sy..sy telah banyak melakukan dosa besar!! dan sy juga telah tidur dgn suami org.tp dia(suami org)tdk lg memasukkan kemaluannya pd sy..sy ingin memohon pd ustz untuk membimbing sy ke jln yg benar..sy betul2 ingin bertaubat..tolonglah sy ustaz..sy betul2 ingin kembali ke pangkal jalan.. 
 
UZAR : BERTAUBATLAH DAN JAUHILAH SEMUA JENIS DAN RUTIN KEHIDUPAN DAHULU. UBAH PENAMPILAN FIZIKAL DAN SPIRITUAL. 
 
JANGAN BERGAUL BEBAS DGN LELAKI LAGI
 
» Reply to this comment...

Posted by saya, on 15-07-2008 21:14, IP 194.80.178.1, Guest
15. ...
:cry  
ustaz..bagaimana jika psangan hampir telanjur dan memohon taubat dan merancang ingin berkahwin tapi tak direstui keluarga..lantas perempuan yang ditinggalkan..perlukah perempuan tersebut menuggu lelaki yg dh berpunya itu yang berjnji igin bertangugjawb?apa pendapat dan nasihat ustaz dalam hal ini
 
» Reply to this comment...

Posted by ain, on 03-07-2008 13:05, IP 211.25.51.205, Guest
16. ...
apakah hukum sekiranya itu menipu tetapi penipuan itu adalah untuk kebaikan semua.
 
» Reply to this comment...

Posted by ain, on 03-07-2008 13:05, IP 211.25.51.205, Guest
17. ...
sy nak tanya benarkah sekiranya apabila ditangkap khalwat harus berkahwin..dan tidak perlu membayar denda. 
 
UZAR : denda terbesar adalah di humban dalam neraka kerana dosa itu.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ingin tahu, on 09-06-2008 17:05, IP 60.52.99.48, Guest
18. ...
Pada pandangan UZAR, jika berlaku perkara sebegini adakah kita masih perlu membuat istiqarah?Jika ditakdirkan tiada jodoh antara gadis tersebut dengan teman lelakinya, perlukah gadis tersebut menceritakan apa yang pernah terjadi antara mereka berdua kepada suaminya?
 
» Reply to this comment...

Posted by takut Allah, on 04-06-2008 15:25, IP 211.25.51.205, Guest
19. ...
wahai wanita...dan juga lelaki,kita perlu takut kepada Allah. Dalam perkara yang kecil mahupun besar.Ingat hidup di dunia hanya sementara.
 
» Reply to this comment...

Posted by siti, on 21-05-2008 19:12, IP 60.52.102.68, Guest
20. ...
salam.. 
mcm mana dgn perempuan yg terlanjur dgn ramai lelaki.? 
kdg2 rasa sgt menyesal...tp mmg mencari dan sgt susah nk buang tabiat tu... 
 
mcm dh ketagih... 
 
» Reply to this comment...

Posted by kharsiah, on 23-04-2008 12:03, IP 60.52.96.236, Guest
21. ...
buat sahabat yang belum dikenali, 
terlebih dahulu sy memohon kemaafan andai tutur ata sy nanti dipersalahkan. sy merasa simpati di atas apa yang sahabat lalui.  
 
sebenarnya kehidupan sy lebih teruk daripada sahabat. kadang kala sy terfikir knp perkara ini harus terjadi kepada kita kaum hawa. sesungguhnya pintu taubat masih terbuka buat kita. sama - sama kita berdoa agar kita diberikan petunjuk dan hidayah dr Allah
 
» Reply to this comment...

Posted by ana86, on 10-04-2008 19:10, IP 211.25.51.14, Guest
22. ...
Salam.. 
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman. 
Dulu, saya pun penah dating jgk, tapi oleh sebab berkawan dengan orang yang baik2, lama2 ada sedikit kesedaran. Mmg saya dan tunang berbeza dr segi kelulusan akademik, tp alhamdulillah klrga saya dpt trme jgk. Skrg, sbb dah ade skit ksdrn, kami dah xdating. Ape2 hal, tunang akn dtg ke rumah. Kami pun slg menasihati 1 same lain utk tmbhkn amal, mcm slt snt. Alhmdlillah, istiqamah. saya nak cadangkan saudari bincang elok2 ngan psgn tu, insyaAllah dipermudahkan segala urusan. Jauhkan peluang daripada berdua-duaan, & buat sesuatu yg dapat menjauhkan fikiran saudari dari terus berfikir ttg dia (cth: mengemas umah sampai penat). Dan saya pun,sntse fkirkan prsaan mak ayah dalam soal ini. Moga dengan redha ibu bapa, kita mendapat redha Allah.
 
» Reply to this comment...

Posted by abcdefgh, on 14-03-2008 18:01, IP 60.52.101.190, Guest
23. ...
:sigh :sigh ustaz, saya telah pun berzina dengan tunang saya...sedihnya..malunya ustaz..malunya saya di depan allah..nak mohon ampun padanya pun saya sungguh malu..nak solat pun saya sangat malu....sudah lama saya pujuk mak supaya dibolehkan saya menikah dulu dan majlis diadakan kemudian...saya usaha terangkan dari segi islam tak menjadi masalah..walaupun mak tahu tapi emak menentang keras sebab takut malu nanti masyarakat mengata...... 
 
 
ustaz, saya buknalah baik dalam bab berpasangan..tapi saya selalu elak tapi akhirnya saya tewas.....setelah setahun lebih menahan perkara tersebut dan akhirnya saya tewas....saya betul2 malu.....saya risau sekiranya saya mengandung...lagi malu..bukan saja saya tetapi emak juga......betulah zina itu adalah pintu kepada keburukan...... :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by anis, on 29-02-2008 21:48, IP 60.52.96.219, Guest
24. ...
assalamualaikum ustaz, saya mahu tanya bagaimana mahu menjadi anak yang solehah? 
 
UZAR : PANJANG CERITANYA TU.. MUNGKIN SAYA CUBA BUAT SATU ARTIKEL NANTI INSHAALLAH.  
 
» Reply to this comment...

Posted by ron, on 26-02-2008 12:32, IP 211.25.51.1, Guest
25. ...
salam.. 
 
pada satu ketika, saya hampir terlanjur zina dengan isteri orang..tetapi saya cepat sedar pada masa itu dan dapat mengelak dari melakukannya..tetapi yang maksiat selain zina kami telah buat..(astagfirullahalazim) ..hal ini masih tidak diketahui suaminya sehingga kini.. 
 
saya dah bertaubat sungguh2 kepada Allah untuk tidak melakukannya..tetapi sehingga ke hari ini saya masih rasa bersalah kepada suaminya.. adakah dosa saya terhadap suaminya tidak terampun..apa yang saya patut buat.. 
 
tolong ulas ustz.. 
 
UZAR : JANGAN JUMPA WANITA ITU BUAT SELAMA-SELAMANYA LAGI. CUKUP DENGAN TAUBAT ITU BUAT MASA INI, TIDAK PELRU MEMAKLUMKAN KEPADA SUAMINYA KERANA MUDARAT LEBIH BESAR AKAN BERLAKU.  
 
 
» Reply to this comment...

Posted by balqis, on 20-02-2008 20:43, IP 60.52.97.178, Guest
26. ...
buat pembaca sekalian,, marilah kite berdoa supaya saudari ini bertemu jln keluar... amin..
 
» Reply to this comment...

Posted by balqis, on 20-02-2008 20:43, IP 60.52.97.178, Guest
27. ...
Assalamualaikum... 
Saya ingin berkongsi pendapat.. dahulu saya juga pernah mengalami perkara yang sama sebagaimana saudari...Alhamdulillah saya sudah berjumpa jalan keluar... 
Jalan penyelesaiannya berbincangla dgn pasangan saudari untuk berkahwin.. sekiranya tidak mampu berpisahla... ape yg saya lakukan saya sentiasa berdoa pd Allah dan melakukan solat hajat serta solat taubat suapaya dijauhkan dr segala maksiat walaupun pd mase itu saya melakukan perbuatan terkutuk dgn pasangan saya...selain itu saya minta doa pisahkanlah kami sekiranya itu yang terbaik...keputusan yg saya ambil adalah saya berpisah dgnnya...kerana kami tidak mampu untuk mengawal nafsu masing2.. selain itu kami juga tidak mampu untuk berkahwin kerana tidak mampu dr segi ekonomi.. die setuju walaupun pd mulanya die menolak...memang sukar untuk berpisah kerana dia adalah orang yg kita sayang... Untuk berpisah, saya mempunyai pencetus motivasi yg kuat iaitu ibu saya sendiri... ibu tidak pernah tau perbuatan terkutuk saya.. tp ibu sentiasa berdoa supaya saya sentiasa dijauhkan dr segala kejahatan dan maksiat...disebabkan memikirkan pengorbanan ibu yg terlalu besar saya tidak sanggup memalukan ibu sendiri dengan perbuatan saya itu...Oleh itu saya nasihatkan saudari... supaya ingatkan keluarga sebelum melakukan sesuatu perkara... carila pencetus motivasi yg kuat supaya awk menjadi org yg lebih baik.. paling penting berdoalah pd Allah... jgn sesekali putus harapan untuk berdoa pd Allah... Allah sentiasa bersama kita walaupun pd mase itu kite banyak melakukan dosa kepadanya...Saya berdoa saudari dpt menemukan jalan keluar dr masalah saudari...Buat pengetahuan pembaca sekalian...
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by nurulain........89, on 17-02-2008 23:25, IP 60.52.97.109, Guest
28. ...
salam saudari....sy ckup trtarik dgn kisah saudari.sy cdgkn saudari carilah rakan2 y baik ntk menjd teman..rakan2 y mgajak kearah kebaikan..dlm hidup wanita adalah lemah.itu fitrah nya............jd crilah lelaki y boleh mbmbing kearah kebaikan....y leh mbwa kt ke jln syurgaa.........skurang2nya mempunyai asas agama...........y leh bimbing kt kearah wanita solehah dunia dn akhirat....wallahualam..insyaa llah. ;)
 
» Reply to this comment...

Posted by ainsa, on 17-02-2008 17:15, IP 60.52.97.109, Guest
29. ...
:sigh  
Assalamualaikum muslimah & muslimin. 
Saya bukan seorg ustazah... harap maaf kalau ada sebrg kesilapan dlm berkongsi maklumat. 
 
2 minggu lepas saya mula mendekati web ini, tetapi hari ini baru saya berpeluang membaca bahagian ini. Memang bertaubat amat penting dalam hidup kita. 
 
Tetapi yang jelas, sebagai seorang ibu kpd 4 org anak - 2 perempuan & 2 lelaki. Kisah & pengalaman dipaparkan di bhg ini sungguh menyeramkan bagi saya. Di dlm rumah kita dpt mengawal mereka, tetapi apabila mereka sudah bergaul dengan kawan-kawan di persekitaran luar.... itulah cabaran kpd Ibubapa. 
 
CTHNYA: Kerana saya pernah melihat seorg kawan yg dtg drp sebuah keluarga yg boleh dikira penuh dgn pendidikan Islam (tiada TV langsung di rumah) - hasilnya apabila beliau duduk di asrama - beliau malas balik ke rumah semasa hujung minggu utk ber= keluarga kerana di asrama beliau dpt tengok TV.  
 
SURAH YASIN AYAT KE 58 -SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM (7 X) ,  
YA ALLAH YA -RAHIM - ampunkan dosa-dosaku dan saudara-saudaraku,  
YA ALLAH YA RAHMAN - kurniakan aku suami dan anak-anak yang soleh dan mencintai Islam 
YA ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM - Makbulkanlah semua hajatku, dan redhakanlah aku. 
 
nullALHAMDULLILLAH null , saya telah menganggapkan diri saya berjaya menepis godaan syaitan semasa zaman muda saya sebelum berumahtangga mahupun selepas berumahtangga. Yg penting samada lelaki mahupun perempuan, mana-mana pihak berhak memainkan peranan untuk menasihat satu sama lain agar perkara yang tidak baik dielakkan kerana sekali kita benarkan ruang untuk syaitan membisik hasutan... maka yg pasti kita yg lemah iman pasti mudah kalah. 
 
WAHAI WANITA SEMUA, KASIHANI LAH DIRI ANDA SENDIRI SEBELUM MENGASIHANI ORG LAIN.  
WAHAI PARA LELAKI JUGA, WALAUPUN KAMU TIDAK PERLU RASA MALU KERANA TIDAK MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH - APA-APA SHJ... J/KALAU ANDA TERJEBAK SAMA MAKA DOSA TETAP DOSA. 
 
Pokok pangkal dlm hidup ini .... bila-bila masa kubur boleh kata MARI-MARI. Bila ada masa, sila pergi ke kws perkuburan utk mengingati MATI.  
 
Selain drp itu, Zaman dahulu zaman saya, dgn mengikut sunnah - BERTUDUNG BAGI PARA WANITA BOLEH MENJADI satu penghalang bagi mengelak terjebak dlm perkara yg tidak baik. Tetapi zaman sekarang  
 
"Seolah tiada pengertian bg setgh pihak, sungguh sedih ia mencemar dan memalukan para WANITA ISLAM yg sebenar. Di sini pihak say ingin meluah kesedihan kerana Yg bertudung - terutama sebelum berkahwin zaman ini- mudah shj membiar tgn para lelaki memegang mana-mana anggota badan mereka w/pun sekadar berpegang tangan.  
 
PERNAH SEORG IBU MENASIHATI ANAK PEREMPUANNYA, JGN ENGKAU SEKALI BENARKAN PARA LELAKI MEMEGANG KAMU W/PUN MENYENTUH SEDIKIT DGN SENGAJA KERANA ENGKAU AKAN MENGANDUNG ..... NASIHAT SEORG IBU YANG AMAT MENYAYANGI ANAK PEREMPUANNYA.  
 
Kamu boleh kata apa shj ttg nasihat seorg ibu di atas. Hakikatnya benar.... Hari ini kita benar dia pegang tangan, esok dia pegang paha... lusa apa pulak dia akan pegang. Nothing is to be sensor among our children today, be open to discuss. Let them know the real situation rather " DIA HANYA BERKHAYAL DAN INGIN TAHU".
 
» Reply to this comment...

Posted by balie, on 26-01-2008 08:19, IP 60.52.100.103, Guest
30. ...
saya harap saudari bertaubat..jgn tunduk pada kehendak nafsu..moga Allah akn melindungi kamu.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by zie, on 09-01-2008 18:56, IP 60.52.98.159, Guest
31. ...
bolehkaah ustaz terangkan satu persatu cara yang betul untuk baetaubat?
 
» Reply to this comment...

Posted by echa, on 07-01-2008 16:26, IP 60.52.101.197, Guest
32. ...
bertaubatlah saudari..semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan pada saudari dalam menghadapi ujianNya ini. 
 
» Reply to this comment...

Posted by na, on 16-12-2007 21:02, IP 60.52.99.136, Guest
33. ...
sy sekadar ingin berkongsi pengalaman.. 
pernah satu masa sy merasai seperti apa yg adik rasai..dan kdg kala perasaan tidak tenang and bersalah tu singgah lagi difikiran sy.. 
bertahun2 sy menjadi seorang gadis yg amat mementingkan prinsip..and batas2 dalam pergaulan.. sy tidak gemar bercinta kerana sy amat khuatir tidak dapat menjadi "perkara yg sepatutnya sy jaga''. 
 
Nampaknya, apa yg sy takuti benar2 terjadi..pengalaman cinta pertama sy membuatkan sy hanyut mengikut kehendak teman lelaki.. 
 
Pada mulanya, sy merasakan sy sudah memilih lelaki yg bagus, latar belakang agama and keluarga etc. Tapi, bla sentuh bab Keimanan ..jelas sekali bukanlah satu pekara yg boleh diwarisi terutama jika kita menganggap remeh perkara tersebut..sepanjang hub percintaan, saya juga menghampiri perkara zina.. sonoknya sekejap tp rasa bersalah sentiasa ada.  
hubungan itu tidak smpi setahun kerana sy merasakan diri penuh dengan dosa, sy leka n khayal.. 
 
Sudah berulang saya beri amaran pada teman lelaki tp si dia tidak menunjukkan kesungguhan untuk berubah.. 
 
Akhirnya, sy kumpul kekuatan memutuskan hubungan..atas sebab utama PRINSIP. 
 
Fikirkan, apalah gunanya satu hubungan cinta yg menjauhkan kita dari allah swt.. 
 
Persoalannya MCM MANA INGIN BERUBAH? 
 
Bkn mudah...perlu kekuatan dalaman.. 
sy kumpulkan hati dengan membaca byk artikel agama..sy tambahkan ilmu.. 
sy ingat balik pesan mak abah.. 
sy bykan berzikir setiap kali teringat perkara tu..dan sy jugak belajar memaafkan diri sendiri.. 
 
Sy bersyukur..allah swt amat menyayangi sy..semenjak sy kecil...allah swt sentiasa menjaga sy... 
caranya mudah saja.. 
setiap kali sy berbuat jahat..akan timbul rasa bersalah yg amat sgt walaupun ketika itu sy hanya berbohong kecil.. 
 
Mungkin inilah pentingnya asas agama..sy sedar iman sy amatlah tipis..tetapi rasa malu rasa tanggungjawab menyedarkan dan mengingatkan saya.. 
 
Mudah-mudahan kita semua sentiasa dirahmatiNYA.. 
 
Sesungguhnya, saya percaya allah swt sentiasa bersama hambanya cuma kita sahaja alpa.. 
Berubahlah dari sekarang..InsyaALLAH, adik boleh melakukannya.. :)
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by bulan, on 29-11-2007 14:43, IP 60.52.103.183, Guest
34. ...
ust, sy nak tanya.... 
 
sy penah telanjur dgn awek sy. kami klu jumpe slalu dan kerap sgt buat bende macam tu.... macam mane kalau kawin, dosa tu ilang tak????? 
 
KOMEN UZAR : TAK HILANG. BAKAL TANGGUNG AZAB PEDIH DI DUNIA DAN AKHIRAT. AZAB DI DUNIA BIASANYA AKAN BERLAKU KECURANGAN SUAMI ATAU ISTERI, DAN HANCURNYA AKHLAK ANAK-ANAK.  
 
DI ALAM BARZAKH DAN AKHIRAT...TUNGGU DAN RASA. 
 
TAWBATLAH, BACA CARA TAWBAT DI ARTIKEL BERKAITAN
 
» Reply to this comment...

Posted by fahi, on 18-11-2007 15:49, IP 60.52.102.175, Guest
35. ...
Salam 
 
Bg saya kawin je, insya allah apa je perbuatan dgn suami akan dapat pahala. Bertaubat yg lepas sbb Allah penerima taubat.
 
» Reply to this comment...

Posted by miza, on 14-11-2007 18:26, IP 60.52.102.130, Guest
36. ...
semoga kita sama2 mencari keredhan allah,mcari ketengan dunia dan akhrt..amin
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu, on 13-11-2007 18:54, IP 60.52.97.6, Guest
37. ...
Inilah orang sekarang , menyesal selepas perkara itu di lakukan... 
 
Kesian saya lihat lihat anak gadis sekarang....cuba mencari cinta dan belajar mencari cinta setelah menonton filem hindustan , mempelajari cinta melalui novel2 cinta dan belajar memikat lelaki dari majalah2 sperti remaja , kosmopolitan . 
 
Sedangkan kaum lelaki sekarang hanya mendapat ilham setelah menonton filem lucah yang di dapati dalam handphone....(bluetooth je)....tak perlu sumber lain.... 
 
hmmm...kami mahukan negara yang benar-benar ISLAM....
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 11-11-2007 16:20, IP 60.52.97.167, Guest
38. ...
sentiasa ingat akan kematian
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah, on 11-11-2007 16:19, IP 60.52.97.167, Guest
39. ...
Assalamualaikum,,wbt 
 
Ingatlah sesungguhnya Allah Maha pengampun pintu taubat sentiasa terbuka kepada seluruh hambanya ...taubat dgn bersungguh-sungguh kerana Allah maha penyayang kepada Hambanya...ikuti Panduan Al-quran & sunnah nabi saw...wa'allahualam...
 
» Reply to this comment...

Posted by fuis la, on 09-11-2007 07:48, IP 60.52.97.228, Guest
40. ...
kahwin je senang..................... kahwin lari la.......
 
» Reply to this comment...

Posted by ir_muhandis, on 07-11-2007 05:38, IP 60.52.96.12, Guest
41. ...
perbaikilah solat...sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar....dan selalulah bergaul dengan orang2 yang soleh....
 
» Reply to this comment...

Posted by Nal, on 03-11-2007 06:25, IP 60.52.97.42, Guest
42. ...
Assalamua'laikum warahmatullah.. 
 
Nasihat saya pada saudari dan juga sahabat yang mempunyai masalah yang sama. 
 
1) Dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan segala ibadah baik yang wajib mahupun sunat. Dengan ini kita dapat sedar bahawa kita ini hanyalah insan yang 100% mengharapkan pertolongan Allah.  
 
2) Tinggalkan segala aktiviti yang menjurus kepada larangan Allah secara total. Seperti dating berduan, tengok wayang, mengucapkan perkataan kasih sayang dan cinta berlebihan sama ada berdepan atau menerusi telefon/email/chatting. 
 
3) Jaga aurat secara sempurna. Pakai tudung yang tutup sehingga dada. Pakailah pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan. Contoh, jubah. 
 
4) Sentiasa santapkan rohani dan jasmani kita dengan aktiviti keagamaan. Sertai persatuan keagamaan dan join aktiviti mereka. Ajak teman lelaki sekali. Dengar ceramah / tazkirah berkenaan dosa-dosa dan balasan Allah ke atas dosa yang kita lakukan. Carilah kaset/cd ceramah berkenaan tajuk tersebut. 
 
5) Selalu cerita bab agama dengan kawan/teman lelaki. Nasihatkan juga kepada teman lelaki saudari. 
 
6) Insya Allah seperti Ust. Zaharuddin nasihatkan. Segerakanlah perkahwinan. Cari jalan yang terbaik untuk berbincang dengan keluarga. Jangan jadikan alasan keluarga tak restu untuk saudari teruskan hubungan terlarang bersama teman lelaki. Keluarga semestinya faham kerana tanggungjawab ibu bapa kepada adalah:  
1) Memberi nama yang baik 
2) Memberi ilmu pengetahuan 
3) Mengahwinkan anak  
 
Insya Allah. Wallahu a'lam
 
» Reply to this comment...

Posted by hijau_seni, on 02-11-2007 20:44, IP 60.52.103.15, Guest
43. ...
thanks a lot to raIHaN...jika ada perkara yg ingin saya kongc dgn en adib saya bg email..salam 
 
p/s: Umat islam tidak akan dipatuk ular utk kali yg kedua, oleh itu bertaubatlah kita dgn sebenar2 taubat slps "dipatuk" ular ye.. :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by raIHaN, on 02-11-2007 15:40, IP 60.52.100.199, Guest
44. ...
W'salam hijau_seni.. 
 
saya pun org belajar juga..ilmu yg Allah kurniakan pd manusia cuma setitis air di lautan aje,yg selebihnya air laut itu adalah ilmu Allah.. 
kalau nak berkongsi pendapat dan ilmu insyallah takde masalah.. 
send mail to adib.group@yahoo.com or mohdadib@maybank.com.my.. 
 
sama2 la kita jd pembantu kpd agama Allah..
 
» Reply to this comment...

Posted by azim, on 02-11-2007 15:30, IP 60.52.100.199, Guest
45. ...
sebaik-baik cinta adalah dlm perkahwinan..Cinta adalah helah syaitan yg bila terasa betapa syoknya,sgguh lemah diri bila dinodai,tak terdaya diri,menuju ke lembah haram.. 
 
Fikirlah dulu sebelum buat.Solat itu dpt mencegah dari melakukan perkara mungkar.Kalau bt maksiat jgk, tu la maknanya solat tak sempurna.Bertaubat lah.Ajak boyfriend skali..Yakin Boleh...
 
» Reply to this comment...

Posted by abg brutal, on 02-11-2007 10:56, IP 211.25.130.42, Guest
46. ...
Alhamdulillah...semoga kita semua selamat di dunia dan di akhirat. Tapi kesianlah kat kaum hawa, buat jahat sesama ngan lelaki. Tapi yg dipandang serong sungguh pada org perempuan jer.  
Ikhlas...pandangan ana pun macam tu jugak. Yang lelaki tuh kita (ana) rasa macam tak bersalah jer. 
Sedangkan lelaki ni yg selalu bersungguh-sungguh mencari jalan utk dapat melakukan zina.  
 
Semoga kaum hawa tabah dan bijak menangkis godaan yg datang dari kaum adam. Tak lupa juga semoga kaum hawa dapat menjaga aurat dan kata2 agar tidak menghasilkan aura jahat yg boleh menggoda kaum adam. Wslm.
 
» Reply to this comment...

Posted by manusia biasa, on 02-11-2007 10:54, IP 211.25.130.42, Guest
47. ...
Salam, 
1) Mcm UZAR ckp, Jgn berjumpa dgn lelaki tadi kecuali ada mahram sudari bersama 
2) Elakkan drp melihat benda2 haram dan yang meghairahkan..walaupun di TV 
3) Jaga Solat, Solat pada waktu dan perbaiki solat ..lebih baik minta org yg arif eg. ustazah check solat kita. 
4. Pembacaan Al-Quran setiap hari yg berterusan..istiqomah 
5. Akhir sekali, Tawakkal kepada Allah 
 
Yakin lah, insyAllah saudari bukan saja dapat mengawal nafsu tetapi boleh memilih jodoh yang terbaik untuk saudari tanpa menyinggung hati keluarga.  
Saya berpesan juga pada diri saya sendiri. 
Wallahualam
 
» Reply to this comment...

Posted by raIHaN, on 01-11-2007 21:25, IP 60.52.102.200, Guest
48. ...
To hijau_seni.. 
 
Maafkan saya jika saya tergunakan bahasa dan susunan kata yg kurang indah coz saya bkn cikgu sastera..hehe 
 
Komen,nasihat dan dakwah saya selalunya saya tujukan utk diri saya dahulu..kemudian,pd yg lain pembaca tu saya serah pd Allah.. 
sama2 la kita membangunkan keagungan Islam tak kira apa fikrah selagi manafaatnya utk agama Allah.. 
 
Jangan lupa baca artikel Uzar yg lama2 tu..ade manafaatnya.. 
 
Wallahualam..
 
» Reply to this comment...

Posted by hijau_ seni, on 01-11-2007 21:25, IP 60.52.102.200, Guest
49. ...
aslkm en raihan ada email tk, ana nak kongc ape2 maslh nnt, privately...ana ni muda setahun jagung je...cbe mencari kefahaman dlm beribadat pd Allah...kdg2 ana byk bace "teori" syariat islam dlm bbrpa perkara, tp ble berhadapan dgn situasi takreti nak apply, mungkn xphm...maaf UZAR guna website ni minx email org plak... :)
 
» Reply to this comment...

Posted by budak ganu, on 01-11-2007 16:40, IP 211.25.130.42, Guest
50. ...
salam.. 
 
tahniah kepada saudari kerana masih mmpunyai iman dalam diri.sy prcaya saudari adalah slah sorang drp berjuta gadis y bragama islam di negara kita yg menghadapi perkara yg sama dan tidak kurang juga yg telah terlanjur bergelumang dgn dosa. 
 
apa y kita liht situasi yg berlaku disekeliling kita muda mudi skrg tidak segan2 lagi melakukan maksiat wlaupun ditempat awam apth lagi di tempat sunyi.. 
 
inilah akibatnya drp hukum Allah SWT tetapkan tidak dilaksanakan dan pemerintah sesebuah negara akan trlibat sama berdosa kerana tidak menjlankan hukum Allah. 
 
sy nasihatkan kepada saudari agar jadilah seorang yg bertakwa yakni takut kepda Allah..bila kita takut kpd Allah insyAllah kita akn tkut melalkukan dosa.carilah sumber2 ilmu wlau dimana shj supaya kita lbih mendekatkan diri kpd Allah.. 
 
igt kita semua akn mati.biarlah kita mati semasa menjadi seorg yg bertakwa kpd Allah jgn kita mati dlm keadaan sesat yakni dalam melalkukan dosa kpd Allah,nauzubillah.
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom