Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Perbankan arrow Dharurat, Bank Islam Tolak Permohonan & Senarai Halal
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 94 guests online
PDF Print
User Rating: / 19
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 10-12-2007 12:07
Views 17371    
Favoured 23

Wajarkah Bank Islam Tolak Permohanan ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

 "Ustaz, saya dah cuba mohon pembiayaan dari bank Islam tetapi mereka tolak, adakah saya berdosa jika dapatkan pinjaman riba dari Bank Konvensional di ketika tu?" Demikian pertanyaan seorang pemuda sekitar umur 30 an kepada saya sejurus selepas kuliah yang panas berkaitan isu kewangan semasa di sebuah masjid.

"Dah puas saya pohon dari Bank Islam, tapi semuanya kena tolak. Kata nak selamatkan orang dari Riba, tetapi kenapa tolak permohonan saya " Komen seorang lagi melalui sms.

"Cerewet benar prosedurnya, patutnya dimudahkan orang yang selamat dari Riba ni. Ini tidak, kena tolak pula, so jadi dharuratlah untuk ambil konvensional kan ustaz?" kata seorang ibu kepada 3 orang anak ini ketika waktu ‘break' Kursus Kewangan Islam.

Wajarkah Bank Islam Tolak Saya Nak Yang Halal Ni!!
 

Adakah Dharurat atau Hajiat Bila Permohonan Di Tolak?

"Belum lagi" Itu jawapan ringkas saya.

Hujjahnya telah saya sebutkan dahulu iaitu:-

Kaedah :-

إنما أبيح للضرورة وإنما تستيقن الضرورة بعد الطلب

Ertinya : Sesungguhnya apa yang diharuskan kerana dharurat sesungguhnya memerlukan keyakinan akan wujudnya dharurat tersebut setelah usaha pencarian ( yang halal) - ( Syarhul Umdah, 1/426 )

Justeru dalam hal ini, adakah sudah cukup digelar dharurat atau hajiat sedangkan baru satu bank islam yang menolak. ? Sudah tentu belum, anda perlu mencuba di semua bank-bank Islam dan jendela perbankan Islam di Malaysia, sebelum boleh mendakwa anda tersepit dan terdesak untuk terlibat dengan riba di bank Konvensional. Berikut senarai bank Islam dan Jendela Perbankan Islam yang wujud di Malaysia.

Bank-bank yang punyai lesen dan jalankan operasi produknya 100% menurut Shariah adalah seperti berikut :-

  1. Affin Islamic Bank Berhad
  2. Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
  3. AmIslamic Bank Berhad
  4. Asian Finance Bank Berhad
  5. Bank Islam Malaysia Berhad
  6. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  7. CIMB Islamic Bank Berhad
  8. EONCAP Islamic Bank Berhad
  9. Hong Leong Islamic Bank Berhad
  10. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
  11. RHB ISLAMIC Bank Berhad

Bank Konvensional Tetapi Punyai Lesen Untuk Wujudkan "Jendela Perbankan Islam" Bagi Menawarkan Produk Menepati Shariah.

Ia seperti berikut :-

  1. ABN Amro Bank Berhad
  2. Alliance Bank Malaysia Berhad
  3. Citibank Berhad
  4. HSBC Bank Malaysia Berhad (Bahagian Islam dinamakan HSBC Amanah)
  5. Malayan Banking Berhad
  6. OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  7. Public Bank Berhad
  8. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad  (Bahagian Islam dinamakan Standard Chartered Sadiq)

Nota : Jika anda pergi ke bank-bank ini anda akan dapati ada produk pembiayaan Islam yang ditawarkan. Ia juga telah disahkan oleh Majlis Shariah mereka.

Institusi Kewangan yang turut menawarkan perkhidmatan produk Islam. Ia adalah seperti berikut :-

  1. Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad
  2. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  3. Export-Import Bank of Malaysia Berhad
  4. Bank Pertanian Malaysia
  5. Bank Simpanan Nasional Berhad

Sumber : BNM.  

Jika semua bank-bank ini menolak anda kerana permohonan  anda tidak mempunyai kelayakan atau disenaraihitamkan, anda boleh mencuba beberapa Koperasi yang menawarkan Pembiayaan Islam. ( Namun ia hanya bagi yang layak sahaja seperrti kakitangan kerajaan)

Bagi Insuran Islam atau Takaful pula, anda wajib mencari perlindungan dari mana-mana syarikat Takaful yang diiktiraf berikut terlebih dahulu. Ia seperti berikut :-

  1. CIMB Aviva Takaful Berhad
  2. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad
  3. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad
  4. MAA Takaful Berhad
  5. Prudential BSN Takaful Berhad
  6. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  7. Takaful Ikhlas Sdn Berhad
  8. Takaful Nasional Sdn Berhad

As at July 2007 : Sumber : BNM.

 

Setiap bank dan pengendali Takaful mempunyai cara semakan kemampuan individu ‘credit checking' yang tersendiri. Tidak semestinya jika permohonan anda ditolak di sebuah bank Islam bermakna bank Islam yang lain juga akan menolak.

Setiap bank yang mempunyai cara pemasaran  dan  strategi masing-masing, contohnya, Asian Finance Bank Bank tidak menawarkan pembiayaan kenderaan, Bank Islam Malaysia Berhad pula difahamkan tidak membiayai pembelian kereta terpakai ‘used car', RHB Islamic Bank pula menawarkan pembiayaan bagi kereta terpakai tetapi terdapat jenama kereta yang diterimanya dan ada yang tidak diterimanya. Justeru, tidak boleh dipukul rata semua bank Islam akan menolak jika satu menolak.

Tatkala semua institusi kewangan di atas menolak permohonan anda barulah kaedah hajiat atau dharurat boleh terpakai, itupun dalam konteks yang terbatas sebagaimana disebutkan:-

ما أبيح للضرورة يقدر بقدرها

Ertinya : Apa-apa yang diharuskan kerana sebab dharurat, adalah dibataskan dengan batasan tertentu" (As-Ashbah Wa An-Nazair, As-Suyuti, 1/82 ; Hawashi Asy-Syarwani, 3/27 )

Ia mensyaratkan penggunaan minima dan mempunyai had tertentu. Ertinya wajib dihadkan kepada jumlah dan kadar sekadar menampung keperluan mendesak sahaja tanpa bermewahan dan mengambil kesempatan pula. Dalam konteks rumah, ia adalah rumah pertama untuk didiami sahaja dan bukan rumah bagi tujuan pelaburan melalui sewa atau lain-lain.

Apa Yang Bank Islam Semak Dari Pemohon ?

Setiap bank mempunyai cara masing-masing, saya tidak mampu menyatakan semua cara mereka dan ia juga bersifat terlalu teknikal.

Secara umum, mereka akan menyemak :-

1)      Kemampuan pendapatan bulanan anda dan beban hutang-hutang anda dari pelbagai bank lain. Ia dinamakan ‘Margin of Repayment' dan ‘Agrgregated margin of repayment'.

Setiap bank Islam meletakkan peratusan kemampuan pelanggan yang tersendiri bagi memenuhi standard kredit bank. Sebagai contoh, di ketika pemohonan dibuat, pelanggan mestilah mempunyai lebihan pendapatan bulanan sebanyak  50 % dari semua jumlah hutang-hutang dari pelbagai bank.

Formula kiraan : -

                         Bayaran Ansuran Bank A + B + C  = mesti kurang dari 50%

                         Jumlah Pendapatan Kasar Bulanan

Contoh En. Karim yang berpendapatan bulanan RM 5000 dan punyai sebuah rumah dengan bayaran ansuran sebanyak  RM 1000, dua buah kereta RM 550 dan RM 600. Kini beliau ingin membeli sebuah rumah lagi, justeru pihak bank akan memastikan kekuatan kewangannya seperti berikut :-

RM 1000 + RM 550 + RM 600 = 43 %

RM 5000

Jika dilihat dari keputusan ini iaitu 43 % , ini beerti permohonan En Karim layak untuk diproses dan diluluskan.

Jika tidak begitu cukup, anda mungkin memerlukan penjamin atau memasukkan nama isteri atau suami untuk menggabungkan kekuatan kewangan bagi berurusan dengan bank ini.

2) CTOS : Repot ini biasanya mengandungi ‘customer's legal status' sebagai contoh saman-saman dan proseding kemuflisan, sebarang kes mahkamah dan lain-lain berkaitan undag-undang.

Menurut CEO syarikat CTOS Sdn Bhd, mereka sentiasa mengemas kinikan informasi yang ada setiap hari, info ini mereka kumpul dari info awam di Jabatan insolvensi Negara, surat khabar dan lain-lain. Namun baru-baru ini perkhidmatan mereka menempuh kontroversi kerana terdapat banyak info yang tidak dikemaskni dan menyebabkan pihak bank menolak permohonan individu yang telah bersih dari masalah undang-undang. Rujuk di sini

3)      Central Credit Reference Information System (CCRIS) : Buat masa ini sistem ini mempunyai informasi seramai 5 juta peminjam dan pelanggan di bank-bank seluruh Malaysia. Melaluinya pihak bank dapat mengetahui samada pemohon mempunyai pernah lewat membayar atau tidak dalam hutag-hutangnya di bank lain, samda dalam kad kredit, rumah, kereta dan lain-lain. jika ada, maka laluan untuk mendapat kelulusan agak sukar.

4) Jenis kereta dan tahun pembuatannya (jika ingin beli kereta) dan pemaju (jika ingin membeli rumah di dalam pembinaan)

Ini kerana sebahagian jenis kereta dianggap tidak berdaya saing dan amat sukar untuk dijual di pasaran. Justeru risiko agak tinggi bagi bank untuk membiayai pelanggannya.

Demikian juga pemaju dan lokasi rumah yang ingin dibeli.  Mungkin tidak semua bank Islam menyemaknya tetapi secara umum mereka perlu meneliti perkara-perkara ini bagi memastikan transaksi yang ingin dimeterai dengan pelanggan adalah satu perniagaan yang berisiko agak kurang atau risiko.

Apa yang disebut hanyalah adalah beberapa info ringkas sahaja, sekadar memberikan gambaran kasar kepada pembaca.

Setelah semua ini disemak barulah bank akan meluluskan atau menolak permohonan pelanggannya.

Wajarkah Bank Islam Tolak ?

Setelah kita mengetahui demikian cara semakan pihak bank, persoalan seterusnya adakah wajar sebuah Bank Islam menolak  permohonan pembiayaan pelanggan yang inginkan proses halal dalam pemilikan kereta, rumah dan lain-lainnya?.

Pertama : Sebagaimana yang telah diberitahu dalam artikel sebelum ini, bank Islam adalah sebuah entiti perniagaan. Sudah tentu ia tidak akan mendedahkan dirinya kepada risiko berurusan dengan individu yang dijangka tidak mempunyai kemampuan (menurut standard piawaian mereka) mampu untuk membayar hutang hasil jual beli asset yang akan dilaksanakan.

Contoh mudah, jika kita mempunyai sebuah rumah yang ingin disewakan. Kemudian datang seorang lelaki yang berminat untuk menyewa tetapi ia tidak mempunyai sebarang kerja yang kukuh, sedangkan kos sewaan sebulan rumah yang ingin kita tawarkan adalah sebanyak RM 800. Adakah anda sanggup menyewakannya ? Sedangkan anda terpaksa membayar ayaran bulanan kepada bank sebanyak RM 750 sebulan.

Dalam hal ini anda terpaksa membuat budjet yang tepat bagi meraih untung dan dalam masa yang sama memastikan bayaran bulanan kepada bank mampu dilunaskan.

Demikian halnya sebuah bank, ia mempunyai tanggungjawab bagi memeastikan individu yang melabur dengannya boleh mendapat pulangan yang baik, bagi memastikan keuntungan mampu dicapai, sudah tentu ia terpaksa memilih pelanggan.

Kesimpulannya, samada anda mahu menyewakan rumah anda kepada pelanggan seperti ini atau tidak, ia akan bergantung kepada pengurusan dan standard atau piawaian anda selaku pemilik aset. Jika anda meneliti buku-buku pakar kewangan. Sudah pasti mereka akan menyarankan anda agar tidak menyewakannya kecuali kepada orang yang mempunyai tahap kewangan yang meyakinkan.

Kedua : Dari sudut Islam pula, jika ada yang ingin meminjam wang dari anda. Adalah elok jika anda memastikan tahap amanah dan potensi mereka untuk membayar hutangnya kelak, kecuali jika anda sudah berniat dari awal untuk mensedeqahkannya kepada peminjam di waktu kesusahannya.

Allah s.wt berfirman :-

وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : "Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."

Menghalalkan hutang merupakan satu tindakan yang amat terpuji dan sesuai dilakukan secara individu tapi untuk mengharapkan sebuah entiti perniagaan seperti bank-bank Islam menyedeqahkan sahaja hutang yang berpuluh ribu ringgit jumlahnya, ia mungkin agak keterlaluan.

Justeru jika kita tidak berniat untuk menghalalkannya atau memberikan tempoh lebih panjang di waktu peminjam sukar, eloklah kita jangan memberikan hutang itu kerana kelak ia akan menjerumuskan si peminjam ke dalam dosa-dosa yang pelbagai seperti hadis ini :-

إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف

Ertinya : Baginda menyebut : " Sesungguhnya seorang itu apabila ia berhutang, ketika ia berbicara ia kerap berdusta, bila berjanji ia kerap mengingkarinya" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )

Dan juga sebuah hadis lain :-

مطل الغني ظلم

Ertinya : "Penangguhan pembayaran hutang oleh orang yang berkemampuan adalah satu kezaliman" ( Al-Bukhari, 3/55)

Bagi orang sebegini, para ulama menyatakan harus hukumnya untuk di tangkap dan dijatuhkan hukuman takzir. Imam Al-Haithami pula mengatakan ORANG BERKEMPUAN TAPI MENGGUH MELUNASKAN HUTANG DENGAN SENGAJA dikira sebagai salah satu dari dosa besar ( Az-Zawajir ‘An Iqtiraf al-Kabair, 1/250 )

Kesimpulannya, member hutang kepada orang yang tidak layak boleh menjermuskan mereka kepada tiga dosa berikut :-

  • a- Bercakap lalu berbohong
  • b- Berjanji lalu mungkiri janji
  • c- Ada duit tapi tangguh bayar lalu tergolong dalam kumpulan ‘Mumatil' dan dihukum zalim oleh Nabi s.a.w.

Hasilnya, tidak wajar kita menuduh bank-bank Islam sebagai zalim kerana menolak permohonan kita kerana  menurut sudut pandangan Islam, ia turut mempunyai masalahat dan kepentingan yang diiktiraf oleh Shariah  iaitu menjaga maslahat pemohon itu juga, agar tidak menjermuskannya ke lembah hina dan gagal bayar. 

Saya   kira sebagai perancangan kewangan yang bereksan, cuba pastikan setiap kali anda ingin membuat tambahan hutang, pastikan pendapatan dan pbeban hutang anda kurang dari 50 % sebagai formula bank tadi, ia baik diamalkan bagi individu.

Kini pihak academia Islam di universiti-universiti sedang mencadangkan diwujudkan pembiayaan mikro kredit Islam. Ia lebih khusus bagi individu berpendapatan rendah dan kesukaran untuk memperolehi pembiayaan. Namun masalahnya adalah kita kekurangan individu kaya dan syarikat kaya yang sudi untuk melepaskan peluang mendapat untung besar untuk masuk ke dalam jenis pembiayaan mikro ini yang menawarkan untung kecil dan pahal besar. Ini menyebabkan cadangan para ahli akademik menjadi bahan di perpustakaan sahaja.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

10 Disember 2007

30 ZulQaedah 1428 H

Last update: 12-12-2007 07:48

Published in : Soal Jawab, Perbankan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (18) RSS feed comment
Posted by azimah, on 07-08-2009 09:35, IP 60.52.40.1, Guest
1. perlu tukar ka
ustaz, kalo insuran keta kurnia insuran perlu tukar ke takaful ka? 
 
UZAR : PERLU,
 
» Reply to this comment...

Posted by hasnida, on 19-04-2009 10:59, IP 60.52.73.75, Guest
2. jika rekod bayar x bersih
asalamualaikum, saya nak bertanya saya pernah ada rekod x berapa bersih seperti lewat 2 dan 3 bulan untuk bayar loan cimb..ini kerana ada masalah kewangan...dan sekiranya saya membayar habis loan cimb...adakah potensi untuk membuat loan lagi sekali akan cerah? 
 
UZAR : ia bergantung kepada polisi sesebuah bank. JIka sekalipun kita ada rekod kelewatan sekali sekala , tapi jika dilihat kepada satatus kerja kita, income adalah mantap..ia tidak menghalang kita untuk membuat pembiayaan pada masa akan dtg
 
» Reply to this comment...

Posted by aini, on 14-10-2008 23:11, IP 194.80.178.1, Guest
3. ...
Sy adalah staff Al Rajhi bank Penang.Benar seperti penerangan ust.Bank Islam amat mementingkan kriteria pemohon sblm dpt meluluskan sebarang pinjaman.Agak berbeza dgn bank2 yg lain , Al Rajhi bank tidak megenakan sebarang caj pembayaran lewat utk setiap pinjama yg diluluskan kerana itu adalah riba'.Jadi sblm meluluskan sebarang pinjaman , credit wise pemohon adalah sangat penting.utk penerangan lanjut berkaitan produk2 perbankan Al Rajhi boleh hubungi sy 012-4778455 atau ruhaini.ramli@alrajhibank.com. my
 
» Reply to this comment...

Posted by zainudin, on 31-12-2007 11:19, IP 211.25.130.42, Guest
4. ...
alhamdulillah UZAR ... penerangan yang begitu jelas dan Artikel UZAR banyak membantu saya dlm memahami sistem berbankkan islam serta kesan balasan org yang terlibat dalam riba. persoalan saya sekarang ilah saya pernah membuat pinjaman perumahan kerajaan secara Conventional pada tahun 1992 ketika itu cara islam masih belum ada. saya telah cuba meminta pinjaman saya di tukar kecara islam tapi bahagian pinjaman kata tak dapat jadi bagaimanakah cara terbaik saya perlu lakukan selain dari jual rumah tersebut. saya minta UZAR dapat memberi panduan dan nasihat kepada saya dan juga beribu peminjam lain yg sama kesnya dengan saya. sekian terima kasih 
[EMAIL]mza64@yahoo.co.uk
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ben, on 28-12-2007 16:42, IP 60.52.97.64, Guest
5. ...
en J Firdaus. 
saya bercadang nak beli kereta awal tahun ni. dan nak cari produk2 bank islamic yg bagus. kalau tak keberatan, nak mintak email saudara, nak tanya sikit berkenaan nak cari loan untuk kereta ni. nak mintak nasihat dari saudara sbb saya pasti saudara dah research betul2 berkenaan loan bank ni kan... email saya kapalooza_13@yahoo.com syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by J Firdaus, on 21-12-2007 16:02, IP 60.52.102.67, Guest
6. ...
Salam Ustaz, 
 
Saya sudah ke bank untuk membuat komen secara rasmi. Malah saya sudah menghantar e-mail kepada bank berkenaan. 
 
Dukacita sekali, pegawai bank yang berkenaan mengatakan bahawa mereka sudah apply untuk menggunakan Islamic loan tetapi tidak diluluskan kerana amaun pembiayaan adalah melebihi 80%. Saya amat kecewa kerana mereka tidak menerangkan syarat-syarat tersebut sebelum kami membuat downpayment. 
 
Kami juga tidak boleh convert daripada konvensional kepada Islamik. 
 
Apa yang mengecewakan, pegawai tersebut mengatakan begini, "Sama je konvensional dengan Islamik. Rate pun sama. Encik hanya perlu buat pembayaran sebelum 30hb setiap bulan. Yang bezanya hanyalah akad dalam Islamik."  
 
Saya berasa marah dan tersinggung dengan kenyataan pegawai berkenaan yang merupakan seorang Islam juga.  
 
Apa komen Ustaz dengan senario begini? 
 
Saya akui saya juga silap kerana tidak bertanya lanjut. Sememangnya saya tidak ada pengalaman langsung dalam perihal membeli kereta dan ini adalah pengalaman pertama saya. Insya-Allah di masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pinjaman. 
 
Terima kasih. 
 
KOMEN UZAR : SAYA CADANGKAN SDR TULIS KOMEN RASMI DAN ALAMATKAN KEPADA CEO BANK ISLAM TU DAN TOP MANAGEMENTNYA.  
 
KEPILKAN APA BAGAIMANA LAYANAN PEGAWAI TU DAN SEBUT SEKALI APA YANG DISEBUT.. BIASNAYA PEGAWAI TU AKAN DIKENAKAN TINDAKAN.
 
» Reply to this comment...

Posted by J Firdaus, on 18-12-2007 10:13, IP 211.25.51.1, Guest
7. ...
Assalamualaikum Ustaz, 
 
Baru-baru ini saya telah membeli sebuah kereta dari salah sebuah kedai kereta di tempat tinggal saya. Semasa ke bank untuk menghantar dokumen yang diperlukan untuk pinjaman wang, kerani bank tersebut berkata bahawa beliau akan mengaturkan pinjaman wang secara Islamic kepada saya. Untuk menjimatkan masa, beliau menyuruh saya menandatangani dahulu surat perjanjian sebelum mereka membuat credit checking. Ini juga untuk mengelakkan saya daripada mengambil cuti terlalu kerap untuk menandatangani perjanjian kelak. 
 
Sehari selepas itu, pinjaman saya telah diluluskan oleh bank berkenaan.  
 
Walau bagaimanapun, apa yang mengecewakan ialah ketika saya memeriksa baki hutang saya secara online, bank tersebut telah menulis M**b**k Conventional Hire Purchase Loan. Saya berasa amat kecewa kerana kerani bank tersebut telah berjanji akan mengaturkan pinjaman secara Islamic.  
 
Apakah yang perlu saya lakukan sekarang? My first payment is due on 30th December 2007. Masihkah saya ada masa untuk meminta pihak bank menukar pinjaman itu kepada Islamic method? 
 
Untuk pengetahuan Ustaz, saya telah menerima kereta tersebut dalam masa lebih kurang seminggu selepas membuat tempahan. 
 
Sekian, terima kasih. 
 
:? :upset :( :x :cry  
 
KOMEN UZAR : YE ANDA BERHAK MENUNTUT SEBARANG PEMBETULAN DIBUAT. TUNTUT SEGERA, MENGGUNAKAN SURAT KOMEN, JIKA VERBAL, MEREKA MUNGKIN AMBIL TAK ENDAH
 
» Reply to this comment...

Posted by Sufian Talib-KIAS, on 12-12-2007 22:42, IP 60.52.98.118, Guest
8. ...
salam UZAR, bernas sekali apa yang diperkatakan di atas, actually abang saya juga mengalami masalah yang sama seperti di atas. Semoga dengan penjelasan di atas dapat membantu mereka dalam membuat loan melalui lain2 bank..
 
» Reply to this comment...

Posted by mawaddah, on 12-12-2007 18:58, IP 60.52.98.118, Guest
9. ...
Assalamualaikum, 
Ustaz, ada tak senarai koperasi yang menawarkan pembiayaan Islam? Jzkl.
 
» Reply to this comment...

Posted by Hj Bakhtiar, on 12-12-2007 18:58, IP 60.52.98.118, Guest
10. ...
Terima Kaseh kerana menjelaskan dengan lebih mendalam UZAR,  
 
Artikel UZAR banyak membantu saya dlm perniagaan saya, Saya adalah ejen koperasi menjual personal loan bagi pihak AR Rajihi, jadi komen UZAR iaitu...................  
 
"Jika semua bank-bank ini menolak anda kerana permohonan anda tidak mempunyai kelayakan atau disenaraihitamkan, anda boleh mencuba beberapa Koperasi yang menawarkan Pembiayaan Islam. (  
Namun ia hanya bagi yang layak sahaja seperrti kakitangan kerajaan)"  
 
banyak membantu perniagaan ,Tq UZAR
 
» Reply to this comment...

Posted by Ashaadi Fandzuri, on 12-12-2007 14:51, IP 211.25.51.1, Guest
11. ...
Syabas dan terima kasih atas penerangan Ustaz. Seronok saya membaca penerangan yang diberikan dengan 'flow' dan gaya bahasa yang mudah dan lancar.
 
» Reply to this comment...

Posted by shaty14, on 12-12-2007 11:38, IP 211.25.51.1, Guest
12. ...
alhamdulillah UZAR ... penerangan yang begitu jelas dan kalau ada yang masih tak memahami, maknanya null HATI si pembaca itu yang kabur.
 
» Reply to this comment...

Posted by kandare, on 11-12-2007 13:54, IP 60.52.99.128, Guest
13. ...
bank adalah perniagaan bukan funder. Sementara perniagaan adalah untuk mencari keuntungan.Dan dengan keuntunganlah masyarakat boleh maju.Wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by fahami, on 11-12-2007 13:54, IP 60.52.99.128, Guest
14. ...
assalammualaikom Uzar. 
terima kasih,kerana UZAR memberi jawapan yang padat lagi dapat memberi faham yang jelas mengenai permasalahan yang dinyatakan.[
 
» Reply to this comment...

Posted by Jai, on 11-12-2007 07:37, IP 211.25.130.42, Guest
15. ...
Salam UZAR 
 
Termiakasih sebab artikel ni berguna untuk saya dan org awam yg lain jua..Alhamdulillah
 
» Reply to this comment...

Posted by ummi sakinah, on 10-12-2007 21:37, IP 60.52.97.79, Guest
16. ...
Pahala adalah ganjaran yang tidak nampak secara fizikal, maka bila individu atau syarikat yang membiayai mereka lebih berkonsepkan ganjaran untung.  
 
Inilah yang dikatakan mengamalkan konsep Islamik separuh2 tidak syumul dan menyeluruh. Walaupun tidak salah memperolehi untung dalam berjualbeli tetapi konsep-konsep Islam yang lain juga perlu diimbangi maka indahlah Islam sebagai cara hidup. Konsep beribadah bukan semata dalam rukun Islam namun dalam aspek-aspek lain termasuk muamalat juga dalam menunaikan tanggungjawab kita dalam bekerja. Apa2 pun yang kita amalkan biarlah dengan niat ibadah kerana Allah, besar pahalanya walaupun tidak nyata di dunia namun bernilai untuk kita di akhirat . Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: 
'Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.' (at-Taghabun: 16) 
 
» Reply to this comment...

Posted by azhan, on 10-12-2007 21:36, IP 60.52.97.79, Guest
17. ...
biasanye setiap undang2 dan peraturan dibuat dengan bersebab. 
 
bagi saya, adalah lebih zalim jika bank islam meluluskan pinjaman seseorg sekiranya dengan jelas dia tak mampu utk membayar pinjamannya berbanding bank islam menolak permohanan utk meminjam. 
renung-renungkanlah.
 
» Reply to this comment...

Posted by paie'tif, on 10-12-2007 14:23, IP 211.25.51.1, Guest
18. ...
A'kum UZAR, 
 
Ehm, jelas sekali pandangan/ulasan UZAR walaupun ringkas,tp saya rase memadai utk kami 'org awam' memahaminya.  
 
Jgn lah kiter hanya tahu menuding jari pd perbankkan islam bila berlaku masalah pembiayaan tanpa hujah ilmu yg benar/tepat.  
 
Saya juga berterima kasih pd UZAR atas senarai2 bank dan syarikat insuran yg berlandaskan syariah utk rujukan dan panduan kami..insyaAllah
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom