Utama arrow Lelaki & Wanita arrow Dua Lelaki Terlanjur Meminta Nasihat!
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 50 guests online
PDF Print
User Rating: / 22
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 12-12-2007 22:27
Views 29114    
Favoured 21

Dua Lelaki Terlanjur  

Meminta Nasihat

Bagi manfaat pengunjung web saya kali ini, terdapat dua soalan agak memeranjatkan yang boleh saya gabungkan jawapan dan respondnya. Berikut adalah soalan pertama yang amat tidak menyenangkan :-

Soalan 1

Gambar Hiasan
 

Ana seorang graduan ilmuan (deleted by admin) dari Timur Tengah dan sudah beristeri serta mempunyai anak. Namun secara sedar nafsu ana amat sukar dikawal dan sering terangsang. Walaupun ana merupakan seorang guru di sebuah sekolah, dan sering ilmu kebaikan kepada masyarakat, ana tewas pada satu hari, satu malam.. telah beberapa minggu peristiwa hitam itu berlaku. Ana terlanjur berzina dengan seorang pelacur!!! Ia berlaku dengan sangat cepat dan seperti mimpi. Astaghfirullahal azim..

Ana menangis sehebatnya selepas keterlanjuran itu dan kini kerap merasa diri sangat hina dan munafik. Ternyiang-nyiang rejaman sampai matilah bagi dosa seperti ini. Malam keterlanjuran dan selepas taubat, ana seakan meredhakan datangnya kematian kerana terlalu tertekan...rupanya masih ada pagi bagi diri ini.

Kini ana seakan tiada nafsu lagi dengan wanita seksi sebagaimana dulu, ana juga semakin jarang terangsang dengan mudah sebagaimana dulu akibat rasa salah ini. Teringat bagaimana rupanya zina itu tidak sehebat yang ana fantasikan selama ini. Fantasi oleh Syaitan ini kerap membelenggu ana hingga akhirnya jatuh. Sehingga kini ana masih terlalu pelik dengan diri sendiri sehingga ada kalanya merasakan peristiwa hitam itu semacam satu mimpi ngeri. Ya allah ...terimalah taubatku, ana nak minta sangat apa-apa nasihat dan teguran dari Al-fadhil ustaz untuk ana yang amat lemah ini.

- Melalui email (sebahagian bahasa asal telah diedit kerana rumit berbelit-belit) -

Soalan 2

Saya sedang menyesali dan mohon semoga taubat saya diterimaNya sekarang ini kerana saya telah terlanjur dengan seorang wanita sekerja, malah ia telah gugurkan kandungannya
sekali.

Sudah Senjakah Peluang Ke Syurga Dengan Dosa Sebegini ?
 

Saya dah lama berkahwin tapi tidak ada anak lagi.. Isteri dah tahu tapi tidak mahu saya
menceraikannya. Wanita itu pula kecewa dengan keputusan saya kerana lewat menceraikan isteri
saya lalu kini bertunang dengan seorang wanita yang berjawatan agama di sebuah institusi agama.

Wanita ini anak 'Ketua Masjid' disegani di (deleted by admin). Wanita ini juga
berpendidikan agama yang tinggi juga. Apakah yang saya perlu buat ? nak pilih yang mana?

Untuk berpoligami insaAllah saya mampu zahir batin sebab income saya mencecah RM 7 ribu sebulan tetapi dua-dua wanita tidak setuju poligami atau perlu ke terus terang dengan bapanya? ini
seperti membuka aib saya tapi saya perlu pertolongan saudara-saudara sekalian untuk
nasihat dan teguran. Saya rasa dosa saya ni terlalu besar sangat dan pernah
hampir-hampir 'putus asa'.

- Soalan melalui zaharuddin yahoogroup -

PANDANGAN UZAR

Bagi soalan yang kedua saya sebenarnya ada kekeliruan sedikit dengan info yang diberikan oleh saudara. Iaitu adakah wanita yang saudara terlanjur itu adalah wanita yang sama dengan wanita yang disebut saudara sebagai berjawatan agama, kerja di insitutsi agama itu dan telah bertunang dengan saudara.?

Bagi penyoal kedua, jika wanita itu berbeza pula, ini bermakna saudara ini boleh dikatakan ‘bermain dan mempermainkan' ramai wanita dalam satu masa. Ini menunjukkan saudara mempunyai masalah hati dan iman yang agak besar dan tanpa perubahan radikal dalam cara ibadah dan cara hidup, berdasarkan hukum Islam, saudara mungin akan menempah azab yang maha pedih di alam selepas kematian, bertaubat dan bersungguhlah membuat perubahan drastic agar tidak terlambat.

Ingatan Umum Bagi Kedua-dua Penyoal

Bagi kedua-dua penanya (soalan satu dan dua). Saya ucap takziah atas dosa besar yang dilakukan tetapi sekalung tahniah atas keinsafan anda berdua terutamanya penyoal pertama, anda selaku orang berilmu tetapi telah mencarikkan adat orang berilmu dengan perilaku terkeji itu. Inna lillahi wa inna ilaihi Rajiun.

Jika anda berdua merasa sangat berdosa dan hina sekarang ini akibat perbuatan-perbuatan dosa saudara itu, ia adalah satu tanda baik dan tanda iman masih ada janganlah sampai berputus asa. Kutuk dan hinalah  diri sebanyaknya agar anda benar-benar berterusan insaf dan taubat, asal jangan sampai berputus asa dan bersangka buruk dengan Allah swt.

Rasakan diri sebagai ‘celaka' dan tidak tahu malu dengan Allah swt yang telah memberikan anda isteri yang sah......tiada kata yang dapat diberikan kecuali anda wajar mencari rasa kehinaan hingga penyesalan tiba dan tersemat di hati, dengannya akan terhapus rasa ingin mengulanginya.

Cuma saya nasihatkan juga agar anda berdua melihat dosa anda berdua secara positif, iaitu bagaimana menjadikannya membawa kebaikan selepas ini.  Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari seorang ulama terkenal dalam bidang sufi dalam salah satu kata hikmahnya menyebut :-

معصية أورثت ذلاَ وانكسارا , خير من طاعة أورثت عزَا واستكبارا

Ertinya : "Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil, rendah diri, hina dan hancur hati ( kerana penyesalan dan taubat)  lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, bangga dan hebat ( sehingga tahap ujub)"

Saya juga tertarik dengan satu lagi kata hikmah beliau sebelum itu yang berbunyi :-

ربما قضى عليك بالذنب فكان سبب الوصول

Ertinya : Berkemungkinan ditaqdirkan bagimu melakukan satu dosa sebagai sebab musababab untukmu sampai kepada keredhaan Allah swt (dengan rasa rendah diri, hina dan akhirnya berubah menjadi soleh)

Dr Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti dalam menghuraikan kedua-dua hikmah ini membawakan dalil berikut sebagai sokongannya :

إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Ertinya : kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Furqan : 70)

Seseorang yang menyesali sebenar-benarnya keterlanjuran dosanya dan merasakan kepedihan dan kehinaan diri kerananya adalah merupakan salah satu bentuk cara Allah swt mengazabnya di dunia lagi bagi menyelematkan di akhirat, dan boleh menjadi sebab Allah menukarkan selepas azab tersebut dengan kebaikan yang lebih banyak. (Al-Hikam Al-‘Atoiyyah : 3/147)

Benarlah kata hikmah ulama yang menyebutkan : "Sesungguhnya tangisan dan sedu sedan seorang yang terjatuh dalam maksiat kerana pedih dan sesal kerana maksiatnya sudah pasti lebih dicintai oleh Allah swt dari tasbih orang yang menunjuk-nujuk sambil berasa ujub terhadap kebaikan dirinya"

Justeru, kecewakanlah Syaitan dengan menjadikan keterlanjuran anda berdua sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Antara tindakan lain yang boleh anda berdua lakukan bagi membuktikan taubat sebenar adalah :-

1)  Menambah amalan soleh, diwaktu hampir musim Hari raya Qurban ini amalan yang terbaik adalah melaksanakan Qurban. Berqurbanlah sebanyak yang mampu bagi menampung dosa-dosa yang dilakukan.

2)  Menjauhi apa jua yang mampu membawa kepada ingatan semula kepada nafsu silam, jauhi semua jenis chat, website lucah, bacaan lucah, akhbar dan gambar semi lucah dan yang sepertinya. Bagi penyoal pertama, sekali nafsu anda kini terkawal, teruskan kawalannya.

3) Bagi penyoal kedua, jauhi berdating, berdua-duaan dan apa jua tindakan yang boleh menjadikan anda terlanjur dengannya. Hormatilah diri anda dan dirinya.

Demikianlah beberapa komentar umum saya bagi kedua-dua soalan.

Teguran & Nasihat Khas Bagi Penyoal Kedua

Berkenaan nasihat dan teguran khusus bagi soalan kedua, sebelum itu perlu diingatkan bahawa pandangan ringkas ini hanyalah satu pandangan dari saya selaku individu biasa sahaja, ia bukan bersifat ‘paling tepat' terutamanya saya juga bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas dalam isu rumahtanggan seperti ini. Berikut adalah pandangan ringkas saya :-

1) Memang saudara telah lakukan dosa besar kerana melakukan zina dengan rakan sekerja anda. Taubat yang sebenar-benarnya adalah WAJIB dilakukan disertai dengan rasa penyesalan yang tinggi sebagaiamna penyoal pertama menyesal. Saya juga bimbang, jika saudara masih bekerja di tempat lama dan masih sepejabat dengan rakan wanita tersebut. Dosa yang sama mungkin boleh berulang kerana Syaitan tidak akan putus asa dalam menggoda anda berdua. Segeralah mencari jalan agar berjauhan dengan wanita ini.

2) Menggugurkan anak tadi juga jika bayi sudah berusia 120 hari di dalam kandungan adalah dosa besar yang kedua. Jika sebelum 120 hari, ia harus menurut majoriti Ulama sedunia. Saya tidak pasti pengguguran wanita sekerja saudara itu dilakukan dalam kategori pertama atau kedua.

3) Berkenaan tiada anak, saya kira bukan anak yang saudara cari sebenarnya tetapi nafsu saudara yang bermasalah. Justeru janganlah lagi dijadikan alasan ‘dah kahwin lama tetapi tiada anak" untuk menjustifikasikan keterlanjuran keji itu. Zina adalah bukan penyelesai kepada tiada anak. Ia hanyalah sebenarnya tipu daya nafsu semata-mata.

4) Bagi saya, saudara perlu memujuk isteri saudara dan tunang saudara untuk berpoligami. Berdosa hukumnya bagi tunang saudara itu menuntut saudara menceraikan isteri saudara.

Setelah melakukan yang terbaik dalam memujuk kedua-dua mereka, saya kira saudara sudah sampai ke tahap WAJIB berkahwin lagi disebabkan nafsu yang sukar dikawal dan dikelilingi suasana zina. Tiada apa lagi yang mampu saudara lakukan terhadap bantahan isteri dan tunang saudara, kecuali mengabaikan bantahan mereka dan terus berpoligmai demi menjaga akhirat saudara dan mereka.

Si isteri sudah tentu tidak mahu suaminya berterusan menjadi penzina yang patut direjam sampai mati.

Tunang pula sepatutnya tidak boleh berterusan dalam pertunangan tergantung dan bakal jatuh dalam zina tanpa kawalan sewajarnya. Selaku wanita berpendidikan agam tuning saudara sepatutnya mengutamakan penjagaan agama  dari mengutamakan emosinya semata-mata.

Saya kira, bertemu dengan ibu bapa kedua-dua mereka untuk meminta bantuan agar melembutkan kedua mereka agar bersetuju juga mampu mendatangkan kebaikan. Namun tidak perlulah anda mendedahkan perihal keterlanjuran anda dahulu. Anda juga perlu membuat telahan dan sedikit risikan terhadap sifat kedua ibu bapa mereka.

Akhirnya, mungkin ramai yang tidak sependapat dengan saya dalam hal ini tapi itulah pandangan yang sempat dan mampu saya coretkan dikesempatan yang ada.

Rakan-rakan pembaca lain bebas memberikan nasihat di ruangan komentar. Yang pasti, semua kita sedang cuba berfikir yang terbaik bagi mereka untuk kehidupan dunia dan akhirat mereka. Janganlah ada yang mencaci maki dalam ruangan yang disediakan.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

12 Dis 2007

http://www.zaharuddin.net/

3 Zulhijjah 1428 H (Malaysia)

4 Zulhijjah 1428 H (Saudi)

Last update: 13-12-2007 09:30

Published in : Soal Jawab, Lelaki dan wanita
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (70) RSS feed comment
Posted by Aminah bt.Awang, on 02-11-2009 01:07, IP 115.132.15.135, Guest
1. Dua lelaki Meminta Nasihat
Oleh saudara seorang yg sukar mengwal nafsu...saya cadangkan saudara berkahwin dengan wanita itu...tidak perlu isteri saudara setuju atau tidak. Jika saudara jujur dan berterus terang dengan isteri saudara...insyallah dia akan setuju juga akhirnya.
 
» Reply to this comment...

Posted by nor, on 13-08-2009 15:51, IP 115.135.8.91, Guest
2. pendapat saya
jangan menyakiti hati wanita hanya kerana nafsu.kerana hati wanita halus dan perlukan kasih dan sayang.terima lah kekurangan ya
 
» Reply to this comment...

Posted by mystique, on 13-08-2009 09:24, IP 124.13.95.53, Guest
3. Lelaki hampir berzina dgn isteri org
Assalamualaikum ust.. 
 
Sy kini sdg menjalin hubungan dgn seorg lelaki yg sy tahu kisah silamnya. Dipendekkan cerita, dia pernah hampir berzina dgn isteri org (saudara sendiri). Sy tahu tindakan sy utk mengambilnya menjadi tmn hidup adalah kerja gila. Tp sy yakin dia telah bertaubat sepenuhnya..n menyesali perbuatannya. 
 
Soalan saya..  
Perlukah dia berterus terang kpd suami wanita tersebut ttg perlakuan mereka sebelum ini sbg tanda bertaubat?  
 
Terima kasih di atas perhatian ust.. Assalamualaikum 
 
UZAR : Tidak perlu.
 
» Reply to this comment...

Posted by ZacEfron, on 05-06-2009 09:27, IP 60.48.56.45, Guest
4. Minta Penjelasan
Ust, bolehkah dosa zina tu diampun dgn hanya bertaubat tanpa melaksanakan hukum2 Allah seperti rejam ataupun rotan 100 kali bg yang belum berkahwin?? 
Dah lama dah konfius dgn benda2 ni. Minta ust jelaskan
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by min, on 01-12-2008 18:53, IP 60.54.238.253, Guest
5. Assalamualaikum
Manusia telah dijadikan oleh tuhannya untuk melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya.dan manusia juga boleh diklasifikasikan sebagai musafir di gurun yang gersang.untuk melalui kegersangan gurun yang panas ada kalanya nasib baik menyebelahi mereka tetapi kadangkala kegersangan itu membuatkan mereka sesat hingga tidak sampai ke destinasi yang ingin dituju. 
kita sebagai umatnya perlulah meneguhkan iman dihati serta menggunakan akal serta menggunakan ilmu yang telah diberikan olehnya untuk membuat keputusan yang bijak dalam hidup agar tidak mudah ditipu dengan godaan dunia yang amat mengasyikkan ini. 
kepada sesiapa yang diluar sana yang sudah insaf ataupun yang belum sedar.........sedarlah segera dari lamunan atau mimpi2 palsu yang menjadi mainan syaitan&iblis untuk menyesatkan cucu cicit adam.dan ingat masih ada pintu taubat untuk kalian............ 
peringatan ini juga ditujukan khas untuk diri saya sendiri agar tidak terkeluar daripada landasan yang telah disyariatkan oleh ALLAH S.W.T........kepada umatnya yang begi2 kerdil dan hina...................... 
wassalam :)
 
» Reply to this comment...

Posted by siswi_api, on 21-11-2008 22:23, IP 194.80.178.1, Guest
6. ...
Di zaman ni memang macam2 gelagat manusia yang sangat2 keterlaluan.  
 
Bila pengaruh pemikiran masyarakat yang berkiblatkan barat semakin berleluasa di kalangan anak-anak muda. 
 
Inilah hakikatnya dunia akhir zaman..
 
» Reply to this comment...

Posted by mukminah solehah, on 14-06-2008 19:19, IP 60.52.102.239, Guest
7. ...
saya rasa penyoal 1 benar2 ingin bertaubat...memang ada ustaz @ imam pernah terlanjur kerana syaitan sendiri pernah berjaya menyebabkan abid yg tekun beribaadah merogol, kemudian membunuh wanita tu..pernah dgr tak kisah ni...so lelaki...jgn le berani berdua2 an ng wanita...risiko besar tu
 
» Reply to this comment...

Posted by muSz78, on 20-05-2008 12:58, IP 60.52.103.116, Guest
8. ...
Assalamualaikum, 
Saya rasa nasihat dan teguran dari Saudara Zaharuddin adalah suatu yang amat baik dan berguna kepada setiap orang termasuk diri saya. Adakala kita sebagai manusia biasa akan tewas dengan pujukan nafsu dan syaitan termasuk keadaan sekeliling kita. Walau bagaimana pun janganlah kita putus asa dan buruk sangka dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azzawajalla..wallahua'lam
 
» Reply to this comment...

Posted by zack, on 15-05-2008 14:25, IP 60.52.99.184, Guest
9. ...
Penyesalan yang teramat sangat merupakan jalan dan pintu menuju kepada taubat yang akan diterima oleh Allah swt. Berdoa kepada Allah agar kita dipelihara dan dilindungi daripada melakukan dosa-dosa besar yang dilarang.. Salah satu sebab berlakunya perzinaan apabila seseorang itu mempunyai peluang untuk melakukannya..Oleh itu, berusaha bersungguh-sungguh untuk menutup dan menjauhi peluang yang ada tersebut..
 
» Reply to this comment...

Posted by Arief, on 19-03-2008 17:13, IP 211.25.51.1, Guest
10. ...
"tidak ada yang dapat mengusir syahwat melainkan rasa takut pada Allah sehingga menggetarkan hati dan rasa rindu padaNya yang membuatkan hati merana. " Ibnu Athaillah
 
» Reply to this comment...

Posted by Ahmad syauqi, on 10-03-2008 22:48, IP 60.52.102.7, Guest
11. ...
Semarakkan perjuangan daulah islamiyyah.................... ..................
 
» Reply to this comment...

Posted by hasnida, on 05-03-2008 12:57, IP 211.25.51.1, Guest
12. ...
memang berat sekali dosa zina....bagi mereka yg pernah melakukan dan sudah insaf...pasti merasakan seolah2 ada batu terhempap di atas kepala....saya merasa sedih dgn apa yg telah berlaku...permulaannya adalah pandangan.... 
 
dan siapa yang berani berdua-dua an dengan wanita yang bukan muhrimnya adalah berisiko besar .... 
 
adakala nya terdapat juga wanita2 seksi yang cuba menggoda lelaki2 yang beriman... 
 
wahai kaum wanita dan kaum lelaki....selitkan dalam DOA mu mudah-mudahan diri, keluarga..dan keturunan terselamat daripada dosa zina....insyaAllah
 
» Reply to this comment...

Posted by ameer, on 04-03-2008 07:07, IP 60.52.100.190, Guest
13. ...
salam. 
 
iman kita di ibaratkan seperti roda yang berpusing. kadang-kadang kita iman kita berada pada tahap yang tinggi dan kadang-kadang akan jatuh merudum.  
 
juga boleh diibaratkan sepertiombak dilaut. kadang-kadang 'tinggi macam ombak tsunami' dan kadang-kadang mcm ombak yang mula-mula sampai ke bibir pantai. 
 
untuk diriku dan saudara-saudara sekalian,kita kena ingat yang syaitan telah berjanji kepada ALLAH yang dia akan kacau,ganggu,psiko iman anak-anak Adam dengan apa cara sekalipun. xdapat plan A buat plan B. plan B xblh plan C pulak dan seterusnya.. 
 
saya selalu teringat dengan pesanan ustaz saya, "sesungguhnya rahmat ALLAH itu turun kepada jamaah"..a'laikum bil jamaah.. 
jamaah yang macam mana?sudah pasti jamaah yang sentiasa berpegang pada prinsip amar makruf nahi munkar. secara praktikalnya bila kita hidup dalam keadaan berjamaah kita dapat berkongsi cerita,masalah,peluang dan sebaginya dengan ahli jamaah kita. jika kita berseorangan kita nak luahkan pada siapa?mm masa ini lah syaitan akan dekat dengan kita. mulalah fikiran,idea yang pelik-pelik.yang pasti idea syaitan ini semuanya kearah perkara-perkara yang mungkar!! 
 
ngeri dan sadis sungguh melihat perkara yang berlaku pada saudara kita diatas. dan pasti diluar sana banyak lagi contoh-contoh yang lagi sadis dari kisah ini. 
 
mudah-mudahan kita sentiasa dibawah rahmatNYA..ameen. 
 
wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by kifli, on 23-02-2008 07:51, IP 60.52.97.150, Guest
14. ...
DUNIA INI TEMPAT YANG PENUH UJIAN HIDUP....JADILAH INSAN YANG BENAR-BENAR BERUSAHA UNTUK MENINGGALKAN SEGALA JENIS KEBURUKAN DAN DOSA....DOSA YANG TELAH DILAKUKAN MENJADI SATU KEBANGKITAN UNTUK MELAKUKAN SEBERAPA BANYAK KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN ....KITA DIBEKALKAN BANYAK KEKAYAAN DALAM DIRI OLEH ALLAH UNTUK MENJADI SEORANG KHALIFAH DAN HAMBA YANG BERTAKWA KEPADA PENCIPTANYA BUKAN KEPADA MAKHLUK YANG DICIPTAKANNYA....MARILAH KITA SAMA-2 SELALU MUHASABAH DIRI UNTUK BEKALAN KITA ESOK HARI..MEMANG TUGAS KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM MENJADIKAN DIRI INI LEBIH BAIK DAN TERBAIK DARI SEMALAM...
 
» Reply to this comment...

Posted by nurulain.............89, on 20-02-2008 16:49, IP 211.25.51.1, Guest
15. ...
wahhai saudara berdua....bertaubat lah sebelum terlambat..bersyukur lah kerana dkurniai hawa y ckup istimewa......buat saudara pendidik...sedar lah.saudara seoran ulama ilmu y mencurahkn ilmu kpd masyarakat....smoga ilmu y saudara smpaikn dberkati oleh allah y maha pgampun................amiin.. wallahualam..insyaallah....... ..
 
» Reply to this comment...

Posted by wardah, on 13-02-2008 08:00, IP 60.52.99.153, Guest
16. ...
memang ngeri situasi sekarang zina bagaikan satu wabak yg tak dpat ditegah lgi..ianya seolah-olah satu perkara biasa yg ada di mana-mana..sama-samalah kita doa agar negara kita diperintah oleh parti yg ingin menjalankan hukum ALLAH..mudah-mudahan negara kita terselamat dari azab dan bala ALLAH.
 
» Reply to this comment...

Posted by mayon..., on 11-02-2008 11:38, IP 60.52.102.138, Guest
17. ...
:grin banyak ye ulama kat halaman nie.... satu jer yang nk gtau, sesungguhnya ALLAH ta'ala maha mengetahui lagi maha bijaksana...
 
» Reply to this comment...

Posted by Wan, on 08-02-2008 20:12, IP 60.52.96.218, Guest
18. ...
Assalamualaikum.. 
Khas kepada Saudara Aznan.. 
 
Saya sebagai orang awam yang tidak berapa tinggi ilmu agama nie rasa terpanggil dengan hujah yang saudara beri..semacam mengatakan sekiranya buat usaha dakwah (tabligh) akan lebih mudah terjerumus dalam kesesatan seperti kata saudara.. 
 
"Tapi biasanya ada yang membawa virus taksub dan takabbur, meremehkan orang lain dan aku sahajalah yang betul sehingga akhirnya hidayah yang di cari tapi virus ujub telah menyerangnya tanpa di sedari!" 
 
Pendapat seperti begini sekiranya diambil kira pada ahli jemaah yang melakukan kesilapan memanglah benar..Tetapi adakah itu batu ukur untuk melihat usaha yang dibuat itu "tidak berapa betul"? Seterusnya menyebabkan saudara juga menjauhkan diri dalam usaha ini?  
 
Soalan mudah dari saya..walaupun saudara semacam tidak begitu berkenan dengan usaha dakwah "tabligh", cara bagaimana yang dirasakan sesuai untuk menarik manusia dekat kepada Allah? Bagaimana pula dengan beribu sahabat-sahabat nabi yang lahir di mekah dan madinah tetapi kubur mereka berada di negeri China? Kubur meraka di alihkan atau apa? Bukankah dengan "keluar" menemui manusia semata-mata untuk islah diri sendiri di samping menyebarkan agama di seluruh alam? Nabi tidak sampai di Malaysia tetapi Alhamdulillah dengan adanya manusia yang mengorbankan diri, harta, masa di jalan Allah, kita semua dapat Islam..Jika sahabat-sahabat tidak "keluar", bagaimana pula orang malaysia dapat Islam?  
 
Cara apa jua sekalipun, sekiranya tidak disertai dengan iman yang betul akan menyebabkan kita tersesat..Yang penting bagaimana kita dapat sesuatu perkara ikut cara Nabi S.A.W.. 
Wallahua'lam..
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu Hafs, on 05-02-2008 19:40, IP 211.25.51.1, Guest
19. ...
sekalung penghargaan utk ummuhannan. semoga saya juga akan memiliki isteri sepertimu. amin... (^_^)
 
» Reply to this comment...

Posted by ummuhannan, on 30-01-2008 12:53, IP 211.25.51.1, Guest
20. ...
salam uzar dan semua pembaca, 
 
mencegah itu lebih baik daripada merawat. indahnya islam tatkala mana Allah dah bagi kaedah ini dalam al-Quran, untuk mengelak zina, "jangan kamu hampiri zina" inilah langkah pencegahan dr terjerumus ke arah penzinaan. 
 
sebagai seorang isteri (tidak bekerja), saya tidak dpt menipu diri untuk tidak berasa risau langsung dgn suami-bukan bermaksud bersangka buruk cuma lihatlah keadaan disekeliling kita pada hari ini,  
 
wanita pendedah aurat sesak berada di mana2 saja yang boleh dilihat secara percuma tanpa bayaran. pernah suatu hari, semasa berjalan2 dgn suami di sebuah supermarket, tiba2 entah dr mana datang berjalan di depan kami dua wanita melayu yang memakai baju sendat dan jeans ketat yang terlondeh.  
 
Bayangkan perasaan saya waktu itu, rasa geram sangat dgn wanita tersebut. saya pegang tangan suami dan tarik dia ke depan.  
 
sebagai seorang isteri, kita punya peranan sebagaimana suami dalam masalah untuk saling tolong-menolong meningkatkan keimanan dan ketakwaan.  
 
Jika suami wajib membimbing isterinya ke arah jalan yang benar, sebagai isteri kita juga seharusnya ada inisiatif untuk berbuat perkara yang sama terutamanya dalam menyelamatkan suami daripada terjerumus ke lembah maksiat.  
 
Alhamdulillah, kami berdua aktivis dakwah namun begitu masih takut terjebak dgn maksiat hati dan zina mata. Justeru itu, kami mengambil keputusan untuk tidak memiliki TV kerana siaran TV tidak menambah keimanan bahkan menambah dosa. Pernah suatu hari kami makan di sebuah restoren yang memasang siaran astro. semasa iklan, terkejut saya apabila tiba2 keluar perempuan mat salleh berbikini.  
 
Dalam hati, macam mana la orang2 lelaki yang saban hari dok tengok astro. Isteri dia tak cemburu ke bila suami tengok aurat wanita selain dari dirinya? 
 
Kepada yang sudah terjebak dengan zina, bertaubatlah, jika kita punya ilmu agama sekali pun, tapi tidak diamal ia ibarat pohon yang tidak berbuah. Anda mudah terangsang dan nafsu tidak dpt dikawal kerana anda sendiri yang membajainya. Sebenarnya kita dapat mengawal nafsu liar tersebut dengan kaedah pencegahan dalam islam.  
 
Sibukkan diri dengan aktiviti dakwah dan jangan dedahkan nafsu dengan hidangan maksiat yang menyelerakan insyaAllah akan mengekang dan dapat menjinakkan nafsu yang liar. Bila kita sudah sibuk dengan aktiviti dakwah, kita akan dapat hiburan baru yang mententeramkan hati seperti berukhuwwah, kemanisan iman, tilawah al-quran, tahajjud, kawan yang soleh, ilmu yg bermanfaat dan paling tinggi ialah cita2 memburu syahid. Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada terjebak dgn dosa2 besar dan kecil..amin. wallahu'alam.
 
» Reply to this comment...

Posted by SUFI, on 24-01-2008 18:56, IP 60.52.99.118, Guest
21. ...
Apakah kejayaan sebenar manusia d dunia dan d akhirat? ALLAH telah letakkan kejayaan manusia dalam agama sejauh mana kita taat kpd ALLAH dan rasulnya.. ramai orang berpendapat, kejayaan manusia apabila dia adaharta,pangkat, kereta mewah dn sebagainya, namun ketahuilah itu adalah kesenangan yg sementara. Manusia mulia di sisi Allah bila dia bawa agama yang sempurna d dlm hidupnya seperti mana sunnah yang telah ditunjukkan oleh nabi saw. Kemuliaan seorang nabi terletak pada jiwa kenabiaannya DAN kemuliaan umat akhir zaman ini terletak pada kerja dakwah yang telah dikurniakan oleh ALLAH. Rasulullah pernah bersabda; 
sahabat2 ku umpama bintang di langit, sesiapa yang mengikuti salah seorg di antara mereka pasti dan pasti akan berjaya...
 
» Reply to this comment...

Posted by din, on 20-01-2008 13:35, IP 60.52.103.243, Guest
22. ...
salam, boleh saya tanyakan penulis buku yang boleh saya gunakan sebagai rujukan, memang ada banyak buku di pasaran... akan tetapi saya tidak tahu mana satu yang bagus dah mudah untuk difahami.
 
» Reply to this comment...

Posted by Abdul Mukhlisin, on 17-01-2008 22:36, IP 60.52.99.89, Guest
23. Abdul Mukhlisin
Sdr Din , saya simpati atas dilema sdr. Saya ingin syor sdr. jinaklah diri sdr dgn masjid. Duduklah dlm majlis ilmu & ta'lim fada'il amal. Bergaullah dgn rakan-rakan yg blh membimbing sdr ke arah kebaikan. Sentiasalah berdoa kpd Allah agar diampuni segala kesalahan. Bertaubatlah dgn sebenar-benar taubat. Allah s.w.t. Maha Pengampun. Sekira hamba-Nya , dosa sebanyak langit & bumi sekalipun akan dimaafkan melainkan syirik kepada-Nya. Saya doakan sdr dan kita semua sentiasa dlm taufik & hidayah Allah s.w.t.
 
» Reply to this comment...

Posted by din, on 17-01-2008 14:49, IP 211.25.51.1, Guest
24. ...
salam kepada ustaz dan semua, saya ada sedikit soalan yang ingin di ajukan. saya adalah salah seorang pelajar universiti tempatan.  
 
Sebelum ini saya pernah melakukan dosa2 besar. akan tetapi sekarang saya ingin berubah dan bertaubat. adakah dosa2 saya akan diampunkan. disini saya nytakan sekali lagi dosa2 yang saya lakukan adalah besar. saya cuba dengan bermula dari awal iaitu membaca al-quran dan mula untuk bersembahyang , akan tetapi saya di tempelak oleh rakan2 yang lain kerana saya kononnya hanya ingin mununjukkkan di depan mereka sahaja bahawa saya ingin berubah,  
 
Saya juga pernah berbuat salah dengan mereka dan dengan sebab ini mereka tidak yakin akan saya boleh berubah.  
 
Saya juga pernah bertanyakan permasalahan keagaamaan kepada mereka. akan tetapi disuruhnya cari sendiri, memang saya ada mmencari maklumat didalam buku dan kitab , akan tetapi bagi seorang insan yang kurang pengetahuan agama seperti saya agak sukar memahinya sepenuhnya. saya memmerlukan pendorong untuk meneruskan usaha saya. pernah juga saya diajak memasuki agama kristian lantaran kawan2 saya yang non muslim agak kasihan dengan keadaan saya sekarang, akan tetapi saya menolak. saya tidak pernah memberitahu kawan2 yang muslim tentang ajakan itu.  
 
Saya masih lagi dalam berfikir adakah saya betul2 dapat mempelajari islam sepenuhnya dengan keadaan saya sekarang, pada pendapat ustaz apakah saya perlu lakukan. sememangnya saya ingin berubah dan saya tidak ingin hidup dalam keadaan yang sekarang ini. adalakah saya patut mencari lebih banyak buku ? atau mencuba mencari guru yang sepatutnnya?
 
» Reply to this comment...

Posted by AIR TAWAR, on 17-01-2008 13:21, IP 211.25.51.1, Guest
25. ...
SEMOGA DOSA MEREKA DI AMPUN DAN DI BERI HIDAYAH :cry :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by Abdul Mukhlisin, on 17-01-2008 07:53, IP 211.25.51.1, Guest
26. ...
Kata sahabat Nabi Muhammad s.a.w.,"Kami belajar iman , baru kami belajar al-Quran".  
Mahfum hadith Nabi Muhammad s.a.w.,"Wahai sahabat , perbaharuilah iman kamu. Sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w ,"Bagaimanakah kami memperbaharui iman kami ,ya Rasulullah?". Perbanyakkan ucapan La ila ha illah".  
Semoga kita semua diberi taufik untuk sentiasa memperkatakan kehebatan Allah s.w.t. Apabila hati ada kehebatan Allah , semua perintah Allah dapat diamalkan.
 
» Reply to this comment...

Posted by mayon..., on 16-01-2008 21:49, IP 60.52.102.20, Guest
27. ...
:) tu sebab usaha atas iman perlu dilakukan, barulah iman kita ada kekuatan...
 
» Reply to this comment...

Posted by Syeikh, on 16-01-2008 21:47, IP 60.52.102.20, Guest
28. ...
Setiap yang berlaku telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. . Sebagai seorang hamba kita wajar bertaubat atas segala kesalahan yang dilakukan. Oleh itu , segala sikap negatif itu cubalah kita hindarkan dengan melapangkan masa dengan amalan-amalan yang diredhai Allah s.w.t. Sebab hati yang lalai akan memudahkan hasutan nafsu dan syaitan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 12-01-2008 06:38, IP 60.52.103.244, Guest
29. Berlapik
Muslimat 
Cakap berlapik, anda belum diuji, entah2, Nauzubillahminzalik :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by Azzahra, on 04-01-2008 15:44, IP 211.25.130.42, Guest
30. ...
Kepada kaum lelaki yg ingin kahwin lagi kerana tiada anak, diharap dapat membahagiakan isteri pertama dahulu dengan berubat atau mengambil anak angkat supaya isteri pertama tidak kesunyian tatkala saudara bergembira dengan isteri kedua. Bagaimana anda ingin bahagia dengan org ke dua sedangkan anda tidak mampu untuk membahagiakan insan yg pertama. Fikir-fikirkanlah.
 
» Reply to this comment...

Posted by Nik, on 03-01-2008 16:05, IP 60.52.102.142, Guest
31. ...
Semoga Allah terima taubat mereka...dan mudah-mudahan Allah berikan hidayah . Ustaz saya pun masalah sikit nak tnya tapi tak tau email ustas. Kerana masalah sy ni berat juga saya nak tanggung dan sy perlukan kepada sesaorang yang betul dapat membantu menyelesaikannya.
 
» Reply to this comment...

Posted by raudhah, on 03-01-2008 06:55, IP 60.52.98.113, Guest
32. ...
pada penyoal, tahniah kerana insaf atas kesilapan yang telah dilakukan. harap taubat yang dilaksanakan benar2 taubat dan tidak mengulanginya semula.  
kepada mana2 lelaki termasuk penyoal, jika ada keinginan atau terangsang sangat melihat dugaan di sekeliling anda, ingatlah emak anda kaum wanita, isteri anda pun wanita, anak anda pun wanita, juga adik atau kakak anda. kalau anda sanggup melihat mereka melakukan zina dengan mana2 lelaki lain di depan mata anda, maka layanilah hasutan syaitan itu. 
sebagai perempuan dan isteri, saya amat takut perkara ini berlaku pada suami saya. namun, apalah daya isteri, hanya berdoa siang dan malam agar dijauhkan semua ini. kepada para lelaki, kasihanilah isteri anda yang satu sebagaimana ketika anda mengahwininya dulu.
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba_Allah, on 28-12-2007 16:46, IP 60.52.97.64, Guest
33. ...
Syabas diucapkan kepada saudara DANISH ; 13/12/2007 di atas 'reminder' yang saudara berikan. Tidak dapat dinafikan bahawa 'reminder" tersebut sedikit sebanyak dapat membuka pintu hati untuk muhasabah diri dan membuka minda untuk berpikir sekaligus membantu diri untuk mempraktikkan cara hidup Islam SEBENAR.. Ayuhlah kaum Muslimin dan Muslimat, sadarlah bahawa ada di antara kita sebenarnya sudah tersasar jauh dari landasan Islam kerana terlalu taksub dengan gaya hidup "up to date" yang berteraskan budaya yahudi... 
Nauzubillahi min zalik.. 
Mari bersama menuju ke arah kegemilangan Islam.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by jipah, on 22-12-2007 15:48, IP 60.52.102.111, Guest
34. ...
dulu pun ana pun bkn stkt ikut jamah tbligh tp mmbesar dlm jamah tabligh,tujuan ana menulis bkn untuk megkritik mane2 gerakn islam. 
 
ana mmg mnyokong tbligh tp bkn stkt tabligh je ana sokong tp sluruh grakn islm yg lain jgak.ana hrp member yg duduk dlm tbligh tu jgn ingt hanye ngan tabligh shja yg btul cz tabligh cuma usha ats iman dgn ckp shaje n keluar..kite kene ingat islm bkn untuk dkuasai tp menguasai.kite bkn stkt nak iman mantap tp kite nak dalam masa yang sama umat islam digeruni,hukum islam tertegak,ajaran islam tersebar ,. 
 
amalan islam diamalkan,akhlak diperaktikkan di kalangan umat islam,ekonomi dunia org islam yang pegang,syariat islam dijalankan senang citer,seluruh keindahan islam di lihat oleh org bukn islam tp macamane? 
 
x lain xbukan seluruh umat islam mesti bersatu walaupn dalam berbagai ideologi dan fahaman tp menghormati satu sama lain cz dengan cara inilah sahajaislam akn terserlah  
dalam masa yang sama buangkn kutuk mengtuk,perbezaan furuk yang kecil yg x menjejaskn akidah dan berbagai sifat2 mazmumah yang membelenggu dalam diri umat islam,buangkan perasaan taksub pada satu2 golongan sebaliknya bersikaplah positif dengan semua pihak
 
» Reply to this comment...

Posted by Karkun The Legend, on 21-12-2007 11:37, IP 211.25.130.42, Guest
35. ...
Salam Saudara Aznan.Anta mungkin nak bergurau. Tetapi saya nak bagitau di sini bukan tempat bergurau. Berbalik kepada komen yang diberikan oleh saudara Tolib.  
 
Dia ada menerangkan awal-awal..."saya minta maaf pada ustaz dan rakan2 semua, bukan tujuan saya menulis utk mengajar sape2 n membangga diri atau menyebar sesuatu fahaman"...mungkin saudara tidak memahami kata-kata ini. Tetapi mungkin disebabkan rasa benci dan sangka buruk anta pada rakan dari pergerakan agama yang berlainan dengan anta maka anta telah memberikan komen yang tidak sewajarnya.  
 
Saya rasa anta yang taksub dengan diri sendiri sehingga tidak boleh menerima pendapat orang lain. Wasaalam
 
» Reply to this comment...

Posted by kawan aznan, on 20-12-2007 07:03, IP 60.52.98.119, Guest
36. ...
..sdr aznan..maaf..jgn terus buruk sangka kpd karkun tabligh tu...kita tak tau apa niat dia...kita tak boleh terus anggap dia virus taksub dan takabbur...ingat "dan jgnlah kamu berburuk sangka....
 
» Reply to this comment...

Posted by daim, on 18-12-2007 10:11, IP 211.25.51.1, Guest
37. ...
aku pun rase macam tue..penyoal soalan 1 tu macam ada yang tak kene aje...saje nak burukkan nama ustaz dan ada niat lain...ada juagak orang berniat macam nie yeh..isk...isk..isk..
 
» Reply to this comment...

Posted by Encik Sabri, on 17-12-2007 18:16, IP 60.52.103.229, Guest
38. ...
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Ali'Imran:135)
 
» Reply to this comment...

Posted by Salam..., on 17-12-2007 09:29, IP 211.25.130.42, Guest
39. ...
Ustad.. Saya pemuda berumur 21 tahun.. Saya ingin bertanya, bagaimanakah caranya utk saya bertaubat.....???  
 
Saya telah melakukan dosa yg amat besar kerana telah berzina dengan seorg wanita Cina semasa berada di hotel...  
 
Sy lakukan itu semua atas kekecewaan hati di sebabkan teman wanita saya menolak pinangan saya dan mengahwini lelaki lain...  
 
Apakah hukumnya dosa saya ini?? bagaimanakah caranya utk saya bertaubat??? Tolong bantu saya ustad.....
 
» Reply to this comment...

Posted by Ibnu Rusyd, on 16-12-2007 10:05, IP 60.52.99.136, Guest
40. ...
Ya Allah, ampunilah dosa2ku dan muslimin muslimat semua..jangan jadikan diriku di uji sedemikian rupa.. 
 
http:// ibnurusyd305.blogspot.com
 
» Reply to this comment...

Posted by Az-Zahra, on 16-12-2007 09:58, IP 60.52.99.136, Guest
41. ...
ana setuju pendapat sdr abu hafs...mudah-mudahan lebih ramai lagi yg berfikrah seperti ini dan berani menzahirkan pendapat secara terang walau pahit utk diperkatakan. buatlah ceramah sebanyak manapun, akhirya hasilnyai akan tercantas sedikit demi sedikit melalui hiburan melampau yang dianjurkan kerajaan. Ingat...Politik Islam adalah pagar yang boleh memelihara agama kita dan seluruh makhluk amnya...
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu Hafs, on 15-12-2007 15:14, IP 60.52.103.146, Guest
42. ...
Salah satu cara yg paling mujarab bagi mengatasi masalah ini ialah, pastikan kemenangan Parti Islam Se-Malaysa (PAS) dan ahli Barisan Alternatif (BA) yg lain dalam Pilihan Raya Umum tidak lama lagi. Undi anda semua akan mempastikan sama ada HUKUM HUDUD khasnya dapat terlaksana dalam negara kita atau pun tidak...wallahua`lam
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnatul ahmad, on 15-12-2007 09:59, IP 60.52.99.243, Guest
43. ...
bersyukurlah diatas setiap apa yang telah tuhan rencanakan.ramai yang telah melakukan dosa besar terhadap ALLAH ,tapi masih ramai lagi yang belum diberikan taufiq dan hidayah oleh ALLAH untuk bertaubat. 
 
Maka bergembiralah diatas kasih sayang dan kesedarn yang ALLAH hadiahkan kepada saudara....sujudlah kepadaALLAH dengan sebenar2 sujud...
 
» Reply to this comment...

Posted by kandare, on 15-12-2007 09:58, IP 60.52.99.243, Guest
44. ...
Memang soal iman & takwa ni susah utk kita menjaga  
kemantapanya kerana ianya turun naik mengikut keaadan atau situasi.  
 
Lihat sahaja kisah a'bid Barsisa dan Bal'aan.. apa kesudahannya...jadi saya ingat carilah jalan pertubuhan dakwah atau kumpulan/jemaah yg boleh sentiasa buat kita ingat Allah dan mendidik iman kita.Tak kiralah tabligh ke..PAS ke JIM ke ..dan lain-lain yg sesuai 
dengan jiwa masing-masing..  
 
Kalau berseorangan maka mudahlah syaitan menyuntik jarumnya.." Dan bersegerahlah ke arah keampunan tuhanmu dan syurga yg seluas langit dan bumi...." maksud ayat al-quraan
 
» Reply to this comment...

Posted by azim, on 15-12-2007 09:54, IP 60.52.99.243, Guest
45. ...
laksanakan hukum hudud..ALLAH SWT menciptakan makhlukNYA sekali dgn hukum2nya...hanya org bersalah je yg menentang plaksanaan hukum ALLAH SWT ini.Jgn baca al-Quran itu utk mghalau hantu je..Ikuti dan patuhilah isi patinya.ALLAHUAKBAR
 
» Reply to this comment...

Posted by ummuaeyman, on 15-12-2007 09:51, IP 60.52.99.243, Guest
46. ...
mmg menakutkan. thanks to danish sbb kongsi ilmu yg penting...i really appreciate it. apa lagi petua yg boleh diamal utk jaga suami supaya tak terjerumus?  
 
actually kesian gak kat lelaki ni..besar dugaan dia nak jaga iman. keluar rumah asyik nampak pmpuan seksi (live or ads), dalm rumah pun yer (thru tv), surve internet nak buat kerja...tak pasal2 pop up gambar yg x patut. 
 
hopefully dpt kongsi ilmu..sblm dpt tukar kerajaan islamic, apa lagi dpt buat utk 'tolong' suami jaga iman dia dan tolong suami jaga iman ank isteri.
 
» Reply to this comment...

Posted by HAFIZ IBNU HAJAR, on 15-12-2007 09:50, IP 60.52.99.243, Guest
47. ...
TERBUKTI!!!!! BETAPA PENTINGNYA SUATU USAHA UNTUK MENCAPAI KEKUATAN IMAAAAAANN.....DN MEMPEROLEH NUUR HIDAAAYAH... : :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by hanya manusia biasa, on 15-12-2007 09:48, IP 60.52.99.243, Guest
48. ...
Saya rasa inilah hasil drp lambakan pendedahan aurat yang melampau lampau diketika ini. Di KL, keluar lunch pun boleh dpt dosa free. Semoga Allah memelihara kita semua drp dugaan2 seperti ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by berhati-hati, on 15-12-2007 09:45, IP 60.52.99.243, Guest
49. ...
Saya harap penyoal pertama yg kata dari seorang 'ustaz' tu di check semula...takut-takut ianya sengaja utk memberikan gambaran buruk kepada golongan ustaz.... 
 
Saya harap ustaz zaharuddin lain kaliberhati-hati dlm menyiarkan komen..apa salahnya kalau ustaz lepasan timur tengah itu ditukar kepada insan yg mengetahui hukum agama ... 
 
walaupun tak jauh beza tapi sekurang-kurangnua dpt menyucikan institusi agama di di timur tengah seperti al-Azhar dan seumpamamnya
 
» Reply to this comment...

Posted by aznan, on 15-12-2007 09:45, IP 60.52.99.243, Guest
50. ...
assalamualaikum,  
 
Tentang komen dari karkun jemaah tabligh tu beberapa perkara ana nak bagi komen: 
 
1) Usaha atas iman dan amal tidaklah semata2 dengan cara keluar dan itu bukanlah sunnah yang pasti bahkan itu adalah cara ijtihad dan cara yang di atur untuk menyusun gerak kerja dakwah dan tarbiah secara teratur dan dikira lebih berkesan.  
 
Ingat!! Ia bukan tuntutan agama yang rigid dan bahkan menganggap dia sebahagian dari ajaran agama adalah termasuk bid'ah yang sesat. Tapi kalau sekadar mengganggap ia sebagai gerak kerja agama dan dakwah secara teratur dan berhak menerima perubahan jika perlu.. ia adalah boleh dan sangat baik..!! 
 
 
2) Ingat komen ust Zaharuddin di atas tentang kata2 hikmah Ibn Atoillah As-Sakandari: 
 
Ertinya : "Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil, rendah diri, hina dan hancur hati ( kerana penyesalan dan taubat) lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, bangga dan hebat ( sehingga tahap ujub)" 
 
Saya minta ahli2 jemaah islam termasuk karkun jemaah tabligh janganlah kita merasa sombong dan takabbur walaupun di bibir kita, kita boleh kata bahawa tak boleh sombong takabbur atau sebagainya tapi adakalanya kita tak perasan dengan virus semacam ini sehingga kita merasakan kita sahajalah yang benar, baik dan betul dan akhirnya mengangkat diri kita dan jemaah kita lebih dari orang lain tanpa di sedari.. akhirnya mengurangkan kekuatan amalan kita dan ada ujub yang merosakkan amalan kita... 
 
3) Saya dengar dari IKIM tentang Dr Kamil Prof di salah satu Universiti. Antara prof yang termuda di Malaysia.. Asbab hidayahnya ialah dia beroleh profesor.. Dia rasakan dia beroleh pangkat profesor yang tak logik dalam usianya dan kemampuannya atas sebab doanya kepada Allah.  
 
Dia merasakan kekerdilan diri.. dan setelah itu diceritakan bagaimana taubatnya dan kisah2 seterusnya sehingga dari tak pandai baca qur'an kepada pandai dan peristiwa pelik dan ajaib ketika di Malaysia hingga menunaikan Haji di Mekah..  
 
Dia juga menulis buku tentang Haji. Bukunya bersantai menyebabkan kebanyakan masyarakat kita terfikir perlunya mereka pada Allah dan hina dinanya diri mereka di hadapan Allah bahkan mungkin dalam sesetengah perkara asbab hidayah ini lebih menonjol dari kerja dakwah jemaah tabligh.. 
 
Oleh itu semata2 merigidkan kerja dakwah atau usaha agama semata2 dengan cara dakwah yang di asaskan oleh maulana ilyas itu dan sehingga menafikan kerja2 islam yang lain, saya kira amat sombong dan virus taksub telah menyerang. 
 
Harap maklum. 
 
4) Kita boleh keluar pergi haji dan menjalani tarbiah jiwa dan amalan kita di sana dan semasa bulan ramadan pun kita menjalani tarbiah dan latihan iman dan amal tapi cara keluar jemaah tabligh pun ada keistimewaan dan mujahadah yang tak dapat kita perolehi dengan cara lain dalam meningkatkan iman kita..  
 
Tapi biasanya ada yang membawa virus taksub dan takabbur, meremehkan orang lain dan aku sahajalah yang betul sehingga akhirnya hidayah yang di cari tapi virus ujub telah menyerangnya tanpa di sedari! 
 
wassaalam
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom