Utama arrow Politik & Dakwah arrow Keluarga arrow Oral Seks & Hukumnya
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 58 guests online
PDF Print
User Rating: / 151
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 28-01-2008 12:10
Views 99796    
Favoured 28

‘Oral Seks' & Hukumnya

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

Soalan

Ustaz, apakah hukum ‘oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.

- Anak Empat -

Sudah Kahwin Baru Patut Baca Bab Ini
 

Jawapan

Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi  masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net)  berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan?  Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.?  Sudah tentu tidak.

KESIMPULAN

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Laynlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan...

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

19 Muharram 1429 H

28 Januari 2008


 


[1] http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/21/haram-oral-sex/

Last update: 28-01-2008 17:51

Published in : Soal Jawab, Keluarga
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (68) RSS feed comment
Posted by budak, on 31-08-2009 16:06, IP 115.133.80.203, Guest
1. air mazi
salam ustaz ada satu persoalan. 
saya pernah dengar bahawa air mazi ni bukan perkumuhan macam air kencing dll. ia berkaitan dengan ransangan kira sama macam air mani la. pasal tu kita takleh kawal. so mcmana boleh najis lak? hadith mazi pun nabi saw mintak ambil wuduk tak cakap pun najis. mungkin jadi sebab batal wuduk la. 
ada kemungkinan tak ulama dulu caka najis pasal kias dengan air kencing. sama macam kentut dalam air la, dulu kata batal. sekarang baru tau air tak masuk dalam perut.
 
» Reply to this comment...

Posted by ameen, on 15-06-2009 15:14, IP 60.48.101.16, Guest
2. Hormat ilmu Ust uzar
Salam, semua ahli yg membaca dan memanfaatkan ilmu yg di berikan. Janganalah hayan pandai berkjata dan mengkritik. Bg saya Uzar dah buat yg terbaik,Kefahaman agama datangnya datangnya dari Allah. Nilailah dengan mata hati bukan mata kepala. Kalau rasa tak puas hati pergi cari ust ust lain dan ulama lain.. dan banding sendiri.. Bagi saya takda sape boleh tanding uzar dalam bidang fiqh dimalaysia.. wslam..
 
» Reply to this comment...

Posted by zulkifli, on 04-06-2009 10:12, IP 60.49.95.132, Guest
3. kecewa
Aku amat kecewa apabila lihat web ustaz zaharuddin kaitan dengan subjek aurat wanita dan hal-hal rumahtangga, semua menuju ke tajuk tentang seks hitnya amat banyak boleh mencecahkan sehingga seratus ribu kiraannya termasuk komen-komen berpuluh-puluh muka-surat, sedangkan subjek fiqh hukum-hukum hadith Al-Quran tentang bab-bab ilmu hanya sedikit termasuk komen-komen... 
 
kalian nak tau tak apakah itu kasih sayang saling faham memahami dan membawa berbincang??? 
 
waktu sebelum akad nikah bukankah kalian mesti ambil kursus akad nikah dalam kursus akad nikah ustaz-ustaz sedang mengajar kalian tengah buat apa??? Ustaz tengah mengajar kalian dengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan??? Kalian beriya-iya hendak cepat-cepat mendapatkan sijil kursus akad nikah sahaja tetapi ilmu yang ustaz berikan kalian ketepikan kalau tak tiada lagi penceraian ataupun isteri memakan hasutan janji-janji manis jantan lain.... 
 
Fikir-fikirkanlah dan sedarkan diri....
 
» Reply to this comment...

Posted by joe, on 12-05-2009 15:33, IP 121.121.194.83, Guest
4. komen
saya rasa UZAR ni x profesional la dlm menjawab soalan2. tdk akademik tetapi lebih kpd mengikut hawa nafsu sendiri. 
 
UZAR : Terima kasih atas teguran. InshaAllah akan diperbaiki jika ada kemampuan
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by marsha, on 02-05-2009 23:11, IP 118.100.109.80, Guest
5. married
:eek :upset :grin :( :? masa syg memang ikut je apa suami suruh,tapi bila suami cari lain semua tu saya tak buat dah ...serik ...boleh giler...suami tanya kenape ,dah tak buat mcm dulu...so fikirlah sendiri.. : :? :? :?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by penin palo, on 19-02-2009 18:58, IP 60.52.56.12, Guest
6. sekadar pendapat..
saya rase ruangan ini perlu di teliti dgn btul..kerana banyak fakta yang tak sahih dan peninkan kepala..rakyat malaysia ikut mazhab mane??????///komen biar jelas..
 
» Reply to this comment...

Posted by abu jawab, on 10-01-2009 18:10, IP 60.48.246.124, Guest
7. pelik2
nk tanya la kan.... 
oral seks ni haram ko dok sebenarnya.... acu bui hok betul2 gak....
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Hamba Allah.., on 17-11-2008 05:35, IP 89.194.192.162, Guest
8. ...
Saya ada terlibat dengan kerja amal memberikan motivasi kepada sex workers(pelacur2).  
 
Apa yang saya dapati dari mereka, sangat menyedihkan hati saya. Kebanyakan yg melanggan mereka adalah di kalangan orang Islam.  
 
Mereka tidak merasa puas dengan isteri mereka. Lalu, mencari alternatif lain, melanggan pelacur kerana golongan ini sanggup diperlakukan apa sahaja, tanpa sedikit membantah pun. Padahal, 99% daripada mereka adalah HIV positif. Saya amat kecewa dengan sikap lelaki yang hanya mementingkan nafsu rakus semata, mencari jalan syaitan ini.  
 
Kalaulah dia sorang sahaja yg kena aids, tak perlah. Tapi, bila pulang ke rumah,mereka membawa Aids ini kepada isteri dan anak2 mereka. 
 
Bayangkanlah jika setiap malam, kalau ada 100 orang pelacur yg positif HIV, dilanggan oleh 2 org lelaki setiap malam. Bilangan yg dijangkiti AIDS bertambah kepada 300. Lalu jantan2 yang tak guna seramai 200 orang ni, membawa HIV kepada isteri dan anak2 masing2.  
 
Macam mana masyarakat akan dapat hidup aman, jika situasi begini terus diamalkan setiap malam, bahkan mungkin tidak mengira siang atau malam.  
 
Kata-kata saya ini mungkin dilihat sebagai bias. Memang, Sex Workers ini juga harus dipersalahkan.  
 
Tapi, disini bukan untuk menyalahkan mana2 pihak, cuma ingin menceritakan realiti masyarakat kita sahaja.  
 
Saya bersetuju dgn UZAR, jika isteri berhadapan dengan suami sebegini, Oral Sex boleh dipertimbangkan,supaya suami tidak keluar mencari mangsa yang lain. Tapi, sekali mengikut kata nafsu, kebiasaannya pasti akan cenderung untuk berlebih-lebih.  
 
Bimbang, samapi satu tahap, nafsu menjadi keutamaan, sehingga tidak puas dengan setiap apa yang ada. Penyelesaian yng terbaik adalah, kembali kepada Allah... 
 
Nafsu itu campurtangan syaitan.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Hamba Allah, on 14-11-2008 22:07, IP 194.80.178.1, Guest
9. ...
salam, 
 
Laman ini terlalu banyak info tapi terlalu banyak maklumat yang bercambah2 dan memeningkan kepala, saya tiada komen cuma saya bercakap atas dasar pemahaman diri saya sahaj harap yang lain tidak berkecil hati .. :grin
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by iman, on 13-11-2008 19:14, IP 194.80.178.1, Guest
10. ...
alhamdulillah... setelah baca sedikit sebanyak apa yg ustaz ceritakan ni +++ lg pengetahuan sy.. cuma utk +keyakinan sy... mcm mana kita nk kuatkan iman, ustaz?
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Ibrahim Ahmad, on 04-11-2008 04:19, IP 194.80.178.1, Guest
11. ...
Assalamualaikum Ustaz. 
 
tentu ustaz sibuk disana. maafkan saya saya baru saja melayari web ustaz ini. Saya ingin bertanya tentang bisnes Forex. Adakah ianya halal disisi islam. saya ingin menceburi dalam bidang ini..
 
» Reply to this comment...

Posted by Abang premature, on 20-10-2008 20:52, IP 194.80.178.1, Guest
12. ...
Salam UZAR, 
Istei saya tak berapa suka dengan oral sek. Selalunya saya terlalu ghairah bila berasmara dengan isteri saya dan selalunya saya akan cepat terpancut sebelun isteri saya inzal. Isteri saya tidak suka saya sampai cepat sangat. Dia suka bersetubuh lama-lama at least setengah hingga satu jam dan beberapa kali inzal. Untuk menghindar pancut awal saya akan melancap dahulu beberapa jam sebelum melakukan persetubuhan. Dengan ini saya akan dapat memberikan kepuasan yang maksimum kepada isteri saya. Saya telah beritahu isteri tentang itu. Isteri saya tak kisah, malahan ia galakkan saya lakukannya kerana itu dapat memberi kepuasan sebagaimana yang dikehandaki olehnya. 
Sekarang saya was-was samada perbuatan saya melancap dengan direstui dan digalakkan oleh isteri itu salah disisi hukum ataupun tidak. Mintak tolong ustaz..... jelaskan
 
» Reply to this comment...

Posted by seOraNG isteri, on 16-10-2008 03:42, IP 194.80.178.1, Guest
13. ...
assalamualaikum, 
saya ingin bertanya mengenai hukum ganti puasa. pada ramadan yg lepas, suami saya mengatakan yg saya telah menaikkan nafsunya di siang hari (pagi, selepas solat subuh), kerana cara saya berpakaian (di rumah). dia dgn sengaja mengajak melakukan onani hinggalah mengeluarkan air mani. kemudian dia mandi hadas dan berpuasa seperti biasa. apakah hukumnya, dan bagaimana dgn puasa yg perlu diganti? adakah perlu diganti seperti biasa, atau ada penambahan lain..terima kasih..
 
» Reply to this comment...

Posted by DAZMAN MALIK, on 30-07-2008 19:52, IP 194.80.178.1, Guest
14. ...
assalamualaikum ustaz 
 
saya ingin menyakan kepada ustaz.. apakah hukum bagi seseorang individu yang bekerja dalam industri insurans konvesional.bukan sebagai ejen tetapi sbg staff... terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 23-07-2008 19:39, IP 194.80.178.1, Guest
15. ...
uzar nie bertauliah ke x 
 
UZAR : ENTAH...SEKADAR TAULIAH JAIS DAN UIAM TU ADA LE..TAULIAH DARI PAK LAH, SULTAN, ARAB SAUDI BELUM ADA LE
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by nabiela, on 07-07-2008 20:53, IP 84.68.74.33, Guest
16. ...
sy blum bkhwin lg,tp sy slalu b'setubuh dgn teman lelaki sy..tapi knape temn lelaki ckap sy punya mcm dh lonngar sedangkn sy buat dgn dia sorang je...knape jdi mcm tu? 
 
uzar : itulah balasan Allah di dunia bagi org berszina..semuanya akan jadi terhina
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by insan soleh, on 04-06-2008 13:39, IP 211.25.51.205, Guest
17. ...
perlu hukum itu praktikal dan logikal ikut akal yg sihat untuk amali dan x bercanggah dengan nas atau ijtihad yg soleh...!!
 
» Reply to this comment...

Posted by just tanya, on 04-06-2008 12:22, IP 211.25.51.205, Guest
18. ...
Salam Uzar, 
 
Mazi tu haram...Jika kita dah tertelan air mazi tu...bagaimana cara-cara nak sucikannya.  
 
UZAR : TELAN AIR MAZI SAMALAH MACAM TELAN NAJIS TAHI ATAU AIR KENCING..BUAT LA APA YANG PATUT
 
» Reply to this comment...

Posted by insan kerdil, on 27-04-2008 17:10, IP 60.52.99.72, Guest
19. ...
Aslmkm uzar,  
Terima kasih di atas ilmu yang banyak saya dapati dalam laman web ini. Moga akan lebih banyak lagi yang boleh saya dapati daripadanya..kalau oleh adakan satu ruangan buku yang perlu di baca oleh umat Islam sekarang untuk menambahkan ilmunya selain perlu menghadiri kelas2 agama..semoga sama kita mendapat rahmat dan hidayah daripadaNya..terima kasih..
 
» Reply to this comment...

Posted by suami cemburu, on 22-04-2008 16:44, IP 211.25.51.200, Guest
20. ...
kawan saya kata, suaminya cemburu bila isterinya asyik surf ke site uzar,beli buku, cd & fwd article uzar..  
 
yg dia tambah bengang bila baca artikel nie.. isterinya hanya nak ikut hukum tapi suami tak puas hati.. howwww :eek  
 
UZAR : HMM, MACAM-MACAM PUN ADA. ELOK SURUH ISTERI JANGAN SURF WEB INI DEPAN SUAMI TU.  
 
JANGAN JUGA SEBUT2 WEB NI DAN SAYA DEPAN SUAMI..JAGALAH SUAMINYA SEBAIKNYA. 
 
ADAPUN TENTANG HUKUM, SEBUT SAJA NAMA ULAMA YANG KATA HARAM, TIDAK PERLU SEBUT NAMA ATAU ARTIKEL SAYA
 
» Reply to this comment...

Posted by remaja ingin tahu, on 08-04-2008 16:51, IP 211.25.51.14, Guest
21. ...
saya ingin tahu apa perbezaan air mani dan air mazi?? adakah keadaannya sama dengan lelaki dan perempuan? ada orang kata perempuan hanya keluar mani ketika bersetubuh sahaja! betul ke??
 
» Reply to this comment...

Posted by mujahideen, on 04-04-2008 16:44, IP 60.52.97.226, Guest
22. ...
itu namanya Phone Sex, haram la bro..
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 31-03-2008 20:09, IP 60.52.97.3, Guest
23. ...
assalamualiakum… 
sy ingn bertanye, sy sering sms dengan kekasih sy.. 
dan dlm sms itu kami sering becerite seolah-olah kami sedang bercium dan berpeluk… sedangkan kami bile berjumpe memang tidak pernah berpegangan tangan apatah lagi bercium.. apakah hukumnya perbuatan kami itu…?? 
adakah ianya juga haram seperti melakukannya betul-betul…?? 
adakah perbuatan kami ini sama dosanya dengan berzina walaupun kami hanya bercerita di dalam messeg sahaja.?? 
 
» Reply to this comment...

Posted by fadley, on 27-03-2008 22:27, IP 124.13.139.25, Guest
24. ...
salam uzar, sebelum artikel ini dibaca saya berpegang pada mazab syafie' yg mengatakan air mani dan mazi itu tidak najis, saya juga aada baca kitab shahih muslim yang hadisnya kata 'aisyah hanya mengikis sahaja airmani yang kering di kain Nabi saw... tetapi setelah membaca artikel ini, saya jadi ragu2 pula, tidak tahu nak ikut mana satu... boleh ke saya ikut yang lama (mazhb syafie') atau mesti tukar ikut pendapat majority ulama' tu? dan saya sudah banyak kali solat dalam keadaan kain saya ada air mazi dan mani? perlu ke saya nak qadha semua solat saya tu? sebab saya tidak tahu dah berapa banyak saya solat dalam keadaan seperti itu...harap dapat beri respon...
 
» Reply to this comment...

Posted by Miss, on 17-03-2008 12:21, IP 60.52.101.184, Guest
25. ...
Especcially buat Ibnu Nik, kenapa takleh nak terima hukum 
kalaw dah kate haram 2 haram la 
kesannya boleh kiter lihat pda akhlak orang sekarang 
Tak mustahil puncanya sebab melakukan perkara2 yang luar tabii tu....merosakkan batin (jiwa) 
dah tertelan najis amaln pun susah nak diterima 
hati jadi benak, senang tergoda dek syaitan... 
tu pun susah nak faham ker...I rasa u kene banyak study Agama Islam jangan sesuka hati menghalal kan yang haram, selalunya yang haram tu lah sering digemari..sesudah tu jika dilarang ada saja alasan untuk menegakkan yang haram.... 
Jangan suka memutarbelit kan hukum...nanti termurtad...
 
» Reply to this comment...

Posted by mizah, on 26-02-2008 18:36, IP 60.52.102.52, Guest
26. ...
nk tanya usatz ni..maksud perjumpaan dan istimewanya sesuatu perjumpaan yang bermanfaat......muzakarah 
 
UZAR : APA KAITAN PERTANYAAN TU DENAGN TAJUK ORAL SEKS??
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 26-02-2008 08:26, IP 60.52.102.52, Guest
27. ...
Kenapa ada ulama yang mengharamkannya... senangnya jawapannya... kerana mudaratnya pada batin.... najis kalu dah masuk tubuh memang memberikan mudarat pada batin... nanti nak mati susah nak mengucap syahadah.... dah la... perkara nie banyak ikut barat, kita banyak ikut barat.... buat apa nak ikut barat... janganla jadikan nafsu itu sebagai Tuhan... dosa woooo.... Pompuan yg baik adalah untuk lelaki yg baik, dan lelaki yg baik adalah untuk pompuan yang baik... tak gitu... 
Kebanyakan kaki seks oral nie tak nak mengalah kerana Batiniah dah gelap... segeralah berubah sebelum yang buruk berlaku.... telan najis boleh menjatuhkan iar muka yang bersih dari sudut kebatinan... memang la muka zahir nampak cantik dan hensem... tapi mulut suka mengulum, menghisap, menjilat dan sebagainya... eiiii jijiknya.... dunia akhir zaman la katakan....
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Ibnu Nik, on 24-02-2008 16:02, IP 124.13.136.107, Guest
28. ...
Minta ustaz jelaskan mengapa ustaz sebut serentak air mani dan air mazi sebagai najis. Sepanjang yang saya belajar lah..tidak pernah pula saya dengar air mani adalah najis. Menggikut fakta kesihatan air mani mengadungi nutrien yang sangat banyak dan baik untuk kesihatan isteri jika tertelan mahupun sengaja telan.Jauh berbeza dengan air mazi.Saya setuju part air mazi tu, tapi kurang tepatlah kalau air mani juga digolongkan sama. Air mani perlu disegerakan basuh kerana najisnya. Air mani berbeza. Mandinya bukan kerana kotor, tetapi sebagai satu bentuk pemulihan tenaga, kerana pengeluaran air mani melibatkan keseluruhan sistem organ dalaman. 
 
Jadi, saya tidak melihat ada kesalahan disitu malah jika dengar ceramah Tuan Guru *** **** semua ini adalah nikmat yang Allah beri untuk suami isteri. Harus dan jangan susah hati.  
 
UZAR : INILAH AKIBAT MEMBACA SECARA SPEED DAN LOMPAT-LOMPAT. AKHIRNYA TAK FAHAM DAN SIBUK BERTANYA LAGI ITU DAN INI. SILA BACA DENGAN PERLAHAN DAN TELITI
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by perempuan.., on 21-02-2008 10:07, IP 211.25.51.1, Guest
29. ...
kalo bleh ltak input2 yg penting jek la...jgn wat ayt yg boleh memeningkan kpala...by the way thanks for information!
 
» Reply to this comment...

Posted by cassablanca, on 21-02-2008 08:18, IP 60.52.99.72, Guest
30. ...
assalamualaikum ustaz, saya berpendapat seks boleh dilakukan dengan cara apa jua bagi yang sudah bernikah selagi suami tidak mendatangi isterinya dari belakang, kerana ada pendapat yg pernah saya dengar, terokailah seks dengan isteri kite asalkan kita tidak masuk dari belakang. suami dan isteri bebas untuk mencuba dan meneroka bagi mencapai kepuasan dalam seks. bayangkan kalu kite da kawin selama 20 tahun, tapi masih mengamalkan seks yg same je.berkemungkinan oral seks ni dapat membantu dalam aktiviti seks.tentang penyakit, x pernah sy dengar lg org mati atau sakit kerana oral seks. bile kite lakukan oral seks sudah pasti kite nak melakukannya kerana kite percaya isteri kite ni bersih, menjaga kemaluannya dengan bersih. mungkin suami isteri sudah berbincang dan bersetuju untuk melakukan mende ni dengan syarat masing2 mesti bersih.kite sendiri xkan buat kalu kite tau yg isteri kite ni pengotor.betul x?kite nak buat ape pun boleh asalkan ade persetujuan dari 2 pihak.kalu satu pihak x setuju maka xbleh la.menzalimi namanye tu.sedangkan kite sendiri keluar dari tempat 'itu' la.sy cume bg pendapat,kalu ade yang ingin membangkang dipersilakan.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by bella, on 15-02-2008 08:32, IP 211.25.51.1, Guest
31. ...
Ustz,apa pendapat ustaz,diakhir zaman ini ramai orang yang cerdik pandai agama lebih ramai masuk neraka dari orang yang tidak cerdik agama?
 
» Reply to this comment...

Posted by MUNCHYY, on 15-02-2008 08:32, IP 211.25.51.1, Guest
32. ...
TQ.. BARU TERSEDAR DARI MIMPI
 
» Reply to this comment...

Posted by mawar, on 14-02-2008 10:49, IP 60.52.99.20, Guest
33. ...
utk girl friend - lebih baik anda fahami betul2... sebelum ingin beri pendapat spt itu... tambahkan lg ilmu pengetahuan anda...
 
» Reply to this comment...

Posted by Girl Friend, on 13-02-2008 09:54, IP 60.52.99.153, Guest
34. ...
Komen UZAR utk satu komen, 
 
UZAR : INFO YANG BAGUS..SO JANGAN BUAT BENDA NI SEBAB BINATANG PUN TAK BUAT 
 
tapi saya rasa kurang sedap bunyi-ye, takut "seolah2nya kalau binatang buat kira o.k leh buat plak" @ semua yg binatang buat tak baik pulak" 
 
UZAR : ERTINYA SANGAT MUDAH DIFAHAMI, HANYA ORANG YANG SENGAJA TIDAK MAHU MEMAHAMI AKAN TERSALAH FAHAM DENGAN SENGAJA RASANYA.  
 
NAMUN, MEMANG ADA BENDA YANG BINATANG BUAT, KITA PUN MESTI BUAT IAITU MAKAN, MINUM, TIDUR DLL
 
» Reply to this comment...

Posted by adonis, on 13-02-2008 08:05, IP 60.52.99.153, Guest
35. ...
:) kalau suami sakit dan tak boleh lakukan hubingan kelamin, oral sex boleh tak sebagai alternative. 
 
UZAR : BOLEH LA AMBIL PENDAPAT YANG RINGAN MEMBENARKAN DALAM KEADAAN BEGINI
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 11-02-2008 15:42, IP 60.52.102.138, Guest
36. ...
Jangan buat dulu baru tanya.. tanya dulu baru buat ler
 
» Reply to this comment...

Posted by marza, on 11-02-2008 15:22, IP 60.52.102.138, Guest
37. ...
perbincangan menarik....namun hayati perbincangan akademik berikut bagi penggemar 'oral seks'. Alhamdulillah isteri saya mengharamkan saya daripada turut serta... 
 
Oral Sex & HIV 
 
Oral sex involves giving or receiving oral stimulation (i.e. sucking or licking) to the genitalia. Fellatio (also known as a 'blow job') is the technical term used to describe oral sex given to a man. Cunnilingus is the technical term which describes oral sex given to a woman. Anilingus refers to oral-anal contact. 
 
Is Oral Sex Common Practice? 
 
A number of studies have demonstrated that oral sex is not necessarily safe sex. Both giving and receiving oral sex can lead to the transmission of sexually transmitted infections (also known as STIs or STDs). 
 
Which STDs are transmitted via Oral Sex? 
 
The most common STD transmitted via oral sex is herpes. There are two main types of herpes simplex virus (HSV): HSV type 1 and HSV type 2. HSV type 1 usually causes cold sores around the mouth, while HSV type 2 generally causes genital herpes sores. However, oral sex can sometimes cause HSV type 1 around the mouth to be transmitted to the genital area causing genital sores in the other person. This process can also work in reverse, with HSV-2 transmitted from the genitals to the mouth of the other person during oral sex, though this is rare. 
 
The human papillomavirus that causes genital warts can very occasionally be transmitted through oral sex, causing warts to appear around or inside the mouth in anyone who has given oral sex to an infected person. 
 
Gonorrhoea has been shown to infect the throat of some people who have given oral sex to an infected person. This infection can then be passed on from the throat to the genitals of any future partners. The body will almost always naturally clear the throat of the bacteria that cause gonorrhoea within three months, although infections in the genital tract will usually require antibiotics to cure. Chlamydia can also infect the throat in a similar way, although this is less common. Both infections may result in a sore throat, although many people will remain asymptomatic and unaware they are infected. 
 
Syphilis may be passed on during oral sex if a person’s mouth comes into contact with an open sore or a skin rash caused by the infection. 
 
Gastrointestinal infections and parasites may be passed on during oral contact with the anus. 
 
The hepatitis A virus is also contained in human faeces, and may be passed on during anilingus. 
 
Hepatitis B is contained in sexual fluids and blood and may be transmitted during oral sex in a similar way to HIV (see below). 
 
Hepatitis C is generally only contained in blood, and will only be transmitted if there is blood present during oral sex. 
 
Can HIV be transmitted through Oral Sex? 
 
HIV can pose a small risk for both the active (person giving the oral stimulation) and receptive (person receiving oral stimulation) partner. 
 
Transmission from an HIV positive receptive partner to an HIV negative active partner may occur when the active partner gets sexual fluid (semen or vaginal fluid) or blood (from menstruation or a wound somewhere in the genital or anal region) into a cut, sore, ulcer or area of inflammation somewhere in their mouth or throat. The linings of the mouth and throat are very resistant to viral infections such as HIV, so infection is unlikely if they are healthy. 
 
Transmission from an HIV positive active partner to an HIV negative receptive partner is generally believed to be less common. This is because HIV is normally only present in saliva in very low levels that are not sufficient to cause infection. The only risk in this scenario would be from bleeding wounds or gums in the HIV positive person’s mouth or on their lips, which may transfer blood onto the mucous membranes of the other person’s genitals or anus, or into any cuts or sores they may have. Hepatitis C can also be transmitted this way. 
 
What is STD? 
 
sexually transmitted disease (STD), a.k.a. Venereal disease (VD), is an illness that has a significant probability of transmission between humans or animals by means of sexual contact, including vaginal intercourse, oral sex, and anal sex 
 
Source: Centre for Diseases Conttrol & Prevention (CDC) (www.cdc.gov/STD 
 
 
Wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by Ahmad Fares, on 11-02-2008 06:45, IP 60.52.103.215, Guest
38. ...
Assalamualaikum... 
 
'Oral sex' bukan dari budaya orang melayu Islam. Pengaruh filem lucah dan internet (pornografi) secara halus menghidupkan nafsu untuk mencuba...dan seterusnya di terima pakai sebagai ' new sex trend ' kepada mereka yang 'open minded ' kononnya...tapi jahil dan malas belajar agama.
 
» Reply to this comment...

Posted by PENDAPAT LELAKI MATANG.., on 06-02-2008 01:14, IP 60.52.102.177, Guest
39. ...
Admin : deleted kerana terlalu banyak ayat singkatan sehingga boleh sakit otak membacanya. masih belum matang nampaknya dalam menulis
 
» Reply to this comment...

Posted by zul, on 05-02-2008 23:39, IP 60.52.102.177, Guest
40. ...
bercakap ttg assignment, saya dan kumpulan saya telah ditugaskn utk membentangkan apa sahaja tajuk dalam subjek Kekeluargaan yang saya ambil semester ini... 
saya telah memilih tajuk halal haram dalam keluarga dan saya melihat isu2 yang diketengahkan UZAR banyak menepati isu pembentangan saya, cthnya isu oral sex, disiplin dalam bertunang, lelaki dayuz, riba', wanita bekerja, aurat wanita, dan lain-lain lagi...oleh yang demikian saya ingin minta izin untuk masukkan dalam pembentangan saya dalam dewan kuliah nanti, tambahan lagi rakan2 sekelas saya ramai yang tidak tahu hukum-hukum diatas kerana dari segi pakaian mereka dan pandangan mereka dalam isu "couple"...rasanya saya akan mendapat kritikan yang "dasyat" nanti lah, tetapi memang niat saya untuk menegur mereka sejak dari tahun 1 sehinggalah sekarang saya berpeluang membentangkan isu ini, (sekarang saya Tahun 4 semester akhir), jadi sebelum tamat pengajian, sekurang-kurangnya sudah sampai dakwah saya pada mereka... boleh ye UZAR...syukran :)
 
» Reply to this comment...

Posted by mysara, on 05-02-2008 19:42, IP 211.25.51.1, Guest
41. ...
askum. eee bgus r u ketengahkan topic ni. yg sebenrnya i kne bwat xsignmnt . Tjuk dia lebih kurang tjuk ni. So gud 4 u berani tuk sebarkn info mcm ni. Sbb ia adalah 1 ilmu dan juga 1 masalah yg x ramai nk kupas. Kalau d biarkn bleh mlarat. Ok tq very much... Assalamualaikum.... :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by malunakbgtau, on 05-02-2008 11:52, IP 60.52.97.208, Guest
42. ...
terima kasih atas artikel ni, tp saya tak jumpa lg UZAR jawab isu mazi yg keluar lepas berjimak tu.. harap dpt penjelasan
 
» Reply to this comment...

Posted by ajim, on 02-02-2008 09:19, IP 60.52.97.246, Guest
43. ...
salam uzar.. 
mintak kebenaran uzar utk copy artikel uzar utk letak dlm blog saya.. moga diizinkan..
 
» Reply to this comment...

Posted by sofy, on 01-02-2008 22:56, IP 60.52.101.81, Guest
44. ...
salam, 
tajuk ni perlu difahami dengan baik.
 
» Reply to this comment...

Posted by zul, on 01-02-2008 22:15, IP 60.52.101.81, Guest
45. ...
TO SUAMI: 
ini conclusion dr articel oral sex di islamonline. 
 
In conclusion, it has become clear now that oral sex is not prohibited, but it is not the normal choice for committed Muslims and Muslimahs. That's, despite that oral sex is not Haram, it is completely disgusting and does not conform to the pure taste and decency of a Muslim personality. Here, it should be noted that one of the main objectives of Shari`ah is to safeguard the life of people and keep them healthy. Based on this, if it is scientifically proven that oral sex or such practices cause mouth cancer or form a danger on the health of a person who practices it, then it becomes totally prohibited. 
 
To SUami..as a muslim mmg kita amal sunnah...td kamu ckp yg Nabi saw cium isteri kn..n itu sunnah..dn kita semua buat..sbb ape? eh sbb sunnah mestilah buat!! so cbe kita tgk, Nabi saw buat tak oral sex ni? klo Nabi saw, takbuat kenapa kita buat?? so pilihlah nak ikut sunnah ke? or nak ikut nafsu ke? it's all about our IMAN, strong enough or, weak always....wsalam :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Pencinta Isteri Sahaja..., on 01-02-2008 15:10, IP 60.52.101.162, Guest
46. ...
Salam Ustaz, 
 
Ingin menarik perhatian tentang Isu ini. Penjelasan hukum dan cra ustaz menghukum kurang meyakinkan kerana pandangan ustaz lebihn kepada agakan dan kemungkinan.  
 
Saya lebih berminat dengan jawapan yang diberikan dalam buku REMEH TEMEH TENTANG SEKS.. terbitan Telaga Biru. 
 
Menurut buku ini, oral seks adalah harus kerana tidak ada dalil muktamad (qati) yang mengharamkannya.  
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by SUami..., on 01-02-2008 15:09, IP 60.52.101.162, Guest
47. ...
Salam Tuan, 
 
Saya nak bagi pendapat peribadi. Memang saya ada membaca fatwa Yusuf qardawi tentnag isu ini. Dan berpegang kepada pendapat ini juga saya menagmalkan oral seks bersama isteri sejak berkahwin 4 tahun lalu. Ok ini perkara yang saya nak kongsi bersama. 
- Apakah menguklum zakar menjijikkan? Saya sering bertanya solan ini kepada istri tapi dia kata tidak malah mengghairahkan  
 
 
- macammana kalau keluar air mazi @ mani? orang lain saya tak tau la, tapi sepanjang mengamalkannya tak pernah pun keluar mani ketika oral seks, mazi pernah tapi sangat jarang (tapi hanya orang pelik yang tak keluar mazi ketika terangsang), dan kalau terkeluar isteri akan ludah dan basuh mulut. sebab oral seks yang saya amalkan hanya untuk merangsang bukan oral seks sepenuhnya (maksudnya sampai keluar air mani) 
 
- kesan sampingan? saya sentiasa menjaga kemaluan dengan baik, dibasuh ada losen khas untuk menghilagkan bau dan kuman. Setkat ini isteri tak pernah pun mengadu sakit sebab oral sek ni. Saya pun tak rasa lemah kerana sering diku**m. 
 
 
so saya tidak lihat apa dasarnya oral sek ni haram? 
 
Kalau sebab mulut ada kuman, kiss pun tak boleh la, sedangkan rasulullah isap lidah aisyah...(tapi kiss mulut lain kerana ada enzim khas untuk lawan bakteria di mulut, tak macam kemaluan yang tiada enzim tu) 
 
Bukan berniat untuk membangkang, sekadar berikan pandangan kepada ustaz yang mengeluarkan hukum ... 
 
» Reply to this comment...

Posted by moasaz, on 31-01-2008 11:19, IP 211.25.130.42, Guest
48. ...
salam ustaz...isu ini ada la kaitan sedikit dengan projek tahun akhir saya tapi ia lebih fokus pada kelakuan mengawan haiwan liar (tapir). Actually, tapir tidak ada oral sek dalam erti kata mengulum tetapi ianya sekadar menjilat atau mencium kemaluan betina sahaja. Sebaliknya tapir BETINA TIDAK pernah menjilat kamaluan tapir jantan apatah lagi mengulum. Ia hanya sekadar menghidu atau dalam istilah kelakuan mengawan : anagonital. 
 
UZAR : INFO YANG BAGUS..SO JANGAN BUAT BENDA NI SEBAB BINATANG PUN TAK BUAT
 
» Reply to this comment...

Posted by anty_cleaner, on 30-01-2008 19:09, IP 60.52.98.204, Guest
49. ...
asalamualaikum ustaz 
Bilakah waktu-waktu yg tidak elok untuk melakukan persetubuhan?dan bila di lakukan akan mendatangkan kemudaratan kepada pasangan & anak yg bakal dilahirkan? :?
 
» Reply to this comment...

Posted by sedondon, on 30-01-2008 13:31, IP 211.25.51.1, Guest
50. ...
UZAR, saya cari kat laman web ni mengenai mazi xjawab soalan yg pernah diutarakan di laman chatting suatu masa dulu. Soalannya : bukankah sebelum keluar mani akan keluar mazi terlebih dahulu? tp ada riwayat yg mengatakan isteri Rasulullah saw hanya menggaru utk membuang kesan mani di kain rasulullah dan bukan membasuhnya. (kalau xsilap saya isi hadis tersebut berbunyi sebegitu)
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom