Utama arrow Politik & Dakwah arrow Kewangan arrow Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 64 guests online
PDF Print
User Rating: / 20
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 24-03-2008 22:28
Views 13571    
Favoured 20

Hukum Cabutan Bertuah & Bentuk Peraduan,

Pertandingan Moden

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

piala dunia?Apa hukum cabutan bertuah? Adakah ianya judi?. Soalan sebegini agak banyak menerjah kotak email dan sistem sms 33221 saya. Cabutan bertuah mempunyai pelbagai bentuk dan jenis, ada yang halal dan ada yang haram. Dalam tulisan ringkas ini saya cuba dedahkan beberapa bentuk dan hukum setiap satunya.

Namun sebelum kita melihat bentuk-bentuk semasa cabutan bertuah, jika dilihat dari sudut hukum kes atau isu cabutan bertuah ini tergolong dalam perbincangan ‘al-musabaqat' atau ‘pertandingan'. Namun jika tidak kena caranya, dengan mudah ia akan jatuh dalam masalah judi ataupun gharar.

Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa "Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy" dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-

1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .

2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqh di atas mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama :-

* Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu.

* Mengambil harta orang lain dalam situasi 'mukhatarah' atau risiko samada akan dapat atau tidak dapat.

* Disebutkan oleh ulama silam sebagai :-

هو كل لعب تردد بين غرم وغنم

Ertinya : "Iaitu setiap permainan, peraduan, pertandingan yang tidak pasti akan kerugian atau untung" ( Hasyiah Al-Bajuri, 2/521)

Disebutkan :-

إذا كانت الجوائز من المتسابقين فإنها تعد حراماً لانها من باب القمار ولأن كل واحد من المتسابقين لا يخلو إما أن يغنم أو يغرم , ولا يخفى من أكل أموال الناس بالباطل وإيقاع العداوة والبغضاء

Ertinya : Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari kumpulan yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib "qimar", dan kerana setiap peserta tidak sunyi dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi, justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, membenihkan permusuhan dan perengkaran"  (Al-Mughni, Ibn Qudamah )

Berdasarkan keputusan di atas, berikut adalah bentuk cabutan bertuah yang jatuh dalam kategori judi :-

1) Mereka yang ingin menyertai cabutan mestilah membayar yuran tertentu secara langsung iaitu : -

a- Secara tunai iaitu berdepan : iaitu dengan memberikan RM xxx kepada penganjur secara tunai bagi membolehkan penyertaan. Tanpa mengira sama ada yurannya sama atau berbeza. Hukumnya tetap haram. (Al-Badai' Al-Sonai', Al-Kasani)

b- Secara tunai melalui alat telekomunikasi : bayaran dibuat disekalikan dengan kos telefon, internet, sms dan lain-lain. Sebagai contoh kos biasa bagi satu minit bercakap di talian telefon adalah 15 sen, tetapi bagi mereka yang ingin menyertai cabutan ini, satu nombor telefon khas akan diberikan dan kos 1 minit juga lebih tinggi, iaitu RM 1. Kadar baru ini diberitahu secara jelas di awal kontrak.

c- Syarikat menganjurkan makan malam dengan bayaran RM 100 yuran bagi seseiapa yang ingin menyertai cabutan bertuah. Bagi sesiapa yang tidak ingin menyertai cabutan bertuah, yuran hanyalah RM 90. Cabutan bertuah sebegini adalah judi.

d- Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau dan lain-lain ; Peserta menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Peserta bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang ke dalam akaun tertentu.

Hukum : haram kerana judi dan gharar, malah telah dilaporkan banyak kes penipuan menggunakan cara ini.

 

 

2) Mereka yang ingin menyertai cabutan perlu membayar yuran secara tidak langsung iaitu:-

Yuran dimasukkan dalam harga pembelian barangan biasa. Ini menyebabkan harga menjadi lebih tinggi dari biasa. Sebagai contoh, pihak pasaraya mengadakan cabutan bertuah kereta MyVi. Bagi sesiapa yang ingin menyertainya mestilah membeli barangan tertentu yang telah dinaikkan harganya dari harga biasa. Ia jatuh dalam kategori judi kerana bayaran lebihan itu dianggap sebagai yuran penyertaan.

Jenis Cabutan Yang Halal

Semua jenis cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menyertainya adalah halal dan harus. Ia adalah disepakati oleh ulama kerana melihatnya sebagai pemberian hadiah biasa dari satu pihak (yang memberi dan menawarkan). Tiada sebarang pihak aakan menanggung kerugian walaupun tidak terpilih, tatkala itu tiada timbul isu memakan harta orang lain secara batil (salah) yang diharamkan oleh Allah swt. (Syarah Al-Zarkasyi Ala Mukhtasar Al-Hiraqi, 4/320 )  

Sebagai contoh :

a- Cabutan Bertuah Khas Untuk Pekerja : Semua pekerja layak untuk memasuki peraduan yang dianjurkan syarikat, hadiah istimewa disediakan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Hukum : Ia adalah halal.

b- Cabutan di Majlis Makan Malam : Syarikat menganjurkan makan malam, dan semua kakitangan dijemput hadir tanpa sebarang bayaran. Ketika itu, cabutan bertuah dibuat sama ada cabutan bagi nombor meja, nombor kakitangan ataupun secara melekatkan tanda tertentu di bawah kerusi.

Hukum : Semuanya adalah halal dan tiada sebarang pihak menanggung kerugian.

c- Cabutan bertuah di pasaraya : Terdapat beberapa buah pasaraya yang melaksanakan promosi dengan menawarkan mana-mana pelanggan yang membeli barangan berharga lebih dari RM100 dalam satu resit, pelanggan tersebut akan diberikan borang untuk penyertaan cabutan bertuah, HARGA BARANGAN PULA KEKAL PADA HARGA BIASA.

Hukum : Cabutan ini adalah halal dan tiada unsur perjudian kerana pelanggan tiada kerugian apa-apa dan semua wangnya bukan untuk menyertai pertadningan cabutan ini tetapi untuk membeli barangan, dan demikian juga pihak pasaraya. Pelanggan membeli barangan pada harga asal dan tiada sebarang yuran dikenakan.

Permainan @ Peraduan Moden

Sebentar tadi kita telah membicarakan perihal cabutan bertuah yang haram dan yang halal. Terdapat beberapa ulama yang cuba menganggap permainan atau pertandingan yang beserta hadiah sebagai 'Wa'd Bi Tabarru' atau janji untuk bersedeqah, namun majoriti ulama tidak bersetuju dengan pandangan ini dan mengklasfifikasikannya sebagai aqad mu'awadat atau kontrak komersial untuk meraih pemilikan dan untung. ( Al-Furusiah, Ibn Qayyim, hlm76)

Dengan berubahnya klasifikasi ini semua hukum akan berubah bentuknya. Di kesempatan ini saya akan menyentuh dengan ringkas beberapa jenis cara pemainan yang boleh dijumpai dalam masyarakat kita, ia seperti berikut :-

1) Dua orang bermain tenis, namun hanya satu pihak meletakkan hadiah sebanyak RM200. Siapa menang dia akan memiliki hadiah itu.

Hukum : Para ulama berbeza pandangan dalam bab ini kerana hanya satu pihak yang mengeluarkan. Fatwa ulama seperti berikut ;-

a- Harus : Demikian pendapat majoriti ulama dari mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

b- Haram : Ia adalah pendapat mazhab Maliki kerana wang RM 200 telah keluar dari miliknya dan jika ia menang, wang itu akan kembali kepadanya atas nama 'qimar'.

Pendapat yang lebih kuat (rajih) :  adalah pendapat pertama yag mengharuskannya kerana wang RM200 itu adalah miliknya dan pihak kedua tidak terlibat dalam memberi sebarang wang, dengan sebab itu pihak kedua tidak terdedah kepada sebarang risiko. Dengan demikian, wang RM200 tadi dikira seperti hadiah biasa sahaja dan bukan judi.

2) Dua orang bermain tenis, kedua-duanya mengeluarkan wang lalu diletakkan sebagai hadiahnya.

Para ulama terbahagi kepada tiga kumpulan dalam hal ini. Namun majoriti ulama termasuk Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali serta Majlis Fiqh Dunia memfatwakannya sebagai HARAM. Malah Ibn Rusyd Al-Hafid menyebut telah terdapat ijma' tentang pengharamannya. (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/228 ; Al-Kafi, Ibn Abd Barr, 1/489 ; Al-Umm, Al-Syafie, 3/230 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93; Al-Jami', Ibn Rusyd, hlm 336)

 

3) Dua orang sedang bermain tenis, mereka bersetuju siapa yang kalah perlu membayar harga sewaan gelanggan tenis.

Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-

لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر

Ertinya : "Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)

Hukum : Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.

Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 )   

4) Dua orang atau lebih sedang bertanding futsal, kumpulan yang kalah disyaratkan belanja makan kumpulan yang menang.

Hukum : Ia juga perjudian dan sama bentuknya dengan bentuk nombor tiga di atas.

5) Beberapa kumpulan ingin menganjurkan pertandingan bola sepak, namun tiada sebarang sumbangan hadiah dan tiada tajaan diperoleh. Natijahnya mereka menggunakan wang terkumpul dari yuran penyertaan sebagai hadiah atau untuk membeli hadiah.

Hukum : Ia adalah judi walaupun permainan bola sepak bukannya permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata. Namun unsur judinya datang dari bahagian kedua iaitu hadiah yang wang terkumpul semua peserta. Ini menjadikan semua kumpulan terdedah kepada untung dan rugi. Tatkala itu Majlis Fiqh Dunia menganggapnya sebagai perjudian. Demikian juga jika ditinjau dari perspektif empat mazhab.

Tetapi jika hadiah datang dari sumbangan mana-mana pihak yang tidak menyertai pertandingan itu, permainan tadi menjadi halal secara sepakat ulama.

Ada yang bertanya, bagaimana jika semua kumpulan diberi hadiah saguhati?. Jawabnya, ia tetap judi sekiranya pemenang utama mendapat hadiah yang berbeza nilainya. Namun jika semua hadiah sama nilainya tanpa kira yang menang dan yang tewas. Ia menjadi harus dan bukan lagi judi. Tatkala itu pemenang hanya mendapat keseronokan dan kepuasan perasaan sahaja.

Ringkasnya para ulama bersepakat bahawa setiap permainan yang memerlukan penyertaan yuran untuk bermain dan hadiahnya diambil dari wang itu, semuanya adalah judi tanpa mengira sama ada permainan itu bersifat ilmiah, minda dan lain-lain.

6)        Membeli surat khabar untuk menyertai pertandingan teka bola dan sebagainya.

Hukum : Majlis Fatwa ulama Mekah dan Madinah memfatwkannya sebagai harus. Demikian juga pandangan terkuat menurut beberapa ulama kontemporari seeprti Prof Dr Uthman Syabir. (Ahkam Al-Musabaqat Al-Mu'asiroh, Majma Fiqh Islami, Ke 14, tahun 2003 )  

Keharusan ini adalah kerana si pembeli tidak rugi apa-apa kerana ia beroleh manfaat surta khabar, kecualilah jika dibelinya surat khabar sehingga 10 naskhah hanya kerana ingin menyertainya banyak-banyak. Tatkala itu hukum bertukar menjadi haram dan judi.

Keismpulannya, hadiah pertandingan yang dibenarkan dalam Islam hanyalah jika :-


1. Hadiah di dermakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan. Manakala wang yuran peserta hanya untuk kegunaan pentadbiran pertandingan.

2. Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan

Semoga artikel ringkas ini dapat menyedarkan umat Islam di sekeliling akan keterlibatan mereka dalam perjudian tanpa disangka.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

25 Mac 2008

Last update: 25-03-2008 00:42

Published in : Soal Jawab, Kewangan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (38) RSS feed comment
Posted by zulaikha, on 14-01-2010 16:05, IP 218.208.113.195, Guest
1. Melanggan Reader Digest, layak memenangi
Salam Ustaz, 
 
Bagaimana jika nama terpilih daripada senarai pemegang kad kredit (Islamic Bank) 
Di dalam surat dikatakan memenangi sejumlah wang. TETAPI, penganjur (Reader’s Digest) mensyaratkan: melengkapkan borang dan membeli buku/ melanggan agar layak terpilih memenangi wang tersebut. Terdapat beberapa peringkat (3 kali menghantar borang dan membeli dua kali buku/melanggan).  
 
Adakah ia termasuk dalam kategori judi, meskipun mendapat manfaat daripada bacaan tersebut. 
 
UZAR : HMM, SUKAR SIKIT NAK BERI KOMEN KERANA GAMBARANMASIH KURANG JELAS. adakah ia termasuk dalam pakej promosi kad bank Islam?..kalau ye, mestilah sepatutnya penasihat Syariah bank islam dah kaji dan lulus, 
 
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by adam zaim, on 05-01-2010 08:34, IP 93.96.22.137, Guest
2. hukum 'Charity Draw'
salam ustaz, 
 
apakah hukumnya jika memasuki 'charity draw'? 
tujuan penganjur adalah untuk mencari derma untuk kebajikan dan harga untuk satu penyertaan adalah tetap tetapi peserta boleh membeli seberapa banyak yang mereka mahu.  
 
penganjur menyediakan hadiah untuk peserta yang bertuah. 
 
UZAR : panduan ada di dalam artikel. Jika peserta beroleh hadiah dari gabungan wang penyertaan, ia adalah judi
 
» Reply to this comment...

Posted by rezal, on 09-11-2009 07:28, IP 115.132.25.12, Guest
3. beli barang hasil wang haram
Salam...saya nak tanya mengenai barang yg dibeli dari wang haram (rasuah/judi/toto)..adakah buang terus barang itu atau jual kat orang atau bagi kat orang..minta tlg penjelasan segera..tq
 
» Reply to this comment...

Posted by Nan S.Iskandar, on 07-10-2009 23:12, IP 124.13.195.29, Guest
4. Apakah hukum?
Ustaz, 
Saya membuka kelas untuk mengajar tentang kesihatan dan pemakanan sihat. Saya mengenakan yuran kepada semua peserta kelas untuk menanggung kos tenaga pengajar, sewa dewan dan beberapa kos membabitkan hal-hal pengurusan. Dalam pada itu saya juga mengambil sebahagian yuran dari semua peserta untuk memberikan hadiah kepada peserta yang menunjukkan pencapaian tertentu dalam sudut kesihatan. Apakah hukumnya? Adakah ini termasuk dalam judi?
 
» Reply to this comment...

Posted by abuimtiaz, on 30-07-2009 18:15, IP 124.13.183.220, Guest
5. yuran
salam. 
 
bagaimana pula sekiranya sesebuah persatuan ingin membuat satu aktiviti untuk mengisi tabung persatuan lalu memilih sukan bola sepak contohnya dengan mengambil yuran sebanyak rm50 setiap penyertaan. kemudian hadiah pula adalah hasil sumbangan pihak ketiga yang tidak terlibat langsung dalam pertandingan. ambil contoh johan mendapat rm1000. n.johan rm700 dan ketiga rm500 yang mana nilainya lebih banyak dan tidak mungkin yuran tadi boleh terkumpul untuk mendapatkan hadiah sedemikian. 
 
yuran rm50 itu tadi adalah wajib dan dimasukkan kedalam tabung persatuan. 
mohon penjelasan uzar.
 
» Reply to this comment...

Posted by Kerikil, on 22-07-2009 15:19, IP 138.250.83.137, Guest
6. Encik
Assalamualaikum. 
 
Quote
5) Beberapa kumpulan ingin menganjurkan pertandingan bola sepak, namun tiada sebarang sumbangan hadiah dan tiada tajaan diperoleh......
 
 
Sila baca komen saya di sini.(http://tajdid- melayu.blogspot.com/2009/07/ bicara-judi.html) 
Wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by sofi, on 30-06-2009 14:39, IP 210.48.222.5, Guest
7. skim awfar bank islam
ok dak skim awfar bank islam, ble dapt Rm 100,000. Mcm sijil smpanan premium plak 
 
UZAR : sila baca jawapan di sini
 
» Reply to this comment...

Posted by fakry, on 28-06-2009 00:50, IP 203.82.79.102, Guest
8. salam
salam... 
kami anjur pertandingan boling, 50% yuran d guna utk hadiah, 20% untuk sewa dan 30% utk makanan...tolong uzar bg hukum utk situasi kami ini. 
 
UZAR : Pastikan ada kumpulan tak perlu bayar yuran atau cari sponsor atau ada kumpulan bayar yuran tapi tak join.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ahmad O, on 28-05-2009 16:28, IP 80.6.120.244, Guest
9. Huraian tentant hadiah perkara (2.)
Asslammualikium w.b.t Ustaz, 
Saya masih lagi tidak memahami huraian ustaz tentang hadiah pertandingan pada perenggan akhir artikel diatas iaitu -> 2.Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja.. (mengikut dari komen-komen itu ustaz ada menyebut untuk memikirkan nya lagi.. sekarang sudah hampir setahun saya menunggu jawapannya). 
 
Soalan saya.. 
 
1. Apakah maksud 'sebahagiany uran peserta sahaja' itu? 
2. Apakah perbezaan nya dengan no.5 dalam artikel ustaz itu. 
 
terima kasih 
AO
 
» Reply to this comment...

Posted by Jakall, on 18-05-2009 11:02, IP 60.53.25.229, Guest
10. keliru~
Assalamualaikum.. 
 
maafkan sy kerana bertanya.. 
sy agak musykil dengan statement yg di bawah ni.. 
Quote
 
2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.
 
 
soalan sy.. 
bagaimana lak kalo pertandingan seperti pertandingan sukan? ianya dijalankan secara kecilan tanpa sebarang bantuan atau sumbangan? yelah..zaman skang ni bkn senang nak mtk sumbangan..hadiah dibeli dari duit yuran peserta..tp bukan semua la duit yuran tu digunakan utk beli hadiah..so tu nak kira camner lak tu? adakah dikira haram jugak? kalo camtu means org yg berduit jer la yg bleh anjurkan pertandingan? mtk ustaz perjelaskan ngan lebih terperinci..dan..maafkan sy..but kalo leh sy nak baca hadis ataupun pernyataan dari Al-quran yg menyatakan itu adalah haram..maafkan sy kalo ada yg tak senang dengan soalan ini..tp ini utk mengelakkak kekeliruan..sekian~
 
» Reply to this comment...

Posted by Khairul, on 02-04-2009 15:03, IP 58.185.79.242, Guest
11. hukum
Salam UZAR.. 
saya dan rakan (10 org) mempunyai kumpulan bermain badminton. kami ingin mengadakan pertandingan. boleh x kami mengutip bayaran bulanan dan menggunakan wang terkumpul tersebut untuk digunakan membiayai hadiah untuk pemenang? mohon pandangan USZAR dan rakan2 pelawat web ini. TQ 
 
UZAR : Telah dijelaskan dalam artikel bhw cara tersebut TIDAK BOLEH dan judi.
 
» Reply to this comment...

Posted by kiwi bingung..!! Kuantan Pahan, on 06-11-2008 02:21, IP 194.80.178.1, Guest
12. ...
Assalamualaikum.... 
Uzar MUNGKIN masalah saya seperti AbgNgah dari kota baru saya menang cabutan bertuah dari YAHOO REWARDS sebanyak RM 80,000.00 kenapa hukumnya haram...???? sedangkan saya tak menyertainya dan tidak mengeluarkan 1 sen pun duit bagi memasuki penyertaan peraduan ini, saya tak join pun lotery tu apa yang saya faham seolah-olah mereka ingin memberikan hadiah kepada kita.... saya masih muda berilah jawapan yang lebih terang agar tidak jadi bingung Uzar TOLONGLAH SAYA KENAPA HUKUMNYA HARAM...????? 
 
UZAR : Haram sebab tipu dan sdr akan kena bayar untuk dapatkan duit yg tipu tu...
 
» Reply to this comment...

Posted by j-QAF, on 14-05-2008 18:08, IP 60.52.101.67, Guest
13. ...
Salam uzar.. 
 
Amalan cabutan bertuah dan permainan yang berunsur judi seperti futsal adalah perkara yang amat memeningkan dalam masyarakat saya.  
 
Saya yakin, dari pandangan seorang pendakwah, uzar rasanya boleh faham bagaimana beratnya fikiran saya dalam memikirkan jalan penyelesaian tentang hal ini.  
 
Jika difikirkan kaedah dakwah secara hikmah, saya rasa tidak sepatutnya saya berkeras dalam memahamkan masyarakat tentang kesalahan cabutan bertuah, bayaran futsal, dan banyak lagi amalan yang tidak mengikut syara' dalam masyarakat.  
 
Oleh itu saya ingin mohon pandangan dan nasihat uzar. Jika uzar didalam masyarakat saya dan berada dalam situasi saya dalam organisasi belia yang kecil sebuah masyarakat yang sensitif jika ditegur..apakah prinsip yang perlu saya pegang dan adakah pengecualian saya sebagai pendakwah? 
 
Harap uzar faham situasi saya ingin memahamkan masyarakat saya. Kerana saya sendiri sebagai ajk kecil belia, secara tak rela telah terlibat dalam masalah cabutan bertuah dan pertandingan futsal yang dianjurkan oleh persatuan belia kami sendiri. Saya terkepung antara masalah rempit, sosial dan masalah sikap masyarakat felda tempat saya.  
 
terima kasih tak terhingga buat uzar. 
Harap dapat perhatian. 
 
wassalam..
 
» Reply to this comment...

Posted by Abgngah, on 13-05-2008 17:59, IP 60.52.103.82, Guest
14. ...
Assalamu'alaikum UZAR, 
 
Mcm mana dgn cabutan yg dibuat dengan menggunakan alamat email saya sedangkan ianya diambil secara rawak dari berjuta alamat email untuk memenangi hadiah. Baru-baru ini, saya dihubungi mengenai perkara ini oleh satu organisasi di UK dan Belgium memaklumkan mengenai kemenangan saya. 
 
Walaubagaimanapun, saya tidak memberi maklumbalas akhir kerana ianya badan lottery. 
 
Adakah boleh jika kita ambil duit tersebut untuk disalurkan ke baitulmal? 
 
ABGNGAH 
KOTA BHARU 
 
 
UZAR : IA BUKAN SAJA JUDI MALAH PENIPUAN YANG NYATA. SAYA SENDIRI DAH MENANG BERPULUH KALI CABUTAN YG ABG NGAH SEBUT TU.. 
 
BERHATI-HATI DAN JANGANLAH MUDAH DIITPU..
 
» Reply to this comment...

Posted by lurus dan telus, on 13-05-2008 09:46, IP 60.52.97.46, Guest
15. ...
assalamualaikum ustaz, 
saya amat tertarik kepada persoalan status Hadiah Sijil Simpanan Premium atau Konsep Sijil Simpanan Premium.  
 
Ulama mesti telus dan berani menyatakan sesuatu yang benar walaupun di hadapan pemimpin yang zalim.  
Tanpa menguraikan fakta fakta yang susah di fahami oleh orang biasa, saya ingin bertanya , 1) Hadiah Sijil Simpanan Premium adakah Halal atau Haram . Sijil Simpanan Premium itu sendiri (sijil itu sendiri) adakah Halal atau Haram.  
 
Jangan terlalu biarkan kami yang bodoh menilai sendiri, kami memerlukan jawapan. 
 
Orang yang tersesat dalam gelap pasti menerpa cahaya terang. 
 
UZAR : MENRUT MAKLUMAT ORANG DALAM YANG SAYA BARU DAPAT SSP ADALAH HARAM KERANA SBEHAGIAN BESAR DANA YANG TERKUMPUL DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI PINJAMAN RIBANYA
 
» Reply to this comment...

Posted by kie lipis, on 08-04-2008 23:55, IP 60.52.98.103, Guest
16. ...
assalamualaikum,, 
nak tanya pasal cabutan sijil simpanan premium. halal ke halam.
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnu daud lagi.., on 06-04-2008 17:38, IP 60.52.102.106, Guest
17. ...
akum uzar... maafkan saya kalau ni soalan membebankan uzar. dapat jawap ringkas pun takpe... saya copy semula dari ibnu daud sebab saya betul2 perlu tahu apa yang perlu saya buat especially supaya kami tak terikat dengan riba bank konvesional lagi....  
akum UZAR, saya dari sabah. kami nni orang kampung, maklum la kurang arif tentang riba.  
 
Alhamdulillah, banyak perubahan pd diri sy n family tentang riba. tq uzar atas nasihat dan ilmu yang anda curahkan. saya baru saja dapat vcd 'zalimkah perbankan Islam?'..  
 
Sedih juga bila dapat tahu dulu terlalu banyak kami terlibat riba..dalam vcd Uzar ada bagitahu kalau buat loan konvensional, kena tukar kepada Islamik loan. ok, saya faham yang tu. masalah saya ialah, baru sebulan yang lepas ayah saya meninggal dunia.  
 
Dia ada buat loan rumah, tetapi tidak ada insuran dan kami sekeluarga perlu bayar baki sebanyak RM9000 leboih kurang (sebulan ccm sebanyak rm117 selama lebih kurang 4-5 tahun lagi kalau tak silap ) .  
 
Saya sudah cek di bank(Ambank) tempat arwah buat loan dulu dan pegawai tu kata, ayah saya buat loan konvensional. kalau ikutkan saya, kalau ada duit, saya nak langsai semua.Kami dah bertekad taknak terjebak denganriba lagi.  
 
So, pegawai tu kata tak boleh tukar kepada Islamik loan sebab pinjaman atas nama arwah ayah saya seorang sahaja . saya buntu ustaz.. tapi saya yakin masih ada jalan penyelesaian... cuma saya perlu berusaha... jauh di sudut hati kecil saya, mudah-mudahan arwah ditempatkan dikalangan solihin.. moga2 Allah ampunkan kejahilan kami yang lalu.. so, pada pandangan Uzar,apa perlu saya buat... semoga jasa baik Uzar, akn di pandangnya sebagai amalan yang soleh... Terima kasih banyak2... 
 
tq uzar ats kprihatinan saudara,maaf banyak2 kalau menyusahkan...
 
» Reply to this comment...

Posted by makbal@tm.com.y, on 03-04-2008 15:08, IP 211.25.51.14, Guest
18. ...
Sebuah Pertubuhan Mengajurkan Makan Malam atau kejohanan atau pentas pertunujukan dan makan malam dengan mengenakan bayaran untuk menyertainya dan menontnnya. Dan Hadia istimewa cabutan tikit bertuah kepada berjaya. Hasil daripada kutipan akan didermakan kepada tabung amal seperti tabung pertubuhan, anak-anak yatim dan sebagainya. Apakah hukumnya Ustaz?
 
» Reply to this comment...

Posted by amir, on 01-04-2008 21:11, IP 60.52.101.42, Guest
19. ...
kalu kalah ,pihak kalah kena buat dende?
 
» Reply to this comment...

Posted by mama haziq, on 01-04-2008 13:37, IP 211.25.51.14, Guest
20. ...
salam 
 
menarik artikel ni, macamana pula tentang pertandingan memancing..? pendapat saya ada juga unsur judi di situ @ mencuba nasib. Nak masuk bertanding kena bayar yuran sure mengharapkan menang. kalau kalah siap marah2 sbb tak puas hati dgn timbangan dll. Macamana tu UZAR? Adakah pertandingan memancing yang kerap dianjurkan tu HALAL statusnya?
 
» Reply to this comment...

Posted by saudagar, on 31-03-2008 13:21, IP 211.25.51.1, Guest
21. ...
bagaimana pula dengan peraduan teka barang melalui sms, kita perlu bayar caj sms untuk menyertainya, hadiah yang selalu diberikan seperti tel bimbit, motor dan sebagainya. harap penjelasan uzar.
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnu daud, on 27-03-2008 19:46, IP 124.13.138.177, Guest
22. ...
akum UZAR, saya dari sabah. kami nni orang kampung, maklum la kurang arif tentang riba.  
 
Alhamdulillah, banyak perubahan pd diri sy n family tentang riba. tq uzar atas nasihat dan ilmu yang anda curahkan. saya baru saja dapat vcd  'zalimkah perbankan Islam?'..  
 
Sedih juga bila dapat tahu dulu terlalu banyak kami terlibat riba..dalam vcd Uzar ada bagitahu kalau buat loan konvensional, kena tukar kepada Islamik loan. ok, saya faham yang tu. masalah saya ialah, baru sebulan yang lepas ayah saya meninggal dunia.  
 
Dia ada buat loan rumah, tetapi tidak ada insuran dan kami sekeluarga perlu bayar baki sebanyak RM9000 leboih kurang (sebulan ccm sebanyak rm117 selama lebih kurang 4-5 tahun lagi kalau tak silap ) . 
 
Saya sudah cek di bank(Ambank) tempat arwah buat loan dulu dan pegawai tu kata, ayah saya buat loan konvensional. kalau ikutkan saya, kalau ada duit, saya nak langsai semua.Kami dah bertekad taknak terjebak denganriba lagi. 
 
So, pegawai tu kata tak boleh tukar kepada Islamik loan sebab pinjaman atas nama arwah ayah saya seorang sahaja . saya buntu ustaz.. tapi saya yakin masih ada jalan penyelesaian... cuma saya perlu berusaha... jauh di sudut hati kecil saya, mudah-mudahan arwah ditempatkan dikalangan solihin.. moga2 Allah ampunkan kejahilan kami yang lalu.. so, pada pandangan Uzar,apa perlu saya buat... semoga jasa baik Uzar, akn di pandangnya sebagai amalan yang soleh... Terima kasih banyak2...
 
» Reply to this comment...

Posted by yusri, on 27-03-2008 06:38, IP 60.52.100.47, Guest
23. ...
USTAZ, 
BAGAIMANA DENGAN PERADUAN / CABUTAN BERTUAH SIJIL SIMPANAN BANK SIMPANAN NASIONAL ( BSN ) .. SAMBIL MENYIMPAN BERHARAP DAPAT HADIAH YANG DI TAWARKAN. SYARAT YANG DIKENAKAN WANG TIDAK BOLEH DI KELUARKAN DALAM MASA 45 HARI .. MINTA USTAZ JELASKAN . T/KASIH
 
» Reply to this comment...

Posted by msrizal, on 26-03-2008 16:45, IP 211.25.51.1, Guest
24. ...
Assalamulaikum UZAR, terima kasih dengan artikel yang cukup bermakna ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by syabab, on 26-03-2008 06:20, IP 60.52.98.127, Guest
25. ...
Assalamualaikum UZAR, saya ada satu soalan. Kami ada menganjurkan perlawanan bola sepak.Syarat penyertaan bagi setiap sukan lebih krg rm200.setiap pasukan membayarnya dan duit tersebut di gunakan untuk membayar kos sewaan padang dan membeli hadiah.sebelum perlawanan, diadakan cabutan bertuah, yang mana salah satu pasukan yang menyertai perlawanan ini akan di kembalikan semula wang penyertaan. apa hukumnya?
 
» Reply to this comment...

Posted by Hidayat, on 25-03-2008 14:57, IP 211.25.51.1, Guest
26. ...
Salam, Saya tak bersetuju dengan jawapan Wannabe kpd Abu Hafiz & Kadir Rahman. Saya berpendapat ianya harus. Bukankah UZAR dah hightlightkan '2.Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja' dalam syarat 2. bagi pertandingan yg dibenarkan dlm Islam. 
 
UZAR : SOALAN TU SAYA TANGGUH KERANA FIKIR PANJANG SIKIT LAGI.  
 
SEKALI FIKIR MEMANG TAK BOLEH JUGA..KERANA SEMUA PESERTA TETAP HILANG DUIT ATAUUNTUNG DUIT.. SO SEDANG FIKIR KOT-KOT ADA SUDUT PANDANGAN YANG SAYA TAK NAMPAK.
 
» Reply to this comment...

Posted by ummameerah, on 25-03-2008 14:55, IP 211.25.51.1, Guest
27. ...
Jazakallah kepada WANNABE 
 
Maaf UZAR, saya kurang faham. sekarang dah faham. UZAR punye tulisan ni kena re-read, baca sekali sure tak register, especially orang macam saya yang cetek ilmu.  
 
btw, UZAR pernah kupas pasal sambutan maulid tak secara article? yang rakaman tu pc saya ni tak dapat deliver dengan baik :(. Dah cari melalui search engine site ni tapi tak jumpa writen article.  
 
UZAR : SORRY, SAYA PUN BUKAN PANDAI SANGAT MENULIS SEBENARNYA, JIKA NAK BAHASA SAYA OK , KENA SEMAK 3-4 KALI..TAPI BILA TAK SEMPAT..TERPAKSALAH PEMBACA REREAD UNTUK FAHAM YE. 
 
KEDUANYA, ISU BAB KEWANGANINI MEMANG SUSAH NAK DI TERANG GUNA BAHASA MUDAH. BEKERJA KERAS UNTUK GUNA BAHASA YANG BOLEH DIFAHAMI OLEH ORANG YANG TIADA BACKGROUND SYARIAH DAN KEWANGAN.  
 
NAMUN CUBA SEKADAR MAMPU 
 
» Reply to this comment...

Posted by kadir rahman, on 25-03-2008 14:50, IP 211.25.51.1, Guest
28. ...
Terima kasih WANNABE, 
 
Saya faham mengenai bab Permainan @ Peraduan Moden clause 5, bagaimana pula dengan kesimpulan hadiah pertandingan yang dibenarkan dalam Islam clause 2 seperti di bawah? Ia kelihatan bertentangan dengan bab Permainan @ Peraduan Moden clause 5. Berapakah nisbah yang dimaksudkan dengan sebahagian yuran tersebut? 
 
Quote
 
2. Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan  
 
» Reply to this comment...

Posted by ayub, on 25-03-2008 14:49, IP 211.25.51.1, Guest
29. ...
uzar saya nak tanya tentang permainan kutu. sekali pandang nampak halal. ok begini 
 
1. pekerja office saya ada membuat "main kutu". satu kepala or seorang 100 seramai 11 orang so setiap org akan dapat 1100 (100 duit sendiri) tiap bulan. yang jadi masalahnya tiap bulan cabutan akan dibuat, siapa dapat happy la.. saya melihat disini ia ada unsur judi,sebab sebelum cabutan2 mengharap nasibnya akan kena, jadi saya fikir kalau dibuat cabutan number giliran yang dah tetap siapa yang dapat tiap bulan sebagai contah mamat bulan jan, abu feb, ali mac dan seterusnya itu adalah harus. 
 
saya harap sangat komen uzar. namun jika pendapat saya tu betul alhamdullilah,ini bermakna saya faham setelah membaca buku uzar tulis 
 
UZAR : JAWAPANNAY TELAH DIJADIKAN SATU ARTIKEL LENGKAP.. TAHNIAH KERANA SOALAN ANDA TELAH TERPILIH DALAM CABUTAN BERTUAH. ..NAMUN TIADA HADIAH DI DUNIA KECUALI PAHALA DI AKHIRAT SETIAP KALI ORANG MEMBACA SOALAN ANDA DAN JAWAPAN SAYA.
 
» Reply to this comment...

Posted by altaaf, on 25-03-2008 13:28, IP 211.25.51.1, Guest
30. ...
salam.. 
 
kan dulu2 ade praduan power root tu kan..bile kita bli air tin power root, bawah pnutup tin tu ada bagitau kita dapat hadiah skian2 ( jika btuah la).. 
 
Saya ade dengar org kate haram, sbb seolah2 macam main tikam.ala pmaianan budak2 yang beli cekidis@jajan tu, n ade ketas kt dlm tulis menang sekian2 hadiah..memag klu power root tu airnya blh diminum, tikam tu pn cekedisnya boleh dimakan, tp klu mmg org duk bli dgn jumlah yg byk utk dpt hadiah btuah tu, blh ke?? 
 
kalu tengok yang ustaz kate pasal bli2 surat kabar byk2 tu kira ok la haramnya, sbb surat kabar tu baca 1 naskah je, naskah2 lain kita duk ambik borang praduan je, tp air power root n cekedis tikam tu kan boleh diminum@ makan smuanya..jd minta pendapat ustaz.. 
jazakallah 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by sanggang, on 25-03-2008 09:28, IP 60.52.99.173, Guest
31. ...
ustaz,  
mcm mana hukumnya kalau peraduan teka jumlah guli. setiap yang nak meneka kena beli tiket harga sekian-sekian. yg dapat teka dgn tepat dapat hadiah. yang tak tepat berpeluang utk menang hadiah cabutan bertuah. boleh ke macam tu? ke ada unsur2 haram kat situ? tolong jawab ye ustaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by ct_aisyah, on 25-03-2008 09:28, IP 60.52.99.173, Guest
32. ...
ya dah baca...saja nak kompem lagiii... :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by WANNABE, on 25-03-2008 09:28, IP 60.52.99.173, Guest
33. ...
Ustaz, 
 
Izinkan saya jawab soalan Abu Hafiz dan Kadir Rahman (mcm biasa, ustaz bagi markah je) 
 
Hukumnya haram  
 
Dari bab Permainan @ Peraduan Moden clause 5 
 
"Ia adalah judi walaupun permainan bola sepak bukannya permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata. Namun unsur judinya datang dari bahagian kedua iaitu hadiah yang wang terkumpul semua peserta. Ini menjadikan semua kumpulan terdedah kepada untung dan rugi. Tatkala itu Majlis Fiqh Dunia menganggapnya sebagai perjudian. Demikian juga jika ditinjau dari perspektif empat mazhab. 
 
Tetapi jika hadiah datang dari sumbangan mana-mana pihak yang tidak menyertai pertandingan itu, permainan tadi menjadi halal secara sepakat ulama."
 
» Reply to this comment...

Posted by WANNABE, on 25-03-2008 09:28, IP 60.52.99.173, Guest
34. ...
Ustaz, 
 
Izinkan saya tolong jawab soalan ummameerah (ustaz tolong bg markah je) 
 
(1) Hadiah yang diterima adalah harus kerana ibu bapa adalah penaja/ibu bapa tidak bertanding/peserta yg bertanding tidak menanggung kerugian. 
 
(2) Hadiah yang diterima adalah harus kerana syarikat adalah penaja/syarikat tidak bertanding/pekerja yg bertanding tidak menanggung kerugian. 
 
 
UZAR : MARKAH PENUH..ALHAMDULILLAH 
 
» Reply to this comment...

Posted by ct_aisyah, on 25-03-2008 00:34, IP 60.52.98.217, Guest
35. ...
peraduan mencari benda tersembunyi dlm BH pon x boleh la UZAR jika sengaja dibeli semata-mata utk sertai peraduan tu? :eek  
 
UZAR : KALAU SETAKAT BELI PAPER SENASKHAH UTK BACA SAMBIL MASUK , TIADA MASALAH. JIKA BELI LEBIH DARI SATU..IA SUDAH JATUH SYUBHAT DAN BOLEH JADI JUDI. BUKANKAH TELAH DISEBUT DI DALAM ARTIKEL
 
» Reply to this comment...

Posted by ummameerah, on 25-03-2008 00:33, IP 60.52.98.217, Guest
36. ...
Thank you for the ilm. 
 
Soalan saya: 
(1) Bagaimana pula hadiah yang di terima semasa pertandingan disekolah, seperti sports day, yang mana ibu bapa di minta memberi sumbangan untuk membeli hadiah dan lain-lain lagi sebaga anjuran hari sukan sekolah? 
 
(2) ada syarikat/organisasi yang memberi sumbangan hadiah cabutan bertuah supaya dapat mengelakkan cukai pendapatan syarikat. Hadiah tu haram tak?
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu Hafiz, on 25-03-2008 00:33, IP 60.52.98.217, Guest
37. ...
Salam. Boleh Ustaz jelaskan syarat hadiah #2: Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja. Bagaimana sekiranya sesuatu peraduan yg mengenakan yuran untuk mengumpul dana, sebahagian kutipan digunakan untuk hadiah, sebahagian untuk kos penganjuran, dan selebihnya untuk dana persatuan? 
 
JKK.
 
» Reply to this comment...

Posted by kadir rahman, on 25-03-2008 00:33, IP 60.52.98.217, Guest
38. ...
Keismpulannya, hadiah pertandingan yang dibenarkan dalam Islam hanyalah jika :- 
 
2. Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan. 
 
Saya agak keliru dengan kenyataan ini kerana ia dengan mudah menghalalkan penggunaan wang terkumpul dari yuran penyertaan sebagai hadiah.  
 
Saya pernah melihat sebuah masjid menganjurkan pertandingan bola sepak dimana setiap pasukan dikenakan yuran dan dihadkan jumlah pasukan yang layak mendaftar. Nilai hadiah-hadiah yang ditawarkan lebih kurang 80% dari jumlah yuran terkumpul, selebihnya mungkin digunakan untuk pentadbiran pertandingan.  
 
Saya fikir ianya haram, tetapi bertentangan dengan kenyataan ustaz diatas. Mohon penjelasan ustaz tentang nisbah hadiah dan pentadbiran.
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom