Utama arrow Soal Jawab & Isu Pilihan arrow Tanda Sujud & Solat Di Wajah?
PDF Print
User Rating: / 24
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 16-04-2008 17:15
Views 33960    
Favoured 47

Tanda Solat Dan Sujud Di Wajah ?

Soalan

Melaksanakan solat  yang menjadi tiang agama hakikatnya, mendatangkan ketenteraman jiwa  dan kebahagian hidup, sekali gus terpancar di wajah. Bagaimana boleh dibuktikan menerusi ayat al-Quran dan sunah Rasulullah SAW?

Jawapan UZAR

Benar solat adalah tiang dan asas kepada agama berdasarkan hadith:

رأس الأمر الاسلام وعموده الصلاة 


Ertinya : "Kepala urusan (kehidupan) ini adalah Islam dan tiangnya adalah solat"  (Riwayat Ibn Majah dan An-Nasa'ie dalam As-Sunan Al-Kubra;
Al-Albani dan Al-Arnauot : Hadis sohih )

Ia juga jika ditunaikan dengan ilmu dan khsuyu'nya adalah menghasilkan rasa kemanisan iman dan ketenangan sebagaiamana yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w

حبب إلي من دنياكم الطيب والنساء وجعلت قرة عيني في الصلاة

Ertinya : "Aku suka terhadap beberapa item dalam dunia kamu, iaitu wangian, wanita (iaitu dalam meningkatkan martabatnya berbanding menjadi barang mainan dan dagangan di zaman Jahiliyah) dan dijadikan ketenangan dan kenikmatanku di dalam solat"( Riwayat Ahmad, al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Adapun berkenaan ketenangan yang terpancar di wajah pula adalah petikan dari Al-Quran ketika menerangkan sifat mereka yang bersama perjuangan Nabi s.a.w :-

تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ

Ertinya "..kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. (Al-Fath : 29)

 

sujudlah kepada Allah

Imam Fakhruddin Al-Razi menyatakan terdapat dua pendapat dalam mentafsirkan tanda ini ( At-Tafsir Al-Kabir, 28/93 ) :-

Pertama : Tanda itu akan ternampak di akhirat kelak sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 106 " Di hari yang Allah memutih dan menggelapkan wajah" dan juga dari surah At-Tahrim ayat 8.

Kedua : Tanda ini akan terzahir di dunia lagi. Terdapat dua kemungkinan yang disebut,

a)      Bekas sujud ini adalah tanda hitam di dahi. Namun perlu diingat ada sebahagiannya memang hitam kerana banyaknya sujud, namun banyak sujud belum tentu diterima solatnya. Manakala ada yang hitam sebab-sebab lain.

Justeru secara umumnya, tanda hitam di dahi, boleh membawa erti tanda sujud yang banyak dan lainnya. Jika tanda sujud itu diiringi dengan sifat-sifat mahmudah dirinya dan wajahnya yang menepati ciri kedua di bawah, lalu ia kemungkinan besar tanda yang benar.

b)      Satu tanda yang Allah zahirkan di wajah orang yang sujud dari raut yang bercahaya, kelihatan tenang dan menyenangkan. Tanda inilah yang disebut terdapat pada wajah baginda Nabi, para sahabat dan lain-lain ulama.

 

Syeikh Abd fatah Abu Ghudda, ulama Syria pakar Hadis

 

 

Sahabat besar nabi seperti Ibn Abbas pula menjelaskan maksud tanda itu dengan katanya ( Tafsir Ibn Kathir, 4/205 ; Ad-Durr Al-Manthur, As-Suyuti, 7/453 )  :-

a- Raut yang baik dan menyenangkan, taqwa dalam urusan agamanya dan pemalu. ( Riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Mardawaih)

b- Wajah putih bercahaya di hari kiamat ( Riwayat Al-Bukhari dalam At-Tarikh)

 

Al-Qaradawi

 

Sudah tentu wajah ini cukup berbeza dengan wajah penzina, orang yang meninggalkan solat, pelaku dosa yang kelihatan gelap walaupun wajahnya berkulit cerah. Inilah beberapa nas dari begitu banyak himpunan nas yang menerangkan berkenaan kesan hebat dari solat kepada umat Islam seluruhnya.

Wajah-wajah ulama seluruh dunia

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 April 08

Last update: 11-10-2008 19:16

Published in : Soal Jawab, Soal Jawab & Isu Pilihan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (43) RSS feed comment
Posted by Syahrain, on 28-08-2010 15:21, IP 124.13.214.24, Guest
1. Tanda Sujud & Solat Di Wajah?
assalamualaikum.. 
mohon izin utk copy gmbar n share sdkt sbnyk psl ni :)
 
» Reply to this comment...

Posted by muhammad azwan azam, on 20-08-2010 03:00, IP 58.26.181.188, Guest
2. mohon copy
mohon keizinan ustaz untuk copy... :)
 
» Reply to this comment...

Posted by ingintahu., on 17-08-2010 16:31, IP 210.19.13.35, Guest
3. kalimat allah
USTAZ..BOLE SAYA TAU ..APE MAKSUDNYE ADA KELIHATAN KALIMAT ALLAH DI DAHI..?
 
» Reply to this comment...

Posted by yana, on 04-08-2010 10:10, IP 58.26.173.200, Guest
4. solat
salam ustaz.. 
 
bagaimana nak khusyuk dalam solat?..time solat banyak sangat...yang terpikir... 
harap ustaz boleh bantu
 
» Reply to this comment...

Posted by Norliza, on 07-07-2010 09:23, IP 202.75.46.47, Guest
5. Mengqadakan Puasa
Assalamualaikum.... 
 
Ustaz, 
Perlukah seorang ibu yang berpantang (melahirkan anak) dalam bulan Ramadhan mengqadakan puasa yang ditinggalkan walaupun telah membayar fidyah pada tahun berikutnya? Ini kerana saya pernah terbaca satu artikel menyatakan ibu yang menyusukan anak tidak perlu mengqadakan puasa dan puasa tersebut boleh diganti dengan membayar fidyah. Walau bagaimanapun artikel tersebut agak mengelirukan dari sudut penyampaian bahasanya.
 
» Reply to this comment...

Posted by Nilai, on 16-05-2010 00:26, IP 203.82.80.88, Guest
6. Say Fool
Salaam, 
 
Benarlah bahawa tanda2 yang kita lihat pada dahi seseorng itu tidak semuanya sebagai tanda solat. Sekarang ni kecoh tentang satu isu di mahkamah yang mana saksi utama kes (orang kata dia banyak solat sebab ada tanda sujud di dahi) dengan selambanya mengaku meninggalkan solat selama 2 hari (juga sebelum2 itu yang tidak diketahui jumlahnya), tetapi solat Jumaat tanpa mandi junub. Semuanya kerana hendak menegakkan hujah bahawa dia dianiaya dengan menyimpan bukti. Amat memalukan dan menjijikkan. Sebenarnya ana pun hormat sesiapa yang memiliki tanda ini, good first impression. Tapi bila dah tau dia ni adalah sebaliknya, maka hilanglah respect, memalukan sungguh, benda asas pun tak terjaga. 
 
Wallahua'lam.
 
» Reply to this comment...

Posted by mazwan, on 08-05-2010 12:20, IP 203.82.92.80, Guest
7. soalan
ustaz, kini terdapat byk bahan2 dalam internet berkenaan dgn 2012, kiamat dan sebagainya.... 
maklumat yang diaparkan juga disertakan dengan hujah drpd Al-Quran dan Hadith bagi menyokong kenyataan mereka.... 
 
saya ada membaca tulisan ustaz mengenai kiamat besar dan kiamat kecil dan saya bersetuju dengan pendapat ustaz. saya ingin bertanya kepada ustaz, apakah salah di sisi aqidah apabila kita membuat jangkaan mengenai kiamat dan perkara2 ghaib yang lain??? 
 
sy berharap agar ustaz dapat memberikan sedikit penjelasan.....
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd sabri, on 28-03-2010 14:28, IP 210.187.49.65, Guest
8. nk copy n paste
salam..boleh tk sy nk copy n paste artikel dlm website dlm blog sy utk ingtan kepada sy..
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah, on 31-12-2009 01:26, IP 60.53.68.123, Guest
9. Zikirullah
Salam Uztaz, 
 
Kadang kadang saya suka untuk berzikrullah ketika memandu kereta dari rumah ke tempat kerja atau travelling ketempat yang jauh. ini kerana terikut ikutkan perangai almarhum ayah saya dahulu. Cuma saya ni tak suka nak menonjolkan perbuatan saya tu depan keluarga dan khalayak ramai takutkan timbul tanggapan riak. 
 
Saya lakukan ketika ada keringanan hati, bersendirian dan sekadar yang termampu. Walau bagaimana pun hanya sekadar menyebut kalimah 'Subhanallah' atau 'Alhmadulilah', atau 'Allahuakhbar' atau 'Lailahaillah' - setiap satu kalimah mengikut kadar yang termampu untuk saya lafazkan iaitu tiada spesifik jumlah seperti dalam wirid dan zikir selepas solat fardu.  
 
Soalan : 
 
1. Apakah ada peraturan spesifik untuk kita patuhi untuk berzikir pada bila bila masa. 
( saya risau amalan zikir saya tak betul atau tak mengikut kehendak yang sepatutnya - contohnya mesti ada wuduk setiap kali berzikir ) 
 
2. Sekiranya zikirullah saya tu diterima dan mendapat pahala, adakah Almarhum ayah saya turut menerima pahala itu kerana pengaruh daripada perbuatannya yang suka membaca ayat Quran ketika memandu. 
 
3. Bolehkah zikir ini dihadiahkan kepada Almarhum Ayah saya, memandangkan ia lebih mudah untuk dilakukan pada bila bila masa ? 
 
Harap dapat penjelasan daripada Uztaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by Azrul, on 13-11-2009 01:36, IP 124.13.18.103, Guest
10. ulama
Uzar, izinkan sy copy gambar ulama yg uzar paparkan nie.sbg inspirasi. 
 
UZAR ; BOLEH, CUMA JANGAN JADIKAN GAMABR SBG INSPIRASI TATPI JADIKAN ILMU DARI PENULISAN MEREKA SBGI INSPIRASI. GAMABR HANYA UNTUK KENAL DAN INGAT, BUKAN INSPIRASI.
 
» Reply to this comment...

Posted by zulkifli, on 15-09-2009 22:02, IP 210.187.70.11, Guest
11. ...
Ustaz saya terpaksa buat cetak salinan artikel ini untuk kawan-kawan saya supaya tak keliru sangat cara perbuatan mereka.
 
» Reply to this comment...

Posted by ani, on 14-07-2009 00:41, IP 60.53.236.163, Guest
12. tanda sujud
Salam ustaz, saya juga mempunyai tanda sujud pd dahi saya. Saya selalu menyorok dari pandangan mata org lain dgn melabuhkan tudung hgg ke dahi.  
 
Masalah saya kekadang saya rasa seronok ada tanda ni yg menyebabkan saya amat mat amat takut kerana boleh terjadi ujub dan riak pada diri saya.  
 
Bagaimana saya boleh atasi perasaan ini yg semmgnya bisikan2 syaitan? Adalah segala solat saya kira terbatal dgn lintasan hati & fikiran & perasaan ni? Saya takut sbb perkara pertama dihisab ialah solat. 
 
UZAR : Bila riya timbul, pahala memang hilang. Caranya, fahamkan bahawa tiada kaiatan dahi tu degn penerimaan Allah. Allah melihat hati bukan dahi. Jika kefahaman tu dpt dimasukkan, inshaAllah syaitan akan kurnag berjaya memasukkan sebrg perasaan
 
» Reply to this comment...

Posted by alem, on 08-06-2009 00:13, IP 203.82.91.102, Guest
13. Ulama Dunia.
Salam sejahtera ustaz, Saya minta izin dari ustaz utk mengambil gambar ulama dunia utk di paparkn di desktop computer saya. Alhamdullilah & Terima Kasih,Semoga ALLAH merahmati serta memberkati usaha ustaz. 
 
UZAR : silakan..moga Allah berkati usaha tuan juga
 
» Reply to this comment...

Posted by syauqah_wardah, on 28-05-2009 20:26, IP 60.50.145.218, Guest
14. solat...
:sigh assalammualaikum ustaz..kalau dlam solat ssorg tu dia slalu trbayang dosa2 yg pernah dlakukan..adakah ia ble mybbkn tidak khusyuk dlm solat??
 
» Reply to this comment...

Posted by artmuslim, on 25-05-2009 23:21, IP 124.13.10.143, Guest
15. Pinjam artikel
Saya mohon untuk meminjam artikel ini untuk blog saya. Ianya adalah untuk tujuan latihan mereka blog. ianya adalah sementara dan akan dikeluarkan kelak. 
 
Terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by Shalom, on 22-05-2009 22:06, IP 202.60.56.249, Guest
16. Salam
Salam 
 
Apa padangan ulama Islam mengenai lelaki menjemur "anak seluar" dia di kawasan terbuka seperti menggantungnya di tepi tingkap rumah? 
 
Bagaimana pula pandangan dari segi budaya dan adat? 
 
Minta kemukakan dalil dari segi Al-Quran atau hadis serta pendapat muktabar mengenainya.
 
» Reply to this comment...

Posted by JunduLLAH, on 16-05-2009 13:03, IP 61.6.163.21, Guest
17. vaksinharam
assalamualaikum UZAR,ada seorang sahabat (doktor)maklumkan bahawa vaksin untk siri suntikan imunisasi yang diberikan kepada bayi sejak dari lahir dibuat dari sumber yang tidak halal,beliau mengatakan ianya bersumberkan babi dan anggota dari binatang(halal) yang masih hidup. apa pandangan ustaz? 
 
UZAR : yang ini kena kajian makmal, kali ini sesuai rujuk PPIM. tapi bab kewangan jangan rujuk PPIM.
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd safarul bin mohamed yusof, on 12-05-2009 20:58, IP 203.82.79.101, Guest
18. assalamualaikum UZAR
nak tanye sikit kemusykilan... wanita yg haid dilarang membaca QURAN... tp jika wanita itu menghafaz dan selalu mengamalkan sebagai zikir (potongan ayat seperti ayat kursi, seribu dinar dsb,), ape hukum dan boleh atau tidak>?? 
 
UZAR : khilaf ulama nih..kesimpulan yg lebih kuat, boleh baca zikir2 begitu
 
» Reply to this comment...

Posted by aslina, on 24-04-2009 15:42, IP 118.101.75.134, Guest
19. ibu saya xmahu bersolat...
aslkum ustaz...saya ingin mendptkn cadangan dan pendapt ustaz bkenaan dgn ibu saya yg amat saya sayangi ini. usia beliau pd thn ini genap 63 thn beliau memiliki anak2 yg saya blh katakan baik dan berjaya bbanding dgn sesetengah ibu bapa yg mengalami masalah dgn sikap dan kehidupan sosial anak mereka yg semakin meruncing kini.  
 
apa yg menyebabkn hari2 saya penuh dgn sikap terkilan dan sedih adalah ibu saya tdk mahu mengerjakan solat meskipun sudah byk kali saya nasihatkn dan rela utk mengajarnya krn ilmu agama nya mmg kurang sejak sy kecil lagi. beliau pernah mengikut ilmu agama semasa sy kecil dan dulu pernah bersolat tp sudah hampir 10 thn beliau tidak mengerjakannya. 
 
bolehkah ustaz berikan sebarang idea atau saranan kpd saya untuk melembutkan hatinya itu yg saya boleh katakan seperti batu ini... 
 
UZAR : anjurkan satu ceramah di rumah, jemput penceramah luar berikan tajuk solat tapi jgn drastik sgt, berikan tajuk2 lain dahulu. 
 
atau ajak ibu travel jauh-jauh sambil bercuti, on the way semasa drive, pasangkan kaset ceramah berkenaan agama dan solat. 
 
dan doa serta usaha lagi
 
» Reply to this comment...

Posted by fikri, on 15-04-2009 11:39, IP 218.208.51.194, Guest
20. bedosa x saya??
salam,saya ad masalh dimana kebanyakan member2 saya x solat,lebih menyedihkan saya adalah ketua bilik..masalahnya saya x tau nak tegur camne diorang nie sedangkan ust. kami dah pesan suruh tunaikan solat,kadang2 diorang ckap tetng agama lebih expert dari sya..soalanya bedosa x saya x tegur diorang n adakah saya akan disoal knapa x tegur diorang sebaba saya adlah ketua bilik tersebut? :sigh 
 
UZAR : ajaklah mereka setakat yg mampu, jika dah buat yang terbaik tapi mereka masih enggan..telah terlepaslah beban sdr di hadapn Allah
 
» Reply to this comment...

Posted by norlida, on 16-12-2008 18:57, IP 202.170.60.252, Guest
21. non-muslim berkahwin dengan muslim??
Salam,  
ustaz ,saya ada seorang kawan non-muslim yang bertanyakan soalan: kenapa non-muslim perlu masuk islam dahulu apabila mahu berkahwin dengan orang islam? Dia juga membandingkan orang islam di negara ini dengan orang islam di negara jiran(indonesia).di mana, di sana org muslim dan non-muslim boleh berkahwin.Apakah jawapan yang sesuai untuk saya berikan kepadanya??
 
» Reply to this comment...

Posted by loi, on 26-05-2008 14:02, IP 60.52.96.170, Guest
22. ...
salam UZAR.. 
 
saya sendiri sedar bahawa keaadaan saya telah berubah. sebelum ini saya dapat rasakan kemanisan dalam solat yang kusyu.. tetapi apabila saya telah menyertai satu perniagaan jualan langsung yang banyak bercerita tentang produk (CERITA HAL² DUNIA) kepada orang lain, sedikit demi sedikit solat yang saya kerjakan semakin kurang kemanisannya..adakah mungkin kerana hal² dunia yang saya selalu cerita sehingga masuk kedalam hati saya perkara dunia..
 
» Reply to this comment...

Posted by aini 012 3395644, on 21-05-2008 19:12, IP 60.52.102.68, Guest
23. ...
dimanakah tempat dan masa untuk saya mengikuti ceramah solat secara khusuk dlm masa terdekat? 
 
UZAR : BUAT MASA NI, TIADA YANG TERDEKAT
 
» Reply to this comment...

Posted by humaira, on 20-05-2008 12:59, IP 60.52.103.116, Guest
24. ...
:sigh salam. ustaz, 
saya merupakan seorang remaja yang berusia 22 tahun. masalah saya hingga ke saat ini saya masih belum didatangi haid. sudah bermacam cara dan ubat dimakan, namun masih tidak mendatangkan apa-apa kesan yang positif. pihak doktar menyatakan saya normal dan tidak terdapat sebarang ketumbuhan pada bahagian rahim saya. adakah ini merupakan anugerah dari Allah SWT untuk memberi peluang kepada saya supaya sentiasa berusaha meningkatkan amalan?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by anuar ali/siti khadijah, on 15-05-2008 11:27, IP 211.25.51.200, Guest
25. ...
tahap penghayatan solat itu ingatlah sewaktu mengangkat takbir seolah2 izrail berada dibelakang untuk mencabut nyawa. sewaktu bersolat bayangkan jauh dihadapan kita sedang melalui titian sirat untuk menuju ke syurga, sedangkan apabila kita lalai dari solat bayangkan kita akan terjatuh ke bawah dalam neraka wail bagi orang yang lalai dalam solat. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by sYeIkH mUhAmMaD jIbReEl, on 14-05-2008 13:24, IP 60.52.101.67, Guest
26. ...
Assalamualaikum ustaz... 
 
Pada pandangan saya yang hina ini, 
Walaupun diwajah mereka terpancar seri cahaya dan ketenangan... 
Tapi saya yakin dan pasti, hati mereka tidak begitu... 
Didalam hati menderita, sengsara kerana takut yang amat sangat kepada Allah S.W.T... 
Rindu yang amat sangat kepada Baginda Rasulullah S.A.W… 
Mereka dipenjarakan didunia ini  
“Sesungguhnya dunia ini adalah penjara bagi orang yang beriman..” 
 
Tidakkah kita terfikir, apakah dugaan dan cobaan yang telah mereka lalui untuk memelihara nikmat iman dan islam didalam diri mereka? 
 
Cuba bayangkan Rasulullah S.W.T..  
Wajah baginda bagaikan bulan yang berseri2, penyejuk mata memandang, 
ketenangan dan sumber kekuatan kepada kaum muslimin... 
dalam ketenangan Baginda, tersemat takut yang amat sangat kepada Allah S.W.T... 
Sedangkan Baginda S.A.W beristighfar kepada Allah S.W.T sekurang2nya 70 kali sehari, 
 
Sehingga Imam Shafie melakarkan ia dalam perkataannya 
"Wahai tuhan, aku tak layak ke SyurgaMu, 
Namun tidak juga aku sanggup ke NerakaMu..." 
 
yang berkata begitu adalah imam besar mazhab Syafie, 
Terfikir tak kita, siapa kita berbanding imam syafie?? 
 
Kalau imam syafie pun kata dia xlayak masuk Syurga Allah S.W.T... 
Apa lagi KITA????  
 
“HASIBU ANFUSAKUM QABLA AN TUHASABU..” 
-Hitung dan nilai amal perbuatan kita didunia ini, sebelum kita dihitung dan dinilai oleh Allah S.W.T di yaumil mahsyar…’ 
 
Marilah sahabat2ku… bangkit bersama sedarlah dari tidurmu...  
Jangan kita lalai dengan tipu daya dunia... kembalikan haq Allah S.W.T,  
Janganlah engkau terlepas dali taliNya, gigitlah ia dengan gigi gerahammu sehingga tiba hari kembalinya engkau kepada Allah S.W.T...  
 
» Reply to this comment...

Posted by gsahari, on 08-05-2008 10:07, IP 60.52.102.110, Guest
27. ...
saya nak tanya soalan di ruang ini macamana caranya?
 
» Reply to this comment...

Posted by Saali, on 30-04-2008 07:34, IP 60.52.100.145, Guest
28. ...
Hanya Allah yang tahu isi hati seorang hamba Allah di alam bumi ini. Ketahuilah , tidak terhitung nikmat yang Allah bagi dengan percuma tanpa kos. Udara untuk kita bernafas, air hujan yang turun untuk kegunaan manusia dan haiwan. Dengan kehendakNya udara ((Oksygen) diberhentikan kita akan mati...........Ayuh semua sujudlah , dirilah solat tanda bersukurnya kita atas nikmat-nikmat yang tidak terhitung banyaknya.. AAmin
 
» Reply to this comment...

Posted by talib irbid, on 28-04-2008 08:19, IP 211.25.51.200, Guest
29. ...
selain link atas tu.. webpage ni pun ada banyak juga gambar2 ulama dulu dan sekarang 
tenang je bile tengok muka ulama2 ni  
 
http://azzahabi.multiply.com/ 
 
bagaimana caranya ye.. nak ubah fikiran.. dari beridolakan artis kepada ulama sebagai idola :roll
 
» Reply to this comment...

Posted by WALINET, on 26-04-2008 08:42, IP 60.52.102.149, Guest
30. ...
Assalammualaikum. Ustaz, saya merupakan salah seorang yang diberi anugerah "tanda di dahi" kerana bersujud. Saya malu kerana saya ni bukannya alim sangat cuma tidak tinggalkan solat. Rakan saya yang bukan Islam turut menegur mengapa dahi saya "lebam". Bagaimana saya hendak atasi rasa yang kurang selesa kerana dahi yang bertanda hitam ni? Tolong saya ustaz.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by dilema wanita, on 25-04-2008 17:39, IP 60.52.101.71, Guest
31. ...
Assalamualaikum... 
ada kemusykilan ni ustaz, 
camana solat dan ibadah2 lain kalau perempuan tu darah haidh & istihadhah dia xputus2..klau brhenti pun 2-3 hari jer..dah 5 tahun ni. doktor kata hormon xseimbang. 
tolong saya ustaz.. :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by ct_aisyah, on 23-04-2008 12:06, IP 60.52.96.236, Guest
32. ...
Guest 19.04.2008:- sila baca artikel UZAR bertajuk "Kerugian Besar Lengahkan Solat-Wawancara Utusan Malaysia" - UZAR dah nyatakan cara utk ajak org solat. 
"Gunakan cara nasihat yang didasari kasih sayang dan ingin membantu, cara lembut sentiasa lebih utama daripada kaedah yang keras dan menempelak. Kaedah ini juga datang dari al-Quran dan hadis.  
 
Setelah itu, sentiasa galakkan dan bina kemampuan solat orang dituju secara beransur-ansur. Jika sukar, boleh sahaja minta dia mendirikan satu waktu solat sehari terlebih dahulu dan seterusnya semakin baik. Insya-Allah."  
 
 
» Reply to this comment...

Posted by da, on 22-04-2008 16:50, IP 211.25.51.200, Guest
33. ...
salam. ustaz, tolong jelaskan maksud hadith Nabi S.A.W. yang menyatakan bahawa jika dibenarkan manusia sujud kepada manusia, nescaya aku akan menyuruh isteri sujud kepada suami. Mengapa begitu tinggi kedudukan suami di mata baginda?
 
» Reply to this comment...

Posted by KhAsMY, on 19-04-2008 17:35, IP 60.52.103.62, Guest
34. ...
salam...ana setuju ngan pendapat ustaz tp ana ada mendengar pendapat masyarakat yang mengatakan bahawa orang yg ada tanda di dahi nie conform ahli syurga. Jadi ana berpendapat yg mereka mengatakan sedemikian krn jahil ttg perkara tersebut. Tidak semestinya mereka yg punya 'tanda' tersebut dpt masuk syurga atau tak. Itu semua adalah urusan Allah. tapi harapnyer mmg nak semua masuk syurga la..InsyaAllah..tp kan insan yang diberi 'tanda' nie mmg m'dpt ujian dari Allah krn melihat kpd perspektif masyarakat ttg 'tanda' nie, maka mereka kena mujahadah +++++ utk mengikis sifat mazmumah yang bila2 masa jak boleh menyerang diri...oleh itu, marilah kita sama2 berdoa moga dipelihara iman bersama...Amin.... :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 19-04-2008 17:27, IP 60.52.103.62, Guest
35. ...
Saya nak tanya,bagamana cara untuk saya tegaskan kepada orang untuk bersolat? :?
 
» Reply to this comment...

Posted by KhAsMY, on 19-04-2008 06:59, IP 60.52.98.21, Guest
36. ...
salam...ana setuju dengan pendapat ustaz. tp bagi pendapat ana, insan yg diberi tanda di dahi nie mmg m'dpt ujian dari Allah la walaupun kita xtau solatnya diterima oleh Allah atau tak tp yang pastinys t'dapat perspektif masyarakat skrg yg meng'claim' sesiapa yg ada tanda di dahi nie mmg conform ahli syurga. jd insan2 yang ada tanda di dahi nie mmg kena mujahadah ++++ melawan perasaan mazmumah yg bila2 masa jak boleh menjalar dalam diri..InsyaAllah kita sama2 berdoa kpd Allah moga dipelihara iman bersama...Amin....... :)
 
» Reply to this comment...

Posted by sarasyahidah, on 19-04-2008 06:58, IP 60.52.98.21, Guest
37. ...
Slm..ana suka tengok wajah org2 yg soleh..nur dan ketenangan yg terpancar diwajah mereka mencerminkan keimanan dan ketaqwaan yg mantap, membuatkan ana rs semakin dekat dan sentiasa kasih pada Allah Taala...peribadi muslim dan akhlak yg mulia yg ditunjukkan terbias pd alam sekeliling,sgt menyentuh jiwa utk kte lebih mendekatkan diri padaNya..Muhasabah bt diri yg hina..wslm.
 
» Reply to this comment...

Posted by am0i ida, on 17-04-2008 23:12, IP 60.52.96.124, Guest
38. ...
Salam 
 
Afwan Uzar, gambar wanita dalam tu sapa? Zainab al-Ghazali ke? Afwan tak tahu...
 
» Reply to this comment...

Posted by naji, on 17-04-2008 21:00, IP 60.52.96.124, Guest
39. ...
ada selit gamba ust dlm tu :P
 
» Reply to this comment...

Posted by 84, on 17-04-2008 20:59, IP 60.52.96.124, Guest
40. ...
Assalamualaikum.... 
 
Dengan ilmu yg ciput dan pendapat peribadi, sy rasa 'sinar cahaya' itu merupakan rasa ketenangan yang dapat dirasa oleh orang yang melihat wajahnya. sekalipun tanda hitam tidak ada.  
 
Dan memang ada orang yang punya dahi terkesan dengan tanda hitam sy pernah lihat dan nampak tenang wajahnya, ada juga yg sy tengok nampak biasa saja.  
 
Pensyarah sy pernah bag tau, ada jiran dato' Harun Din, bila jiran ni tengok wajah beliau, org tu dapat rasa tenang, sejuk sayup je, si anak pun gembira, ceria saja melihat wajah dato' Harun Din. Mungkin inilah buktinya. Segalanya kekuasaan ALLAH jua. Hanya pendapat peribadi saja. dan lagi, bukan dengan solat sahaja memberi kesan pd wajah. zikir, amalan sunat dan akhlak juga adalah penyumbangnya. Wallahu a'lam...:) 
 
p/s: bila saya tengok wajah ( DELETED BY ADMIN ATAS PERMINTAAN PENULIS KOMEN) 
 
Wassalam....
 
» Reply to this comment...

Posted by saya, on 17-04-2008 17:39, IP 60.52.96.124, Guest
41. ...
Kadang-kadang malu pada Allah, tanda yang ada pada dahi tidak mencerminkan peribadibadi yang sebenarnya. Semoga Allah masih membuka ruang buat saya untuk sentiasa bertaubat dan terus bertaubat. Wahai Allah kasihanilah saya, dan ampunilah serta terimalah taubat saya.Amin.
 
» Reply to this comment...

Posted by yuri, on 17-04-2008 13:07, IP 211.25.51.200, Guest
42. ...
Ayuh semua!! Bersolat,demi menjaga agama yg tercinta ini!!
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 16-04-2008 23:26, IP 60.52.101.206, Guest
43. ...
kata perpatah hanya jauhari saja yang kenal manikam. begitu juga orang ahli sujud, hanya yang ahli saja dapat membezakan seri seseorang tu kerana lahiriahnya ataupun nur dari sujud nya... 
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom