Utama arrow Hal Ehwal Riba arrow Rasa Dizalimi Bukan Penentu Riba
PDF Print
User Rating: / 13
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 21-04-2008 15:26
Views 11517    
Favoured 48

Zalim Bukan Penentu Riba

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

(Nota : Perbincangan dalam artikel kali ini adalah sedikit berat bagi mereka yang tidak biasa walaupun saya telah cuba memudahkannya sedaya mungkin. Persediaan minda dan pembacaan teliti satu demi satu beserta faham diperlukan)

Ramai yang terkeliru dalam hal ini, ada yang mengatakan bahawa setiap kezaliman dalam urusan kewangan adalah riba.

"Bukankah riba itu diharamkan kerana zalimnya" kata seorang pelajar sarjana Shariah kepada saya.

"Oo tidak, saudara tersilap faham. Mengelakkan kezaliman bukanlah ‘illah kepada riba tetapi ia hanyalah hikmah dan wisdom disebalik pengharaman riba. Ia adalah dua perkara yang berbeza" Ulas saya

" errmm tak faham" dia membalas lemah.

 

duit oo duit

Untuk memahami perbezaan, kita perlu memahami apa itu ‘illah dan apa syarat-syaratnya. Secara ringkas, ‘illah itu bolehlah dikatakan sebagai satu asas atau sifat yang standard.

Apabila sifat ini ('illah) ada dalam sesuatu transaksi, maka hukumnya akan mengikutnya lalu menjadikan transaksi atau tindakan itu haram, makruh atau halal dan sebagainya.

Disebutkan dalam kaedah Fiqh :-

الحكم يدور مع علته وجودا وعدما

Ertinya : Hukum (dalam Fiqh Islam) itu berpusing (mengikut) 'illah nya, jika terdapat illahnya maka hukumnya juga ada, jika ‘illah tu tiada maka hukum juga tiada.   (‘Ianah At-Tolibin, 2/290 ; Nihayatul Muhtaj, 3/292 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 24/159)

CONTOH MUDAH, ARAK.

‘Illah pengharaman arak adalah mabuk.  Manakala hikmah disebalik pengharamannya arak yang memabukkan ini adalah untuk menjaga aqal manusia.

Justeru itu, semua benda yang memabukkan minda apabila diminum atau makan (bukan dengan tujuan perubatan - ia punyai perbincangan lain) adalah dikira arak yang haram. Apabila minuman dan makana itu tidak memabukkan sama ada banyak atau sedikitnya, ia bukanlah arak dan tidaklah haram. 

HUKUM MUSAFIR 

Demikian juga hukum musafir yang layak mengqasarkan solat.

Apakah ‘illah perjalanan untuk dikategorikan sebagai ‘musafir'?

Perlu difahami, bukanlah kesusahan perjalanan, lelah dan letih atau ‘masyaqqah' dalam perjalanan yang menyebabkan sesuatu perjalan itu diiktiraf sebagai ‘musafir'(dari sudut hukum) sehingga layak diberikan kemudahan qasar solat.

Ini kerana kesusahan adalah berbeza-beza di antara seorang dengan yang lain. Ketidaktentuan inilah yang dinamakan ‘TIDAK STANDARD', sekaligus menyebabkan "susah" tidak boleh dijadikan ‘illah dalam mengenalpasti sesuatu perjalanan itu ‘musafir' atau tidak.

Majoriti ulama bersetuju jarak kilometer tertentu atau dua marhalah adalah yang paling sesuai dianggap sebagai ‘illah bagi menentukan satu perjalanan itu musafir atau tidak. Justeru, setiap perjalanan yang mencecah dua marhalah (2 marhalah bersamaan dengan 84 atau 85 kilometer) mazhab Hanafi pula mengatakannya 90 kilometer (Al-Majmu', 4/322 ; Fiqh Islami Waadillatuh, Az-Zuhayli)

Justeru apa sahaja perjalanan yang akan mencecah 85 KM secara automatik digelar musafir di dalam Islam, lalu layaklah untuk qasar solat dalam perjalan sebegini tanpa mengira sama ada perjalanan itu sukar atau tidak, meletihkan atau tidak.

BAGAIMANA PULA RIBA ??

Adakah zalim sesuai dijadikan ‘illah ?. Jika sesuai ini bermakna setiap yang zalim itu riba?.. Para ulama bersepakat bahawa ‘zalim' tidak sesuai kerana ia adalah satu sifat yang tidak mundabid (standard). 

Dikenakan faedah (interest) sebanyak RM 500 ke atas pinjaman RM 1 juta mungkin dinggap tidak zalim menurut logik aqal berbanding jika dikenakan RM 200,000. terutamanya jika si peminjam seorang usahwan berjaya.

Namun RM 500 yang sama juga mungkin akan dianggap zalim bagi usahawan yang belum maju. Oleh kerana itu, jika zalim dijadikan illah kepada riba, hukum akan menjadi permainan dan sentiasa berubah mengikut nafsu manusia. Ramailah pula yang mendakwa dizalimi dan ramai pula yang mengatakan tidak.  

Saya masih ingat, tercatat di dalam kitab Usul Fiqh yang unggul bertajuk Al-Mustasfa karangan Imam Abu Hamid Al-Ghazzali, kisah seorang raja yang melakukan kesalahan bersetubuh disiang hari bulan Ramadhan.

Hukumannya adalah berdasarkan hadis sohih ini :-

جاء رَجُلٌ إلى النبي  فقال إِنَّ الآخر وَقَعَ على امْرَأَتِهِ في رَمَضَانَ فقال أَتَجِدُ ما تُحَرِّرُ رَقَبَةً قال لَا قال فَتَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ قال لَا قال أَفَتَجِدُ ما تُطْعِمُ بِهِ سِتِّينَ مِسْكِينًا

Ertinya : Datang kepada nabi seorang lelaki yang telah menyetubuhi isterinya di siang hari Ramdhan 

Nabi bertanya, : Adakah kamu mempunyai hamaba untuk dibebaskan ?

Lelaki berkata : "Tiada"

Nabi membalas : Adakah kamu boleh berpuasa 60 hari berturut-turut ?

Lelaki : Tidak berupaya wahai rasul.

Nabi membalas : Adakah kamu mempunyai makan yang boleh memberi makan 60 orang miskin?.. ( Riwayat Al-Bukhari, no 1835, 3/ 684 )

Justeru, pandangan majoriti ulama. Kaffarah atau denda bagi kesalahan itu, mestilah mengikut tertib yang tercatat di atas. 1) membebaskan hamba 2) puasa 60 hari berturut 3) memberi makan 60 orang miskin.

Apabila raja merujuk kepada qadhi, sang qadhi terus memberikan hukuman puasa 60 hari berturut kepada raja dengan alasan hukuman pertama terlalu amat mudah bagi raja kerana ia kaya dan mempunyai ramai hamba. Lalu dibimbangi ia tidak akan memberikan sebarang kesan kepada sang raja. Tindakannya berdasarkan maslahat yang dilihatnya lebih penting dari berpegang kepada nas hadis yang menyebut bebaskan hamba terlebih dahulu.

Anda mungkin bersetuju dengan tindakan qadhi tadi. Betul tak ?

Namun tindakan qadhi ini telah dijadikan contoh popular bagi semua yang mempelajari ilmu usul fiqh..iaitu contoh bagaimana ‘maslahat mulgha' (maslahat yang tertolak) atau "kepentingan" yang disalah gunakan sehingga melanggar nas hadis yang specifik memberikan tertib hukuman kaffarah . Tindakan qadhi ini ditolak oleh ulama Usul Fiqh.

Imam Al-Ghazzali berkata semasa memberi komen terhadap kes di atas :-

فهذا قول باطل ومخالف لنص الكتاب بالمصلحة وفتح هذا الباب يؤدي إلى تغيير جميع حدود الشرائع ونصوصها بسبب تغير الأحوال

Ertinya : Tindakan dan kata-kata seperti tadi (keputusan tadi) adalah pendapat yang batil serta bercanggah dengan nas dari Al-Quran berselindung di sebalik nama maslahat, sebarang tindakan membenarkannya berlaku akan menyebabkan perubahan seluruh undang-undang Syariat dan nasnya atas sebab perubahan lokasi dan masa. ( Al-Mustasfa Min ‘Ilmi Al-Usul, 1/216, cet Ihya At-turath Al-Arabiy)

Lihat!.. apabila nas sudah jelas..tiada elemen logik, redha dan perasaan kemanusiaan boleh masuk campur untuk membatalkannya. Kecuali dalam isu-isu hukum yang terbuka untuk itu, tetapi tidak dalam isu ini dan juga riba.

Ada yang cuba berhujjah dengan saya kononnya riba di institusi kewangan riba atau konvensional tidak mahal, kemudian ada pula yang mengatakan riba sekadar 3 % bagi pinjaman rumah dan pelajaran tidak sewajarnya diharamkan kerana ia memberi manfaat kepada peminjam. Justeru ia tidak riba kerana tidak zalim dan memperolehi redha kedua-dua pihak.

"Yang riba dan zalim adalah Institusi Kewangan Islam yang mencecik darah dan mahal." demikian kata-kata mereka yang terkeliru akibat ilmu yang kosong di dada.

Silap..!.

Dalam mengenal pasti dan menentukan riba, illahnya jelas dari nas hadis..

Iaitu :-

1) Lebih : Sebarang excess atau lebihan dalam : -

a- Pemberian pinjaman wang atau manfaat asset (beri pinjam kereta sebagai contoh) yang DISYARATKAN PULANGAN BESERTA LEBIHAN MANFAAT. Sebarang lebihan sama ada banyak atau sedikit, dirasakan zalim atau tidak. Ia adalah riba yang haram.

b- Sebarang lebihan berat emas atau perak dalam pertukaran emas dengan emas. Samada bezanya 1 gram atau 30 gram,. Ia sama sahaja haramnya. Sebagai contoh, menukar rantai emas seberat 20 gram dengan rantai yang baru seberat 23 gram. Ia adalah riba samada redha atau tidak, sikit atau banyak.

2) Tangguh : sebarang bentuk tangguh dalam :-

a- Pertukaran matawang dengan matawang lain

b- Pertukaran emas dengan emas atau dengan perak.

Itulah illah yang disepakati oleh majoriti ulama, ia bersifat standard dalam semua keadaan bagi semua orang, semua benua dan negara. Tidak terkesan dengan nafsu seseorang. 

Saya akui, agak sukar untuk saya memudahkan penerangan ini dalam bentuk tulisan ringkas ini. Penerangan secara verbal mungkin lebih mudah. Namun saya masih berharap pembaca yangtidak mempunyai latar belakang ilmu Usul Fiqh mampu memahaminya.

REDHA DALAM RIBA YANG MURAH BOLEH TAK?

"Mengapa redha dalam hal riba tidak terpakai?" Berkerut dahi student saya ketika bertanya di luar kelas di UIAM.

Saya membalas :

"Kerana riba adalah satu bentuk dosa yang tergolong dalam HAK ALLAH semata-mata, justeru manusia wajib menurutinya tanpa boleh memindanya dengan redha dan rela hati mereka."

"Sama seperti zina.!, adakah zina menjadi halal apabila kedua-dua pasangan redha dan rela..Tidak sama sekali, demikian juga halnya membuka aurat, ia Hak Allah dan ujian yang Allah berikan kepada manusia, bagi menilai siapa yang taat dan siapa yang derhaka" jawab saya.

ASAL HUKUM TRANSAKSI KEWANGAN DI BANK ADALAH HARAM

Ada pihak yang cuba bermudah-mudah dengan mengambil kaedah fiqh yang menyebut

"Asal semuanya adalah harus selagi tidak dibuktikan haram"

Namun, perlu difahami secara halus kaedah tersebut. Yang paling tepat, kaedah ini sememangnya terpakai tanpa syak lagi buat semua perkara ciptaan Allah swt. Sepeprti hukum makan tupai, apakah hukumnya?..justeru selagi tiada nas yang haram, dan tidak pula memudaratkan. Ia kekal sebagai hukum HARUS DAN HALAL. Demikian aplikasinya.

Namun dalam instrument kewangan moden di bank khususnya, para ulama kontemporari mempunyai pendapat lain. Dr Md Daud Bakar (Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia) pernah menyebut dalam bengkel Muzakarah Cendiakawan Shariah Nusantara, bahawa asal hukum semua transaksi kewangan di bank adalah haram selagi belum dibuktikan halal.

 

Bersama Dr Mohd daud Bakar di Bengkel Shariah Bank Negara malaysia

 

Saya bersetuju seratus peratus dengan pandangan beliau.  Ini kerana instrument kewangan moden di bank dan pelaburan lain kebanyakkannya adalah hasil ciptaan Yahudi dan puak kapitalis yang sentiasa menjadikan riba, gharar dan judi sebagai tapak ciptaan instrument kewangan moden ini.  

Objektif utama mereka bagaimana ingin mencipta lebih banyak wang untuk mereka tanpa mengira kesan kepada orang lain. Pasaranlah yang akan menentukan kesannya kelak.

Hasilnya, adalah amat wajar dan tepat bagi ulama menganggapnya haram selagi belum dibuktikan harus dan halal.

 

Susana bengkel bersama pakar-pakar Shariah & Kewagan Islam dari Malaysia, Thailand & Indonesia

 

 

Pengalaman meneliti produk kewangan moden yang wujud hari ini amat tepat bagi membuat keismpulan, amat sukar untuk disah halal sesuatu skim dan produk kewangan itu. Jika ingin menjadikannya halal mesti akan perlukan banyak atau sedikit modifisikasi. Setelah modifikasi barulah ia mampu menjadi harus dan halal.  

Akhirnya, kerana sebab itulah umat Islam wajib menggunakan perkhidmatan bank-bank Islam dan Takaful. Mereka mempunyai pakar Shariah yang ditugaskan memantaunya serta mengambil tanggungjawab didunia dan akhirat.

 

Hari kedua, persidangan penuh selepas bengkel . 2008

 

 

Tanpa pakar Shariah yang menelitinya, setiap individu bertanggung jawab sendiri di akhirat untuk menjawab berkenaan keterlibatannya dengan sebarang skim pelaburan dan bank. Tiada excuse boleh diberikan. Hidup hanya sebentar, jangan leka dengan sebarang skim riba yang memukau nafsu cintakan harta.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

21 April 2008

Last update: 24-04-2008 14:56

Published in : Soal Jawab, Fiqh Kewangan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (38) RSS feed comment
Posted by idham, on 08-03-2010 23:27, IP 118.101.159.205, Guest
1. ‘illah & hukum fiqh
assalammualaikum ustaz,  
hujah yg sgt menarik. kezaliman bukanlah ‘illah kepada riba. penindasan juga bukanlah ‘illah kepada riba. Contoh yg lain: ikut hukum fiqh lelaki memang boleh kahwin dgn budak ppuan umur 9 thn jika budak tu dah akil baligh. So klu ada sorang 'ustaz' ni nak menikah dgn budak ppuan umur 9 thn dibolehkan ke tdk?  
 
Wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mazrilhisham Mansor, on 03-02-2010 14:36, IP 129.192.196.7, Guest
2. sewa kereta
salam ustaz, macam mana kalau kawan saya nak sewa kereta saya, saya cakap tak yah bayar, isi minyak penuh je ??? 
 
thx 
 
 
uzar : boleh dan halal.
 
» Reply to this comment...

Posted by Din, on 18-06-2008 18:40, IP 60.52.98.219, Guest
3. ...
Assalaamualaikum... 
 
Adakah harga jualan untuk bayar 2 kali (ansuran) yang berbeza dengahn harga tunai itu semestinya riba? Contohnya, beli tudung di pejabat. Harga cash RM50. Tapi jika ansuran 2 kali, jadi 2 darab RM30 =RM60. Adakah rm10 itu riba?
 
» Reply to this comment...

Posted by MZAR, on 07-05-2008 19:52, IP 60.52.103.110, Guest
4. ...
Saudara UZAR 
Saya ada menyertai satu skim yang dipanggilsebagai perkongsian perniagaan. Syarikat ini adalah syarikat Bumiputra berasakan MLM. Yuran ahlinya adalah percuma. Bagaimanapun untuk menjadi ahli seseorang itu perlu membelisekurang kurangnya 2kotak produk kopi dengan harga RM36. Seperti biasa sistem MLM ahli perlu membeli dan menjual barang untuk mendapat pendapatan. 
 
Sekiranya ahli tidak berupaya atau tidak berminat mencari ahli tetapi mempunyai wang, ahli tadi boleh membeli barang yang diperniagakan oleh syarikat ini (barang harian keperluan rumah) mengikut jumlah lot iaitu 1 lot dengan RM2250 (1 lot mempunyai 15 akaun atas nama ahli yang sama). Barang yang dibeli akan dijual balik kepada syarikat untuk diniagakan dan Syarikat memberi jaminan akan membayar keuntungan sebanyak 20% atau RM450 selama setahun. Bagaimanapun pembelian barang tidak disertai dengan penyerahan barang secara fizikal antara ahli dan syarikat tetapi berdasarkan sejumlah tertentu barangan senilai dengan RM2250 daripada senarai barangan yang berada dalam kedai stokis syarikat.Selepas setahun pulangan 20% akan tamat dan ahli yang ingin terus menjana pendapatan boleh melakukan melalui "maintain" pembelian setiap bulan dan syarikat akan memberi bonus tambahan yang mana bonus tambahan yang diterima (pada bulan berikunya) adalah melebihi dari kos "maintain" pembelain tadi. 
 
Soalan: Apakah hukum urusniaga ini dan hukum pulangan keuntungan sebayak 20% oleh syarikat kepada ahliselama setahun. Wasalam
 
» Reply to this comment...

Posted by sefer, on 02-05-2008 18:42, IP 60.52.100.57, Guest
5. ...
Ustaz mohon tanye nie. saya ada buat pinjaman koperasi selama 10 tahun interest 10%. semasa buat loan tu saya mengaku tak de ilmu dalam perbankan nie. main ambil jer. tapi bila dah potong gaji bulan2x saya dah rase perit sangat nak bayar sebab 2 kali ganda bayarannya dari bank lain (eg bank rakyat). so saya dah mule trase dizalimi dan mengatakan koperasi ni ada unsur riba. selepas baca artikel ni saya dah sedar, saya tak boleh katakan begitu. tetapi bagaimana nak pastikan samada mana - mana institusi kewangan nie tak de unsur riba esp koperasi. dan skrang nie saya ambil langkah buat loan dengan bank pertanian dan tutup kembali loan koperasi tersebut.. harap tindakan saya itu betul..hmmm
 
» Reply to this comment...

Posted by ana, on 02-05-2008 18:42, IP 60.52.100.57, Guest
6. ...
Assalamualaikum 
 
UZAR... saya pekerja disebuah Sykt kewangan Islam, thn lps syarikat kami digabungkan dengan sykt kewangan Konvesional.dan kami (kewangan islam)ditugaskan membuat kerja2 konvensional, dan kami memang sedia maklum bahawa konvesional mengamalkan sistem riba.. tolonglah kami UZAR mcmana kami nk lari daripada syubhat mengamalkan riba. 
 
UZAR : SEGERA HANTAR RESUME KE BANK-BANK iSLAM DAN TAAKAFUL..
 
» Reply to this comment...

Posted by am0i ida, on 26-04-2008 08:36, IP 60.52.102.149, Guest
7. ...
Salam 
 
Alhamdulillah saya faham penerangan uzar, lebih-lebih lagi saya ikuti kursus kewangan uzar baru-baru nie, Uzarpun ada sebut pasal 'illah nie...alhamdulillah bertulis nie senang sket leh print dan baca berkali-kali.. 
 
jazakallah uzar, hanya Allah yang mampu membalas kebaikan uzar...
 
» Reply to this comment...

Posted by peminat setia, on 24-04-2008 15:14, IP 211.25.51.200, Guest
8. ...
akum uzar,tq banyak info n sy dah pahm. 
ada soalan out of topic: 
 
- berkenaan wanita yg redo isterinya berpoligami, betul ke hadis berkenaan payung emas tu? saya muykil le sebab ramai antara kami dalam program usrah kami kata ianya hadis. risau jugak kalau bukan hadis, berdosa kami mensabitkan sesuatu yg bukan dari Baginda....
 
» Reply to this comment...

Posted by seri, on 24-04-2008 11:59, IP 211.25.51.200, Guest
9. ...
saya nak ucapkan terima kasih pada uzar sbb artikel ni adalah jawapan kepada persoalan kakak saya malam tadi. Dia tanya kenapa saya kata PTPTN itu riba' sedangkan pihak berkuasa mengatakan itu adalah kos pengurusan.  
 
Payah gak saya nak terangkan walaupun hakikatnya kakak saya tu lulusan ilmu wahyu. jadi artikel UZAR ni mmg betul2 membantu saya untuk menjawab pertanyaan kakak saya tu. Saya rasa, mmg terlalu ramai lagi umat Islam di Malaysia ni yg tak paham persoalan riba' ni.  
 
Saya terpanggil untuk berkongsi persoalan pembaca ttg pinjaman RM90 pada tahun 60-an dan dibayar pada tahun ini. mmg sgt berbeza nilainya. sbb tu la klu kita perhalusi, Rasulullah mensabitkan nilai pada barangan/apa-apa yg bersifat semasa..cthnya nilai emas-pinjam 2 dinar tahun 60 sepatutnya dibayar juga 2 dinar pada tahun 2008.  
 
Jadi peminjam tidak berasa kerugian. .itulah juga sbbnya kenapa penting untuk kita kembali kepada kewangan islam berasaskan emas dan perak berbanding sandaran nilai USD yang terdedah kepada manipulasi. Wallahu'alam, pandangan sahaja melalui pemacaan yang tak brape byk. Klu salah mintak UZAR tolong perbetulkan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Hasafi, on 24-04-2008 11:40, IP 211.25.51.200, Guest
10. ...
(DELETED BY ADMIN) 
 
ADMIN : SILA GUNA FUNGSI CARIAN CARI ARTIKEL TAJUK 'BANK ISLAM MAHAL DAN ZALIM" DAN 'BANK ISLAM MENIPU" , SEMUA ITU TELAH MENJAWAB SOALAN SDR, KERNAA ITU UZAR TIDAK MENJAWAB, KERANA DIA DAH JAWAB BERJUTA KALI. & DAH MASUK ARTIKEL DI METRO LAGI 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by ummameerah, on 24-04-2008 11:39, IP 211.25.51.200, Guest
11. ...
Bank Islam ada banyak kat malaysia ni, bersyukurlah orang malaysia ada option macam ni. Tak semestinya satu Bank Islam menolak, lagi satu bank islam juga akan berbuat demikian.  
 
Perlu ingat bahawa setiap bank adalah suatu syarikat yang tertakluk dengan macam macam syarat perniagaan, risk managment dan lain-lain. Pengalaman saya sendiri telah dua kali di tolak oleh Bank Islam Malaysia Berhad untuk membuat pinjaman perumahan dan juga persendirian. Tetapi saya tak putus asa dan memohon kepada bank seperti HSBC Amanah, RHB Islamic dan juga sekarang lagi satu bank islam, Bank AlRajhi. Alhamdulillah, dapat juga jalan keluar bagi kemelut kewangan. 
Pada tahun 1998, apabila economic crunch affected the banking industries, ramai kenkawan saya yang mengambil loan bank conventional semua jadi bankrupt. Hancur hidup mereka. Masa tu semua teman teman saya yang berbangsa CIna bertukar arah dan opt for Islamic Loan. 
Saya komen berdasarkan pengalaman saya sebagai peminjam dan juga sebagai peguam. Lawyers know how destructive a conventional loan can be, sebab the interest imposed in the loan is dynamite waiting to explode! Tu pasal lah banyak syarikat yang bukan diterajui oleh orang islam sekarang berlumba lumba nak dapatkan islamic facilities.
 
» Reply to this comment...

Posted by Hasafi, on 24-04-2008 08:33, IP 211.25.51.200, Guest
12. ...
Saya rasa produk perbankan islam dari bank tempatan kita kurang menarik terutamanya dari segi kos. Itulah sebabnya ramai yang mengatakan produk Bank Islam ini mahal. Pihak pengurusan mesti lebih peka keperluan orang ramai dan cari jalan untuk lebih kompetitif dalam pasaran. 
 
Contohnya; Gaji A ialah RM3000. Bayaran ansuran dari bank konvensional RM1000 sebulan. Bayaran ansuran dari Bank Islam pula 1200. Oleh kerana kelayakan untuk ansuran ini ialah 1/3 dari gaji, maka A hanya layak untuk ansuran dari bank konvensional sahaja.  
 
Inilah sebenarnya dilema masyarakat kita. Saya suka merujuk www.tunemoney.com di mana tawaran insuran mereka sangat bagus dan affordable. Dan sebenarnya produk insuran dia adalah takaful!  
 
UZAR : MEMANG SAH TIDAK MEMBACA ISI WEB INI DENGAN BAIK SEBELUM MENGULAS.  
 
SOALAN MELAMBANGKAN TAHAP ILMU KITA. JUSTERU YANG TERBAIK ADALAH MEMBUAT BEBERAPA STUDY SEBELUM MENGUTARAKAN SOALAN. 
 
SEPATUTNYA KAMI DELETE SAHAJA SOALAN INI, TAPI DIBIARKAN SEBAGAI CONTOH KEPADA YANG LAIN.  
 
SEORANG PAKAR KEWANGAN SHARIAH KATA  
"ORANG YG MEMBANDINGKAN MAHAL DAN MURAH BERDASARKAN BAYARAN BULANAN MELAMBANGKAN ORANG PENDEK AWAL DALAM BAB KIRA-KIRA DAN PERBANKAN SERTA TAK FAHAM APA YANG MEREKA SEDANG BINCANGKAN." 
 
SAYA SETUJU DENGAN KATA-KATANYA
 
» Reply to this comment...

Posted by kawe2_demo2, on 23-04-2008 17:13, IP 211.25.51.200, Guest
13. ...
Salam. Adakah selamanya saya dalam riba jika mengambil skim insurans konvesyional yang mana wang premium hanya melabur dikaunter yg diluluskan syariah?
 
» Reply to this comment...

Posted by rosnani, on 23-04-2008 17:12, IP 211.25.51.200, Guest
14. ...
salam ustaz dan pembaza blog 
 
saya seorang tenaga pengajar di salah sebuah IPT. Keadaan saya yang selalu berjumpa dengan pelbagai ragam pelajar telah membuatkan saya terpanggil untuk menyampaikan sesuatu, atau dalam erti kata lain, menegur jika ada yang tidak kena. Tetapi sebagai manusia yang kekurangan ilmu banyak benda yang tidak dapat disampaikan dengan betul. Jadi saya menjadikan artikel2 ustaz sebagai bahan rujukan saya dan kadang2 saya copy dan print serta edarkan kepada pelajar2 saya. 
Disini saya ingin memohon kemaafan jika apa yang saya buat melanggar prinsip dan sebagainya dan saya juga mohon dihalalkan semuanya. 
 
terima kasih :)  
 
UZAR : SAMA-SAMA, BOLEH NO PROBLEM
 
» Reply to this comment...

Posted by oghe kg, on 23-04-2008 12:03, IP 60.52.96.236, Guest
15. ...
berharap benar mereka yg. memang terlibat dgn kewangan secara langsung spt. pegawai kewangaan, akauntan, ahli ekonomi dll diberi pemahaman yg sewajarnya mengenai riba .riba kini berleluasa ,tanda akhir zmn
 
» Reply to this comment...

Posted by ayub, on 23-04-2008 12:02, IP 60.52.96.236, Guest
16. ...
salam uzar.. 
 
saya nak tnya tentang beli motor hutang dengan kedai(cina). sekarang ada sesetengah boleh loan dgn aeon kredit dan ia patuh syariah. yang jadi mslah saya hutang dengan kedai. 
 
mula2 fikir tiada masalah sebab jika beli cash katakan sebuah motor RM5000 dan beli hutang RM10000 selama 2 tahun so sebulan RM416. step ni saya rasa tak ada masalah,cuma jika lambat bayar akan ada interest, lepas tu tentang akad dalam dokumen jual beli... apa hukumnya uzar
 
» Reply to this comment...

Posted by naji, on 22-04-2008 21:18, IP 124.13.138.197, Guest
17. ...
Dr Md Daud tak ada perancangan ke nak usulkan utk masukkan bab riba kontemporari dalam syllabous wajib pendidikan Islam kat sekolah rendah, menengah? kalau2 beliau ada share dgn ust
 
» Reply to this comment...

Posted by azri bin azran, on 22-04-2008 21:17, IP 124.13.138.197, Guest
18. ...
Assalamu'alaikum wbt UZAR, 
 
Dalam surah al-Baqarah, riba ini dinyatakan sebagai ad-a'fan mudho a'fah. Apakah itu maksudnya..riba itu adalah yang berganda? Pinjam 1000, kena bayar 2000. Itu baru riba...atau bagaimana maksud ayat itu??? Tk. 
 
UZAR : TIDAK BENAR, ITU ADALAH PENYELWENGAN DALAM PENTERJEMAHAN AL-QURAN
 
» Reply to this comment...

Posted by NH23, on 22-04-2008 18:37, IP 211.25.51.200, Guest
19. ...
Assalamualaikum. 
 
Alhamdulillah, walaupun saya tidak mempunyai latar belakang fiqh yang baik, dengan kehendak Allah dan usaha daripada pihak Ustaz, saya boleh memahami artikel ini dengan baik dan berazam untuk cuba daripada awal, memandangkan saya belum mempunyai sumebr kewangan peribadi, semoga boleh jadi panduan, insyaAllah.  
 
Terima kasih UZAR. 
 
Dosa riba itu adalah hak Allah dan sebarang pencabulan ke atas hak Allah adalah zalim. Saya teringat akan nasihat seorang ustaz dalam siri kuliahnya, "Apa jua yang berbentuk perlaksanaan hak kepada Allah, ia adalah wajib tanpa soal dan segala yang memungkirinya adalah haram kecuali terang nas yang mengharuskannya." 
Wallahualam.
 
» Reply to this comment...

Posted by ingintahu, on 22-04-2008 16:57, IP 211.25.51.200, Guest
20. ...
salam UZAR, saya pernah sms pada uzar beberapa hari lalu dan telahpun mendapat jawapannya, terima kasih ustaz. 
 
cuma di sini saya ingin ustaz perjelaskan lagi dengan lebih lanjut. Begini soalan saya ; 
"jika kita menjual suatu barang secara tunai dengan harga RM50, tetapi ada yang ingin membelinya secara hutang dan kita menaikkan harganya kepada RM60, adakah itu riba?  
 
bagaimana pula jika menjualnya secara hutang dengan harga RM60 tetapi jika ada yang ingin membelinya secara tunai kita memberikan harga diskaun menjadi RM50?" 
 
itu adalah soalan saya dan ustaz telah menjawab yang jual beli itu bukan riba, jadi saya ingin ustaz perjelaskan lagi dengan lebih lanjut . 
terima kasih ustaz 
wassalam 
 
uzar : ia tidak riba menurut majortiti mazhab dan itulah keputusan majls fiqh sedunia. 
 
ia dinamakan "bai at-Taqsit" atau "Bai al-Muajjal" 
 
Macam courts mamourt buat tu... ia halal.
 
» Reply to this comment...

Posted by minta penjelasan, on 22-04-2008 16:42, IP 211.25.51.200, Guest
21. ...
Salam UZAR, 
Soalan saya begini: 
1. Arwah nenek saya ada memberi hutang kepada A pada awal tahun 1960an dulu. Wang di pinjamkan ialah sebanyak $90. Keluarga A hanya membayar hutang tersebut pada tahun 2007. Wang di bayar pun $90. What about value of the money UZAR, tahun 60an $90 tu besar harganya, tapi tahun 2007, $90 its only a fraction of the value. 
 
2. What about zakat ke atas wang pinjaman yang dibayar olehpemberi pinjaman ke atas pinjaman yang jumlah nisabnya tersabit zakat? Boleh di tuntut tak semasa pembayarn balik di lakukan?
 
» Reply to this comment...

Posted by Rafei, on 22-04-2008 15:39, IP 60.52.103.190, Guest
22. ...
Alhamdulillah UZAR, 
 
Penerangan ini ringkas dan padat juga mudah difahami. Terima kasih. 
 
Semoga Allah sentiasa mengilham kan UZAR untuk menulis bagi membetulkan kefahaman rakyat malaysia ini tentang isu Riba dan lain-lain juga. Amin.
 
» Reply to this comment...

Posted by su, on 22-04-2008 15:17, IP 211.25.51.200, Guest
23. ...
assalamualaikum ustaz..artikel yg baik dan perlu disebarkan..bleh x klu sy copy n save utk rujukan?then,nak tanya, klu mcm kami yg terlibat dgn PTPTN cmna ya?ada penyelesaian x ustz?tolong beri tunjuk ajar..terima kasih ustaz..
 
» Reply to this comment...

Posted by sufi, on 22-04-2008 15:14, IP 211.25.51.200, Guest
24. ...
salam.... 
 
thanks info uzar menarik, riba tu haram memang haram sampai kiamat takkan halal sikit ker banyak ker kita terima hukum ALLAH habis cerita tentu ader ganjaran dan hikmat sebalik pengharamannyer, bagi saya kalau dah ader dalil haram terima jer tak yah banyak soal.....
 
» Reply to this comment...

Posted by khair, on 22-04-2008 15:13, IP 211.25.51.200, Guest
25. ...
Salam.Mohon maaf,sekadar nk hilangkan musykil.mgkn saya silap. 
 
kata UZAR, 
Apabila minuman dan makana itu tidak memabukkan sama ada banyak atau sedikitnya, ia bukanlah arak dan tidaklah haram.  
 
Saya jd terfikir,kalau seseorang minum beer cthnya, dlm kuantiti yg sedikit, dan tidak sampai memabukkan, adakah ianya tidak haram? sbb tk mabuk? Allahua'lam 
 
UZAR : ITU ADALAH HARAM, TELAH DISBEUT SECARA NAS OLEH NABI DALAM HADIS  
 
ERTINYA : "APA-APA YANG MINUM BANYAKNYA MABUK, MAKA MINUM SIKIT JUGA HARAM ( WALALUPUN TIDAK MABUK LAGI)" 
 
APA YG SAYA TERANGKAN YANG MEMANG TIDAK MABUK SAMADA BANYAK ATAU SEDIKIT.
 
» Reply to this comment...

Posted by fnd, on 22-04-2008 15:10, IP 211.25.51.200, Guest
26. ...
Masyarakat Melayu M'sia tipikal dah tenggelam dlm lautan hutang & kejahilan ilmu Islam (terhad setakat solat & puasa saja) ,menyebabkan mereka dah lama buta mata & hati tentang kebaikan sistem kewangan Islam .... 
 
Rukun Islam ke-4 'zakat' itu sendiri berkisar tentang muamalah & sistem ekonomi Islam.. 1 dah, 2 dah, 3 dah.. 4&5 belum lg ttp dah nak berlagak jadi juara Islam hentam org itu ini,walhal ilmu basic Rukun Islam mengaji tak habis lg.. itulah dia dilema Melayu hadhari (masakini) . Kita yg tak sepesen dgn dia dianggap hina/jahil/kebaratan :( 
 
Asyik2 kita dengar spisis ni juga bising pasal kadar keuntungan yg tinggi di ambil oleh bank islam .. bankislam kononnya kena bantu org Islam (bankislam dgn baitulmal pun tak reti beza).. kalo semua org rasa diri nk terima zakat..siapa yg nak berusaha keluar zakat? kalo majoriti org fikir taknak keluar zakat..mana dia yg dikatakan ciri2 'umat Islam' yg sepatutnya tunai semua Rukun Islam tu ? Nak minta tolong kat bukan Islam utk subsidi kita ka? Mana maruah kita (slogan hidup kita sebenarnya) yg Allah s.w.t sebut dlm Al-Quran "umat Islam umat terbaik contoh kpd umat2 lain"? 
 
Tak pernah pulak spisis ni tolong bising yg simpanan deposit di bankislam pulangannya lebih tinggi drpd simpanan bank konvensional, kerana berlandaskan profit sharing, bukan fixed interest konvensional... kalo tolong bising jd marketing yg baik sebenarnya, dpt pahala lg bila dpt promote org keluar dari alam riba :D bukan sebaliknya menabur fitnah kpd sistem kewangan Islam yg mengumpul dosa... 
 
Spisis ini juga yg taktau beza antara konsep insurans & takaful..ada ka kata nama jer beza, satu arab satu omputih..geleng kapla dibuatnya..kita kata jahil, kot melenting naik minyak...mengaji pulak takmau lebih2 lg dgn org muda, konon dah tahu semua pasal dah makan garam terlebih, walhal lebih makan garam boleh dpt darah tinggi , tak baik mana pun hasilnya kalo sakit pertahankan sesuatu yg sia2.. (apalah kaitan teknikal antara garam & ilmu agaknya? :) ... ) 
 
.... meletakkan sesuatu tak kena pada tempatnya adalah dikira zalim.. nak tau kat mana nak letak kenalah belajar & fikir.. 
 
org ajar: "letak barang kat tempat kering, kalau basah nanti rosak", ..ttp apabila ilmu tu sampai kpd si tuli aqal, dia taknak fikir sendiri, dia akan akan tanya balik.."letak kat dlm almari boleh tak? letak kat bawah katil boleh tak? letak dlm peti simpanan bank boleh tak? letak dlm kapal terbang boleh tak? letak kat bulan boleh tak? letak kat matahari boleh tak? ..dll.. "  
 
Can you handle that?? :D Uzar pun mesti tensen..ajar masak nasik nak kena sampai ke tolong hidang & suap gayanya, kalo suruh dia makan nasik sendiri gamaknyer kebulur mati kering ...kalo tak mati lagi w/pun dah kering, dia akan menyumpah kita kononnya tak membantu lansung, kedekut ilmu, zalim, penganiaya dll... 
 
tulah dia tuan2 cek nak habaq mai spisis melayu tipikal ni- minda subsidi turun temurun..susah nk ubah.. kena byk bersabar..kita jgnlah jd Melayu tipikal. Jadilah seorg Muslim. 
 
Siapa yg menzalimi diri siapa sebenarnya kalo bukan empunya diri itu? 
 
» Reply to this comment...

Posted by True believer, on 22-04-2008 10:49, IP 60.52.103.190, Guest
27. ...
The Messenger of God (may peace be upon him) said:  
 
"God loves to see His servant exhausted after an honest day's work 
Hadith was narrated by Ad-Daylami 
 
Harap jasa ustaz di Malaysia akan menghasilkan jenerasi yang cintakan ilmu islam. 
 
Harap2 masa ustaz balik semula ke Malaysia,Semua umat islam telah beralih ke islamic banking sector.InsyaAllah 
 
I’m just a soul whose intentions are good, 
Oh Lord! Please don’t let me be misunderstood 
wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by EncikApies, on 22-04-2008 10:48, IP 60.52.103.190, Guest
28. ...
Assalamualaikum Ustaz.. 
 
1) Lebih : Sebarang excess atau lebihan dalam : -  
a- Pemberian pinjaman wang atau manfaat asset (beri pinjam kereta sebagai contoh) yang DISYARATKAN PULANGAN BESERTA LEBIHAN MANFAAT.  
 
Sebarang lebihan sama ada banyak atau sedikit,  
dirasakan zalim atau tidak. Ia adalah riba yang haram.  
 
Sekiranya bank atau apa jua institusi kewangan yang memberikan pinjaman namun peminjam perlu membayar lebih dari jumlah yg dipinjam adakah ini riba..? 
 
Jika pemberi pinjam mengunakan nama islam dalam urusan memberi pinjam adakah ini dapat dikatakan tidak riba.? 
 
Bukankah si peminjam perlu bayar lebih dari jumlah yg dipinjam termasuk charge perkhitmatan dari pemberi pinjam yang menggunakan nama islam ini.? 
 
Adakah dizaman Rasulullah ade charge perkhidmatan,jika ada beritahukan hadithnya. 
Mintak tolong ulaskan bagi saya. 
 
UZAR : CAJ PERKHIDMATAN TELAH SAYA ULAS DI ARTIKEL LAIN. 
 
BANK ISLAM JUGA TIDAK DIBENARKAN AMBIL CAJ PERKHIDMATAN YANG BERBENTUK PERCENTAGE. 
 
NAMUN, BANK ISLAM TIDAK BERI PINJAMAN ISLAM BUAT PEMBIAYAAN MELLAUI PROSES JUAL BELI, SEWA, PARTNERSHIP DAN LAIN-LAIN
 
» Reply to this comment...

Posted by Perantau, on 22-04-2008 10:45, IP 60.52.103.190, Guest
29. ...
Assalamualaikum.. 
 
Saudara Sufie menyebut "Gaya hidup orang barat ialah hutang..hutang.. hutangggg.Kita orang Islam, elaklah dari berhutang kecuali terdesak,gantikan dgn tabiat menabung dan melabur" 
 
Saya kurang bersetuju dengan pendapat "Gaya hidup orang barat adalah hutang..hutang". Saya sudah tinggal di US selama 5 tahun termasuk tahun ini dan ternyata kebanyakan tanggapan negatif kita terhadap "orang barat" adalah tidak benar sama sekali. 
 
Tahukah anda, orang di sini lebih ramai yang menyewa kereta berbanding membeli kerana tidak mahu terikat dengan hutang?  
 
Tahukah anda kadar hutang credit card di US adalah 2X labih rendah berbanding negara2 Asia?  
 
Kami memang gunakan credit card secara banyak dalam kehidupan harian. Namun tak ramai yang bersifat seperti orang Malaysia yang liat bayar hutang. Mungkin kerana interest rate yang terlalu besar menyebabkan semua berhati2 dengan pembayaran hutang credit card ini! 
 
Tahukah anda istilah "personal loan" boleh dikatakan tidak diketahui langsung oleh penduduk di sini? 
 
Tahukah anda, kebanyakan masyarakat di sini sangat cermat berbelanja dan terdapat banyak dana/yayasan pelaburan yang mengumpul billion of dollars di sini, hasil dari simpanan masyarakat? 
 
Harap kita selidik dahulu perkara2 sebelum membuat kenyataan..... Bukan nak membela mereka tetapi saya lihat banyak sikap bagus mereka yang tiada di dalam masyarakat ISLAM kita di Malaysia 
 
 
Tetapi berkenaan mengelakkan hutang, banyakkan menabung dan melabur, itu saya sokong 100% 
 
UZAR : INFO YANG BAGUS DIKONGSIKAN DI SINI
 
» Reply to this comment...

Posted by ajim, on 22-04-2008 06:56, IP 60.52.103.190, Guest
30. ...
maaf UZAR.. off topic.. 
UZAR amek Phd kat U mane? adakah UZAR akan sentiasa update laman nie mcm bese? maaf bertanya..  
 
UZAR : Dah sampai nanti akan dimaklumkan. InsyaAllah.
 
» Reply to this comment...

Posted by zue hamid, on 22-04-2008 06:55, IP 60.52.103.190, Guest
31. ...
Assalamualaikum uzar ... terima kasih dan tahniah kerana dapat mempermudahkan penerangan mengenai riba ini.  
 
Alhamdulillah .. dengan mengikut petua dan nasihat uzar apabila membaca sesuatu jangan di ' lompat-lompat'; sebaliknya bacan ' line by line' untuk memahami dengan jelas maka saya dapat memahami apa yang uzar terangkan.  
 
Saya sekarang dalam proses menukarkan segala pinjaman yang dibuat secara konvensional kepada cara islamik.  
 
Semuga Allah SWT mempermudahkan niat saya ini. Isu riba ini sememangnya difahami oleh majoriti masyarakat Islam tetapi kekuatan untuk mengelakkannya tiada. Ramai yang ambil mudah sebab mereka tidak merasa BERDOSA. Sepatutnya kesedaran tentang haramnya RIBA perlu sering diperingatkan. Kenapa kerajaan tidak melancarkan KEMPEN ANTI RIBA ???? 
 
UZAR : SEMOGA DIPERMUDAHKAN. BAB KERAJAAN BN DAN KERAJAAN PAKATAN TIDAK LANCARKAN KEMPEN ANTI RIBA TU..WALLAHU 'ALAM
 
» Reply to this comment...

Posted by zaim yusoff, on 21-04-2008 23:43, IP 124.13.138.215, Guest
32. ...
Maha suci Allah swt menganugerahkan ustaz kegeniusan mempermudah yang susah.  
 
Saya terpanggil dan bercambah minat nak belajar usul fiqh meskipun bukan berlatarbelakang agama (dalam pelajaran menyambung bidang Economics di Australia InsyaAllah).  
 
Doakan saya. :) Tahniah ustaz atas kedua-dua buku tulisan ustaz yang masyaAllah mantap. baru beli di pesta buku. ;)
 
» Reply to this comment...

Posted by BenJol, on 21-04-2008 23:16, IP 124.13.138.215, Guest
33. ...
Salam ustaz, Saya memang tersedar dari lamunan dibuai riba setelah wujud banyak institusi kewangan yang berlandaskan syariah.  
 
Maksudnya dah tak de alasan lagi untuk tidak menggunakan islamic financing. Namun, dulu tak de kad kredit islamic.  
 
Jadi saya ni dah mewarisi hutang credit card ni dari dulu lagi tapi tak habis-habis hutangnya.  
 
Apa cadangan ustaz dalam hal saya ni? Dah cuba ambil personal loan islamic tapi tak lulus pula. Takut sampai mati pun hutang ni tak habis-habis.
 
» Reply to this comment...

Posted by 84, on 21-04-2008 23:13, IP 124.13.138.215, Guest
34. ...
Salam...  
 
Alhamdulillah saya mampu memahami artikel ini, penjelasan UZAR jelas. mungkin ada sedikit istilah arab yang masih kabur.  
 
Secara umumnya, apa yang saya faham adalah: Apabila Allah sudah meletakkan sesuatu hukum dan Qat'ie, maka HARAMlah setiap muslim menceroboh Hak Tuhannya itu. Betulkah begitu UZAR?  
 
Mungkin akibat dari kurang faham konsep sebenar riba ini menyebabkan kebanyakan orang-orang Islam tetap mahu menggunakannya? atau sememangnya mereka tidak didedahkan tentang betapa besarnya kesan dari riba ini?  
 
Kerana dari pemerhatian saya, dan apa yang sy sendiri rasa, rata-rata orng ramai dewasa ini lebih mengutamakan lojik akal dan rasa kefahaman sendiri dari tafsiran sebenar (dari ulama' yg ahli dalam bidangnya) sesuatu hukum itu.  
 
Hal kewangan ni tak berapa nampak kesalahannya (pandangan sayalah), tapi kalau zina, rompak dan perlakuan dosa lain mudah saja orng mengenal kesalah itu. tapi bab riba ni masih ada ruang untuk diputar belitkan kefahaman orng awam, kalau yang menuntut ilmu tu alhamdulillahlah, yang tak tau dan faham tu yng terjerat selalu, kalau tidak pun, org yang memang faham tapi tetap cari penyakit. na'uzubillahi min zalik.  
 
Terlalu banyak kiranya usaha perlu digembeling bagi memerangi kefasadan riba ni ya UZAR? Banyak pihak perlu memainkan peranan. moga usaha UZAR disambut oleh org yang bertanggung jawab.... 
 
Wassalam.....
 
» Reply to this comment...

Posted by sufie, on 21-04-2008 19:19, IP 60.52.100.140, Guest
35. ...
Saya bersetuju dgn UZAR, Riba adalah salah satu senjata Yahudi menguasai orang lain. 
 
Kemelesetan yang mula dirasai di Barat sekarang ni adalah kerana ekonomi mereka dikuasai Bank Riba yg mengeksploitasi pengguna,tanpa memberi peluang sewajar kepada pengguna untuk mendapat nikmat setimpal dari wang. 
 
Gaya hidup orang barat ialah hutang..hutang.. hutangggg.Kita orang Islam, elaklah dari berhutang kecuali terdesak,gantikan dgn tabiat menabung dan melabur.
 
» Reply to this comment...

Posted by ayub, on 21-04-2008 18:35, IP 60.52.100.140, Guest
36. ...
thanks uzar... 
 
sedikit sebanyak saya faham sebab uzar dah terangkan semasa kursus di masjid nurul yaqin sabtu lepas... 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Hasafi, on 21-04-2008 17:12, IP 60.52.100.140, Guest
37. ...
Saya nak tahu ada tak jalan penyelesaian untuk mereka yang telah terjebak dalam perangkap riba ini. Contohnya, kalau beli kereta cara bank konvesional, apa nak buat untuk keluar dari pinjaman riba ini?  
 
Ini kerana kalau nak jual atau refinancing dgn islamic bank, harga pasaran kereta tersebut lagi rendah dari hutang yang kena bayar sebab sekarang ni dah ada ansuran sampai 9 tahun.  
 
Tak mampu nak top-up tunai. 
 
Harap dapat membantu. :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by insan naif..., on 21-04-2008 17:00, IP 60.52.100.140, Guest
38. ...
assalamualaikum ustaz..memandangkan ruangan di sini masih kosong saya ingin mengambil kesempatan untuk bertanya..setelah banyak info kat sini,saya semakin ingin menggunakan kaedah bank islam secara total dan tidak menerima sepenuhnya bank konvesional...ini yang saya mulakan dr sekarang..(saya mula sedar bank islam lebih hebat dan adil)...contohnya,kalau nak wat pinjaman perumahan,kereta,motor(biasany a mereka ada bank panel kan(seperti bank konvensional yang berurusan dgn mereka?)tp kalau saya nak minta guna perbankan islam syarikat perumahan tu ke,kedai motor ker,use car tu boleh uruskan ke?die terima permohonan kite x?sebab pada saya tu jer bende saya xmampu beli cash...saya jamin mesti saya akan buat loan punye kat bank...apa pandangan ustaz?lagi 1 lau saya berhajat nak melabur dalam dana2 islam,bolehkah saya wat loan ngan bank islam kat malaysia+sikit duit simpanan saya atau saya kene gune sepenuhnya duit saya?bukan ape,saja nak meningkatkan pendapatan sikit:)
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom