| Written by Administrator, on 10-06-2008 18:10 |
| Views |
16756  |
|
|
|
Barang Cetak Rompak & Fotocopy Buku
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
SOALAN
Saya ada menjalankan
perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan salah satu
universiti awam. Masalahnya ustaz, saya menggunakan perisian
windows dan microsoft office yang pirate.
Saya tahu bahawa tindakan saya ini salah tapi untuk mendapatkan yang original,
harganya terlalu mahal.
Saya harap dapat Ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang
menggunakan perisian pirate ini dan
harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.....
JAWAPAN
Saya
rasa jawapannya sudah jelas apabila anda sendiri telah mengerti bahawa ia
adalah salah. Ini adalah kerana, harta intelek telah diiktiraf Islam
sebagaimana difatwa oleh para ulama sedunia sebagai harta persendirian. Justeru
kita tidak boleh mengambil dan menggunakan yang tiruan KHUSUSNYA apabila
software tersebut diniagakan. Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang
tiruan sebagai ‘tulang belakang' perniagaannya. Perniagaan tersebut adalah
haram, hasilnya juga haram.
Ia
adalah berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia ( Majma Fiqh Islami)
dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof
AL-Qaradawi.
DIA KAFIR
Ada
orang yang cuba berhujjah mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, so tiada
masalah untuk menggunakan yang pirate.
Selain itu ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka penggunaan
anda tidak memberikan apa jua kesan kepada kekayaannya.
Hujjah
ini adalah meleset dan tertolak dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak
dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang berperang
dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan tiada
sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian
windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah diiktiraf oleh
Shariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja dicerobohi sesuka hati. Dalilnya
terlalu banyak, cukuplah Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjual beli dengan
orang bukan Islam, Yahudi serta Kafir Musyrik, semua itu menunjukkan umat
Islzma tidak dibenarkan mencerebohi dan mestilah membelinya dengan cara yang
halal.
Pendapatan hasil dari perniagaan perisian pirate adalah antara syubhah dan
haram sahaja, tidak lain dari itu. Adapun, bagaimana untuk mengurus pendapatan
atau hasil yang anda telah yakin haram, anda boleh membaca dalam artikel saya
yang lepas.
PENGECUALIAN
Namun
begitu, menurut sebahagian ulama, sekiranya para pelajar ingin menggunakan software
untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih
ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk
mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan
perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang
mengharuskan atas asas : -
a-
‘Hajat
Mendesak' dan kedudukan kewangan bermasalah.
Berdasarkan kaedah Fiqh :
الحاجة
تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة
Ertinya : "Suatu
keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum
atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)
b-
Hanya
untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.
c-
Bertempoh,
ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang
original.
Demikian
juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat
pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap
subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.
Sudah
tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang
mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem'fotostat'
halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana
hajiat.
Kembali
kepada kes saudara, jika benar-benar saudara menghadapi kesukaran wang (hanya
saudara dan Allah yang tahu) untuk membeli yang original, terdapat keringanan untuk
anda menggunakan yang produk tiruan itu dulu buat sementara waktu. Ketika
perniagaan sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil. Tiada lagi ‘keperluan
mendesak', maka tatkala itu WAJIBLAH untuk bertukar dan membeli yang original.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
10 Jun 2008
Last update: 10-06-2008 18:13
Users' Comments (44)
|
|
|