Akhir-akhir
ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di
tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua
pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar
BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen
Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.
Menurut hukum
Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan
apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf.
( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Abi
Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :
ولا
يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة
Ertinya :
Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama
seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab,
3/332)
Tanpa berhati-hati,
seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf
yang amat besar dosanya di sisi Islam.
Ertinya : Dan
orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka
tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu)
delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat
selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)
Imam Al-Qurtubi berkata
sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah
ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya,
namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.
Walalupun ayat kelihatan
menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan
kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama
(Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).
RINGKASAN SYARAT-SYARAT
Qazf mempunyai beberapa syarat :-
1)
Syarat kepada penuduh :
Beraqal
Sudah baligh
2)
Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf
Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum,
iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri
berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)
3)
Syarat orang yang dituduh
Beraqal
Baligh
Islam
Merdeka diri
BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca
berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri
dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua
pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-
ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء
Para ulama sepakat bahawa ayat ini
menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan
terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya,
tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan
zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Malik berkata :
قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد
الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،
Ertinya : Jika salah seorang dari
empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain
akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar
dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu
apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi
sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran,
Al-Qurtubi)
Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka
yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan
penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti
ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.
Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri,
Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata
penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq
sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.
Sekadar itu sahaja bagi
memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima
berita-berita hal zina dan liwat ini.
Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.
Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.
TAMBAHAN
Isu-isu semasa di
Malaysia masih lagi sempat diikuti, terasa juga ingin menulis panjang beberapa
isu seperti tidak setujunya saya dengan pandangan Mufti Perlis dalam isu liwat
dan saksi, namun beberapa perkara yang masih serabut di sini menghalang saya dari
meluangkan waktu untuk mengulas isu ini dengan panjang lebar buat masa ini.
S.S Dr Mufti Perlis (
sekarang bekas) dinyatakan berkata :-
"Mereka
ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan
orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat," kata Dr Asri.
"Jika
disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat
orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali.
Inikah Islam yang mereka faham?
"Kesalahan
memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang
ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim,"
katanya lagi." ( Sumber )
Sesiapa sahaja yang
menuduh dirogol atau diliwat oleh orang tertentu, ia wajib membawakan empat
saksi. Ramai menyoal, dimanakah rasionalnya seseorang dirogol atau diliwat
kemudiannya dituntut membawa empat saksi lelaki adil jika ingin mendakwa si
penjenayah?. Jika tiada saksi apakah adil untuk di hukum sebatan si pendakwa
kerana qazaf?.
Akibatnya, ramai
tersilap faham lalu terbayang ‘zalim'nya hukum Islam. Padahal ia tidak
sedemikian. Hakikatnya, sistem Islam menjaga kedua-dua belah pihak, penuduh dan
yang dituduh.
Padahal isunya adalah
sistem kita yang lemah dalam menjaga perkara yang perlu dirahsiakan. Hasil
perbincangan saya dengan Mufti Besar Mesir (Sheikh Prof. Dr Ali Al-Jumaah) pada
tahun 2004 dalam hal ini amat jelas. Malah saya turut membincangkan hal yang
sama dengan professor-professor Shariah di Jordan seperti Prof. Dr Sheikh
Mohammad ‘Uqlah El-Ibrahim dan lain-lain. Ia juga pernah diulas sebahagiannya
oleh Sheikh Prof. Dr Ramadhan Al-Buti.
Kesimpulannya, begini
:-
1- Seseorang yang
mendakwa diri diliwat dan dirogol tetap diTUNTUT membawakan empat saksi lelaki
adil yang melihat dengan jelas akan apa yang didakwa. Ia hukum asal. Tuduhan
dari pihak ketiga atau pihak yang mendakwa menjadi mangsa adalah sama sahaja. Sebagaimana
ulama bersepakat, seorang bapa menafikan nasab keturunan anak yang dilahirkan
oleh isterinya sebagai menuduh isterinya berzina. Cara penyelesaian khusus
diberikan oleh Islam dalam hal ini adalah Li'an. Inilah cara yang dipersetujui
oleh Mufti Perlis mungkin berdasarkan kaedah qiyas.
2- Jika tidak
mempunyai saksi lelaki yang cukup, terdapat ulama yang membenarkan saksi wanita
yang adil untuk diterima iaitu jika kejadian berlaku di tempat yang tidak
memungkinkan ada lelaki. Tatkala itu saksi wanita diterima dengan kiraan 2
wanita menyamai 1 lelaki. (rujuk link artikel di atas untuk membaca lanjut)
3- Jika masih tiada
saksi maka si ‘mangsa' BOLEH membawakan dakwaan kepada pihak berkuasa dan WAJIB
dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA. Kerajaan WAJIB menjaga aduan ini agar tidak
tersebar sama sekali. Jika tersebar, kesalahan terletak di atas bahu kerajaan.
Inilah yang dikatakan sistem yang lemah. Setiap isu yang diadu kerap tersebar
ke media terutamanya apabila membabitkan selebriti dan orang politik.
4- Prof Dr Ali Jumaah
selaku Mufti Mesir juga bersetuju bahawa jika aduan tertutup dibuat, dan
disertakan ‘qarain'
atau bukti-bukti selain saksi seperti air mani, bulu dan lain-lain yang boleh
membantu dakwaan. Ia akan dibicarakan di mahkamah dan hukuman qazaf TIDAK
DIKENAKAN kerana Maqasid
dari hukuman Qazf adalah untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari
tercemar di mata awam. Namun apabila ia dibuat secara tertutup, TIADA
KEMUSNAHAN MARUAH tertuduh berlaku lalu inilah yang ingin dielakkan oleh Islam,
iaitu kemusanahan maruah tanpa saksi yang cukup. Dalam keadaan ini, kerosakan
maruah mereka yang didakwa ‘merogol atau meliwat‘ akan terkawal dan proses
perbicaraan akan menentukan tindakan selanjutnya.
5- Bukti diberikan
dianalisa, kemudian jika terbukti benar dakwaannya, perogol dan peliwat akan
dihukum ta'zir dan bukan hudud kerana terdapatnya unsur syubhat dalam cara
pensabitannya. Justeru, perogol dan peliwat akan dihukum sewajarnya smenurut
hemat dan kebijaksanaan hakim Syarie. Jika pengadu tewas di mahkamah, hukuman
qazaf juga tidak dilaksanakan kerana dakwaan tertutup dan syubhah dalam
pensabitan hukuman qazaf. Justeru, tiada siapa yang terzalim dalam hal ini.
6- Perlu difahami hujjah
mereka yang mengatakan zalim hukum jika dihukum qazaf mesti ditimbang
sewajarnya antara hak individu yang dituduh dan menuduh. Ada pihak seolah
membelakangkan hak mereka yang DITUDUH
lalu terlalu melebihkan hak yang menjadi ‘mangsa', kononnya
perlu dikasihani. Bagaimana jika tuduhan itu palsu, bukankah yang DITUDUH juga
perlu pembelaan Islam. Perlu diingat, dengan mudah seorang wanita tiba-tiba
mengaku dirogol oleh seorang Mufti atau Imam Besar tanpa sebarang saksi.
Kemudian, dengan mudah boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah dan
bermubahalah semata-mata?. Mungkin ia belum tentu sesuai pada masanya.
7- Justeru, Islam
menjaga kedua-dua belah pihak yang menuduh dan tertuduh, kerana itu sesiapa
yang ingin mendakwa dirogol atau diliwat mesti empat saksi atau jika tidak,
WAJIB membuat laporan secara tertutup dan kerajaan WAJIB pula menjaga dakwaan
dari tersebar.
Itulah ulasan ringkas
saya buat masa ini. Saya juga tidak sempat membawakan rujukan kitab dan
lain-lain hujjah. Mengulas isu ini perlu lebih bertenang dan perbincangan
dengan para ilmuan lain agar tidak tersilap mengulas, terutamanya dari seisapa
sahaja yang berlatarbelakangkan agama.
Posted by jamadudin b. johor, on 05-08-2010 14:48, IP 124.13.16.90, Guest
1. berkahwin
Ustaz.. sejak kebelakangan ini ramai yg mempertikai hukum hudud. Masaalah disini adakah ianya hukum WAJIB dilaksanakan, ataupun hukum HARUS dilaksanakan Atau sebaliknya? Atau ada lain2 hukum(haram, makruh, sunat). Terimakasih.
Posted by hannan, on 08-06-2010 00:12, IP 41.234.175.92, Guest
2. saksi
assalamualaikum, moga UZAR dan keluarga sihat sejahtera dan dilindungi Allah selalu..berkenaan saksi, ada org pernah cakap, kalo kena bawak 4 lelaki, maka mereka pon bersalah sebab x tolong perempuan/org yg dirogol...tengok je. harap ust boleh kongsi ilmu..
Posted by Azmi, on 28-04-2010 11:51, IP 61.6.163.21, Guest
4. minta komen..
Salam, saya bukan nak komen pasal 'LIAWAT' ni...malas nak cerita KEAIBAN' ORG LAIN...cuma nak kemukakan satu pertanyaan :
Baru2 ini ada program di masjid Usrah Perdana yg membincangkan tentang tafsir Ayat Al-Quran pilihan oleh ustaz2 dari Al-Azhar,Jordan, UIA dan Universiti2 Islam yg terkemuka. Alhamdulillah, ramai orang2 awam yg hadir samada ustaz atau bukan ustaz. Namun, apabila ustaz membaca satu surah Quran, dia menafsirkan ayat tersebut dan meminta hadirin yang datang untuk memberikan pendapat tentang ayat tersebut, ataupun cuba untuk menafsir ayat tersebut.
Masalahnya, kalau org yg tafsir atau bagi pandangan tu ustaz takpe, ini org yg takde pengetahuan agama (org awam), atau punya ilmu agama yg sedikit, nak tafsir ayat quran bukankah itu bahaya? Nabi bagitahu (lebih kurang maksudnya) mafhum hadis seseorang yg tafsir hadis/quran tanpa ilmu, walaupun tafsirannya betul dia tetap dikira bersalah sebab bukan ahlinya.
Para Sahabat sendiri pun seperti Saidina Abbas r.a tidak berani mengaitkan satu2 perkara secara langsung dgn nabi. Apabila lidahnya (secara tak sengaja) tersebut Nabi pernah berkata .. terus badannya menggeletar dan uratnya membengkak, matanya berair, Lantas dia berkata, Insyallah, Nabi pernah berkata begini atau hampir2 maksudnya Nabi bagitahu (lebih kurang maksud),sesiapa yg memperkatakan sesuatu yg saya tidak katakan hendaklah dia menempah tempatnya dalam neraka . Sebab tu dalam hal ni saya letakkan perkataan LEBIH KURANG MAKSUD untuk mengelak TERTAFSIR hadis/quran. Komen ustaz?
UZAR : ust2 tu mungkin cuba nak buat pembhaaruan sikit kot..kalau mereka hurai semula dan betulkan mana yang salah dari pandangan org awam tu, itu masih boleh diterima
Posted by rindunya syurga, takutnya azab, on 09-04-2010 16:31, IP 60.52.112.244, Guest
6. perlekeh ilmu ulama
salam..ramai yg suka berfatwa tanpa sedar diri di ambang kehancuran..bila mula berhenti mencari ilmu (suka mencari ilmu separuh2) dan suka berfatwa, ketahuilah anda diambang kehancuran.. terime kasih UZAR kerana berkongsi maklumat yg berguna nie..sy tetap setia menyokong anda...
Posted by Jauhara, on 23-03-2010 08:16, IP 60.53.1.143, Guest
7. liwat
Saudara Zaharuddin dan banyak ulama2 "besar" saya kira terkeliru dari hukum syara' berkenaan kes seperti ini. - AlQuran melarang C menuduh A&B berzina tanpa 4 saksi. C dihukum qazaf walaupun ia sebenarnya benar kerana Allah mahu menyekat sikap tuduh menuduh serupa ini dikalangan umat islam. Misalnya, kalau benar A&B berzina dan C mengetahuinya, ia tetap tidak dibenarkan membuat tuduhan tanpa mempunyai 4 saksi.
- Dalam kes B memperakui ia berzina dengan A atau dipaksa zina (dirogol) oleh A..maka hukumnya tentunya berlainan.
Kes seperti ke-2 ini ada berlaku didalam Islam...dan cara mengadilinya juga tidak seperti hukum qazaf. Kes ini juga selaras dengan orang yang menuduh isterinya berzina, yang mana cara mengadilinya juga telah terlaksana didalam Islam.
Jadi janganlah hanya dirujuk kepada bab qazaf sahaja dalam perkara2 melibat kes seperti yang ke-2.
Oleh kerana ustaz telah memulakan pembahasan perkara ini, saya rasa perlulah dipanjangkan penilitian ustaz kepada perbahasan yang merangkumi perkara2 yang saya nukilkan diatas.
UZAR : terima kasih, namun begitu saudara mungkin terlepas pandang bahawa saya dah pun ulas perspektif yang sdr minta tu dalam artikel sebelum ini iaitu http://www.zaharuddin.net/
content/view/736/72/
Posted by Rahsia, on 14-03-2010 18:23, IP 115.132.106.104, Guest
8. Rahsia
Aku rasa artikel ni tak lengkap. Ramai pembaca dah terkeliru. Patutnya ada penerangan jika tiada 4 orang saksi nak buat macam mana. Tak ada lah komen-komen yang tak patut. Tak gitu.
UZAR : kalau gitu, elok sdr tulis artikel yang 'lengkap' dan bagi link di sini.
Posted by Siddiq Fansuri, on 08-03-2010 19:04, IP 203.82.80.98, Guest
9. dirogol = diliwat secara paksa??
Salam... kita xtahu apa yg terjadi. semua dari kita menganalisa dan menjadi pemerhati terhadap apa yg berlaku diantara anwar dan saiful berdasarkan apa yg kita dengar,lihat dan baca.
Ok, soalan saya sebegini. ADAKAH yg kena bawa saksi 4 org itu adalah
i)org menyaksikan kejadian liwat ii)org yg menjadi mangsa liwat secara suka sama suka iii)org yg menjadi mangsa liwat secara PAKSA.
Ok, saiful menyatakan (betul/xbetul serah kpd Allah) dia adalah kategori nombor (iii) iaitu kena paksa. Katakanlah gadis yg kena rogol oleh mat rempit di satu tempat yg sunyi. Adakah gadis tersebut perlu membawa 4 saksi untuk membuktikan mat rempit itu salah? ataupun ke balai polis atau hospital untuk kumpul bukti? atau lelaki GAY yg merogol/meliwat seorg lelaki yg lainnya secara paksa..seperti merogol juga cuma pelakunya adalah sesama jantina..adakah perlu membawa 4 org saksi juga??
saya beriman kepada Allah dan Rasul..tetapi saya akui iman saya masih lemah. tetapi memegang kepada Islam ini adalah rasional dan berhujjah, saya mohon Tuan2 yg lebih arif membetulkan saya dalam hal ini jika pendapat saya salah. Kerana Allah, saya sanggup belajar dan xnak menjadi dungu buat selama-lamnya.
Posted by Siddiq Fansuri, on 05-03-2010 07:36, IP 203.82.80.112, Guest
10. Liwat secara paksa = rogol??
Salam... kita xtahu apa yg terjadi. semua dari kita menganalisa dan menjadi pemerhati terhadap apa yg berlaku diantara anwar dan saiful berdasarkan apa yg kita dengar,lihat dan baca. Ok, soalan saya sebegini. ADAKAH yg kena bawa saksi 4 org itu adalah i)org menyaksikan kejadian liwat ii)org yg menjadi mangsa liwat secara suka sama suka iii)org yg menjadi mangsa liwat secara PAKSA. Ok, saiful menyatakan (betul/xbetul serah kpd Allah) dia adalah kategori nombor (iii) iaitu kena paksa. Katakanlah gadis yg kena rogol oleh mat rempit di satu tempat yg sunyi. Adakah gadis tersebut perlu membawa 4 saksi untuk membuktikan mat rempit itu salah? ataupun ke balai polis atau hospital untuk kumpul bukti? atau lelaki GAY yg merogol/meliwat seorg lelaki yg lainnya secara paksa..seperti merogol juga cuma pelakunya adalah sesama jantina..adakah perlu membawa 4 org saksi juga?? saya beriman kepada Allah dan Rasul..tetapi saya akui iman saya masih lemah. tetapi memegang kepada Islam ini adalah rasional dan berhujjah, saya mohon Tuan2 yg lebih arif membetulkan saya dalam hal ini jika pendapat saya salah. Kerana Allah, saya sanggup belajar dan xnak menjadi dungu buat selama-lamnya.
Posted by S Hamzah, on 02-03-2010 05:14, IP 180.73.133.130, Guest
11. bigger picture
assalamualaikum UZAR
Pada pendapat saya, selain tujuan politik, xmustahil ada kemungkinan yg sebenarnya isu liwat DSAI ni salah satu promosi liwat, iaitu membawa/mengajar mereka yg tak tahu (yg ramainya kanak2) apa itu liwat dan cara2nya.
Bagi saya, sangatla tidak logik & tidak perlu utk media memberi bayangan/penerangan tentang cara liwat dilakukan kerana org dewasa sudah semestinya tahu apakah liwat.
Yg saya lihat skrg ni org mcm dah xberapa jijik dgn perkataan 'liwat' berbanding tuduhan pertama DSAI tahun 1998 dulu.
Klau la betul, masalah yg kita hadapi skrg ni sbnrnya jauh lebih besar..
Posted by zack, on 18-02-2010 23:17, IP 115.132.207.248, Guest
12. tak perlu pening-pening la
Bagi saya kita tak perlu pening-pening nak tambah dosa. Biarkan urusan mahkamah tu diselesaikannya antara beliau dan pihak terbabit. Biar tuhan tentukan.Yang lain tu jgn la kita sibuk sibuk.. dok cerita .. Bukan dpt pahala.. buat dosa je
Posted by Malaymind, on 18-02-2010 11:33, IP 124.82.189.3, Guest
13. Jangan percaya semua tuduhan tanpa bukti
Nampaknya ramai jugak yang komen. Ada yang dah prejudis DSAI salah dan ada jugak yang rasa ini semua konspirasi.
Tapi, kita perlu setuju dalam satu perkara bahawa seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Itulah keadilan yang dianjurkan Islam.
Begitulah juga yang digariskan melalui hukuman qazaf. Islam tidak mahu maruah seseorang dipermainkan dengan mudah oleh penfitnah.
Itu memang senang difahami.
Namun tanpa menafikan tujuan murni qazaf, Saiful juga berhak mengemukakan buktinya dengan cara lain untuk hukuman takzir. Dia mungkin tak ada 4 orang saksi tapi dia ada bukti lain yang boleh digunakan maka terpulanglah pada mahkamah asalkan ia adil dan telus.
Kesimpulannya, DSAI patut dianggap sebagai bersih sehinggalah dibuktikan sebaliknya.
p/s: Hal ini sepatutnya applicable untuk semua perkara dari Altantunya sampailah ke liwat. Tanpa bukti kukuh, semua orang adalah bersih. Jangan pula kerana tak sealiran, maka kita gunakan hukum Islam hanya pada waktu terpilih saja.
Posted by redzuan bearu, on 17-02-2010 17:35, IP 202.185.32.194, Guest
14. ish3
aku neither believe nor disbelieve the accusation. jgn nk komen banyk2 sgt, xkisahla pro kerajaan or pro pembangkang. kang dapat dosa free je. cuma yg ak pelik knapa nk persoal saiful patut malu ke x? xkisahla org ckp lembik ke, jgn la prejudis kt dia. skrg nih dia dh beri keterangan, tgu turn pembela anwar plak la soal dia
Posted by kemboja, on 13-02-2010 10:48, IP 202.184.111.80, Guest
15. muhasabah diri..
apabila berlakunya masalah bergini, pasti ada hikmahnya.. kita sbgai umat islam harus jadikan masalah ini sbgai satu pengajaran, dimana ALLAH telah memberi amaran supaya sentiasa tingkatkan amalan dan takwa..
Posted by hamba, on 11-02-2010 05:02, IP 60.48.255.98, Guest
16. adilkah?
ust saya baru terbaca berita dari malaysia-today, cerita tentang anak raja petra yang dipaksa menelan pisau cukur dan di 'torture' mental n fizikal... kalau Raja petra salah knapa anak lelaki dia yang kena? mcm agak melampau ... apa pandangan ust?
Posted by Muslimah02, on 10-02-2010 20:04, IP 116.197.30.100, Guest
17. jangan percayakan...
saya tidak menuduh atau myokong tapi apa yang saya tahu saya tidak percaya pada Anuar Ibrahim... saya juga tidak percaya ngan Org yang blagak alim...berbuih2 mulut mgatakan kalimah Allah tapi sebenarnya itu hanyalah mnutup sikap sebenarnya mereka...nie adalah dari pengalaman saya sediri yang hampir dirogol oleh org yang macam nie... apa pun kita tak bleh pcaya sgt ngan Orang yang berwatak Alim nie...Allah Maha Mengetahui...
Posted by haronmnoor, on 06-02-2010 00:24, IP 115.134.192.242, Guest
19. Liwat : Nak Percaya, Boleh atau Tidak ?
Terima kasih Uzar atas perkongsian ilmu. marilah kita semua mengambil serius atas sesuatu isu yg berkaitan dengan agama kita, kerana ianya telah diperaku akan kebenarannya oleh ALLAH, dimana kepadaNYA satu masa kita semua akan kembali...
Posted by Khairi, on 05-02-2010 16:50, IP 58.26.20.162, Guest
20. Malu nak ngaku
Ish, ape masalah la depa ni. Kalau aku sendiri la kena, kalau kena liwat betul2 la aku malu nak ngaku. malu beb kena liwat ngn org tua. nmpk sangat lembik hehe.
serah pada mahkamah, serah pada mahkamah Allah nanti. Akan ada penyelesaiannya.
Posted by shitah, on 28-02-2009 02:30, IP 124.13.185.50, Guest
22. LIWAT
Slm wbt,
Komen sy bukannya bermakna saya berat sebelah. Wlupun penulis sendiri sudah menerangkan dgn jelas hukum berkenaan tuduhan liwat ini. Namun,dalam komen balas yg saya lihat,ramai yg masih tidak mempercayai dgn keadilan hukum Islam itu sendiri.
Bg diri saya sendiri, sy cuba membuat sedikit kajian berdasarkan logik akal tanpa dibayangi berat sebelah pd manaČ pihak.
Apa yg sy perolehi dari kajian sy sendiri :
Logik 1- tidak mustahil bagi org yg sudah beristeri dan anak mempunyai nafsu songsang.
Logik 2- namun berbataskan sejarah pertama yg pernah berlaku pd DSAI,kita seluruh malaysia tahu tentang isu liwat tahun 1998 dulu adalah fitnah semataČ dan diakui sendiri oleh pihak penuduh. Namun,kes itu telah ditutup begitu saja setelah DSAI memaafkan saja pihak penuduh. Jadi, tidak mustahil juga,tuduhan liwat kedua yg terjadi pd DSAI sekarang ini hanyalah satu konspirasi politik saja yg berkepentigan pada satu pihak.
Logik 3- Pada usia DSAI yg uzur dan pada usia SB yg masih kuat kudrat dia,dalam keadaan SB sedar,waras,sihat,aqil lagi baligh,bertenaga,kalau benar DSAI berniat songsang pd dia,sudah pasti liwat itu tidak akan terjadi kpd SB melainkan dia sendiri yg merelakan diri dia diliwat oleh DSAI. Jadi,disini tidak akan timbul diliwat tanpa rela.
Logik 4- SB telah membuat sumpah laknat beliau diliwat sebyk 4kali pd waktuČ tertentu dan tarikh yg berbeza. Kita baca sekali lagi ayat tersebut. Kita boleh fikir kembali,jika benar dia tidak merelakan perkara ini terjadi kpd dirinya,mengapa harus ada kali kedua ketiga hingga keempat kali?
Logik 5- Tarikh dia membuat laporan polis dan sumpah laknat dengan tarikh terakhir dia diliwat adalah terlalu jauh berbanding tarikh dia membuat laporan polis dan sumpah laknat dengan tarikh PR kecil di PP. Hanya selang beberapa hari sahaja. Apakah ini satu kebetulan atau sengaja diadaČkan.
Logik 6- Aduan pertama SB tentang masalah liwat yg dia hadapi ialah pd Najib. Mengapa pd Najib?Dan apa kaitan mrk berdua?
Posted by Tiger Chan, on 19-08-2008 05:08, IP 90.240.17.146, Guest
23. ...
Isu "Anwar Liwat Saiful" ini sudah membuka lembaran baru bagi semua pihak, terutama sekali ummat Islam di Malaysia. Apakah kaitannya dengan hukum-hakam Islam. Maka ia hangat diperkatakan. Secara rengkas, sungguhpun Saiful bersumpah untuk menghapus "fitnah" terhadap dirinya, tapi dia telah membuat satu kesilapan besar. Ini kerana dalam percaturan tuduh-menuduh, Anwar Ibrahim telah mendapat the upperhand.
Ketika Saiful mendakwa "Anwar Meliwat" itu dalam hukum Islam masuk dalam bab QAZAF. Sekiranya Anwar betul-betul liwat, dan dikira bersalah seperti mana yang didakwa oleh Saiful, tapi Anwar untuk mengelak dia di hukum, dia lebih cerdik kerana cepat-cepat melaporkan perkara tuduhan liwat ke Mahkamah Syariah. Kemudian pihak Mahkamah Syariah kenalah menyiasat perkara ini. Ya, Anwar bersalah kerana meliwat pada pandangan dzahir, tapi pada hukum syara' dia dikira tidak bersalah ...kerana Saiful kena bawa 4 orang saksi yang melihat dengan mata mereka sendiri perbuatan liwat itu. Dalam hal hukum QAZAF, Saiful dikira bersalah walaupun dia bersumpah diluar Mahkamah bahawa Anwar benar-benar telah meliwatnya.
Ya, Anwar telah berjaya memerangkap Saiful. Nanti Mahkamah Syariah akan memanggil Saiful atas laporan adakah benar atau tidak dia menuduh Anwar buat kerja liwat ? Maka Saiful boleh menarik balik tuduhan dia itu (sebab dia tak dapat cari saksi-saksi menurut hukum syara'), maka kes ini boleh digugurkan. Itu, sekiranya Saiful menarik balik atau menafikan sebelum kes itu bersabit di Mahkamah Syariah, dan Anwar boleh menarik balik laporan yang dibuat terhadap Saiful.
Perbuatan Saiful bersumpah di khalayak ramai sudah menjadi bukti bahawa dia menuduh Anwar liwat dan Mahkamah Syariah sudah mendapat bukti yang kukuh bahwa laporan Anwar itu benar, "terlaknatlah" Saiful mengikut hukum Islam, yang Saiful meminta dirinya dilaknat. Sumpahnya telah memakan dirinya mengikut hukum dan kaedah Islam. Saiful dikira bersalah dari segi shara' , dia patut disebat 80 kali ..atau di penjara 3 tahun, lebih-lebih lagi dia kira sebagai "pembohong" yang kita tidak boleh berkawan dengan atau menyokong Saiful.
In the Islamic sense, Saiful will be outlawed , considered a vile man and a liar ...even if he thinks or declares he is telling the truth. We have Islamic laws. Jangan sekali-kali tuduh orang berzina atau liwat. Kita ada hukum-hakam Islam yang melindungi maruah seseorang Islam. Saya percaya Anwar liwat, tapi saya TIDAK BOLEH mengisytiharkan secara terbuka kerana itu QAZAF namanya. Saya boleh dihukum mengikut undang-undang Islam, fahamlah dan berimanlah.
Sekali lagi, mungkin Anwar di pihak yang salah, tapi kita dikira oleh syara' sebagai pembohong kerana tidak berjaya membuktikan di Mahkamah Syariah. Dalam isu ini Anwar telah berjaya memerangkap Saiful ...dan mengusik jiwa kita, apakah kita ini, beriman atau kufur ?
Tambahan pula ramai orang Melayu di Malaysia ini jahil tentang Islam itu sendiri. Suka mempersenda hukum-hakam Islam. Sila renungkan:
Macam tersebut dalam Al-Qur'an: " a fa tu'minuna bi ba'dhi _l-kitab wa ta'furuna bi _l-ba'dh " = adalah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan kamu kufur kepada bahagian yang lain ? [Al-Baqarah (2) : 85]. Kalau betul sekalipun Anwar meliwat dia, adalah lebih baik dia diam kerana perbuatannya ialah hukum QAZAF. Kalau dia engkar hukum QAZAF, ertinya dia menolak hukum Islam. Fahamlah sendiri.
Apa yang Saiful buat, bersumpah di masjid bukan MUBAHALAH namanya. Dalam majlis mubahalah, kedua pihak yang saling menuduh mesti berdepan, berhujjah atas perkara ilmiah dan akhirnya bersumpah laknat jika kedua-kedua pihak menemui jalan buntu.
Anwar tidak perlu bersumpah kerana dia sudah buat laporan di mahkamah syariah. Lagipun secara terbuka dia berkata dalam salah satu ceremahnya:
Dia membaca ayat "wa makaruu wa makar ALLAH, wa ALLAHu khairu l-maakireen" = dan mereka mengatur tipu muslihat, dan ALLAH pula mengatur, dan ALLAH adalah yang sebaik-baik pengatur - tipu muslihat ..[Ali Imran (3) : 54]. Oleh itu secara tidak langsung Anwar bermaksud Allah akan bakal menghukum orang yang menipu. Jika Anwar yang menipu dia sendiri akan menerima akibatnya umpama dirinya sendiri akan dilaknat.
Posted by Laskar Cinta, on 08-08-2008 18:38, IP 194.80.178.1, Guest
24. ...
hmmm malunya melayu Islam ada isu benda2 memalukan ni, kes yg tak ada diperbesar-besarkan. Liwat dah jadi perkataan yang biasa didengari dan diucap, lama-kelamaan anak bangsa sendiri terikut tabiat buruk ini, tak mustahil.Malunya org Cina dan India pandang kita orang Melayu Islam, mereka terus kerja kuat, tapi kita? Byk cakap dari action, habuk pun tak ada. Malunya jadi rakyat Malaysia yang kononnya maju dan aman sejahtera. Luaran je cantik, tapi dalam hancur.
Pemimpin represent negara. Isu ini keluar, rakyat luar pandang rendah pada Malaysia. Sedangkan ada perkara yang serius tidak diendahkan sbg cth:- Singapura claim pulau tu pulau depa, mula2 dah menang satu pulau, la ni ada lagi...Isu pembangunan, pendidikan, ekonomi, itu kan kerja kerajaan, bukan buat modal cerita2 low class jual kat akhbar.
Lagi satu, bila DSAI ditangkap tempoh hari, akhbar bertanyakan TPM adakah dia yang mengarahkan penangkapan tersebut... die kata-die tak tahu menahu, tak masuk campur kerana itu urusan pihak polis.. .kononnya!, pihak polis tu kan org bawahan dia, sapa pulak yang bagi order kalau bukan pihak atasan iaitu kerajaan Malaysia.. semuanya nak mengelak , nak menunding jari kepada orang lain.
Ini semua petanda akhir zaman. Semua ini berlaku pasti ada hikmahnya...hadapi dengan senyuman dan ketabahan.
Posted by Pejuang Hamas, on 06-08-2008 19:55, IP 194.80.178.1, Guest
25. ...
Ini semua tuduhan zalim politik UMNO..Adakah fitrah seorg lelaki yg mempunyai isteri dan anak yg ramai sanggup meliwat seorang budak remaja yg lebih kuat kudratnya berbanding pak cik tua yg penah patah pinggan di sepak oleh polis, ? Saya kira kalo laporan pusrawi itu tidak di dedah kepada umum nescaya tragedi 1998 terjadi lg..Sesungguhnya UMNO tidak membela nasib bangsanya sendri..Sedarlah wahai kaum muslimat..Kita berpegang pada jalan ALLAH..hidup dan mati hanya untukNYA..
Posted by ANBU, on 05-08-2008 23:20, IP 194.80.178.1, Guest
26. ...
Kita tidak tahu siapa yang benar atau siapa yang salah...kerana tiada bukti jelas diantara yang menuduh dengan yang dituduh...masyarakat sekeliling bagaikan terpedaya...dengan media..dengan kenyataan pemimpin politik..dengan keadaan...kenapa berita-berita sebegini terjadi...apa motifnya...apa tujuannya...apa hasilnya???....siapa yg untung bila keadaan ini berlaku...siapa yg sebenarnya mengambil kesempatan....semua itu tiada jawapan...media akan terus memainkan isu ini..dengan tujuan mengelirukan rakyat...dan melariskan produknya...pemimpin politik akan terus buat kenyataan berubah-ubah mengikut citarasa dan keadaan..dan rakyat akan terus tertanya...tertipu.....dan akhirnya semua itu berlalu....sehingga timbul isu lain pula....begitulah seterusnya...sampai bila-bila......inilah hakikat keadaan di Malaysia.
Posted by Jahil Agama, on 05-08-2008 22:58, IP 194.80.178.1, Guest
28. ...
adakah selama ini kita mempraktikkan tuduhan zina / liwat memerlukan 4 orang saksi? dengan terjadinya tuduhan liwat yang melibatkan org berpengaruh, baru semua org "cerdik pandai" nak guna hukum hakam. Agama untuk semua lapisan, Seandainya orng yang di tuduh liwat itu orang kebanyakkan, adakah kita akan mengambil tindakkan seperti ini?...adakah perlaksanaan hukum agama bermusim? kadang2 ada kadang2 tak ada. Nabi pernah memperingatkan kita....bahawa di akhir zaman...fitnah umpama semut hitam melata di malam hari...
Posted by hamba Allah, on 20-07-2008 22:50, IP 194.80.178.1, Guest
31. ...
askm... sy xsempat nk bc komen2 kat atas...mungkin persoalan sy sdah ditnya...sy cuma nk tnya pd ustaz...saksi 4 org tu adakah bermaksud saksi yg "menyaksikan" kejadian yg membawa kepada pertuduhan atau adakah saksi itu bermaksud...saksi itu bukan sekadar bersumpah bahawa dia mnyaksikan kejadian tu...tp saksi yg mngemukakan bukti2 kepada pertuduhan tu. sbgi cth...doktor yg menjalankan ujian DNA...adakah dia termasuk dalam kategori saksi seandainye dia tidak menyaksikan kjadian itu...cuma mngesahkan dgn bukti2 yang ada-DNA report(sbgi cth)
Posted by edly, on 20-07-2008 21:56, IP 194.80.178.1, Guest
32. ...
Ustaz, yang saya nampak hanyalah peperangan politik jatuh-menjatuh sahaja..very simple. Tak mungkin pisang berbuah dua kali. Episod yg lama diulang tayang..dan ianya akan tetaap ditayang tiap hari sehingga org ramai anggap kerajaan ini betul-betul dah naik gila. Gila apa..gila kekalkan kuasa didunia. Tujuan menghalalkan yang haram. InsyaAllah untuk si penuduh..disiapkan Api neraka untukmu sekiranya kamu fitnah dan meaibkan org lain..berapa banyak kes liwat di Malaysia ini yg ditayang di Malaysia dan dibicarakan?? Kalau anda seorang Islam sejati...wajib berani menyatakan kebenaran dan tegakkan hukum Islam Hudud supaya ianya jelas. Jika sipenuduh ini tak boleh bawa 4 saksi..satu zarahpun kitorang takkan percaya tuduhan.
Yang paling jelasnya mana mungkin sipenuduh ini boleh jumpa on the spot TPM tanpa protokol dan sekatan kecuali memang sah ianya rekaan.
Yang reka cipta fitnah ini memang sama tarafnya dengan peliwat bangsa dan agama.
Posted by muslimin, on 16-07-2008 17:52, IP 194.80.178.1, Guest
33. ...
Assalammualaikom
Semua yang terlibat manusia yang beragama Islam dan tahu hukum dan kita pun tak tahu mana yang betul. Rasanya ramai antara kita tahu mana yang betul.Kita sama-sama mendoakan kedua-dua menuduh dan dituduh diberi hidayah.
Posted by Written by Miss M.., on 16-07-2008 17:51, IP 194.80.178.1, Guest
34. ...
Salam.. Duhai umat islam,insaflah la kalian semua..dunia ini dah penuh dgn kemaksiatan,janganlah menuduh seseorang tanpa kemukakan saksi dan bukti yang kukuh. Ingat lah bahawa Allah akan melaknat manusia yang menuduh@bersumpah dengan sumpahan palsu.
Posted by ASSB, on 15-07-2008 21:03, IP 194.80.178.1, Guest
35. ...
SETUJU,PERKARA YANG BERLAKU ADALAH ATAS KEHENDAK ALLAH S.W.T.DAN TENTU ADA HIKMAH DISEBALIK KEPADA KITA SEMUA, TAK PERLULAH KITA BUAT MACAM-MACAM ANDAIAN DIMANA IA AKAN MEROSAKAN IMAN KITA.
Posted by Indera, on 15-07-2008 18:56, IP 88.110.159.200, Guest
36. ...
Mohon Maaf terlebih dahulu. Terlanjur ada yg menyentuh isu S & DSAI, ingin saya tegaskan disini ramai rakyat M'sia sukar menerima isu liwat tersebut.Saya ada persoalan; 1. Adakah maruah boleh dibeli kerana ianya melibatkan maruah diri, ibubapa & keluarga? Adakah anda sanggup?? 2. Apakah kita sebenarnya betul2 mengenali DSAI?? 3. Mengapa kita perlu mengatakan ianya konspirasi jika kita sendiri tidak berfikiran terbuka & taksub dgn seseorang itu? 4. Mengapa DSAI mengambil pendapat mufti Perak tidak mufti Perlis untuk muhabalah jika dia benar2 tidak melakukan liwat? Justeru, adalah lebih baik kita hanya menunggu sisatan polis daripada menuduh atau mempercayai satu pihak sahaja kerana Islam tidak mengajar sedemikian!!
Posted by adeesha, on 15-07-2008 18:51, IP 88.110.159.200, Guest
37. ...
Salam UZAR, bukan senang uzar nak meyakinkan umat islam ini tentang islam. Tambahan di zaman sekarang ni kejahilan berleluasa hiburan yang melalaikan bercambah. Manusia makin terpesong. Tak hairanlah, diakhir zaman ini, Islam itu akan dianggap dagang dan pelik bagi satu2 golongan. Rata2 komen yang ditulis, masih menunjukkan bahawa orang Islam itu tak yakin dengan apa yang Allah turunkan. Khususnya dalam perkara ini hukum Qazaf. Masih nak mencari keadilan dari segi akal mereka sahaja. bukan dari segi hukum yang sebenar. Nak tahu adil ke tidak, Nun di akhirat kelak. Segala-gala akan dibalas seadil-adilnya. Cuma yang perlu kita fikirkan sekarang yakinlah dengan ketetapan hukum Allah. Allah yang mencipta, Allah yang mengetahui makhluknya. kalu x arif, jangan mempertikaikan, lebih baik p kuliah agama, belajar2 dengan sebenar2nya barulah faham kenapa Allah jadikan manusia dengan disediakan panduan AlQuran dan AlHadis. Sekian.
Posted by zam, on 12-07-2008 03:05, IP 84.71.17.63, Guest
41. ...
Artikel ini rasanya bukan melibatkan tuduhan mangsa terhadap si peliwatnya.
ulasan dalam artikel ini tidak berkaitan dengan kes tuduhan Saiful terhadap DSAI. ini kerana yang menuduh dalam kes ini adalah dalam kategori 'mangsa'.
walaupun saya dari segi peribadi merasakan wujudnya konspirasi politik terhadap DSAI.
sekadar mengulas seandainya wujud kes yang lain, yang mana mangsa liwat benar2 meliwat....
Posted by Dayn, on 11-07-2008 00:29, IP 62.136.138.41, Guest
42. ...
Assalamualaikum
Dgn nama Allah,
Saya bukan dari kalangan yg arif ni.. cuma nak ajak sahabat2 berfikir khususnya yg arif2 dlmbidang ni.
Kes 1: Kiranya S itu menuduh DSAI meliwat DSNTAR, maka tanpa hadir 4 saksi. (S kena hal QAZAF)
Kes 2: Kiranya S itu menuduh DSAI meliwat dirinya, tanpa hadir 4 saksi = (Apa S juga kena hal QAZAF)
Kes 3: Seorang SUAMI menuduh ISTERInya berzina tanpa 4 saksi. (Apa si SUAMI kena hal QAZAF atau LI'AN)
Kes 4: Si ISTERI tadi menafi dgn mengatakan dirinya dirogol oleh si PEROGOL (jirannya). (Apa si ISTERI kena hal QAZAF spt kes 2 tadi)
Jadi, kpd yg yg cerdik fikir-fikirkan kes-kes ini semoga kata/ulasan kita tidak membawa kehinaan/kelemahan kpd syariat islam itu sendiri.
Akibat kiranya hakim semasa yg cetek menghukum...
Kes 2: maka jika S itu BENAR mangsa liwat paksa... S telah dizalimi oleh hukum islam itu sendiri.
Kes 3 & 4: maka kiranya keraguan SUAMI itu BENAR, penafian ISTERI itu juga benar cuma tanpa ada 4 saksi, maka PEROGOL ketawa besar terlepas dari apa2 hukuman walau sumpah laknat & si ISTERI kena hal QAZAF & rumahtangga itu dah porak peranda... dimana pembelaan dlm syariat islam.
Ya Allah, engkau zahirkanlah apa yg mereka sembunyikan & sememangnya engakaulah yg akan mengzahirkan apa yg mereka sembunyikan (spt maksud 2:72).. amin.
Saudaraku, awas dgn fitnah2 akhir zaman.
Peringatan:
Hadith riwayat Ibnu Majjah; "Hendaklah kamu elakkan daripada menjatuhan HAD (Hudud), apabila kamu dapati adanya halangan atau subhah"
UZAR: SAYA TIDAK CUKUP RAUNG UTK ULAS ISU INI DAN ISU INI PERNAH SATU KETIKA DULU HANGAT TAHUN 1993-1994 BILA KELANTAN NAK LAKSANA HUDUD.
SEMUA ISU YANG SDR BANGKITKAN, TELAH ADA JWPNNYA ..NAMUN SAYA BELUM ADA PELUANG DAN RUANG UTK ULAS.
HADIS YG SDR UTRAKAN JUGA AMAT MUDA DIGUNAKAN DILUAR KONTEKSNYA.
DAN JGN SESEKALI ADA SESIAPA DUK SEBUT "DIZALIMI HUUM ISLAM", KERANA KEJAHILAN DIRI SENDIRI BERKANAN SELOK BELOK HUKUM SHARIAH DAN PELAKSANAANNYA. KESIMPULAN YG DIBUAT UTK KES 3 & 4 ADALAH SALAH DAN AKAN DIKETAWAKAN JIKA ITU KESIMPULANNYA.
Posted by Qisti Zahra', on 10-07-2008 17:45, IP 62.136.230.51, Guest
43. ...
Salam Ustaz dan pencinta kebenaran,
Ustaz hanya fokus kepada tuduhan oleh orang Islam. Bagaimana kalau orang kafir yang menuduh dan orang Islam yang memberi ruang kepada orang kafir itu untuk menuduh orang Islam lain?
Apa yang saya fahami, orang kafir zimmi yang berzina dengan orang perempuan Islam akan dihukum bunuh. Bagaimana pula keadaan seperti di atas? Yang kafir dan yang muslim.
Posted by Halim, on 10-07-2008 17:42, IP 62.136.230.51, Guest
44. ...
Ustaz, pada fahaman saya hukum Qazaf ini ialah apabila orang ketiga telah menuduh satu pasangan melakukan zina/liwat.
Masalahnya apabila ada seseorang telah mengadu di rogol atau di liwat, saya rasa tidak manasabah hukum Qazaf terpakai di dalam hal ini. Takanlah perogol atau mangsa perlu menyediakan saksi tersebut sebelum perkara itu berlaku? Allah itu adil dan Islam itu adil, maka saya rasa tidak kenalah sekiranya hukum Qazaf ini dipakai di dalam kes tudhuan rogol/liwat oleh seorang mangsa.
UZAR : FAHAMAN SEBEGITU ADALAH TERSASAR..SAMA SEPERTI PANDANGAN MUFTI PERLIS YANG TERSASAR DALAM HAL TUDUH QAZAF.
TIADA NAS YG TAHDIDKAN QAZF MESTI DARI PIHAK KETIGA, CUKUP PELIK PANDANGAN NI.
APABILA SAIFUL MENDAKWA DIA DILIWAT ATAU ORANG A MENDAKWA DIA DIROGOL..TANPA 4 SAKSI ..MEREKA TELAH MENUDUH PIHAK SATU LAGI SEBAGAI LAKUKAN ZINA ATAU LIWAT. MERREKAS JATUH DALAM QAZAF..ITU SEPAKAT ULAMA SILAM DAN TYERKINI KECUALI ORANG YANG BUKAN SPECIALIZE FIQH JE MUNGKIN AKAN KATA SEBALIKNYA.
Posted by zulhafidz, on 10-07-2008 17:34, IP 62.136.230.51, Guest
45. ...
"Apabila Allah mencipta manusia, Allah telah menyediakan beberapa komponen yang unik yang dibawa bersama walau di mana sekalipun manusia berada. Antaranya ialah cap jari dan DNA. Kedua-duanya sangat unik dan tidak akan sama antara satu sama lain walaupun berbilion manusia sekalipun.
Oleh kerana ia mempunyai keunikannya yang tersendiri maka ia menjadi saksi paling penting dalam mengesan sesuatu jenayah. Walaupun ia tidak mampu bertutur namun ia mampu menjawab serta menghurai beberapa persoalan yang penting. Kerana itulah ada sesetengah penjenayah sanggup membunuh dan membakar mayat mangsa demi menghilangkan bahan bukti namun yang berlaku ialah sebaliknya.
Saya pernah mengikuti satu siri 'Forensic Science' mengenai bagaimana satu lembaga telah dijumpai rentung dalam tong sampah. Oleh kerana lembaga itu sangat kecil orang menyangka ianya adalah seekor monyet. Setelah segala usaha untuk mengambil DNA gagal akhirnya doktor mengambil keputusan membelah giginya.
Ternyata usaha tersebut berjaya mengesan DNA di dalam gigi berkenaan. Rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang gadis yang telah hilang dari rumah. Dan bermula dari situlah usaha mengesan penjenayah pun bermula dan akhirnya berjaya menangkap penjenayah berkenaan.
Komponen (Cap jari dan DNA) yang tak tahu bertutur kata mampu membawa penjenayah ke muka pengadilan, maka bagaimanakah agaknya bila anggota badan mampu berkata-kata di akhirat nanti..
Maka benarlah tiada sesuatu pun yang Allah s.w.t ciptakan atau berlaku adalah sia-sia, segalanya ada Hikmah "
..............................
...
Amat mirip filem Enemy Of the State lakonan will smith... tapi filem kafir pun ending dia yg baik akan menang..yg jahat akan tersiksa dunia...dan life after death..
Posted by Hassan Kamal, on 09-07-2008 01:28, IP 90.240.104.8, Guest
46. ...
Assalammualaikum yaa ustaz!!!..apa yang saya nampak ialah budak yang mengaku diliwat itu telah dibayar..apa akan jadi pada Anwar jika Najib membayar 4 saksi untuk membuat tuduhan palsu..dunia materialistik macam2 boleh berlaku ustaz..semua berkehendakkan wang..kalau saksi dibayar saya percaya Anwar tetap kecundang tapi jika beliau dekat dengan Allah semua akan selamat...kesian dia...Mahathir yg saya nampak masih tak mati2 lagi...sebab Allah masih lagi bagi dia peluang untuk minta maaf pada Anwar secara terbuka...kalau tak sedar dan nampak lagi tak tahulah Tok Mahathir???
Posted by encik Azman, on 09-07-2008 01:21, IP 90.240.104.8, Guest
47. ...
kadang2 selain sibuk membela diri, diri sendiri perlu muhasabah apakah dosa sehingga musibah seberat ini sehingga dituduh meliwat. adakah ia ujian meningkat iman atau kaffarah atau bala. setiap hari bermuhasabah(hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan-saydina umar) & kita semua harus amik iktibar...
Posted by adeesha, on 08-07-2008 13:19, IP 84.69.79.149, Guest
48. ...
salam. Sebenarnya apa yang berlaku sekarang adalah ujian kepada umat Islam keseluruhannya. Allah sengaja menjadikan kejadian2 seperti ini untuk makhluknya berfikir dan menyelesaikan mengikut ketentuannya. Al Quran ada, hadis ada, ulamakpun ada. Cuma yang tak ade Iman di dada. Banyak tanda2/bukti2 yang Allah beri, tapi x nak berfikir. Seperti kes VK Lingam, siapa sangka ada orang merekod. nyata benar, tapi x selesai. Kes Tun Salleh Abas, akhirnya benar. apa lagi. Kes liwat sebelum ini (199, saksi utama, Azizan lepas pertuduhan, esok ditangkap berkhalwat, kena tangkap basah. Tak fikir lagi? Manusia, manusia. Ada pemimpin baik, Tuk Guru, orang Islam tak nak terima. katanya tak boleh membangun/maju. Akhirnya Allah jadikan peristiwa2 ini untuk menterbalikkan hati2 orang kafir mahu kepada Islam, dan orang Islam tetap macam itu. Tak apa Allah yang punya dunia ini. Dialah yang Maha Bijak menentukan segala-galanya. manusia itu boleh merancang sahaja.
Posted by Adi, on 07-07-2008 13:37, IP 84.64.151.184, Guest
49. ...
Saya bukan peguam. Saya cuma berpendapat bahawa mengapa kes ini tidak dirujuk ke mahkamah syariah adalah kerana ia tidak mempunyai kuasa dalam bidang jenayah. Denda paling berat pun kalau tak silap, penjara 2 tahun atau rm10,000. Islam di negara ini hanya sekadar Agama Rasmi sahaja. Kalau bukan rasmi belum tentu pakai Islam.