Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 47 guests online
PDF Print
User Rating: / 22
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 06-09-2008 22:53
Views 18075    
Favoured 27

Komisyen Ejen Insuran, Takaful & Saham Amanah

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 

komisyen

 

Soalan

Tolong uzar jelaskan. Jangan sampai ramai agen Islam termakan duit riba atau sebagainya. Tolong buat kajian terperinci tentang komisen yang agen dapat. Ramai agen yang rasa selesa dengan apa yang mereka dapat, komisen tetapi hukumnya di sisi Allah tanggung jawab uzar juga.

-SOALAN MELALUI RUANGAN KOMENTAR-

Jawapan

Pertamanya, saya telah jelaskan hukum bekerja untuk promosi benda haram atau membantu secara direct akan apa jua yang haram adalah haram, saya telah di pelbagai tempat di web saya. Maka, jika orang tidak membaca apa yang telah ditulis, ia diluar kuasa dan bukan lagi termasuk di bawah tanggungjawab saya.

Secara ringkasnya seperti berikut:

a)      Hukum komisyen yang diperolehi oleh ejen insuran konvensional adalah HARAM. Demikian menurut  fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan insuran konvensional. Justeru, setiap individu yang menjadi ejen adalah dikira mempromosi benda haram dan mengambil upah atas kerja tidak halal tersebut.

 

Amat malang juga, apabila saya dapati terdapat sebahagian ejen-ejen Takaful yang meletakkan DUIT sebagai satu-satunya matlamat dan target mereka, menyebabkan dalam masa yang masa mereka SUDI DAN SANGGUP menjadi ejen kepada insuran riba konvensional.

 

Mereka ini tidak lain, boleh dianggap bermain-main dengan hukum sehingga boleh memberikan pilihan kepada pelanggan sama ada ingin yang halal atau yang haram. Bolehkah diberi pilihan sedemikian?

 

Allah swt menyebut :-

وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 42)

 

 

Adapun, komisyen bagi ejen-ejen Takaful dan Unit Trust bagi apa yang mereka usahakan sendiri, adalah HALAL.

 

Namun, bagi ejensi Manager yang memperolehi komsiyen bertingkat atau overriding commission, pandangan saya setakat ini masih sama dengan apa yang saya tuliskan dalam artikel MLM. Iaitu TIDAK DIBENARKAN kecuali apa yang anda usahakan sendiri sahaja. Hasil yang diperolehi secara automatik dari kerja orang bawahan anda tanpa sebarang usaha yang langung direct dari  anda, ia adalah TIDAK DIBENARKAN dan jatuh dalam kategori Syubhat. Apapun, saya pulangkan tanggungjawab fatwa komsiyen ini kepada Majlis Shariah Saham Amanah Islam dan Takaful masing-masing untuk membincangkan dengan teliti. Wallahu'alam.

Bagi sesiapa yang kurang jelas maksud overriding commission ia adalah : 

    • In traditional sales environments, an override is a commission paid to managers on sales made by their subordinates, usually calculated as a percentage of the gross sales commissions earned by the salesperson.
    • Similarly, in multi-level marketing, agents receive a commission on sales made by their downline (recruited agents).

 

b)      Hukum komisyen bagi ejen-ejen saham amanah unit trust yang berunsur riba, haram dan tidak diluluskan oleh Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, adalah HARAM secara sepakat ulama.

 

Komisyen ejen unit trust YANG DILULUS MAJLIS SHARIAH pula adalah halal namun tetakluk pula kepada apa yang dijualnya sendiri sahaja. Ia sama seperti isu ejen Takaful di atas. Wallahu'alam.

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

6 Sept 2008

5 Ramadhan 1429 H

 

 

Last update: 06-09-2008 23:34

Published in : Soal Jawab, Soal Jawab & Isu Pilihan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (43) RSS feed comment
Posted by jalal, on 24-12-2009 09:04, IP 60.48.254.175, Guest
1. kurang paham
Namun, bagi ejensi Manager yang memperolehi komsiyen bertingkat atau overriding commission, pandangan saya setakat ini masih sama dengan apa yang saya tuliskan dalam artikel MLM. Iaitu TIDAK DIBENARKAN kecuali apa yang anda usahakan sendiri sahaja. Hasil yang diperolehi secara automatik dari kerja orang bawahan anda tanpa sebarang usaha yang langung direct dari anda, ia adalah TIDAK DIBENARKAN dan jatuh dalam kategori Syubhat. Apapun, saya pulangkan tanggungjawab fatwa komsiyen ini kepada Majlis Shariah Saham Amanah Islam dan Takaful masing-masing untuk membincangkan dengan teliti. Wallahu'alam. 
 
saya x paham lah yang ni.. adakah duit yang agency manager or GAM dapat tu haram? dalil?
 
» Reply to this comment...

Posted by karlin, on 17-12-2009 01:27, IP 203.82.91.104, Guest
2. benarkah?
salam... 
 
sekadar bertanya pada uzar je...hari tu,ade sorang ejen insuran takaful(ETIQA TAKAFUL ) menerangkan kepada saya yang (BSN Pru Takaful)ada unsur2 haram terutamanya mengenai kad perubatanya.seperti ape yg di jelaskan lebih kurang seperti berikut (minta maaf kalau ade tersilap) :- 
 
*hanya 3 insuran takaful di malaysia ni yg betul2 bersih.Etiqa Takaful,Takaful Ikhlas,(lagi satu saya lupa). 
*mmg benar BSN prudential takaful sah,tp perlindungan perubatan tu x sah sebab pembayaran utk perlindungan perubatan tersebut lebih tinggi dari jumlah caruman kita.so ini la yg die gune untuk invest dgn harapan kite dapat perlindungan perubatan yg tinggi..(ni boleh rujuk kat polisi yg die kuarkan) 
*di bg tau lagi,bayangkan jika kite tarik diri dalam masa kite dah bayar takaful tu.dng konfiden die bg tau kite mmg xakan dapat ape2@(kadar yg kite terima balik amat berkurangan dari yg sepatutnya.. 
*lepas tu die cakap pasal akad lak,sebab dlm bsn prudential takaful tu x clear..etiqa ada zakat. 
*katanya lagi bsn pru tu "bukan org kita" yg handle..permohonan takaful yg di buat hanya la tiket sebab bsn ade lah separuh kerajaan... 
 
saya pun masih x berkesmpatan nak diskusi lanjut ngan die...andai pertanyaan saya ini terlalu radikal,uzar censored la@x payah publish kat sini....sya ingin tau benar kah apa yg die cakap?terima kasih uzar... 
 
 
UZAR : BAGI SAYA, selagi mana takaful tu ada pengiktirafsan majlis syariah, ia halal untuk semua orang awam. jika ada yang ragu2, dia boleh terus pergi ke takaful yg dia yakin dan jika ada pertikaian terhdp mana-mana taaful WAJIB kethuai secara speicifi isu apa secara fakta dan kemudian hantar pertanyaan kdp pengurusan atau penaishat syariah mereka, dan jangan duk sebarkan khabar angin tanpa fakta, kelak akan jadi fitnah.
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by Syah, on 06-12-2009 16:19, IP 219.93.95.62, Guest
3. Komisyen agen takaful di konvensional
Nak tanya mengenai komisyen di syarikat insurans? Bagaimana hendak mengetahui sama ada komisen yang diterima adalah haram ataupun halal sedangkan kebanyakkan syarikat insurans konvesional sudah mempunyai insurans takaful yang dikatakan mempunyai pengawasan syariah.
 
» Reply to this comment...

Posted by khalifah, on 10-07-2009 10:30, IP 203.82.91.104, Guest
4. adakah syariah advisor boleh dipercayai?
akum ustaz...saya merupakan salah seorang perunding unit amanah..hari tu saya bagi cadangan untuk pelaburan kepada seorang ustaz di universiti terkemuka di PJ..so,ustaz tu nak tengok siapakah panel syariah yang diluluskan..so sy tunjuk lah nama dan profail nya..so dia kata... 
 
ni panel syariah yang tak der autoriti...so, dia cerita lah kenapa tak ambil ustaz zaharuddin ke atau pun profesor kat uia..katanya..saya kata ini adalah yang diluluskan oleh syarikat dan IBFIM..so..dia kata..emm..syariah panel ni tak cukup bagus.. 
 
so, apa pandangan ustaz?adakah satu company yang ada syariah panel tu still kita boleh complaint macam2? 
 
UZAR : begini, semua orang awam boleh pegang mana-mana syariah advisor. tatkala itu, sudah mencukupi baginya, dan setiap syariah advsior perlu bertanggng jwb di hadapan Allah. Itu adalah requiremnet paling minimum dalam bab ini. 
 
Namun, priority adalah lebih baik jika dapat dicari shariah advisor yang diyakini lebih taqwa, alim dan berkelayakan. Hal ini adalah hanya afdhaliyah ( periority) dan tidak wajib namun digalakkan. 
 
Terima kasih kepada sangka baik ustaz UIA PJ tu kpd saya, cuma bagi saya IBFIM dah kira ok dah..
 
» Reply to this comment...

Posted by hakim, on 03-07-2009 16:10, IP 210.48.147.109, Guest
5. Komisyen Jualan
Assalamualaikum ustaz..terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya kemusykilan dan pandangan saya ini lari daripada konsep syarak yg sebenar 
 
Saya ingin menyentuh tentang penghasilan dan penjulan buku. Ustaz dan ramai lagi pendakwah2 yg lain sering menghasilkan buku2 ilmiah berdasarkan kepakaran dalam bidang masing2.  
 
Saya difahamakan,apabila seorang penulis ingin menulis buku,dia perlulah mencari penerbit dan pengedar bagi buku tersebut ataupun pihak penerbit akan meminta mereka menulis tentang topik2 yg dikehendaki oleh pihak penerbit dan akan diberikan bayaran. 
 
Apabila buku sudah berada di pasaran, di kedai2 buku, penulis akan mendapat sedikit peratusan daripada hasil jualan buku yang ditulisnya yg dibayar oleh pihak penerbit atau pengedar. 
 
Persoalan saya,tidakkah bayaran yang diterima oleh penulis itu boleh dianggap sebagai "overrriding commission" kerana pihak pengedar yag menjual buku tersebut dan mempromosikannya dan buaknnya penulis.  
 
Seperti yg ustaz katakan, kerja sekali,dapat sekali sahaja, tetapi di dalm konteks penulisan ini,penulis hanya memerah keringat dan idea utk menulis sekali sahaja,dan masih lagi menerima komisen daripada hasil jualan. Saya rasa ustaz pun pernah mengalami situasi ini. Saya berharap ustaz dapat menjawab kemusykilan saya ini. Saya memohon maaf sekiranya padnagan saya ini menyinggung perasaan ustaz dan sesiapa sahaja, kerana saya hanya seorang manusia yg inginkan kepastin dan pengetahuan. Sekian.Wassalam. 
 
UZAR : sneang je bezanya, 
 
hak pengarang ke atas bukunya adalah hak maliy ( hak harta yang diiktiraf oleh Islam) 
 
adapun hak mencari ahli bawahan adalah bukan hak maliy. yang boleh dioverride . 
 
Ulasan lanjut adalah panjang dan ini bukan ruangannya. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by zain, on 22-05-2009 15:58, IP 115.133.205.136, Guest
6. Bagaimana dgn pasif income?
Assalamualaikum ustaz, 
 
Ustaz tlhpun menerangkan ttg pendapatan dari overriding sales downline. Saya ingin bertanya dgn ustaz, bgmn pula dgn pasif income dari sales kita sendiri? 
 
Contohnya begini saya ada buat sales, dari jumlah keseluruhan jualan tersebut akan diletakkan dibawah AUM(Asset under management).Dari situ, saya akan diberi komisyen yg dipanggil Carreer Benefit. Begitu juga dgn jumlah keseluruhan sales bg tahun tersebut saya akan dpt Annual Bonus. 
 
Untuk Carreer Benefit, saya akan dpt berterusan selagi jumlah besar sales saya remain dgn sykt. Utk Annual Bonus hanya pd tahun tersebut shj. 
 
Soalan saya, adakah pendapatan sebegini halal dari segi syarak?  
Sekian, terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by wak, on 09-05-2009 00:00, IP 121.121.131.46, Guest
7. kerja utk duit atau duit kerja utk kita?
Assalamualaikum ustaz, 
 
Kebanyakkan manusia zaman sekarang ingin kekayaan secara pantas,tak kira agen insuran ke,agen takaful ke,MLM punya orang ke,soalnya sekarang mereka ditekankan atau di dedahkan biar duit kerja untuk kita bukan kita kerja untuk duit.Saranan ini juga adalah dari orang yang dah berjaya, para jutawan,dan org2 kaya, mereka mengamalkan kongsep yng sedemikian dan terbukti mereka berjaya.Apa pandangan ustaz dalam hal yang sedemikian? 
 
UZAR : dasar tu boleh jadi bet7ul dan boleh jadi salah, kena lihat case by case
 
» Reply to this comment...

Posted by Humaidi, on 04-03-2009 14:37, IP 203.82.79.2, Guest
8. Overiding...
salam ustaz... 
 
saya ialah Unit Trust Consultant (Agency Manager) di Public Mutual. sbg seorang Agency Manager, saya mendapat komisyen atas hasil kerja saya sendiri, dan mendapat overiding drp agent2 yg berada di bawah group saya (apabila mereka juga buat sales). jadi my concern is, ustaz kata overiding adalah TIDAK DIBENARKAN... 
 
pada pendapat saya, overiding yg saya dpt itu, bukanlah masuk atas angin shj. saya rasa saya berhak utk mendapat overiding tersebut, atas usaha saya selama ini mendidik dan train agent2 di bawah group saya itu, hingga mereka boleh menjadi spt saya. ganjaran atas hasil penat lelah, sabar dan tekun mendidik mereka. dan saya hanya mendapat overiding setelah mereka betul2 capable membuat kerja mereka dan mendapat sales. jadi saya perlu memerhatikan kegiatan mereka seharian, memberi nasihat dan tunjuk ajar yg berterusan. jadi, semua itu memerlukan masa, tenaga dan wang saya utk terus membimbing mereka agar sentiasa motivated dan makin cemerlang.  
 
mungkin overiding bagi sesetengah bisnes yg lain, caranya lain. tapi dlm unit trust industry, saya rasa kami berhak utk mendapat overiding tersebut, kerana itu juga adalah atas dasar kerja kami sendiri, bukan hanya datang bergolek dgn hanya bergoyang kaki.... 
 
harap ustaz boleh komen sedikit. appreciate that. terima kasih
 
» Reply to this comment...
» See all 4 replie(s)

Posted by ijat, on 15-02-2009 01:18, IP 203.82.91.34, Guest
9. buktikan ilmiah komisyen ins haram
saya fhm ada ftwa tentang ins konvensional 
namun ada tiga syarat ia akn menjadi haram 
1)judi dan maisir 
2)riba 
3)ghrar 
cuba ustaz buktikan MCIS sdn bhd adakah semua transaksi insurannya adalah haram atau hanya melibtkan sebahgian sahaja.ustaz kan belajar tentang kaedah nk menetapkan suatu hukum. 
 
saya sedar tentang hukum riba dalam ins konvensional tp kini MCIS telah ada panel shariah dn prodk yg tiada kenakan riba.ustaz jgn jadi ustaz yg tahu menharamkan sesuatu tanpa kaedah yag betul. apakh ustz lupa tentg beberapa kaedah fiqh yg ustaz lebih tahu dri saya. 
 
soalan saya 
 
1) apakah membuat ins investment link dana shariah dlm ins konv adalah juga haram sedgkan ada panel shariah 
 
2) adakah apabila kita menjual produk ins konvensional bkn i-link mksud sya trditional lalu kita mengajar client agr tidk membayar hutang apabila dia keluar duit juga tidak halal. 
 
ustaz adakah ustaz benar2 arif tentang semua ini....? 
 
UZAR : Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majma Fiqh Sedunia adalah insuran konvensional adalah haram.  
 
MCIS tidak termasuk dalam senarai penyedia Insuran Islam atau Takaful oleh Bank Negara Malaysia. Tidak puas hati?. Pergi lapor kat Bank Negara dan pertikaikan kenapa MCIS tak termasuk dalam senarai penyedia Takaful yang halal. 
 
Juga jangan lupa pergi pertikai di Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga Majma Fiqh Islami. Bukan di web ini. 
 
Saya tidak beri fatwa, saya hanya beri pandangan saya berdasarkan apa yang diterangkan oleh beberapa ustaz yang bekerja dgn MCIS dulu. Jika sekarang MCIS dah ubah kaedah, itu mereka kena istihar dan minta pengesahan panel Syariah BNM. 
 
Kalau tak puas hati juga, sila tekan button x kecil di hujung atas web ini.
 
» Reply to this comment...
» See all 4 replie(s)

Posted by Shahmuzir, on 14-12-2008 12:23, IP 124.82.84.117, Guest
10. Jawapan TISB
Terima kasih ustadz atas feedback ustadz melalui emel yg saya berikan. Kita sama2 doakan agar perjuangan kita untuk mengelakkan manusia dari terjerumus ke insurans konvensional & perbankan konvensional diberi ganjaran oleh ALLAH. 
 
Alhamdulillah :)
 
» Reply to this comment...

Posted by KADKDSS, on 30-11-2008 12:25, IP 124.13.233.33, Guest
11. Memperkemaskan Pemahaman Saya
Assalamulaikum Uzar 
 
Tujuan saya menulis ini adalah kerana saya tertarik pada satu perenggan ayat yang tuan tulis bagi topik diatas.Ayat itu adalah "Adapun, komisyen bagi ejen-ejen Takaful dan Unit Trust bagi apa yang mereka usahakan sendiri, adalah HALAL". 
 
Sebagai salah seorang ejen Takaful,komisyen adalah sumber pendapatan saya hasil dari usaha saya mendapatkan peserta bagi pelan-pelan simpanan,perlindungan & pelaburan yang direka oleh Pihak Syarikat.Dalam isu komisyen ini saya telah dijanjikan oleh Pihak Syarikat akan menerima komisyen berdasarkan peratusan tertentu dan untuk beberapa tahun tertentu dan berdasarkan terma & syarat tertentu bagi setiap kes yang berjaya saya kendalikan.Disamping itu pihak syarikat juga akan memberi bonus-bonus tambahan seandainya saya dapat memenuhi beberapa kriteria serta berlandaskan terma & syarat yang telah Pihak Syarikat tetapkan. 
 
Mengikut prinsip Islam pula.Bagi sekali pekerjaan yang kita lakukan,kita dikira layak menerima sekali upah.Jadi soalan saya ialah adakah komisyen yang saya terima berlandaskan peratusan tertentu dan untuk beberapa tahun tertentu dan bonus tambahan yang dijanjikan itu tadi dikira hasil usaha saya dan HALAL.Contoh si A berminat menyumbang didalam salah satu pelan yang disediakan oleh Pihak Syarikat pada bulan November 2008.Jadi saya akan menerima komisyen bermula bulan December 2008 hingga November 2013.Atau hanya komisyen bulan December 2008 yang mana kes peserta berjaya saya kendalikan tadi dikira HALAL dan komisyen dan bonus tambahan selainnya dikira HARAM
 
Diharap pihak tuan dapatlah kiranya mengulas isu yang saya utarakan tadi kerana bagi saya tuan adalah badan bebas dan tidak terikat dengan Pihak Syarikat yang saya sertai(jawapan lebih seimbang) agar dapatlah memperkemaskan pemahaman saya supaya tidaklah nanti saya akan menjadi orang yang 
:grin : BeRsuka-ria didunia 
:cry : Berduka-duka diakhirat 
 
Terima Kasih.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Shahmuzir, on 28-11-2008 02:04, IP 124.82.89.46, Guest
12. Overiding...
Assalamu'alaikum... 
 
Alhamdulillah, terima kasih ustadz atas keprihatinan ustadz ttg upah yang para ejen perolehi, terutama oleh para pengurus yg menikmati overiding. 
 
Saya harap ia telah disemak oleh panel pengawasan syariah syarikat takaful, kerana saya secara peribadi pernah juga mempersoalkan perkara ini. 
 
1. 
Apa yg saya nampak, pemberian overiding ini adalah berdasarkan sales kumpulan. Setiap ejen di dlm kumpulan ejensi yang membuat sales, upahnya diberi oleh pihak takaful. Setiap sales ejen dikongsi sbg contoh ejen yg buat sales dapat 10%, dan pengurusnya mendapat 2%. Ini adalah pemberian syarikat kpd pengurus2 atas komitmen mereka menjaga hal-ehwal ejen2 mereka. 
 
Pada saya ia nampak OK, jika kedua2 ejen dan pengurus terlibat secara langsung dengan sales tersebut. Tetapi, bagi pengurus yang tidak terlibat secara langsung, bagaimana dia boleh memperolehi overiding itu pula. Apatah lagi jika pengurus itu pula tak pernah ambil kisah hal-ehwal anak buahnya... 
 
2. 
Berkenaan overiding berkali2 pula, saya nampak ia lebih kepada praktis umum dan kontrak antara syarikat dengan pihak ejensi. Maknanya selagi ejen dibayar upah oleh syarikat takaful disebabkan oleh sales tersebut, selagi itulah upah turut dibayar kpd pengurus ejensi. 
 
Apa komen ustadz? OK ke macam tu?  
Sure ruangan yg sempit ni tak sesuai utk diperhalusi, kan... 
 
 
Perbincangan berkenaan hal ini wajar diambil perhatian oleh pihak2 berkaitan bagi memastikan upah yg mereka terima bukan 95%, bukan 97%, bukan 99% suci. Tapi 100% suci dan berkat, kerana mereka telah pun berusaha memperkembangkan muamalah Islami dengan sungguh2. 
 
InsyaALLAH ustadz, saya akan cuba ajukan persoalan ini kepada pihak syarikat yg saya wakili. 
 
SHAHMUZIR NORDZAHIR 
http://www.takafulonline.net
 
» Reply to this comment...

Posted by altaaf, on 27-11-2008 22:05, IP 60.48.58.150, Guest
13. takaful islam, ejen kurang islam
salam..ni saya nak tujukn kepada semua ejen, korang dah jual islamic insuran(takaful), mmg bagus..tapi ada diantara korang yg duk sibuk close kes, lupa nak solat, kalau solat pun 10minit lagi nak tamat waktu..kencing pn b'diri kat toilet.makan samabil berdiri n guna tangan kiri..pastu bila duk cakap pasal agama, bukan main hebat, kalah UZAr :grin .. 
 
pastu ni utk ejen prubsn, korang bila org islam @ bukan islam nk beli insuran konvensional, korang jual jugak.pastu guna duit buat belanja member,nafkah family.pastu buat gi haji..pergi la haji 5kali pn, tp kalu dgn duit haram tu, pasti xdtrima Allah..ni semua aku dah lihat depan mata aku sendiri..jd wahai ejen takaful n takaful pru bsn, amanah n jujurlah kamu dalam bisness korang, ingatlah Allah yang sentiasa meleihat kita smua..nanati jngan gara2 nak kaya, kat padang mahsyar nnt, kantoi
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Muhammad Ooi Teong Keat, on 21-11-2008 17:28, IP 194.80.178.1, Guest
14. ...
Salam. 
 
lawak betul. soal overiding dlm takaful jadi pertikaian. apa kata...bagilah satu benda cadangan / penyelesaian?  
 
( deleted ) 
 
UZAR ; Dah lawak, justeru elokla saya delete je lawak-lawak dari sdr pula. 
 
jalan penyelesaiannya adalah buat musharakah untuk settlekan masalah overridding. 
 
ada setengah pihak cdg buat ju'alah. 
 
details, kaji sendiri dengan pengurusan anda 
 

 
» Reply to this comment...

Posted by Ali Adin, on 17-11-2008 05:44, IP 203.82.67.205, Guest
15. ...
:)  
Salam. Terima kasih semua yang sedia memberi bimbingan ilmu di sini. Dapatlah sedikit ilmu mengenai selok belok planlulus insuran dan takaful.
 
» Reply to this comment...

Posted by mat sabung, on 11-11-2008 01:24, IP 89.194.128.45, Guest
16. ...
Salam..." UZAR : DALAM ISLAM, SEKALI KITA BEKERJA, SEKALI KITA DAPAT UPAH ATAS KERJA.. " sy sokong kenyataan UZAR tu.sy kerja freelance photographer.setiap kali ada assignment, ada la rezeki masuk.w/pon tk bnyk tp syukur sb hasil penat lelah ambil gmbr ,client pn setuju byr dgn hrga yg dipersetujui.tkde overriding commision, mlm jauh sekali.mmg penat kena pikul bag yg penuh dgn peralatan kamera,tk kira siang mlm tp puas..
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Dali, on 09-10-2008 21:22, IP 194.80.178.1, Guest
17. ...
Saya nak kongsi ckit tentang cth UZAR berkaitan kerja sekali dapat komisen berkali-kali ttg overiding. Adakah cth guru ajar anak murid, bila mrd dah bekerja `patut guru yang mengajar dapat komisen`.  
 
Sebenarnya guru dapat gaji/upah/komisen selagi dia bertugas mengajar anak muridnya.Maknanya, selagi ada anak murid dalam bilik darjah, kuliah, boleh berkomunikasi sesamanya, layaklah ia dapat pendapatan. Kalau nak ikutkan , kalau dah ajar, tapi murid tu masih tak boleh membaca, menulis, mengira, tak payahlah bagi upah kat cikgu tu.  
 
Kalau mrd tsb dah bekerja, guru masih dapat ganjaran juga dari segi ilmu, amal jariah yang dimenafaatkan, bukan wang ringgit. Betul? Ada yang kita bekerja sekali tapi pendapatan berterusan seperti menanam pokok kelapa sawit.  
 
Sprt kata UZAR sekali kerja, sekali upah. Maka sekali menanam, patut sekali pokok itu berbuah sajalah yang layak kita ambil buahnya.ATAU kalau 3 tahun kita jaga, 3 tahun sajalah kita boleh makan hasilnya.TTG overiding ni, saya kira wag tiu bukan dipotong drp agen. Tetapi memang sykt dah sediakan untuk bayar lebih sebb mengenangkan tanda terima kasih skt kepada pak UM dan AM tadi. Lagipun mereka masih satu bumbung . UM dan AM pula dah bersusah payah membentuk, merekrut mereka, maka selagi ia dalam satu pasukan, sykt berilah ganjaran seperti dlm kontrak. Macam org bertanam buah, susah payah berusaha, merancang, membina, melaksana dan lain-lain usaha lagi, bila pokok tu dah berbuah, berhasil, jadi ia menikmatilah musim buah-buahan mungkin selama 25 tahun atau lebih wal hal dia tanam pokok tu mungkin pakai campak biji je. Tak pernah berbaja.  
 
Minta Maaf banyak-banyak UZAR, bicara saya yang dangkal ilmu ni. Pakai logik je. Wassalam.. 
 
UZAR : Terima kasih tapi perbandingan pokok yang dijaga maka dapat untung selagi mana jaga, dengan downline yang dijaga maka sebab tu upline dapat untung, bagi saya adalah kurang tepat. 
 
kerana : 
 
1)aqad antara upline dengan downline berbeza dengan pokok dan tuan pokok yang bersifat pemilikan penuh. Upline tida miliki downline mahupun bisnes yang dibuat oleh downline, kecuali jika aqad muskarakah ke contohnya di buat. 
 
2)Anda kata upah diberi oleh syrikt, masalah isu pokok tadi berbeza krn ia dtg dari pokok tu sendiri. 
 
dan banyak lagi bezanya..yang saya tida cukup masa utk menaipnya di sini.
 
» Reply to this comment...

Posted by haqqihuda, on 08-10-2008 01:22, IP 194.80.178.1, Guest
18. ...
assalamualaikum. 
saya berpengalaman menjadi ejen takaful selama 3 tahun. pandangan saya, pertamanya , seseorang yang ingin menjadi ejen takaful itu mestilah mempunyai ilmu pengetahuan tentang pengendalian operasi diantara takaful dan insuran.terdapat perbezaan yang ketara.seperti yang telah dijelaskan.ternyata takaful itu halal dan insuran itu haram.dan para ejen perlu tahu tentang mengapa takaful itu halal dan mengapa pula insuran itu haram. bagi saya,jika kita faham perkara ini.kerja seorang ejen takaful bukan kerja mudah.ia merupakan sebagai suatu kerja dakwah .itulah tanggungjawab yang perlu dipikul.menyedarkan masyarakat tentang kebenaran dari sudut muamalat..soal komisyen,itu perkara kedua.jika seseorang ejen takaful itu dapat merasakan tanggungjawabnya sebagai pendakwah itu ada.insyaallah allah akan kurniakan rezeki.mengapa saya nyatakan ejen takaful itu sebagai pendakwah? bukankah kerja mengajak manusia kepada yang makruf dan menninggalkan yang mungkar itu satu kewajipan.mungkin ramai yang menyatakan itu kerja ustaz atau ustazah.tetapi kita kena paham.tidak semua ustaz dan ustazah itu mahir dalam semua perkara.kita yang mahir tentang muamalat islam ini.kenalah bantu mereka. wallahua'alam. :grin
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Ahmad Razali Surib Jr, on 08-10-2008 01:11, IP 194.80.178.1, Guest
19. ...
En Alang, just for your information....ada syarikat takaful yang berteraskan SATU LEVEL saja iaitu SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA (ia merupakan syt takaful paling pioneer,terawal,paling besar fund,paling lama menapak di Malaysia,punyai produk yg hebat).....TETAPI, sebab komisennya hanya 8% berbanding dgn syt lain yg menawarkan 55% maka ejen TAK PANDANG Syt Takaful Malaysia,mereka lebih melihat pada KONSEP OVERIDDING untuk berjaya dalam hidup,kerana kebanyakan Ejensi Manager berusia 45 tahun keatas dan PENAT,LETIH,TAK BERDAYA nak buat sales setiap hari,maka mereka harapkan bisnes dari ejen ejen mereka untuk mereka terus hidup.........harap maklum) :)
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Alang, on 04-10-2008 16:28, IP 84.67.207.205, Guest
20. ...
Saudara semua, kalau byk sangat level ni mewujudkan banyaknya persoalan, subahat dan kecelaruan ada baiknya kita join yang 'single level'. 
Dalam Islam benda yang halal dan baik lebih banyak Allah ciptakan berbanding ngan yg Haram. 
Lu pikirla sendiri ; kata Nabil.
 
» Reply to this comment...

Posted by addi JB, on 02-10-2008 00:19, IP 84.71.80.120, Guest
21. ...
sbb itu adalah lebih baik jika niat mahu bekerja bersama-sama,bentuklah satu kumpulan dan syarikat kecil.sbb prinsip downline ni semua hanya kearah 1 dari 10 yang benar-benar menjadi dan untung.sedang yang lain menguntungkan yang satu.
 
» Reply to this comment...

Posted by Din, on 28-09-2008 16:51, IP 84.71.80.120, Guest
22. ...
UZAR: 
ATCUALLY MERKEA BOLEH UBAH KPD YG LEBIH TIDAK SYUBHAT..IAITU JADIKAN SETIAP EJENSI MANAGER DAN DOWNLINE SBGI MUSHAKARAH KE , JADINYA IA AKAN MENJADI SEPERTI SATU SYARIKAT KECIL DAN DOWNLINE SEBGI PEKERJA YANG TURUT AKAN PEROLEH UNTUNG, DEMIKIAN JUGA ORANG ATAS YANG BERTINDAK SELAKU OWNER KEPADA SYARIKAT DAN LAIN-LAIN KONSEP LAGI.  
 
 
Mohon UZAR perjelaskan perkara diatas, mungkin d dalam artikel keluaran akn dtg. MOga kta sama2 m'dpt manfaat. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamba&Khalifah, on 22-09-2008 05:58, IP 90.240.24.75, Guest
23. ...
Salam 
 
Saya suka nak bagi komen pada prubsn. Perkara utama kat sini, insurans telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Malaysia pada tahun 1974. Jadi, tidak perlu di hujahkan lagi tentang insurans ini, sebab belum ada perubahan fatwa yang mungkin mengatakan ia telah jadi harus. Jadi atas dasar fatwa yang mengatakan insurans itu haram, menjual insurans juga menjadi suatu pekerjaan yang haram dan pendapatan dari pekerjaan tsb juga haram. Fullstop! 
 
Jika anda agen Prubsn, juallah produk takaful sahaja, tinggalkan insurans. Sebabnya, dgn adanya takaful di dlm product line anda sendiri, menjadi kesalahan besar jika anda masih berdegil ingin menjual insuarns. Bagi agen spt anda, tidak ada alasan langsung untuk anda terus menjual insurans kerana takaful telah ada dlm product line anda. Saya tidak mahu mengatakan dosa, kerana itu antara anda dgn Allah. Tetapi menjual sesuatu yang haram,sedangkan anda punya pilihan yang halal, anda sebagai orang Islam perlu faham sendiri apa hukumNya. 
 
Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 275-279 antara lain menyebut "...Tinggalkan sisa-sisa riba jika kamu benar-benar beriman..." 
 
Semoga kita semua mendapat hidayahNya. Amin.
 
» Reply to this comment...

Posted by hisham., on 19-09-2008 23:31, IP 81.79.146.30, Guest
24. ...
overriding adalah anugerah dr syarikat..dlm unit amanah overriding telah khas peratusannya kepada usaha dia merekrut dan mengadakan macam motivasi dlm berbagai perkara dlm melibatkan wang..cnth saya dapat overriding 1% dr jual orang bawah saya..kalau duit tak halal..dah duit itu nak hantar kemana..baitulmal?  
 
cnth lah saya pergi ke sebuah kedai..kedai makan katakan,makanannya sedap.saya balik cerita pada kawan,keluarga,sahabat handai,mereka pergi dan balik dan buat seperti apa yg saya buat.  
 
Kedai itu dapat pedapatan dgn iklan atau rekemen dr saya dan kawan2 yg lain..secara tidak sengaja. 
saya telah menghabiskn wang ringgit utk memperkenalkan UT pada pelanggan dr segi perbelanjaan makan,petrol,parking, bil telefon,tebal muka nak cari rezeki,penat lagi.. 
 
tiba syarikat anugerah komisyen overriding saya tolak,duit dr syarikat bukan dr poketnya..kerja merekrut pelabur dan agen saya dan menjaga mereka seperti menatang yg penuh..sebagai ketua saya mesti memberi motivasi pd mereka setiap masa,syarikat x peduli itu semua..itu profesionalisma saya..WA 
 
UZAR : TAK PE LAH..ANDA NAK TERUS PUN TERUSKANLAH..ASALKAN ADA PENASIHAT SYARIAH YANG DAH LULUSKAN. JANGANLAH DUK RISAU SANGAT DENGAN PANDANGAN SAYA, 
 
1) 1% DUIT TU JIKA TAKBAGI PADA UPLINE NAK BAGI SIAPA??. ITU TIDAKLAH MENJADI ISU DALAMHAL INI.. YANG MENJADI ISU ADALAH MENGAPA 1 % ITU SENTIASA DIMILIKI OLEH UPLINE DAN APAKAH DASARNYA ATAU KONTRAKNYA DALAM ISLAM. ITU SAJA. 
 
2) CONTOH ANDA MAKAN DI KEDAI SEDAP DAN KEMPEN SUKARELA..TIDAK TERPAKAI DALAM HAL OVERRIDING, KERANA SETIAP ORG YANG DTG KEDAI TU KATALAH RESTAURANT BAGI ANDA 1 %..IA HALAL.. SEBAB KONTRAK UPAH WAKIL MACAM BROKER.. 
 
TAPI ADAKAH KALAU ESOK LUSA TULAT LANGKAT CUSTOMER TU DATANG LAGI, ANDA AKAN DAPAT LAGI 1 % ..IAITU SETIAP KALI DIA DATANG? INILAH MASLAHANYA, BUAT KERJA SEKALI TAPI DAPAT BANYAK KALI..MEMANG BENAR ANDA GUNA BIL TELEFON , KERETA, PETROL DAN LAIN..TAPI ITU SEKALI SAJA DAN UPAHNYA ADALAH 1% YANG PERTAMA..SO MENGAPA YANG KEDUA KETIGA DAN KEEMPAT PUN MASIH DAPAT? APA LAGI KERJA YANG ANDA BUAT ?.. 
 
ITU SAJA ISUNYA..NAMUN TEPULANG KEPADA ANDA ..SAYA BUKAN MUFTI..NAK TOLAK PUN TIDAK MENGAPA, NAK TERIMA PUN TERPULANG...SAYA TIADA KEPENTINGAN APA-APA PUN DAN TIADA RUGI APA PUN.
 
» Reply to this comment...

Posted by prubsn, on 17-09-2008 16:27, IP 81.79.146.30, Guest
25. ...
assalamualaikum..saya merupakan ejen prudential bsn takaful..pada pendapat saya berkenaan dengan komisen ejen insurans sepatutnya tidak perlu diragukan kerana mereka mendapat uapah hasil daripada titik peluh mereka..tambahan pula kalau nak dikira komisen hanya diperolehi dalam tempoh 6 tahun pertama dan selepas itu perkhidmatan ejen FOC..takde komisen yang dapat..lgpun menjadi ejen bukan perkara mudah kerana untuk mendidik anak bangsa melayu mengenai kepentingan insurans bukan senang..berkenaan dengan overriding agensi manager pula..saya berpendapat isu ini tak boleh disamakan dengan MLM..dalam sistem MLM apabila sudah mencapai beberapa peringkat manager tak perlu nak buat pape lansung sbb duit datang trus dari orang bwh..tp dlm insurans pula..manager berperanan untuk memastikan setiap ejen produktif di samping dapat memberi perkhidmatan yang baik...malah manager memegang tanggungjawab untuk memastikan setiap ejen tidak menyalahi etika ejen insurans dan berhak untuk memohon kepada company untuk menamatkan kontrak mana2 ejen yang tidak beretika..itu sahaja...sekian wassalam.. :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by Kamal Hasan, on 17-09-2008 02:21, IP 81.79.146.30, Guest
26. ...
Assalamualaikum, Ustaz. 
Saya merupakan bekas agen konvensional selama 5 tahun dan telah sedar tentang kesilapan lalu. Persoalannya, komisen syarikat lama masih lagi ada dan saya terpaksa menggunakannya kerana penghijrahan saya bermula daripada '0' dan terpaksa menggunakannya kerana ekonomi saya terhad. Apakah nasihat ustaz. Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by nilam, on 16-09-2008 12:16, IP 81.79.146.30, Guest
27. ...
Assalamualaikum , terima kasih ustaz. Saya ada 3 soalan lagi. 
 
1. Buat masa ini jika ada overriding comission apa yang perlu saya buat dengan duit tersebut?(komisen tersebut akan dapat secara automatik) 
 
2. Bolehkah kita menjual saham amanah @ insurans konvensional kepada bukan islam (atas permintaan pelanggan)? Bagaimana pula dengan komisen yang kita terima? 
 
Saya ingin bertemu dengan ustaz untuk minta tunjuk ajar. Bagaimana caranya? 
 
Terima kasih, assalamualaikum
 
» Reply to this comment...

Posted by nilam, on 15-09-2008 19:45, IP 81.79.146.30, Guest
28. ...
Assalamualaikum ustaz, 
 
Perlukah saya berhenti dari jadi ajen takaful disebabkan ada overidding commission ini? 
 
UZAR : WALLAHU'ALAM..KALAU JAWATANKUASA SYARIAH DAH BINCANG MENDALAM DAN LULUSKAN, THEN BOLEHLAH IKUT FATWA MEREKA.  
 
NAMUN, 'SETAKAT INI' SAYA ADA SEDIKIT BERBEZA PENDAPAT DENGAN MEREKA. MUNGKIN AKAN DATANG SAYA BERPANDANGAN SAMA DENGAN MEREKA, TAPI BUAT MASA INI NAMPAKNYA TIDAK SAMA. 
 
NAMUN TIADALAH SAYA MENGANGGAP PENDAPAT SAYA PASTINYA BENAR DAN MEREKA SILAP.. 
 
TAPI JIKA ANDA TANYA SAYA, SUDAH TENTULAH SAYA LEBIH YAKIN DENGAN PENDAPAT YANG SAYA PEGANG. JIKA SAYA TIDAK LAGI YAKIN MESTILAH SAYA AKAN SAMA PENDAPAT DENGAN MEREKA. 
 
HARAP TIDAK PENING PULA YE... 
 
ATCUALLY MERKEA BOLEH UBAH KPD YG LEBIH TIDAK SYUBHAT..IAITU JADIKAN SETIAP EJENSI MANAGER DAN DOWNLINE SBGI MUSHAKARAH KE , JADINYA IA AKAN MENJADI SEPERTI SATU SYARIKAT KECIL DAN DOWNLINE SEBGI PEKERJA YANG TURUT AKAN PEROLEH UNTUNG, DEMIKIAN JUGA ORANG ATAS YANG BERTINDAK SELAKU OWNER KEPADA SYARIKAT DAN LAIN-LAIN KONSEP LAGI. 
 
PANJANG CERITANYA.. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by A. Hadi Yusof, on 15-09-2008 19:15, IP 81.79.146.30, Guest
29. ...
Saya ingin minta komen Uzar menggenai penerangan En. Norshahrin kerana setahu saya Syarikat Takaful di Malaysia ini ada Panel Syariah mereka sendiri yang terdiri daripada orang alim dalam fekah, atau ..........Uzar hanya membuat kesimpulan sendiri?
 
» Reply to this comment...

Posted by jauzie, on 15-09-2008 06:18, IP 81.79.146.30, Guest
30. ...
disetiap kelas latihan Takaful, mereka TARGET kereta besar,Rumah Besar dan Kekayaan dan bukannya menceritakan perihal menjaga kebajikan pelanggan khususnya (kalau ada pun 10% saja, manakala 90% lebih menceritakan perihal kekeyaan DUNIAWI)...lebih kurang sama je cgn target geng konvensional punya...Saya memang cukup setuju dgn pndgn sdr Mahadhir Shukor.Majoriti businessman sekarang ni bukan mengambil kira sangat tentang halal dan haram. Kekadang ada majlis Penasihat Syariah tu sbg dummy je.
 
» Reply to this comment...

Posted by Hj Mohideen, on 15-09-2008 05:54, IP 81.79.146.30, Guest
31. ...
En Shahrin....Kalau kita tengok perkembangan terkini dalam industri Takaful,80% ejen takaful malaysia(TM) telah menyertai Takafull Ikhlas dalam tahun ini saja (ini adalah kerana komisen di TM hanyalah 8% berbanding dgn TI yg menawarkan 55% kpd Ejensi Manager)daripada struktur komisen ini kita tahu APA YANG EJEN INGINKAN........drp sinonim ini saja kita tahu apa yang ditawarkan oleh teori 3 level ini (ejen,Unit Manager dan Ejensi Manager)....En Shahrin patut tanya "orang Neutral" dan bukannya mereka dikalangan syt Takaful Ikhlas (tentu tidak manis jika mereka kondem perkara yg sebenar).....kerana mereka makan gaji,harap faham
 
» Reply to this comment...

Posted by norshahrin, on 13-09-2008 23:31, IP 81.79.146.30, Guest
32. ...
Saudara Mahadhir Shukor (INCEIF), 
 
Itu adalah jawapan syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd kepada saya apabila saya bertanya mereka mengenai perkara yang UZAR bangkitkan. Itu bukanlah pandangan peribadi saya. Saya tidak semestinya setuju dengan pandangan Takaful Ikhlas itu. 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by muhammad, on 13-09-2008 18:17, IP 81.79.146.30, Guest
33. ...
salam kaifahal ya ustaz ? di sini sy tk mau komen tapi sy nk tny ckit tntg cm ne hukum bg org yg m,gunakn sisitem multilevel(M.L.M) dlm bisnes mereka... w,slm..
 
» Reply to this comment...

Posted by Mahadhir Shukor (INCEIF), on 13-09-2008 17:47, IP 81.79.146.30, Guest
34. ...
Saudara Norshahrin (Takaful Ikhlas) 
 
Sila rujuk komen Uzar...."DALAM ISLAM, SEKALI KITA BEKERJA, SEKALI KITA DAPAT UPAH ATAS KERJA..  
 
BUKAN SEKALI KERJA ( TUNJUK AJAR THEN DAPAT KOMSIYEN BERPULUH KALI ..KALAU BEGITU SEORANG PENSYARAH LAYAK DAPAT KOMSIYEN SETIAP KALI ANAK MURID DIA TAMAT BELAJAR DAN BEKERJA ..SETIAP BULAN EX ANAK MURID MESTI BERI KOMISYEN..ADAKAH ADIL DEMIKIAN ?? " 
 
Harap tuan Shahrin faham maksud saya.Sila tanya diri tuan sendiri, 
1) Adakah tuan jumpa Ejensi manager tuan setiap hari, 
2) Adakah beliau memberi tunjuk ajar setiap hari, 
3)Adakah beliau bertanya khabar tentang keluarga tuan setiap hari......jawapannya TIDAK ! perlu diketahui bahawa semua latihan yg diberi oleh Ejensi Manager anda hanya sebagai syarat saja untuk elak orang mengata......(Cuba tuan sendiri lihat dan buka minda tuan, TAHUKAH TUAN disetiap kelas latihan Takaful, mereka TARGET kereta besar,Rumah Besar dan Kekayaan dan bukannya menceritakan perihal menjaga kebajikan pelanggan khususnya (kalau ada pun 10% saja, manakala 90% lebih menceritakan perihal kekeyaan DUNIAWI) .............RUKAMUSANNYA KAMI SETUJU DGN KOMEN UZAR
 
» Reply to this comment...

Posted by norshahrin, on 12-09-2008 08:45, IP 81.79.146.30, Guest
35. ...
Ini adalah jawapan Takaful Ikhlas apabila saya bertanyakan tentang persoalan yang Ustaz bangkitkan. Mungkin Ustaz boleh ulas sikit. Terima kasih. 
 
"Komisyen adalah salah satu daripada bentuk upah ke atas sesuatu kerja yang dilakukan. Dalam konteks TISB komisyen adalah datangnya daripada aplikasi kontrak Wakalah (samada upah kepada TISB atau kepada ajen). Upah atau komisyen dalam kontrak Wakalah adalah suatu yang diharuskan oleh Syara'. Rasulullah s.a.w. pernah mengutuskan pegawai (pekerjanya) untuk menerima zakat dan diberi upah (al-Talkhis al-Habir, Jil. 1, hlm. 176, 251, 271). Sebagai wakil yang dibayar upah,beliau hendaklah melaksanakan tugas yang diberikan tersebut dengan baik dan tidak mengabaikannya.  
 
Dalam Islam upah dibayar sebagai balasan kepada kerja dan tanggungjawab yang dilaksanakan dan Rasulullah s.a.w sangat memusuhi sesiapa yang tidak membayar upah kepada pekerjanya apabila dia telah menyiapkan kerja yang telah diamanahkan,sabda baginda,maksudnya " Daripada Abi Hurairah r.a daripada nabi s.a.w baginda bersabda "Aku memusuhi tiga golongan pada hari Qiamat.....seorang lelaki yang mengupah seseorang melakukan kerja dan tiada tidak membayar upahnya" (HR.Bukhari Bab Ijarah "Kesalahan Tidak Membayar Upah Pekerja").  
 
Dalam konteks TISB seseorang ejen mempunyai tugas dab tanggungjawab yang perlu dia laksanakan dan diatas tugas dan tanggungjawab tersebut TISB akan membayar komisyen(upah) yang setimpal dengan kerja yang dilaksanakan. Cara pengiraan komisyen seperti yang digunakan oleh TISB adalah berdasarkan peratusan tertentu dan ianya telah ditentukan daripada awal. Namun dalam Islam komisyen/upah boleh ditentukan daripada awal atau jika tidak ditentukan maka boleh mengikut apa yang dipraktikkan industri (Dr.Wahbah Al Zuhaili,Al Fiqh Al Islamiy Wa Adillatuh).  
 
"Overriding commission" hakikatnya adalah sama dengan upah seperti yang dibincang diatas.Definisi "Overriding commission" seperti yang Ust.Zaharuddin sebut dalam artikelnya adalah lebih kepada kaedah bagaimana "overriding" itu dikira. Dalam hal ini untuk memastikan pembayaran "overriding" itu mematuhi Syariah atau tidak ia perlu dilihat apakah asas atau kenapa AM atau UM itu berhak untuk mendapatkan "overriding commission". Seperti yang dijelaskan di atas dalam Islam, seseorang itu berhak mendapat upah apabila ada kerja atau tanggungjawab yang perlu dia tunaikan atau laksanakan. Dalam konteks ini AM dan UM seperti yang termaktub dalam kontrak mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab yang jelas yang perlu ditunaikan oleh mereka seperti perancangan, latihan, bimbingan dan sebagainya. Pendek kata mereka bertanggungjawab memastikan ajensi mereka berjalan lancar dan mencapai prestasi yang baik dalam semua aspek. Mereka bertanggungjawab secara terus keatas semua yang bernaung di dalam ejensinya. Dan mereka berupa satu entiti yang saling mengenali dan boleh berhubung diantara satu sama lain. Tidak timbul menzalimi mana-mana pihak dalam hal ini. Ini kerana "Overriding commission" yang dinikmati oleh AM dan UM bukannya diambil daripada bahagian komisyen ajen tetapi ia adalah tambahan kepada komisyen tersebut dimana secara total komisyen yang TISB bayar termasuk "Overriding commission" ialah untuk tahun pertama sebanyak 55% (35% ajen, 13% OR UM dan 7% OR AM).  
 
Hal ini berbeza sama sekali dengan sistem MLM. Dimana 'uplines' adakalanya tidak mengenali langsung 'downlines'nya dan tiada sebarang bentuk tugas dan tangungjawab secara langsung yang dimainkan oleh mereka.  
 
Untuk makluman,hal ini telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Syariah sendiri samada di peringkat pengendali takaful mahupun diperingkat pihak BNM."
 
» Reply to this comment...

Posted by zufar04, on 11-09-2008 17:10, IP 81.79.146.30, Guest
36. ...
saya cadangkan kita carilah kerja yg menggunakan tulang empat kerat kita....cth berternak,berkebun,bertani dan sebagainya....x payah lah kita terlibat overidding tu....so berbaloi lah dgn titik peluh kita tu....salam 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by shahrul firdaus, on 10-09-2008 16:44, IP 81.79.146.30, Guest
37. ...
terima kasih atas penjelasan uzar.buat pengetahuan, saya merupakan salah seorang agen amanah saham syariah. dengan pendedahan sebegini, sedikit sebanyak saya tahu mengenai hukum dan pandangan uzar. ia banyak membantu. wassalam... :)
 
» Reply to this comment...

Posted by abufathi, on 10-09-2008 16:01, IP 81.79.146.30, Guest
38. ...
Menurut rakan saya yg bekerja sbg unit manager & Ejensi manager, overridding komisyen yg diterima dari bisnes downline itu merupakan upah/gaji yg diperolehi di atas tunjuk ajar, latihan, consultation, monitoring, motivasi yg telah mereka berikan kpd downline masing2. Mohon pandangan UZAR adakah tindakan ini juga termasuk dalam kategori usaha sendiri? 
 
UZAR : DALAM ISLAM, SEKALI KITA BEKERJA, SEKALI KITA DAPAT UPAH ATAS KERJA.. 
 
BUKAN SEKALI KERJA ( TUNJUK AJAR THEN DAPAT KOMSIYEN BERPULUH KALI ..KALAU BEGITU SEORANG PENSYARAH LAYAK DAPAT KOMSIYEN SETIAP KALI ANAK MURID DIA TAMAT BELAJAR DAN BEKERJA ..SETIAP BULAN EX ANAK MURID MESTI BERI KOMISYEN..ADAKAH ADIL DEMIKIAN?
 
» Reply to this comment...

Posted by rinhane, on 09-09-2008 19:18, IP 81.79.146.30, Guest
39. ...
socso merupakan insurans yang diwajibkan oleh pekerja.Apabila kemalangan berlaku, adakah pampasan yang diterima haram?  
 
UZAR : JIKA DAH DIWAJIBKAN, MAKA IA SUDAH DI LUAR KEMAMPUAN..DAN APA YANG DI LUAR KEMAMPUAN MAKA IA MENJADI HARUS KRN KEPERLUAN YANG DIWAJIBKAN KE ATAS KITA.
 
» Reply to this comment...

Posted by ajeez, on 09-09-2008 18:58, IP 81.79.146.30, Guest
40. ...
Assalamualaikum... 
 
1)berkaitan dgn overriding commission, dlm MLM pun saya rasa ada berlaku.  
2)Macammana dgn MLM Syariah utk mempromosi produk halal bagi kepentingan Ummah, adakah konsep MLM Syariah ini memuaskan hujahnya (dibolehkan atau halal) utk kita menceburi bidang MLM Syariah. 
3)Ada tak hujah2 drpd ulama' besar mengenai MLM Syariah ni? TQ
 
» Reply to this comment...

Posted by jauzie, on 08-09-2008 18:21, IP 81.79.146.30, Guest
41. ...
kpd agen insurans konvensional tu,insaf dan taubat le. meh sini pakat-pakat buka laman web uzar ni.
 
» Reply to this comment...

Posted by mohamad, on 08-09-2008 00:02, IP 81.79.146.30, Guest
42. ...
terimakasih atas penjelasan ustaz.selamat berpuasa
 
» Reply to this comment...

Posted by Pengurus Ejensi Takaful=Wisma, on 08-09-2008 00:01, IP 81.79.146.30, Guest
43. ...
Terima kaseh dengan penjelasan Uzar tentang Overidding Ejensi Manager yang TIDAK BUAT apa apa sekadar tunggu hasil overidding setiap bulan. 
Tetapi amat menyedihkan kerana ada Ejensi Manager yang sudah meraih pendapatatan komisen RM25,000 keatas sebulan menganggap mereka kebal kerana komisen dah besar.Jika ejen tak buat kerja mereka kata 1) Ejen Malas 2) Ejen Kurang berdaya saing 3) Ejen Tak pandai ambil peluang 4)Ejen tiada Inisiatif......tetapisegala komen dan kritikan(drp Ejensi manager ini)adalah GIMIK semata mata, kerana dengan kritikan ini akan membuat ejen makin laju menghasilkan perniagaan (sebenarnya lebih kepada menghasilkan lebihan OVERIDDING untuk Ejensi Manager)TANPA MEREKA SEDAR, kritikan mereka ini membuatkan ejen dari hari kesehari makin lari jauh daripada mereka, sehinggakan sanggup tinggalkan syarikat sedia ada dan berjuang dgn syarikat Takaful lain (seseorang ejen TIDAK DIBENARKAN menukar ejensi melainkan mendapat izin drp Ejensi Manager mereka,selalunya mereka TIDAK AKAN memberi izin sebab overidding akan lari dan TERPAKSA cari ejen baru yg lain)...............Wasalam :)
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom