Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Aqidah & Kepercayaan arrow Majlis Fatwa, Yoga dan Pertikaian
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 61 guests online
PDF Print
User Rating: / 4
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 03-12-2008 00:56
Views 6101    
Favoured 19

 

Majlis Fatwa, Yoga & Pertikaian

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Fatwa yang dikeluarkan oleh Majis Fatwa Kebangsaan akhir-akhir ini cukup mendapat  perhatian ramai, dari orang Islam kepada yang bukan Islam. Dari orang kebanyakkan kepada Perdana Menteri dan Kerabat Diraja.

masjidku.jpgSaya masih ingat ketika bertemu dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi beberapa bulan lepas. Saya mencadangkan agar beliau memberikan perhatian kepada bentuk atau teks fatwa (sighah fatwa) yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa, yang bagi saya antara punca masyarakat tidak atau kurang hormat kepada fatwa yang dikeluarkan.

"Dato', saya cadangkan agar teks fatwa yang dikeluarkan dinaiktarafkan (upgrade) iaitu dengan mengelakkan fatwa beberapa baris kepada mengeluarkan fatwa beserta kesimpulan yang disertakan penjelasan bersandar hujjah dan dalil" kata saya

"ia penting terutama di zaman masyarakat semakin terpelajar dan sering ingin melihat dan membaca sendiri apakah sandaran yang menyebabkan sesuatu keputusan atau fatwa itu dibuat"

Saya juga memberikan beberapa contoh teks fatwa yang amat baik seperti teks fatwa oleh Majlis Ulama Indonesia, Majlis Fiqh Antarabangsa dan juga Majlis Shariah Kesatuan Perakaunan dan Kewangan Islam Antarabangsa (AAOIFI).

Sebagai contoh, cuba lihat teks fatwa Majlis Ulama Indonesia yang boleh diakses oleh orang ramai ini :

Beberapa contoh fatwa Majlis Ulama Indonesia

Melihat kepada teks-teks fatwa mereka, jelas menunjukkan kesungguhan dan ketelitian Majlis Ulamanya dalam mengeluarkan fatwa. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga mungkin teliti dan terperinci dalam perbincangan mereka, namun rumusan perincian perlu dihebahkan kepada masyarakat sebagaimana yang dilakukan oleh Majlis Ulama Indonesia ini. Tanpanya, sesuatu fatwa akan kurang dihargai, malah akan kerap dipandang lekeh oleh pelbagai pihak.

Pendedahan dan kebijaksanaan, ketelelitian dalam merangka teks fatwa (sighah fatwa) adalah amat perlu kerana tentu dengannya mampu mengukuhkan keyakinan ramai selain mendidik para pelajar ilmu agama di seluruh dunia akan cara-cara mengeluarkan fatwa. Bukankah itu satu proses pembelajaran yang  amat baik.

Cuba bandingkan tels fatwa Majlis Ulama Indonesia dalam link di atas dengan kenyataan fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

Lihat teks fatwa ASB :

Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-80 bermula pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima. (rujuk )

Tiada penjelasan lanjut, hanya HARUS.full stop.

Berikut pula adalah fatwa YOGA, Alhamdulillah ia punyai sedikit huraian namun masih memberikan seribu satu macam persoalan di minda pembaca:

Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.

(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.

(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis. ( sumber )

DOUBLE STANDARD ATAU FATWA SECARA TERPILIH

Ini adalah satu isu yang sensitif namun wajar diperhalusi dan diambil perhatian oleh sidang Majlis Fatwa Kebangsaaan agar kewibawaan dan keyakinan masyarakat kepadanya tidak pudar dan jatuh.

Dakwaan double standard dan mengeluarkan fatwa secara terpilih terutamanya apabila ia melibatkan isu politik dan kepentingan pihak tertentu yang berkuasa sering dikecam oleh pelbagai kumpulan masyarakat.

Namun protes, cadangan dan pandangan yang kurang senang ini kelihatan diabaikan dan tidak diambil ‘pusing' oleh ahli majlis fatwa.

Bagi sebuah Majlis Fatwa dianggap penyelesai masalah ummat dan petunjuk bagi rakyat dalam hal ehwal agama, ketelusan dan ketegasan dalam fatwa amat amat diperlukan. Mereka perlu berdikari sebagai Majlis Fatwa Indonesia.

KESELARIAN FATWA

Keselarian pendirian majlis fatwa dengan apa jua fatwa yang telah dikelaurkan oleh mereka juga AMAT-AMAT diperlukan.

Menurut ilmu Usul Fiqh, keselarian ini amat penting malah keselarian hukum yang datang dari Allah dan Rasulnya dijadikan salah satu kaedah untuk ulama semasa dalam menentukan hukum bagi masalah-masalah baru yang timbul dalam masyarakat. [1]

Kaedah ini dinamakan "Istiqra". Atau "Istiqra tasarrufat as-Shari"

Atau meneliti sifat-sifat hukum yang ditentukan oleh Shari' ( Allah dan RasulNya)

Syeikh Ibn Asyur pernah berkata :-

فعليه أن لا يعين مقصدا شرعياً إلا بعد استقراء تصرفات الشريعة

Ertinya : "Oleh kerana itu, tidak boleh diketahui sesuatu objektif dalam sesuatu hokum shariah kecuali setelah dilakukan penelitian dan penyemakan khusus kepada (hamper semua) bentuk dan tatacara hukum syariah" [2]

Malah hal keperluan keselarian hukum lalu dengan yang terkini dapat diketahui melalui kaedah istiqra ini. Melaluinya, akan dapat difahami objektif sesuatu hukum dengan jelas dan seterusnya membantu para ulama dalam penentuan hukum seterusnya.

Namun jika fatwa-fatwa yang dikelaurkan tidak selari, ia akan mencetuskan kekeliruan umum terhadap dasar fatwa yang dikeluarkan dan targetnya.

Untuk menjelaskan lagi berkenaan keselarian fatwa contohnya begini:

Apabila Majlis Fatwa memutuskan bahawa YOGA adalah haram disebabkan boleh berlakunya kesyirikan, penyerupaan dengan upacara keagamaan bukan Islam dan lain-lain yang disebutkan di atas.

Maka masyarakat kini tertanya-tanya bagaimana pula hal-hal yang lain seperti ucapan Selamat Hari Natal atau Merry Christmas, Happy Deepavali, kongsi raya, bersanding, tepung  tawar dan pelbagai lagi yang berasal usul dari agama lain.

Apabila ia disenyapkan atau di fatwakan sebagai HARUS, sedangkan YOGA adalah haram, akan berlakulah  ketidak selarian dalam fatwa.

Ia secara automatik akan membawa pertikaian dari pelbagai kumpulan masyarakat yang akhirnya menjatuhkan kredebiliti fatwa.

Tidak saya nafikan, mungkin majlis fatwa telah pun mengeluarkan beberapa fatwa lain yang hampir serupa permasalahannya dengan YOGA seperti PENGHARAMAN SAMBUTAN VALENTINE DAY :

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa

amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam. ( Sumber : http://www.islam.gov.my )

Namun, apabila teks fatwa YOGA tidak menyebut contoh-contoh lain dalam penwartwaannya, kekeliruan akan timbul yang akhirnya menjatuhkan kredibiliti fatwa. Sebaiknya, bincangkan sekali isu-isu lain yang serupa ini selain yoga dan keluarkan fatwa sekaligus untuk semua yang mempunyai ciri yang sama.

Malah teks fatwa YOGA turut memberikan kekeliruan antara YOGA dengan mantera dan yang tidak dengan mantera dan jampi. Sekali baca fatwanya di atas kelihatan YOGA tanpa mantera adalah boleh, sekejap baca lagi macam tetap tidak boleh.

Justeru, amat wajar jika yang berwajib dapat mengelakkan pertikaian-pertikaian ( antara lainnya akibat penggunaan bahasa teks fatwa, ayat dan kandungannya) yang akhirnya menggugat nama baik Majlis Fatwa dengan bersifat lebih akademik dan professional dalam teks fatwa mereka. Bukan hanya beberapa baris ringkas seperti fatwa ASB dan malah belum cukup juga penjelasan ringkas dalam fatwa Yoga. Seeloknya disediakan hujah dan penulisan seperti yang disediakan oleh seorang wakil penulis JAKIM. [3] Saya kira, jika semua fatwa yang dikeluarkan dapat disertakan dengan bentuk lampiran sebegini serta boleh pula diakses oleh ramai, ia adalah baik dan menggalakkan.

RUANG KAJIAN SEMULA FATWA LEPAS

Pada hemat saya, adalah amat bijaksana jika Majlis Fatwa Kebangsaan memanfaatkan kewujudan para ilmuan Syariah di Malaysia sama ada di Universiti, pondok dan lain-lain instutusi pengajian tinggi yang lain. dengan menggunkan kepakaran mereka untuk meneliti fatwa yang dikeluarkan dan ditambah nilai atau dibantah secara ilmiah.

Oleh kerana mereka yang terlibat dalam pengeluaran fatwa dan kajian isu amat terhad, saya kira adalah amat wajar jika tindakan intutusi kewangan Islam gergasi seperti Dallah Al-Barakah dapat diambil kira.

Apa yang mereka lakukan adalah, setiap fatwa yang telah digazetkan oleh Majlis Syariah mereka sejak lama dahulu, kini dibuka semula untuk semakan dan pembetulan (jika perlu dan ada).

Bagi tujuan itu, baru-baru ini bertempat di Jeddah Hilton pada bulan September 2008, mereka mula memilih beberapa tajuk dan meminta pakar-pakar di luar majlis Syariah mereka untuk membentangakn kajian semula. Hasilnya, terdapat beberapa fatwa mereka yang diubah manakala beberapa yang lain kekal dan menjadi semakin kukuh. Untuk membaca beberapa kertas kerja lengkap perbincangan dan kajian semula fatwa mereka, sila buka link ini 

Semakan semula fatwa ini adalah perkara biasa dalam dunia ilmiah para ulama Islam sejak zaman silam.Imam Ibn Qayyim berkata :-

 

لا يمنعنك قضاء قضيت فيه اليوم فراجعت فيه رأيك , فهديت فيه لرشدك أن تراجع فيه الحق , فإن الحق قديم لا يبطله شيء ومراجعة الحق خير

Ertinya : Tidak sesekali terhalang sesuatu keputusan ( fatwa) yang telah kamu putuskan hari ini maka  ingin kamu nilaikannya semula,  berpandukan ilmu kewarasan dan (maklumat baru) maka kamu kembali kepada kebenaran, sesungguhnya kebenaran itu telah lama (wujud) dan tidak sesekali dibatalkan oleh sesuatu apapun, dan pengembalian kepada kebenaran adalah amat baik " ( Ilam al-Muwaqqien, 1/69 )

 

Selain itu, kita perlu sedar bahawa fatwa-fatwa dalam beberapa isu yang berkaitan dengan hokum adakala boleh berubah apabila disedari terdapat kesilapan dan cara fatwa, sumber rujukan dan lain-lain. Justeru, menyedari manusia tidak maksum, sekiranya majlis fatwa mampu menganjurkan majlis seumpama ini,

ia pastinya akan dapat meningkatkan nilai setiap fatwa yang dikeluarkan di mata dan hati para akademia di Universiti selain masyarakat awam.

Tulisan ini tidak sesekali ingin meng'hentam' majlis fatwa namun ia ditulis dengan niat murni untuk melihat setiap fatwa yang dikeluarkan lebih dihormati oleh masyarakat bukan secara paksa (tidak wajar cadangan mengambil untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mempertikai), sesungguhnya penghormatan akan datang apabila kualiti fatwa ternyata dan teksnya dirangka dalam bentuk yang tepat, kemas dan bijaksana.

Justeru, hasrat saya agar majlis fatwa mampu serta dapat menzahirkan kualiti fatwa serta kaedah dan prosedur fatwa mereka yag akhirnya mampu meraih hormat masyarakat dan seterusnya membantu masyarakat Islam dalam urusan deen Islam yang mulia ini.

Sebagai ahli akademik berlatarbelakangkan agama di Malaysia, saya turut merasa kurang senang apabila institusi yang sepatutnya hebat di mata masyarakat seperti ‘majlis fatwa' dihina dan dicerca dan tidak dihormati, namun tiada jalan lain kecuali suatu plan perubahan mestilah dilakukan untuk memartabatkan kembali majlis fatwa kebangsaan Malaysia dan juga institusi Mufti di Malaysia.

Bagi mereka yang berkuasa, anda bertanggungjawab untuk mengjaga nama baik Islam dan instutui fatwa. Jangan dipaksa masyarakat untuk ‘hormat' jika kita tiada elemen yang boleh dihormati. Justeru, dapatkan elemen itu bukan dengan paksa tetapi secara fitrah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

3 Disember 2008



[1] Maqasid As-Shariah Fi Ahkam Al-Buyu', Zaharuddin A Rahman, hlm 85

[2] Maqasid As-Shariah Al-Islamiyyah, Ibn Asyur, hlm 231 ( cet Dar an-Nafais)

[3] Seperti yang dapat dibaca di link (http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18867 )


Last update: 03-12-2008 15:47

Published in : Soal Jawab, Aqidah & Kepercayaan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (6) RSS feed comment
Posted by suami hebat, on 16-12-2008 13:05, IP 218.111.176.78, Guest
1. yoga
saya sefikiran dgn ustaz, hairan juga majlis fatwa tidak memberikan teks fatwa yang ilmiah agar umat jelas. Mudahkan sesiapa yg nak membaca teks tu, bukan setakat keluar hukum saja. Ini menyebabkan umat keliru sbb alasan tak jelas.
 
» Reply to this comment...

Posted by mujahidhisyam, on 10-12-2008 00:47, IP 58.26.217.111, Guest
2. pandangan
mungkin cetusan dari beberapa orang penceramah masa kini dapat membawa komuniti kita ke arah yang lebih baik, dengan lebih memerhatikan aspek hujah dengan nas ini, kerana ia sangat penting supaya kita tahu sandarannya ketika beramal. 
 
pandangan lain (off topic sedikit) kalau 'reply to this comment' tu turut disiarkan, mungkin lebih baik. maka tak perlu klik ke link lain untuk melihat reply dari pembaca terhadap sesuatu komen. 
 
UZAR : sistem reply to this comment adalah secara automatik tidak terpapar kecuali diklik.
 
» Reply to this comment...

Posted by mujahidhisyam, on 10-12-2008 00:38, IP 58.26.217.111, Guest
3. indonesia
setakat pengamatan saya yang amat terhad ini, bukan hanya majlis fatwa, malah buku2 yang diterbitkan di indonesia juga banyak yang menekankan tentang nas dan dalil dalam hujah. setiap hadith yang dinyatakan akan disertakan sekali dengan martabat hadith tersebut, jadi hal ini mengelakkan dari penggunaan dan penyebarluasan hadith maudhu'. malah penterjemahan buku2 arab ke bahasa indonesia lebih mudah difahami kerana terjemahannya bukan 'asal buat', tapi pada sesetengah tempat, mendapat komentar dari penterjemah, dan biasanya penterjemah juga adalah dari bidang yang sama dengan buku yang diterjemahkannya, dengan itu, dia juga memahami apa yang ingin disampaikan penulis asal. 
 
berbeza dengan malaysia. buku2 terjemahan masih banyak kekurangan. penghasilan buku2 oleh penulis tanah air juga masih banyak yang mengabaikan kepentingan martabat hadith yang dijadikan dalil.  
 
p/s: apa komen Datuk Zahid hamidi terhadap pandangan uZaR? :) 
 
UZAR : DIA SETUJU TAPI DIA PERLU MASA KATANYA
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Danial, on 05-12-2008 17:48, IP 219.94.105.51, Guest
4. mengenai fatwa
Salam, 
Setelah meneliti kandungan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia sememangnya amat informatif dan disertakan dengan hadis-hadis yang dapat memberikan lebih penerangan. 
Harap Majlis Ulama Malaysia dapat menjadikan MUI sebagai contoh.  
 
Eloknya apa yang dilakukan oleh MUI boleh dijadikan bahan rujukan seperti orang biasa dan mereka yang ilmu agama yang mendalam. 
 
Wajar sekali ia menjadi contoh. 
Salam. 
 
UZAR : Memang sangat wajar, seperakar lagi cuba tengok senarai ahli jawatankuasa majlis Fatwa MUI..maka tidak hairanlah..cuba bandingkan dgn Malaysia...hmm..
 
» Reply to this comment...

Posted by azamyn, on 04-12-2008 19:15, IP 218.208.16.67, Guest
5. yoga
jika boleh dikaitkan sebagai contoh, fatwa berkenaan e-additive yg digunapakai di UK (dan di eropah) mengguna asas justifikasi pd transformasi bahan (saya kurang ingat dengan tepat istilah yg digunakan) jadi dapat dinilai setiap bahan samada menepati syarat ini. berdasarkan pembacaan saya yg sedikit, saya dan rakan dapati gelatin (E441) diekstrak sahaja dan tidak melibatkan transformasi bahan. 
 
--- 
 
balik ttg yoga, komen paklah pula (tak berkenaan politik) mcm menambah-harukan pemahaman ttg fatwa yoga ni.
 
» Reply to this comment...

Posted by nisa, on 03-12-2008 10:26, IP 202.190.133.102, Guest
6. yoga
salam. saya pernah join yoga traditional & modern. wat i notice yg trad nie ada sebutan2 yg diucapkan which of course i didnt follow. setiap step akan diterangkan the function. . if backache, movement mcmana & so on.. No music involved. Yg modern lak, is more like aerobic with music. But both akan ada satu masa yg kita disuruh rest, silent & free our mind. Pd masa ini saya akan berzikir dlm hati.. 
My opinion if kita practice yoga for our own health minus d chants etc..shud be ok kot. Moreover now ramai Muslim women yg conduct yoga class.
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom