Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Politik Islam & Dakwah arrow Palestin Cuba Di Jajah : Bantuan Kita & Qunut
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 66 guests online
PDF Print
User Rating: / 25
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 06-01-2009 12:27
Views 11566    
Favoured 20

Palestin : Lagi Usaha Kita

& Doa Qunut Berbaris

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.

Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera. Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali.

Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia.!

Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'.

Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.

Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda.

Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-

Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

 

apalestin.jpg

 Gambar ihsan Utusan Malaysia

USAHA KITA : PILIHLAH

      Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

      1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

      2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau  -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

      3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a-    Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b-    Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c-     Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d-    Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

      4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

      5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

      6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

      7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

      8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN

Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.

Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu  (Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله

Erti :  aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)

 AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!

Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya.

Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA, Bush bukan main seronok dengan Yahudinya.( Sumber di sini )

Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus.  ( SUMBER)

Seorang rakan warganegara Amerika di sini memberitahu kami bahawa Bush sedang merancang Amerika menyertai perang, itu adalah salah satu jalan agar perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden UA pada 20 Januari 2009 terpaksa ditangguh, kerana demikian menurut undang-undangnya. Iaitu jika US sedang dalam peperangan, Presiden yang sedang menerajui akan kekal. Kami tiadalah mengetahui sejauh mana benarnya ramalan atau analisa ini. Cuma ini mungkin salah satu sebab Obama dan rakannya, senyap sunyi menggelak dari memberi komen dalam isu Palestin.

Namun saya kira, mungkin hasrat Bush sedikit terganggu kerana untuk berperang Amerika perlukan berbillion US, bagaimana ia boleh sedang dalam ekonomi yang  sanagt sakit dan teruk.?

MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT BERSUARA

Kalau sebelum ini yang tidak kurang bengisnya adalah Britain, sebagaimana dalam kes Iraq, namun, kini UK agak senyap sunyi sikit, Alhamdulillah. Mengapa?

Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworths, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur. Ditambah dengan cuaca sejuk luar biasa, Sehingga kami yang berada di sini turut bimbang.

Dan pada 6 Jan, Gordon brown bersetuju dengan cadangan rencatan senjata kedua belah pihak tetapi mengikut skima Bush, iaitu dengan pelbagai syarat yang tidak menyebelahi Palestin dan Hamas tentunya. Malah sebahagian syarat ini tidak mungkin dapat ditunaikan.

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai. 

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم،  ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم  , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ  , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
 
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

6 Januari 2009

4.29 pagi (UK time)

Last update: 09-01-2009 17:56

Published in : Soal Jawab, Politik Islam & Dakwah
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (19) RSS feed comment
Posted by esanstudio.net, on 16-02-2009 08:54, IP 60.54.111.24, Guest
1. Thanks & Question
macam tak pernah dengar jee..tapi pernha gak laa yang doa peranggan kedua tuh 
 
ada jumpa version lain tak?
 
» Reply to this comment...

Posted by Adi, on 17-01-2009 14:15, IP 60.53.59.238, Guest
2. minta izin
ana ingin memohon kebenaran untuk mengambil bahan2 drpd yg nta kongsikan ntuk dimuatkn dlm mana2 bentuk media spr majalah, email dll. Tujuannya ialah supaya saudara2 seislam kita mndapat juga pengisian2 ttg islam. Segala kerjasama ana dahului dgn ucapan jazakumullahu khairan kathira . . . 
 
Wassalam . . 
 
uzar : sila
 
» Reply to this comment...

Posted by syezri, on 17-01-2009 00:49, IP 59.164.96.225, Guest
3. minta izin
saya copy doa qunut nazilah tu dan paparkan di website saya ye. nak sebarkan pada org lain :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Firdaus, on 14-01-2009 14:10, IP 202.60.56.219, Guest
4. Qunut Nazilah
Assalam alaiykum 
 
Terima kasih atas qunut yang diberi.... 
Saya ada merujuk kepada islamonline.com tetapi qunut nazillah adalah berbeza sekali... 
 
Saya mohon pandangan ustaz dan minta sangat supaya qunut di atas dibaris sepenuhnya untuk memudahkan kami membaca. 
 
Walaubagaimanapun, saya amat menyanjungi usaha murni ustaz. 
 
UZAR : Tiada lafaz standard untuk qunut, ia boleh datang dalam bentuk yang pelbagai. 
 
saya rasa dah baris secukupnya..tempat yang tak baris tu sgt sgt basic seperti lafaz 'allahumma' dan nama negara seperti afghanistan
 
» Reply to this comment...

Posted by madir, on 13-01-2009 12:12, IP 210.187.41.233, Guest
5. thanks..
terima kasih ustaz sbb paparkn doa ini..disini juga sy mahu minta kebenaran utk ambil doa ini utk diletakkn dlm blog sy ni.. 
 
http:// bonjovie1826.blogspot.com
 
» Reply to this comment...

Posted by helmis, on 11-01-2009 22:07, IP 195.229.235.37, Guest
6. Usaha yg sama, result yg sama..
Dah berbuih2 mulut, dah lenguh tangan, dah kering air mata berdoa kepada Allah tetapi keadaan tetap sama, tak terfikir ke takkan lah dah hampir 60 tahun lebih masaalah palestin ni takkan takde doa kita ke, doa mana2 ustaz ke, sheikh ke, tok imam ke yg mustajab? Adakah sampai kiamat keadaan macam ni? 
 
Apa yg umat islam tunggu? Burung Ababil menjatuhkan batu seperti jahanamnya tentera Abrahah ke? 
 
Stop pointing fingers at them, in order for things to change, we have to change first.. Umat Islam have to change first. Umat islam harus bersatu menentang mereka secara halus, bukan dgn perang, tetapi dr segi ekonomi. Stop using USD. Jual minyak selain dr USD. Selagi negara2 pengeluar minyak (sedihnya kebanyakannya negara islam) menjual minyak dlm USD, selagi itu Israel semakin kuat. 
 
Masaalah Palestin adalah masalah perpaduan antara umat Islam, masaalah pemimpin islam, selagi umat islam berpecah belah, selagi pemimpin sayangkan pangkat/takhta, tak payah lah nak misi kemanusiaan ke, nak hantar sms ke, nak tunjuk perasaan ke kerana itu semua dah lapuk, dah jumud.. tak berkesan dan menghabiskan tenaga, duit dan masa kita sahaja.... tetapi kita tetap harus terus mencuba..  
 
People who keep trying never fail, only those who quit is failed, but i also know that only stupid people keep trying the same thing but expecting different result.. that also what been refered as "insanity" 
 
Jadi mungkinkah tiba masanya kita mencuba dgn cara yg lain? 
 
Salam dr Abu Dhabi 
http:// syurgadidunia.blogspot.com
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnuomar, on 09-01-2009 13:18, IP 60.50.221.56, Guest
7. urusniaga dengan yahudi..HARUS??
salam perjuangan,saya ada post jawapan ustaz terhadap soalan hukum bermuamalah dengan yahudi di laman web TKO dengan niat agar ianya dibincangkan secara ilmiah dah berdab jauh sekali secara emotional.Harap maaf sekiranya menyinggung perasaan ustaz.TL :cry 
 
UZAR : Artikel saya kelihatan disalah gunakan dan dibaca secara jahil oleh ramai pembaca TKo. justeru, melayan hujjah secara emosi adalah membuang masa saya. 
 
Secara kesimpulan, di waktu yahudi israel sedang zalim terlampau amat skrg ini susah tentu sya juga setuju kita boikot.. 
 
» Reply to this comment...

Posted by rizal, on 08-01-2009 17:02, IP 202.75.4.185, Guest
8. Doa qunut dalam bahasa melayu
Boleh tak baca doa qunut dalam bahasa Melayu
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah, on 08-01-2009 00:46, IP 60.50.216.128, Guest
9. Qunut nazilah - ayat Al-Quran @ doa?
Salam UZAR, 
 
Qunut nazilah ni petikan ayat Al-Quran atau hanya doa? Wanita yang uzur boleh baca tak? 
 
UZAR : HANYA DOA, YE BOLEH BACA
 
» Reply to this comment...

Posted by ABDUL AZIZ, on 07-01-2009 13:48, IP 60.53.12.90, Guest
10. PANGLIMA
SALAM, 
 
USTAZ ZAHA, TOLONG INFO DGN SAYA KALAU ADA KEPERLUAN MANA2 PIHAK YANG MAHU SUKARELAWAN (FISABILILLAH). SAYA SIAP SAHID. DAN KEPADA SEMUA SAUDARA2KU TETAPKAN IMAN KITA DAN DGN AZAM, KITA BOIKOT SEMUA BARANGAN AMARIKA (PECACAI ISRAEL) SEPENUHNYA. 
 
BANGSA YANG PALING KEJI DAN PENAKUT DI DUNIA INI ADALAH ISRAEL (YAHUDI@JEWS) 
 
TERIMA KASIH 
AZIZ
 
» Reply to this comment...

Posted by Zorro Al-Kalantani, on 07-01-2009 13:46, IP 60.50.84.93, Guest
11. Mr
Assalamualaikum. 
Ustaz, saya ada terbaca Qunut Nazilah hanya boleh dibaca dalam solat berjamaah, bukannya dalam solah bersendirian. Betulkah?
 
» Reply to this comment...

Posted by anaksolehah, on 07-01-2009 12:11, IP 210.48.218.6, Guest
12. bile nak dibaca?
assalamualaikum ustaz.. 
qunut itu dibaca pada rakaat akhir solat ke? jazakumullah 
 
UZAR : ye
 
» Reply to this comment...

Posted by malayisa, on 07-01-2009 09:56, IP 121.218.9.127, Guest
13. Blogger australia memutar belit fakta
Assalamualaikum, 
 
Saya terbaca di blog (weblink dibawah) dimana wanita australia ini telah memutar belit kan fakta di MAlaysia. sila baca dan komen. terima kasih 
 
http:// glendalarke.blogspot.com/2008/ 11/how-malaysia-celebrates- childrens-day.html
 
» Reply to this comment...

Posted by padimalinja, on 07-01-2009 09:04, IP 60.54.144.85, Guest
14. Terima Kasih Ustaz
Terima kasih ust atas usaha ust membariskan dan memberi makna doa di atas. Semoga Allah mengalahkan dan menghancurkan tentera2 yahudi dan kuffar yang memerangi palestin dan negara2 islam lain.
 
» Reply to this comment...

Posted by assyakirah, on 07-01-2009 03:18, IP 82.201.178.42, Guest
15. mesir
assalamualaikum. tadi baru lihat perkembangan terbaru di televisyen Mesir. sempadan rafah dibuka untuk rakyat gaza yang cedera diberi rawatan di hospital mesir.hari ini sahaja, 20 orang dibawa masuk. telah seratus orang lebih rakyat gaza yang mendapat rawatan di mesir. mufti mesir turut turun padang melawat.liga arab katanya berjumpa setiausaha agong PBB untuk mengusahakan genjatan serta-merta. itu yang diberitakan, yang tidak diberitakan wallahu'alam
 
» Reply to this comment...

Posted by shah, on 06-01-2009 23:11, IP 58.71.226.203, Guest
16. mohon copy artikel
assalamualaikum uzar 
 
Mohon copy artikel ni untuk masuk ke blog saya. Nanti saya akan credit ke web uzar 
 
terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by khiril, on 06-01-2009 17:56, IP 124.82.91.2, Guest
17. Saluran yg boleh dipercayai
Harap ustaz bole berkongsi saluran yg bole dipercayai bg menghulurkan bantuan kewangan pada bumi Pelestin. Online money transfer akan lebih memudahkan. Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by megat ismail akil, on 06-01-2009 14:57, IP 118.100.240.63, Guest
18. liga arab
Assalamualaikum uzar, 
 
Amin dengan qunut uzar, sesungguhnya kesakitan yang kita rasai tidaklah sehebat keperitan yang ditanggung oleh umat palestin. 
 
Cuma saya masih mencari jawapan kepada soalan saya sendiri dan umat Islam lain. Kenapa liga arab memeluk tubuh? Tidak gagahkah kita? Takutkah kita terhadap Yagudi mahupun Amerika? Kenapa tidak bergantung kepada janji Allah bahawa umat Islam tetap dalam peliharaanNya jika kita bersatu dan menentang musuh Allah? 
 
Kenapa kekuatan sumber minyak tidak digunakan supaya dapat menyekat ekonomi mereka yang sedang parah. Kenapa pemimpin-pemimpin negara besar Islam/arab tidak bersatu? 
 
Persoalan yang kadangkala menjadikan kita gila kerana mengapa kita menjadi selemah itu.Jangan sama sekali kita bergantung kepada bukan Islam untuk meminta pertolongan.Wahai saudara Islam, ayuh bangun dari mimpi panjangmu. Tegakkan agama Allah, wujudkan kesatuan yang kukuh dibawah payung Islam. 
 
Kenapa, kenapa dan kenapa kita menjadi begitu hina sekali sehinggakan saudara Islam kita dibunuh sekalipun kita masih bercakaran.  
 
Ya Allah Yang Maha Berkuasa, bantulah hamba yang ditindas.....amin... 
 
wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by juraish, on 06-01-2009 13:38, IP 202.186.111.131, Guest
19. TERIMA KASIH ATAS USAHA
syukran laka ya akhi. info pasal perang tu amat berfaedah untuk kita jangkakan. Ana ada tulis sikit pasal cara meranapkan dolar di blog ana. tak taulah macmana pandangan ekonomist islam macam anta? ana tak mahir sangat pasal kapitalis ni. 
ana baru belajar buat blog ni: juraish.blogspot.com 
 
UZAR : Teruskan..
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom