(artikel ini adalah petikan dari salah satu dari buku baru ilmiah saya
yang sedang dalam proses penerbitannya bertajuk Murabahah, Teori, Aplikasi dan
Isu)
Timbul satu persoalan iaitu bagaimana jika harga bayaran
secara tunai sebagai contoh RM 1000, tetapi jika dibayar secara tangguh menggunakan
kontrak Murabahah tetapi dibayar
melalui konsep bayaran tangguh (Murabahah
wa muajjal), harganya meningkat kepada RM 1500. Adakah ia halal?
Perlu diingat pembayaran bagi kontrak Murabahah
boleh dibuat secara tunai atau bertangguh. Dalam praktis bank-bank Islam
kontemporari kebiasaan pelanggan dibenarkan membayar secara ansuran dalam satu
tempoh waktu. Namun demikian jika di awal kontrak Murabahah, pelanggan
memilih kemudahan ini, harga aset yang dijual oleh bank secara Murabahah
akan dinaikkan.
Hukum
Para ulama berbeza pendapat dalam hal ini,
minoritinya mengatakannya haram manakala majoriti ulama silam termasuk
keempat-empat mazhab dan ulama kontemporari berpandangan ianya harus.
Disebut oleh ulama Hanafi :
الثمن
قد يزاد لمكان الأجل
Erti : Harga berkemungkinan dinaikan
disebabkan penangguhan (bayarannya). [1]
Ulama mazhab Maliki pula berkata :
جَعل للزمان مقدار من الثمن
Erti : Penangguhan kerana untuk tempoh
masa mempunyai nilai kadar nilai di dalam harga. [2]
Kenyataan dari ulama mazhab Syafie :
الخمسة
نقداً تساوي ستة نسيئة
Ertinya : Lima jika dibayar secara
tunai, bersamaan dengan enam jika dibayar secara tangguh. [3]
Manakala disebut oleh ulama mazhab Hanbali :
الأجل
يأخذ قسطاً من الثمن
Erti : Tempoh boleh mengambil
sebahagian dari harga [4]
Antara dalil paling mudah untuk menyokong pendapat ini
adalah keharusa jualan secara as-Salam.
Ertinya :
Nabi s.a.w sampai ke Madinah dan peneduduk Madinah membeli (menempah)tangguh tamar yang hanya akan diserahkan
dalam tempoh dua tahun dan tiga. Lalu Nabi s.a.w bersabda : Barangsiapa yang
ingin membeli secara tangguh (serahan barang iaitu belian as-Salam) hendaklah
ia dilakukan atas barang yang diketahui, timbangan yang diketahui dan tempoh
yang diketahui"(Riwayat Al-Bukhari, no 2086)
Jualan secara As-Salam
harus secara nas dan ijma', manakala para ulama menyatakan dari hikmah
keharusannya adalah pembeli dapat mendapat manfaat dari harga yang lebih murah,
manakal penjual pula menikmati bayaran segera. Disebutkan oleh Ibn Qudamah :-
وهذا
دليل على أن للأجل في البيع نصيباً من الثمن. وأن هذا لا بأس به في البيوع
Erti : Inilah dail bahawa tempoh waktu
dalam jual beli mempunyai bahagian dalam harga, ia tidak mengapa kerana ia
didasari oleh aqad jual beli. [5]
Kesimpulannya, disebabkan tempoh masa yang perlu ditunggu
oleh pihak penjual dan risiko yang terdedah ke atasnya, perbezaan harga ini
dianggap sebagai halal dengan syarat ia telah dipersetujui di awal aqad dan
tidak lagi berubah selepas itu. Kenaikan harga akibat tempoh ini dianggap halal
oleh majoriti mazhab dan ulama. Inilah bentuk 'time value of money' yang diiktiraf sebagai halal oleh Islam
kerana ia didasari olehjaul beli sebenar dan bukannya aqad qardh iaitu pinjaman atau hutang.
Sheikh Taqi Uthmani membidas mereka yang menyamakan perbezaan
penentuan harga ini sama seperti riba dengan kata beliau :-
This arguement is again based on the minsconception that
whenever price is increased taking the time of payment into consideration, the
trasaction comes within the ambit of interest. This presumption is not correct.
Any excess amount charged against late payment is riba only where the subject
matter is money on both sides. But if a commodity is sold in exchange of money,
the seller when fixing the price may take into consideration different factors,
including the time of payment...time of payment may act as an ancillary factor
to determine the price of a commodity.
Erti : pertikaian ini sekali lagi disebabkan oleh
salah faham bahawa setiap kenaikan harga disebabkan oleh masa akan jatuh dalam
kategori Riba. Keismpulan ini adalah silap. Setaip kenaikan yang disebabkan
kelewatan bayaran hanya akan menjadi riba apabila kedua-dua belah pihak berurusan
adalah wang, tetapi jika komoditi atau aset dijual berbalas wang, penjual
mempunyai kebebasan untuk menentukan harganya dan dibenarkan juga mengambil
kira pelbagai faktor termasuk masa pembayaran...masa pembayaran boleh dijadikan
faktor penentu bagi ketetapan harga komoditi" [6]
Posted by jalal, on 16-02-2010 09:45, IP 203.82.93.125, Guest
2. salam
salam, saya sedang membuat tesis mengenai jual beli denan harga tangguh, jadi saya menghadapi masalah dalam bab pandangan 4 mazhab terhadap jual beli ini, harap ustaz sudi bantu.
Posted by wan, on 21-04-2009 20:22, IP 124.13.226.8, Guest
3. asia ceramic
macam nie ustaz, pelaburan nie berasaskan sell back. kita beli katakan set c dengan syarikat iaitu set pinggan mangkuk, pada harga rm3800. kita diberi pilihan untuk ambil set pinggan itu atau kita suruh syariakt tolong jualkannya. sekirannya kita setuju untuk syarikat tolong menjualkanya, kita bersetuju syarikat akan bayar kepada kita rm1500 selama 3 bulan. bermakna ia akan menjadi rm4500. jadi, kita akan untung rm700. kesimpulannya, setiap kali klita membeli set c itu, kita akan mendapat cek bernilai rm1500 selama tiga bulan berturut2 dan kita akan mendapat untung bersih sebanayak rm700....... dalam bab ini juga, kita tak sentuh pon pinggan itu, proses jual beli ini semua berlaku dalam alam maya atau internet. sampai masa, kita just pi tunai cek dan akan mendapat untung selepas 3 bulan...... boleh ker macam tu ustaz???? tolong ulas isi ini berdasarkan kepakaran ustaz yg Allah anugerahkan itu..... sekian.... hamba Allah.....
Posted by wan, on 19-04-2009 02:48, IP 124.13.129.68, Guest
4. asia ceramic
nak tanyer ustaz pasal syarikat asia ceramic...... boleh ustaz bagi pendapat ustaz mengenai pelaburan dalam syarikat ini??? sebab ramai yang join investment ini sekarang..... ini adalah laman web yang menerangkan plan pelaburan......
Posted by slumblur, on 05-04-2009 10:41, IP 60.50.216.114, Guest
5. Hukum sesuatu pertandingan dr syariat..
salam.. nk tanye mengenai sesuatu pertandingan.. spt pertandingan pancing.. adakah bukan sesuatu perjudian? kerna ada wang taruhan(pembayaran terdahulu) dan tlh ditetapkn hadiah kpd pemenang?(mindset stp peserta adalah nk menang hadiah utama dgn berkata "klo ada rezeki dptlah rm20k", hmpir smua pserta berniat begitu? bukankah setiap pertandingan beserta wang penyertaan itu dinamakan wang pertaruhan? adakah x sama dgn ciri2 membeli no eko?
Posted by nor hamizah, on 21-03-2009 14:43, IP 203.82.91.34, Guest
6. hukum jual beli
salam ustaz..semoga sentiasa dlm RahmatNya.. sy terjumpa posted comment di bwh ni di dlm slh satu page UZAR. kesinambungnnye, sy juga ingin mengetahui hukum jual beli yg dilakukan oleh syarikat ini - Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd (780794-T).
Posted by Din, on 16-02-2009 20:15, IP 219.93.21.126, Guest 31. Soal Jual Beli dlm skim Assalamualaikum UZAR, saya sgt berharap uzar dpt meneliti satu bentuk perniagaan ceramic club business iaitu diorang byk berckp pasal hukum jual beli dan mcm2 lagi..bende ni boleh merosakkan anak2 bangsa kita mohon uzar selidik web ini http://www.e-jutawancyber.com/ kononnya menjual pinggan mangkuk..bg saya pelajar x perlu setiap bulan beli pinggan mangkuk..harap sgt2 uzar supaya tidak terjebak dengan skim penipuan..Terima Kasih
Posted by bahad hashim, on 19-02-2009 13:06, IP 115.132.30.209, Guest
7. hukum menjual barang handicraft patung
salam kepada ustaz di harap panjang umur dan murah rezeki dari allah.kemusykilan saya adalah tentang menjual barang handicarf yang di buat dari kayu berbentuk patung orang,buddha,kristian dan sebagainya.saya menjual barang itu kepada org kafir.apakah hukunya.jika boleh saya henda ulaskan lebih terperinci lagi.skian terima kasih
Posted by walid 'ammar, on 16-01-2009 23:15, IP 118.100.2.186, Guest
8. claim insurans konvensional
assalaamu'alaikum warahmatullah UZAR,
saya kemalangan, kereta dilanggar dari belakang...kereta yg langgar saya tu guna Kurnia Insurans, boleh tak saya claim insurannya? jazaakallah kulla khair
Posted by Ismail, on 14-01-2009 14:50, IP 60.48.39.50, Guest
9. Jual beli duit lama
Salam UZAR,
Bagaimanakah pula hukum jual beli duit lama dengan nilai yg berbeza sama ada spot atau pun tangguh?
UZAR : Duit lama yang macam maana tu? jika duit kertas lama yang dah tak terpakai dan dijual sbgi benda hiasan..no problem tangguh pun boleh mnrt majoriti ulama
Posted by mat motor, on 13-01-2009 17:37, IP 219.93.152.34, Guest
10. membeli motosikal
bagaimana pula dengan kaedah membeli motosikal di kedai2 cina seperti yang diamalkan sekarang,adakah ianya diharuskan atau dikira sebagai riba,kerana caranya seakan2 murabahah yang ustaz sebut tu.
Posted by Al Syam, on 13-01-2009 14:47, IP 58.27.115.118, Guest
11. ganjaran dari meminjamkan wang !
Salam ! Semoga ustaz sekeluarga walafiat hendaknya ! Kemuskyilan saya adalah,saya meminjamkan wang kpd rakan ,bagi membiayai kos projek beliau dan dia brjanji akan memberikan ganjaran 10% dari wang saya yg pinjamkan .Apakah status wang ganjaran saya perolehi ?
UZAR : Ia adalah riba dan haram menurut Majlis Akademi Fiqh OIC dan AAOIFI dan Majlis SYariah BNM, dan lain-lain.
Posted by arwsya, on 12-01-2009 13:51, IP 161.139.144.2, Guest
12. Pembiayaan Peribadi Secara Islam
Berkenaan dengan pembiayaan peribadi di Bank Rakyat. Pihak bank akan mengenakan kadar keuntungan tertentu di atas pembiayaan yang diberikan kepada pelanggan. Pembiayaan dijadikan seolah-olah satu 'barang' yang boleh dinaikkan harganya jika dibayar secara bertangguh. Adakah ianya dibolehkan atau ianya adalah satu bentuk riba?
UZAR : Bank rakyat mempunyai majlis Syariahnya sendiri, saya pasti mereka telah menyemak dan meluluskannya dan ia bukan riba
Posted by Gohan, on 11-01-2009 19:48, IP 60.53.106.28, Guest
13. Beli emas secara ansuran?
Salam. Biasanya dikampung2 ada org jual emas. Dalam akad dia nyatakan jika bayar tunai harga Rm2000. Tetapi jika bayar 4 Kali harganya Rm2200 ( Rm 550 sekali bayar ). Biasanya bayaran dibuat mengikut musim mengerat ( tuai padi ). Urusan bayaran 4 kali ini juga dipersetujui kedua2 pihak? Apakah hukumnya?
UZAR : Beli emas tak boleh bayar ansuran menurut 4 mazhab dan ulama kontemporari. ia haram dan riba. Tulisan saya ini khas untuk bukan emas, perak dan matawang, selain tiga ni sahaja
Posted by Mohd Safuan, on 11-01-2009 18:58, IP 124.13.211.76, Guest
14. Konsep Murabahah Perlu Diperjelaskan
Assalamualaikum, Saya bersyukur & mengucapkan syukran kpd UZAR atas inisiatif menerangkan konsep murabahah. Cuma disini, minta diperjelaskan lagi tentang jumlah keuntungan yg boleh diambil daripada konsep ini. Serta percanggahan antara ulama silam serta ulama masa kini, dan apa kesimpulan yg boleh disepakati daripada pendapat seluruh ulama khususnya. Waalahualam
UZAR : itu kena beli buku ini apabila siap kelak, inshaAllah
Posted by Husaini, on 11-01-2009 18:45, IP 219.93.152.34, Guest
15. Pensyarah tak faham, mengapa BBA 'salah'
Salam'alaik, UZAR. Entri ini bagus terutama untuk orang yang menyamaratakan pembiayaan daripada perbankan Islam dengan pinjaman daripada bank konvensional. Contoh mudah ialah pensyarah saya baru-baru ini mengatakan (lebih kuran macam ini),"apa Islamiknya kalau kita pinjam RM60k daripada bank Islam kemudian kita kena bayar RM67k..yang RM7k itu apa?" seakan-akan dia ingin mengatakan bahawa pertambahan itu riba. Justeru, entri UZAR ini amat informatif, jazakallahu khairaa.
Soalan saya, bukankah ini asas BBA (bai' bithamanin ajeel)? Mengapa timbul konflik pula baru-baru ini mengatakan BBA 'bermasalah', sedangkan asasnya ini lulus dari segi prinsip syarak?
UZAR : BBA masih ada masalah, nantikan buku saya yang sedang dalamproses penerbitan, bukanbukuk murabahah ni tapi ada satu lagi buku lain berkenaan asas produk kewangan islam dan isu-isunya
Posted by shahrul, on 11-01-2009 14:44, IP 202.76.226.154, Guest
16. wang hantaran perkahwinan yg mahal
salam. maaf kalau tersilap tempat bertanya. sy ingin mencadangkan supaya jika uzar ada kesempatan boleh menulis berkenaan budaya meletakkan wang belanja kahwin yg terlalu tinggi dalam masyarakat islam kita hari ini. mungkin bg calon suami yg berada itu perkara kecil bginya. ttapi bagaimana pula utk llaki yg kurg berada & bergaji besar. padahal harga maskawin cuma RM80.00+- ttapi nilah belanja hantaran sehingga RM10ribu keatas. jadi menjadi masalah pula kpd llaki yg nk berkahwin.& kadi kahwin lambat. ada yg xsabar smpai boleh terjerumus smpai berzina sbb susah sgt nk kawin.smoga ia boleh dijadikan panduan buat bakal pengantin & ibu bapa. trima kasih.
jadi bukan dipanggil riba sebabnya saya bersetuju nak beli hutang. jadi masa pun dikira sebagai kos juga kat sini. jadi apa bezanya kita tempah almari dengan kita beli almari secara hutang.
persamaan adalah masa, tapi ada beza ker masa dengan beli hutang dengan masa tunggu barang siap ???
Posted by Hasbullah Pit, on 11-01-2009 13:02, IP 115.132.237.49, Guest
18. Berapa agaknya kenaikan harga bila ditan
Apa yang saya perhatikan, sistem ekonomi berasaskan keynessian menyebabkan riba seolah-olah menjadi perlu, kerana faktor masa akan merendahkan nilai matawang.
Saya tidak rasa ketika zaman imam hanafi dulu, "kenaikan" itu meningkat sehingga 50% drpd harga barang secara tunai.