PDF Print
User Rating: / 14
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 17-01-2009 03:58
Views 12579    
Favoured 53

 

Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jual beli secara lelong dikenali dalam Islam dengan nama "al-Muzayadah", iaitu satu kalimah yang memberi erti dari sudut bahasanya "saling naik menaik" dalam konteks jual beli lelong ini ‘kesemua pihak (bakal-bakal pembeli) cuba menawarkan harga yang lebih mahal kepada penjual, sesiapa yang menawarkan harga tertinggi, mereka akan dikira sebagai pemenang.

auction1.jpg
 

Apabila tukang lelong atau wakilnya menghentikan lelongan, beerti penjual telah redha dengan satu harga tertinggi dan ini menyebabkan kontrak jual beli yang mengandungi ‘ijab dan qabul termeterai secara automatik di antara kedua belah pihak.  Jual beli ini adalah halal disisi Islam dengan syarat-syaratnya.

Antara asas kepada keharusan lelongan ini adalah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَاعَ حِلْسًا ) بساط للأرض أو كساء لظهر الدابة ) وَقَدَحًا وَقَالَ مَنْ يَشْتَرِي هَذَا الْحِلْسَ وَالْقَدَحَ فَقَالَ رَجُلٌ أَخَذْتُهُمَا بِدِرْهَمٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ فَأَعْطَاهُ رَجُلٌ دِرْهَمَيْنِ فَبَاعَهُمَا مِنْه

Erti : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menjual hilsan (hamparan seperti permaidani atau selimut di belakang binatang kenderaan) , lalu bersabda : Adakah sesiapa ingin membeli hamparan ini , lalu berkata seorang lelaki : Aku setuju untuk mengambilnya dengan harga satu dirham, lalu baginda Nabi s.a.w bersabda lagi : ada sesiapa ingin membayar lebih dari satu dirham, lalu seorang lelaki setuju dan membayar dua dirham, lalu Nabi s.a.w menjualnya kepada lelaki itu. ( Riwayat At-Tirmidzi, no 1139, At-Tirmidzi : Hadis Hasan) [1]

Hukum jualan ini juga telah terdapat ijma berkenaan keharusannya, sebagaimana di sebutkan oleh para ulama mazhab Hanbali, Manakala mazhab Syafie mensyaratkan ia mestilah tidak berniat memberi mudarat kepada sesiapa dan benar-benar ingin membeli, jika tidak dikira sebagai an-Najash yang haram [2]

Majlis Fiqh Antarabangsa yang bernaung di bawah Al-Munazzamah Al-Muktamar Al-Islami telah pun mengeluarkan resolusi keharusan jual beli lelong dengan syarat-syaratnya, antara yang disebut dalam resolusinya adalah :-

•a-   Setiap proses selanjutnya (setelah menang) seperti catatan secara bertulis, syarat-syarat pembayaran, pentadbiran dan undang-undang mestilah tidak bercanggah dengan hukum Syariah.

•b-   Penganjur atau penjual dibenarkan meminta jaminan daripada mereka yang turut serta dalam majlis lelongan bagi memastikan semua mereka adalah pembeli berpotensi yang sebenar dan komit dengan pembelian sekiranya menang.

•c-  Dibenarkan penganjur lelongan mengambil caj masuk atau penyertaan dengan SYARAT Ia tidak melebihi nilai sebenarnya. (bermakna ia mestilah nilai minima dan pihak penganjur tidak akan mengambil keutungan darinya tetapi sekadar urusan pentadbiran sahaja).

•d-  Diharamkan pihak penjual atau penganjur melakukan bidaan-bidaan palsu agar harga lelongan naik. Ia dinamakan An-Najash yang diharamakan secara jelas oleh Nabi s.a.w. Antara bentuk lain bagi An-Najash adalah orang yang tidak membeli mempromosikan barang yang dijual dengan pujian berkenaan kualitinya berdasarkan kepakarannya, ia dilakukan bagi mendorong peserta majlis lelong menaikkan lagi harga. Sedangkan apa yang dikatakan adalah dirancang dengan pihak penjual.

•e-   Penjual dan rakan mereka menipu harga pasaran, kononnya jualan sedang berada di tahap yang sangat murah.

•f-   Penjual mempromosikan kualiti tinggi barangan yang boleh dibaca, dengar dan lihat bagi menaikkan harga sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.

Hukum Lelong di E-BAY

Setelah menerangkan serba ringkas asas dan panduan bagi jual dan belian lelong di atas, hasil pengamatan dan percubaan saya melakukan pembelian di e-bay, saya dapati hukum pembelian melalui ebay adalah HARUS selagi mana barang yang dibeli BUKAN emas, perak dan matawang semasa yang diguna pakai (bukan yang antik tanpa nilai).

Pembelian ketiga-tiga item tadi diwajibkan untuk serah dan terima secara semerta, namun barangan yang dibeli biasanya akan dihantar lewat disebabkan proses-prosesnya, namun demikian terdapat fatwa lebih ringan yang mengizinkan kelewatan selama tempoh 3 hari dari tempoh pembelian. Ia adalah pandangan mazhab Maliki, ia berdasarkan kaedah fiqh yang popular iaitu :-

ما قارب الشيء يعطي حكمه

Ertinya : Apa-apa yang hampir dengan sesuatu maka akan mengambil hukum sesuatu itu[3]

Kesimpulan berkenaan hukum membeli melalui ebay adalah :-

•1)  Dibenarkan atau harus untuk MEMBELI di web e-bay. Kecuali pembelian tiga item tadi mestilah dengan menjaga syarat yang telah disebut di atas. Pandangan lebih selamat agar menjauhi pembelian emas, perak dan matawang melalui ebay, berpegang kepada fatwa majoriti ulama silam dan kontemporari.

•2)  Dibenarkan atau harus untuk MENJUAL di web ebay. Namun demikian komisyen yang diambil oleh paypal dan ebay dari pembeli adalah harus atas hujah ia adalah caj servis atau wakil atas sesuatu kerja. Namun demikian caj tersebut MESTILAH DILKETAHUI CARA KIRAAN dan jumlahnya dari awal penjualan dibuat.

       Menerima bayaran dari pembeli yang menggunakan kad kredit konvensional adalah HARUS kerana ia di luarkuasa dan tanggungjawab penjual.

•3)  Pembayaran melalui kad kredit konvensional adalah haram, walaupun pembeli membayar harga ‘on time' kepada pengeluar kad, ia adalah kerana setiap pembeliannya akan memberikan komisyen kepada pengeluar kad kredit riba, ia akan dikira membantu perkembangan industri kad kredit riba secara langsung.

•4)  PayPal ; Pembayaran melalui pay pal adalah mengikuti hukum kad yang disandarkan kepada paypal, iaitu kad kredit, debit atau charge card yang digunakan. Jika ia adalah kad yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran melalui pay pal turut haram.

•5)  Tempoh Serah : Mestilah diketahui tempoh hantaran barang akan dibuat dan anggaran tarikh ia akan sampai ke tangan pembeli.

•6)  Jaminan : Mestilah diketahui atau boleh dihubungi penjual sekiranya barang masih tidak sampai melepasi tempoh yang dijanjikan.

•7)  Jaminan atas kerosakan atau aib ; Satu fakta tambahan yang menjadikan ebay semakin selamat adalah ganti rugi dari pihak ebay. Menurut mereka yang kerap berurusan dengan ebay, pihak ebay turut menyediakan peruntukan ganti rugi bagi sesiapa yang menghadapi penipuan melalui transaksi jual beli di ebay. Rakan saya di Swansea, UK pernah menerima ganti rugi beberapa ratus £ apabila television yang dibelinya melalui ebay mempunyai kerosakan yang tidak dinyatakan dengan jelas oleh penjual dalam spesifikasi jualan.

Tindakan dan peruntukan ganti rugi ebay seperti ini menjadikan unsur gharar menjadi mengecil dan jatuh dalam kategori gharar yasir yang dimaafkan.

LELONG DI SWOOPO

Saya turut ditanya satu lagi web lelongan yang kian popular iaitu www.swoopo.co.uk

Setelah meneliti terma dan syarat penyertaan dalam lelongan swoopo, saya mendapati lelongan swoopo berbeza dengan ebay, antara terma yang cukup berbeza dengan ebay adalah :-

3. Bid Purchasing for Online Bidding / Payment / FreeBids

Bidding rights, so-called "bids", must be purchased and paid for by users prior to online bidding. Bids can be purchased in packages (so-called "BidPacks") at the currently applicable prices, which can be viewed in "My Swoopo" under "Buy Online Bids".

Payment can be made by credit/debit card or via payment agents such as PayPal.

Should a payment not be honoured by a user, a returned payment fee will be charged. The user will be responsible for these fees. Swoopo reserves the right to block access to the user's account until payment in full of the invoice amount, including any fees due to returned payment etc., and to withhold any outstanding deliveries until payment is received in full.

Certain bids (e.g. some "FreeBids") are valid only for a limited time. Upon expiration of the time stated, the bids expire and can no longer be placed. Refunds are not available for expired bids.

4. Bidding / Use of the BidButler

Users can bid in two ways online. Bids can be placed by clicking on the relevant bid buttons, or can be placed automatically by a BidButler. Once a bid is placed, it is deducted from the user's bid account.

KESIMPULAN

Jual dan beli atau bidaan melalui web swoopo adalah HARAM kerana terdapat unsur judi dan gharar yang cukup besar. Ini kerana setiap peserta perlu membeli hak untuk bid yang punyai nilai tertentu, dan hanya punyai beberapa kali peluang bid berdasarkan nilai pakackage bid yang dibeli. Ia ternayat dengan jelas dalam ayat ini  ;-

Bidding rights, so-called "bids", must be purchased and paid for by users prior to online bidding. Bids can be purchased in packages (so-called "BidPacks") at the currently applicable prices,

Dan ini

Each bid costs just 40 pence, available in "BidPacks" of 25, 50, 100, 250 and 500 [4]

Anda dapat melihat bagaimana satu kali bid fee dan dikenakan adalah 40 pence ( RM 2.00 ), anda dikehendaki membeli bidpack dalam package di atas, cuba kalikan dan lihat berapakah tunai yang perlu anda bayar untuk menyertai bidding ini.

Ia jelas dan terang menjadi judi apabila disebut dalam termanya :-

Users can bid in two ways online. Bids can be placed by clicking on the relevant bid buttons, or can be placed automatically by a BidButler. Once a bid is placed, it is deducted from the user's bid account. [5]

Tatkala itu, ia sama seperti judi yang mana pembayaran hak bid dijadikan sebagai wang taruhan, dan barang yang dijual dijadikan seperti hadiah kemenangan. Manakala semua pembida yang tewas akan kehilangan wang bidaannya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

16 Januari 2009



[1] Hadis ini bagaimanapun dikritik oleh sebahagian pakar yang mengatakannya dhoif, namun dibalas oleh ulama lain bahawa ia mempunyai sandaran-sandaran nas lain (shawahid) sebagai penguat.

[2] Al-Mawsu'ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah, hlm 220

[3] Al-Ashabh wa an-Nazair, As-Suyuti, hlm 82

[4] http://www.swoopo.co.uk/help.html

[5] http://www.swoopo.co.uk/help.html


Last update: 18-01-2009 05:24

Published in : Soal Jawab, Pelaburan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (30) RSS feed comment
Posted by huda, on 13-08-2010 17:18, IP 121.120.78.88, Guest
1. bai' al-muzayadah
salam...sy nk tnyee...ape syarat bai' al-muzayadah n aplikasi??
 
» Reply to this comment...

Posted by nurul iman, on 29-04-2010 00:24, IP 195.114.6.9, Guest
2. nak tanya
ustaz..terima kasih atas penerangan ustaz..nak tanya..kalau web lelong.com.my itu halal x?
 
» Reply to this comment...

Posted by muhammad amirul abdullah, on 12-04-2010 16:22, IP 203.82.82.24, Guest
3. makin berkembang
salam'alaik.. 
terima kasih atas penerangan ustaz.. 
sekarang makin bertambah laman sesawang yang menawarkan khidmat "auctions" seperti swoopo..harap kita semua tidak terjerumus ke dalam hal ini..contoh laman sesawang yang popular: 
http://mybid.com.my/ 
http:// www.pennyauction.com.my/
 
» Reply to this comment...

Posted by ceudah, on 04-04-2010 05:05, IP 125.165.17.167, Guest
4. adsense haram ?
bagaimana dengan mencari uang dengan adsense dan menjual link di blog ? itu termasuk haram ?
 
» Reply to this comment...

Posted by shukri, on 27-02-2010 22:21, IP 115.134.27.178, Guest
5. jual beli emas di bank
USTAZ SAYA HENDAK TAHU APAKAH JUAL BELI EMAS DI PUBLIC BANK DIKATOGERIKAN SEBAGAI RIBA SEKIAN
 
» Reply to this comment...

Posted by suria, on 19-01-2010 10:44, IP 210.48.156.54, Guest
6. lelong ber internet
slm UZAR,sy sgt berminat dengan lelongan internet yg berlandaskn islam memandangkan sy seorg pembeli.bolehkan sy dapatkan rujukan tambahan/buku2 yang sesuai dibaca yang berkaitan dgn isu in.?
 
» Reply to this comment...

Posted by clicktower, on 14-12-2009 15:49, IP 115.134.143.137, Guest
7. bagaimana dengan penjualan ebook
salam, saya nak tanye bagaimana pula tentang hukum penjualan Ebook contohnya di http://ebooktower.blogspot.com atau pun di http:// ebayprofitpack.blogspot.com apakah hukun bagi proses jual beli tersebut.
 
» Reply to this comment...

Posted by noor fadilah, on 01-12-2009 19:45, IP 118.100.14.124, Guest
8. Pembeli dari Israel
Salam Ustaz. 
Saya ade sedikit kemusykilan. Bagaimana pembeli tersebut daripada Israel. Contoh kalau dia beli sebagai keperluan seperti alatan computer, pakaian dsb.. 
 
Adakah hukumnya haram mutlak atau masih ada consideration?? 
 
Terima Kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by Afif, on 26-10-2009 22:58, IP 60.52.115.222, Guest
9. MyBid.com.my
Salam UZAR. alhamdulillah, persoalan saya terjawab juga mengenai hukum bidaan dlm jual beli online ini.  
saya telah membuat satu kesalahan yg besar, iaitu join mybid.com.my sebelum mencari hukum mengenainya dulu... 
 
pada pandangan saya, MyBid agak sama dengan Swoopo...iaitu kena beli bidpacks (1bid=rm2) dulu sblm bidding...yang kalah hilang duit, yg menang dpt hadiah (objek bidaan terbabit.saya da xsedap hati sejak join mende ni...nampaknya saya perlu hentikan ini serta merta..terima kasih ustaz..
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohammad, on 12-09-2009 23:35, IP 202.156.8.254, Guest
10. Kurang faham
Assalamu'alaikum ustaz. 
 
Maaf ustaz, rasa2nya ustaz belum jawab soalan saudara Akmal yang bertarikh 12-09-2009 di artikel "Buku Panduan Perbankan Islam : Kontrak & Produk". Saya rasa itu soalan baik yang perlu kepada penjelasan lanjut. (Saya sampai ke artikel ni dari link di artikel tu) 
 
Soalan saya pula, saya masih kurang jelas mengenai penjelasan ustaz tentang "4) PayPal ; Pembayaran melalui pay pal adalah mengikuti hukum kad yang disandarkan kepada paypal, iaitu kad kredit, debit atau charge card yang digunakan. Jika ia adalah kad yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran melalui pay pal turut haram." Maksudnya pengharaman menggunakan kad kredit adalah pada pihak pembeli sahaja? Tidak ada kena mengena dengan pihak penjual?  
 
Bagaimana pula pembayaran melalui Paypal? Apakah hukum yang terkait pada pihak pembeli dan penjual? Adakah hukumnya sama denagn penggunaan kad kredit? Yakni jika pembeli yang gunakan kad kredit riba melalui paypal maka tanggungan atas pembeli dan tidak ada apa2 atas penjual? 
 
Jazakallah khairan. 
 
UZAR : terkait dengan pembeli, bukan penjual
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Alim, on 25-06-2009 19:31, IP 81.139.137.36, Guest
11. translate??
i just want to know if using telebid/swoopo is HALAL or HARAM??? 
 
i dont understand the language written in this website... 
 
thanx 
 
UZAR (WEBSITE OWNER) : in conclusion, swoopo is prohibted in Islam whereas using ebay is halal with conditions of course. Thanks for visiting.
 
» Reply to this comment...

Posted by Affiliate, on 14-06-2009 05:48, IP 60.48.66.170, Guest
12. Berkenaan Sistem Affiliate
Pertamanya, terima kasih banyak-banyak kepada Ustaz di atas usaha ini. :) 
 
Ustaz, saya nak quote sedikit dalam artikel di atas: 
 
"•d- Diharamkan pihak penjual atau penganjur melakukan bidaan-bidaan palsu agar harga lelongan naik. Ia dinamakan An-Najash yang diharamakan secara jelas oleh Nabi s.a.w. Antara bentuk lain bagi An-Najash adalah orang yang tidak membeli mempromosikan barang yang dijual dengan pujian berkenaan kualitinya berdasarkan kepakarannya, ia dilakukan bagi mendorong peserta majlis lelong menaikkan lagi harga. Sedangkan apa yang dikatakan adalah dirancang dengan pihak penjual." 
 
Jadi adakah method yang sama juga dilarang kepada agen affiliate yang mereview atau mempromosikan sesuatu produk, sedangkan dia sendiri (agen affiliate itu) tidak membeli produk yang dipromosikannya itu; samada, ada atau tiada unsur dirancang bersama si penjual (pemilik produk)? 
 
Dan jika memang dilarang cara sebegitu, adakah dibolehkan jika seseorang itu mengiklankan affiliatenya dengan hanya promosikannya tanpa ada unsur-unsur tambahan seperti mereview semacam dia sendiri sudah membelinya (walhal, sedangkan tidak)? Sebagai contoh, ajak visitor klik link tertentu pada banner yang diiklankan, dan jika visitor itu berminat, beli dengan link affiliatenya. 
 
Harap sangat-sangat agar dapat makluman daripada Ustaz berkenaan soal ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by hatta, on 27-05-2009 11:59, IP 60.54.83.106, Guest
13. Hukum lelong di ebay
Assalamualaikum ustaz, 
terima kasih di atas penerangan ustaz. Dari apa yang saya faham dari artikel ustaz, ini bermakna saya bOLEH MENJUAL barang di ebay kerana ia adalah di luar kuasa saya bahawa pembeli membayar menggunakan PayPal atau kad kredit konvensional dan saya TIDAK BOLEH MEMBELI barang dari e Bay kerana cara pembayarannya adalah haram. 
Adakah betul apa yang saya faham ini ustaz?Boleh tolong ulas? 
 
terima kasih
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by zam, on 26-05-2009 22:17, IP 60.53.154.187, Guest
14. hukum Wemma
8) Salam ustaz dan semua. 
Saya adalah seorang 'pengebay'.terima kasih atas info oleh ustad.saya ada 2 soalan : 
1.jika kita keluarkan duit paypal melalui kad debit yang dikeluarkan oleh bank konvensional macamana?kad ini tak dikenakan apa2 cas ataupun faedah (kalu salah bagitau)tlg jelaskan.. 
2.apa hukum join WEMMA ni saya tengok dah ramai join dan dapat banyak duit darinya.. 
wassalam..thanks
 
» Reply to this comment...

Posted by sham, on 23-04-2009 16:17, IP 60.48.44.99, Guest
15. ms
Terima kasih ustaz kerana persoalan berkenaan dgn ebay dan swoopo yg bermain di kepala akhirnya terlerai. 
 
Namun, saya amat tertarik dengan soalan En Herry. Ini kerana saya telah lama terlibat dengan urusan pembelian tender dokumen dgn pihak kerajaan yg pada hemat saya sama seperti mencuba nasib. 
 
Dokumen dibeli sekian harga. Jika saya menang, maka projek itu saya dpt. Jika saya gagal alamat wang pembelian dokumen hangus begitu sahaja. 
Terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by Hanie, on 23-04-2009 10:56, IP 60.48.118.131, Guest
16. Vemma - MLM
Salam. Baru mencuba menyertai MLM (Vemma) tapi hati saya tak tenang, entah kenapa terlalu tidak tenang sedangkan `wang besar' sudah di depan mata. Istikharah & solat hajat, minta Allah tunjuk sbb Dia Maha Mengetahui. Satu hari, saya melayari internet & tiba2 tergerak menaip `Zaharuddin' di yahoo search. Saya baca penerangan ustaz tentang MLM. Hati makin gelisah, dlm masa yg sama duit sudah nak masuk. Saya pulang awal dari kerja, kaki tergerak ke kedai buku MPH. Buku pertama yg saya nampak adalah buku Ustaz Zaharuddin di pintu masuk MPH, terkandung isi yg sama tentang MLM. Hati saya dah berdetik. Kaki saya melangkah sendiri ke satu sudut, saya berdiri di satu rak buku dan amat menyedihkan, di hadapan saya sekali lagi saya `dinampakkan' dengan buku Ustaz Zaharuddin yg berbahasa Inggeris! Subhanallah, Maha Suci Allah.. inilah petunjuk yg saya nanti2kan.. 3 kali Allah tunjukkan.. tunggu apa lagi. Saya keluar dari situ & terus membatalkan keahlian saya & batalkan segala pesanan & bonus saya... satu keputusan yg amat berat utk saya buat sbb ia melibatkan ramai downlines yg mengharap pada saya... Tapi saya yakin, Allah akan gantikannya dgn rezeki yg lebih baik, lebih bersih.. ataupun dlm doa saya, gantikanlah peluang keemasan saya itu dgn Iman & Islam.. itu sudah memadai.. Amin.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by moahamad herry, on 22-04-2009 16:57, IP 115.134.223.151, Guest
17. Persoalan Swoopo Dan Tender
Asslamualaikum,  
 
Ustaz, saya dah baca artikel Ustaz berkenaan ebay dan Swoopo, dan ada kebenaranya.  
 
Cuma apabila diperhatikan ..konsep Swoopo dan Sistem pembelian tender di Malaysia yg diamalkan oleh kerajaan mempunyai bentuk yang lebih kurang sama.. dimana seseOrg/company yg hendak masuk tender itu perlu membeli tender tersebut pada harga yg agak tinggi ada yg mencecah ribuan ringgit.  
 
Dan sekiranya gagal, wang itu dikira hangus. Adakah ustaz bersetuju dgn pendapat ini ? Dan adakah sistem pembelian tender ini juga jatuhnya haram dari segi hukum ? TQ 
 
UZAR : Pertanyaan yang baik dan realiti, namun saya perlu kaji terlebih dahulu adakah ia benar2 sama dengan konsep swoppo dan apakah gambaran sebenar konsep tender berbayar ini. anyway, terima kash kerana bertanya soalan yang relevan ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnu ahmad, on 20-03-2009 15:52, IP 60.54.22.79, Guest
18. Menjual Duit Paypal
Salam Ustaz, 
 
Macam ini ust, duit paypal boleh diambil dgn dua cara, samaada kita keluarkan melalui kad debit@kredit dan menjualnye kpd org malaysia yg mahukan duit US dlm bentuk Paypal, ramai yg menjual duit ini dgn menunggu duit RM dibayar dulu kemudian baru dipindah nilai paypal itu atau sebaliknya. 
 
Soalan saya, adakah bila kita menjual duit Paypal kpd sesorang itu utk mendapatkan duit dlm RM, tidak boleh dlm masa tertangguh sebagaimana hukum pertukaran matawang yg ust telah terangkan? 
 
Jika hukumnya sama dgn pertukaran matawang itu, bagaimana cara yg dibolehkan? 
 
UZAR : ia BOLEH dijual dengan syarat nilai yang sama dan serah terima juga pada waktu yang sama. Tidak bertangguh melebihi 3 hari.
 
» Reply to this comment...

Posted by adnin, on 26-02-2009 20:22, IP 114.153.122.179, Guest
19. lemah ilmu
:) Assalamualaikum ustaz, maaf saya tertarik dengan kata ustaz berkenaan Jika ia adalah kad yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran melalui pay pal turut haram.Bolehkah ustaz terangkan maksud kad yang dikeluarkan secara konvensional.Saya kurang faham berkenaan perkara itu.Maaf... 
 
UZAR : Maksudnya, ia bukan kad kredit yag dikeluarkan oleh bank-bank Islam
 
» Reply to this comment...

Posted by cikdah, on 26-02-2009 20:18, IP 58.27.115.84, Guest
20. Kad Kredit
Ustaz, 
Kebanyakan kad kredit yang diguna pakai oleh non-muslim (termasuklah antarabangsa-dalam kes ebay) adalah konvensional. Bolehkah kita berurusniaga dengan mereka kerana memang itu yang mereka ada. Jika tidak, terpaksalah kita buat syarat, bayaran haruslah cash dalam urus niaga. Apa pandangan ustaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by roziana, on 16-02-2009 08:19, IP 60.50.173.205, Guest
21. The Legality of Online Investment
Assalammualikum ustaz, 
Saya seorang pelajar IPTA, ingin sgt hendak mengetahui tentang online investment dr perspective islam.Samada halal atau tidak.Di harap ustaz dpt menjelaskan dgn mendalam.Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by irwan.dahnil, on 20-01-2009 10:08, IP 203.82.91.34, Guest
22. Kad kredit konvensional
Salam Ustaz, 
 
Terima kasih diatas informasi ini. Banyak yang saya tidak tahu. Insyallah akan dibersihkan segera sumber pendapatan dari ebay ini selepas ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by naadherah, on 19-01-2009 18:26, IP 77.245.6.249, Guest
23. minta izin
salam ustaz, 
 
saya ingin minta kebenaran ustaz untuk ambil artikel ni sebagai latihan mengedit. saya juga sertakan ceramah ustaz mengenai riba dlm artikel tersebut. 
 
sekiranya artikel tersebut disiarkan saya akan maklumkan kepada ustaz inshaAllah. 
 
Jazakallah khairal jazaa. 
wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Fadly, on 18-01-2009 17:07, IP 203.82.79.2, Guest
24. boikot israel
salam uzar & semua, 
Maaf saya mencelah dalam topik ini. 
saya nak bertanya pandangan uzar berkenaan 'boikot' membeli barangan yang diwar2kan sebahagian dana disalurkan kepada israel. 
 
Sekarang, ramai orang mengatakan kita jangan makan di KFC, McD dan lain2 tempat. Begitu juga membeli belah di pasaraya besar seperti TESCO, kerana begitu banyak sumber2 info yang mengatakan TESCO juga salah satu sumber dana untuk israel. 
 
Kita sebagai pembeli dan pekerja yang bekerja di tempat2 seperti diatas. 
Apa pandangan UZAR berkenaan hal ini?
 
» Reply to this comment...

Posted by penjual ebay, on 18-01-2009 14:01, IP 60.51.20.165, Guest
25. paypal
Assalammualaikum ustaz, 
 
Saya harap agar ustaz dapat membuat artikel khas mengenai hukum paypal. Ini adalah disebabkan ramai peniaga internet terutama di Malaysia yang beragama islam menggunakan paypal sebagai medium pembelian dan pembayaran. 
 
Mengenai di ebay pula, saya tidak boleh pastikan pembeli membeli melalui kad kredit konvensional atau tidak. saya akan cuba cari alternatif lain. 
 
Sekali lagi saya berharap agar ustaz membuat artikel khas dalam blog ini atau buku terbaru ustaz. Ramai dah yang kaya raya menjual di ebay antarabangsa menggunakan paypal sebagai mediumnya. 
 
sekian 
 
UZAR : InshaAllah, berkenaan hal 'tak boleh nak pastikan pembeli guna kad kredit apa', telah saya nyatakan ia harus dan di obligasi penjual.
 
» Reply to this comment...

Posted by jasmin, on 18-01-2009 11:52, IP 203.126.25.16, Guest
26. lelong.com.my
salam ustaz, 
 
bagaimana pula dengan lelongan di lelong.com.my? pada pandangan kasar saya konsepnya sama dengan ebay. 
 
UZAR : jika sama dan semua syarat2 yang dinyatakan dipenuhi..tentunya hukumnya adalah sama.
 
» Reply to this comment...

Posted by khairi, on 17-01-2009 18:08, IP 222.124.203.13, Guest
27. beli tiket flight pula?
slm.ustaz 
apakah kad kredit konventional? 
 
apakah hukum membeli tiket flight scr online dengan card credit? 
tq 
 
UZAR : kredit kad konvensional = kredit kad riba yang dikelaurkan oleh bank . sila buat carian berkenaan kad kredit di web ini. 
 
haram..jika kad kredit konvensional
 
» Reply to this comment...

Posted by penjual ebay, on 17-01-2009 17:26, IP 118.100.200.176, Guest
28. lelong di ebay
Assalammualaikum ustaz, 
 
Saya menjual di ebay antarabangsa dan saya menerima pembayaran melalui paypal, Bagaimana hukum hasil yang saya perolehi dari pembayaran keatas barang yang saya jual tadi? 
 
UZAR : Hukumnaya sebagai yang telah saya huraikan dlm artikel. Jika penuhi syarat2 itu, ia dikira halal
 
» Reply to this comment...

Posted by Kamarulz, on 17-01-2009 16:13, IP 60.54.124.22, Guest
29. Syukran
Terima kasih atas penerangan yg jelas ni..Ustaz saya nak bertanya.. Apa Beza antara UIRAH dan BAI INAH? Misalnya, Kad Kredit CIMB ISLAMIC BANK menggunakan konsep UIRAH manakala Kad Kredit BANK ISLAM MALAYSIA menggunakan konsep BAI INAH..so apa beza antara UIRAH dan BAI INAH dalam hal kad kredit? Mana yg lebih baik utk kita sbg pengguna? dan mana yang lebih kurang shubahah? Terima kasih atas penerangan ustaz 
 
UZAR: Ujrah atau Uirah yang sdr maksudkan, jika yang pertama memang wujud dan konsep itu diamalakan oleh Kuwait Finance House Kuwait dan Qatar Islamic Bank. amun setelah saya meneliti terma dan kondisinya, konsep ujrah amat sukar utk laku jika dibuat di Malaysia. 
 
Bai inah, saya ada ulasnya dalam buku terbaru saya yg sedang dalam penerbitan oleh Telaga biru
 
» Reply to this comment...

Posted by madidlife, on 17-01-2009 08:32, IP 202.184.124.13, Guest
30. matawang
ustaz, camne pulak kalau jual matawang lama atau matawang yang mempunyai no. bersiri yang menarik?
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom