Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 72 guests online
PDF Print
User Rating: / 4
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 19-01-2009 07:11
Views 5272    
Favoured 20

Hukum Tanpa Syarat

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Apa hukum demonstrasi, ustaz?

Apa hukum sambutan hari jadi?

Apa hukum forex tanpa leverage?

Apa hukum jual barang ini?

Bolehkah kita makan ayam Mcdonald dan KFC?

Saya nak jama' solat kerana tersekat jem di jalan raya, boleh ke?

Bagaimana kalau saya solat fardhu dalam kereta sahaja kerana di United Kingdom ni mungkin bahaya solat kat tempat awam, nanti depa tuduh terrorist?

Boleh kan jika saya tayammum guna batu?

Saya masih pelajar tapi saya mesti berdakwah, wajibkah ?

Saya masih di tahun ketiga universiti tetapi nak berkahwin, ok ke nak kahwin semasa belajar?

Ustaz, saya nak berpoligami dan ada kemampuan, kira ok le kan ustaz?

Saya nak pergi haji walaupun ada hutang, boleh tak?

Saya terpaksa berkongsi rumah dengan pelajar wanita di sini kerana kos hidup di Uk terlalu tinggi, ia darurat, boleh betul tak ustaz?

Menyertai skim perniagaan MLM boleh tak ?

Imam Ghazali kata semua alat muzik boleh main, so saya nak masuk kelas gitar boleh kan ustaz?

Dan seribu satu macam soalan lagi yang diajukan..

 

quranbunga.jpg

 

PERSOALAN & PUNCA

Bagaimana sebenarnya jawapan yang penyoal ingin dengar dan apa sebenar kandungan jawapan yang ingin pemberi jawapan beri faham, ia seringkali tersasar.

Salah siapa? Penyoal yang hanya memikirkan jawapan yang ingin didengari atau pemberi yang kurang cekap dan berhati-hati?

Lebih elok tidak menuding jari namun perlu mencari beberapa punca kefahaman jawapan tersasar.

Dari senarai panjang sebab musababnya, ada yang timbul dari pemberi jawapan dan ada yang datang dari penyoal. Namun bagi tidak menulis panjang lebar, ingin saya pilih SATU sahaja sebab dan diulas secara ringkas

MASALAH DARI PENYOAL

Satu trend kurang sihat yang saya kerap lihat sejak dahulu hingga sekarang adalah desakan dan keinginan penyoal kepada jawapan ringkas dan mudah seperti :-

Jawapan kepada soalan saudara adalah hukumnya : Haram dan full stop!.

Atau Harus dan full stop!.

Atau sunat dan full stop!.

Atau Wajib dan full stop!.

Atau Makruh dan full stop!.

Sedangkan, soalan yang diberikan mungkin bersifat umum, tidak jelas, ayat tergantung dan pelbagai lagi. Justeru, sekiranya soalan yang diutarakan tidak termasuk dalam kategori umum, masih timbul masalah iaitu CARA BERFIKIR dan MINDA penyoal semasa membaca dan menerima jawapan.

Saya dan beberapa rakan yang kerap membantu merungkaikan permasalahan agama dari orang ramai sentiasa BERUSAHA memberikan sesuatu yang baru kepada minda umat Islam serta memberi jawapan yang spesifik sesuai dengan keadaan dan latarbelakang soalan. Kami cuba mengelak dari memberi jawapan ringkas tanpa huraian dan syarat.

Huraian dan pemberitahuan berkenaan syarat-syarat bagi sesuatu hukum amat penting agar kefahaman penyoal jelas bukan setakat kepada soalan yang ditanya sahaja, tetapi melangkaui pelbagai persoalan lain dalam situasi yang berbeza. Ia penting bagi menambah kemampuan masyarakat untuk mengerti status hukum di masa akan datang tanpa perlu merujuk semula kepada pemberi jawapan.

Bagi mencapai objektif ini, sudah tentu kami ingin mulakan dari  individu yang masih punyai keinginan untuk bertanya pandangan Islam dalam kehidupannya. Iaitu mereka yang masih yakin dengan halal dan haram, dosa dan pahala.

Kami akui, sebahagian besar dari kumpulan yang punyai benih iman ini punyai minda yang lebih cenderung inginkan jawapan ringkas seperti salah satu dari lima hukum yang disebut di atas.

Minda sebegini perlu diubah, ini minda yang sefesyen dengan minda ingin cepat kaya, cepat faham, cepat lulus, cepat segala-galanya. Ia bukan dari kaedah tepat dalam memahami dan mempelajari ilmu. Ia lebih mudah membawa kesilapan faham.

SYARAT DILUPAKAN

Jawapan dari ilmuan Syariah yang baik BIASANYA akan disertai dengan ulasan dan syarat-syaratnya. Perlu diingat hukum dengan mudah boleh berubah apabila sesuatu syarat tidak dipenuhi atau situasi berbeza.

Hampir semua suruhan dan larangan dalam Islam mempunyai syaratnya. Ia fenomena lumrah dalam hukum hakam agama. Maka tidak lengkap pengajian tanpa mempelajari dan meneliti syarat. Sesuatu perbuatan baik seperti solat mungkin sahaja ditolak tanpa ditunaikan syaratnya.

Firman Allah berkenaan arahanNya kepada Nabi Adam a.s :

وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلاَ مِنْهَا رَغَداً حَيْثُ شِئْتُمَا وَلاَ تَقْرَبَا هَـذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الْظَّالِمِينَ

Erti : Dan Kami berfirman: ""Hai Adam diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim ( Al-Baqarah : 35 )

Lihat, kebenaran yang diberikan oleh Allah untuk menginap di Syurga, namun masih ada syarat dan larangannya. Tanpa penelitian kepadanya,  akan jatuhlah dalam larangan.

Juga sabdaan Nabi s.a.w :-

صلّوا كَمَا رَأيْتُمُوني أصَلّى

Ertinya : Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku menunaikan solat" (Riwayat Al-Bukhari)

Perkataan ‘sebagaimana kamu melihat aku solat' adalah syarat dan tuntutan untuk setiap individu Muslim mempelajari dengan hampir hadis-hadis berkenaan cara Nabi solat, jika tidak mampu fahami secara terus, melalui fatwa ulama Syafie atau lainnya. [1]

Apa yang penting, kalau solat secara semborono tanpa ilmu, tanpa fahami syarat dan tuntutannya. Ia bukanlah solat seperti yang didirikan oleh baginda Nabi s.a.w dan diarahkannya.

NAMA TANPA ISI

Satu kontrak halal dalam perniagaan seperti jual beli secara Al-Murabahah boleh dengan mudah menjadi Murabahah yang HARAM apabila syaratnya dilanggari.

Demikian juga kontrak pelaburan Islam seperti Mudarabah yang cukup popular, kerap kali disalahgunakan kerana penganjur dan pelaburnya tidak membaca syarat sah bagi kontrak Mudarabah.

Akhirnya tinggal nama tanpa ruh.

Demikian orang Islam tanpa meneliti syarat sebagai seorang Muslim, mereka hanya akan menjadi beban kepada Islam. Merosakkan imej Islam di mata penganut agama lain. Mengapa?! Kerana tidak meneliti dan memahami syarat seorang Muslim.

Namun masalahnya, senarai syarat ini kerap kali dilupakan, ditinggalkan dan tidak diendahkan, sehingga seseorang boleh beramal dengan salah kerana tidak meneliliti syarat dalam jawapan yang diberikan.

Fatwa hebat dari dua tokoh ilmuan seperti Imam Abu Hamid Al-Ghazali dan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi berkenaan muzik turut menjadi mangsa salah faham dan sikap malas pembaca syarat bagi hukum.

Benar, memang benar kedua-dua  mereka memberi fatwa harusan mengunakan alatan muzik dari jenis apa pun. Namun terlalu ramai yang membaca fatwa dan pandangan ini mengutip 10 % dari fatwanya lalu meinggalkan bakinya. Mereka hanya mengambil hukum HARUS, tanpa membaca dengan teliti BILAKAH YANG DIKATAKAN HARUS ITU, dan bila pula ia bertukar menjadi HARAM.

Malangnya, dengan kelemahan itu, mereka mengambil dan menyebarkan fatwa HUKUM HARUS MUZIK, sambil melupakan bahwa kedua-dua tokoh tadi meletakkan syarat-syarat yang mesti diambil kira bagi sesiapa sahaja yang ingin beramal dengan fatwa mereka.

Tanpa melihat syarat, seseorang sebenarnya telah salah dalam pengambil fatwa kedua tokoh terbabit, lebih salah lagi apabila menyebarkannya.

Inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ni. Ramai yang ingin fatwa mee segera dan melupakan syarat. Mereka hanya ingin baca apa yang mereka INGIN baca bukan fahami apa yang pemberi jawapan inginkan mereka FAHAM.

Baru-baru ini, saya menulis pandangan berkenaan hukum membeli dan menjual melalui web ebay. Kesimpulan harus dengan syarat-syarat. Namun pastinya sudah ada yang mula menyatakan harus dengan melupakan syarat.

Saya nyatakan system perniagaan yang diamalkan oleh Jainetwork sebahagiannya mengikuti kaedah bai inah, namun begitu syarat-syaratnya dan perkara lain yang perlu diambil perhataina adalah...panjang huraian saya. Tiba-tiba diwarwarkan saya mengatakan Jainetwork halal dan full stop.!

Demikian juga bagi mereka yang membaca hukum Onani yang difatwakan oleh Syeikh Al-Qaradhawi, tetapi melupakan syarat-syaratnya.

Yang sama dalam hal MLM, apabila saya katakan syubhat atau haram, mereka lupakan bahawa saya sertakan beberapa sebab dan bentuk yang menyebabkan ia jatuh haram atau syubhat. Dipukul rata semuanya haram  dan disandarkan kepda nama saya. Demikian juga halnya dalam isu Forex dan halnya hokum solat dalam kenderaan, jama' solat bukan kerana musafir, makan makanan ahli kitab dan macam-macam lagi.

MAKIN ROSAK

Habis..akibatnya ramai yang sesuka hati menceduk fatwa dan pandangan ilmuan separuh-separuh. Mereka menyangka mereka telah menjadi baik tetapi kejahilan akhirnya menyebabkan lebih banyak kerosakan.

Apabila fenomena ini berkembang, ia menjangkiti ilmuan Syariah yang baru terjun dalam bidang konsultasi hukum kepada orang awam dan juga generasi veteran yang sudah lama. Akibat kecenderungan awam yang ingin ringkas dan pendek. Jawapan hukum turut menjadi pendek dan ringkas, kononnya memudahkan, tetapi hakikatnya mengelirukan dan menjauhi proses pendidikan sebenar.

Ilmuan menjadi semakin malas, hingga fatwa turut malas dibuat huraian, lebih malas untuk digariskan syarat-syarat itu ini. Kononnya agar tidak mengelirukan orang awam dan memeningkan mereka.

Ye, ia mungkin boleh memberikan kemudahan jangka pendek tapi kemudaratan jangka panjang!.

Buku hukum dan fatwa pun jadi pendek dan ringkas, tanpa syarat, tanya satu baris, jawapan pun satu baris..memudahkan bukan?. Tidak semua yang pendek dan ringkas itu mudah, ia pasti membawa pelbagai takwilan dan tafsiran sendiri oleh pembaca.

Ilmuan tidak wajar terikut dengan kehendak orang ramai, sepatutnya mereka yang mencorakkan pemikiran orang ramai agar lebih rajin dan teliti. Bayangkan betapa telitinya Imam Syafie, Imam Abu Hamid Ghazzali, Imam Nawawi dan ramai lagi dengan buku mereka berpuluh malah beratus jilid. Ilmuan berlumba-lumba mengarang kitab yang terperinci dan ada pula yang ringkas tapi padat dengan syarat dan nasnya. Skill penulisan dan pemilihan syarat dan nas serta persembahan adalah ditagih.

ISLAM AJAK KITA TELITI DAN RAJIN

Allah s.w.t berfirman :-

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ

Ertinya : "Ketahuilah (pelajarilah dengan ilmu jelas), sesungguhnya Tiada Tuhan Melainkan Allah dan kemudian pintalah ampun bagi dosamu, dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu" (Muhammad : 19 )

Ini satu nilai yang mesti kita faham, bagi sesiapa jua yang ingin melaksanakan Islam dalam dirinya dengan berkesan, mereka tidak boleh malas membaca dan berfikir dan seterusnya menghayati.

Saya bimbang jika trend ambil ringkas, pukul rata ini digunakan..akhirnya umat Islam akan semakin lembik, lembap dan hanya memberikan penelitian dalam hal keduniaan, penelitian dalam hal akhirat dianggap membebankan lalu ditinggalkan. Lebih teruk apabila dalam kedua-duanya tidak teliti.

Selain itu ia juga boleh mencetuskan salah faham antara satu ilmuan A dengan ilmuan B atau C, D dan lainnya. Salah faham akibat, seorang atau sekumpulan awam menyampaikan kepada ilmuan B,C dan D, bahawa ilmaun A berkata hukum ini halal, itu haram, dan meninggalkan huraian dan syarat-syaratnya. Ilmuan B,C dan D pula merasakan sebaliknya, lalu tanpa fikir panjang akan dicemuh ilmuan A dengan kata-kata nista dan penghinaan. Orang awam terus keliru  atau menjadi berpecah dan menyampaikan cemuhan dari seorang ke seorang yang lain, akhirnya ilmuan bertempur sesama sendiri akibat miscommunication antara sesama mereka.

Saya kerap membaca dan melihat pertempuran antara beberapa individu berkenaan hukum Islam sedangkan sebenarnya mereka sama  pendapat, Cuma akibat keegoan masing-masing serta tidak ingin merujuk kepada sumber asal dan tidak membaca dengan hati bersih dari sangka buruk, mereka bertempur hingga pastinya digoda Syaitan untuk menunjuk "aku lebih alim", bukan untuk mencari kebenaran.

Antara puncanya, tidak membaca syarat-syarat yang diletakkan oleh masing-masing, sehingga A bercakap berkenaan ‘Tasek', ilmuan B bercakap tentang ‘Sungai'. Kedua-dua mereka menyangka sedang berdebat berkenaan topik masing-masing, ia mungkin berpunca akibat pembaca yang malas merujuk kepada syarat dan huraian.

AKHIRNYA

Saya menyeru diri saya dan rakan-rakan pendakwah yang berkecimpung dalam bidang memberi nasihat dan jawapan dalam hal ehwal agama kepada masyarakat untuk mengasah skill memberi jawapan.

Saya menyeru pembaca jawapan keagamaan agar lebih rajin dan meneliti syarat yang disertakan bersama sesuatu hukum.  Moga kita berjaya berhijrah dari yang kurang baik kepada baik, yang baik kepada yang lebih baik. Amiin

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

18 Jan 2009

 

 

 

 

 

 

 

 

 



[1] Mughni al-Muhtaaj, Khatib ash-Sharbini, 1/210 (Daar al-Fikr Pub.)


Last update: 20-01-2009 00:07

Published in : Soal Jawab, Peribadi, Tazkirah & Fikir
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (6) RSS feed comment
Posted by Guest, on 06-02-2009 23:48, IP 124.13.143.3, Guest
1. Bertanyalah Secara Bertanggungjawab
Ya betul! 
 
Kengkawan, bertanyalah secara bertanggungjawab. Jangan mengharapkan ikan, mintalah pancing. 
 
Sampai bila nak bergantung kepada mereka yg berpendidikan formal untuk mentafsir kehidupan kita.  
 
Zaman nabi dan sahabat, mereka semua tiada degree Shariah. Tapi berkat didikan Rasulullah, daripada puak Badwi sampailah ke bakal khalifah, mereka ada sahaja kisah yang menunjukkan walaupun mereka jelas dalam mentafsir kehidupan mereka berlandaskan ajaran Islam. Dan ya, bila tidak tahu mereka bertanya, dan mereka bertanya dengan bertanggungjawab. 
 
 
Kita nak andaikata UZAR kena gam dari blogging (boleh ke blogger digam?), ramai anak didiknya, pelapisnya, yang boleh meneruskan perjuangan UZAR. 
 
 
Kita mahu seperti Hamas di Palestin, Sheikh Ahmad Yasin mati dibunuh, pelapis tumbuh bagaikan cendawan. 
 
 
Bertanyalah secara bertanggungjawab. Kalau nak tau "Makan katak halal ke haram?", busuk2 tanyela "Kenapakah makan katak tu haram di sisi Islam? Apakah dalil yang mengharamkan makan katak?" 
 
Hukum bersyarat juga sgt penting difahami. Bila ada yang mengharuskan ASB, ketahuilah bahawa ASB tu harus bersyarat. Kalau syaratnye valid sampai skarang, haruslah ia. Kalau tak valid anymore, kembalilah kpd hukum asal. Tak perlu diulas, sudah berbuih UZAR explain.
 
» Reply to this comment...

Posted by MD Salleh, on 20-01-2009 21:55, IP 118.101.111.166, Guest
2. bolehkan ini diamalkan
Assalamualaikum w.w. 
Ustaz Bolehkah ini diamalkan. Sila buat penjelasan ke email saya. 
 
Assalamualaikum w.w. 
  
SENJATA PALAING CANGGIH DI DUNIA ADA PADA UMAT ISLAM 
  
Kekejaman bangsa yahudi (Israel) kepada umat Islam Palestin hanya boleh di selesaikan dengan menggunakan senjata paling canggih di dunia, dimana senjata ini ada pada umat Islam. 
Senjata yang paling ampuh adalah doa kepada Allah s.w.t. Doa ini mempunyai kaedah tertentu untuk dipatuhi memudahkan ianya di kabulkan oleh Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
  
Oleh itu di sini saya menyarankan agar seluruh umat Islam di seluruh dunia sama-sama melaksanakan doa ini, insya Allah dengan kesatuan hati dan tekat seluruh umat Islam,penderitaan rakyat Palestin dapat dihentikan / dikurangkan dan pengajaran yang sungguh dahsyat akan diterima oleh bangsa Israel yang kejam dan bertindak diluar batas kemanusiaan. Usaha-usaha murni lain yang sedang berjalan perlu diteruskan seperti pungutan Derma kilat, sholat hajat, usaha diplomatik oleh pihak kerajaan dan NGO dan sebagainya. 
  
Saranan saya dibawah ini adalah merupakan bacaan Surah YASIN dan DOA kepada Allah s.w.t. yang Maha Rahman dan Maha Rahim. 
  
Cara-caranya adalah seperti dibawah ini: 
  
1. Membaca surah Yasin (Sekali, 3X atau 7X )setiap hari sebaiknya selepas Sholat fardh, ketika sampai ke ayat perkataan 'MUBIN' ( dimana terdapat 7 MUBIN pada surah YASIN iaitu pada penghujung ayat yang ke 12, 17, 24, 47, 60, 69 dan 77) berhenti membaca dan letakkan jari telunjuk anda pada ayat MUBIN tersebut sambil berdoa " YA ALLAH MATIKANLAH RAKYAT ISRAEL SERAMAI RAKYAT PALESTIN YANG TERKORBAN, CEDERAKAN LAH RAKYAT ISRAEL SERAMAI RAKYAT PALESTIN YANG TERCEDERA DAN TIMPAKANLAH PENDERITAAN KEPADA RAKYAT ISRAEL SEBAGAIMANA PENDERITAAN YANG DIRASAI OLEH RAKYAT PALESTIN" ( Ketika doa ini dibaca kusyu'kan fikiran anda dan bayangkan wajah-wajah bangsa Yahudi yang zalim yang akan menerima pembalasan dari Allah s.w.t.. doa untuk ini tidak boleh melebihi batasan). 
  
2. Pada setiap malam jumaat selama 3 minggu berturut-turut ( iaitu pada 22 Jan, 29 Jan dan 5 Feb. 2009) seluruh umat Islam di syorkan membaca surah YASIN di masjid secara berjemaah selepas sholat Maghrib dan bacaan dipimpin oleh Imam masjid berkenaan. ( Bacaan mestilah di ulangi sebanyak 7X dan cara bacaan dan doa seperti di atas.) 
  
Beberapa perkara di bawah ini perlu di ambil perhatian kepada seluruh umat Islam yang ingin berdoa menggunakan kaedah ini agar doa kita dengan mudah diperkenankan oleh Allah s.w.t. 
  
1. Tinggalkan semua aktiviti-aktiviti maksiat. 
2. Kerjakan sholat Fardhu Lima waktu tepat pada masanya dan berjemaah. 
3. Perbanyakkan ucapan Istighfar, doa Nabi Yunus dalam perut ikan (300 x) 
4. Perbanyakkan sholat sunat, doa dan zikir, puasa sunat serta perbanyakkan membaca kitab suci Al-qur'an. 
5. Perbanyakkan sedekah kepada yang memerlukan. 
6. Taatilah kedua orang tua dan berdoalah untuk keselamatan mereka di alam kubur jika mereka telah meninggal dunia. 
7. Kita hendaklah menanamkan keyakinan yang tebal dalam diri kita, sesungguhnya Allah s.w.t. memperkenankan doa kita. 
  
Saya mengajak dan merayu kepada umat Islam seluruh dunia, marilah kita sama-sama menggunakan senjata paling canggih ini untuk memberi peringatan kepada musuh-musuh Islam khususnya bangsa Yahudi (Israel) ini. 
Semoga usaha kita yang tidak seberapa ini jika dibandingkan dengan penderitaan rakyat Palestin mendapat Tawfiq da Hidayah Allah s.w.t. dan semoga hidap dan mati kita dalam keadaan mentaati perintahNya. Amin Ya robbil 'Alamin. 
  
(Forwardkan email ini dan terjemahkan kedalam pelbagai bahasa yang anda ketahui ) 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah, on 20-01-2009 13:04, IP 60.49.71.187, Guest
3. Komen
Assalamualaikum ustaz, 
 
Terima kasih kerana tidak jemu2 mencurahkan ilmu dan semoga segala usaha Ustaz mendapat ganjaran dan kebaikan dari Allah swt. 
 
Konsep halal / haram sebenarnya tidak dapar lari dari syarat2 yang telah ditetapkan. Umat Islam mesti rajin berfikir dan membuat sedikit kajian.  
Contohnya daging lembu itu halal dimakan tapi syaratnya mestilah disembelih terlebih dahulu. Daging lembu yang disembelih tapi lembunya dicuri pula tentulah haram. Lembu yang dibeli secara sah, disembelih, tetapi dibeli menggunakan wang rasuah tetap juga haram. Begitulah juga perbandingan yang perlu dibuat sebelum kita meletakkan hukum sesuatu perbuatan.
 
» Reply to this comment...

Posted by farit, on 19-01-2009 16:09, IP 115.133.11.34, Guest
4. tentanng jual beli,
salam uzar,sy pernah tanya soalan ini dulu tapi mugkin tak sampai kat uzar, macam ni..sy sebagai peniaga setiap harga barang boleh di tawar menawar,contoh 1 barang 55 ringgit,boleh kurangkan sampai 45 ringgit atas permintaan pelanggan,apakah hukum nya sekira nya saya menjual 1 barang itu dengan tidak sama harga nya?contoh..sy menjual kepada si (a)dgn harga 50 ringgit,tp kepada si (b) pula sy menjual 45 ringgit,adakah itu dosa?harap uzar boleh huraikan
 
» Reply to this comment...

Posted by zai alif kaf ya, on 19-01-2009 12:30, IP 60.49.81.202, Guest
5. saya setuju
saya setuju dengan pendapat ustaz.ramai dikalangan penyoal dan pemberi jawapan ambil mudah tentang soal ni.wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by eleyna, on 19-01-2009 08:38, IP 202.75.4.136, Guest
6. MALAS
salam.. 
betul tu UZAR..manusia sekarang serba serbi malas. Maklumlah teknologi makin berkembang hehe..semua nak yang ringkas dan memenuhi kehendak sendiri. Tak kira la dalam mencari harta mahupun ilmu. Biasa la tu kalau dah amalkan prinsip kos lepas secara berlebihan. 
 
Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita daripada penyakit malas. 
 
Segala yang baik datangnya daripada ALLAH swt dan segala yang buruk dan yang lemah itu adalah datang daripada kita sendiri.
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom