Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi
satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha,
Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum
Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).
Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini
berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
Malaysia. Namun kaedah dan implementasiASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf
PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.
Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.
Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.
Anda mungkin berkata,
"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"
Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.
Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialistdan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan
kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini
Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam
nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi
kandungan surat.
Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan
TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai
kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.
Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu
berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil
inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis
Syariah SC, Malaysia.
Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan
diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua
artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.
Posted by m.hafdi, on 03-08-2010 18:07, IP 203.82.94.37, Guest
2. PELABURAN EMAS
pada pandangan saya mari kita menyimpan dala bentuk emas seperti syiling emas, jongkong emas, dinar & barang kemas. ini kerana mengikut graf yang ditunjukkan oleh www.kitco.com kenaikan tahunan melebihi 20% yang mana lebih tinggi dari asb
Posted by student, on 23-07-2010 17:53, IP 120.140.92.15, Guest
4. PENING
Asslamualaikum ustaz...... mengapa dan bagai mana hendak memilih salah satu tanggapan satu ni kata haram dan satu lagi harus.sedangkan kedua-duanya berpandukan al-quran dan as-sunnah?..sebab saya banyak mengikuti masalah seperti ini ESQ satu pihak kata haram satu lagi kata tidak. Mengapa banyak sangat perkara ini yang boleh menyebabkan umat islam pening.sedangkan islam agama mudah.Ataupun kita boleh ikut yang mana kita nak.Dalam bab apakah yang kita boleh memilih ikut suka hati kita ya ustaz?adakah masalah seperti pelaburan juga boleh?Sebab banyak sangat perbezaan pendapat diluar sana yang sedangkan masalah itu kecil seperti cara solat,amalan zikir,masalah lain-lain lagi.
Posted by Faizal Bukan Ustaz, on 20-06-2010 07:45, IP 203.82.81.61, Guest
7. Bagaimana dengan sumber pendapatan kita.
Hukum Harus Majlis Fatwa. Haram SC.-jawatankuasa Syariah
Mengikut apa yg dikatakan..wujud percanggahan utama kedua-duanya.
tetapi dalam pelaburan sebenarnya semua pelaburan yg ada di Malaysia mempunyai masalah dlm hukum halal haram......
Spt juga mutual fund Pbank atau lain-lain di mana pasaran yg dijalankan adalah tidak menepati syarak...walaupun berasaskan pelaburan Islam..siapa pemilik Pbank...??? asas penubuhan adalah syarikat awalnya dr modal org bukan Islam??? modalnya permulaan...nya masih meragukan. Satu pilihan yg bersih adalah pelaburan emas...shj....
Mengapa terdapat unsur2 sebegini...kerana kita masih dijajah oleh gol. kapitalis....
Sekrang tumpukan kepada pekerja bank sama ada konvensional atau islam adakah gaji mereka halal.....contoh Maybank CIMB atau bank Islam...pada hal bank Islam pun bukan mengkaji sumber wang simpanan pendeposit jika sumber dr judi apa yg akan jd atas simpanan di Bank Islam tersebut... Itu belum lagi yg
Mengikut hujahan yg dijalankan terdapat hujah yg mengatakan kedudukan sekrang adalah dalam keadaan darurat...disebabkan oleh: 1Pasaran ekonomi @ pelaburan dikuasai oleh golongan kafir. .Sekiranya semua dikelaskan itu halal adakah sumber wang yang diperolehi oleh kita itu halal.jika makan gaji gomen bagaimana kita tahu wng cukai arak @ judi diasingkan oleh kerajaaan??? 3.Jika kita berniaga adakah semua yg kita dapat itu wangnya dr sumber halal....apa akan jd jika pelanggan kita merupakan pencuri dan jika terdapat masalah timbang dan sukat adakah wang itu dianggap halal.
Dalam hal ini adalah lebih baik kita menumpukan kepda hukum harus yang difatwakan kerana jika kajian yang dibuat adalah berasaskan situtasi dan pandangan pakar2 yang diiktiraf berdanding Sc yang berdasar dasar yg untuk tujuan pelaburan yang dikawal selia oleh mereka. Maka,adalah kita mengambil pendekatan sederhana...dalam hal sebegini.
Ini kerana terlmpau banyak hukum haram boleh trjadi....jika kita sendiri tidak berwaspada...
Posted by mana satu, on 05-06-2010 10:26, IP 203.82.81.93, Guest
8. mcm2
mengikut penjelasan ustaz terdapat dua pandangan yang berbeza..majlis fatwa mengatakan ASB adalah harus manakala majlis syariah Sc mengatakan ia tidak berlandaskan syariah. percanggahan kedua2 bdn tersebut tlh menimbulkan pelbagai keraguan kpd masyarakat..tdk bolehkah diwujudkan suatu badan bebas yg mengkaji hukum asb..majlis fatwa mempunyai hujah sendiri dan majlis syarih SC mmpunyai hujah tersendiri.sblm membuat keputusan adlha lbh baik dilihat dahulu hujah kedua2 badan berkenaan...di zaman kegemilangan islam dahulu pun terdapat perbezaan pendapat..di mana hndk melabur memg meragukan,....semua produk skrg sgt meragukan hanya title saja peaburan islam tapi kemana dilaburkan diluar pengetahuan kita..atas kertas mgkin dilaburkan scra islam tapi hakikat?????
Posted by puan zue, on 24-05-2010 09:55, IP 118.100.3.127, Guest
9. asb
ustaz......saya ada masalah ngan duit asb arwah ibu saya.secara betul nye duit peninggalannye dalam rm750 sahaja.campur dividen dalam 13k.boleh tak saya gunakan duit tu semua untuk buat haji arwah ibu saya,buat akikah dan kenduri arwah ibu saya.atau saya bahagikan duit2 tu ke adik beradik saya seramai 6 orang.sedangkan arwah belum selesai lagi haji ngan akikahnye.
Posted by OrangLaut, on 19-05-2010 18:43, IP 61.14.139.217, Guest
10. Cubalah Unit Amanah Public Mutual
Assalamualaikum semua,
Tesimakasih atas pendedahan Ustaz tentang ASB/ASN dan SSP BSN. Setelah membaca dan memahami maksud penerangan dari Ustaz, saya dan isteri telah mengeluarkan kesemua wang pelaburan dari sistem pelaburan tersebut.
Alhamdulillah sekarang setelah melabur dalam Unit Amanah (patuh Syariah) Public Mutual saya telah mendapat pulangan pelaburan yang baik. Saya telah mengeluarkan wang simpanan KWSP secara berkala (3 bulan sekali) untuk tujuan tersebut dimana caj ejen nya yang rendah berbanding menggunakan tunai.
Syukur juga sebab mendapat ejen yang bijak dan rajin (anak muda melayu Islam yang saya pilih sendiri). Untuk berkongsi maklumat saja, baru-baru ini salah satu pelaburan unit amanah saya telah memberi pulangan sebanyak 17% tidak termasuk dividen walaupun baru 6 bulan melabur.
Sesungguhnya yang halal dan baik itu disukai dan diberkati Allah. Memetik lagu papa Rock Ramli Sarip, "Jangan kau gusar menjadi papa, kerana beramal". Sekali sekala layan lagu rock berunsur ketuhanan seronok juga, tambahan pula pelaburan yang halal telah berhasil.
Posted by mamat, on 03-05-2010 22:45, IP 115.134.147.119, Guest
11. camne nak kire dividen yg dah dapat?
salam ustaz, sy student, so sejak dari tahun 2002 lg family sy dah labur dalam asb utk sy.. so camne sy nak kire sume dividen yg sy terima dari asb?(since buku baru, so dah ilang record lame) n boleh sedekah kan di masjid kan?
Posted by Mohammad Azri, on 01-04-2010 14:23, IP 58.26.203.5, Guest
12. Dividen & Bonus ASB
Salam ustaz. Saya dah lama kosongkan akaun ASB saya, nak tutup akaun terus tak dibenarkan. Tapi masih juga dapat dividen & bonus untuk tahun lepas. Macam mana dengan wang tu ustaz?
Posted by wandi, on 25-03-2010 11:37, IP 203.106.2.252, Guest
13. maybank ASB Financing-i
As'kum Ustaz,
Saya ingin bertanya berhubung 2 produk islamik yang ditawarkan oleh Maybank. Adakah ianyanya benar-benar berlandaskan syariah Islam ataupun hanya untuk mengelirukan pengguna atas nama Islamiknya.
ASB Financing-i is another form of term financing to purchase ASB unit trust based on Shariah principles of Bay’Al-Inah (sales with immediate repurchase)
Posted by syamsyir, on 04-03-2010 12:43, IP 203.82.94.93, Guest
15. ASB/SC
saya dah email SC & jawapannye kalau ikut link ni dah dibolehkan oleh SC. SC update list ni every month. http://www.sc.com.my/eng/html/
resources/stats/UTF.pdf, cuma bolehkah ustaz ulas berkenaan penggunaan overdraft untuk melabur.overdraft diperolehi menggunakan sijil ASB
UZAR : ish ish, kamu faham tak cara nak baca dokumen pada link tu.? Semua fund yang tiada tanda * yang menunjukkan ia tidak patuh Shariah.
Posted by Wan Faizal Shafi, on 23-02-2010 23:14, IP 118.100.170.173, Guest
18. Update terbaru
Assalamualaikum UZAR, Di sini saya ingin bertanya, ada info terbaru kah berkenaan halal dan haramnya ASB/ASN ini? Mana tahu, mungkin dalam setahun ini pihak ASB/ASN telah membuat perubahan demi perubahan untuk membolehkan dana mereka ini patuh syariah. Terima kasih.
Posted by insan confius, on 05-01-2010 14:39, IP 60.49.81.46, Guest
21. gaji masuk maybank?
salam UZAR, maaf lari topik ckit..camne dengan status duit gaji yang masuk maybank setiap bulan? adakah dividen yg diberi tu turut haram coz ia bank convensional? adakah perlu ubah supaya gaji masuk bank islam?
UZAR : ye, perlu ubah ke bank islam, jika syarikat tak benarkan..buat standing instruction agar setiap bulan ataumtoaik semua wang gaji yang dimasukkan ke dalma akaunmaybank akan terus keluar semula dan masuk ke akauan Islam
Posted by Nurul, on 30-09-2009 18:42, IP 60.50.51.23, Guest
22. Mohon paste artikel dalam blog
Assalamualaikum w.b.t UZAR,
Saya mohon copy paste artikel UZAR esp. berkaitan kewangan islam dan pelaburan ASB serta yang berkaitan dengan shariah compliance dalam blog saya www.gold2rich.blogspot.com demi untuk sharing dan rujukan semua pembaca termasuk diri saya sendiri.
Ramai di kalangan kita yang tercari-cari arah sempadan dalam pelaburan yang halal di sisi Islam khususnya dalam dunia hari ini yang dikelirukan dan dimomokkan dengan pelbagai jenis pelaburan yang cepat pulangan tapi akhirnya tak modal hilang untung ntah ke mana.
Teruskan penulisan UZAR yang banyak mendidik masyarakat. Orang-orang seperti saya sentiasa merujuk penulisan UZAR. Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan untuk UZAR terus menitipkan ilmu di dada buat umatNYA. Allah jua yang memberi ganjaran bagi perjuangan UZAR dalam menegakkan kewangan islam di Malaysia ini.amin
Posted by Lia, on 12-09-2009 16:44, IP 202.185.32.254, Guest
23. Cara terbaik mengeluarkan simpanan ASB
Alahmdulillah, saya bersyukur kerana terjumpa artikel berkaitan dengan ASB. Saya juga mempunyai simpanan di ASB. Setelah mengetahui hukumnya haram, saya mengambil keputusan untuk berhenti dari melabur lagi. Persoalan saya, bagaimanakah cara terbaik untuk membersihkan simpanan saya. Adakah saya perlu mengambil jumlah duit yang saya simpan sahaja tanpa perlu mengambil dividennya atau ada cara lain yang lebih baik. Sekian.
Posted by williamunet, on 14-08-2009 17:43, IP 91.144.8.15, Guest
24. ceramic
41. Soal Jual Beli dlm skim Assalamualaikum UZAR, saya sgt berharap uzar dpt meneliti satu bentuk perniagaan ceramic club business iaitu diorang byk berckp pasal hukum jual beli dan mcm2 lagi..bende ni boleh merosakkan anak2 bangsa kita mohon uzar selidik web ini http://www.e-jutawancyber.com/ kononnya menjual pinggan mangkuk..bg saya pelajar x perlu setiap bulan beli pinggan mangkuk..harap sgt2 uzar supaya tidak terjebak dengan skim penipuan..Terima Kasih
Posted by syed, on 14-06-2009 05:03, IP 124.82.56.255, Guest
25. loan asb
salam..sy nk mintak pandangan ustaz....sy sudah 3 thn buat loan ngan cimb utk asb..skang ay terikat dgn loan cimb..bgaimana cara utk sy batalkan loan trsebut krana sy tak nak mkan duit haram/syubhah.
Posted by namazzufias, on 29-05-2009 23:27, IP 219.93.226.62, Guest
26. Tiada Tempat DIMALAYSIA Yang HALAL utk m
Salam.Alangkah sedihnya manusia .oleh kerana ketamakan dunia yang telah diibaratkan oleh ALLAH S.W.T sebagai bangkai,tetapi masih rakus terhadapnya.MASYA ALLAH ampunilah kami dan jauhkanlah kami dari segala macam kesesatan dan ketamakan.
Posted by aladinhensem, on 30-04-2009 17:20, IP 219.93.21.111, Guest
28. tolong jelaskan http://www.igetworld.com
Assalamualaikum ustaz, sy nk minta pendapat ustaz tetntang website ni: http://www.igetworld.com/
aney04 then, sy nk tahu dr segi pandangan islam tentang system ini.
Posted by apada, on 26-04-2009 01:54, IP 121.121.146.74, Guest
29. masih lagi keliru
salam.... saya juga antara jutaan umat islam yang membuat pelaburan asb..sejak zaman sekolah lagi...kemudian selepas..memikirkan saya tiada cara untuk saya menyimpan duit yang consistan saya memilih cara loan asb dimana saya membuat permohonan pinjaman sebanyak 30k dan membayar rm200 sebulan dalam tempoh ditetapkan..tujuan utama saya untuk menyimpan krn sblm ni saya kadang22 simpan atau sebaliknye...jadi dgn cara ni saya terpaksa membuat simpanan setiap bulan....hasilnya nampak alhamdulillah...
cume bila saya membaca komen22 dan ulusan ustaz..hati saya berbelah bahagi...dan tak tau ape yang perlu saya buat...
dimana saya perlu simpan duit dgn cara selamat dan betul?
Posted by sue, on 20-04-2009 16:25, IP 60.50.138.143, Guest
30. Kecewa
Uzar, seminggu selepas saya membuat pinjaman Asb, saya telah menerima sms daripada teman yang menyatakan bahawa pelaburan Asb terlibat dengan pelaburan haram antaranya di Genting dan Carlberg sehingga tahun 2010. Saya amat kecewa dengan berita tersebut. Teman saya mencadangkan agar saya melayari internet bahagian Suruhanjaya Syariah untuk mendapatkan bukti. Saya terus menghubungi pegawai yang menguruskan pinjaman tersebut meminta agar pinjaman saya dibatalkan, namun malangnya pinjaman saya telah diluluskan dan saya tidak boleh membatalkannya. Sehingga kini saya belum membuat apa-apa pembayaran kerana pembayaran bermula 1 Jun 2009. Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan...Bantulah saya...
UZAR : Dalam kes sdri, bukan sahaja ASB tu bermasalah malah pinjaman ASB tu telah awal2 lagi disepakati HARAMNYA. Pinjaman perlu dibayar, jika tidak ia akan mencipta lagi haram yang lain iaitu apabila penalti dikenakan dan amat memudaratakan.
antara cara kelaur, segera berbincang dengan mana-mana bank islam yang ada produk 'personal financing', cuba bincang dan pohon..then settlekan semua pinjaman haram tadi.
Posted by ummunaili, on 06-04-2009 17:15, IP 203.121.29.33, Guest
31. Let go sajelah
Salam ustaz dan semua. Saya dengar tentang desas desus ASB ini pelaburannya haram pada tahun 2004. Saya meneliti senarai pelaburannya dan berpendapat memang ada syak wasangka.
Jadi apalah yang nak difikirkan lagi. Pada tahun tersebut saya mendapat dividen sebanyak RM8000 lebih. Saya menutup akaun saya serta merta dan hadiahkan duit itu pada seorang kawan yang banyak berhutang dengan bank. Dia tahu itu duit dividen ASB.
Saya tidak rasa rugi apa-apapun, tapi banyak juga bisikan syaitan masa nak let go RM8k itu. Alhamdulillah, yakin dengan keberkatan rezeki, Allah swt mungkin telah menggantikannya berlipat kali ganda pada hari ini. Saya tidak terasa lebih miskin pun atau susah sedikitpun kerana melepaskan duit dividen ASB itu. Yakinlah, Allah swt akan ganti balik.
Posted by ali, on 03-04-2009 08:00, IP 60.53.171.143, Guest
32. ASB
Assalamualaikum ustaz... bolehkah saye menggunakan dividen ASB untuk membayar interest PTPTN yang terang2 adalah riba'.
Seperti tidak adil bagi kami bekas pelajar yang telah membuat pinjaman dari PTPTN dan membayar nilai interest PTPTN yg berunsurkan riba' dengan menggunaan hasil titik peluh kami sendiri. Suatu ketika dahulu kami tidak mempunyai pilihan untuk melanjutkan pelajaran namun terpaksa meminjam kepada PTPTN. Harap dapat penjelasan dari ustaz.
Posted by CTRedzuan, on 28-03-2009 22:13, IP 124.13.226.185, Guest
34. apa cerita yg betul
assalamualaikum ustaz tolong ringkaskan kesimpulannya boleh tak? apa yg di rumuskan ustaz last sekali ASB ni boleh di laburkan atau tidak tolong yea ustaz
Posted by shamri, on 07-03-2009 13:10, IP 202.190.131.186, Guest
35. Tazkiah: soalan susulan
Assalamulaikum UZAR,
Lupa pulak nak tanya tadi.. kalau betul konsep tazkiah tu boleh dipegang:
1) Boleh tak kita bahagian yang kita bersihkan (tazkiah) tu kita guna untuk bayar benda yg berbentuk servis (macam yuran broadband, telefon etc).
2) Macamana pulak kalau kita bayar takaful dgn duit tazkiah tu? Maksud saya di sini kita niatkan duit tazkiah tu masuk ke pool a/c (a/c yg mcm khairat tue) manakala untuk akaun peserta (ie a/c yg memang utk pelaburan kita) kita masuk duit yang halal?
3) Kalau jawapan kedua2 soalan di atas ialah 'ya/boleh', boleh tak kita gunakan 100% duit tazkiah tu untuk tujuan 1 & 2 di atas tanpa bagi sesen pun kepada baitulmal (atau apa2 badan yg menjaga maslahat umum umat islam mcm agensi waqaf, masjid etc)?
Harap UZAR dapat respon.
UZAR : semua duit haram TIDAK BOLEH atau diHARAMKAN utk guna untuk apa shj tujuan manfaat pemilik. samada byar cukai, makanan dan lain-lain.
Posted by shamri, on 07-03-2009 12:02, IP 202.190.131.186, Guest
36. Bagaimana dgn tazkiah
Assalamualaikum UZAR,
Saya pernah terbaca satu artikel (dlm al-islam kalau x silap) yg menyatakan bagi pulangan pelaburan yg bercampur halal-haram mcm ASB, ada ilmuwan yg memberi alternatif iaitu tazkiah (kalau saya x silap ingat terminologinya - bermaksud kalau confirm 70% dividen ASB dtg drp pelaburan haram, 70% drp dividen tu di'bersih'kan dgn memberinya kepada baitulmal dsb.. lg 30% kita boleh simpan & guna). Apa pandangan UZAR?
P/S: Tapi pada saya kalau bhgian yg halal drp dividen ASB tu setakat 30% je, labur aje la dlm Islamic FD/islamic unit trust lain yg mungkin (based on track record) bg pulangan lbh lumayan (i.e. melebihi 2.7% setahun - sebab kalau dividen+bonus ASB 9% dan yg halalnya hanya 30% drp divd+bonus tu, kiranya yg kita dapat sbnrnya 2.7% je.. lg 6.3% kena tazkiah).
Posted by umi, on 06-03-2009 11:23, IP 60.48.51.199, Guest
37. nak wak kuar gak
sebelum ni mmg nak wak kuar tp tak de kekuatan sbb nak buat tandas kat umah ramai org datang terpaksa kongsi tandas umah saya...tp bila dah suami jadi ejen publik mutual kena awak kuar gak....
Posted by shahrul, on 05-03-2009 11:24, IP 202.190.48.193, Guest
38. Tabung Haji & KWSP
macam mana pulak dengan Tabung Haji dan KWSP?
UZAR : KWSP saya dah ulas di web ini, manakala Tabung Haji masih belum namun belum cukup info untuk ulas, pun begitu saya dah poon dan mencadang kepada Dato Zahid Hamidi untuk pihak Tabung Haji melantik Majlis Penasihat Syariah kerana buat masa ini mereka tiada penasihat syariah yang khusus.
Posted by wan, on 28-02-2009 09:39, IP 115.132.56.115, Guest
40. ASB-islamic?
saya baru ke maybank semalam dan nampak poster "mari melabur dalam ASb dan ASB-i" adakah sudah ada ASB-islamic??? atau ianya hanya sekadar propaganda Maybank untuk mengajak pelabur buat loan Maybank Islamic untuk pelburan ASB?
lagi 1 saya ingin bertanya, jika ASB melabur 40% dalam Maybank, bukankah maybank juga ada part yang Islamic?? Harap sangat dapat penjelasan UZAR
UZAR: Sepatutnya ASB hanya melabur dalam MAybank Islamic agar wangnya tidak diguna pakai untuk aktiviti riba. Bila diletak kepada maybank group, ia diguna utk riba kerana asset maybank islamik berbanding maybnak riba tidak sampai 15 %. iaitu asset maybank islamic hanyalah sekita RM 25 Bil, manakala maybank riba sebanyak RM 230 bil.
Posted by Guest, on 28-02-2009 09:34, IP 115.132.56.115, Guest
41. PETITION suruh ASB patuhi SC guidelines
Saya mencadangkan untuk kita semua buat petition membangkang ASB diteruskan dengan tidak mematuhi SC guidelines on Islamic Unit Trust( harap UZAR dapat mengetuai petition ini).
Biar semua orang tandatangan petition ini dengan harapan PNB sedar umat Islam di Malaysia mahukan pelaburan yang halal dan sesungguhnya Islam itu mudah. Dan sekiranya PNB berdegil meneruskan ASB haram itu, setidak-tidaknya perkara hukum ASB ini tersebar luas dan berharap Umat Islam di Malaysia sedar dan beramai2 mengeluarkan pelaburan ASB mereka.Jika ramai keluarkan pelaburan, sama sahaja seperti ASB ditutup.PNB boleh pilih samada tukar cara mereka supaya mematuhi SC Guideline on islamic unit trust ATAU terpaksa tutup dana ASB disebabkan tiada orang melabur kerana HARAM . Sesungguhnya dunia adalah sementara dan akhirat yang kekal adalah pasti
Posted by kaum melayu, on 26-02-2009 09:05, IP 58.27.115.116, Guest
42. kurang jelas
Salam
Saya menyokong kaedah memberi pendapat di blog ini. Walaupun ilmu dalam perundangan dan agama saya kurang, saya berminat untuk menyuarakan pendapat secara responsif.
Petikan "ASB and ASN do not comply with the SC Guidelines on Islamic Unit Trust Fund".
Tapi tidak didedahkan laporan penuh perkara apakah yang dikatakan tidak dimematuhi SC Guidelines tersebut. SC Guidelines setahu saya adalah peraturan yang dicipta oleh manusia yang mungkin berlandaskan hukum syariah sepenuhnya. (Mana-mana peraturan yang dicipta manusia pasti ada kekurangan.)
Oleh itu diharap dapat dijelaskan lagi laporan tersebut buat pembaca untuk menilai sejauh mana kesahihan 'pelanggaran' peraturan dan kod-kod peraturan 'SC Guidelines'.
Harap mesej saya dapat dipertimbangkan utk paparan dan tidak di'edit'.
Terima kasih. Maaf sekiranya tersalah bahasa.
'Islam is the way of life, our guideline is Quran and Sunnah Rasul Allah'
UZAR : Keadah-kaedah tu boleh didapati dari web sc.com.my dan sebahagiannya ada di web saya,
dinasihatkan agar kita semua khususnya mereka yang terlibat untuk lebih rajin mencari sikit dan tidak hanya mengharap suapan
Ia tidak dinyatakan dengan detail dalam surat tu kerana semua indidivud berkaitan dalam sektor perbankan dan pelaburan Islam dah tahu kaedah-kaedah tu. Hanya orang awam yag tidak specialist dalam bidang ini sahaja yang tidak tahu. Oleh kerana surat tu ditujukan kepada specialist, maka ia ringkas dan maskudnya jelas.
Posted by treec00l, on 25-02-2009 17:27, IP 144.177.50.5, Guest
43. persoalan di benak fikiran saya
saya ada beberapa persoalan yg bermain di fikiran saye mengenai isu pelaburan di ASNB ni & persoalan ni juga saye ade post kat blog2 lain.
jadi, saye nak mintak advice dari UZAR, mengenai tempat mane saye boleh melabur, considering:
*simpan kat UT, service caj die tinggi sangat. lain la kalo saya jadi ejen UT. itu pon kene bayar yuran 200-300. lagipon, minimum 1000 atau 500. gaji saye xseberape untuk simpan sebanyak tu.
Posted by amir naufal, on 25-02-2009 10:14, IP 202.185.77.145, Guest
44. Terkini Hukum ASB dan ASN
Kepada sesiapa yang meragui surat ini sebaiknya menelefon sendiri Department ICM di SC. Saya sendiri menhubunginya SC dan mereka mengatakan bahawa sehingga kini pelaburan oleh pengurus dana ASB dan ASN tidak menepati standard patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah mereka.
Terima kasih
UZAR : tidak perlu ragu dengan surat ini, kerana ia telah DISAHKAN TULEN oleh rakan-rakan saya yang bertugas di Suruhanjaya Sekuriti. Bahagian Islamic Capital Market.
Posted by Mat, on 23-02-2009 22:53, IP 124.13.218.68, Guest
45. Surat tersebut meragukan
Saya ada sedikit kemuyskilan dengan surat yang diattach tu... bukan apa jikalau korang tengok page Management Directory untuk SC http://www.sc.com.my/main.asp?
pageid=228&menuid=194&newsid=&linkid=&type=, nama di atas surat tu ada typo di mana nama sebenar Head of Islamic Capital Market Department ialah Mohd Radzuan Ahmad Tajuddin dan bukan Mohd Radzuan Ahmad Tajudin... memang orang boleh kata kesilapan kecil tapi kita kena ingat dalam urusan rasmi, terutama sekali yang melibatkan kewangan, nama memang tak boleh silap ejaan langsung... jadi saya tak rasa pihak SC akan buat kesilapan sedemikian...
Satu lagi yang saya agak muyskil kenapa surat tersebut tidak menyatakan langsung pangkat beliau sebagai Deputy General Manager? Jarang saya lihat surat yang hanya meletakkan sebahagian dari pangkat seseorang... Kebiasaannya surat rasmi akan meletakkan gelaran & pangkat penuh penulis surat tersebut...
Tambahan pula jika anda surf ke website JabatanPeguam Negara ni http://www.agc.gov.my/agc/
syar/panel07.htm dan tengok Senarai AHLI PANEL DAN PAKAR RUJUK KOMUNITI SYARIAH JABATAN PEGUAM NEGARA, Encik Mohd. Hafiz bin Hj Fauzi, penerima surat tersebut ialah Ketua Pegawai Bahagian Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad dan bukannya cuma Secretary Shariah Comittee (Setiausaha Komiti Shariah) Bank Muamalat Malaysia Berhad... jauh beza tu pangkat beliau....
Maka surat ini memang cukup menimbulkan keraguan saya...... terpulang le kepada semua nak menilai...
UZAR : Tidak ada keraguan valid pada surat tu, malah orang suruhanajaya sekuriti turut membaca web ana ini. Jika ada tidak kena, mereka akan tegur dari awal-awal lagi. Malah rakan-rakan saya tuurut berada di SC bahagian Islamic capital market.
Jawatan di Sc tidak timbul krn jwtn head adalah lebih kerap digunakan bagi SC. Kami org yg kerja dan pernah kerja di sektor kewangan semua tahu.
Ketua Jabatan Syariah memang berfungsi sebegitu setiausaha syariah committee. saya juga turut memegang kedua-dua jwtn itu sekaligus semeasa berkhidmat di Asian Finance bank.
Hal ini diaplikasi juga oleh bank-bnak islam yang lain.
Posted by Min, on 23-02-2009 15:01, IP 203.82.79.2, Guest
46. SC - UT list
Salam,
Sblm melabur elok diselidik ttg pelaburan yg ingin disertai esp. dgn agensi2 berkaitan kewangan & pelaburan - BNM & SC.
Jika dilihat sendiri di web SC; 1. (http://www.sc.com.my/eng/
html/resources/stats/UTF.pdf) senarai unit trust oleh ASNB tiada yg bertanda * (* -utk Islamic fund). 2. (http://www.sc.com.my/
main.asp?pageid=252&menuid=279&newsid=&linkid=) senarai malaysian shariah based unit trust pun tidak menyenaraikan unit2 amanah dari ASNB
Saya pernah keluarkan semua pelaburan dlm ASB, tp slps dividen & bonus di-announce ada balik sekidit wang dlm akaun any advise utk menghentikannya? mengikut kata pegawai pej. pos itu saya tak boleh tutup akaun.
Posted by ful, on 23-02-2009 13:50, IP 60.49.85.243, Guest
47. Pelaburan Koperasi
Salam Uzar...
Saya hendak dapat penjelasan lanjut mengenai pelaburan melalui koperasi contohnya Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad (www.kopraha.com.my), adakah ianya patuh syariah kerana ianya memberi pulangan yang agak menarik untuk pelabur?
Posted by hazri99, on 20-02-2009 15:32, IP 124.13.179.33, Guest
50. Beralih ke dana syariah
Bagi mereka yang ingin menukar atau beralih kepad Unit Amanah yang patuh syariah, di Public Mutual memberikan beberapa opsyen untuk melabur. Antara dana yang yang sesuai:
Dana Ekuiti Public Ittikal Fund (moderate) Public Islamic Equity Fund (aggresive) Public Islamic Optimal Growth Fund (moderate) Public Islamic Opportunities Fund (aggresive) Public Islamic Select Treasures Fund (aggresive) Public Islamic Dividend Fund (moderate)
Dana Seimbang (Balanced) Public Islamic Balanced Fund
Dana Sukuk (Bond) Public Islamic Bond Fund
Dana Pasaran Wang(Money Market) Public Islamic Money Market Fund