Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Perbankan arrow Bank Islam Tiada di Zaman Nabi & Sahabat : Perlukah Kini ?
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 77 guests online
PDF Print
User Rating: / 2
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 24-02-2009 17:20
Views 4939
Favoured 22

Wujudkah Bank Islam di Zaman Nabi & Sahabat ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Terdapat banyak persoalan berkenaan asal usul bank dari perspektif Islam, ramai ilmuan yang menulis dalam bidang hal ini akan membuat kesimpulan tiada wujud sistem perbankan di zaman Nabi mahupun sahabat seperti yang wujud di zaman ini.

Adakah penubuhan bank-bank Islam dewasa ini dianggap meniru pemikiran barat semata-mata, tidak bersih dari sudut asalnya serta tidak sesuai dengan sistem konvensional yang wujud.?

Telah diterima di kalangan para ulama Islam, ciptaan-ciptaan baru di dalam bidang kewangan dan hal ehwal urusan sesama manusia ( iaitu bukan hal ibadat khusus) tidak menjadi masalah dalam Islam selagi boleh diubahsuai dan tidak bercanggah dengan kehendak hukum Islam.

buruj.jpg
 

Selain itu, bagi mereka yang menyelusuri sejarah Islam akan mendapati beberapa asas kepada bank sejak zaman sahabat Nabi s.a.w lagi dan zaman selepas itu, ia adalah seperti berikut  :-

1)        Khidmat Simpanan ( wadi'ah) oleh Az-Zubayr Al-'Awwam

Ibn Sa'ad mencatatkan bahawa ramai yang mendatangi Zubayr dan meminta untuk disimpan wang mereka, sehingga Zubayr menolak kerana merasa terbeban akan hilangnya wang tersebut sedangkan beliau sendiri langsung tidak boleh menggunakannya.

Justeru, Zubayr meminta penyimpan untuk menyimpan atas dasar pinjaman dan bukan lagi wadi'ah. Sebagaimana katanya :-

لا ولكن هو سلف , أني أخشى عليه الضيعة

Erti : Tidak, tapi jadikannya sebagai pinjaman, sesungguhnya aku bimbang ia hilang.

Hasil dari tindakan Zubaiyr ini, semakin ramai yang datang kepadanya sehingga jumlah yag dipegangnya mencecah 2,200,000 dirham. Satu jumlah yang amat besar di zaman tersebut. Sehingga terdapat penulis yang menamakannya sebagai Bank Zubayr. Mungkin ia boleh dikira sebagai bank Islam yang pertama.

Melalui tindakan Zubayr ini beliau telah menukar asas konsep wadiah yang hanya menjaga amanah menyimpan tanpa boleh digunakan, kepada pinjaman yang membolehkannya untuk melaburkannya dan pada masa yang sama menjamin keselamatan wang tersebut. Natijah keuntunagn yang diperolehi oleh Zubayr banyak digunakan untuk membeli aset, menurut Az-Zahabi takala Zubayr meninggal dibunuh, beliau tidak meninggalkan satu dinar atau dirham, kecuali beberapa keping tanah di Ghabat, sebuah rumah di Madinah, Basrah, Kufah dan Mesir. Selain itu juga meninggalkan hutang yang agak besar sebanyak 2,200,000 dirham iaitu nilai simpanan orang ramai yang diubah kepada pinjaman. [1]

2)        Khidmat Perbankan oleh Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Zubayr [2]

Diriwayatkan juga, Ibn Abbas r.a mengambil wang perak di Mekah bagi membawanya ke Kufah, dan Abdullah Bin Zubayr pula menulis dan mengambil wang perak dari daripada Kufah untuk dibawa ke Mekah dan seterusnya ke Iraq. Tindakan mereka ini merupakan salah satu dari khidmat-khidmat yang ditawarkan oleh perbankan moden seperti credit transfer.

Kesimpulan dari pendedahan ini terbukti bahawa khidmat-khidmat perbankan selagi mana menepati hukum Syariah adalah dibenarkan. Tambahan pula jika kewujudannya boleh memudahkan dan memberi manfaat yang banyak buat masyarakat. 

Antara kemudahan yang dapat dihasilkan melalui sesebuah khidmat perbankan adalah seperti berikut :-

a) Menguruskan keperluan kewangan dua kelompok dalam masyarakat, iaitu :_

* satu kelompok yang mempunyai lebihan wang dan ingin melabur, menyimpan dan mendapat manfaat dari lebihan wang yang dipunyainya. Mereka terdiri dari semua orang yang mampu membuat simpanan. Mereka digelar surplus unit.

* Satu kelompok adalah mereka yang memerlukan tunai dan wang samada untuk keperluan pernigaaan mereka atau asasi seperti pembelian kereta dan sebagainya. Mereka digelar deficit unit.

Hasil dari wujud dua kelompok ini dalam masyarakat, kewujudan bank islam sebagai orang tengah yang dipercayai ( kerana ia sebuah institusi yang dipantau dan diberi lesen oleh bank negara) boleh membantu kedua-dua kelompok bertemu dan memanfaatkan antara satu sama lain.

b) Mampu menyediakan penjagaan wang tunai yang lebih selamat berbadning penjgaan oleh individu di rumah masing-masing.

c) Menyediakan khidmat pelaburan. Ini sudah tentu baik kerana tidak semua individu yang berduit mampu mencari dan memutuskan pelaburan apa yang terbaik dan selamat baginya. Justeru, kewujduan bank yang dipenuhi dengan para pekerja profesional yang berpengalaman dalam bidang ini mampu memberikan manfaat kepada orang ramai.

Ini hanyalah antara beberapa perkara yang menunjukkan kewujudaan bank dalam sistem kewangan Islam adalah diterima selagi mana semua manfaat yang disebutkan di atas dapat di kawal selia dalam lingkungan hukum Islam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

24 Feb 2009


 


Last update: 24-02-2009 17:24

Published in : Soal Jawab, Perbankan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (8) RSS feed comment
Posted by hanan, on 23-04-2009 22:16, IP 118.101.49.204, Guest
1. muamalat
salam ust, sya nk mnta pandangan ust..sy pljr jurusan Muamalat admin d'UUM,sy bgtu t'tarik skali utk mendalami ilmu muamalat ini, stakat ni buku2 yg sy prnh jumpa sprti riba, hutang-piutang,hibah, zakat,wasiat,produk2 islam dan lain2..ini semuanya bahagian2 yg t'dapat dlm sis muamalat,ttp saya ingin m'cari buku yg betul2 menekankan m'ngenai sejarah sistem muamalat islam dr zaman nabi hngga sekarang,cabaran2 nya, prospek2 atau lebih dpt d'fhmi lagi,buku2 yg menerangkan sistem muamalat secara general..ust ada pndgn?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Abu Qayyim, on 17-04-2009 12:46, IP 118.100.22.48, Guest
2. Perlu ke??
Salam, 
 
Minta maaf. Ust menerangkan ttg kewujudan bank itu seolah-olah keadaan pada masa itu serupa dgn bank pada hari ini. 
 
Kewujudan bank pd hari ini mungkin 99% berbeza dgn apa yg ustaz ceritakan di atas. Pada zaman yang diceritakan di atas, tidak lagi wujud wang kertas seperti yg diamalkan pd hari ini.  
 
Saya percaya ustaz pun maklum tentang bagaimana fractional reserve yang diamalkan di bank2 ketika ini termasuk perbankan Islam seperti yang ustaz pernah tulis di dalam salah sebuah majalah tempatan pd tahun lepas. 
 
Isu sebenar tentang fungsi bank yang memanipulasi dan menipudaya orang ramai sgt jarang diperdebatkan. Sedangkan di negara2 Barat, telah banyak wujud gerakan2 yang mendedahkan kebobrokan bank-bank ini. Hatta masalah yang kononnya dikaitakan dgn sub-prime crisis di USA sebagai punca masalah kemelesatan ekonomi dunia ketika ini, hanyalah alasan untuk menutup punca masalah sebenar yg lebih besar, iaitu sistem kredit itu sendiri, yang diamalkan oleh semua bank-bank, termasuk bank Islam. 
 
Saya pun tak ingin berbicara lanjut sbb ustaz dan ramai di sini hebat2 belaka. Cuma saya sedikit terkilan kerana perumpamaan2 yang diberikan seolah-olah menjustifikasikan kewujudan2 bank yang ada pd hari ini. Kita tahu siapakah di belakang bank-bank ini, dan ironinya, mereka juga menyokong "perbankan Islam". Kita pula sbg umat Islam berbangga bahawa mereka mengiktiraf sistem "perbankan Islam". Itulah sebenarnya yg mereka mahukan. Tidak kisah nama atau istilah apa pun yg kita gunapakai, selagi kita menjadi hamba kepada sistem kredit sedia ada, mereka tidak akan peduli.  
 
Hmmm, movie baru-baru ni "The International" pun mungkin elok juga utk ditonton ... ada cerita sikit2 ttg jenayah bank2 ni.. 
 
Until then insha-allah 
 
UZAR : SUSAH nak terang kepada awam yang tiada basic usul fiqh, dan kaeadh fiqh ni..lain kali la ye..berikan kepercayaan kepad aulama sednuia, mereka semua dah bincang benda ni dan semua dah bertulis, sdr saja yang belum jumpa tulisan mereka dan tak baca.  
 
ambil masa dan kaji dulu, then bertanya..dari soalan saya boleh agak, apa ilmu yang sdr ada dan yang belum ada..inshaAllah moga dipermudah
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by fazran, on 16-04-2009 17:53, IP 202.46.114.30, Guest
3. trading
assalamualaikum ustad, 
maybe lari tajuk sikit, 
mengenai hukum melabur dalam forex? 
saya dulu pernah gagal sekali, boleh tidak saya melabur untuk hanya mendapatkan modal yang pernah saya laburkan dahulu. 
 
tq 
 
UZAR : sila buat carian dalam artikel di web ini, sudah diulas dalam 4 artikel saya
 
» Reply to this comment...

Posted by Azman, on 26-03-2009 22:52, IP 124.82.210.169, Guest
4. themajlis
http://www.themajlis.net
 
» Reply to this comment...

Posted by Anna, on 12-03-2009 00:36, IP 118.101.139.135, Guest
5. Minta halal
Assalamualaikum Ustaz.. 
Saya ingin memohon ustaz menghallalkan ilmu yang saya ambil dari laman web ustaz untuk dimasukkan ke dalam assigment.. 
 
UZAR : SILA, namun jangan lupa nota kaki web ini ya. 
 
» Reply to this comment...

Posted by aufaa asrar, on 07-03-2009 14:10, IP 115.132.2.228, Guest
6. tak berasas dan tak selaras
nampaknya kedua2 nas diatas tidak kukuh dan tidak selaras dengan semangat kewangan islam. sepatutnya ada nas2 yang berhubung terus dengan nabi s.a.w dan para sahabat yang muktabar. hari ini banyaknya manusia lebih memilih meniru jalan2 sesat dari menjadi hamba allah yang bertaqwa.  
selain allah ada saja tuhan tersembunyi atas berbagai nama dan istilah kononnya selaras dengan syarak. 
 
UZAR : firman Allalh dan qaedah ammah dalam Islam menyatakan semua urusan muamalat adalah halal selagi tidak percanggahan dengan hukum secara jelas. Dalil terkuat adalah ketiadaan dalil mengharam. Itu sudah cukup, dua bukti di atas hanyalah tambahan
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by kadir rahman, on 25-02-2009 15:54, IP 60.48.220.191, Guest
7. notakaki
maaf, saya tak jumpa notakaki dalam artikel ni. boleh ustaz tolong sertakan rujukan? 
 
UZAR : Informasi penuh boleh didapati dari buku baru saya nanti. InshaAllah.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by amran, on 25-02-2009 02:43, IP 120.140.74.249, Guest
8. salam perniagaan
salam ustaz, di sini saya amat2 ingin memberi pandangan ustaz tulis artikel/buku mengenai kepentingan perniagaan dalam Islam dengan cara paling berkesan bagi melahirkan/menyedarkan muslim kepentingan berniaga itu sendiri sehingga akan dibangkitkan di hari akhirat bersama para anbia bagi perniaga yg betul2 jujur. tolongla ustaz bagi jalan untuk kami mudah untuk memulakan perniagaan
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom