Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Proton MPV : Tempahan dan Ulasan Hukum
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 53 guests online
PDF Print
User Rating: / 16
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 26-02-2009 20:09
Views 12257    
Favoured 15

  Proton MPV : Tempahan dan Ulasan Hukum

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Proton Exora, itulah nama bagi kenderaan baru proton, sebuah MPV. Info berkenaan kenderaan ini sudah lama saya ketahui dari vendor-vendor Proton, reka bentuknya juga banyak disebar di sana sini. Walaupun belum rasmi bentuk terakhirnya. cumanya masalah semakin membesar apabila terdapat dua bentuk proton mpv yang disebarkan.

PENGALAMAN SAYA DAN PROTON

Pengalaman saya mempunyai kereta. Dua kali saya membeli kereta proton dan kedua-duanya brand new car iaitu proton wira berwarna putih dan Proton Perdana V6 berwarna biru kehitaman. Saya membeli proton baru atas nasihat ramai rakan yang menggunakan proton used car atau second hand dan bergantung kepada nasib kata mereka. Iaitu jika bernasib baik, kereta second hand yang dibeli tiada banyak masalah besar, jika tidak akan habislah wang dan waktu kita untuknya.

Hasilnya, saya membeli kereta proton baru dengan harapan tinggi agar sekurang-kurangnya 3 tahun pertama menggunakannya tidak akan dijengah oleh sebarang masalah berat. Saya juga amat menjaga servis.

Setakat ingatan saya, Alhamdulillah kedua-dua proton yang saya miliki ini tidak begitu mendukacitakan, tiada masalah besar dan prestasi ok walaupun kualiti secara keseluruhannya kurang berbadning jenama Toyota, Honda dan lainnya. Cuma saya masih ingat bagaimana proton perdana saya mempunyai masalah aircond yang tidak sejuk sedangkan ia dalam tempoh jaminan. Apabila dibawa ke ejen proton servis mereka mengarahkan saya untuk pergi ke vendor aircond proton sendiri. Agak terkejut apabila mereka menyatakan bahawa satu bahagian dalam aircond yang saya dah tak ingat namanya, terdapat sedikit rumput dan daun kecil., menunjukkan ia pernah di'usik'. Lalu specialist bertanya sama ada saya atau mana-mana mekanik pernah membuak dna memperbaikinya.

Saya jawab tidak kerana memang tidak pernah, malah bahagian yang ditunjukkan juga adalah amat dalam dan tidak boleh dicapai oleh tangan biasa.

Dari situlah, baru saya ketahui saya menjadi mangsa membeli proton perdana baru tetapi ada kemungkinan telah terpakai atau terlalu lama disimpan. Hal ini semakin kuat mengganggu minda saya apabila ketika saya memasang tint di cermin, pakar di kedai tinted shop mengatakan tint asal di kereta Perdana saya sudah lama terpasang, sukar ditanggalkan dan ini menunjukkan kereta ini sudah lama walaupun saya beli brand new.

Itulah salah satu pengalaman sakit hati bersama Proton yang masih saya ingati. Saya yakin terlalu ramai yang mempunyai masalah yang lebih dahsyat dan kronik namun dalam maki hamun pengguna Proton, mereka masih setia mengguna dan membelinya. Banyak sebab dan bukan maskud saya untuk menghuraikannya di sini.

PROTON MPV DAN JUALAN PRA PELANCARAN

Bulan februari 2009, Proton MPV muncul, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Proton Holdings atas pengeluaran kereta baru ini dan tidak dinafikan bentuknya boleh dipuji, tetapi kualiti lain masih belum diketahui.

Cuma apa yang mendorong saya menulis artikel ini adalah pertanyaan dan laporan dari orang ramai yang sampai kepada saya mengatakan kereta MPV baru Proton ini sudah boleh ditempah, sedangkan harganya belum diputuskan. Ramai yang bertanya hukum kepada saya.

Sebelum saya memberikan ulasan, saya cuba mencari pengesahan pertanyaan ini. Namun tidak saya jumpai tawaran tempahan dibuka di web rasmi Proton Holdings iaitu http://www.proton.com/ dan http://www.proton-edar.com.my/

Namun saya jumpainya di dalam laporan berita berikut :-

Exora dapat sambutan hangat

PETALING JAYA 21 Feb. - Kenderaan belum siap. Rupa bentuk fizikalnya pun tidak diketahui umum tetapi tempahan sudah mula diterima.

Sambutan rakyat Malaysia terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora, hasil tangan tempatan ini sememangnya menakjubkan.

Menurut Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, pihaknya mengunjurkan 4,000 hingga 5,000 tempahan menjelang pelancaran Proton Exora pada April ini.

‘‘Pada hari ini, kami menerima tempahan 15 hingga 20 buah MPV di cawangan ini,'' katanya pada Majlis Pra Pelancaran Tempahan Proton Exora di bilik pameran Proton di Mutiara Damansara hari ini.

Bagaimanapun, Syed Zainal berkata, pihaknya belum dapat menyatakan jumlah sebenar tempahan yang diterima di seluruh negara.

Tetapi jika cawangan di tempat lain juga menerima angka tempahan yang sama, ia sudah pun melebihi unjuran kerana Proton mempunyai 300 bilik pameran di seluruh negara.

Beliau berkata, setakat ini ramai orang telah datang bertanyakan mengenai Proton Exora

SUMBER

Jelas dari berita di atas dan lain-lain berita yang boleh kita temui dari pelbagai web berIta nasional. Tempahan sudah dibuat sedangkan subject matter atau kereta itu masih belum diketahui bentuk sebenar luar dalam, harga tepat dan macam-macam lagi.

Hukum asal bagi setiap pembelian sebegini adalah HARAM disebabkan wujudnya gharar atau uncertainty harga, bentuk dan ciri specific kereta tersebut. Pembelian ini boleh dikategorikan sebagai Istisna' iaitu pembelian sesuatu barangan yang akan disiapkan oleh penjual melalui proses perkilangan dan pembuatan.

Beirkut adalah beberapa syarat utama secara ringkas yang mesti dijaga dalam jual beli bentuk tempahan baranagn pembuatan ini :

1) Kemestian menjelaskan sifat-sifat barang yang diingini dengan jelas.

2) Menetapkan tempoh siap pembuatan sama ada panjang atau pendeknya. Kecuali mazhab Hanafi tidak mensyaratkan sebarang tempoh tertentu, kerana itu adalah syarat dalam jualan as-Salam. [1]

3) Sebelum pembuat memulakan kerja, status aqad adalah ghayru lazim ( boleh dibatalkan oleh sebelah pihak walau tanpa persetujuan yang lain), namun setelah kerja tamat sebelum diberikan kepada penempah, aqad telah bertukar menjadi lazim (hanya boleh dibatal dengan persetujuan kedua belah pihak). Adapun, jika hasil kerja pembuat berbeza dengan perincian sifat yang ditempah, penempah boleh memilih sama ada untuk meneruskannya. Keputusan Akademi Fiqh OIC dan Majlis Syariah Majis Perakauan dan Kewangan Islam sedunia memutuskan bahawa istisna adalah aqad lazim. [2]

4) Harus penempah (pembeli) mengenakan denda dalam bentuk kewangan ke atas pembuat sekiranya ia gagal menyerahkan barang yang dijanjikan dalam masa yang ditetapkan. [3]

Keperluan mengetahui dengan jelas harga, tempoh serahan dan lain-lainya diadaptasi dari hadis Nabi s.a.w dalam hal jualan as-salam

 من أسلف فليسلف في كيل معلوم , أو وزن معلوم إلى أجل معلوم

Barangsiapa yang membeli secara serahan barangan tangguh (as-Salam), hendaklah ia menetapkan timbangan, beratnya dan tempoh masa dengan jelas. (Riwayat al-Bukhari)

Namun demikian, hukum mungkin berubah dalam beberapa keadaan tempahan, iaitu:-

1- Tempahan tanpa sebarang bayaran. Ia harus atau dibenarkan menurut hukum kerana ia ibarat janji satu pihak untuk memeterai kontrak istisna sahaja.

2- Tempahan dibuat dengan bayaran namun pembeli boleh menarik balik. Iaitu jika harga tepat dikeluarkan, pembeli boleh menarik balik tempahan tanpa denda jika mereka tidak selesa dengan kualiti, bentuk dan harga terakhir kereta itu. Jika tempahan yang dibuat dengan sifat sebegini, ia mungkin boleh menjadi harus akibat kuantiti gharar yang mengecil bagi pihak pembeli, manakala gharar yang berlaku di pihak Proton adalah masih kecil selagi mereka belum memulakan proses pembuatan.

3- Tempahan dibuat tetapi harga kereta diberikan secara range iaitu dari RM 70,000 ke RM 80,000. Ia masih dikira gharar yang besar. Justeru, ia masih jatuh dalam hokum haram kerana bercanggah dengan syarat istisna dan salam yang ditentukan oleh Nabi s.a.w.

 

mpvproton.jpg

 

mpvproton3.jpg

proton2.jpg
 

Kesimpulan.

Sebaiknya pihak proton tidak terlalu tergesa-gesa untuk membuka tempahan kecuali setelah pelancaran mempamerkan kereta contoh di showroom proton edar dan harga tepat bagi setiap kapasiti enjin. Masalah semakin mendalam apabila gamabr yang disebarkan awam mempamerkan dua bentuk proton. Kita bimbang ada yang menyangka proton MPV dalam bentuk futuristik di atas tetapi apabila dilancarkan, bentuk pertama yang keluar.

Tanpa dipenuhi kedua syarat ini, pengurusan Proton dikira telah dan sedang melakukan penjualan kereta dengan kaedah dan cara yang bercanggah dengan Shariah. Kecualilah jika tempahan adalah dalam dua bentuk yang dijelaskan di atas. Apa yang jelas dari web proton, BOOKING FEE SEBANYAK RM 1000 adalah Non refundable ( tidak boleh dipulangkan kembali) dan dengan jelas juga dimaklumkan di dalam terms & conditions:


Accessories and packages are subject to change without prior notice.

 

Ertinya : Semua aksesori dan kackage kereta adalah tertakluk kepada perubahan TANPA SEBARANG NOTIS.

Jika inilah keadaannya, anadatentu dapat mengagak apa hukumnya?

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

26 Feb 2009

http://www.zaharuddin.net/


 


[1] Badai'e as-Sonaie, 6/2678

[2] Qarar wa tawsiat, no 65 (7/3) ; Ma'ayir As-Syar'iyyah, AAOIFI, 2007, hlm 185

[3] Al-Ma'ayir As-Syari'yyah, hlm 181-182

Last update: 27-02-2009 16:11

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (28) RSS feed comment
Posted by Azizah, on 22-07-2009 16:22, IP 124.13.240.243, Guest
1. Compliant Proton Exora
How come a car that we bought not even one month the screw of the absorber can be loose? If anything happen to the my family who is going to bear the responsibility? How the proton edar sdn bhd never final check all the screw nuts to be tighten before the vehicles send out from the factory.Will this problem happen in future?Can proton edar sdn bhd proof to nation that this problem not happen in future?
 
» Reply to this comment...

Posted by Azizah, on 22-07-2009 16:14, IP 124.13.240.243, Guest
2. Aduan Proton Exora
Saya dapat kereta baru saya proton exora pada 27 Jun 2009 lebih kurang 7.30malam.Saya menggunakan kenderaan tersebut di kawasan Kluang,Johor hingga 1000km untuk mengganti minyak selinder dan penapis minyak,pada masa tersebut saya telah beritahu mekanik di Eon Proton Dealers di Jalan batu Pahat,Kluang,Johor bahawa lampu enjin sius di meter box asyik nyala sahaja(warna kuning) tetapi mekanik tersebut beritahu saya bahawa dia telah menguji dengan komputer tak dapat kesan apa-apa masalah,lepas itu saya pun terus balik pada 8 Julai 2009. 
 
Selepas beberapa hari kemudian lampu enjin suis di meter box itu nyala lagi dari Kluang ke Johor Baharu dan dari Johor Baharu ke Kluang,Johor.Saya pun terus pergi ke Eon Proton Dealer di Jalan Batu Pahat,Kluang,Johor untuk diperiksa pada 16 Julai 2009 lebih kurang 3.00petang tetapi Eon Proton Dealer di Jalan Batu Pahat,Kluang,Johor pun panggil saya datang pada 17 Julai 2009 jam 8.00pagi.Saya pun pergi ke Eon Proton Dealer di Jalan batu Pahat,Kluang,Johor pada 17 Julai 2009 jam 8.05pagi untuk menjalankan pemeriksaaan kereta proton exora saya itu tetapi beberapa mekanik di sana telah memeriksanya masih tidak dapat kesan puncanya hingga saya dipanggil oleh pengurusnya untuk membincang tentang hal tersebut dan pengurus itu berjanji dengan saya bahawa dia akan buat satu komplain ke ibu pejabat tentang kenderaan saya ini. 
 
Lepas itu saya pun balik,pada 18 Julai 2009 keluarga saya dan saya dalam perjalanan ke Universiti Tenaga Nasional,Muadzam Shah,Rompin,Pahang ada terdengar bunyi dut-dut disebelah belakang kereta tayar kiri saya.Pada masa kami balik dari Muadzam Shah,Rompin ke Tg Gemuk,Rompin bunyi tersebut semakin kuat hingga kami bermalam di Tg Gemuk,Rompin.Pada 19 Julai 2009 kami pun balik ke Kluang. 
 
Pada 20 Julai 2009,hati saya risau tentang bunyi tersebut,saya pun bawa kereta saya ke kedai tayar dan jack naik untuk tengok bawah kereta saya dan dapati skru absorber kereta saya sebelah kiri belakang sudah longgar.Siapa yang kena tanggungjawab? 
 
UZAR : ish isyh..memang bahaya
 
» Reply to this comment...

Posted by asraf, on 09-07-2009 23:54, IP 203.82.91.104, Guest
3. menjual buku
Assalamua'laykum Uzar.Saya ada menulis,mengedar dan menjual buku tulisan saya sendiri.edaran untuk pelajar di seluruh institusi pengajian tinggi awam di 10 buah negeri.Sebelum proses pengedaran dan jualan,selaku penerbit,saya akan menghantar sample buku kpd setiap wakil cawangan. 
 
Spesifikasi buku spt tajuk,silibus,saiz,bentuk nota,bentuk soalan,dan ciri-ciri lain saya nyatakan melalui surat iringan bersama sample buku yang diposkan.Bagi terbitan buku yang sudah ada edaran dan cetakan,tidaklah bermasalah sangat. 
 
TETAPI bagi buku yang baru diterbit,baru dicetak dan dijual..saya hanya mencetak sebagai contoh 3 bab daripada 5 bab yang asal dan ada m/surat tertentu yang tidak dicetak dengan alasan ada individu yang tak b/tggjawab menerima sample yang penuh tadi lalu diubahsuai dan dijual secara illegal.Sehinggalah ada tempahan dibuat,barulah saya menghantar bilangan naskhah yang dipesan dalm bentuk buku yang sempurna.Sample yang disediakan sememangnya memiliki ciri-ciri persembahan utk helaian yang tak dicetak tadi. 
 
Soalan saya. 
1.Sample dihantar awal.pelajar membayar menerusi pensyarah dan pensyarah membayar kepada saya sebelum buku diedar berpandukan sample tadi.bagaimana hukumnya. 
 
2.maklumat tambahan.Pembayaran awal dilakukan memandangkan perlunya kesiriusan dlm jualbeli kerana sya terpaksa bermodal ke semua 10 negeri utk mengedar dan takut sampai di tempatnya,pesanan sifar...kena tipu.. 
tolong jwb uzar..trm ksh 
 
 
UZAR : diharuskan dengan mengikut syarat2 jual beli istisna
 
» Reply to this comment...

Posted by napi, on 28-06-2009 09:40, IP 115.133.231.241, Guest
4. Alah Membeli Menang Memakai
Syukur, ada artikel seperti ini dikeluarkan di dada akhbar tempatan beberapa hari selepas Proton mula mempromosikan Exora yang belum ada rupanya. 
 
Saya antara pembeli yang sabar menunggu sehingga selepas MPV Exora dipamerkan di showroom. Nyaris buat tempahan di awal perasmian Exora. 
 
hangnapi.blogspot.com 
casarani.blogspot.com 
4life3factor.blogspot.com
 
» Reply to this comment...

Posted by mieza, on 15-04-2009 00:34, IP 203.82.79.2, Guest
5. JGN IKUTKN HATI
proton mpv, spe sbnrnye yg 'terlampau ikut hati'?
 
» Reply to this comment...

Posted by skizzo, on 14-04-2009 19:55, IP 115.132.159.229, Guest
6. proton mpv
Samalah kes dgn myvi yg boleh di tempah sebelum ada model di kedai pameran, Kebanyakan rumah bila siap tidak menepati spesifikasi jadi haramlah kalau mengikut hukum ustaz ne, saya harap ustaz berbincang ulama dan jgn buat FATWA sesuka hati, Kalau salah akan menyesatkan org lain jadi jgn jadi bapak syaitan seperti satu parti politik yg banyak menghalalkan yg haram ambil iktibar jgn terlampau ikut hati..... 
 
UZAR : Rumah dibuat atas kontrak istisna, semas amembeli spesifikasi dah tetap, harga pun dah tetap. ia halal, jika ada berlain dari spesifikasi dalam islam pembeli berhak membatalkannya atau tuntut gantirugi melalui diskaun. Jika tiada runag batal dan tiada urang gantiurgi, pembeli tetap dipaksa menerima aset yang berlainan spesifikasi maka penjual dikira menjual secara haram. 
 
Beri fatwa sesuka hati??. sdr yang tidak membaca lalu sewenangnya menuduh saya, apa yang saya sebutkan adalah guideline yag telah termakstub dalam kitab fiqh silam dan juga fatwa dan resolusi majlis fatwa antarabangsa dan kesatuan kewangan islamn dunia.  
 
Nasihat saya, kaji dahulu sebelum bertanya, kerana soalan adalah imej ilmu orang bertanya.
 
» Reply to this comment...

Posted by nazlan, on 01-04-2009 16:18, IP 211.25.128.5, Guest
7. exora
Ustaz, 
 
bagaimana pula jika kesnya begini, pembeli itu tahu rupa dan kualiti kereta itu mungkin berbeza (lagi bagus atau lagi kurang) dari gambar2 yang diedarkan dan dia setuju jika kereta yang dia bakal dapat nanti juga berbeza rupa bentuk? pembeli telah diberitahu semua kemungkinan ini dan dia bersetuju. adakah jual beli ini halal? 
 
UZAR : Tidak boleh kerana unsur gharar masih besar. kerana harga juga belum tetap dan lain-lain.
 
» Reply to this comment...

Posted by chamito, on 17-03-2009 11:26, IP 211.25.128.5, Guest
8. Info on Exora
Salam..di sini saya nak kongsikan bersama  
ulasan journalist yg telah pandu uji proton exora ni. Antara 4 yang dpt saya jumpa:  
 
Chips Yap – Motortrader - http://www.motortrader.com.my/ NUS/articles/article_1821/ page_m.asp 
 
Mel Lee – Lastcaronearth - http://lastcaronearth.com/ 
 
Car,Bikes,Trucks - http://www.cbt.com.my/test- drive-sec/cat-first- impression/42-first- impression-testdrive/1259-- exora-creates-new- benchmark.html 
 
Paultan - http://paultan.org/archives/ 2009/03/15/proton-exora- prototype-test-drive- experience/
 
» Reply to this comment...

Posted by U, on 16-03-2009 10:37, IP 211.25.128.5, Guest
9. Exora 2 Design???
cumanya masalah semakin membesar apabila terdapat dua bentuk proton mpv yang disebarkan. 
 
setahu saya, gambar yg kedua tu dh lama proton x jadi buat. there's shouldn't be issue of 2 different design
 
» Reply to this comment...

Posted by omi, on 16-03-2009 08:25, IP 60.54.253.69, Guest
10. Protong ... protong..
Protong punya strategi mmg mcm tu. Kereta blm keluar tapi iklan bagai nak rak, nak umpan pembeli... iklan bukan main gempak. 
 
Sepatutnya tempahan hanya boleh dibuat lepas kereta tu dah keluar. Ataupun, kereta tu dah ditunjukkan kan showroom dulu... biar org tengok semua specs etc, testing... kemudian baru buka tempahan. 
 
kalau beginilah keadaannya, masalah lama tak akan settle... tempahan dah bnyk, protong terpaksa buat cepat-cepat sebab nak kejar masa delivery.... 
 
tak tahulah aku apa nak cakap lagi.. 8)
 
» Reply to this comment...

Posted by moon, on 05-03-2009 09:48, IP 124.82.229.106, Guest
11. hukum membeli rumah yg masih dlm binaan
salam...uzar.... 
 
jika pembelian secara begini hukumnya adalah haram...bagaiman pula dengan pembelian rumah? kdg2 kta tempah rumah itu yg masih dlm pembinaan dan juga kdg2 rumah tu xbina pun lagi...adakah hukumnya haram...atau bagaimana? 
 
UZAR : Semua yg sama jenisnya dalah haram tanpa double standard, kecuali bezanya pada kebiasannya specifikasi rumah,saiznya, bentuk dah ada malah model rumah sebiji pun dah ada, iaitu rumah contoh yg disediakan oleh pemaju. KIta boleh pergi ziarah. 
 
Kedua, harga rumah ini pun dah fix dan tepat, bukan macam kereta MPV ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by Kamarul, on 04-03-2009 23:12, IP 118.100.53.248, Guest
12. Proton Exora...Ye ke bentuk macam tu...
Assalamualaikum.... 
 
Sekadar ingin berkongsi. Kebetulan abang saya bekerja dgn salah sebuah vendor proton, dan die banyak terlibat dalam penghasilan Proton Exora...... 
 
Info saya ni, mungkin tepat dan mungkin juga kurang tepat. Maaf jika ada tersalah. 
 
Untuk makluman semua, Proton Exora masih belum siap di finalize kan lagi. Maksudnya, mmg akan terdapat banyak tambah & kurang dalam Proton Exora. Dan memandangkan Proton berhasrat untuk mula menjual Proton Exora apabila mula diperkenalkan April nanti, anda semua dapat bayangkan, bagaimana kualiti produk terbaru proton ini.  
 
Bukan saya ingin perkecilkan kualiti produk tempatan, tapi inilah hakikatnya. Saranan saya kepada mana2 yang ingin membeli kereta proton, jangan lah anda ghairah berlumba2 untuk menjadi orang pertama mengguna kereta keluaran Proton.  
 
Saya yakin, setiap batch pertama keluaran mesti ada masalah. Jadi seeloknya, anda tunggu review dari mana2 pakar kereta dan pandu uji sendiri sebelum membeli. Ingt, kuasa membeli ditangan anda terutamanya di zaman gawat ini. 
 
Wallahualam
 
» Reply to this comment...

Posted by Muhammad Didi Hendra Shah, on 04-03-2009 15:25, IP 219.95.197.161, Guest
13. hisablah diri
Saya ada sedikit komen. Saya dah banyak tahun juga pakai kereta Proton. Tapi Alhamdulillah setakat ini ada sekali sahaja rosak. Pada saya ada 2 perkara kita perlu lihat.  
 
Yang pertama ialah sejauhmana kualiti kereta yang dihasilkan oleh Proton.  
 
Yang kedua ialah ialah amalan kita sebagai orang Islam. Hasil dari duit yang haram, meninggalkan dan mengabaikan solat, tidak jujur, tidak takut kepada Allah dan banyak lagi dosa yang kita buat sehari-hari juga boleh mengakibatkan harta benda kita seperti kereta sering rosak dan sebagainya. Sebagai orang beriman kita jangan sering menuding jari ke arah orang lain sebelum kita melihat kepada amalan dan hubungan kita kepada Allah. Tidak berlaku sesuatu melainkan dengan izin dan kehendak Allah swt.
 
» Reply to this comment...

Posted by Akmal, on 04-03-2009 13:50, IP 202.188.250.216, Guest
14. pROTON pERDANA
assalamualaikum, 
Mengenai kes Perdana tu, ada orang pernah bising juga..saya copy paste 
 
Posted - 19/06/2007 : 2:13:45 PM Show Profile Reply with Quote 
KERETA POTONG made by PROTON!!! 
I recently just find out my special made PROTON WIRA EXECUTIVE 1.6 year 1995,was a KERETA POTONG and this car never ever modified before.Last month I send my car for inspection in Puspakom, they told me in their system record there was no such model..n they want to TARIK lock-up my car immediately.U know wat i think on that time... 
1.The Waja Chancellor no.13 using by PM, is it KERETA POTONG too?? 
2.Proton make this EXECUTIVE car without seeking approval from MOT/ Puspakom..kah? 
3.Perdana V6 Executive,Waja Chancellor,Wira Executive..all this KERETA POTONG without approval? 
4.At last i ask Proton Edar, Eon and (ACE)Automotive Conversion Engineering Sdn. Bhd.which is Eon subsidary specialise modified KERETA POTONG one...all of them reply with NO SOUND... 
PROTON tak BOLEH lah...ini macam, ada problem DIAM-DIAM shj... 
 
link : http://www.motortrader.com.my/ asp/forum/topic.asp? TOPIC_ID=19754&whichpage=1
 
» Reply to this comment...

Posted by Zul, on 04-03-2009 10:37, IP 203.82.91.34, Guest
15. Terima kasih....
Salam ustaz...terima kasih yg tak terhingga kerana memperjelaskan kekeliruan saya selama ini dlm byk hal melalui forum ini. 
 
Maaf lari tajuk sikit...saya baru memulakan kerjaya sebagai Ejen Insurans dgn sebuah bank..saya inginkan penjelasan dari ustaz kedudukan saya sebagai pekerja yang mana pelan yg ditawarkan turut menjamin insuran 10 kali ganda dr simpanan tahunan...harap ustaz dapat membantu saya... 
 
*nama bank terpaksa dirahsiakan...hehe...
 
» Reply to this comment...

Posted by wira, on 02-03-2009 17:03, IP 210.187.17.34, Guest
16. sedikit pertanyaan
salam. 
mntk pndngan ustaz,syrkt2 syariah listed kebanyakan tidak membayar zakat dgn alasan merugikan dan sudah membayar cukai. adakah syrkt2 ini boleh dikatakan tidak syariah krn tidak melaksanakan rukun islam ini?phk kami bercadang utk membuat paper kpd SC bagi menggariskan berzakat sebagai syarat syariah listed, di mana harus kami bermula? maaf guna ruangan ini. syukran!  
wira LZS
 
» Reply to this comment...

Posted by fahmi, on 01-03-2009 19:29, IP 60.54.4.11, Guest
17. car booking
dah lama saya meragui tentang cara2 booking sebegini. terima kasih kerana penerangan yang ustaz berikan. sayangnya begitu ramai mufti di malaysia tapi tak seorang pun yg memberikan fatwa yg jelas tentang bab ini sedangkan ramai dari pembelinya adalah orang melayu islam yg amat bergantung kepada kereta 'nasional' yg berharga lebih murah. 
 
tentang mpv ni apa yg saya diberitahu ianya mempunyai enjin campro cps 1.6cc, jadi ini bermakna enjin sama yg telah digunakan kepada Gen2 CPS, Waja CPS dan yg terbaru Satria Neo CPS. ada maklumat mengatakan ianya ditambah dengan DVVT (utk tambah power kut sebab cc kecil untuk MPV). nasihat saya pembeli kena test dulu Exora di jalan/highway berbukit dan bandingkan dengan Nissan Grand Livina 1.6 untuk memastikan kepuasan hati. 
 
terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by abdullahbukhari.blogspot.com, on 01-03-2009 16:17, IP 124.82.72.61, Guest
18. proton exora-apa tindakan kita?
Assalamualaykum syeikhuna! Ana dulu selama 4 tahun pernah pakai proton wira,spjng 4 tahun memang banyak masalah yg memaksan ana ulang alik ke proton servis..lepas jual,ana taubat tak akan beli proton lagi.  
 
Cuma berdasarkan romours yg didengar,proton di bwh pengurusan baru slps mahalel sudah byk improve..Satu lagi, isu gharar ni ramai yg tak tahu..apa kata anta tulis artikel hantar ke paper macam utusan malaysia atau email kpd proton. Tapi mungkin juga berita itu tidak lebih sekadar spekulasi yg dimainkan proton atau sekadar cara mrk nak test market. Ala kulli hal, tq krn memberi peluang ana belajar dr web anta,bal anta syaikhuna! 
 
UZAR : InshaAllah ana akan cuba hantar ke metro ahad. tetapi tertakluk kpd editor juga
 
» Reply to this comment...

Posted by Amli, on 01-03-2009 15:39, IP 203.106.141.68, Guest
19. Cagaran
Assalamualaikum ustaz. 
 
Pertamanya, mohon maaf soalan saya agak kurang sesuai pada tempatnya. Saya ingin bertanya. Sebuah syarikat menawarkan pekerjaan menaip dari rumah secara online. Tetapi syarikat mengenakan sejumlah RM50 sebagai deposit cagaran disebabkan beberapa kerenah pekerja terdahulu seperti meninggalkan tugasan yang diberi separuh jalan dan tidak bersungguh-sungguh. Apakah hukum cagaran seperti ini menurut islam
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Karim, on 01-03-2009 09:45, IP 203.82.91.34, Guest
20. Bagaimana proses insuran pula?
Salam UZAR, 
 
Terima kasih bangkitkan isu2 semasa, kadang2 kita tidak terfikir perkara2 macam ni.Jelas Proton tidak mengambil berat dlm proses jual beli mereka. Tak pasti jika mereka ada panel syariah atau tidak. Saya yakin mesti Proton adalah syarikat yang Syariah compliant, tapi pada masa yang sama tidak menitik beratkan urusan jual belian islamic. 
 
1. Bagaimana dgn proses pembuatan yang belum bermula, tapi pengilang dah mula order/beli material? Kes ni kita proses pengilangan dah bermulakah?  
 
2. Mungkin off topic sikit. Bagaimana dengan urusan insuran kereta & road tax. Contohnya saya selalu menyerahkan kepada agen utk uruskan. Selalunya saya tidak terima sebut harga untuk proses tersebut, cuma agen cuma tanya 1st party ke, NCB brp, nak cover brp? Lepas tu terus bagi tau kena bayar berapa. Proses macam ni islamic atau tidak walaupun kita ambik islamic insuran? Mungkin topic ni boleh di kembangkan di lain kali. Terima kasih. 
 
UZAR : Berbeza 
 
1) Order tapi spesifikasi dan harga dah jelas dan tepat. Proton bentuk dan harga tak jelas. 
 
2) Kalau itu berlaku, kesilapan berlaku anara agent dan pengguna bukan pada institusi takaful. Sebab dalam hukum Islam kalau dah suruh agent, dalam Islam agent itu ibarat KITA, justeru untuk agent beritahu kita sebut harga dah jadi optional. Kecuali kita wajibkan agent rujuk kat kita dulu.  
 
Sekadar ingatan kepada pembaca lain, jangan lantik agent untuk ambil insuran krn insuran konvensional adalah haram menurut Malis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan Majlis Fiqh Sedunia, mesti ambil takaful.
 
» Reply to this comment...

Posted by Wan Mohd Zul, on 01-03-2009 09:05, IP 202.188.164.194, Guest
21. Guru
Syukran atas respon Ustaz untuk mengulas isu ini walaupun ringkas. 
 
Semoga penjelasan ini dapat menyedarkan para pengguna Islam dan dan juga Syarikat Syarikat Perniagaan Islam agar jangan hanya mengutamakan kentungan sahaja tanpa memikirkan halal haram sesuatu urusan tersebut.
 
» Reply to this comment...

Posted by MYY, on 01-03-2009 06:48, IP 124.13.50.180, Guest
22. Mana Lebih Utama
Salam Ustaz, 
 
Mana lebih utama, membeli barangan import (tapi bukan dari U.S, Israel, Denmark, Belanda dll) yg terjamin kualitinya dan bermanfaat atau membeli barangan tempatan /buatan orang Islam yang bukan saja kualitinya boleh dipertikaikan, malah mahal dan membebankan? 
 
Minta penjelasan ustaz ye. Terima Kasih
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by hunter, on 28-02-2009 17:09, IP 60.51.73.208, Guest
23. pasal kereta ustaz
assalamualaikum, 
 
pasal kereta ustaz yang sedikit bermasalah dan kononnya pernah dibaiki sebelum dibeli... 
 
dari cerita kawan-kawan yang terlibat dalam jual beli kereta ni... kadang memang ada berlaku masalah pada kereta semasa nak diserahkan kepada vendor... 
 
mungkin pernah berlaku sedikit kemalangan, atau kerosakan... selalunya dalam kes ni, penjual cuma akan bawak kepada bengkel untuk dibaiki tanpa isytihar berlaku kemalangan... cukup untuk menutup kerosakan kereta... bila orang dah beli... itu masalah pembeli dah... hohoho... 
 
ada sedara saya, masa tu dia nak beli myvi... mati-mati dia mintak ngan jurujual tu, nak yang dekat showroom yang dipamerkan untuk bakal pembeli... kata dia... sah-sah kereta tu takde masalah... hehehe... dan lepas memujuk-mujuk tu...dapat la dia kereta tu... dan memang takde masalah pun... banyak yang beli sekali ngan dia masa tu... kete memang bermasalah juga lah....
 
» Reply to this comment...

Posted by al-muhami, on 27-02-2009 15:00, IP 115.133.128.190, Guest
24. Hukum Tempah Proton tanpa Detail
Saya setuju dengan pandangan Ustaz. Proton tak boleh buat macam ni. Proton patut lantik penasihat syariah supaya muamalatnya lebih patuh syariah.  
 
Sebelum ni saya pernah tempah Toyota Avanza 1.3 sebelum pelancaran (2004), tapi masa tu harga kereta dah ditetapkan dan kereta contoh telah dipamerkan di pusat servis (walaupun tak dipamerkan di pusat jualan). Akhirnya saya pegi tengok kereta tu, dan baru saja bersetuju tempah. Alhamdulillah harga sebelum pelancaran lebih murah daripada harga slps pelancaran.  
 
Nampaknya cara muamalat Toyota Jepun lebih islamik daripada muamalat Proton Malaysia.
 
» Reply to this comment...

Posted by Dean, on 27-02-2009 12:58, IP 118.100.47.186, Guest
25. di sini tempahannya
assalamualaikum. 
harap ustaz melawat web ini. di sini ada tempahannya. 
 
UZAR : web mana? tidak disertakan linknya
 
» Reply to this comment...

Posted by hanif, on 27-02-2009 09:14, IP 210.19.76.11, Guest
26. salam
Assalamu'alaikum... 
 
Pada org yg mengikuti perkembangan Proton, Proton MPV yg akan dilancarkan pada bulan april nnt adalah berdasarkan gambar yg pertama. gambar MPV yg berbentuk futuristik itu adalah kereta lotus APX yg mempunyai kapasiti enjin berkuasa tinggi (lebih dari 250hp kalau xsilap) dan bukan untuk tujuan "mass market". maklumat lanjut boleh didapati di http://www.proton-edar.com.my/ exora/ . untuk maklumat tambahan mengenai proton mpv ini, gambar2 semasa testing di jalanraya...sila lihat di sini..harga (tentative) rm72000 untuk M(medium) line dan rm76000 for H(high)line....harap membantu...terima kasih.. 
 
UZAR : Terima kasih atas info.namun apa yang dipapar di web tu hanyalah gambar RANGKA exora sahaja. Harga yang dipapar pula iaitu RM 72 k dan RM 76 K hanyalah TENTATIVE menunjukkan ia boleh confirm dan akan masih berubah. 
 
» Reply to this comment...

Posted by naji, on 27-02-2009 08:17, IP 211.25.208.178, Guest
27. Nak kena ada penasihat shariah ni..
Tak masuk site ni tak tau poton mpv tu dah keluar.  
 
Ada tentative price kat website poton tu. RM72K (ML), RM76k (HL). Booking fee RM1k. Tentative subject to demand kot.. 
 
UZAR : tentative meaning not confirmed yet.
 
» Reply to this comment...

Posted by Shahmuzir, on 27-02-2009 00:09, IP 60.51.106.38, Guest
28. Tempah tapi tak tahu bentuk dan harga?
Assalamu'alaikum... 
 
Alhamdulillah, terima kasih ustadz krn sudi menangani masalah berkenaan tempahan tanpa diketahui rupabentuk barang dan harga ini. Ia jelas menimbulkan gharar. 
 
Dan sebagai pengguna yang bijak, ia sebenarnya common sense. Amat pelik jika tempahan dibuat sedangkan rupabentuk produk dan harganya belum pasti lagi. Apatah lagi tempahan perlu disertakan dengan komitmen wang. Dlm soal common sense ini pun, ISLAM telah menanganinya, iaitu melarang kita bermuamalah dalam hal yang samar2. 
 
Tunggulah dulu keluar produknya. Tengok dan sentuh. Teliti harganya. Jika puas hati, buatlah keputusan untuk membelinya. 
 
Eh, dan pastikan jika ingin membuat pembiayaan, buatlah pembiayaan dengan perbankan Islami. Dan ambillah perlindungan kereta melalui Takaful. 
 
SHAHMUZIR NORDZAHIR 
www.takafulonline.net
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom