Pada tanggal 7 Mac 2009 yang lalu, kami
berpindah buat kali yang kedua sejak sampai di United Kingdom. Namun kali ini
kami berpindah jauh dari kawasan Lampeter, malah keluar dari Wales.
Kami berpindah dari sebuah kawasan yang disebut
sebagai kawasan perkampungan dan desa kepada satu bandar yang sederhana besar di
dalam daerah England, iaitu Leicester. Untuk pengetahuan mereka yang masih kurang jelas, United
Kingdom terkandung empat daerah besar iaitu Scotland, Wales, Ireland Utara dan
daerah terbesar adalah England.
Ini adalah salah satu sebab mengapa web saya tidak dikemaskini hampir seminggu. Terima kasih kepada semua warga Lampeter yang bertungkus lumus membantu mengangkat, menyiapkan makanan dan membersihkan rumah. Jutaan penghargaan juga buat warga Leicester yang sudi membantu memindahkan barangan dari van ke rumah baru kami. Khususnya buat Dr Shahrul Zuraidi dan keluarga yang amat banyak membantu kami. didoakan Allah swt membalas jasa kalian dengan sewajarnya di dunia dan akhirat.
DIRI DAN CERITA
Kami berpindah dari daerah Wales ke England,
namun saya masih bersama Universiti of Wales, dan juga supervisor yang sama.
Hanya berpindah rumah sahaja. Sebabnya panjang dan sebahagiannya bersifat
peribadi untuk disenaraikan. Pada mulanya, ingin juga saya coretkan untuk
pengetahuan teman-teman pembaca, namun teringat pula satu kata-kata nasihat
yang agak relevan dalam bab ini iaitu :-
"Orang yang bijaksana, menulis
tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis
tentang ‘orang lain'. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri"
Satu nasihat dan ungkapan yang dalam
namun masih boleh diperdebatkan tentunya kerana ia bukanlah nas al-Quran atau
Hadis, cuma buah fikiran seseorang yang berfikir dan mengamat. Apapun, saya kira
seseorang yang bijak masih boleh menceritakan kisah dirinya jika pandai
mengulas dan mengolah sehingga pengajaran dari kisahnya lebih tertonjol dari
dirinya. Ada baiknya jika anda ikuti ulasan lanjut oleh sifupemikiran dan penulisan kepada beberapa penulis terkenal di
ruangan ini . InshaAllah bermanfaat.
Sejak lama dahulu, saya memang
agak kaku serta bimbang apabila bercerita berkenaan dengan diri. Namun tidak
dinafikan adakalanya terdapat sesuatu yang ingin dikongsi dan dimanfaatkan oleh
pembaca. Justeru, sekali sekala saya coretkan juga beberapa pengalaman dan
kisah diri walaupun terlalu banyak jika ingin dikongsi pahit manis perjuangan peribadi
yang sedang berusaha mencapai al-Falah di dunia dan akhirat.
Saya tahu, ramai di luar sana tercari-cari
model dan panduan menjalani kehidupan. Tidak ramai pula individu yang rela dan
sudi mengorbankan pengalaman peribadi untuk tatapan umum. Mungkin ramai lepasan
mahasiswa yang masih muda dalam kehidupan sedang tercari-cari arah tuju
perjalanan hidup dalam dunia lepasan kampus yang lebih luas dan mencabar. Kecuali
di akhir-akhir ini sudah banyak juga biografi diri orang ternama dijual, namun
kebanyakkan adalah hasil tangan orang lain dan bukan si tokoh itu sendiri. Mungkin
individu yang mencari ijalan hidup berpandukan cara kejayaan tokoh-tokoh ini boleh dan mampu memanfaatkan tulisan-tulisan sedemikian.
PINDAH DAN PERUBAHAN
Berbalik kepada kisah saya dan
pindah, hanya saya coretkan secara ringkas dan ringan di celah kesibukan.
Cumanya pengajaran umumnya, setiap perpindahan walau perit di sudut fizikalnya
namun ia PERLU untuk satu perubahan. Sudah tentu kita perlu mensasarkan
perubahan kepada yang lebih baik. Itulah yang mendorong saya berpindah dari
Wales ke Leicester ini. Saya sedang merancang manfaat kepada diri dan ummah
yang lebih luas dan besar serta tidak terbatas oleh jarak perjalanan.
Apa yang pasti, setiap perubahan memerlukan
keberanian, setiap keberanian memerlukan kepada keyakinan, keyakinan memerlukan
kepada ilmu dan perancangan. Perubahan tanpa mengikuti aliran ini adalah
perubahan yang kerap menghasilkan kerugian dan kegagalan.
Lihatlah teguran Allah swt kepada
kafir musyrik yang enggan berubah dan hanya selesa dalam zon kehidupan
jahiliyah mereka.
Ertinya : Dan apabila
dikatakan kepada mereka: ""Ikutilah apa yang telah diturunkan
Allah,"" mereka menjawab: ""(Tidak), tetapi kami hanya
mengikuti apa yang telah kami dapati
dari (perbuatan) nenek moyang kami"". ""(Apakah mereka akan
mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka
itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?
Justeru itu, cabar zon selesa
anda ketika ini dengan yang perkara baru, ilmu baru, medan baru, konteks baru
dan lain-lain yang lebih mencabar dan boleh menghasilkan kesan positif buat
diri dan ummat nescaya satu perkembangan cemerlang akan berlaku dalam diri. Pastinya
ia akan membimbangkan, menakutkan, mendebarkan tetapi menyeronokkan InshaAllah.
Atas alasan itu, saya berpindah
ke Leicester mencari yang lebih mencabar, mencari susah...untuk manfaat diri di
dunia dan akhirat serta kebaikan ummat. Doakan kami..agar pencarian susah kami berbaloi.
Posted by megat ismail akil, on 19-03-2009 20:14, IP 60.53.196.235, Guest
1. biografi
Assalamualaikum....Uzar.
Lama tak masuk web uzar, rasa ada kekurangan jika tidak lawat web uzar.Begini uzar, saya amat mengharapkan pengkisahan berkenaan diri sendiri untuk tatapan dan panduan orang lain adalah amat berguna tetapi hendaklah kisah itu boleh dijadikan panduan untuk orang melakukan kebaikan.
Saya amat berharap agar uzar dapat memulakan penulisan tentang diri uzar semenjak dari kecil kemudian disekolahkan serta cabaran dan dugaan ditempuhi sepanjang perjalan hidup uzar sehingga hari ini.
Ini adalah amat baik untuk rujukan saya atau teman yang lain untuk memulakan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kebaikan.
Atau bagaimanakah uzar berusaha untuk membentuk jalan serta laluan sebagai hamba Allah untuk menjadi insan yang bertaqwa.
Dan juga kami boleh jadikan panduan untuk anak-anak kami membesar nanti.
Posted by muhammad khairis, on 16-03-2009 19:39, IP 141.41.97.64, Guest
2. salam dari germany
salam ustaz. dah lama saya masuk ke website ustaz. selamat berpindah ke rumah baru! insya Allah kalau ada rezeki, saya dari germany ingin menjemput ustaz datang ke germany bagi memberikan input-input mengenai solat. saya tak tahu nak contact ustaz bagaimana melalui emel.justeru saya bagi komen di sini. moga ada reply. terima kasih
UZAR : InshaAllah, boleh email ke zaharuddin@yahoo.com
Posted by Akmal, on 16-03-2009 02:08, IP 64.255.180.72, Guest
4. Pengalaman baru
Salam UZAR..moga dlm keadaan sihat kat tempat baru sana.. Cukup 'pedas' dan penuh b'makna kata2 pemikiran tue..semoga ustaz dipermudahkan urusan di tempat baru.. P/s : minta izin link blog sy ke web ustaz nie..syukran jazilan..
Posted by Amin007, on 15-03-2009 23:30, IP 115.132.205.16, Guest
5. mencabar pemikiran
""Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang ‘orang lain'. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri""
saya pun tak pasti sama ada saya terletak di bahagian mana sebab semua benda saya cerita dalam blog saya di http://
amin007.blog.friendster.com/
macam mana pun saya akan cuba bagi yang terbaik pada masa akan datang
Posted by umi Atikah, on 15-03-2009 16:45, IP 219.93.43.49, Guest
6. terharu tp bersyukur
hari ini pertama kali saya melayari blog ustaz,walaupun dah lama tahu ,tapi hari ini Allah izinkan.air mata tiba2 gugur membaca coment dari sahabat2 yang lain .w/p diprantauan tapi silatulrahim antara sahabat diperantauan sangat kuat.ana di Malaysia dlm zon bebas yg menjemukan
UZAR : Tentu ada sebab ia menjemukan, kenalinya dan mulakan perancangan baru untuk mengubahnya, namun pastikan ia perancngan yang menepati Islam
Posted by student, on 15-03-2009 12:31, IP 203.161.92.237, Guest
7. mengenai kedai salvation army
salam ustaz...
semoga dipermudah segala urusan ustaz...
Saya merupakan seorang pelajar di Australia... Saya ingin tahu, apakah hukumnya kita membeli barang2 yang dijual di kedai Salvation Army? bermacam jenis barang terpakai yang dijual dengan harga yang sangat murah..
Posted by mfm, on 13-03-2009 19:18, IP 60.51.105.231, Guest
8. Mencari Susah
salam UZAR..
Ya ALLAH... tulisan ustaz terasa seperti jam loceng yg berbunyi kuat kpd sy. selama ni, sy slalu saja rasa cukup dgn apa yg ada. konon2nya wasatiah.. tp bile sy fikir balik, lebih kepada malas.. kalau la camni je, mcmane la dakwah nak berkembang..
terima kasih ustaz.. sy doakan kalau ada yg susah, akan dipermudahkan utk ustaz.. insyaALLAH.. amiin..
Posted by jalil, on 13-03-2009 19:00, IP 58.164.96.237, Guest
9. cerita diri untuk kebaikan bersama
ustaz,
setelah diri bersedia muncul dan utuh sebagai role model, setiap tindakan menjadi contoh, setiap kata2 menjadi pegangan. cerita tentang diri sendiri sebagai pengajaran. kongsikan apa yang wajar sebagai kongsi pengalaman....sama2 belajar dari kehidupan
Posted by ajumain, on 13-03-2009 11:12, IP 219.95.186.22, Guest
11. keluar zon selesa...
Salam UZAR,
Alhamdullillah selamat juga UZAR pindah tp jauh gak tu...Tapi apahal2 memang ada benar apa yang UZAR coretkan tu (mgkin ada berkait dgn sya gak )...
Atas alasan itu, saya berpindah ke Leicester mencari yang lebih mencabar, mencari susah...untuk manfaat diri di dunia dan akhirat serta kebaikan ummat.
Ertinya : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan" ...
Saya dalam proses dari zon selesa ke zon berbahaya (yg mencabar sdikit la-"dari makan gaji ke free lance")...yang pasti saya percaya apa yang kita buat untuk manfaat sejagat pasti tuhan akan membalasnya kelak...Janji ada usaha, iktiar, twakkal dan doa...
Moga tuhan panjangkan umur dan murahkan rezeki pada UZAR sekeluarga..
ps: UZAR, klu sya gunakan some of artikel UZAR esp dalam kewangan islam...bole kan?
Posted by aasyiq5, on 13-03-2009 01:01, IP 77.100.27.12, Guest
13. Selamat datang ke bumi Midlands, UK
Salam Ustaz/ UZAR. Selamat datang ke bumi Midlands. Tak jauh dari dah dari tempat saya, Birm. Bolehlah saya datang ziarah (ustaz, zaujah dan keluarga). Bertanyakan masalah agama kalau ada. Selamat datang dan menjadi warga Midlands...
UZAR : Alhamdulillah, sila lah, dari Birmingham tu rasanya 45 minit saja.
Posted by NaUpm, on 12-03-2009 10:13, IP 119.40.118.201, Guest
14. assalamualaikum
"Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang ‘orang lain'. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri"
Peh..Berbisa ustaz...hehehe, mohon dipastekan di blog na..
Posted by Shahrul, on 12-03-2009 06:05, IP 86.6.75.130, Guest
15. abuemraan
Jazakallah ustaz.. Alhamdulillah ustaz dah pindah ke sini .. semoga langkah ini memudahkan segala2nya dan mendatang keberkatan dariNya.
Kami pun InsyaAllah dah makin bersedia fizikal & mental.. utk berpindah dan berhijrah dari zon selesa yg hampir 15 tahun ni..Moga Allah juga permudahkan urusan2 kami.. Senang2 singgahla rumah..