Semenjak saya membuat keputusan
agar isteri berhenti kerja pada tahun 2006, seribu satu macam perancangan saya
fikirkan untuk beliau. Ada yang sudah tercapai dan ada yang masih dalam
perjalanan. Manakala sebahagian lagi masih di dalam perancangan di minda saya.
Menunggu pulang ke tanahair dan perlu melihat situasi semasa di ketika itu.
Antara perancangan yang dilihat
mampu dibuat dalam kadar segera adalah menajamkan kemahiran penyampaian ilmunya
melalui tulisan. Ia amat baik kerana setiap entry
yang ingin dimasukkan, si penulis biasanya akan teruji untuk mengemaskinikan
peta kandungan yang ingin disampaikan. Namun ia bergantung juga kepada jenis
kandungan yang ingin dikongsikan. Ada banyak juga blog yang berkongsi ‘entah
apa-apa' yang tidak perlukan perancangan peta kandungan di minda semasa menulis.
"Bak kata seorang rakan saya :
"Main lanyak aja"
BLOG ISTERI
Tahniah dan segala puji ke hadrat
Allah swt, hasrat saya untuk mengajak isteri tercinta terlibat dalam aktviti
dakwah fardiah melalui blog tercapai jua. Semoga kami diberi kekuatan untuk
terus menyumbang sesuatu yang bermanfaat buat ummah. Khususnya buat para
muslimah, yang masih bujang atau sudah berumah tangga.
Blog isteri saya, inshaAllah akan
berkongsi pengalaman hidup dan pengajaran. Kami akan cuba pastikan setiap entry
punyai pengajaran, bukan bertujuan membazirkan waktu kosong dengan kisah-kisah
diri ke sana dan kemari, ke situ dan ke sini, tanpa mesej pengajaran yang
jelas.
Kami berdoa, agar ruang yang
wujud ini akan menjadi penambah peluang untuk meraih rahmat Allah SWT dan tidak
menjadi beban buat kami kelak di akhirat.
Setiap pemilik blog sememangnya
bebas untuk memuatkan apa jua coretan dan gambar yang mereka sukai, namun
mereka juga WAJIB bertanggungjawab untuk meemastikan entrynya tidak menggalakan
pembzairan waktu dan masa diri sendiri dan pembaca tanpa mesej jelas. Selain
itu, WAJIB pula dijaga dari sebarang komen buruk dan negatif terhadap Islam.
JAGA-JAGALAH PEMILIK FORUM
Sama seperti forum-forum yang
begitu pelbagai di internet hari ini. Terdapat forum politik, forum perbincangan
agama, forum remaja, forum pelbagai dan lain-lain.
Namun agak malang juga apabila melihat
sebahagian forum TIDAK TERKAWAL kandungannya.
Benarlah, ia memberikan sebahagian
manfaat tetapi ia turut membarahkan masalah sosial, akhlak dan agama apabila
melepas bebaskan pemberi komen, penghantar artikel untuk menulis apa sahaja.
Pemberi komen di forum dan blog
hari ini ada yang bertukar watak syaitan ketika memberi komen, berselidung di
sebalik nama palsu dan umum. Sama seperti manusia di jalan raya di Malaysia
(bukan di UK), watak sebenar seseorang individu kerap terzahir ketika memandu, ramai
tidak disangka ia seganas itu, tetapi itulah dia.
Jika masih ingin memberikan
kebebasan umum kepada pelawat, pemilik blog atau forum MESTI mempunyai tenaga
pakar yang memantau dan menjawab dengan cepat serta pantas agar setiap idea
yang ditulis oleh pelawat yang rencam latarbelakangnya ini dapat ditapis dan
dijaga.
"Jika tidak dijaga, adakah
pemilik forum berdosa ya ustaz?" itu pertanyaan seorang pelajar kepda saya semasa
mengadakan satu kuliah Mawlidur Rasul di UK.
"Sudah tentu!.. biasanya forum
bertema politik adalah yang paling meriah dengan dosa fitnah, mengumpat dan
lainnya, forum lain juga banyak tapi saya tidak tahu sama ada ia wujud atau tidak
"
Ingatlah, bukankah Nabi s.a.w
menyebut di dalam hadis sohih Al-Bukhair dan Muslim :
كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته
"Setiap kamu adalah penjaga dan
bertanggungjawab ke atas apa yang dijaganya.." jawab saya ringkas.
"Bagaimana adakalanya terdapat
beberapa orang yang bukan khusus dalam bidang agama, tetapi mengulas pendapatnya,
sedangkan pendapat itu mungkin bertentangan dengan Islam" Dia bertanya lagi.
Tidak salah seseorang
mengutarakan pendapat, cuma bimbangnya agak semakin meluas hari ini terlalu
ramai merasakan pendapatnya adalah paling tepat tanpa menghiraukan pandangan
ulama Islam berasaskan al-Quran dan As-Sunnah. Semakin ramai juga tidak
mengetahui kejahilan diri, tidak menyedari sempadan ilmu yang dimiliki. Ia
tanda dunia semakin mengelirukan, kebenaran semakin berkabus, sukar dituju dan
dilihat.
Memang benar, manusia yang paling
sesat adalah manusia yang jahil dan tidak mengetahui berkenaan kejahilannya.
Malangnya, kumpulan ini semakin
bertambah jumlahnya dan kalau dulu, tiada ramai terkena mudarat dari mereka, tidak
ramai pula kenalan mereka. Namun hari ini di waktu kemunculan blog percuma,
forum dan media internet, idea kejahilan pembawa racun mereka tersebar meluas, pantas
beredar di dalam minda ramai yang juga jahil. Maka lahirlah kumpulan yang jahil
lagi menyesatkan dan terus berkembang.
Ibn Umar berkata :
العلم ثلاثة، كتاب ناطق، وسُنّة قائمة، ولا أدري
Ertinya : "Ilmu itu punyai tiga cabang, al-kitab yang bertkata ( nas
alquran), sunnah baginda nabi yang lalu, dan kata-kata "aku tida tahu" ( Uyun
al-Akhbar, 5/130 ; Riwayat Al-Khatib secara Mawquf )
Jika keadaan itu berlaku di dalam
sesuatu forum, pemilik forum perlu menentukan sikap dan kaedah pengendalian
forumnya, sama ada untuk terus memadam atau meluluskan dengan jawapan dari
panel mereka yang faham bab agama.
Nasihat saya buat pemilik forum,
bertaqwalah kepada Allah. Jangan sampai forum yang dimiliki menjadi asbab ke
neraka, jadikan ia kunci kepada rahmat ilahi untuk ke Syurga. Namun, jalan ke
syurga adalah dengan duri dan payah, jalan ke neraka dengan syahwat dan
seronok, demikian tegas baginda Nabi s.a.w.
Sahabat Nabi bernama Abdullah Ibn
Mas'ud r.a berkata :-
لايزال الناس بخير ما أخذوا العلم عن أكابرهم، وعن
أمنائهم وعلمائهم، فإذا أخذوه عن صغارهم وشرارهم هلكوا
Ertinya : Sentiasalah manusia berada dalam keadaan baik selagimana
mereka mengambil ilmu dari orang berpengalaman (berusia), mereka yang amanah
dan para ulama mereka, dan atatakala mereka mengambil ilmu dari mereka yang
kurang pengalaman (muda remaja) dan yang jahat, nescaya mereka akan mula hancur"
( Jami' Bayan al-‘Ilm wa Fadhlih ; 1/616 )
Ulama berbeza pendapat mentafsir
perkataan "as-Sighar atau muda dalam athar di atas. Ibn Qutaibah : ertinya
individu usia muda tandanya umurnya masih kecil dan giginya masih kecil.
Umar Al-Khattab berkata :
قد علمت متى صلاح الناس ، ومنى فسادهم : إذا جاء
الفقه من قبل الصغير ، استعصى عليه الكبير ، وإذا جاء الفقه من الكبير تابعه
الصغير فاهتديا
Ertinya : "Telah aku tahu bilakah manusia menjadi baik dan menjadi
buruk. Apabila datang kefahaman hukum Fiqh dari orang muda, nescaya mereka akan
sentiasa bercanggah dengan orang tua, namun apabila kebijaksanaan fiqh itu datang
dari orang tua, yang muda akan mengikutinya dan sama-sama mendapat hidayah." (Jami'
Bayan al-‘Ilm wa Fadhlih ; Ibn Abi Al-Barr)
Terdapat juga ulama yang
membawakan tafsiran muda boleh membawa erti fizikal umur dan juga secara
maknawi iaitu umur tua tetapi ilmunya masih muda dan seperti kanak-kanak.
Kesimpulan dalam bab ini, ambillah
ilmu dari mereka yang berpengalaman, sebaiknya yang berusia lagi alim. Namun sekiranya
yang berusia sudah pupus yang alim dan tinggi ilmunya, sehingga ramai mula
mengambil ilmu dari ilmuan muda. Itu antara tanda akhir zaman . Nabi bersabda :
إن من أشراط الساعة أن
يلتمس العلم عند الأصاغر
Ertinya: Sesungguhnya salah satu dari tanda hampirnya kiamat adalah
orang menuntut ilmu dari mereka yang muda (fizikal dan umur, atau boleh juga membawa
maksud orang kurang ilmu dan pengalaman)" ( Riwayat al-Lalakie; hadis sohih,
1/102)
GAMBAR, BLOG DAN FREINDSTER
"ana rasa anta patut tulis satu
artikel berkenaan etika berblog, khususnya blogger wanita muslimah" kata seorang
ustaz popular kepada saya semasa menziarahi rumahnya.
Elok juga sebenarnya jika beliau sendiri
yang menulis topik itu berbanding meminta saya untuk menulisnya.
Namun memang benar, ada diantara
pemilik blog yang tiada menjaga auratnya, dipaparkan gambarnya di rumah yang
adakalanya tidak sempurna tutupan auratnya, jika sempurna pun terlalu banyak
gambar dirinya sehingga boleh membuat pembaca yang kurang beriman ditarik Syaitan
untuk melihat dengan ‘pandangan tembus baju' di setiap gambar-gambarnya di blog, selain itu, banyak juga gambarnya yang sedang duduk dengan pelbagai gaya, malah berbaring.
Selain blog, ruangan facebook dan
friendster juga menjadi tempat sumbatan ribuan gambar dengan pelbagai gaya. Padahal berita rasmi sudah memaklumkan bahawa
setiap info dan gambar di facebook,
adalah hak milik facebook dan tidak boleh dipadam buat selamanya oleh tuan
punya gambar.
Justeru itu, berpadalah dan
fahamilah, diri ini bukan milik kita, ia milik Allah swt dan tertakluk dengan
batas-batasan yang ditentukan Allah swt. Bukan tidak boleh meletak gambar tetapi
wajiblah menutup aurat penuh, dalam kedudukan yang sopan dan seterusnya tidaklah
pula terlalu banyak sehingga boleh membuka ruang fitnah. Khususnya seorang
wanita yang boleh saja seorang lelaki jahat memetik gambarnya lalu dibomohkan.
AKHIRNYA
Apapun pengisian bermanfaat dari
blog kami dan anda kepada pembaca, ingatlah wahai pembaca, ilmu yang dipelajari
semata-mata dari blog dan buku tidak mampu memberikan segalanya buat anda.
Carilah ia dari guru dan dari mulut sang guru. Tanpa memperolehinya dari mulut
sang guru, ia mungkin sahaja membawa kepada kefahaman yang lain dan maksud yang
salah. Imam As-Syafie berkata :-
من تفقه
من بطون الكتب ضيع الأحكام
Ertinya : Sesiapa yang mengaji dan mempelajari ilmu hanya dari
perut-perut kitab, akan hilanglah hukum-hakam; ( Tazkirat
as-Sami'; hlm 87 )
Posted by hamba yg kurang arif, on 01-05-2010 07:21, IP 193.11.202.93, Guest
1. Belajar dari alim ulama
Assalamu'alaikum wbt
betul kata UZAR, dan saya sngt bersetuju dgn kesimpulan UZAR berkenaan belajar ilmu dgn ulama lbh afdal.
pada saya, khazanah ilmu yg ada dalam dada ulama lbh dari khazanah ilmu yg ditulis dalam kitab.
sama macam kita, kalau kita explain pasal sesuatu kita boleh cakap berjam2 hnya utk satu point kecil, tapi utk tulis semua kita x mampu, sbb lbh senang cakap dari tulis. jadi sama macam kitab, kitab hanyalah sebahagian kecil khazanah ilmu yg ditulis oleh ulama, namun khazanah ilmu yg selebihnya ada dalam dada ulama. pengalaman satu hari bersama ulama xkan sama dgn pengalaman bertahun2 dgn kitab.
Posted by Radin, on 30-04-2010 12:18, IP 202.58.85.15, Guest
2. Etika Universal (Dalam Blog)
Blog adalah mechanism baru utk berdakwah kpd ashabul yamin (assabiqun wallahu'lam)dan mechanism utk berdakwah juga oleh ashabussyimal.
Kepada ashabulyamin,perlulah berwaspada, serangan mentaliti terutama berblog amat senang skali.Akan ada simpul2 kesilapan yg mudah digelincirkan oleh ashabusyimal.Google dan Yahoo,pengumpul statistik yg efisien (nbomor ip adna dan makualmt pierabdi)utk mengesan jika silap percaturan.
Sesungguhnya golongan kanan umpama pokok kayu lembut (senang melentuk ditiup angin) manakala kiri, pokok balak (teguh berdiri dalam kekafirannya).
Kesilapan sedikit sahaja, mudah untuk terlentuk dek penangan sedikit angin (duit, wanita,etc) dan taufan (pangkat dan darjat).
Sama-samalah bermuhasabah dalam berblog, tak kira golongan agamawan, ataupun usahawan ataupun teknologian.
buat masa ni sy xde blog lg, tp saya ske mlawat blog org lain dgn tujuan ingin mengetahui atau berkongsi apa yg mereka sampaikan seterusnya mengambil pengajaran jika terdapat apa2 khilaf atau perkara-perkara yg negatif yg terdapat di blog mereka. sy juga ada berniat utk buat blog yg ada 'pengisian' di dalamnya yg berkaitan dgn ilmu, tntang agama, nasihat, mutiara kata dan sumber2 dr semua itu sudah semestinya drpd bahan bacaan sy,pengalaman sy sndri atau org lain, mungkin juga isu2 yg ustaz ketengahkan(dgn izin ustz)yg ingin sy kongsikan kpd kenalan2 atau sesiapa shj. Masalahnya disini ustaz, sy sangat risau apabila timbulnya perasaan riak dlm diri berkenaan dgn blog sy(jika sy buat blog). Niat sy hanya utk berkongsi ilmu bru yg dpelajari kpd rakan2 dan sama2 ambil ikhtibarnya. Jadi ustaz, bagaimana untuk menglakkan dan menjauhkan drpd timbulnya perasaan riak itu??
Posted by nisha, on 08-04-2009 22:24, IP 115.132.247.249, Guest
4. rasau jugak ni
Assalamualaikum Ustaz. Saya juga baru berjinak-jinak dengan blog. Saya juga suka memperkatakan,bercerita tentang agama dan suka mengaitkan dengan agama padahal saya bukanlah pakar di dalam bidang ni. Saya suka mendengar ceramah dan membaca buku-buku Islami.
Saya juga belajar agama sikit-sikit kat surau di taman saya. Blog saya juga berkisar tentang agama(ibumithali.com). Tetapi taklah topik-topik berat, biasa-biasa je terutamanya berkaitan dengan ibu. Camna Ustaz boleh ke saya teruskan? Wassalam.
Posted by am0i ida, on 05-04-2009 00:18, IP 203.82.91.34, Guest
5. Blog isteri saya
Alhamdulillah seronoknya apabila saya dapat tahu zaujah Uzarpun sudah ada blog sendiri. Semoga istiqamah dan tegar di jalan dakwah melalui blog...
Itulah cita-cita saya dulu apabila mula2 skali melibatkan diri dalam dunia blogging pada thn 2003...
Pengalaman saya, sememangnya seronok sangat menulis di blog sewaktu kita benar2 merasai kemanisan iman kerana kita nak sangat kongsi dan mahu oranglain merasai apa yang kita rasai, dengan harapan mereka juga akan turut diberi sentuhan tarbiyah dari Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Posted by tunelife, on 02-04-2009 22:21, IP 124.82.15.175, Guest
7. Sambutan Earth Hour
Assalamualaikum UZAR,
Baru-baru ini ramai di antara kita telah menyambut "Earth Hour" pada 28 March 2009. Ini adalah sambutan Earth Hour yang terbesar pernah diadakan di Malaysia. Tujuan utama sambutan ini seperti yang kita ketahui adalah sebagai salah satu kempen menentang pemanasan global.
Tapi adakah kesan positifnya lebih banyak dari kesan negatifnya? Mesej utama dan kesan kepada kempen ini saya percaya tidak sampai sepenuhnya kepada sebahagian daripada mereka yang turut sama meraikannya. Mereka begitu excited untuk menyambutnya kerana kempen hebat oleh individu-individu terkenal pujaan mereka. Disamping itu, inilah peluangnya untuk anak-anak muda mengajak pasangan masing-masing untuk keluar bersama-sama.
Seperti di dalam panggung wayang misalnya, suasana gelap amatlah disukai oleh mereka. Bayangkan sahaja apakah yang boleh berlaku dalam gelap di sekitar KLCC misalnya dan juga tempat-tempat yang lain. Malah, rakan saya turut menceritakan ada di antara kawan-kawannya yang duduk didalam rumah dengan pasangan yang masih belum berkahwin dan menunggu saat untuk lampu dipadamkan. Setelah gelap gelita, mereka pun memulakan "projek" mereka.
Perhimpunan-perhimpunan besar yang diadakan di dalam gelap juga memungkinkan aktiviti tidak sihat yang lain seperti pencabulan secara "kecil-kecilan". Apalah sangat yang ingin ditakuti oleh si pelaku. Suasana kan gelap gelita.
Saya percaya, sambutan earth hour pada tahun-tahun yang mendatang akan semakin berkembang seperti satu evoulusi yang akhirnya tidak ubah seperti sambutan tahun baru yang disajikan dengan pelbagai hiburan, pergaulan bebas serta aktiviti sampingan yang lain.
Walaupun ada sebahagian kecil daripada kita yang menyambutnya dalam suasana yang lebih islamik seperti keluar ke persekitaran rumah dan mendengar anak-anak memperdengarkan bacaan yassin yang dihafal mereka sambil melihat keagungan Allah, tapi itu hanya satu dalam seribu.
Oleh itu, saya berharap agar UZAR dapatlah memberikan pandangan tentang perkara ini, menghuraikan tentang hukumnya atau mungkin boleh memberikan panduan bagaimanakah menyambut earth hour secara islamik jika ia benar-benar mendatangkan manfaat. Diharapkan dengan pendapat dan panduan yang UZAR berikan dapatlah dijadikan rujukan oleh kami semua.
Terima kasih di atas masa yang UZAR luangkan. Semoga dapat memberikan manfaat kepada jauh lebih ramai orang.
Posted by Zainal, on 02-04-2009 17:41, IP 82.201.240.135, Guest
8. thankx
salam ust, entry yg amat bermakna, kebetulan sy br jer buat blog(click here) dgn tema ’sharing is caring’, tiba2 ust plak keluarkan entry ni, iAllah moga2 suatu hari nnt blog sy mampu menjadi medan dakwah seperti website ust dan isteri. saya doakan semoga ust terus tsabat atas jalan ini ^_^
Posted by pejuang, on 02-04-2009 13:40, IP 219.93.21.126, Guest
9. hukum ceramic club - serius
Salam UZAR, boleh x kaji link web ini http://
kaharhamid.blogspot.com/2009/
03/konsep-dan-hukum-bisnes-
ceramic-halal.html.dimana mengatakan ia komen dari UZAR bisnes ceramic club ni..bg sy la mcmana bende sebegini leh lepas sedangkan kita skrg sedang memboikot produk israel.bisnes ni bg boucher kfc dimana kfc daripada sana..harap sgt uzar dpt komen tentang bisnes ni..bg sy byk sgt mengunakan hukum tanpa mengikut hadith n nas yang sahih..sy sgt marah kerana bende2 sebegini bg jaminan wang n mcmana plak kalu jaminan itu tidak berbayr?menyebabkan org islam sendiri malas mencari ilmu n malas utk mengkaji bende2 semasa..harap sgt uzar dpt selesaikan bende sebegini..sy byk berckp kepada kawan2 pasal bende ni tp tidak diendahkan malah sy sendiri dipulau kerana tidak masuk business ceramic ni..supaya umat islam tidak tinggal nama harap uzar dpt membahas specific berkenaan business ceramic club ni.
Posted by syuhadasyud, on 01-04-2009 20:13, IP 202.184.124.13, Guest
11. Terima kasih
Terima kasih ustaz, Alhamdulillah dengan penerangan Ustaz mengenai blog dapatlah saya menambahbaik pulih lagi blog saya yang tak seberapa itu agar dapat menyumbang kepada Islam dan tidak menjadi beban kepada saya di akhirat kelak.
Posted by BasicCX, on 01-04-2009 11:44, IP 121.120.124.253, Guest
12. Cadangan
Salam ustaz,
Saya ingin meminta ustaz kalau ada kesempatan menulis artikel mengenai syukur mengikut perspektif yang ustaz lihat boleh membuka hati semua umat Islam supaya kembali bersyukur kepada Allah atas nikmatnya.
Posted by MHafiz, on 01-04-2009 00:08, IP 124.82.71.185, Guest
13. Terima Kasih UZAR
Terima kasih atas kunjungan ustaz ke blog ana tempohari di http://
www.greatiqraa.blogspot.com . Terima kasih juga atas nasihat ustaz dalam artikel nie.Kurang2 ana boleh jadikan panduan.
Kalau ustaz ada terjumpa apa2 kesalahan..harap dapat la tinggalkan komen supaya dapat diperbetulkan..kalau ustaz ada masa la.Insyaallah kalau ade rezeki & kudrat ana akan further MA(Muamalat) kat USIM untuk intake 1st batch (c/work) jun ini.Minat sungguh ana terhadap bidang yg satu ini.
Terima kasih skali lagi.Salam.
UZAR : Alhamdulillah semoga bertambah pakar dalam Muamalat Islam.
Posted by irah, on 31-03-2009 17:42, IP 92.232.232.209, Guest
14. cara terbaik menguruskan kewangan
assalamualaikum ustaz,
kurang ada kaitan dengan artikel di atas, tapi saya sudah cuba search dan cari berkenaan persoalan saya di bawah tapi tak ketemu jawapan.
mohon agar ustaz dapat beri penunjuk kepada cara terbaik menyusun bajet bulanan, berapa peratus yang harus disimpan untuk kegunaan di waktu susah dan berapa ratus yang harus diinfaqkan? (ini setelah ditolak belanja bulanan yang wajib seperti sewa rumah, bil dan lain2). tak mahu nanti kononnya hendak simpan duit untuk waktu susah atau keperluan masa depan, tapi akhirnya jadi kedekut atau akhirnya umur pun tak panjang dan mati dengan longgokan duit dalam bank. bagaimana nak cari keseimbangan itu?
jazakallahu khairan
UZAR : Nasihat sebgini sukar diberiakn secara general krn setiap individu ada situasi, income dan keperluan asas masing-masing. Say atajk mampu nak beri nasihat, untuk dapatkan nasihat yg tepat, sdr perlu bentangkan butiran income dan expenses sdr dengan detail dan kemudian..sang pakar boleh memberi nasihat.
Namun saya bukan pakar pengursan kewangan peribadi, kena cari mrk yg pakar
Posted by Auni, on 31-03-2009 17:38, IP 130.95.16.119, Guest
15. blog tok guru
Assalamualaikum wbt
ana sekadar ingin berkongsi, (mungkin ustaz pun dah tau) Tok Guru kita pun dah ada blog sendiri
http://www.blogtokguru.com/
pages/muka-depan
Cantik sungguh ayat pertama dalam entry pertama tok guru, memetik mafhum ayat 125, Surah An-Nahl
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"
Posted by raimi marikan, on 31-03-2009 17:37, IP 124.13.102.16, Guest
16. Subhanallah
Assalamualaikum Uzar,
Kagumnya saya dgn ustaz dan isteri ...Hidup penuh memberi manfaat, insyaallah.Kami d sarawak amat ketandusan org macam ustaz.Teruskan perjuangan yg mulia ini... Semoga kita sama2 menjadi hamba Allah yg Taat...
Posted by Pemburu Ilmu, on 31-03-2009 15:05, IP 203.82.79.2, Guest
17. Org Sekarang 'Malas' mencari tokguru
Salam UZAR... Ana tertarik dgn para akhir artikel ini. Apa yg berlaku sekarang, ada seorang pembaca yang ingin mengetahui hukum mengenai haji hanya mengutarakan soalannya dengan hanya menulis 'jika ada ustaz atau ustazah tolong berikan ilmu di sini ya'. Beginikah adab orang yang ingin menuntut ilmu?
Posted by Alfateh., on 31-03-2009 11:38, IP 203.106.2.225, Guest
19. Amalan ketika mengandung.
Ustaz, Saya pohon jasa baik ustaz untuk berikan amalan yang baik untuk diamalkan dan apa yg perlu dielakkan oleh saya dan isteri ketika ini (isteri saya mengandung anak sulong). Semoga zuriat kami menjadi anak yang soleh dan solehah. Syukron.. Alfateh.
Posted by Suhaili, on 31-03-2009 11:24, IP 130.217.76.77, Guest
20. Soalan
Assalamualaikum, terima kasih atas nasihat ini. Saya ada soalan berkaitan hukum. Saya tak pasti mcmana untuk email ustaz. Atau adakah saya utarakan di bahagian komen ini saja?
Posted by Lados Quidados, on 31-03-2009 08:15, IP 121.123.32.83, Guest
21. Setuju dengan Ustaz...
Kebelakangan ini budaya ber'blog' sudah menjadi trend kepada masyarakat umumnya. Masing-masing begitu ghairah utk mewujudkan blog masing-masing. Seperti yg ustaz katakan, ada yang ingin berkongsi pendapat masing-masing dalam isu-isu semasa yg berkitar dlm masyarakat. Saya setuju dengan sesetengah blog yang 'main lanyak' aje isi entry mereka. Ada yang betul?..fitnah?..mengumpat?
..langsung tak dipedulikan... Akibatnya, masyarakat yg 'jahil'..yang tak tahu ttg keadaan sebenar isu tertentu, terus membenarkan pendapat-pendapat individu2 terbabit yang mungkin bersikap 'biased' atau mmg tak betul langsung... Berbalik kepada entry ustaz bertajuk 'Kerjaya:rancanglah menjadi pakar'...saya kira kadang-kadang masyarakat malas nak baca buku lebih atau buat effort lebih bagi mencari kebenaran dalam satu2 perkara...Bila budaya ber'blog' menular, saya rasa masyarakat lebih malas 'bergerak' utk berdamping dgn alim ulama' dalam menambahbaikkan mutu ilmu dalam diri mereka...Kesannya, siapa-siapa pun yg membaca blog yg 'panas' isunya..atau lebih menampakkan kerasioanalan penulisnya berhujah...terus terima pendapat si penulis tadi...terdapat juga sesetengah blog yang bukan sekadar menjadi medan menghina menjatuhkan maruah org Islam yg lain malah menjadi tempat utk memfitnah individu tertentu...
Moga Allah jauhkan setiap anggota tubuh badan kita semua daripada berbuat dosa....