Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 74 guests online
PDF Print
User Rating: / 4
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 05-04-2009 07:51
Views 5280    
Favoured 19

Pemimpin Harus Rampas Harta

Rakyat Menurut Islam ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

rakus.jpg

 

Setiap individu Islam yang beraqal waras dan sihat wajib memikir dengan bersungguh untuk mengenali pimpinan mereka dan juga setiap bakal pemimpin. Wajib juga mereka membuat segala usaha termampu untuk mengetahui sikap, kecenderungan, track record dan kekuatan para pemimpin yang INGIN dipilih khususnya di dalam sebuah negara yang mengamalkan perlantikan melalui proses pilihanraya, atau juga melalui proses perlantikan khusus.

Ada yang mengajukan pertanyaan kepada saya sama ada di dalam Islam seorang pemimpin boleh mengambil hak milik individu seseorang sama ada hak kebebasannya, hak hartanya atau lainnya. Benarkah jawapannya adalah HARUS ? dan adakah asas di dalam Islam yang membenarkannya?.

SEJARAH PANDUAN

Khalifah Umar al-Khattab pernah menunaikan umrah ada bulan Rejab tahun 17 Hijrah. Masjid al-haram di zaman Nabi s.a.w dan pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq tidak mempunyai sebarang pagar yang mengelilingi masjid, yang ada hanya ruang halaman untuk tawaf. Namun apabila bilangan umat Islam bertambah, halaman yang dahulunya selesa sudah menjadi sempit sehingga boleh memudaratkan para tetamu Allah.

Keadaan ini menyebabkan Umar r.a berfikir untuk memperluaskan halaman tawaf. Untuk tujuan tersebut Umar r.a membeli beberapa buah rumah di sekitar masjid, seterusnya diruntuhkan dan ditukar menjadi ruang halaman tawaf. Namun demikian, beberapa pemilik rumah di sekitar Masjid Al-Haram  enggan menjualkan rumah mereka kepada kerajaan, walaupun telah ditawarkan dengan harga yang munasabah lagi adil.

Akhirnya, Khalifah umar mengambil keputusan merampas dan meruntuhkan rumah-rumah tersebut dan meletakkan bayaran pampasan yang adil dan mencukupi di Baitul Mal bagi diambil kemudiannya oleh pemilik-pemilik rumah. Ia diletakkan di Baitul Mal kerana pemilik rumah berdegil enggan berurusan. Akhirnya, mereka pergi juga mengambil wang pampasan mereka.

Peristiwa yang hampir sama juga berlaku ketika khalifah Umar r.a inigin memperbesarkan masjid Nabawi. [1] Khalifah Uthman r.a turut melakukan hal yang sama ketika masjidil haram memerlukan lagi pembesaran dan turut berhadapan dengan beberapa pemilik rumah yang enggan, lalu dirampas dan diberikan pampasan yang adil dan sesuai.

Memang benar, semua tindakan ini jelas harus di dalam Islam, ia merupakan sebuah kuasa khusus diiktiraf oleh hukum Islam, khusus diberikan kepada sang pemimpin yang amanah mendahulukan keutamaan awam. Namun demikian, tentunya ia bersyarat, antara syaratnya seperti :-

1)      Mestilah dilakukan permohonan kepada pemilik terlebih dahulu.

2)      Rayuan dan rundingan bersama  pemilik.

3)      Memberikan harga pampasan yang adil lagi saksama.

4)      Rampasan benar-benar dilakukan HANYA untuk tujuan dan maslahat umum, tiada kaitan dengan pula dengan keuntungan peribadi sang pemimpin. Tidak juga memberikan sebarang keuntungan kewangan peribadi kepada pemimpin.

Tatkala syarat ini dipenuhi, rampasan dan pencerobohan hak individu dianggap harus dan tergolong di dalam kaedah Fiqh yang menegaskan :-

يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام

Ertinya :"Kemudaratan yang bersifat khusus (kepada individu) terpaksa ditanggung demi menolak kemudaratan umum"

SEBAB ITULAH ....

Memang benar, keredhaan menjadi antara syarat utama dalam sebuah proses jual beli biasa, namun demikian sebuah paksaan boleh dijatuh dan ditentukan oleh SANG PEMIMPIN demi menjaga kebaikan umum, Peruntukan kuasa yang diijktiraf oleh islam ini menjadikan pemilihan dan perlantikan seseorang pemimpin menjadi amat penting buat setiap individu masyaratkat.

Ini kerana di dalam sistem pilihanraya berparlimen, rakyat patut faham, tiada siapa yang boleh melepaskan diri dari tanggungjawab memilih yang terbaik kerana kelak, pimpinan yang naik itu punyai peruntukan untuk merampas hak milik individunya HANYA DENGAN alasan kepnetingan dan kemaslahatan awam yang DITENTU DAN DINILAIKAN SENDIRI oleh pemimpin tersebut. Jika korup dan buruk iman pimpinan itu, buruklah pula penilaian ‘kepentingan awamnya'.

MALANGLAH...

Justeru itu, amat malanglah jika seorang pemimpin buruk budi pekerti terpilih lalu kelak nanti mereka akan menggunakan kuasa yang diiktiraf Islam ini, BUKAN LAGI atas penilaian yang adil dan saksama serta kepentingan umum yang disyaratkan Islam, tetapi diubah dan dihalalkan bagi menjayakan nafsu dan kepentingan peribadinya. Kepentingan peribadinya dianggap kepentingan umum. Tatkala itu, siapa yang ingin dipersalah?

Atas kefahaman ini, TIDAK BOLEH seorang pengundi yang waras AQALNYA, lagi mampu tubuhnya melarikan diri dari tanggungjawab mengundi, mengasingkan diri dari pemilihan dan tidak memberikan pandangan dalam perlantikan pengundian dan lainnya.

Jika masih malas dan berdegil tunggulah nanti hak peribadi di rampas atas nama kepentingan umum yang palsu. Tatkala itu, menyesal sudah tidak lagi beerti. Fikirkanlah sebaik dan sewarasnya.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

Rabat, Morocco

4 April 2009

 



[1] At-Tabaqat al-Kabir, 3/13 ; Al-Milkiyah Al-Fardiyah fi Nizam al-Iqtisadiy al-Islamiy, Dr Md Baltaji, hlm 196


Last update: 07-04-2009 02:48

Published in : Soal Jawab, Politik Islam & Dakwah
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (5) RSS feed comment
Posted by Drimba, on 25-04-2009 22:50, IP 118.101.198.145, Guest
1. SALAM
Salam,ustaz. Jauh di hati saya amat mengharapkan ulama tulen diangkat menjadi pemimpin di tanah air sendiri untuk melaksanakan acuan tersendiri berteraskan Islam sejati bukan barat sana sini seperti sekarang ini..........http:// drimba81.blogspot.com 
 
UZAR : Saya pun berharap demikian, namun perlu diingat juga..bukan semua orang solehah dan ulama adalah pemimpin politik yang cekap dan berjaya. Sebab tu, perlu juga ulama yang tidak terlibat secara langsung tetapi hanya sebagai penasihat kepada pemimpin, kerana jika disuruh mereka memimpin juga, akan jadi fitnah pula..
 
» Reply to this comment...

Posted by Ali, on 08-04-2009 20:11, IP 203.82.67.221, Guest
2. Adab Memulakan Perang
Assalamualaikum UZAR, 
Saya ada satu persoalan berat yang nak di tanya . Ianya berkenaan dengan apa yang saya baca di internet atau blog2 berkaitan politik atau bangsa. Dalam banyak web tersebut pastinya ada ungkapan atau komen pengunjung seperti "perangi kaum kafir harbi DAP" , nak parang mereka lah dan ayat2 ayat yang memberi maksud mencederakan. 
 
Ini amat menggerunkan pada saya kerana zaman nabi pun ( berdasarkan pembacaan saya yang tak jauh ni ) ada tata-tertib untuk berperang atau masa / keadaan bila di haruskan berperang dan dengan siapa di wajibkan berperang. 
 
Harapnya UZAR dapatlah beri sedikit penerangan untuk saya (adab memulakan peperangan) yang rendah ilmunya ini. Bukannya apa , saya takut ada orang yang tak berdosa jadi mangsa oleh orang yang celaru antara agama dan bangsa. 
 
Jadi kalau saya tahu , boleh saya forward kepada orang sebegitu untuk mengelakkan perkara buruk dari berlaku..nanti sia-sia je jadi kes macam tahun 69 tapi tak sure masuk syurga...lainlah kalau kat palestin.siap nampak bukti para syuhada. 
 
Terima Kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by hasan, on 07-04-2009 10:07, IP 115.132.3.160, Guest
3. mohon penjelasan
PERHATIAN!mcm mana dgn cukai?dalam kitab al-kabair menyebut ulama ahli sunnah dan jamaah tlh ijmak(b'mksud tiada khilaf 4mazhab)haram lagi dosa besar barangsiapa yg m'guntip cukai dan nabi brsabda tidak masuk syurga pengutip cukai(mukus)!adapun zakat,kharaj,jizyah,u'syur tijarah bukannya cukai.
 
» Reply to this comment...

Posted by sarjantulang, on 07-04-2009 08:20, IP 202.185.32.194, Guest
4. bukan islam baca ayat Quran
salam, 
 
apa pandangan ustaz mengenai kekecohan berkenaan dgn ahli DAP, Nga Kor Ming yg baca petikan ayat Al_Quran semasa berkempen utk pilihanraya??? 
 
terima kasih.... 
 
sarjantulang
 
» Reply to this comment...

Posted by toytian, on 05-04-2009 15:49, IP 124.13.109.76, Guest
5. barakah
Salam sejahtera saudara. 
Kesedaran rakyat untuk mencorakkan politik era baru sangat baik dan mewarnai politik malaysia. 
 
Kita harap kesedaran ini diterjemah dalam bentuk undi pada 3PRK ini. Kita ajar  
pemimpin yang tidak menjaga amanah rakyat. 
 
Kesan kerosakan yang mayka buat menolak islam,politik suku agama suku menghilangkan barakah. 
Apakah kita masih mahu membela mayka.Jawabnya,kata kan tak nak pada BN...
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom