Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 37 guests online
PDF Print
User Rating: / 14
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 24-04-2009 06:48
Views 6589    
Favoured 14

Balik atau Merantau ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

camel.jpg

 

Sewaktu saya sedang menyambung pelajaran peringkat sarjana di Jordan, ramai yang bertanya sama ada saya dan keluarga akan balik bercuti di Malaysia atau tidak, khususnya di hari raya. Biasanya, jawapan biasa saya adalah

"tidak"

Pastinya akan ditanya dengan soalan susulan,

"tidak balik langsung walau sekali?"

Jawapan saya adalah :

"ye, setakat tiga tahun, belum kuat keperluan untuk balik, sekiranya 10 tahun tu, mungkin ada lebih logik untuk balik sekali sekala"

"Tidak rindu ?" Tanya rakan saya lagi.

"rindu atau tidak, tugas menuntut ilmu memerlukan pengorbanan perasaan dan fizikal" jawab saya ringkas.

SEBAB-SEBAB LAIN

Jawapan saya untuk tidak balik bukan sahaja kerana tempoh 3 tahun yang saya rasakan pendek, malah dirasakan sebagai merugikan waktu dan kos juga. Kecuali jika ada keperluan penting seperti ahli keluarga yang sakit dan sepertinya, tatkala itu wajar untuk bertolak pulang.

Justeru, isteri dan anak-anak saya turut mengikut keputusan saya untuk berada di perantauan selama 3 tahun penuh semasa di Jordan. Selain itu, masalah kos juga menjadi sebab kuat untuk bertahan di Jordan.

Kini saya dan keluarga berada di United Kingdom pula, berdasarkan jadual asal, saya perlu menamatkan pembelajaran dalam tempoh 3 tahun. Sekali lagi, saya tidak berhasrat untuk pulang sama sekali. Jika ada kemampuan sekalipun, saya lebih cenderung untuk menambah ilmu dengan merantau di benua eropah, meraih ilmu tersirat dan tersurat dari alam ciptaan Allah swt.

PENTINGNYA PENGAJIAN LUAR NEGARA

Bagi saya, pengajian di luar negara dan berjauhan dengan ahli keluarga adalah perlu bagi seorang penuntut ilmu. Kita perlu belajar untuk berdikari dan sekali sekala mengurangkan ‘manja' dengan ahli keluarga di Malaysia. Cukup sekadar telefon bagi bertanya khabar dan berita. Bakinya adalah waktu menumpukan masa untuk ilmu dan pengajian. Wang biasiswa, pinjaman dan zakat yang dihulur bukan untuk kita memikirkan untuk pulang  bercuti ke tanahair bermanja dengan keluarga, tetapi ia adalah suatu amanah untuk meraih sebanyak ilmu sebagai hadiah untuk masyarakat dan negara tercinta.

Ya, ia satu amanah dan jangan sekali menyalahgunakan ia dengan membeli sesuatu yang tiada faedah untuk kecerdasan minda dan kemantapan ilmu kita. Kelak nanti dipersoal oleh Allah swt, menyesal dahulu berguna, menyesal kemudian, azab pastinya.

Pengalaman untuk keluar dari kepompong pengajian, minda dan system pengajian Malaysia adalah perlu sebagai proses kematangan idea dan ilmu seseorang penuntut. Tidak saya nafikan ramai juga yang mampu berjaya dan cemerlang walau hanya menuntut di dalam negara; namun bagi mereka yang berpeluang ke luar Negara, peluang untuk menjadi lebih berjaya dan cemerlang terbuka amat luas, bagi mereka yang bijak memanfaatkannya.

Justeru itu, bagi penuntut yang mampu dan sedang mencari yang terbaik, amat disarankan mereka ke luar negara. Proses pembelajaran, merasai sistem pengajian di Negara asing, meneliti dan melihat gerak geri dan sikap manusia pelbagai bangsa, merasai perbezaan cuaca dan rupa fizikal sesebuah Negara dan ciptaan alam pasti akan mampu memberikan sesuatu yang berharga buat penuntut. Mutiara dari lisannya boleh sahaja menjadi lebih rencam dan mindanya lebih terkehadapan. Jika mereka bijak memanfaatkannya.

Imam Muhammad bin Idris as-Syafie turut berubah akibat perbezaan tahap ilmu di perantauan. Fatwanya di Baghdad berubah apabila berada di Mesir. Ulama kontempoarari yang hanya terperap di tanahair masing-masing tanpa dakwah keluar, amat berbeza fatwanya dengan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi seorang ulama antarabangsa dan berfatwa sambil menilai suasana dan manusia dari pelabagi Negara. Ilmu secara teori tidak sama dengan secara praktikal. Ini semua kesan dari ilmu dari perantauan yang tidak dapat dirasai oleh ilmuan yang tidak merantau.

MERANTAU DAN TEKNIK BELAJAR

Atas asbab itu, bagi penuntut Malaysia di luar negara, waktu cuti sepatutnya tidak menjadi masa untuk pulang ke kampung Malaysia, tetapi adalah waktu menuntut ilmu di Negara di sekeliling anda. Jangan pulang, kecuali dihambat hal penting atau arahan tanpa kompromi oleh ibu bapa.

Bagi penuntut ilmu Islam pula, secara peribadi saya amat kuat merasakan keperluan untuk mereka berada, menuntut dan merasai suasana pembelajaran sama ada rasmi atau tidak rasmi di negara Arab. Bercampur baur dengan bangsa arab dan mengenali rupa bentuk tanah arab adalah perlu bagi menajamkan pandangan terhadap ayat-ayat Al-Quran dan menjiwai kehidupan Rasulullah dan para sahabat. Ia adakalanya mampu mendekatkan kita dengan maksud kalimah arab di dalam al-Quran, juga mengahmpirkan kita dengan suasana kehidupan Rasulullah s.a.w.

Kepada para pelajar ilmu Islam di Mesir, Jordan, Syria, Maghribi, Yaman, Mekkah, Madinah, Pakistan, Lubnan, United Kingdom, Australia, New Zealand dan lainnya. Jauhkan fikiran untuk menikmati percutian di kampung, gunakan peluang keberadaan kita di perantauan untuk meluaskan jangkauan ilmu, melangkau benua dan bangsa.

Dalam pada masa perantauan ilmu, jangan pula meninggi diri, kerana pertambahan ilmu hanya akan lebih mudah apabila kita merendahkan diri. Lagi rendahnya perasaan keegoaan diri seseorang, lebih banyak individu boleh menjadi guru, malah alam dan binatang turut berkelayakan menjadi guru kita. Hasilnya, ilmu akan bertambah dengan cukup hebat. Ketinggian ego seseorang hanya akan memperbodohkan dirinya, akibat sumber ilmu mereka yang akan menyempit dan amat terhad.

Ramai orang yang enggan membuka buku dan membaca tulisan seseorang individu kerana merasakan dirinya tidak layak untuk membaca dan melihat luahan ilmu dari seorang yang ‘dianggap lebih rendah darinya. Akhirnya tersekatlah perkembangan ilmunya.

Ramai yang enggan mendengar ulasan kebaikan dari seorang individu lain hanya kerana merasa dirinya lebih mengetahui, akhirnya tersekatlah ilmunya. Dan begitulah tersekatnya ilmu si ego kerana keegoaannya.

Keegoaan sebenarnya akan menjadikan seseorang semakin ‘tidak pandai', lebih dari itu, akan menjadikan dirinya ‘ujub dan hebat pada matanya sendiri sahaja, namun ia kelihatan ‘bodoh' pada pandangan ramai. Ya Allah jauhi kami dari tergolong kumpulan ini.

Nabi s.a.w bersabda :

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

 

Ertinya : harta tidak akan berkurangan kerana sedeqah, dan tidak akan Allah swt tambahi kepada seorang yang mengampunkan kecuali kemuliaan, dan TIADALAH seorang yang merendahkan dirinya kerana Allah kecuali akan ditinggikan kedudukan mereka oleh Allah swt. ( Riwayat Muslim dan at-Tirmidzi)

 

SAYA PULANG JUGA KE MALAYSIA

Hasrat saya untuk tidak balik ke Malaysia sepanjang tempoh pengajian PhD di United Kingdom ini, akhirnya kelihatan tipis untuk dipenuhi apabila saya diperlukan untuk pulang ke Malaysia atas dasar kerja dan program, bukan percutian dan berehat. Saya akan pulang ke Malaysia pada 30 April 2009 selama seminggu sehingga 7 Mei 2009.  

Kemungkinan saya akan sekali lagi terpaksa pulang pada bulan Julai 2009 untuk menghadiri tiga buah sebuah persidangan, forum dan konferen kewangan dan perbankan Islam, selaku pembentang dan panel. Selain itu, bulan Ogos 2009 sekali lagi mungkin terpaksa pulang atas sebab yang hampir sama di atas.

Sehingga ini saya masih memikirkan, bagaimana untuk memaksimakan manfaat pulangnya saya ke Malaysia dalam ketiga-tiga bulan yang disebutkan di atas.

Semoga Allah swt mempermudahkan perjalanan saya dan melorongkan ruang untuk saya boleh memberi manfaat kepada ummah dan belajar ilmu sepulangan saya ke tanahair. Allahumma amen.

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

24 April 2009

 

 


 

 

 

 

Last update: 26-04-2009 21:18

Published in : Soal Jawab, Peribadi, Tazkirah & Fikir
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (25) RSS feed comment
Posted by lina, on 27-05-2009 21:49, IP 124.13.175.197, Guest
1. pencarian ilmu
ustaz orang kata study kat luar negara tu bagus.....saya mendapat peluang study ke luar negara, tapi tidak dapat menerima tawaran tersebut dan kini study di local university sahaja....ini disebabkan pekerjaan suami tidak mengizinkan saya ke sana.
 
» Reply to this comment...

Posted by hamizan, on 20-05-2009 07:30, IP 203.82.79.104, Guest
2. ...
salam 
kagum saye dgn pendirian utaz. saye teringin mempelajari ilmu agama di syria, bukan secara rasmi tp untuk kegunaan di masa akan datang. apa2 pn saya mendoakan agar segala ilmu yg ustaz pelajari dapat juga kita manfaatkannya bersama.
 
» Reply to this comment...

Posted by mona, on 08-05-2009 20:41, IP 94.249.29.155, Guest
3. balik
saya perempuan, jadi perkara terbaik yg boleh saya buat waktu cuti ialah balik kampung! daripada saya melancong tanpa mahram, baik saya balik. betul tak ustaz? 
(tapi dalam hati sangat teringin berjalan-jalan melancong) 
 
UZAR : betul..tapi bergantung kpd dimana sdri belajar. Jika di negara arab yang ada ramai guru-guru, baiklah masa cuti dihabiskan dgn belajar dari pelbagai guru selain sekali sekala balik
 
» Reply to this comment...

Posted by Drimba, on 27-04-2009 20:12, IP 124.13.70.202, Guest
4. SALAM
salam ustaz,di tanah air demam liberalisasi makin melanda hinggakan sistem kewangan dan perbankan Islam kena tempiasnya.....masyaAllah selamatkanlah kami anak bangsa ya Allah................Apa pandangan ustaz tentang isu ini. Harap ustaz dapat perjelaskan kami kepada anak bangsa....
 
» Reply to this comment...

Posted by azrul, on 27-04-2009 18:05, IP 203.82.91.103, Guest
5. Pendapat & Pertolongan Ustaz
Salam. Ustaz, saya ini adalh seorang suami kepada tiga orang anak. Dalam umur saya 30 tahun saya x pernah katam quran dan banyk prkara maksiat yang saya lakukan.  
 
Oleh yang demikian, saya sekarang ini bercita-cita untuk mengubah semua ini kepada yang lebih baik iaitu belajar mengenali tuhan dan diri. Apa tujuan kehidaupan saya di dunia ini. Sekarang saya dah berjinak2 membaca al quran dan buku2 berkaitan agama.  
 
Namun saya masih x puas, hidup di malaysia ni saya rasa macam saya tersekat utk jadi baik. Apabila baca kisah ustaz yg merantau ingin sekali saya merantau dan mencari diri serta keagungan tuhan.  
 
Saya juga ingin menuntut ilmu namun x tau saluran mana atau negara mana yg patut saya tuju. Saya hanya kelulusan SPM nak keluar negara nak sambung belajar agama ape. Nak keluar negara juga perlukan duit, saya mana ada banyak duit, saluran mana saya nak guna.  
 
Isteri dan anak2 saya camna, xkan nak tinggal kan, wang mana ada banyak utk mereka. Saya nak belajar berdikari, tanpa dikenali sesiapa dan ingin menyendiri serta nak perbetulkan diri saya. Di malaysia saya x rasa saya dapat buat semua, berbahasa arab, mengaji dengan baik, mengkaji hadis dan pelbagai lagi perkara yg boleh mendekat diri saya dengan tuhan. Disini saya sibuk bekerja, jaga keluarga dan masa yang terbuang begitu sahaja, kecuali masa yg sedikit utk belajar mndalami agama. Apa saranan dari ustaz, dan saluran mana saya patut minta tolong.  
 
Sudah lama saya fikir utk ke negara arab utk belajar namun saya xde kelulusan. Saya bekas sekolah konvesional yang mana ilmu agama kurang dititik beratkan. Saya sekarang x de idea dan buntu kenang nasib saya. Saya ada baca buku karangan Nik Aziz berkenan bertemu janji Allah, dan saya merasa sgt takut sekiranya saya x berjaya di padang masyar. Kebanyakkan ilmuwan agama semuanya merantau,, namun saya bukan ilmuwan agama, hanya seorang manusia jahil yang baru ingin merantau mencari agama. Bantu lah saya ustas, dan nasihatkan la saya sekiranya mampu.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by kasutbesar, on 27-04-2009 04:26, IP 196.205.224.101, Guest
6. pening
slm ustaz..sy nak tny..mcm mane kalo mak sy tak bg sy tak pulang ke tanah air mcm mane..sy ae juga behasrat utk tidak pulang..tp stiap kali cuti mak sy menharapkan sy utk pulang..jd kdg2 sy rase kalo saye stay ketika cuti di perantauan..hidup sy tak di redhai..itu konflik diri sy yg sy tak dpt jwpn smpi sekarang..ustaz boleh tlg? :upset 
 
UZAR : apa yang saya sarankan adalah general dan bagi mereka yang tiada banyak masalah, adapun jika mak dah suruh jika tidak dia akan kecil hati, ia sudah termasuk dalam kategori seperti ada ahli keluarga yang sakit. maka perlulah balik ketika keadaan demikian.
 
» Reply to this comment...

Posted by afifah, on 27-04-2009 03:45, IP 86.108.18.33, Guest
7. ingin tahu
salam UZAR...keifak?smoga chat & dipermudahkan segala urusan serta amal kebajikan yg dilaksanakan...sedikit sbnyk coretan UZAr yg terbaru ni menceritakan ttg kepulangan UZAR ke M'sia utk bebrapa ketika...demi memenuhi undangan sbg ahli panel utk konferen kewangan & p'bankan islam... 
 
so boleh UZAR detailkan bila konferen tu dibuat & kat mne?kalau nk join nk contact sape ye?terlanjur sye semdalami bidang tu,so x rugi klo sye mengambil mafaat dr seminar yg dianjurkan tu...harapnya UZAR dapat detailkan bila ada kesempatan nnt.... 
 
Allah ya3tikal 3afiah 
 
UZAR : INSHAaLLAH, buat masa ini penganjur masih belum beri kata putus tarikh, justeru belum dapat saya warwarkan. Ia bukan forum percuam macam kat masjid tu, ia forum yag bersifat seperti konferen dan beryuran di hotel. apapun, hanya 30 april 09 setakat ni yang confirm balik krn dah ambil tiket, yg lain masih belum confirm 
 
» Reply to this comment...

Posted by mayasakinah, on 26-04-2009 09:20, IP 202.60.56.234, Guest
8. semangat
Salam Ustaz.. 
 
Setiap kali membaca tulisan ustaz mengenai menuntut ilmu, semangat saya berkobar-kobar untuk menyambungnya ke peringkat yang lebih tinggi, namun seringkali ia longlai dipertengahan jalan. 
 
Setiap kali juga saya akan benci diri sendiri kerana lemah dan cepat putus asa. Kekadang banyak fikir juga membantut semangat dan impian diri sendiri selain apakah keperluan seorang wanita, isteri dan ibu tentang keutamaannya untuk sambung belajar. :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by acik, on 26-04-2009 08:47, IP 60.48.184.202, Guest
9. Salam Perantau
Salam UZAR, 
Ustaz sudah baca artikel Tajdid Iman:Al Quran, sunnah panduan raih ketenangan hidup oleh DR Juanda petikan daripada Berita harian 21 april 2009? Ustaz lebih arif untuk menilai pada 1 hingga 3 mei nanti.
 
» Reply to this comment...

Posted by Alfateh, on 25-04-2009 22:26, IP 60.48.176.200, Guest
10. Alfateh
Salam uzar, 
Saya sekarang pelajar semester MBA di UIA. InsyaAllah saya akan buat pengkhususan dalam Islamic Banking and Finance semester ke-5 iaitu akan belajar subjek-subjek saya minat. Masalah saya, saya sekarang ini sukar beri tumpuan di dalam kelas. Sayapun tidak pasti apa puncanya, cuma saya rasa kemungkinan besar tidak minat dengan subjek sekarang ini sebelum sampai semester 5. Apakah nasihat uzar?
 
» Reply to this comment...

Posted by amirinn, on 25-04-2009 20:57, IP 60.52.123.184, Guest
11. kembara...
salam Uzar, 
 
Saya lebih bersetuju dgn pandangan keluar mengembara utk menuntut ilmu..walaupun saya seorang wanita. Bahkan saya seorang isteri kepada seorang suami. Pada pandangan saya, survival yang maksimum hanya dapat diperoleh jika berjauhan dr keluarga.Dgn survival tu, potensi meneroka kejayaan adalah lebih baik,,lebih kompeten. 
 
Suami izinkan..bahkan jika terpaksa dan jika dia tidak dapat bercuti, dia sanggup utk dtg sekali sekala dalam tempoh pengajian. Dgn itu saya amat2 bercita2 menyambung pelajaran di pkt phd di luar negara...cuma blum dapat peluang...apa pandangan Uzar? : :roll ;)
 
» Reply to this comment...

Posted by tobie, on 25-04-2009 19:54, IP 60.53.212.0, Guest
12. rindu perjuangan
Salam UZAR :) 
Terasa betul hambar web nie bila ustaz jauh dari Malaysia... 
Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz di medan juang... 
Salam rindu....salam juang.... 
wassalam..
 
» Reply to this comment...

Posted by Me, on 25-04-2009 15:32, IP 131.227.235.46, Guest
13. Dilema..
UZAR : wanite lebih baik study di Malaysia saja jika tiada mahram. Jika di luar negara, memang kurang sesuai malah haram menurut mazhab Syafie wanita merantau tanpa mahram. 
 
Me: Itulah dilemanya wanita bujang bila study diluar negara ni. Cuma berharap mampu meneruskn perjuangan ini & cpt2 balik...mcm2 rasa yg timbul bila bersendirian diperantauan ni. Moga AKU tabah.. 
 
UZAR : begitulah..namun syeikh Al-Qaradawi ada berfatwa yang berbeza. Jika aman perjalanan maka ia dibenarkan, khususnya menuntut ilmu. tetapi dalam hal melancong ..hmm ini mungkin kena perbincangan yang jauh lebih panjang. apa yang pasti, ia akan amat sukar diterima oleh kaum wanita.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by lyn, on 25-04-2009 14:26, IP 203.82.79.103, Guest
14. Musykil
Assalamualaikum Ustaz, 
Saya ada kemusykilan skit.Baru2 ni ada saudara kpg dtg ke rumah utk beri wang RM400.Wang tu adalah hasil keja nenek (ibu kepada arwah emak)dulu2 sblm saya dilahirkan lagi.wang itu disimpan pada satu keluarga ini.Cuma baru2 ni aja mrk tiba2 dtg menyerah wang simpanan itu.saya rasa arwah mak pun tak tahu psal wang ini.Arwah mak saya ada 5 adik beradik.Cuma sorang saja yg hidup dan tinggal kini dan berada diPahang iaitu ibu saudara saya yang sudah lanjut usia.kmi jarang berhubung.Wang tu diserahkan kpd saya krn hanya saya saja yg mrk tahu cucu kpd arwah.apa yg perlu saya lakukan sebaik2nya dgn duit itu?saya rasa ini adalah wang pusaka dan saya hya seorg cucu perempuan.Terlalu ramai sepupu dan saudara mara sblh arwah mak yg saya tak rapat.Perlukah saya serah saja pada ibu saudara di Pahang atau bagaimana?
 
» Reply to this comment...

Posted by abu 'ammar, on 25-04-2009 11:19, IP 60.49.83.242, Guest
15. beli kereta secara Islam
assalaamu'alaikum warahmatullah 
 
ust; saya hendak beli kereta secara Islam, bank mana terbaik(paling menepati syariah) yg.ust syorkan? 
 
UZAR : hmm, sukar juga untuk memberi rating sedemikian rupa, kerana saya mungkin dah sedikit ketinggalan pengetahuan berkenaan produk-produk baru bank-bank islam di malaysia.  
 
bank islam yang paling saya yakini tentulah yang saya pernah bertugas di dalamnya iaitu Asian finance bank, rhb islamic bank berhad dan diikuti oleh kuwait finance house, rajhi bank dan lain-lain. 
 
Ini bukanlah bermakna apa yang disbeut paling menepati syariah. cuma yang saya paling selesa menurut pengalaman peribadi sahaja.
 
» Reply to this comment...

Posted by ummimq, on 25-04-2009 08:58, IP 60.50.237.220, Guest
16. Ya bunayya
Assalamu'alaikum wrt wbt. Alhamdulillah sekiranya dalam masa tiga bulan tu ulang alik ke Malaysia bawalah isteri dan anak bagi tempoh yang anakanda izinkan untuk ditinggalkan seketika di Malaysia - masa puasa atau raya ke kerana orang perempuan mudah rindu dengan keluarga dan keluarga rindu dengan anak cucu kan. Sekedar pandangan dari seorang ibu. WA. Wslm wrt wbt. 
 
UZAR : benar, itu sangat saya fahami..dan ianya telah masuk dalam perancangan. Cuma dengan empat orang cahayamata..sering diganggu oleh kos flight.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ammu, on 25-04-2009 06:36, IP 129.67.91.90, Guest
17. Duit Biasiswa
Salam ustaz. Since ustaz menceritakan ttg kewajipan sebagai scholar (yg menerima biasiswa) utk sambung belajar, saya teringat utk bertanya ttg hukum duit biasiswa yang kita terima. Seperti pelajar tajaan IPTA tempatan yang menerima elaun biasiswa dan pada masa yang sama mendapat gaji di Malaysia, apakah hukum zakat keatas elaun biasiswa yang diterima sekiranya masih ada baki yang dapat disimpan di akhir setiap tahun.. 
2. Mengapa cara pengiraan zakat yang dianjurkan oleh Pusat2 zakat di malaysia berlainan dgn pengiraan zakat di negara lain. Maksud saya, di Msia kita ada zakat pendapatan dan juga zakat wang simpanan yang dikira berlainan tetapi di negara2 lain saya dapati mereke mengira zakat sekaligus atas baki jumlah yang kita ada setelah cukup haul.. 
http://www.islamicity.com/ mosque/zakat/ Zakat_calculator.shtml 
http://zakat.al-islam.com/eng/  
http://www.zakatguide.org/ english/zakat_calculator.html 
 
Terima kasih saya dahulukan atas perhatian ustaz
 
» Reply to this comment...

Posted by Pemuda Idstein, on 24-04-2009 23:55, IP 84.168.76.47, Guest
18. KeSukaran di perantauan
Apa yang dilontarkan oleh UZAR tu ada benarnya... tetapi kadang2 hidup di German, tempat yg tiada langsung komuniti Islam dan tiada apa2 majlis ilmu amat2 memeritkan dan rasa kosong....lebih2 lagi memakan masa 2 tahun... 
 
Nak harapkan bangsa2 lain contohnya Turki yg langsung tidak menanpakkkan mereka mempraktiskan ajaran Islam sehingga menjadi fitnah kepada Islam seperti memakan daging kecuali babi yg tidak disembelih oleh orang Islam. Ini menyebabkan rasa nak balik je ke M'sia... Mungkin kalau di UK tiada masalah... 
 
UZAR : tidak semestinya belajar yg saya maksudkan adalah belajar ilmu Islam dari mereka. tetapi bukankah info yang sdr beri ini pun seseuatu ilmu dalam mengenal manusia yang pelbagai, ia boleh diadun menjadi ilmu yang berguna untuk semua. cuma perlu fikirkan caranya. itu maksud saya.
 
» Reply to this comment...

Posted by madd, on 24-04-2009 23:22, IP 60.52.58.206, Guest
19. cadangan
salam ustaz. 
Ustaz,sy cdngkn kita kumpul duit derma utk beli kamera video utk setiap ceramah ustaz,sy jd org pertama Rm500 - ps tu ustaz tlg upload kn kt utube - utk akhirat juga ni ustaz ;) ,klu xckup sy akn cri kn duit lg smpai dpt beli gk...sy rasa sedih sgt sebab setiap ilmu yg ustaz smpai kn sy xmampu kunjungi..tlg pertimbangkan yekk ustaz..tq atas ilmu yg tlh disampaikan slma ini 
 
UZAR : segala puji bagi Allah, terima kasih atas niat baik dan cgdn. Saya boleh pertimbangkan cuma tak tahu bgmn cara nak melaksanakan cdgn itu.. mgkn saya boleh minta peserta prgraom rakam, ye boleh, tetapi kita perlu individu yang reti bab video utk edit dan potong jadi pendek2 dan reti pula utk upload ke youtube. 
 
Jika ada yg sudi dan tahu, inshaAllah ia boleh dilaksanakan 
 
» Reply to this comment...

Posted by nur, on 24-04-2009 22:20, IP 119.40.118.201, Guest
20. erm
salam.. 
 
setuju dn pandangan ustaz tu.. 
 
tp, bg lelaki adalah lebih baik begitu.. 
merantau tanpa perlu khuatir..means..laki sy lihat..sgt terbuka peluang nya utk merantau ke mana2..keselamatan pun tidak perlu dirisau sgt kan.. 
 
tp,tidak bg perempuan...(mcm2) adakah baik utk wanita turut merantau demi menuntut ilmu seperti lelaki juga? walaupun tanpa mahram di sisi? 
 
adakah ia lebih baik atau tiada perbezaan pun antara lelaki dan wanita (scr seorang) dalam merantau menuntut ilmu? 
 
UZAR : wanite lebih baik study di Malaysia saja jika tiada mahram. Jika di luar negara, memang kurang sesuai malah haram menurut mazhab Syafie wanita merantau tanpa mahram.
 
» Reply to this comment...

Posted by am0i ida, on 24-04-2009 20:19, IP 203.82.91.103, Guest
21. Merantau
Salam... 
Seperti biasa entry Uzar penuh ilmiah dan menusuk kalbu...jazakallah.. 
 
Walaupun saya tidak belajar tetapi cuma ikut suami bekerja dan merantau dalam Malaysia, saya juga dapat belajar berdikari menguruskan kehidupan sendiri. Saya memang tidak pernah berjauhan lama dengan keluarga dan sudah tentulah apabila berjauhan saya terkena 'home sick' dan pelbagai lagi emosi lebih-lebih lagi waktu berpindah saya sedang mengandungkan anak kedua. Kesannya anak kedua saya berjiwa sensitif, suka menangis walaupun sekarang dah umur 3tahun tapi kalau bangun tidur mesti menangis cari ummi dan abinya. 
 
Jika tiada suami kena pandai-pandai uruskan rumahtangga dan anak-anak. Di sini saya melihat hubungan dengan jiran dan masyarakt setempat memainkan peranan yang penting jika tiada saudara mara untuk meminta pertolongan... 
 
Sudah pasti pergantungan yang paling utama adalah kepada Allah swt... 
 
Saya sendiri pernah membayangkan bagaimanalah jika saya duduk di luar negara, sudah tentu lagi hebat cabarannya seperti Uzar dan keluarga..
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba, on 24-04-2009 14:06, IP 60.48.250.133, Guest
22. ade jadual tentang aktiviti ustaz?
ustaz forum ustaz tuh kat mane nak datang boleh ak? ade jadual tentang aktiviti ustaz kat malaysia ak?
 
» Reply to this comment...

Posted by MarBu, on 24-04-2009 12:01, IP 115.134.193.218, Guest
23. rindu ustaz
salam ustaz, 
ana teringat satu dialog ana dgn nakib tempoh hari.. 
melihat suasana politik yg makin memerlukan individu luar biasa hebat.. 
saya berkata dgn sayu: 'bila lagi ust zaharudin nak balik?" 
 
......teringat kisah dr haron din yg balik ke tanah air setelah bermimpi jumpa nabi saw......
 
» Reply to this comment...

Posted by amirah, on 24-04-2009 08:56, IP 203.82.79.102, Guest
24. Kuliah
Salam ustaz, 
 
Apa program-program yang akan dijalankan diMalaysia nanti? program untuk orang awam ada tak?Bila? 
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by acong, on 24-04-2009 08:06, IP 141.70.88.66, Guest
25. aduhh..
Ustaz, memang terkena juga dengan entry ustaz kali ni. Sepanjang berada di Jerman, dah 2 kali balik. Kena kuatkan azam untuk tak balik tahun ni. :)
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom