Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Peribadi, Tazkirah & Fikir arrow Tingginya GHz Nafsu & Maybank Tipu ?
PDF Print
User Rating: / 8
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 14-05-2009 19:36
Views 10857    
Favoured 32

Ketinggian GHz Nafsu & Maybank Tipu ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

scamemail.jpg

 

Pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh penipu, perompak dan pencuri. Adakalanya kita dapat melihat mereka memiliki keupayaan kreativiti yang tinggi disamping aqal yang baik dan sempurna. Namun agak malang, keupayaan minda yang sihat serta kemampuan untuk mencari dan mengusahakan pekerjaan secara halal tidak diminati, sebaliknya lebih suka untuk memperolehi wang secara haram dan salah.

 


http://2.bp.blogspot.com/_1RloXcZdnjs/ST0zy1_vYyI/AAAAAAAAAMU/uQgBaOTltDM/S240/maybank_logo.gif      Unblock your Account    


   

For security reasons, your Maybank account has been blocked due to inactivity or becouse of too many failed login attempts.

Please login at maybank2u to restore your account access.      

Online banking: Login
         

Maybank Berhad
https://www.maybank2u.com.my      


        © 2001-08 Maybank. All rights reserved.

 


Sudah tentu akan ada individu yang kelam kabut mendapat email sebegini, seolah-olah betul dari maybank, padahal ia menipu sahaja, lebih licik apabila link maybank2u yang diberikan dengan alamat url yang betul, tetapi jika anda klik, ia bukan membawa ke web maybank yang sebenar, tetapi ke sebuah web lain yang menipu.

Saya sudah kerap menerima email dari seperti ini ‘maybank' ini. Sudah berpuluh kali juga saya delete terus dari peti surat email, namun sewaktu mendelete itu jugalah sering saya terfikir entah berapa ramai individu yang mungkin ‘terjerat' dengan helah itu.

Saya yakin, ramai yang sedar dan tidak terpedaya dengan taktik murahan seperti itu, namun perlu kita sedari di luar sana tidak semuanya sebijak anda, tidak semuanya berhati-hati dan berpengalaman, tidak semuanya celik internet dan sebagainya.

 

scammail.jpg

 

Tatkala itu juga saya teringat dengan virus internet palsu yang tiba-tiba keluar di web kita memberitahu virus Trojan sedang menyerang begitu file-file di komputer kita, virus itu hanya boleh dibuang dengan menggunakan personal antivirus. Maka ramailah orang yang terpercaya virus begitu banyak sedang menyerang, lalu akhirnya klik pada personal antivirus, rupa-rupanya, personal antivirus itulah virusnya, ia akan aktif sejurus di klik untuk scan atau membuang virus-virus Trojan.

Saya yakin, mungkin ramai juga yang baru menggunakan internet banking dan internet akan terpedaya, dengan helah email seperti di atas, dalam kelam kabut menyangka akaun mereka bermasalah, pasti mendorong mereka dengan tindakan luar fikir, akhirnya terjerat dengan aktiviti pencurian id dan password dan identity.

Ini pula satu lagi versi email yang saya terima

 


Security Message -: No/52502

 

Dear Valued Customer,

We placed restrictions on your account as we recorded access from an unauthorized third party. For security reasons, we suspended your account awaiting your verification and reactivation.

Activate - - -
http://www.maybank2u.com.my/security.html

Note: Restricted accounts will be closed / deactivated if not resolved within 10 minutes of notice. We regret any inconvenience caused.

Sincerely, 

Maybank Group

 


Ia sama seperti di atas, menggunakan ancaman akaun ditutup atau digantung sebagai pendorong orang ramai tersilap langkah sehingga tergesa-gesa menekan link yang diberikan, dan terus di bawa ke ‘alam lain' , dan sesiapa yang mengisinya, pasti akan berada kesusahan kelak.

Mujur sistem maybank2u intrenet banking dan lain-lainnya mempunyai verifikasi tambahan seperti TAC, demikian juga RHB bank yang turut mempunyai sistem sekuriti sedemikian. Dengannya pencuri-pencuri ini tergendala sedikit dari agendanya, namun saya pasti mereka sudah merangka kaedah lain bagi memanfaatkan identity, user name dan password yang telah dicuri.

Untuk itu, bagi pembaca sekalian, berhati-hati dan jangan sama sekali percaya dengan email sedemikian, apatah lagi email yang menyebut ada kematian di luar Negara dan berjuta-juta wang ringgit, atau USD atau Pound Sterling ditinggalkan dan memerlukan akaun luar Negara. Ia semua sampah dalam email kita dan JANGAN ada sesiapa yang tiba-tiba rasa percaya dengannya.

Berikut adalah amaran dari pihak maybank berkenaan email-email sedemikian

Security Alert

Please continue to be alert against any emails requesting you to update your particulars or apply for TAC or log in to Maybank2u through any email link. Our URL is http://www.maybank2u.com.my and you should be suspicious of any e-mail that informs you otherwise.

Maybank does not send out any e-mail or SMS requesting customers to provide personal banking ID or PIN or credit card information. Please do not log in through website links contained in emails supposedly from Maybank or other institutions. Be alert or you may fall victim to a financial scam.

Click here to view a sample of FAKE email being circulated. (Updated: Mar 12, 2009)

Beware of phishing scams

If you suspect that you have been tricked into giving your ID and Password at a fake website, change your password immediately by directly logging in through http://www.maybank2u.com.my. Report Phishing websites or email immediately

Scam email (Updated: 26 February 2009)

  1. http://www.blocked-m2u-activation.com/M2ULogin.htm
  2. http://www.tac-you.com/
  3. http://myban2common.com/maybank2u/common
  4. http://linkinmaybank2009.com
  5. http://maybank2umy.com
  6. http://mail.gemacocards.com/www.maybank2u.com.my/index.html
  7. http://75.144.177.173/ol/verificationPortal.htm?https://www.maybank2u.com.my/mbb
  8. http://www.systemsqwe.net/maybank2u/common/?MULogin.do?action
  9. http://0x4b95d041/secure/verificationPortal.htm?https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login/
  10. http://201.6.243.249/mybank/common/index.htm

Lihat  begitu banyak email penipu yang telah dikenalpasti oleh pihak maybank. Namun si pencuri tidak putus-putus asa, motivasi mereka tinggi dan setiap hari bangun dari katil mereka, otak kotor mereka sentiasa cergas berfikir untuk menzalimi dan menipu.

OTAK DARI HATI

Otak sebenarnya berwayar dari hati, dan hati yang ditutupi oleh dosa akan berada dalam kesesatan, sehingga jalan sesat sebagai lurus dan bahagia. Mereka tersesat dari jalan lurus, bagi yang beragama Islam khususnya, mereka tersesat bermula dari meninggalkan solat.

Meninggalkan solat ertinya tidak lagi berdoa untuk ditunjukkan jalan lurus sebagaimana yang dibaca di dalam al-Fatihah berkali-kali.  Lebih sedih, mereka yang solat turut sama perangainya, akibat bacaan mereka hanya seperti kakak tua yang tiada faham apa yang dibaca sama sekali. Benar, pahala tetap ada bagi yang membaca tanpa faham sekalipun, namun tiada berkesan di dalam hati. Ya Allah, moga kita semua dijauhkan oleh Allah dari terjatuh dalam perigi jahil sedemikian.

Moga Allah menyelematkan mereka yang terjatuh tanpa sedar, dan moga-moga kita mampu menjadi salah seorang dari mereka yang menghulurkan bantuan kepada yang sedang tersesat.

Selamat berhati-hati dalam transaksi kewangan melalui internet anda, dan juga saya khususnya. Namun jangan lupa untuk lebih berhati-hati dalam tindakan harian kita kerana banyak email palsu dari Syaitan  masuk ke hati dan minda, mendorong kita ke arah jalan yang salah. Mungkin ramai boleh terselamat dari email scam  yang tersebut di atas, namun ramai yang tidak mampu selamat dari email syaitan yang masuk tanpa wayar  (wireless) ke hati dan minda kita, diperkukuhkan oleh processor nafsu amarah yang tinggi tahap GHz.

Lemahkan GHz nafsu amarah, tinggikan GHz iman kita, inshaAllah sentiasa berhati-hati dengan email scam dan email Syaitan.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

14 Mei 2009

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Last update: 08-08-2009 05:08

Published in : Soal Jawab, Peribadi, Tazkirah & Fikir
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (12) RSS feed comment
Posted by sawdagar kopi, on 25-05-2009 13:33, IP 210.19.80.2, Guest
1. Sekadar Ingin Berkongsi
salam. 
 
baru2 nie sya pn ada menerima 2 e-mail palsu dr CIMB Cliks yang kononnya akaun saya akan ditutup sekiranya e-mail tersebut tidak diaktifkan dlm masa beberapa jam. 
 
mula2 panik jugak pasal takut duit dalam akaun hilang. ada jugak cuba klik dkt link yang diberikan, ttp nasib baik tak berjaya.  
 
moga kita semua tidak terpedaya dan terlibat dlm sindiket penipuan ini. 
 
wasalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by RakyatKelas4, on 22-05-2009 17:40, IP 115.132.33.200, Guest
2. Tipah Tertipu
:upset Terima kasih kerana memberi info seperti ini. Ia akan memberi menfaat kepada orang rami dan pembaca untuk lebih berhati2 dgn jenayah zaman ict ni. 
 
Ade masa lawat: http://rakyatkelas4.com
 
» Reply to this comment...

Posted by Azam, on 20-05-2009 14:00, IP 210.48.221.5, Guest
3. Bro.
Kadang² rasa pelik. Org terpelajar, jawatan tinggi tp bila dpt email camni tak pk panjang main klik jer. Teknik Phishing makin lama makin canggih. Tau² duit dalam bank habis. Lain kali tny pendapat org lain at least tny Comp. Technician pon tak per. Malu kot nak tny.
 
» Reply to this comment...

Posted by izzuan etiqa takaful, on 18-05-2009 23:29, IP 60.54.115.52, Guest
4. minta pandangan
assalamualaikum uzar 
 
sejak bertahun mengenali email, instant messenger dan mcm² lagi social networking sites saya byk kali terima chain mail/msg konon² nya penjaga makam nabi s.a.w mimpi nabi sampaikan pesan.. diakhiri dengan penerima emel mesti forward emel/msg tu kpd org lain 
 
tp sy dpt tau chain mail nie adalah palsu semata²... pulak tue ramai budak² muda, yang berumur pun terjebak jugak.. forward je tanpa periksa kebenaran mail tue.. 
 
bole bg pandangan? 
 
sekian wasalam 
 
 
UZAR : semua tu karut sahaja, sila baca detail di artikel berkenaan email berantai
 
» Reply to this comment...

Posted by hafiz, on 17-05-2009 20:30, IP 203.82.91.103, Guest
5. petronas maybankard halal x?
salaam 
 
maaf ustaz off topic.. cme saye nak tau sangat petronas maybank credit card halal ke x? ramai orang yg gne n mmg bayak faedah yag diperoleh.. 
jzkk 
 
UZAR : semua kad kredit yang bukan dikeluarkan oleh institusi kewangan islam yang punyai majlis syariah, adalah haram pastinya.
 
» Reply to this comment...

Posted by Kelas Al-Quran, on 16-05-2009 00:19, IP 115.132.77.78, Guest
6. Phishing Attack
#Attack 
Phishing :) 
 
#Countermeasure 
User awareness 
 
http://en.wikipedia.org/wiki/ Phishing
 
» Reply to this comment...

Posted by noras, on 15-05-2009 22:40, IP 60.52.120.70, Guest
7. for info
salam ustaz, tq for the info, just wanna share.. cybersecurity also provides information on safety on the internet.. untuk info pembaca also - http://www.esecurity.org.my/
 
» Reply to this comment...

Posted by syed, on 15-05-2009 15:44, IP 122.255.108.238, Guest
8. cam topic IT
Cam topic IT plak kali ni...tp mmg kena hati² jagn dedahkn no TAC kt sape²
 
» Reply to this comment...

Posted by shahril arshad, on 15-05-2009 09:20, IP 202.162.21.66, Guest
9. minta kebenaran
salam UZAR, 
Mohon kebenaran utk edarkan artikel ustaz ini kpd sahabat-sahabat ana
 
» Reply to this comment...

Posted by ummunaili, on 15-05-2009 08:52, IP 203.121.29.33, Guest
10. tamak
salam ustaz. yang tertipu pun kadang2 dipengaruhi perasaan tamak. kalau tak tergoda dengan nak benda free atau nak kaya cepat, susah sikit nak kena tipu.
 
» Reply to this comment...

Posted by hasan, on 14-05-2009 22:10, IP 118.101.1.166, Guest
11. mohon penjelasan
apakah perbezaan cukai halal dan cukai haram?dan apa contoh cukai halal & cukai haram?moga2 penjelasan ustaz merungkai ketidakfahaman saya!!terima kasih 
 
uzar : ini kat luar topik ni, sila gunakan carian utk cari artikel berkaitan cukai
 
» Reply to this comment...

Posted by min, on 14-05-2009 20:21, IP 81.107.80.9, Guest
12. tima kasih
assalamualaikum ustaz, 
 
tima kasih atas info ini. setakat ni tak penah dapat apa2 email mcm ni lagi. moga dijauhkan. may be penipu-penipu ni tak berminat. account-account yang 'tebal-tebal' mungkin menjadi perhatian mereka kot. :)
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom