Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Peribadi, Tazkirah & Fikir arrow Diari Malaysia : Jangan Berhenti 'Berlari'
PDF Print
User Rating: / 5
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 20-05-2009 05:23
Views 8777    
Favoured 38

Diari di Tanahair : Jangan Berhenti ‘Berlari'

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

uzartisbweb.jpg

 

Seminggu berada di Malaysia pada 30 April - 7 Mei 2009 yang lalu, rasanya cukup berharga. Walaupun pada asalnya ia adalah rancangan ‘last minute', justeru tiada banyak perancangan program yang sempat dibuat. Namun lapan hari yang pada awalnya saya anggap terlalu lama dan akan ‘membuang masa' kerana tiada banyak program dirancang, akhirnya menjadi agak padat.

Alhamdulillah, syukur berkat doa sahabat-sahabat, mampu juga saya memberikan manfaat yang saya kira agak optima sepanjang keberadaan saya di Malaysia pada waktu itu.

Kebanyakan agenda peribadi saya juga terpaksa dibatalkan akibat program-pogram yang masuk secepat kilat, saya tetap menerima sekiranya waktu masih mampu ‘dikejar' kerana meyakini bahawa maslahat umum lebih diutamakan dari maslahat khas dan peribadi saya.

Sampai di KLIA pada pagi 30 April 09, rasa bersalah kerana pulangnya saya sebelum mempunyai segulung ijazah bersama ilmu yang diamanahkan. Terdetik di dalam hati tatkala tayar kapalterbang mencecah bumi Malaysia.

"ah..pulang juga aku di tanahair, alangkah baiknya jika pulangnya aku ini dengan segulung ijazah yang dinanti, namun masih belum, ya masih belum.."

MISI 1 HINGGA 3 MEI

Misi saya ketika itu adalah memaksimakan keberadaan di Malaysia dengan apa yang boleh sampai manfaatnya buat masyarakat. Walaupun ketika itu, jadual saya kelihatan masih kosong, hanya 1-3 Mei sahaja yang telah ditempah untuk program ESQ.

Namun setibanya pada pagi tersebut, saya telah dimaklumkan berkenaan meeting dengan trainer ESQ di rumah kakak saya. Oleh kerana saya gagal untuk melelapkan mata di atas kapalterbang, maka meeting disusun di sebelah petang.

Selain keletihan tubuh yang belum begitu hilang, masa saya seterusnya akan terisi selama tiga hari penuh, dari pagi sehingga jam 7.00 pm dengan kursus ESQ di PWTC. Sebelah malam, badan terasa cukup letih kerana saya menghadiri kursus itu bukan sekadar mendengar dan menghayati, malah juga memikir, mencatat dan berbincang. Mujur tiada satu slot pun yang saya tertidur walau di ketika letih lesunya tubuh. Waktu menulis catatan yang boleh anda baca di sini, adalah dibuat sebelum waktu subuh dan sesudah subuh setiap hari.

MULTI LEVEL CARA ISLAM ?

4 Mei dijangka kosong, saya bergegas ke Truewealth untuk melihat perkembangan buku-buku saya disamping membeli stok untuk dibawa ke United Kingdom. Sesudah itu, saya terus ke Telaga Biru Sdn Bhd, kerana ada 12 buah buku solat yang telah ditempah oleh pelajar Manchester yang perlu saya dapatkan, sementelah stok simpanan saya di UK juga sudah kehabisan.

Ketibaan saya di sana hampir pada jam 12 tengahari tidak langsung dimaklumkan kepada rakan-rakan di Telaga Biru, niat saya hanyalah untuk membeli buku saya sahaja. Tatkala itu beberapa pegawai yang mengenali agak terperanjat melihat saya. Lantas ada yang memaklumkan kepada pegawai demi pegawai sehinggalah  Al-Fadhil Ust Zahazan dan yang lain selesai dari mesyuarat dan setelah mereka turun, lalu menyedari saya berada di bilik buku. Alhamdulillah, dengan cepat Ust Zahazan menghubungi CEO Telaga Biru, Tuan Hj Abd Waharp dan tatkala itu juga mereka meminta saya untuk menunggu untuk dibuat satu mesyuarat khas Shariah bagi produk baru mereka, iaitu sebuah skim Multi Level Islam.

 

ramaitisb1.jpg

 

Gambar : bersama CEO Telaga Biru, Tuan Hj Waharp ( sebelah kanan saya ) dan semua orang penting di Telaga Biru

Meeting berlangsung pada sebelah petang sehinggalah jam 6.30 petang. Alhamdulillah saya gembira, walaupun terpaksa membatalkan beberapa program peribadi di sebelah petang itu, namun terasa agak menyeronokkan apabila berjaya bersama-sama menyemak dan mengeluarkan sebuah produk MLM yang unik dan menepati Shariah. Saya harapkan, bagi mereka yang kerap memarahi saya dan mencabar saya untuk mencipta dan menunjukkan sebuah MLM yang menepati Shariah akan turut berpuashati apabila produk ini dilancarkan kelak. Namun ingat, ia tidak sama dengan MLM biasa dan ia bukan untuk menjadi kaya raya dunia sahaja. Nantikan beritanya di Telaga Biru.

 

ASTRO OASIS DAN SOLAT

   

uzarastro.jpg

 

Gambar : Bersedia untuk slot rakaman ( songkok diperlukan) 

Pada sebelah malamnya, masa yang dijangka berlalu kosong rupanya tidak juga. Tiba-tiba saya dimaklumkan bahawa ceramah ‘khusyuk solat' yang dirancang dibuat pada esok harinya (iaitu 5 mei) akan dirakam oleh pihak Layar Consult Sdn Bhd untuk terbitan rancangan khas di Astro Oasis. Justeru, mereka ingin bertemu saya di sebelah malam itu untuk perbincangan lanjut. Perancangan awal peribadi saya yang perlu diselesaikan pada malam itu, terpaksa saya batalkan demi menghadiri meeting dengan pihak Layar Consult. Dari pejabat Telaga Biru, saya tenggelam dalam jammed yang amat jarang saya rasakan di UK, aduh amat menyakitkan. Saya terus memandu ke Shah Alam untuk menghadiri meeting tersebut.

5 Mei, pada sebelah paginya barulah saya sempat menguruskan beberapa urusan peribadi yang melibatkan bank dan lainnya, namun saya perlu bersiap segera untuk rakaman secara live ceramah di sebelah malamnya.

Sempat juga saya membuat sedikit data collection untuk thesis PhD saya, apabila mengunjungi perpustakaan IBFIM mencari buku berkenaan topik tesis PhD saya. Alhamdulillah saya juga berkesempatan terserempak dan berbual ringkas dengan Dato' Ust Mohd Bakir Hj Mansor yang merupakan Pengerusi Majlis Shariah Bank Islam Malaysia Berhad sewaktu berjalan turun dari IBFIM .

Sebelah malamnya, ceramah ; pada asalnya dianjurkan untuk Alumni ESQ, tapi turut dihadiri oleh bukan alumni di sekitar Bukit Jelutong. Agak menarik juga apabila saya terlihat seorang yang cukup popular, beliau turut hadir mendengar ceramah saya. Beliau adalah Sdr Farihin Abd Fatah, orang kuat nasyid sejak berbelas tahun dahulu. Saya hanya mendengar namanya dan tidak pernah bertemu secara lansung, kini baru berpeluang untuk bertemu orangnya. Kali terakhir melihatnya adalah di kaca televisyen ketika beliau menjadi hakim akademi nasyid. Selain beliau, isteri Dato Hussamuddin, CEO Kumpulan Karangkraf dan seorang artis wanita tempatan iaitu Eja turut hadir dalam ceramah malam itu. Trainer Pak Aminul Rahman dan Pak Arief turut hadir mendengar ceramah tersebut.

Di tengah malam dan keheningan subuh, berbekalkan tubuh dan minda yang cukup letih saya terus menuliskan catatan program ESQ yang saya hadiri lalu. Coretan, yang saya tahu sedang ditunggu-tunggu oleh para Trainer dan juga pembaca web saya.

6 Mei, sebelah paginya saya bergegas ke pejabat Layar Consult yang rupanya sebuah syarikat satu naungan dengan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Alhamdulillah, dapat pula saya menziarah orang-orang kuat Galeri Ilmu. Saya ke Layar consult kerana meneruskan rakaman beberapa episode lagi siaran Astro Oasis yang diberi tajuk Panggilan Agung. Siaran ini mempunyai sekitar 20 episod mengenengahkan hampir seluruh aspek dalam solat. Menurut pihak Layar Consult, siaran ini diminta khas oleh CEO Astro Oasis setelah membaca buku ‘Formula Solat Sempurna' . Alhamdulillah moga buku itu terus memberikan manfaat buat masyarakat.

ZIARAH GALERI ILMU

Sebelum rakaman dibuat, saya dibawa ziarah ke seluruh pejabat Galeri Ilmu oleh En Wan Azmin Wan Dolah ( Pengurus Penrbitan Buku), sempat juga bertemu orang-orang kuat termasuklah Big Boss, Tuan Hj Abu Hasan Morad, Hj Zulkefli Sungib, Puan Hjh Jalilah dan ramai lagi. sempat juga Hjh Jalilah meminta saya menyumbang sesuatu untuk majalah ANIS, khususnya kisah kembara saya di negara barat.

"Alamak...Pihak Telaga Biru sebenarnya dah minta dulu.."

Tidak mengapa sebagai balasan kepada kepercayaan pihak Galeri Ilmu dan Majalah ANIS, saya akan menyumbang kisah kembara saya yang lain. Selain itu, saya juga memberikan beberapa contoh tulisan isteri saya kepada En Zulkefli Sungib untuk penilaian terbitan di Majalah ANIS. Alhamdulillah, melalui emailnya, pihak ANIS telah bersetuju mewujudkan satu kolum khas untuk isteri saya bertajuk IBU GURU. Nantikan keluaran pertamanya di dalam majalah ANIS bulan Julai 2009, InshaAllah.  

Setelah itu, saya berbincang pula dengan En Wan Azmin berkenaan buku saya yang sedang dalam proses terakhir untuk cetakan, bertajuk "untukmu wanita".  InshaAllah nantikan keluarannya sekitar Jun atau Julai 2009.  

 

 

gisbramai2.jpg

 

Gambar : Di Galeri Ilmu : Bersama Hj Zakaria Sungib & Tuan Hj Abu Hasan Morad

Setelah itu, rakaman dimulakan, namun akibat keletihan, saya hanya mampu untuk merakamkan sekitar 3-4 episod sahaja sebagai tambahan dari episod khsyuk yang dirakam sebelum ini. Masa juga tidak mengizinkan saya untuk terus merakam, InshaAllah pihak mereka akan mendapatkan beberapa orang penceramah lagi untuk memenuhi berbelas lagi slot atau episod yang perlu disiapkan. Menurut ramalan pihak Layar Consult, siaran ini akan mula ke udara di Astro Oasis pada bulan Julai 2009. Wallahu'alam, nantikannya pada bulan Julai ya. Kalau tak Julai, Ogos le maknanya. InshaAllah

Petang itu, saya menrima panggilan dari En Nasran, dari TV 9 bertanya sekiranya saya kosong pada hari Jumaat 8 Mei 2009, untuk slot ‘Tanya Ustaz'.

"Jumaat saya sudah berada di UK" kata saya.

Sebelum ini saya ada bertemu beliau dan saya bersetuju menjadi pengisi untuk slot ‘Tanya Ustaz' itu pada tanggal 3,4 dan 5 Julai 2009. Iaitu ketika saya pulang sekali lagi ke tanahair untuk forum kewangan Islam.  Namun, berdasarkan maklumat terkini, slot itu belum pasti dapat saya hadiri juga, kerana forum kewangan Islam itu mungkin ditangguhkan.

Pada sebelah petang saya ke Telaga Biru sekali lagi bagi memenuhi permintaan Tuan Hj Waharp, untuk membincangkan beberapa perkara yang belum selesai, di samping slot fotografi untuk tiga buah buku saya yang bakal diterbitkan. Selain itu, saya juga diminta untuk menulis satu lagi kolum di majalah Solusi di samping kolum asal berkaitan muamalat Islam. Kali ini saya diminta untuk menulis pengalaman dan kembara saya di bumi Salib. InshaAllah nantikannya bermula dari solusi keluaran Jun atau Julai 2009. Maaf saya pun dah lupa da..

SLOT KILAT DI TV 9

Sebelum saya tiba di Telaga Biru, melalui panggilan telefon,  Ust Zahazan memaklumkan pihak TV 9 ingin membuat satu interview ringkas berkenaan zakat. Rakamannya akan dibuat di Seri Pentas pada jam 5 petang.

Aduh.. sebenarnya saya mempunyai mesyuarat dengan seorang wakil perbankan pada jam 4 petang. Lalu saya minta untuk dilewatkan rakaman ke jam 5.45 petang. Namun akibat beberapa pertukaran jalanraya, saya asyik tersalah masuk simpang hingga akhirnya tersekat di dalam jammed di sana sini. Pertemuan dengan wakil dari perbankan terpaksa saya batalkan (rupanya ingin menawarkan saya bekerja full time dengan sebuah bank Islam di Malaysia dengan  tawaran lumayan, maaf saya tolak).

Saya terus bergegas ke Seri Pentas di Damansara. Saya disambut oleh Sdr Syed ( maaf lupa dah nama penuh), tanpa sebarang persediaan, apa yang saya tahu, adalah isu berkaitan zakat sahaja, tanpa mengetahui apakah perincian yang ingin ditanyakan dan dirakam oleh TV 9. Katanya akan masuk dalam berita TV9 pada malam tersebut juga. Dan juga sebahagian yang lain akan disiarkan pada malam seterusnya.

Interview selesai dijalankan dan maaf, saya juga tidak tahu sama ada ia telah disiarkan dan bila waktunya kerana amat sibuk dan sekitar jam 6.30 petang, dari Seri Pentas Bandar Utama, saya bersegera pulang ke rumah kakak di Shah Alam, kerana malam itu Pak Mohammad Razib, Pak Arief dan seorang lagi wakil (maaf lupa namanya) akan datang untuk berbincang lanjut berkenaan ESQ. 

Saya mesti menyiapkan draft awal ulasan berkenaan ESQ untuk diprint dan diberikan kepada mereka pada malam itu. Alhamdulillah akhirnya sempat juga saya menyiapkannya walaupun dengan bahasa yang agak kelam kabut, namun setiap point dapat difahami dengan baik. Perbincangan itu berjalan sehinggalah jam 12.30 tengah malam, dan kelihatan trainer Pak Arief masih ingin menyemak dan berbincang, maaf sudah terlalu letih rasanya saya.

HARI UNTUK PULANG

7 Mei, waktu saya belepas ke United Kingdom, kakak dan abang ipar saya bersama-sama menghantar. Sepanjang perjalanan, kakak saya merakamkan jawapan saya terhadap pelbagai isu Islam seperti Imam Mahdi, Dajjal, keperluan berjemaah dan akibat tidak berjemaah, siapakah firqah najiah yang satu, adakah ESQ boleh dianggap sebuah jemaah, apakah syarat jemaah terbaik dan macam-macam lagi. Mungkin untuk dikongsikan dengan rakan-rakan dan alumni ESQ yang lain. Sebagai pengisian tambahan selepas kursus ESQ mungkin. Wallahu'alam.

Sampai di airport Trainer ESQ Pak Aminul Rahman Pulungan sudah menunggu. Selesai ‘check in' kami duduk minum sambil berbincang lagi. Draf komentar ESQ diberikan pula kepada Pak Aminul Rahman, beliau terus membaca dengan faham disamping menguhubungi terus Pak (Dr) Ary Ginanjar di Jepun, sempat pula saya berbicara sebenatar dengan Pak ARy buat kali kedua. Draft itu akan saya kemaskini dan diberikan kepada pihak ESQ dan disiar di web saya.

Dan..sekitar 35 minit, sekitar jam 10.00 pagi, saya masuk ke ruang penerbangan dan berlepas ke UK. Di stesyen keretapi sambil-sambil menunggu keretapi dari London ke Leicester, sempat saya mengemas kini darft komentar ESQ, malah saya turut mengarang lagi sewaktu di dalam keretapi ke Leicester.

Samapi sahaja di rumah, isteri memaklumkan pihak Astro Awani ada menghubungi mobile phone saya, tatkala itu saya sudah berada di dalam kapalterbang. Katanya Astro Awani ingin interview. Namun tidak diketahui perinciannya. Namun, saya tidak sempat untuk menyumbang ilmu di Astro Awani. InshaAllah akan ada rezeki di lain waktu.

ITULAH KEMBARA DI TANAHAIR

Alhamdulillah, demikianlah kembara saya di tanahair selama seminggu, yang asalnya dirasakan kosong bertukar penuh walau tanpa perancangan awal. Sehingga beberapa aturcara peribadi saya terpaksa di batalkan, tidak sempat juga saya ke UIAM, malah makan malan di rumah rakan saya di Gombak turut terbatal walaupun beliau sudah mengambil cuti khas untuk persediaan menerima saya sebagai tetamunya. Jutaan maaf dari saya.

Saya memang berdoa agar dapat memberi banyak manfaat buat masyarakat walaupun dalam tempoh seminggu itu. Dan Alhamdulillah berkat doa dari rakan-rakan, dan mereka yang sudi berdoa, kepulangan seminggu itu menjadi cukup berbaloi buat saya.

JANGAN BERHENTI ‘BERLARI'

Namun, jika anda merasakan saya tersangat sibuk semasa pulang itu, ketahuilah terdapat amat ramai pendakwah di Malaysia yang puluhan kali ganda lebih sibuk. Saya hanyalah manusia kerdil yang menyumbang dalam ruang lingkup yang kecil,  sekadar kemampuan, saya berdoa agar ia tidak kerdil di sisi Allah swt. Allah swt mengajar kita

فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ

Ertinya : "Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan ( Al-Baqarah : 148  )

Lalu mengapa harus kita berhenti dari berlari dan terus berlari dalam menyumbang kebaikan ?? Adakah amal kita sudah berlebihan untuk berhenti?

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

20 Mei 2009

 


Last update: 20-05-2009 07:33

Published in : Soal Jawab, Peribadi, Tazkirah & Fikir
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (24) RSS feed comment
Posted by shouqina, on 25-06-2009 13:39, IP 202.185.71.249, Guest
1. the ultra of uzar
membacakan coretan uzar, banyak memberi sumber inspirasi kpd sy ttg kehidupan. tertanya2 dalam benak ini, siapakah ibu yang melahirkan anak spt UZAr yang mempunyai kekuatan minda dan keperibadian yg ultra? bagaimana saat mengandung dan melahirkannya? siapakah juga ayah yg hebat itu?bagaimanakah zaman kanak2 uzar? kalau ada masa share lah dgn kami.
 
» Reply to this comment...

Posted by Falah, on 27-05-2009 14:56, IP 203.82.91.103, Guest
2. Assalamualaikum
Saya sudah membaca buku formula solat sempurna uzar, dan disini suka saya nyatakan byk yg saya peroleh dari buku tersebut. Saya merasakan solat saya lebih sopan dan tertib berbanding sebelum ini. Kita kerap terlupa kita selalu menjaga adab di depan makhluk misalnya bos atau sultan yg memerlukan protokol hanya utk menghadap beliau tetapi kita bersikap bersahaja dan sambil lewa ketika menghadap pemilik sekalian alam, pencipta kita. Semoga Allah membalas jasa baik uzar dan ilmu yg saya peroleh akan saya kembangkan utk kepentingan ummah. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by maryamnour, on 25-05-2009 13:05, IP 60.50.92.66, Guest
3. Ya, harus terus berlari
Jazakallah atas perkongsiannya, ustaz. Benar2 menyentak jiwa. kadang2 kita rasa 'lost', kdg2 kita rasa terlalu letih utk terus melangkah...tapi rupanya kita cuma baru merangkak dlm mmberi seluruh jiwa raga utk Islam. Mg Allah anugerahkan kekuatan utk kami spt mn Allah anugerahkan pd ustaz. Siruu ala Barakatillah
 
» Reply to this comment...

Posted by Megat Ismail Akil, on 24-05-2009 16:40, IP 60.53.199.232, Guest
4. Demi Islam....
Salam uzar, tiada ucapan yang sesuai diungkapkan sepanjang perjalanan masa uzar cuma tahniah saya ucapkan. 
 
Teruskan uzar kerana kita masih ketinggalan dalam semua bidang, walaupun dalam Islam sendiri. 
 
Jadi teruskanlah perjuangan yang uzar mulakan hanya Allh S.W.T sahaja sebagai pelindung. 
 
wassalam....
 
» Reply to this comment...

Posted by rijal09, on 23-05-2009 22:19, IP 203.82.79.103, Guest
5. lari...
salam uzar..sy nak berlari skit..tapi lari tajuk..hehe maaf yer...ustaz...sy ada masuk pelaburan unit trust cimb islamic,sy masuk yg dana syariah..cuma kemusykilan sy..dia ada charge 6.5peratus tak silap sy,kalau kita melabur banyak mana pun kita kena bayar juga 6.5 peratus tu... 
 
adakah riba tu ustaz?sebab PTPTN pun kenakan charge juga 1-2peratus walau banyak mana pun kita pinjam...cuma bezanya PTPTN untuk pinjama...yang sy ni saya melabur.. 
 
harap ustaz dapat jawab ke email sy,atau buat artikel lagi bagus..sebab sekarang ni memang ramai sangat yang join unit trust ni..sy harap sangat2 jawapan ustaz,sebab sy ingat nak tambah lagi pelaburan..terima kasih ye ustaz..
 
» Reply to this comment...

Posted by hisham79, on 23-05-2009 15:40, IP 203.82.79.103, Guest
6. Hubungan dgn Ibu Bapa
Salam 
Moga Allah terus memberi kekuatan kepada UZAR utk terus beramal, saya agak tertanya-tanya, bagaimana dalam kesibukan ini, UZAR menjaga hubungan dengan kedua ibu bapa dan mertua? mungkin UZAR blh berkongsi, tambahan pula dalam usia ibu bapa yang kian menganjak usia senja, hati lebih mudah terasa...
 
» Reply to this comment...

Posted by mal, on 23-05-2009 11:00, IP 60.48.223.0, Guest
7. teruknya..
saya pelik dimana ustaz dpt tenaga utk terus istiqamah dengan dakwah yg tak henti-henti.  
 
Saya sebenarnya seorang guru sains dan dilantik juga menjadi imam masjid di selangor ini, disamping menjadi wardwen di sebuah asrama sek. men..... baru itu saje tugas yg saya buat.. kadang-kadang saya rasa cukup letih sangat...hingga nak karang khutbah juamaat dua minggu sekali pun tak mampu....  
 
so kalau ustaz ada masa siarkan khutbah jumaat dlm blog ustaz ni banyak-banyak utk orang macam saya ni gunakan (khutbah Jab agama kalau saya baca pasti sebahagian besar jemaah tidur)... tolong ye ustaz... 
 
UZAR : tahniah juga ust sdr atas kepelbagaian tugasan dan sumbangan. Setiap artikel saya boleh digubah menjadi khutbah,  
 
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 22-05-2009 21:46, IP 60.50.55.191, Guest
8. semoga terus berlari
Salam UZAR, 
 
Alhamdulillah kerana kita masih diizinkan Allah dapat terus berlari. Boleh tak dikatakan antara "pengajaran" di sebalik TOTAL ACTION (tentu UZAR masih ingat)?
 
» Reply to this comment...

Posted by hanahjishak, on 22-05-2009 09:59, IP 210.187.69.2, Guest
9. muhasabah diri secara tak langsung
Assalamualaikum, 
Uztaz, syukran atas catatan ini. Melihat diari ustaz, menyedarkan saya bahawa saya tidaklah sesibuk mana dalam urusan seharian walaupun saban hari kelihatan amat sibuk sehinggakan niat saya untuk mendalami ilmu penulisan terpaksa dipendamkan setakat ini..astaghfirullahalazim... 
 
bila saya baca catatan ustaz sebelum2 ini, saya tertanya-tanya dalam kesibukan dengan aktiviti dan urusan harian. masa bilakah ustaz menulis?.. kemudian melalui catatan ustaz kali ini, saya macam dah dapat jawapannya... 
 
Di tengah malam dan keheningan subuh, berbekalkan tubuh dan minda yang cukup letih saya terus menuliskan catatan program ESQ yang saya hadiri lalu. 
 
Di stesyen keretapi sambil-sambil menunggu keretapi dari London ke Leicester, sempat saya mengemas kini darft komentar ESQ, malah saya turut mengarang lagi sewaktu di dalam keretapi ke Leicester.  
 
Allahuakbar, betapa kuatnya semangat uzar. saya semestinya perlu menjadikan cara uzar menggunakan waktu2 yang terbatas sebagai contoh supaya minat saya dalam bidang penulisan tidak terus terkubur.... 
 
Sekali lagi terima kasih kerana catatan ringkas UZAR secara tidak langsung telah memberikan suntikan motivasi dalam diri saya...semoga suatu hari nanti saya juga dapat menyumbang sesuatu kepada umat, insyaAllah... 
 
Kita mesti terus berlari....
 
» Reply to this comment...

Posted by nh, on 22-05-2009 01:54, IP 115.133.253.37, Guest
10. Jazakallah
Assalamu'alaikum ustaz, 
Terasa envy pun ada... Sibuk ustaz tu sibuk yang bertuah! :) 
 
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain. 
 
Saya menyimpan satu kata nasihat dari web ustaz ini yang saya letak di blog saya 'as one of my daily reminders' kerana kata-kata itu begitu terkesan pada hati saya. 
 
Quote
"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."
 
 
Saya bercita-cita & tidak putus asa berusaha (walaupun tak seberapa & banyak ujian2nya) untuk menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang-orang di sekeliling saya. Insya Allah. 
 
You're a good role model, because you're not afraid to admit your mistakes or weaknesses. Instead you keep on taking the challenges to improve yourself. Keep on inspiring others. Saya doakan ustaz terus berjaya menjadi penyumbang pada pembangunan ummah. 
 
Boleh ustaz doakan saya? Doakan saya dikurnia taufik & hidayah, maghfirah & redha Allah, iman & takwa yang benar2 tulus, beroleh ilmu yang bermanfaat, faedah dari umur, jodoh yang soleh, barakah dalam semua usaha dan ibadah & mendapat husnul khatimah. Mudah2an Allah kabulkan. Amin. 
 
 
UZAR : ameen..inshaAllah moga Allah memudahkan jalan kita untuk menyumbang, namun jalannya tidak mudah dan perlu dimulakan dengan jerit pedih. 
 
Saya mulakan dengan jerit pedih, cuma belum sampai masa untuk dikongsikan dengan pembaca sekalian..
 
» Reply to this comment...

Posted by Zainal, on 21-05-2009 20:57, IP 41.196.228.94, Guest
11. MasyaAllah
Dasyat! Kalau org mesir, dia sebut 'Aziim! 
Allahu yubaarik! Semoga Allah terus kuatkan UZAR dalam memberi sumbangan kpd masyarakat. Jelas apa yang UZAR lalui di Malaysia merupakan bantuan drpd Allah untuk UZAR terus sampaikan ilmu dan manfaat kpd masyarakat. 
 
Semoga suatu hari nnt saya mampu menjadi seorang doktor sebaik UZAR, mampu berlari ke sana ke mari demi memberi sekelumit ilmu kepada masyarakat :)
 
Wallahu'alam 
 
http://neo-rantissi.via.my
 
» Reply to this comment...

Posted by tunelife, on 21-05-2009 20:56, IP 115.133.60.20, Guest
12. terima kasih UZAR
Salam. Terima kasih UZAR di atas post UZAR kali ini. Saya percaya ia mampu meberikan motivasi dan kesedaran kepada ramai orang walaupun mereka tidak meninggalkan comment di sini. 
 
Semoga kita semua diberikan peluang dan kekuatan untuk memanfaatkan setiap ruang masa yang ada. 
 
BTW, saya juga dah beli buku UZAR tentang solat tu. Dan saya memang merancang nak berikan secara percuma kelak kepada beberapa orang lain seperti ahli keluarga terdekat.  
 
UZAR teruslah menulis isu-isu yang dekat dengan hati masyarakat ya.
 
» Reply to this comment...

Posted by ayu, on 21-05-2009 20:42, IP 203.82.79.102, Guest
13. hebat
t kasih ustaz. saya masih teringat2 ceramah ustaz di pekan pt sulong b.pahat, masa tu ustaz baru je kena tindakan disiplin oleh pihak U, hebat dan berani............
 
» Reply to this comment...

Posted by Siti Aishah, on 21-05-2009 14:57, IP 60.49.221.202, Guest
14. Jangan berhenti berlari
Semoga Allah memberi kekuatan kepada UZAR juga peminat yang berkesempatan membaca termasuk juga saya, catatan yang telah di hidangkan yang sungguh bermanafaat. Alhamdulillah
 
» Reply to this comment...

Posted by jemin75, on 21-05-2009 14:56, IP 60.54.152.148, Guest
15. salam
petikan dr website: 
 
"kakak saya merakamkan jawapan saya terhadap pelbagai isu Islam seperti Imam Mahdi, Dajjal, keperluan berjemaah dan akibat tidak berjemaah,...." 
 
ustaz takde nak buat ka cerita serba sedikit pasal dajal dan imam mahdi dalam web nie. nak juga tahu...hehehe. wassalam. 
 
UZAR : inshaallah jika ada kesempatan nanti
 
» Reply to this comment...

Posted by Rozaini B Khamis, on 21-05-2009 08:31, IP 124.82.50.116, Guest
16. Soal jawab agama
Apabila kos haji disubsidikan oleh Tabung Haji, dan bukannya kerajaan, maka Tabung Haji akan kekurangan untung, pelaburnya pula ialah orang yang belum haji. Maka pengsubsidian kos haji oleh Tabung Haji, boleh diibaratkan ialah pengambilan wang oleh bakal jemaah haji daripada simpanan orang yang belum menunaikan haji, secara tanpa niat. Ini kaedah apa pula? 
Sumber maklumat dari soalan ini :http:// pinkturtle2.wordpress.com/ 
 
 
Soalan saya ialah apa pandangan ust tentang "kebenaran" nya dan hukum islam dari segi murababah,mudharabah dan musyakah.
 
» Reply to this comment...

Posted by ajim, on 20-05-2009 23:22, IP 60.50.211.216, Guest
17. dasat!
salam.. uzar memang dasat! kagum saya.. 
 
p/s: masih mengharap reply uzar melalui email yg saya hantar.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Shahmuzir, on 20-05-2009 21:12, IP 118.100.197.204, Guest
18. fastabiqul khairot
Ustadz, doakan saya dan ramai muslim yg lain utk sama2 menyahut "fastabiqul khairot"...amin. 
 
Kadang2 catitan peribadi sebegini memberi kesan yg mendalam buat pembaca dlm hal membanding diri, muhasabah diri dan mencontohi. Semoga kita menjadi lebih baik dari hari ini...amin. 
 
Terima kasih ustadz krn terus berkongsi dan mengajar kami ikut 'berlari'... 
 
Shahmuzir Nordzahir 
http:// www.muzir.wordpress.com
 
» Reply to this comment...

Posted by zue hamid, on 20-05-2009 21:11, IP 115.134.149.22, Guest
19. tercungap-cungap juga
SAlam UZAR .. :) Seperti pembaca yang lain, saya juga rasa seperti tercungap-cungap membaca artikel UZAR kali ini.  
 
Sesungguhnya masa itu bagaikan mengejar UZAR tanpa memberi peluang UZAR berehat seketika. Apapun TAHNIAH dan ALHAMDULILLAH kerana UZAR mampu memanfaatkan setiap detik dengan aktiviti yang begitu padat.  
 
Saya doakan UZAR sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan usaha berdakwah kepada umat Islam khususnya di MALAYSIA.  
 
Semuga para pembaca termasuk saya diberi taufik dan hidayah oleh ALLAH SWT serta kekuatan dan kesabaran untuk mendidik diri menjadi Muslim dan Muslimah sejati.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Shahrizal Nasir, on 20-05-2009 18:24, IP 210.48.222.3, Guest
20. Moga UZAR terus diberi kekuatan...
Assalamualakium UZAR, 
Masa amat mencemburui UZAR, saya yakin sekembalinya UZAR ke M'sia akan datang, jadual ustaz akan lebih ketat lagi. Moga UZAR terus diberi kekuatan untuk menyumbang bakti pada ummah. Allahu al-Musta'an.
 
» Reply to this comment...

Posted by catalina, on 20-05-2009 14:16, IP 60.53.54.169, Guest
21. minta izin
Salam Uzar, 
 
Nak minta izin utk sy publish artikel ni (dan/atau yg lain2 d masa lain) termasuk link ke homepage ustaz sekali di halaman web sekolah & persatuan saya... 
 
Semoga Uzar sekeluarga sentiasa mendapat kekuatan. 
 
UZAR : Ye, silakan 
 
» Reply to this comment...

Posted by puteri islam, on 20-05-2009 08:41, IP 202.184.84.3, Guest
22. kagum
salam 
 
UZAR contoh terbaik buat kami generasi muda..pembakar semangat.menegakkan agama ALLAH. syabas....
 
» Reply to this comment...

Posted by am0i ida, on 20-05-2009 08:07, IP 203.82.79.102, Guest
23. Jangan berhenti berlari
Salam Uzar.. 
 
Betul lah, sayapun macam berlari sama semasa membaca entri Uzar ni..termasuk perasaan yang sangat excited... 
 
Alhamdulillah, tumpang gembira dengan pelbagai agenda terancang dan tidak dirancang dapat Uzar manfaatkan seoptimum mungkin...mudah2an tempias manfaatnya kepada keluarga Uzar yang supportive dan memahami... 
 
Saya memang menjangkakan, kedatangan sementara Uzar pasti akan direbut oleh mereka yang dapat tahu disaat-saat akhir dan mahu memanfaatkannya... 
 
Alhamdulillah pagi ni saya dah dapat sesuatu yang berharga iaitu jangan berhenti berlari! 
 
Jazakallah...
 
» Reply to this comment...

Posted by Ibtisam, on 20-05-2009 07:05, IP 80.2.71.37, Guest
24. Pejuang Agama Allah
Subhanallah... 
 
Letih saye bile bace tulisan ustaz ni... 
Padan dengan tajuk, sy rse macam br lepas berlari...=) 
 
Inilah Ansarullah yang sentiasa berjuang menegakkan agama Allah... 
 
UZAR adalah salah seorang figura yang sentiasa memberikan pendorong dan motivasi kepada anak-anak muda yang kerdil seperti saya, tanpa UZAR sedari... 
 
Semoga Allah terus memberikan bimbingan dan kekuatan kepada UZAR untuk terus menyumbang, dan juga kepada kami pemuda pemudi Islam yang baru hendak bertatih dalam dunia da'wah... 
Ameen... 
Wallahua'lam...
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom