Daripada
Saarbrukeen, Germany saya terus memandu ke Albstadt, yang mengambil masa sekitar 4 jam, sampai terus berceramah, dan sesudah ceramah selama 3 jam, saya terus memandu ke Geneva, perjalanan yang jika berpandukan
Navigator memakan masa selama 4 jam, menjadi 5 jam kerana beberapa jalan lebuh
raya sedang dalam baik pulih menyebabkan lebuh raya lapan lorong, menjadi empat
lorong berkongsi dua hala.
Sampai di Geneva pada jam 8.30 malam, badan terasa cukup letih, namun satu lagi ceramah menanti pada jam 9 malam. Di
Geneva, saya singgah bermalam di rumah seorang pegawai Malaysia, yang
berkhdimat untuk Kementerian Sumber Manusia, Tuan Aminuddin Abd Rahman dan Puan
Hamidah Tahir. Jutaan terima kasih buat mereka yang memberikan layanan amat cemerlang.
Manakala program ceramah pula dilaksanakan di rumah DPR (Deputy Permanent
Representative) warga Malaysia di sana, Puan Hjh Siti Hajar Adnin.
Ceramah
di Geneva di hadiri oleh semua kakitangan kerajaan dan swasta Malaysia di sana.
Tiada pelajar Malaysia di sana. Negara yang amat tinggi kos hidupnya, sehingga
gaji minimum bagi kerja buruhnya adalah Swiss Francs (cfh) 3,000 ( = RM 9.776 )
sebulan. Namun harga petrolnya lebih murah berbanding UK, Germany dan France.
Justeru itu, kerap saya penuhkan tangki kereta sewa semasa di Swiss. Harga satu
liter petrol di swiss adalah sekitar 1.5 cfh ( RM 4.80 ) , manakala di Germany
sekitar Euro 1.35 seliter ( RM 6.70 ), di UK adalah GBP 0.95 pence seliter ( RM
5.37 ). Ceramah yang bermula jam 9.30pm berlanjutan sehingga 12 pm disebabkan soal jawab yang tidak putus-putus, tahniah warga Malaysia di sana kerana mampu bertahan sedangkan esoknya mereka semua bertugas.
SOALAN TERTUNGGAK
Antara
soalan yang menarik perhatian serta gagal saya menjawab secara spontan dengan
lengkap beserta dalil adalah berkaitan khutbah dan solat Jumaat.
Di
Geneva, hanya ada sebuah tempat yang mendirikan solat Jumaat, tidak salah
ingatan saya ia adalah tempat yang dimiliki oleh warga Saudi.
Apa
yang menjadi perosalan warga Malaysia di sini adalah waktu khutbah Jumaatnya.
Di katakan warga Arab di sana semuanya melaksanakan Khutbah Jumaat sebelum
masuk waktu zohor ( iaitu sekitar jam 1 petang), dan hanya mendirikan solat
Jumaat selepas masuk waktu Zohor.
Warga
Malaysia di sini menjadi keliru, tambahan pula warga Saudi yang mendirikan
solat ini mendakwa wujudnya dalil hadis yang menyokong amalan mereka. Sewaktu
saya berada di Besancon (sebutan betulnya adalah BEZANSIO, sengaukan bunyi di
hujungnya), Perancis, para pelajar di sana turut mengakui keadaan itu berlaku
juga di tempat mereka. Selain itu, saya juga pernah mendengar situasi yang sama
berlaku di Dublin, Ireland ketika menziarahi Dublin sekitar tahun 2004 yang
lalu.
Semua
masjid yang mengambil tindakan ini, turut mendakwa ‘terpaksa' mengambil cara
itu kerana waktu rehat para pekerja hanya satu jam bermula 1-2 petang. Justeru
bagi mengambil kemudahan itu dan kesukaran memahamkan majikan khususnya di negara
bukan Islam, solat atau khutbah Jumaat dilaksanakan sebelum masuk waktu Zohor.
KHUTBAH ATAU SOLAT JUMAAT SEBELUM
WAKTU ZOHOR ?
Bagi
menjawab persoalan sama ada khutbah Jumaat boleh dilaksanakan sebelum masuk
waktu Zohor dengan lebih perincian, sebenarnya bukan hanya khutbah, malah
termasuk juga solat jumaat iutu sendiri adakalanya didirikan sebelum masuk waktu
zohor.
Para
ulama terbahagi kepada 3 pendapat dalam hal ini :-
1- Hanya
boleh selepas masuk waktu Zohor :
Solat
dan khutbah Jumaat MESTILAH dilaksanakan SELEPAS MASUK WAKTU ZOHOR. Ia adalah
pendapat majoriti mazhab dan ulama termasuklah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie
dan Hanbali dan disokong oleh Ibn Hazm yang bermazhab Zohiri.
2-Boleh
setelah masuk Dhuha :
Iaitu
selepas salah galah naik matahari : Ia adalah salah satu pendapat atau ijtihad yang
popular Imam Ahmad, ini dikatakan pandangan mazhab yang sebenarnya menurut
kalangan pengikut mazhab Hanbali.
3- Boleh
dilaksanakan sejam sebelum Zohor :
Waktu
boleh solat dan khutbah Jumaat bermula pada jam 12 tengahari jika Zohor masuk
jam 1 petang : Iaitu waktu yang dinamakan "al-waktu al-sadisah" iaitu satu jam sebelum
masuk waktu Zohor. : Ini juga adalah salah satu ijtihad Imam Ahmad dan dipegang
oleh minoriti pengikutnya.
Kesemua
tiga-tiga pendapat mempunyai dalil hadis dan athar, namun setiap satu dalil
tidak sunyi dari bantahan kumpulan yang lain. Saya tidak akan menyatakan dengan
perinci dalil kesemua mereka, cukup untuk saya menyatakan satu atau dua dalil terpilih
sahaja. Dan saya tinggalkan pandangan ketiga disebabkan amat kurang kukuhnya
dalil mereka pada penilaian majority ulama.
RINGKASAN
DALIL KUMPULAN PERTAMA DAN KEDUA
Dalil
yang dipegang oleh kumpulan pertama :
·Hadis
: Dari Anas r.a
أن النبي
- صلى الله عليه وسلم - كان يصلي الجمعة حين - تميل الشمس
Ertinya
: Berkata Anas Bin Malik : Sesungguhnya
Nabi s.a.w melaksanakan solat Jumaat di ketika matahari condong ( selepas masuk
waktu zohor)( Riwayat Al-Bukhari)
·Hadis : Dari Sayyidatuna Aisyah r.a mengatakan :
كان الناس
مهنة أنفسهم وكانوا إذا راحوا إلى الجمعة
راحوا في هيئتهم، فقيل لهم: لو اغتسلتم
Ertinya
: Orang ramai semua sedang sibuk bertugas (mencari nafqah), dan apabila mereka
pergi untuk menunaikan Jumaat, mereka pergi dalam keadaan itu (dengan peluh dan
pakaian kerja), maka di katakan kepada mereka : Sekiranya mereka pulang dan
mandi terlebih dahulu ( ia lebih baik) ( Riwayat Al-Bukhari)
Hadis
ini memberikan indikasi bahawa solat Jumaat dilaksanakan dalam waktu zohor,
sesudah tugasan dan kerja dilaksanakan pada waktu pagi. (Fath al-Bari, 2/387 )
·Terdapat banyak lagi dalil yang
digunakan termasuk amalan khalifah Abu Bakar, Umar dan Ali r.a yang turut
menunaikan solat dan khutbah Jumaat dalam waktu zohor. ( Rujuk lanjut dalan
huraian Imam Ibn Hajar di Fath al-Bari); selain itu, bukankah zolat Jumaat
sebagai ganti solat zohor maka sudahtentu waktunya turut seperti waktu zohor. ( Minhaj at-Tolibin, 1/116 )
Dalil
pegangan kumpulan kedua :
·Hadis : dari Jabir r.a :-
كان رسول
الله - صلى الله عليه وسلم - يصلي الجمعة، ثم نذهب إلى جمالنا فنريحها حين
تزول الشمس
Ertinya
: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menunaikan Jumaat, kemudian kami pergi ke unta
kami dan memberinya makan DI KETIKA gelincirnya matahari. ( Riwayat Muslim )
Hadis
ini memberi indikasi solat atau khutbah jumaat disiapkan sebelum gelncir matahari ( iaitu
waktu zohor), kerana Jabir r.a memberitahu mereka hanya pergi memberi makan unta
mereka selepas itu, iaitu pada waktu matahari tergelincir. ( Naylul Awtar,
3/261)
·Athar : Berkata Abdullah bin Saidan
شهدت الجمعة
مع أبي بكر فكانت صلاته وخطبته قبل نصف النهار، ثم شهدتها مع عمر فكانت صلاته
وخطبته إلى أن أقول: انتصف النهار، ثم شهدتها مع عثمان فكانت صلاته وخطبته إلى أن
أقول: زال النهار، فما رأيت أحدًا عاب ذلك، ولا أنكره
Ertinya : Aku bersama Jumaat dengan Abu
Bakar, solat dan khutbahnya sebelum pertengahan siang ( zohor), kemudian aku
juga bersama Umat, demikian solat dan khutbahnya sehingga aku berkata : telah
masuk separuh siang, kemudian aku bersama Uthman r.a , demikian juga solat dan
khutbahnya sehingga aku berkata; telah tergelincir matahari, dan tidak aku
lihat ada seorang pun ( dari kalanagan sahabat) yang menegurnya, tiada juga
yang mengingkarinya ( Riwayat Ibn Abi Syaibah, & Abd Razzaq ) [1]
KESIMPULAN
Sebagai saya sebutkan di awal tadi,
kebanyakkan dalil-dalil ada yang bersifat jelas dan sebahagian lain bersifat
tafsiran. Lalu sikap yang perlu kita ambil dalam konteks ini adalah :-
a.Usahakanlah
untuk menunaikan solat dan khutbah Jumaat di dalam waktu zohor mengambil
pandangan majoriti mazhab dan dianggap punyai dalil yang terkuat.
b.
Perlu difahami bahawa solat dan khutbah Jumaat sebelum waktu zohor sememangnya
mempunyai dalil dan ulama yang menyokong. Justeru itu, tidak timbul solat atau
khutbah mereka tidak sah atau salah, selagimana mereka yang melakukannya : -
Yakin dengan
pandangan tersebut setelah meneliti dalilnya
Tetap dilakukan solat
Jumaat itu atas sebab ‘hajat' (kesukaran) seperti yang berlaku di Geneva, iaitu
kesukaran mendapat flexibility waktu rehat akibat bertugas di syarikat
yang bukan milik Islam atau bagi memudahkan umat Islam di kawasan persekitaran
untuk menunaikan kewajiban Jumaat mereka dengan baik dan mudah. Ini berdasarkan
‘Fiqh Taysir'.
Mengikuti panduan
seseorang yang alim atau berwibawa dalam bidang Fiqh, tatkal aitu yang
mengikuti sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai ‘individu yang tidak
mengetahui ‘ sebagaimana diarah oleh Allah swt, iaitu "Tanyalah orang yang
tahu, sekiranya kamu tidak mengetahui"
c.
Bagi mana-mana kumpulan warga Malaysia yang amat TIDAK SELESA serta TIDAK YAKIN
untuk mengikuti masjid yang mengikuti pendapat mazhab Hanbali itu, serta ingin
TETAP dengan berpegang ijtihad mazhab Syafie khususnya atau jumhur, mereka
boleh melaksanakan solat dan khutbah Jumaat di secara sendiri di mana-mana
tempat yang sesuai jika bilangan ahli jemaah mencukup 40 orang. Jika tidak
mereka boleh menunaikan solat zohor sahaja, namun ini bukan pandangan terpilih,
khususnya di waktu wujudnya keperluan untuk mengambil fatwa yang lebih ringan
di ketika wujud keperluan dan kesukaran.
Gambar : Switzerland, kami mencari pemandangan ini namun gagal kerana salji dah cair banyak ketika kami masuk Swiss.
CAMPUR MAZHAB BOLEH
KE ?
Bagi orang awam, yang
masih keliru, mereka sebenarnya boleh mengikuti ijtihad mana-mana alim ulama
tempatan termasuk para imam di masjid tempat mereka tanpa banyak soal. Tiada
timbul isu bahawa mereka akan bermasalah kerana meninggalkan mazhab Syafie yang
dipeganginya. Ini adalah kerana bagi kawasan-kawasan yang berlaku seperti
Geneva, yang tiada masjid pilihan lain, keperluan berpindah mengikuti pendapat
mazhab lain adalah harus disebabkan kesukaran dan keperluan.
Malah sebenarnya,
ramai orang awam bukanlah boleh dikira bermazhab Syafie yang mulzim (komit)
dalam erti kata yang sebenarnya. Kebanyakkan orang awam sebenarnya hanya
‘merasa' atau ‘menyangka' mereka menuruti mazhab Syafie tetapi keilmuan dan
amalan ibadah dan muamalah mereka setiap hari bercampuk aduk
antara mazhab, hatta adakalanya amalan mereka terkeluar dari semua pandangan
mazhab tanpa disedari. Inilah hakikatnya, bagi orang awam dan Negara Malaysia,
mazhab Syafie hanya dianggap sebagai mazhab rujukan utama atau dijadikan
sebagai priority dalam memahami nas al-Quran dan Hadis, itu sahaja.
Malah banyak pendapat mazhab lain telah diambil juga oleh fatwa Malaysia. Ia
juga tiada sebarang kaitan dengan wahabi atau salafi.
Adalah zalim lagi
jahil untuk menuduh pandangan ijtihad selain mazhab Syafie adalah Wahhabi
(khususnya setelah digambarkan Wahhabi itu terkeluar dari ahli sunnah), kerana
kebanyakkan pendapat yang diuatarakan bukanlah ijtihad Wahabi tetapi adalah
dari kalangan mazhab-mazhab ahli sunnah yang lain seperti Hanbali, Maliki dan
Hanafi.
Justeru, untuk
mengatakan ditegah atau haram seseorang awam keluar dari ijtihad mazhab Syafie kepada
yang lain khususnya di luar Negara yang mana amat berbilang mazhab pegangan
umat Islamnya, ia hanya akan menyebabkan hampir semua orang Islam hatta para
ustaznya jatuh berdosa kerana tentu ada amalan peribadinya yang tidak dari
mazhab Syafie lantaran ilmu yang amat terbatas berkaitan pandangan mazhab
Syafie yang sebenar.
Inilah sedikit
kelebihan mereka yang bekerja atau menuntut di luar Negara, mereka berpeluang
membuka minda dan idea kepada kepelbagaian sikap, ilmu dan mazhab, mampu
menjadikan individu itu lebih cepat matang dan bertoleransi dalam menanggapi
sesuatu perbezaan pandangan Fiqh.
Namun tidak dinafikan
ramai juga yang menuntut di luar Negara, namun otak dan mindanya beku dari
persekitaran yang boleh menjadi guru hidup mereka, akhirnya menjadi ekstremis
sama ada dalam pegangan mazhab Syafie, atau mazhab dan aliran lainnya.
Bertoleransi dan
bersangka baiklah wahai diri, sahabat dan rakan. Nescaya dengki, hasad dan
buang masa akan semakin menipis, inshaAllah. Jangan lupa menunaikan solat
Jumaat walau berada di Geneva, Perancis, Ireland, United Kingdom dan lainnya
walau tidak cukup sempurna dari sudut pandangan mazhab Syafie.
[1] Abdullah bin
Syaiban dianggap perawi yang majhul dan tertolak oleh ramai ahli hadis, imam
Al-Bukhari tidak menrima hadisnya (Mizan al-Iktidal, 2/437) ; hadis ini juga
dhaif menurut Imam an-Nawawi di dalam al-Majmu' dan juga Albani dalam Irwa
al-Ghalil.
Posted by Mumtahanahizwah, on 26-12-2009 19:00, IP 202.185.32.194, Guest
1. Ustaz mohon penjelasan,
Salam alaik,,ustaz ana minta penjelasan ustaz,,apa beza antara wahabi, tabligh dan pas,,dan apa persamaannya,adakah ianya ideologi atau apa..syukran ustaz.
Posted by hamza, on 03-11-2009 22:49, IP 126.255.121.111, Guest
2. syiarkan solat jumaat atau hidupkan jema
assalamualaikum. saya hamza merupakan pelajar malaysia di wakayama,jepun.kawasan saya tidak ramai muslim seperti di pusat bandar lain di jepun.
pelajar malaysia muslim lelaki seramai 8org,pekerja muslim indonesia hampir 10org,dan muslim lelaki dari iran,tunisia,pakistan seramai 3 org.
7tahun dahulu pernah dilakukan solat jumaat oleh pelajar malaysia di university disini,namun kemudian setelah kekurangan pelajar lelaki ianya terhenti.saya kembali semula kesini 2tahun lepas dan ingin membuat solat jumaat seperti dahulu namun niat terhenti apabila terbaca ianya tidak wajib dan perlu solat zohor semula.
waktu ini kami cuba istiqamah jemaah zohor di university.tapi saya rasa suatu kekurangan dengan tiada solat jumaat kerana tidak dapat berjumpa muslim lain.
apakah usaha yg utama sama ada hidupkan dahulu jemaah bersama muslim yg lain kemudian baru hidupkan solat jumaat.saya rasa serba salah kerana takut disalahtafsir bukan muslim disini bahawa jemaah pada hari jumaat sahaja.
harap dapat nasihat dari saudara mengenai perkara ini.kalau ingin membuat solat jumaat dengan kekurangan ahli,bolehkah muslim yg berpegang dengan mazhab selain syafie diutamakan menjadi imam atau kami yg memegang pendapat syafie menjadi imam kerana jumlah kami yg ramai.terima kasih.
UZAR : sewajarnay tunaikan solat Jumaat juga, ya dalam keadaaan khusus sebegitu adalah dibenarkan mengambil pendpaat mazhab yang lain. Jika tidak, sepanjang beradad di sana, sdr tidak akan solat jumaat hanya kerana tak cukup bilkangan
Posted by awah137, on 11-09-2009 22:30, IP 115.135.202.131, Guest
3. Mengaminkan doa dlm khutbah jumaat ke 2
Salam buat UZAR
Sy musykil ketika khatib membaca khutbah ke 2... ada doa , bermula 'allahummafirli muslimin.......' Tok guru sy mengatakan jgn mengangkat tangan dan mengaminkan dgn kuat kuat doa itu... apa yg sy nampak, hampir kesemua akan mengangkat tangan dan mengaminkan doa tu dgn agak kuat sehingga jelas kedengaran. Adakah betul kita sbg makmun dilarang berkata2 ketika khatib mmbaca khutbah.... mohon penjelasan UZAR
Posted by Pelajar di Cape Town, on 19-06-2009 22:32, IP 137.158.152.207, Guest
4. Mr.
Salam Uztaz,
Maaf ana nak bertanyakan soalan berkaitan dengan life sebagai student di luar negara. Ana sekarang pelajar post grad di Cape Town, South Africa. Dalam course ana ini, dah ditetapkan bahawa Isnin-Khamis untuk lecture, manakala hari Jumaat pula untuk field trip.
Ada beberapa field trip yang dibuat berada kurang dari 2 marhalah (90km). Masalah yg timbul ialah lokasi field trip tu, walaupun kurang dr 90km, tp sukar utk ke masjid utk solat jumaat atas beberapa sebab:
1. Ada field trip yg pergi ke kawasan kawalan keselamatan tinggi seperti loji nuklear, CSIR (council of scientific research etc). Masa utk keluar masuk dari kawasan tersebut adalah lama kerana tapisan keselamatan.
2. Kemudahan pengangkutan, since bilangan student utk course ni sedikit (10 org) jd hanya van digunakan untuk lawatan tersebut, jadi kalau ana nak keluar utk solat jumaat, mmg terpaksa mintak driver utk drive ana ke masjid.
3. Programme yg diatur ada yg break diantara 12.30-1.30, di sini solat jumaat biasanya bermula jam 1.30 (ceramah+khutbah mula dlm 12.45). Jadinya, apa yang boleh dan patut ana lakukan dlam situasi ini?
Perkara ke dua, mengenai makanan. Ada pelajar Malaysia disini yg tinggal di asrama universiti dan mereka makan di dewan makan asrama. Daging ayam dan lembu yang disediakan dikatakan halal oleh pihak caterer. Namun terdapat juga daging khinzir (sliced ham, biasanya untuk breakfast) yg disediakan didalam dewan makan tersebut. Tak pasti pula sama ada bercampur bekas semasa proses penyediaan makanan. Adakah dibolehkan untuk mereka untuk terus makan makanan yang disediakan oleh pihak caterer tersebut?
Bagi situasi ana pula, insyaAllah ana mungkin mengikuti research cruise (ekspedisi saintifik) di laut selama 2 minggu pada bulan November ini. Bagaimana dengan sajian makanan didalam kapal tersebut? Jika daging khinzir tidak disediakan, tp daging lain (ayam, lembu) tak dapat disahkan halal atau tidak,apa yg patut dan boleh ana buat? Terima kasih, wassalam.
Posted by abdullah bukhari, on 17-06-2009 14:50, IP 210.48.222.3, Guest
5. wahabi!
Payah kalau org dah anti sgt dgn wahabi..pantang dengar pasal wahabi atau sesuatu yg di luar lingkungan mereka..terus dicop wahabi.Once seseorang dah dicop wahabi..segala mutiara yg dia curahkan dikira racun..mereka yg sempit pemikiran..
betul cara anta,jangan layan isu2 wahabi..confirm x akan habis. Pglmn ana, puasa lepas,ana ambik 5-10 minit sblm terawih setiap mlm ulas ttg content juzuk yg nak ana baca,bila habis terawih ana x tunggu tahlil,pada satu mlm ana disoal oleh seorang jemaah ttg hukum tahlil,seolah2 dia cuba nak cop ana wahabi..alangkah baiknya kalau ditanya ttg content juzuk yg ana ulas kan...tapi apa nak buat dunia mereka hanya tempurung itu shj..lain dr itu TERUS DICOP WAHABI..STEADY SYEIKH!
Posted by Megat Ismail Akil, on 16-06-2009 12:51, IP 60.53.181.48, Guest
6. Syukur.....
Salam uzar serta keluarga, moga semuanya dalam keadaan sihat walafiat...
tiada solan yang hendak dilontarkan cuma apabila membuat perbandingan berada di luar negara dan negara sendiri semestinya amat bersyukur kerana berada di negara sendiri.
Tetapi ibarat katak dibawah tempurung....peribahasa lama. Itulah perbandingan orang yang boleh pergi keluar negara dengan yang tidak upaya keluar.
Kalau tidak keberatan bagi pihak uzar kami yang tidak mampu keluar negara ni.... Minta uzar adakan satu blogspot atau apa sahaja blog yang boleh memuatkan gambar-gambar yang banyak di sepanjang uzar berada dimana sahaja.....
Terima kasih hanya Allah yang akan membalas segala usaha uzar.
wassalam.....
UZAR : inshaAllah akan dipertimbangkan dan terima kasih atas cadangan
Posted by LUKMAN, on 09-06-2009 11:11, IP 220.255.7.148, Guest
8. Indahnya Islam
salam..
syukran jazilan atas hujjah ustaz, banyak input ana dapat, lebih2 lagi tugas 'daie' memerlukan banyak dalil, kadangkala tidak sempat untuk mengkaji..
apabila ustaz utarakan isu ini, masih segar dalam ingatan ana ketika di Leeds 2006, di UK kan terdapat istilah 'Mazhab Arab' & ' Mazhab Pakistan'.. haha..
antara isu : tentang solat maghrib & isya' secara jamak ketika 'soifi' , apabila kita menggabungkan teknik 'maqasid & qawaid fiqhiyyah' betapa indahnya islam itu sendiri, tidak membebankan & tidak menyusahkan umat..
tapi kadangkala 'kejumudan' manusia dalam mengkaji islam ini, maka terjadilah puak-puak yang mengaku dirinya yang terbaik dikalangan umat islam, dan menuduh orang yang tidak bersefahaman dengan mereka..
adakah ini antara tanda hadir khiamat... wallahu a'alam...
Posted by HambaAllah, on 08-06-2009 20:19, IP 121.121.233.205, Guest
9. MasyaAllah
Masyaallah
zaman sekarang ni saya rasa byk di kalangan umat Islam sendiri telah mempertikaikan hukum hakam agama..Just imagine bila saya forwardkan article ustaz about MCIS Zurich kepada rakan saya yg juga agent kepada insurance company terbabit, saya telah di maki hamunnya! Masalahnya bukan saya yg mengatakannya, tetapi di quote kan oleh ustaz yg saya yakin lebih knowledgeable dan membuat penilaian mengikut laws of Islam.
Betullah salah satu tanda hari kiamat itu, org yg menegakkan hukum hakam agama ni lah yg selalu dipersalahkan/di kata kolot dan sebagainya
Mcm nilah, kalau rasa2 taknak puasa or semayang etc, just keep it to urself. Tak payahla nak cakap, "buat apa sembahyang, kalau tak pakai tudung"..."buat apa tak minum kalau tak semayang" etc....inilah cabaran yg saya lihat semakin menjadi2 di kalangan umat Islam
Ya, sebagai seorang umat Islam dan hamba Allah yg lemah sifatnya, kita sering di challenge setiap hari..melawan hawa nafsu etc..tetapi kita tak boleh give up, hanya dengan melakukan sesuatu dosa..tapi kita seharusnya bertekad utk menjadi lebih baik setiap hari...apa yg silap salahnya, itu adalah kelemahan kita sendiri...tapi kita tak boleh menyangkal dan memperkotak katikkan hukum Allah hanya kerana kita rasa kita dah modern/up to date. itu dah salah namanya! Nauzubillah!
Buat ustaz, teruskanlah perjuangan ustaz dalam membangkitkan byk issue2 yg confusing especially in laws of finance yg kami kadangkala tidak perasan
moga2 Allah sentiasa memberkati dan memberi kekuatan kepada ustaz utk lebih jauh lagi menimba ilmu supaya ustaz boleh share kepada kami semua yg tak taju ini
Posted by penanni, on 08-06-2009 19:54, IP 60.51.42.62, Guest
10. Campur Aduk mazhab
Assalamu'alaikum ustaz,
pada saya, artikel ustaz kali ini memeningkan orang awam. Ditambah pula dengan pendapat mengenai wahhabi yang suka menghukum sesat tanpa hak kepada umat Islam.
Ustaz mendatangkan satu hujjah tentang gambaran bahawa wahabi terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah (mungkin sebagai satu sokongan kepada golongan wahhabi ini). Bagaimana pula dengan pandangan ulamak mereka sendiri sebagai contoh :
1. Dalam risalah Minal Itsnain Wasab'iina Firqotan tulisan sheikh bin baz, Nahsiruddin al Bani, Sheikh fauzan, sheikh abu zaid cetakan Maktabah al Furqon Ajman tahun 2001 hlmn 9-10 : Quote Apakah jemaah tabligh yg memiliki sekian bnyk kesyirikan dan bid'ah serta jamaah hasan al bana yang memiliki aktiviti pergerakan dan pembangkang pemerintah yg akan masuk neraka?
Para penulis risalah itu menjawab : [mereka] termasuk di antara 72 golongan itu dan kelompok khawarij juga termasuk diantaranya.
Pada Halaman 14 :
Antara firqah sesat menurut penulis-penulis itu lagi :
1. Firqah Hasan al Banna (al ikhwaniyyah) 2. Hasan at Turabi (at Turabiyyah) 3. Sayid Qutb (al Qutubiyyah) 4. Firqah Muhammad Surur (as Sururiyyah) 5. Muhammad Ilyas (At tablighiyyah) 6. Ahmad Yasin (al Hamasiyyah) 7. Firqah Al Habasyi (Al Habasyiyah) 8. Firqah Abdurrahman Abdul Khaliq (at Turasiyyah)
UZAR : Sdr nampkanya kurang dapat menangkap maksud saya, mungkin kerana terbawa-bawa emosi. Atau juga ayat saya terlalu ringkas.
Saya nak tegaskan bahwa artikel ini hanya nak sebut, jangan dituduh orang yang beramal dengan mazhab selain syafie itu sebagai wahhabi. kerana banyak kalanya orang itu beramal dengan ijtihad mazhab maliki, hanafi dan hanbali..bukankah ketiga-tiga mazhab itu adalah dari kalangan ahli sunnah wal jamaah.?
Artikel saya bukan fokus sama ada wahabi sesat atau tidak, tetapi fokus kepada jangan sesuka hati menuduh seseorang sebagai wahabi secara tidak benar.
Adapun isu sama ada wahhabi benar-benar sesat atau tidak, itu soal lain yang saya tidak ada langsung minat utk bincang tentangnya.
Posted by catalina, on 08-06-2009 18:31, IP 60.53.48.148, Guest
11. mohon penjelasan
Ustaz, apa sikap Jakim dlm hal di atas? - ustaz yg duduk UK lebih tahu
Sebagai seorang yg baru nak belajar, sy rasa hal2 tersebut tidak mendapat pencerahan sewajarnya di tanahair. Seolahnya, cuma sesiapa yg ingin tahu/belajar akan mendapat tahu. Kenapa, ya?
Posted by ajim, on 08-06-2009 12:27, IP 124.13.243.44, Guest
12. cadangan
salam.. saya cadangkan uzar menulis satu artikel berkaitan fahaman wahabi or salafi.. agar segala persoalan dapat dijawab dan insyaAllah tiada soklan berbangkit.. sekadar cadangan..
UZAR : maaf, saya tidak berminat untuk menulis berkenaan hal itu kerana ia telah dibincangkan selama sejak beratus tahun tahun.
banyak benda lain nak bincang, dan saya hanya tekankan bahwa JANGAN TUDUH ORANG AMAL MAZHAB BERBEZA DENGAN SYAFIE SEBAGAI WAHABI sama ada di malaysia atau di luar negara, kerana mereka adalah pengikut mazhab hanafi, maliki atau hanbali pada kebiasaanya.
Posted by Amin007, on 08-06-2009 00:47, IP 124.13.78.72, Guest
14. ada petikan yang kurang faham
Ust, saya tak beberapa faham akan maksud petikan ni ==============================
=================== Malah sebenarnya, ramai orang awam bukanlah boleh dikira bermazhab Syafie yang mulzim (komit) dalam erti kata yang sebenarnya. Kebanyakkan orang awam sebenarnya hanya ‘merasa' atau ‘menyangka' mereka menuruti mazhab Syafie tetapi keilmuan dan amalan ibadah dan muamalah mereka setiap hari bercampuk aduk antara mazhab, hatta adakalanya amalan mereka terkeluar dari semua pandangan mazhab tanpa disedari. ==============================
===================
antara contoh yang saya nampaklah dalam bab niat puasa, bab batal wuduk, sembelihan. cuma ada kalanya nak pilih mazhab ikut situasi pun ada masalah juga dah lah saya ni orang biasa.
UZAR : Memang susah sikit nak terang ringkas dan padat dalam tulisan. maksud mudahnya, orang awam ni beluam ada mazhab sebenarnya, ini kerana ringkasan erti bertaqlid mazhab menurut para ulama usul fiqh adalah
'ikut pendapat mazhab tertentu dari sumber mazhab itu namun, tanpa mengetahui sumber dalil pandangan itu'
maknanya diambil pendapat mazhab secara sedar itu pendapat mazhab, cuma tak tahu apa dalil sahaja
Mankala kebanyakn orang malaysia, tidak pun cukup syarat untuk jatuh dalam kumpulan taqlid itu kerana mereka 'IKUT PENDAPAT dan langsung tak sedar atau tahu itu pednapat syafie dari sumber rujukan syafie.
Untuk mereka mengetahui dan memahami dalil dalil, tentunya lebih jauh lagi.
Hasilnya, kriteria orang sebegitu adalah bukan bermazhab Syafie tetapi mereka dikira sebagai 'orang awam' yang tiada mazhab tertentu..mazhab mereka adalah sentiasa menuruti sesiapa orang alim yang ditanyaa dan dirujuki tanpa mengetahui orang alim yang dirujuk sedang merujuk kepada mana-mana mazhab tertentu.
Posted by syakir, on 07-06-2009 21:34, IP 118.100.20.18, Guest
15. investment
Salam Ustaz, mintak komen ringkas aje dari Ustaz. Saya nak belajar melabur saham menggunakan khidmat remisier. Apa yg perlu saya tahu Ustaz utk pastikan pelaburan saya itu sah di sisi syarak? terima kasih...
Posted by mohd, on 06-06-2009 20:45, IP 203.161.92.237, Guest
16. student
Salam ustaz,
Di Australia ni, spesifiknya di surau universiti, setiap minggu ada 2 sesi solat jumaat untuk memudahkan pelajar2 yg x dapat hadir salah satu sesi (eg ada kelas) dan mengelakkan jemaah yang terlalu ramai memandangkan surau yang kecil. Bagaimana dengan hukumnya?
Terima kasih.
UZAR : tiada gambaran jelas diberikan..cuma setakat info ringkas tu, nampak tiada masalah kecuali dlm mazhab syafie kena cukup 40 orang..Bila tak cukup 40 orangm, isunya lebih kurang sama dengan pendirian berkenaan nak ikut atau tidak dalam kes swiss tadi.
Posted by Mus, on 05-06-2009 17:07, IP 77.23.23.57, Guest
17. jumaat di germany
Salam Ustaz,
lupa nak bercerita ttg solat jumaat di Germany ni. Kalau Saarbruecken, terdapat pilihan nak berjumaat di Universiti atau di masjid. Masjid ini dikendalikan oleh Org Saudi dan alhamdulillah dari segi waktu masih lagi dibuat dalam waktu zohor. Kalau winter time, khutbah dimulakan jam 1.30pm kalau summer time dianjakkan ke pukul 2pm.
Posted by fareast, on 05-06-2009 15:52, IP 119.31.157.51, Guest
18. http://mohdfais.net
Betul kata ustaz, untuk student yang berada diluar negara kadangkala boleh menilai permasalahan secara lebih matang. Ini berlaku untuk ana yang kini sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Alhamdulillah..
Posted by Zorro al-Kalantani, on 05-06-2009 15:39, IP 218.111.5.27, Guest
19. Khutbah Jumaat
Assalamualaikum. Teringat semasa saya masih seorang 'toliban' di luar negara. Pada suatu hari saya menghadiri solat Jumaat yg khutbahnya disampaikan dengan cara yg tak pernah saya alami di M'sia. Khatib yg bertugas hari itu seorang warga Arab yg tidak fasih berbahasa Injlizi, jadi dia hanya menyampaikannya dlm bahasa Arab. Semasa dia duduk antara dua khutbah, khutbahnya itu diterjemah oleh org lain! Harap Ustaz dapat komen, adakah sah khutbah tersebut?
Posted by mohammad, on 05-06-2009 03:26, IP 91.192.70.22, Guest
20. solat di moscow , perlukan bimbingan.
Assalamualaikum ustaz, terima kasih banyak di atas perkongsian ilmu.
kami di sini, terkadang mengalami kesukaran dalam mencukupkan jemaah.
Tika musim sejuk, kebanyakan kami berada di hospital (kelas) berbanding sebahagian yang lain.dan amat sedikit yang mempunyai kelapangan untuk solat jumaat.
DIsebabkan waktu zohor yang singkat 1240-145 .. selalunya jumaat didirikan dalam keadaan jemaah antara 10-20 orang sahaja.selalunya, kami memulakan khutbah apabila jemaah dalam bilangan 10-12 ke atas.
disebabkan jarak antara hospital dan tempat tinggal kami yang selalunya memang jauh (lebih dari 40 minit),amat sedikit peluang untuk mencukupkan solat jumaat setiap minggu dan ada sebilangan yang hanya berupaya untuk ponteng kelas setiap 3minggu sekali.
berkaitan bilangan jemaah untuk solat jumaat, apakah pandangan-pandangan muktabar terhadapnya?
apakah benar solat jumaat satu kali dari tiga minggu itu cukup untuk melepaskan dari sifat munafik?..(ramai berpegang bahawa jika 3 minggu berturut2 jika tidak solat, munafik)
bagaimana bentuk pandangan sebegini?
terima kasih banyak pada ustaz jika perkara ini boleh dijadikan perbincangan. Masih di dalam kekeliruan.
Posted by akram, on 05-06-2009 02:11, IP 121.121.5.130, Guest
21. study..
salam uzar,
mm, sekian lama ikuti coretan kembara uzar di european country ni, suddently trlintas about ur study? cuti lama ke ustaz?mm,hope going with plan n well. mgkin uzar boleh update ke about ur research..
UZAR : Ha ..good question, inshaAllah progressing moderately. Dah mula menolak jemputan program sekarang ni.