Sibuk benar pihak media satu dunia meraih keuntungan di atas kematian Micheal
Jackson (MJ). Manakan tidak, majlis peringatan MJ di Los Angeles baru-baru sahaja telah menarik
minat dan tontonan oleh lebih 2 billion manusia. Rancangan tersebut turut
mendapat pehratian jutaan umat Islam yang masih lagi mencari-cari tanda
keislaman MJ di majlis tersebut, namun rasanya mereka hampa, tiada sebarang ciri Islam di majlis tersebut walau satu peratus.
Berita
kematian MJ berterusan mendapat liputan media, amat meluas dan masih mempunyai
magnet untuk menarik pembaca dan peminatnya di serata dunia. Media seperti
biasa, berlumba-lumba mencari keuntungan dari kematian dan kehidupan seseorang.
Kini, wujud berita baru hasil pendedahan kakaknya yang menyatakan MJ dibunuh
melalui satu konspirasi individu di sekelilingnya.
KISAH MUSLIMAH MARWA SHERBINI
DIBUNUH DI GERMANY
Gambar : Al-Marhumah Marwa, suami dan anaknya
Pada
masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa
el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan
penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu
didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr
Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong
kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu
berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya
di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu
pertengkaran terjadi.
Si
celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780.
Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi
dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu
Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di
dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang llau.
Satu
susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau
di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa
gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas
menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan
perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya,
sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan
apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh.
Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan
tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan
bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?
Adalah wajar jika dapat pelajar Islam
di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar
memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!
Malangnya,
berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat
khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn
hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di
pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu
tindakan jahat.
Namun,
kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan
hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat
saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka
begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada
bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat
perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany
dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.
THAILAND & URUMQHI CHINA
Selain
berita itu, kita juga mengeluh panjang membaca berita pembunuhan umat Islam beramai-ramai
di Selatan Thailand dan juga kezaliman serta penindasan di Bandar Urumqhi,
China. Semua maklumat ini amat patut mendapat perhatian kita dan pemimpin negara-negara
umat Islam. Berkenaan peristiwa berdarah di China, Kerajaan Turki telah
berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka Presiden mereka, Recep Tayyib
Erdogan, [1] mengutuk
tindakan China secara terbuka, malah menyeru pemboikotan barangan dari Negara China,
selain itu menawarkan visa bagi pemimpin masyarakat Islam
Urumqhi yang berada di dalam buangan di Washington, Rebiya Kadeer.
Kita masih menunggu sebarang kenyataan dan tindakan pimpinan Negara kita.
Dalam kejadian
terbaru di Urumqi dalam wilayah Xinjiang, dianggarkan 1,000 hingga 3,000
penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rakyat. Mereka membantah kematian
beberapa pekerja kilang alat permainan akibat perkelahian antara kaum Uighur
dengan kaum Han China pada 25 Jun lalu.
Angka
kematian akibat pergaduhan antara penduduk Han Cina dan Islam Uighur meningkat
kepada 184 orang. Menurut laporan BBC yang berat sebelah melaporkan bahawa
jumlah kaum Han yang terbunuh adalah lebih besar dari penduduk Muslim, malah
diprovok dengan laporan sebahagian yang terbunuh adalah wanita. Sedangkan sumber-sumber
lain mengatakan jumlah sebenar kematian penduduk Muslim tidak didedahkan dengan
sebenar.
Situasi
buruk itu kelihatan berubah sedikit demi sedikit sehingga kelihatan berubah
menjadi tindakan penghapusan etnik, keadaan ini memaksa majoriti umat Islam
meninggalkan kawasan tersebut agar tidak disakiti dan dibunuh.
Puak Etnik Han pula berarak di jalan di
sini awal minggu ini sambil memegang pisau, kapak, pisau pemotong daging dan
senjata buatan lain berazam untuk membalas dendam ke atas etnik Uighur.
Dilaporkan bahawa pemberita menyaksikan samseng Han menyerang dua penduduk
Uighur dalam serangan berasingan tetapi warga Uighur mendakwa banyak lagi
serangan berlaku walaupun kehadiran anggota keselamatan. Polis rusuhan dan
tentera terus memenuhi bandar ini.
DITINDAS
PUNCA TIDAK PUAS HATI MUSLIM
Kebanyakan mereka
kecewa dengan layanan kerajaan yang lebih mengutamakan penduduk majoriti
daripada kaum Han. Kaum Han bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi juga budaya
dan tradisional China. Selain itu, masjid-majsid juga telah diarahkan untuk
ditutup.
Umat Islam di
Xinjiang adalah penduduk asal dan menguasai wilayah Xinjiang namun kini mereka
dipandang sebagai penduduk kelas kedua. Mereka ini bukan sahaja ditindas kerana
agama tetapi lebih terarah kepada cubaan asimilasi dan dominasi oleh China.
Kebanyakan perniagaan
dikuasai oleh penduduk Han dan rumah-rumah penduduk Uighur telah dimusnahkan
untuk memberi laluan kepada kemasukan kaum Han. Kebanyakan peluang pekerjaan
turut dikuasai oleh puak Han. Lebih menyedihkan budaya kaum Uighur telah
diketepikan dan mereka kini umpama golongan minoriti yang terpaksa menumpang di
wilayah sendiri walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.
Kaum Uighur
mengatakan kebanyakan dasar-dasar kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka
demi memberi tempat kepada penghijrahan kaum Han Cina ke wilayah Xinjiang dan
ini telah menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan.
Dari segi kemanusiaan
penindasan sebegini tidak seharusnya berlaku. Kaum Uighur hanya mahukan
keadilan dan hak mereka dikembalikan. Namun laungan mereka ini tidak mendapat
sebarang pembelaan dari kerajaan China. Sesungguhnya pihak berkuasa China tidak
harus menyalahkan kaum Islam Uighur sahaja dalam setiap rusuhan yang berlaku. Sebaliknya
mereka perlu kembali memberikan keadilan dan kebebasan kepada penduduk asal
Xinjiang ini.
Kaum
Uighur ini ditindas dari menikmati hasil dari kawasan mereka seperti gas,
minyak dan 121 jenis mineral dan 148 jenis yang dikeluarkan oleh China. Regim
komunis di sana turut membakar buku-buku berkaitan ilmu Islam, mengganggu
masjid dan berusaha menghapuskan Islam dari kawasan kaya terbabit.[2]
KESIMPULAN
Semoga
kita lebih celik dengan beberapa peritiswa hitam dan pembunuhan zalim terhadap
umat Islam. Penindasan umat Islam kini berada di mana-mana. Kami yang berada di
UK sebenarnya turut merasai sikap perkauman yang diamalkan oleh warga Britain
ini. Sebuah akhbar Islam di UK, pernah melaporkan lebih 50% pelajar Islam di sekolah-sekolah
seluruh UK mengalami pengalaman dicerca dan diejek dengan bahasa perkauman dan kebencian
kepada Islam.
Anak
saya sendiri pernah mengalaminya ketika berada Wales dan juga di Leicester.
Tudung yang dipakai oleh anak perempuan saya pernah diejek budak lelaki tahun 5
sebagai ‘ayam'.! Cermin tingkap rumah seorang rakan saya pernah dibaling batu
oleh beberapa orang budak sekolah, demikian juga cermin belakang kereta MPV
Honda saya yang pecah akibat sifat perkauman ini. Ini adalah web yang sangat baik untuk memberikan informasi berkenaan kezaliman yang berlaku kepada Muslim di seluruh dunia, di barat khususnya. Infoanti Islam di Barat .
Kalau
sifat perkauman ini dikira logik di negara barat, tetapi amat malang sebenarnya
ia juga wujud di Negara-negara Arab yang merasakan diri mereka lebih mulia
daripada bukan arab. Pelajar Malaysia kerap diperleceh di Jordan, Mesir dan
lain-lain Negara. Malah sebahagian ulama berbangsa Arab juga tidak kurang kuat
sikap perkaumannya. JIka itulah di Negara umat Islam sendiri, tidak hairanlah
ia berlaku di Negara bukan Islam.
Buanglah
sikap perkauman yang merugikan ini, Islam tidak menghalang cinta kepada Negara dan
kaum, namun mestilah ia berada di belakang cinta Allah, Rasul dan jihad di
jalanNya. Firman Allah swt :-
Ertinya : Jika bapa-bapa,
anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang
kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya
dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan
keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
fasik ( At-Taubat : 24 )
Akhirnya,
sama-sama kita berdoa agar mereka yang terkorban di Xinjiang, Thailand dan Dr
Marwa di beri keampunan dan diberi ganjaran yang sebaiknya oleh Allah swt. Juga
buat seluruh umat Islam yang berjuang dan dizalimi sejak zaman baginda Nabi
s.a.w sehinggalah kini.
Posted by nur azzahra, on 16-01-2010 07:34, IP 121.120.190.79, Guest
1. penindasan kejam
semoga kita terus peka dengan apa yang berlaku kepada saudara seislam kita..jangan hanya di mulut memperjuangkan islam..tapi,di hati tak ada rasa pun untuk memperjuangkan islam..mohon untuk copy buat iktibar
Posted by hasniza, on 15-08-2009 09:38, IP 203.82.91.101, Guest
3. AllahuAkbar
salam saya ni baru menjinak2 dlm internet..baru kenal dunia It..bila buka j dapat bc artikel macam ni..YAALLAH SUBHANALLah.. baru saya tahu betapa teruknya umat ISlam di tindas..
Posted by muhammad hafiz b ismail, on 23-07-2009 08:51, IP 60.51.237.114, Guest
5. sucikan hati
saudara2ku,jauhkn lah diri dari maksiat,sesungguhnya,maksiat mmbuatkn hati mnjadi gelap,kotor,dan mnyebabkn kita lalai dlm mlakukan perintah-Nya..dngn pnyucian hati,smoga umat islam di sluruh dunia sedar akan hakikat penindasan kita di mukabumi ini..marilah bersatu menentang kjahatan iblis dan zionos israil..salam
Posted by Muhammad Haleem, on 23-07-2009 01:59, IP 60.48.192.229, Guest
6. MJ Syahid ?
Michael Jackson (MJ) was known as the most loving person in the world. He gave up most of his assets for charity and all his life, he fought for equality of the African Americans, AIDS victims, Against Drug Abuse, Against Abortion, Against Child Labor and secretly channelled his properties for the hungry children of the world. However, he wasn't peace at heart. He always think of himself as a child trapped inside a man's body. Being Peter Pan is all his dream, never to grow up, forever a child. That inspires him to build Neverland - a heaven for children. Children of all ages and races are welcomed to Neverland. MJ had so much love to give.
However, he made a mistake which he didn't know of the consequences. He saw the peaceful life his brother, Jermaine (Muhammad Abdul Aziz) had as a Muslim - true, Jermaine faced so much pressure that he moved to Bahrain .
In 1989, MJ made a press conference which shocked the world, "I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam....."
Since that, MJ's life was never the same again. He was accused of so many accusations against child molestation. MJ was not someone who can deal with much pressure as he is a 'delicate child'. All the extortion and black mail followed after that. Everything he did was being seen as wrong in the eyes of the Media. All these are to influence his fans to hate MJ. If he is hated, then he would not be influencial anymore.
For several years, he stayed in England . Getting motivation from a long time friend, Cat Stevens, who had converted into Islam - named Yusuf Islam. From him, MJ learnt how Yusuf had survived being Muslim. He made friends with a song writer, Zain Bhikha too, who wrote a song titled, "GIVE THANKS TO ALLAH", which he wanted MJ to sing whenever he is ready.
Following his trial, MJ withdrew to Bahrain , where he was the special guest of sheik Abdullah bin Hamad Al Khalifa, the son of Bahrain king. It was then that Michael began to give conversion more “serious thought. MJ stayed in Bahrain for approximately 3 years. He studied Islam, the prayers and learn to read the Koran (al-Quran).
Finally, he came back to Los Angeles and in November 2008 MJ had formally converted to Islam in a ceremony at a close friend's house in Los Angeles . He perform Haj with the King of Bahrain and son on December 2008.
He had a hidden agenda when he wanted to make a final comeback. He annouced in a press conference on March 2009, "This will be my final concert. I'll see you all in July...."
He planned that during his concert, he would announce that this is the FINAL concert as he wouldn't be performing anymore. He will declare that he is a Muslim and will only sing with Yusuf Islam and Friends. At the end of the concert, he will be singing the song, "GIVE THANKS TO ALLAH" with Yusuf Islam. That is the reason why he chose London as his final concert venue instead of the USA . It was because he thought he could escape the USA 's extortion, and that he could perform with yusuf Islam who is in England .
At 12.30am, 25th June 2009, he hugged his production manager and said, "After reherasing for 2 months, I am finally ready for the concert..." Before leaving to sleep, he waved his dancers, "It was a good night everyone. I'll see you all tomorrow..." The next thing... He was pronouced dead at 2.26am....
When 911 was called, there are so much questions asked. It is as if they didn't know who MJ is and where he lived. The questions asked are more towards to delay time. The hospital said the autopsy result can only be obtained after 2 months - very illogical as even the worst African technology could obtain the result in less than 2 weeks.
MJ's family members opt for second private autopsy as they started to feel something fishy is going on. The result came out in about 4 days - MJ was drugged with high dosage of anaesthetic - drug that brings about a reversible loss of consciousness, if used to much could stop the heart from beating.
Another result which was not aired in the media was, MJ's stomach is empty of this drug, but his blood were filled with it - same case as the death of Marilyn Monroe. The private doctors also found many needle marks, afraid to be forced injections given to MJ on his bed.
In CNN Live after a week, Barack Obama was interviewed. And he said, "I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death...." Now, why must a President made such statement before the official autopsy result came out? How would he know that there is no conspiracy without the post-mortem result? Seems like someone is afraid of his shadows.
MJ was known to the world as a person who is against drug abuse. Why must he be addicted to drug, then? If he wanted to commit suicide, why rehearse for his concert? And why will he want to see his dancers the next day?
Enough about his death. I am sure people around the world is not stupid anymore. These supreme power can fool us during the Marilyn Monroe conspiracy, Martin Luther King and Princess Diana. But in this MJ's case, they left too many loopholes for those who think...!!
MJ's family was about to give him a Muslim burial with the help of The Brotherhood of Islam. But, the CIA showed up at Neverland's door - blackmailed them that if they do so publicly, Katherine (MJ's mother) would be pull off from MJ's 3 children's custody as well as MJ's estates. Instead, they'll hire Debbie Rowe for the purpose, and the court will be in their favour. So much for democracy and fairness...
Finally, they agreed to let MJ have a Muslim Burial in Neverland. But in condition, must show to the public a Christian Memorial Service, as to prove to the world that MJ was never a Muslim.
So, Staples Centre was just a normal show. That's why the coffin was closed and sealed.
MJ was buried days earlier. The Gold Coffin was empty. They were about to bury the Coffin according to Christianity ways in Hollywood - as in their deal with the USA Government.
These happened, because the USA is afraid of the rising numbers of Muslims in the world.
(Sheikh Ha**d) The Brotherhood of Islam Buletin of Bahrain
Posted by Nurul, on 22-07-2009 10:34, IP 60.53.203.142, Guest
7. Bakar
Assalamualaikum, sy pun ada pengalaman ngeri, masa tu sy br smpai di manchester beberapa minggu, hasben sy g semayang zohor di masjid alfalah, masa tu dia bwk keta. Sebaik dia kuar dr masjid keta dah hilang, trus dia and kwn g report polis, masa tu polis bgtau ada keta terbakar kat belakng masjid tu, derang pun pegi, memang sah keta kami dibakar dek anak2 mat saleh kat sana, dema mmg anti islam, kebanykan mereka sll kena pecah keta atau pecah cermin, tp kami lagi ngeri dibakarnya keta tu,mujur xde dokumen penting dlmnya
Posted by Abu Hurairah, on 17-07-2009 11:40, IP 161.139.151.43, Guest
14. Konspirasi Pembunuhan MJ
Ana dapat E-Mail daripada Buletin Bahrain. Untuk pengetahuan antum, keranda yang membawa 'MJ' ke perkuburan yang disiarkan secara langsung di seluruh dunia bukanlah MJ yang sebenar, tetapi patung sahaja. Sebab itu kita xnampak ciri2 keislaman pada majlis tersebut. los Angeles taja sebab diaorang nak cover bahawa MJ adalah seorang Muslim. Dari Buletin itu juga, MJ adalah mangsa pembunuhan Zionis yang terbaru. Di saat-saat dia nak maklumkan keislaman pada dunia di konsert yang bertempat di London, malam sebelum itu dia telah dibunuh. Dengar citer juga, di penghujung konsert itu juga, dia akan menyanyikan lagu 'GIVE THANKS TO ALLAH" bersama Yusuf Islam. Sebenarnya, MJ telah pun mengistiharkan Islammya pada 1989. Selepas pengisytiharan itu, banyak fitnah yang dilontarkan; antaranya membuat hubungan sonsang dengan budak kecil. Bagi ana, seseorang yang baru nak kenal dengan Islam terus menjadi mangsa kekejaman Zionis lalu dibunuh, tetapi kita yang dah lama Islam sepatutnya bersyukur dengan nikmat Islam. jangan sekali-kali kita lupakan Allah. Semoga syahidnya MJ (Insya'Allah) menjadi inspirasi kita untuk menegakkan Islam. TAKBIR !!!
Posted by perantau, on 16-07-2009 17:32, IP 114.149.64.195, Guest
15. Umat Islam harus bersatu
Sedih & membara betul bila baca kes ni. Bukan stkt BBC, bahkan media kita pun tak berapa ada cerita ni rasanya. Di Jepun ni pun ada aktivis (+/-1000org) berdemo membantah pembunuhan ni. Tapi kita? Bahkan pemimpin kita pun takde yg bersuara dlm hal ni
Posted by muslimummah.Brentford, on 16-07-2009 04:51, IP 78.33.56.10, Guest
16. bersatulah kita atas nama Islam
Selepas insiden 9/11/2001 di New York & Washington DC dan 7/7/2005 di London penindasan kpd umat Islam semakin agresif dan terancang. Di UK khususnya sebelum insiden berkenaann umat Islam telah berjaya membeli beberapa gereja yang tidak lagi berfungsi dan mendapat perhatian pengikutnya untuk dijadikan masjid.Tetapi selepas 7/7 gereja boleh ditukar kepada pub,disko tetapi tidak kepada masjid.Satu perkembangan baru yang amat menarik sejak beberapa tahun lalu kerajaan Britain melalui Home Office (Kem. Dalam Negeri) telah melantik dan menggaji hampir 1200 Imam di seluruh penjara di Britain bagi membimbing dan mengajar agama kepada banduan Islam bukan Muslim yang berminat. Alhamdulillah, semakin ramai banduan Islam di Bitain kembali menghayati agamanya dan semakin ramai banduan Non Muslim tertarik dan memeluk Islam. Pada saya, di mana saja kita berada..Pamerkan akhlak Islam dalam kehidupan seharian berdasarkan aqidah yang mantap dan tuntutan Syariat nescaya kita akan lebih dihormati dan digeruni. Walaupun jumlahnya ramai tetapi sentiasa berpecahbelah dan terlalu taksub dgn jamaah dan fahaman sendiri tanpa cuba bersikap terbuka dan berlapang dada..kita akan terus menjadi kambing yang akan diterkam serigala yang ganas.
Posted by amir ehime, on 15-07-2009 10:12, IP 133.71.104.172, Guest
18. allahuakbar!
innalillah wainna ila hirojiun , panas betoi baca artikel macam nih , umat Islam di perkotak-katikkan sedemikian di luar Malaysia , saya pelajar di Jepun , suasana di sini tidak seteruk itu.... alhamdulillah ... pembunuhan Dr Marwa ni 1st time saya dengar .... thanks UZAR
Posted by mohd, on 14-07-2009 11:25, IP 60.51.113.17, Guest
21. TINGKATKAN IMAN DAN AMAL KITA BERSAMA
TQ, ATAS SEBARAN ANDA..... MEMANG SAYA TURUT SIMPATI. BANYAK TEMPAT DI MERATA DUNIA MEMANG TERTINDAS MALAH DALAM NEGARA SENDIRI...LAGI
MAKA SAYA MMOHON SEMUA UMAT ISLAM TINGKAT IMAN DAN AMAL, JAGA SOLAT= INSYALLAH SOLAT AKAN JAGA KITA... INI JANJI RASULLULLLAH SAW. SAMA-SAMA KITA DOA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM. ITU BANTUAN YANG PALING MURAH TAPI LEBIH BAIK DARIPADA DATANG MEMBAWA SENJATA UNTUK MEREKA.
Posted by kesal, on 14-07-2009 08:49, IP 219.93.35.33, Guest
22. kesal.
saya amat kesal perkara begini terjadi ke atas umat islam.sudahlah di gelar islam ni dengan bermacam nista.di Malaysia..cukup-cukuplah dgn perbalahan sesama sendiri..saudara-saudara kita di luar negara yang penting untuk kita bantu..Mmg patut ada dana untuk bantu saudara kita di luar sana tu
Posted by pelajar msia di jerman, on 13-07-2009 20:22, IP 213.71.132.66, Guest
23. kisah marwa
assalamualaikum ustaz,
saya pelajar kt jerman..juz nak kongsi link dari akh abu hamza (Pierre Vogel).depa hr tu ada wt demonstrasi..tp saya x sempat pergi kerana ada prog.sama2 doakan kesejahteraan saudara2 seislam kita dimana pon mereka berada.ini link dia :http://
www.einladungzumparadies.de/
videos/neueste-videos-
vortraege/kundgebung-berlin-
05-07-09-ausschnitt-674.html
Posted by azim, on 13-07-2009 11:18, IP 58.26.136.5, Guest
24. sedih&pedih
sedih betul bila mengenangkan nasib suadara2 kita ini.yg sedih lagi, media malaysia n malaysian mcm buat 'dungu' je...apabila muslim majoriti,xde berlaku pnindasan,bila muslim minoriti,mesti ditindas habis-habisan.marilah kita sama2 berusaha