"Ustaz, saya tak puas hati betul dengan keluarga si X, dah tahu
dia tak sihat janganlah datang ke program kita, sekarang saya pun dah selsema
ini" Rengus seorang di klinik, kebetulahn bertemu seorang ustaz.
"Heh,
sebab anak kamu, pembawa wabak, sekarang ni satu pertiga seokolah kita sudah
kena selsema babi, lain kali kalau dah ada symptom, janganlah datang ke
sekolah!" kata seorang guru dengan wajah menyinga kepada bapa seorang murid.
"Alahai
macam mana ni, tak boleh diri dekat sangat dengan dia ni, dia tengah selsema
rupanya, nanti kalau aku jarakkan diri dia terasa pulak" Monolog hati seorang
apabila kawannya mengatakan dirinya sedang selsema dan punyai symptom selsema
babi.
Itu
mungkin beberapa dialog yang semakin popular di ketika ini. Jika tidak
dilafazkan sekalipun, ia mungkin sahaja bermain di minda dan hati. Bolehkah
kita sedemikian? Apa lagi senarai perlu faham, perlu dan jangan buat di ketika ini?
Wabak
swine flu atau selsema babi semakin dahsyat menyerang manusia. Sebelum ini
manusia diserang oleh krisis ekonomi hasil tangan mereka sendiri, kali ini
krisis bersambung dan berganda dengan serangan krisis kesihatan, juga hasil
tangan manusia.
Manusia
yang kerap bertukar menjadi bongkak dan angkuh dengan pangkat, kuasa dan harta
kini mula menjadi kecut dan takut. Di United Kingdom, pihak kerajaan dan media
sering mewarwarkan bahawa swine flu tidaklah berbahaya, ia juga digambarkan
sama seperti selsema biasa seperti selsema di musim sejuk yang akan kebah dalam
beberapa hari. Ia dikuatkan lagi apabila semua individu yang meninggal dunia
akibat swine flu di sini, mempunyai pelbagai penyakit serius yang lain. Keadaan
ini menjadikan rakyat UK juga biasa dan hampir tiada dilihat sesiapa memakai ‘facemask'
di jalanan sepertimana yang terdapat di Mexico dan Malaysia.
SELSEMA BABI DI UNITED KINGDOM
Namun
beberapa hari ini kerisauan sudah mula menjengah di minda kebanyakan rakyat UK
akibat kematian seorang kanak-kanak yang sihat akibat swine flu. Ia juga sudah
mula merebak dengan makin meluas di United Kingdom sehingga dijangkaan di akhir
bulan Ogos, dijangkaan lebih 100,000 orang akan menghidapinya setiap hari.
Hari
ini, jumlah mereka yang selsema dan disyaki swine flu di UK semakin bertambah,
warga Malaysia di Leicester khususnya dan UK umumnya, juga tidak terlepas dari
symptoms swine flu. Semua mula berasa risau tetapi jika sebuah negara maju seperti
UK dan USA serta Eropah juga masih terkial-kial, tidak mempunyai penyelesaian
rawatan, bagaimana pula nasib negara sedang membangun seperti Malaysia atau
Negara-negara lainyang masih mundur.
Media
di UK mewarwarkan bahawa dijangkakan vaksin khas untuk virus ini akan berjaya
dihasilkan sekitar bulan hadapan. Vaksin ini juga diwartakan akan diberikan
kepada seluruh penduduk United Kingdom, dimulakan dengan warga kesihatan di
hospital, diikuti golongon berisiko tinggi seperti pesakit athma, diabetes, jantung
dan sebagainya. Namun begitu, semuanya masih kabur dan tidak pasti.
Ubat khas seperti anti viral seperti Oseltamivir (Tamiflu) dan Zanamivir (Relenza) hanya boleh diperolehi oleh mereka
yang telah menjalankan ujian darah dan disahkan memang dijangkiti swine flu, namun demikian di UK, ujian
tersebut sudah tidak lagi relevan kerana jumlah pengadu sudah terlalu ramai.
Malah penghidap symptom juga tidak digalakkan hadir ke GP lagi, cukup sekadar
kuarantin diri di rumah dan mengubat diri sendiri.
PENGALAMAN KE KLINIK
Pengalaman
beberapa warga Malaysia mempunyai symptoms swine flu ke GP (Klinik awam) tidak
begitu menggalakkan, sambutan para doktor juga amat dingin malah doktor
kelihatan amat bimbang dan mengarahkan segera pengadu untuk keluar melalui
pintu lain dengan alasan agar tidak bercampur dengan orang ramai.
Ramai
yang kurang senang dengan keadaan ini, tiada ubat yang diberi oleh pihak doktor,
tiada prescription untuk antiviral,
tiada ubat batuk, dan sebagainya, hanya nasihat untuk mempertingkatkan
penjagaan kebersihan, mengunci diri di dalam rumah dan minum air banyak.
Ramai
yang sedang menghadapi selsema, batuk dan demam di United Kingdom ketika ini, tetapi
kebanyakannya tidak pasti adakah ia swine flu atau tidak, kerana ia benar-benar
seperti selsema biasa, yang mana ia biasanya berulamkan batuk dan sekali sekala
pening kepala akibat membuang hingusan dan demam singkat. Padahal semua yang
disebut tadi adalah symptom-simptom selsema babi, itulah juga info yang
terpapar iklan dan poster symptoms swine flu, ia juga tidak jelas.
SENARAI PERLU DAN JANGAN
Apa
yang perlu dilakukan kini? Saya bukan doktor namun beberapa nasihat berikut
mungkin boleh difahami dan dihayati sebaiknya, moga kita dapat
memanfaatkkanya:-
1.PENYAKIT BERJANGKIT & IMANI QADA'
QADAR.
Perkara utama bagi semua umat
Islam, jangan sesekali lupa atau ‘terlupa' bahawa semua bakteria, virus atau
apa jua makhluk yang membawa mudarat ini terlepas dari kekuasaan Allah swt.
Jikalau kita menelurusi hadis
Nabi s.a.w, kita akan dapati anjuran Nabi s.a.w untuk berhati-hati apabila bercampur
dengan pesakit kusta dan sopak. Sudahtentu anjuran Nabi itu terpakai buat semua jenis penyakit yang diiktiraf
boleh merebak dan ‘berjangkit'. Hadis berikut amat jelas :-
Ertinya : Tiada jangkitan, tiada
sial dan tiada hammah (satu
kepercayaan jahiliyyah iaitu burung yang kononnya tercipta dari tulang mayat
dan hidup lalu membawa sial kematian), maka seorang lelaki berkata : Apa
pandanganmu jika seekor unta yang mempunyai penyakit lalu terkena unta yang
lain?. Nabi menjawab : Itulah taqdir Allah, (cuba fikirkan), dari mana pula
yang pertama mendapat penyakitnya? ( Riwayat Ahmad )
Ertinya : Tiada suatu bencana pun
yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah
tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid : 22 )
Berbekalkan ayat dan hadis di
atas, Islam mengajar kita agar melihat ketentuan Allah swt sebagai asas,
sebelum melihat kepada soal sebab dan musabbab atau sunnatullah (hukum alam).
Walaupun demikian, Nabi s.a.w
juga mengingatkan :
فِرَّ من المجذوم فِرارَك من الأسد
Ertinya : Larilah (jauhilah)
mereka yang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa" ( Riwayat
Al-Bukhari)
Manakala di dalam sebuah hadis
lain :-
لا
يُورِد مُمَرَّضٌ على مُصَحٍّ
Ertinya
: Janganlah orang yang sakit bercampur dengan mereka yang sihat (Riwayat
Muslim)
Mungkin ada
yang terfikir wujudnya pertentangan makna di antara hadis berkenaan qadar Allah
swt dan saranan menjauhi pesakit berjangkit.
Hakikatnya,
tiada kontradiksi di antara satu sama lain, perlu difahami bahawa orang Arab di
zaman Jahiliyah percaya tubuh orang sakit akan automatik memberi kesan buruk
yang pasti kepada tubuh orang yang sihat tanpa mengira sebarang sebab atau
taqdir[1]. Atas
sebab itu hadis menyebut hadis pertama, namun dalam masa yang sama tidak menafikan
jangkitan dari berlaku. Oleh itu, dalam konteks ketiga-tiga hadis di atas,
mesej yang disampaikan oleh baginda Nabi s.a.w adalah :-
·Menafikan kepercayaan silam
bahawa tubuh orang sakit PASTI AKAN memudaratkan yang sihat, justeru di dalam
Islam, tidak boleh diiktikadkan sedemikian.
·Membetulkan kefahaman
semua bahawa hampir setakat mana pun kita dengan mereka yang sakit berjangkit,
semua masih tertakluk kepada kekuasaan Allah swt untuk mendatangkan sakit itu
kepada kita atau tidak.
·Membetulkan kefahaman
ummat bahawa sakit yang mungkin kita alami tidak semestinya datang dari orang
sakit yang kita temui. Justeru, jangan mula salah menyalahkan di antara satu sama
lain.
Hasilnya, Islam tidak menafikan
wujudnya kebolehjangkitan tetapi hadis itu disebut dalam konteks dan objektif yang
disebutkan di atas. Kebolehjangkitan adalah termasuk di dalam perkara
sunnatullah (hukum ketetapan alam), cuma umat Islam perlu memahami ia tertakluk
di bawah izin Allah swt. Pastinya, di musim berlakunya perebakan wabak seperti
selsema babi ini, tidak mudah untuk mana-mana individu yang terkena dan belum
kena untuk meyakini kuasa Allah. Itulah sebenarnya salah satu ujian Allah swt
untuk hambaNya, mendatangkan bala sebagai ujian, tapisan iman serta
mengingatkan hamba kepada kekuasaan penciptaNya. Hanya merkea yang beriman
mampu melakukannya. Semoga kita terdiri dari golongan itu.
2)
JANGAN TUDUH SESIAPASEBAGAI
PUNCA
Jangan menuduh sesiapa sebagai
penyebab anda terkena selsema ini, jangan juga marah kepada sesiapa. Ini kerana
kita tidak akan mampu mengetahui secara pasti dari manakah kita mendapat virus
tersebut. Ini kerana virus selsema boleh sahaja datang dari tombol pintu
pejabat yang kita pegang, pintu kereta, teksi, mouse computer, key board
dan sebagainya. Mungkin terdapat indidivdu lain yang bersin lalu tangannya
memegang keyboard, pintu atau berjabat tangan dengan anda sebelum tangannya
benar-benar bersih dari virus.
Mungkin sahaja kita ingin meyalahkan seseorang
yang bersin di hadapan kita atau duduk di sebelah orang selsema di dalam train
atau bas, namun diingatkan sekali lagi, kita sama sekali tidak boleh pasti,
kita mendapat selsema dari orang terbabit, besar kemungkinan virus itu telah
kita dapati sejak di stesyen bas lagi. Perlu difahami juga, jarak tebaran germ dari seorang yang bersin secara terbuka adalah sekitar 10 kaki jaraknya. Justeru, JANGAN SALAHKAN SESIAPA dan
yakinlah ia takdir Allah swt untuk menguji kita.
Cuba lihat petikan video ini :
3.ELAK KELUAR DAN MASUK DARI KAWASAN SESAK
DAN WABAK
Elakkan bercampur di temat awam
tanpa keperluan yang mendesak dan adalah baik jika dapat sentiasa membersihkan
setiap apa yang ingin kita pegang di temat awam. Mungkin sahaja semuanya telah
dicemari oleh virus selsema babi tadi dan sedang menunggu orang menyentuhnya
sahaja.
Saranan pencegahan ini sesuai
dengan hadis di atas dan juga tindakan Nabi yang tidak berjabat tangan dengan
seorang lelaki kusta dari rombongan Bani Thaqif di ketika sesi berbai'ah (janji
taat setia). Yangmana Nabi saw diriwayatkan berkata yang ertinya : "Pulanglah,
kamu telah pun dikira berbai'ah" (Rujuk
Sohih Muslim)
Nabi s.a.w :-
إذا سمعتم بالوباء بأرض فلا تقدموا عليه ، وإذا وقع بأرض
وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه
Ertinya : Apabila kamu mendengar
terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu
wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar
dari kawasan tersebut untuk melarikan diri. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Mungkin akan adayang
tertanya-tanya mengapa dihalang mereka yang sihat untuk kelaur dari kawasan
wabak, apakah justifikasi arahan nabi sejak 1400 tahun yang lalu ini. Jawapan
diberikan oleh Dr Muhammad Al-Bar (merupakan seorang doktor pakar perubatan dan
ahli Majlis Fiqh OIC), beliau menegaskan terdapat individu yang tidak jatuh
sakit dengan sesuatu jenis virus, manakala sebahagian lain jatuh sakit. Mungkin
sahaja yang keluar ini sihat, tetapi tubuhnya sedang membawa virus dari kawasan
wabak, hasilnya, ketibaannya di tempat baru menyebabkan penyebaran berlaku
kepada penduduk setempat dan pasti akan ada sebahagian yang boleh jatuh sakit
dengan virus tersebut.
Selain itu, kemungkinan juga
individu yang sihat ketika keluar itu, belum terkesan lai dengan virus yang
berada di dalam tubuhnya. Ini kerana sebahagian virus memerlukan beberapa masa
dan tempoh untuk membiak dan mengganggu kesihatan mangsa. Hasil dari semua kemungkinan
ini, Nabi s.a.w sejak beribu tahun silam, tanpa ilmu mikrobiologi telah mampu
memberikan satu peraturan yang bertepatan dengan penemuan sains. Itulah ilmu
yang datang dari pencipta sekalian alam, Allah swt.
Dengan fakta ini, kita tidak akan
sama sekali mampu meneka siapa yang menjadi punca pemindahan virus kepada tubuh
kita, kerana bukan sahaja individu yang sedang sakit dan selsema sahaja yang
berpotensi, malah mereka yang sihat juga terdapat kemungkinan menanggung virus
yang sama dan memindahkannya kepada kita melalui sentuhan dan sebagainya.
Itulah takdir namanya dan kita diarah untuk berusaha sedaya mungkin dan redha
serta sabar apabila diuji.
3)
SEKATNYA DARI MENJADI PENYEBAR
Jikalau ditakdirkan kita
tergolong dari mereka yang sedang diuji dengan selsema babi ini, pastikan
sedaya upaya kita tidak menjadi sebab untuk merebaknya virus terbabit di kalangan
awam. Justeru itu:-
·Tutup
mulut dan hidung dengan tisu atau kain semasa bersin.
·Sentiasa
basuh tangan selepas memegang hingus, hidung atau selepas bersin di tangan, gunakan
sabun atau apa-apa jenis sabun antibacteria.
·Kurangkan
berasak-asak di tempat awam, kerana peluang pemindahan virus boleh berlaku
dengan lebih besar. Namun takdir Allah mendahului segala-galanya, jika telah
ditakdirkan, seseorang yang mengunci diri di dalam gua batu sekalipun pasti
akan kena, mungkin melalui virus yang dibawa di atas badan semut yang memasuki
gua itu!.
Kesemua tindakan dan usaha
pencegahan adalah wajib kita lakukan menurut hukum Islam, kerana menyebabkan
kemudaratan kepada orang lain adalah diharamkan.
4)
CADANGAN PEMULIHAN : SARANAN DOKTOR DAN USTAZ
Bagi tujuan pemulihan, perkara
biasa yang disarankan oleh para doktor adalah :-
Makan vitamin C dengan kadar lebih
banyak dari biasa.
Minum air dengan kuantiti yang banyak,
lebih banyak dari biasa.
Boleh mengambil (kecuali kanak-kanak
bawah 5 tahun) ubat demam atau batuk yang biasa atau juga paracetamol dan pain killer seperti ibuprofen untuk
melegakan beberapa symptom. (Rujuk doktor anda terlebih dahulu).
Ambil cuti dan berehat sehingga
sembuh.
Ditambah pula dengan nasihat dari para ilmuan Islam:
Yakinkan diri dengan kesembuhan,
sebutkan kata-kata yang baik untuk diri seperti yakin diri akan sembuh segera
dan sebagainya. Selain itu, jangan pula mencerca dan memaki hamun semasa sakit.
Hal ini disarankan melalui hadis :-
Ertinya :
Tiada jangkitan (tanpa izin Allah) dan sial, dan aku suka kepada sikap Al-Fa'l,
Sahabat bertanya : "Apakah Al-Fa'l ?"
Nabi
menjawab : "Kalimah yang baik (sangka baik untuk sembuh)
Berdoa agar beroleh kesembuhan
dan doakan orang lain agar turut kuat dan sembuh dari jangkitan selsema babi
ini.
Bersangka baik dengan Allah dan serahkan
urusan kepada Allah swt. Iaitu jikalau telah terdapat ahli
keluarga yang dijangkiti dan amat sukar untuk mengelakan diri dari bercampur
dengan mereka. Dirwiyatkan di dalam sebuah hadi, Nabi meletakkan makan di dalam
satu bekas bersama pesakit kusta lalu berkata :-
كلْ باسم الله
توكلاً على الله وثقة بالله
Ertinya : Makanlah
dengan bacaan Bismillah, bertawakkal kepada Allah dan berikan kepercayaan (
sangka baik) kepadaNya: (Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, namun menurut analisa, hadis
ini dinilai lemah)
Jangan
sesekali putus asa jika ditimpa penyakit ini.
Ertinya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka
gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya)
disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri,
tiba-tiba mereka itu berputus asa.
Sekadar
itulah yang dapat dikongsikan buat masa ini, semoga semua kita dapat menghadapi
saat sukar ekonomi dan kesihatan ini dalam keadaan yang jitu dan teguh iman
kepada Allah swt.
Akhirnya
hayatilah kata nabi ini
عجبا لأمر المؤمن
، إن أمره كله له خير ، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ، إن أصابته سراء شكر وكان خيرا
له ، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له
Ertinya : hebat dan amat mengkagumkan sifat orang
beriman, semua urusannya memberinya kebaikan, dan tiada perolehinya kecuali dia
adalah mukmin, iaitu apabila ditimpa kebahagian dia bersyukur, maka ia perolehi
kebaikan (hasil syukurnya dia), dan apabila ia ditimpa keburukan, ia sabar dan
baginya kebaikan juga (Riwayat Muslim)
Sebarkanlah
artikel ini di merata tempat, semoga ramai beroleh manfaat dan terpandu untuk
menentukan iman, minda, hati dan sikap yang betul.
Posted by izham, on 24-08-2009 09:26, IP 161.139.151.65, Guest
1. cuba laa
saya tak tau berkenaan perubatan saintifik untuk demam viral nie, tapi ada doktor menyarankan sesiapa yang demam viral, MINUM 3 BIJIK AIR KELAPA MUDA SEHARI SELAMA BEBERAPA HARI.saya telah mencuba dan ia ALHAMDULILLAH berkesan. satu lagi ialah dengan membanyakkan memakan KURMA dan DELIMA.
Posted by bahar, on 16-08-2009 15:14, IP 58.26.182.69, Guest
2. assalamualaikum
ustaz, sy kagum dengan ustz mengcungkil swine flu cara islam. sy yg pernah mengikuti ceramah ustz dlm bidang kewangan kagum dgn ilmu ustz dlm bidang ini juga. tahniah diucapkan dan jasa ustz hanya Allah mampu membalasnya.
sy doakan ustaz panjang umur kerana org2 yg mcm ustaz inilah yg diperlukan oleh negara kita dan juga seluruh dunia. ustaz, sy ingin bertanya tentang isu nordin mat top. mcmana komen ustaz cara islam..
sekian wassalam...
UZAR : SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH. isu nordin mat top sukar sikit nak ulas kerana banyak fakta yang terselindung dan tidak pasti. Sama macam ossama laden.
Namun kitab baru Fiqh al-Jihad oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi sangat cemelrang mengulas isu2 sebgitu
Posted by Adam Rizal, on 25-07-2009 21:58, IP 86.17.174.173, Guest
7. Capsule antibiotics dibuat drpd gelatin
Salam Ustaz,
Nak berkongsi pengalaman dgn Ustaz dan semua yg berada di UK. Saya baru2 ni diberi prescription antibiotics utk selsema yg saya hidapi. I went to our local Muslim pharmacy which closes to my home - Moin Chemist - the pharmicist who is a Muslim told me that the capsule of the antibiotics has a gelatin, thus, he advised me not to consume the capsule, instead, twist open the capsule and consume only the white powder directly and get rid of the bad taste by drinking water. So, harap2 sesiapa yg dpt prescription antibiotics or any form of capsule form of medicine pls check the content. Best is kalau ada Muslim pharmacy yg berdekatan sila la pergi ke situ supaya dpt advice what is halal and haram.
Posted by walidah umar, on 24-07-2009 18:20, IP 194.80.32.8, Guest
8. Terima kasih Ustaz
Terima kasih Ustaz atas perkongsian ilmu dan nasihat berguna. Kerunsingan tentang virus ini memang tak dapat dibendung, apatah lagi bila mengenangkan keluarga tersayang di Malaysia.
Kami di UK di beri pendedahan secukupnya oleh pihak kerajaan/NHS bagaimana mengatasi/mengelak daripada jangkitan tetapi informasi yang ustaz berikan dari sudut Islam amat saya hargai dan insya Allah dapat kita amalkan bersama. Semoga Allah melindungi kita semua dari segala bencana. Amin.
Posted by Al Syam, on 21-07-2009 10:07, IP 58.27.115.118, Guest
10. Isu kes suami saman isteri
Salam UZAR !
Berkenaan isu hangat di malaysia sekarang ni , isu suami menyaman isterinya sampai beratus juta ringgit,Adakah kes seperti pernah di zaman para sahabat, dan ianya terkandung dalam syariah munakahat ?
Posted by amirah, on 20-07-2009 09:36, IP 203.82.79.102, Guest
12. Video
Salam UZAR,
Video tu tak boleh buka.
Syukran
UZAR : video tu guna youtube, sesetenagah syaraikat dan tempat kerja block youtube sebab tu tak boleh buka. cuba buka guna internet kat rumah mesti boleh.