Ribaal-Qardh adalah
sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok yang mana
ianya disyaratkan di awal kontrak pinjaman (loan
contract) yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam. Riba jenis ini boleh dikira sebagai yang
paling popular berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini.
Riba jenis ini bergantung kukuh kepada hadis berikut :
كُلّ قَرْضٍ جَرَّ نَفْعاً فَهُوَ الرِّباَ
Ertinya:
"Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia
adalah riba." [1]
Walaupun terdapat pertikaian berkenaan tahap ketulenan
hadis ini, kandungan hadis terbabit telah menjadi satu kesepakatan atau ijma di
kalangan para ulama. Hadis itu mungkin boleh disalah fahami ertinya jika hanya
dilihat kepada teksnya, ini kerana jika setiap pinjaman yang membawa manfaat
itu riba, maka semua jenis pemberian pinjam adalah haram dan riba, kerana
setiap pinjaman walaupun tanpa faedah atau tambah, akan memberikan manfaat buat
peminjam, ia juga memberikan manfaat kepada pemberi pinjam dari sudut pahala
dan kebaikan akhirat. Namun itu bukanlah kefahaman yang tepat, kerana
berdasarkan pelbagai nas dan athar sahabat yang lain[2],
manfaat yang dimaksudkan :-
Terhad kepada
manfaat material dan bukan spiritual seperti pahala
Ia akan
manfaat yang diperolehi oleh pemberi pinjam dan bukan peminjam. Justeru
jika pemberi pinjam menerima pujian dan terima kasih atas kebaikannya, ia
tidak termasuk di dalam manfaat yang haram.
Ia juga
merujuk kepada sesuatu manfaat material yang disyaratkan. Justeru, manfaat
yang tidak disyaratkan adalah terkeluar daripada konteks hadis.
As-Syawkani berkata :
Ertinya
: Apabila pertambahan itu disyaratkan di dalam kontrak, maka diharakmkan secara sepakat [3]
Itulah tiga panduan asas di dalam memahami hadis
berkaitan riba yang berlaku di dalam aktiviti pinjaman dan hutang. Sebagai
penjelasan tambahan, Ibn Qudamah berkata:
Maksudnya : Telah
ijma bahawa apabila pemberi pinjammeletakkan syarat ke atas peminjam sebarang tambahan atau hadiah, maka
pinjaman diberikan, sebarang tambahan yang diambil adalah riba.[5]
Al-Bukhari pernah mencatatkan bahawa Nabi s.a.w berkata :
إذَا أقْرضَ فَلاَ يَأخُذُ
هَدِيةً
Maksudnya : Apa memberi
pinjam, janganlah kamu mengambil sebarang hadiah.
(Riwayat Al-Bukhari dalam At-Tarikh)
Justeru itu, tiada sebarang keuntungan boleh diraih oleh
pemberi peminjam melalui aktiviti pinjaman ini. Ini kerana pinjaman adalah satu
proses yang dibuat secara sukarela atas dasar bantu-membantu. Ia disebut dalam
Islam sebagai Qardh al-Hasan
(pinjaman tanpa sebarang faedah riba dikenakan kepada si peminjam).
BEBERAPA JENIS RIBA QARD YANG POPULAR
Beberapa
jenis riba Al-Qardh yang popular boleh
dipecahkan kepada beberapa bentuk, iaitu:-
1)Duit
berbalas duit yang lebih banyak
Contoh : Ali meminjamkan Ahmad wang sebanyak RM2000,
dengan syarat membayar kembali dengan nilai yang lebih besar seperti RM2500
dalam masa tiga bulan.
Sebarang pinjaman yang mensyaratkan pertambahan nilai semasa
pemulangannya akibat jangka tempoh waktu adalah riba al-Qardh. Ini adalah dari jenis time
value of money[6]
yang diharamkan di dalam Islam.
Bagaimanapun, sekiranya Ahmad memulangkan wang dengan
nilai tambah tanpa sebrang paksaan atau syarat oleh Ali, di ketika pinjaman
dibuat atau sepanjang tempoh pinjaman, ia adalah halal lagi terpuji di sisi
Islam. Hal ini pernah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w apabila baginda membelikan
unta yang lebih baik dari apa yang dipinjam dan digunakan oleh Nabi, tatkala
itu Nabi meminta sahabat pergi membelikan seekor unta yang lebih baik, lalu
berkata:-
Maksudnya :
"Sebaik-sebaik antara kamu (peminjam) adalah memulangkannya dalam bentuk yang
terbaik"
(Riwayat Al-Bukhari)
Namun begitu, hukum haram masih berlaku jika peminjam,
iaitu Ahmad walau dengan sukarela menawarkan pembayaran semula (repayment) dengan nilai tambah. Islam
tidak menerima campur tangan redha manusia dalam hukum yang berkaitan dengan
hak Allah swt. Hukuman riba tergolong dalam kategori hak Allah swt. Justeru walau
ditawar oleh peminjam dengan keredhaannya, hukum haram adalah tetap serupa,
sama ada nilai tambah disyaratkan oleh pemberi pinjam atau peminjam,
kedua-duanya adalah riba yang diharamkan.
2)Duit
berbalas duit beserta sesuatu manfaat
Contoh Pertama : Kamil memberi pinjam sebanyak RM1000
kepada Hasan untuk tempoh lima bulan, sebagai balasan Kamil mensyaratkan Hasan
untuk membantunya menyiapkan kerja universitinya.
Contoh Kedua : Husin memberi pinjaman sebanyak RM5000
kepada Karim dan disyaratkan ke atas Karim untuk membeli komputer yang sedang
dijual oleh Husin atau menyewa sebuah bilik di rumah sewanya.
Dalam contoh pertama di atas, bantuan menyiapkan kerja universiti
itu dikira riba kerana tergolong di dalam manfaat lebih yang diraih hasil
pemberian pinjaman. Ia diharamkan oleh Islam kerana ia jelas satu tindakan menindas
yang mengambil kesempatan di atas bantuan pinjaman yang diberi walaupun tiada
sebarang jumlah tambahan dalam bentuk wang tunai dikenakan sebagai bayaran
semula.
Manakala dalam contoh kedua, ia tergolong dalam
mensyaratkan sesuatu bentuk manfaat, Cuma manfaat kali ini lebih berselindung
kerana menggunakan satu kontrak lain, sama ada jual beli atau sewa. Kedua-dua
contoh ini hukumnya adalah haram berlandaskan nas berikut (selain nas umum yang
dinyatakan sebelum ini):
لاَ
يَحِل بَيْعٌ وَسَلَفٌ
Maksudnya: Tidak halal jualan beserta pinjaman
bertangguh.
Al-Baghawi menyatakan erti (سلف ) dalam hadis ini adalah Qardh
iaitu pinjam. Imam Ahmad semasa ditanya berkenaan erti hadis ini menerangkan ia
membawa maksud, seseorang mmebri pinjam kemudian menjual sesuatu kepadapeminjam
dan mengambil keuntungan darinya. [8]
Jelas, tindakan mensyaratkan jual beli, sewa atau apa-apa
manfaat lain adalah tergolong dalam riba melalui helah-helah tertentu, namun
hukumnya tetap sama, iaitu haram.
3)Manfaat
berbalas manfaat yang lebih
Contoh : Hasan memberi pinjam keretanya kepada Yusuf
dengan syarat Yusuf perlu memulangkan kereta itu dengan tangki minyak penuh, padahal
semasa pinjaman dilakukan, ia tidak penuh.
Dalam contoh di atas, Riba berlaku juga kerana ia
tergolong di dalam hadis pinjaman beserta pulangan lebih yang disyaratkan. Ia
juga tergolong di dalam ijma' yang disebutkan oleh Ibn Qudamah.Ini kerana manfaat kegunaan kereta dibalas
dengan satu manfaat lain yang berbeza dan melebihi manfaat pinjaman.
Sekiranya, dalam kes ini, pemberi pinjam ingin
memperolehi sesuatu keuntungan seperti yang disebut di atas, pemberi pinjam
tidak boleh menggunakan kontrak ‘pinjam' semasa memberi keretanya, sebaliknya
ia mesti menggunakan kontrak ‘sewa' dengan nilai sewa, setangki penuh minyak.
Melalui cara itu, transaksi dan keuntungan yang diperolehi adalah halal.
Mungkin ada yang keliru disebabkan hasil dan akibat (end result) bagi kedua-dua transaksi kelihatan
sama, walaupun demikian ia berbeza di sisi Allah swt, kerana pemberian pinjaman
wang atau manfaat aset yang tidak dikenakan sebarang upah dan tidak diambil
peluang meraih sesuatu manfaat bersifat material akan melayakkan pemberi pinjam
untuk menerima gandaan pahala sebanyak 18 kali ganda bergantung kepada tahap
keikhlasannya. Sejurus kontrak ditukar kepada ‘sewa' ganjaran sedemikian tidak
lagi diperoleh oleh pemilik, sebagai gantinya pemilik meneirma habuan di dunia
berbanding habuan akhirat.
Nabi Muhammad s.a.w berkata:
رأيت لَيْلَةَ أسرى بِي على بَابِ الْجَنَّةِ
مَكْتُوبًا الصَّدَقَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا وَالْقَرْضُ بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ فقلت يا جِبْرِيلُ ما
بَالُ الْقَرْضِ
أَفْضَلُ من الصَّدَقَةِ قال لِأَنَّ السَّائِلَ يَسْأَلُ وَعِنْدَهُ وَالْمُسْتَقْرِضُ لَا يَسْتَقْرِضُ إلا من حَاجَةٍ
Maksudnya: "Pada
malam aku pergi ke syurga (semasa Israk Mi'raj), aku melihat tertulis di dalam
pintu Syurga, "Setiap sumbangan
sedeqah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman tanpa
faedah digandakan sebanyak 18 kali" lalu aku (Nabi ) bertanya : wahai Jibrail,
mengapakah pemberian pinjam lebih mulai daripada sedeqah? Jawab Jibrail : Kerana
yang meminta di waktu meminta itu, sedang ia masih memiliki ( mampu), sedangkan
orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjam kecuali benar-benar di
kala keperluan."
Ertinya : "Allah
menamakannya sebagai qard (pinjam) sebagai penguat kepada perolehan pahala
kebaikannya, kerana jika ia bukan qard, maka pemberi pinjam layak mendapat
ganjaran (material) darinya" [10]
4)Hadiah
duit berbalas hadiah duit yang lebih banyak.
Contoh : Kamil menghadiahkan wang berjumlah RM100 kepada
Hasan hari ini dengan syarat Hasan akan menghadiahkan Kamil wang sebanyak RM120
bulan hadapan.
Ia juga termasuk di dalam kategori riba al-Qardh dan tergolong di dalam kategori
pemberian pinjam walau menggunakan lafaz hadiah. Penggunaan helah menukar lafaz
dan nama tidak mampu mengubah substance atau rangka asas kontrak yang merupakan
pinjaman beserta faedah.
5)Hadiah
bersyarat hadiah.
Contoh : Pengantin lelaki dan wanita
bersetuju bahawa pihak lelaki akan hadir dengan 7 buah dulang hantaran bernilai
RM10,000 manakala, pihak wanita bersteuju dengan balasan 9 buah dulang bernilai
RM13,000.
Dalam konteks ini, masih berlaku syubhat
riba al-Qardh jika sekiranya kedua-dua pihak bersetuju atas nilai harga
tertentu iaitu RM 10,000 berbalas RM13,000. Namun jika kedua-dua pihak tidak
berpakat berkaitan harga, dan hanya menentukan jumlah dulang hantaran
semata-mata, ia adalah harus. Apa yang menjadikannya haram adalah persetujuan
wang berbalas wang yang lebih banyak.
Semoga kita semua dapat belajar, memahami dan menjauhi
diri dari terjebak dalam dosa riba yang amat dikeji oleh Allah swt.
[1]Naylul Awtar,
As-Syawkani, 5/232 ; Nasb ar-Rayah, az-Zayla'ie, 4/60 ; Ramai yang menyebut ia
adalah hadis Nabi, tetapi selepas dianalisa, terdapat pelapornya bernama war
Bin Mus'ab yang lemah dan di anggap "matruk". Bagaimanapun
makna yang terkandung di dalamnya disepakati penerimaannya di kalangan ulama
kerana disokong oleh pelbagai dalil lain
[2]Tidak
disertakan bagi mengelakkan huraian terlalu panjang.
[6]Definisinya
adalah satu Dollar hari ini bernilai
lebih dan satu dollar pada masa hadapan, kerana satu dollar boleh dilaburkan
untuk mendapatkan pulangan keuntungan. (Corporate
Finance : Theory and Practice, Aswath Damodaran, John Wiley and Sons, New
York, USA, 2001)
[7] Tirmizi berkata :
Hadis ini Hasan Sohih ; AlHakim berkata di dalam Al-Mustadrak, Hadis ini sohih
menurut syarat-syarat yang diletakkan oleh Imam-imam, dan ia disepakati oleh
Az-Zahabi ; Albani menilainya sebagai Hasan dan juga Sohih ( Sunan At-Tirmizi, 4/433 ; Al-Mustdarak
(dengan Talkhis Az-Zahabi), 2/17 ; Irwa al-Ghalil, no 1306 ; Sohih Al-Jami
al-Soghir, no 7644 )
[9]Mungkin
ada yang keliru dan tertanya, bagaimana Nabi s.a.w boleh membaca sedangkan
baginda adalah seorang yang ‘UMMI' (tidak boleh membaca dan menulis). Ibn Hajar
memberikan ulasan dengan mengatakan teradpaat beberapa penjelasan dalam hal
ini. Pertama : Ia adalah mu'jizat
yang diberikan oleh Allah semasa isra mi'raj sehingga Nabi mampu memahami
tulisan tersebut. Kedua : Nabi telah
dahulu sebelum itu bertanya kepada Jibrail apa yang ditulis, sesudah itu Nabi
bertanya pula apa yang terdapat di dalam hadis, ini bermakna pertanyaan Nabi
yang pertama dihazafkan bagi memperolehi sasaran hadis. Ketiga : Nabi memang UMMI tetapi melalui mu'jizat baginda boleh
membaca dan menulis ringkas walau tanpa belajar, sebagaimana diriwaytakan Nabi
pernah menulis semasa perjanjian Hudaibiyah, namun terdapat ulama yang menolak
dengan mengatakan bahawa Ali k.w yang menulis ketika itu. (Rujuk lanjut dalam Talkhis al-Habir, Ibn Hajar, 3/270).
Albani pula menilai hadis ini sebagai lemah.
Posted by massita ahmad, on 16-04-2010 12:24, IP 60.48.175.173, Guest
1. hutangkah ini..?
salam ust, ada kemusykilan, tolonglah sya..
sepupu sya telah mengeluarkan cek berjumlah rm10k sebagai bayaran deposit rumah yang sya beli.
sya tidak meminta dn sya menolak kerana tidak mahu meminjam dan tk berupaya untuk membayar pun. apatah lagi sya akan membayar pinjaman rumah itu kelak.
ayat yang beliau gunakan, "ambil sya ada lebih. sya nak bantu je."
ketika itu beliau tahu sya sedang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman 100 percent loan.
ingin melihat kesungguhan beliau, sya nyatakan jika benar tulis nama cek tersebut atas nama pemaju dan bukan nama sya. beliau lakukan dan berikan kepada sya dan sya serahkan kepada pemaju.
sebulan selepas itu beliau meninggal dunia dan warisnya menuntut berdasarkan cacatan si arwah "loan for massita 28 feb".
soalannya perlukah sya membayar semula.sya rasa seperti teraniaya.
Posted by kak sal, on 01-02-2010 00:30, IP 60.53.182.174, Guest
2. duit pinjaman asb
salam ustaz, sy meminjam dari bank untuk dilaburkan di ASN. Pinjaman tu telah habis dibayar, jadi bolehke saya gunakan duit tu untuk membiayai ibadah haji saya. adakah duittu dikira riba?
UZAR : dosa riba tu dah melekat, maka perlu bertaubat, maka wang yang ada dalam tangan tu boleh diguna untuk haji. tapi ada syubhah dalam cara mendapat wang tu yg pasti menganggu kemaqbulan haji.
Posted by isteri serba salah, on 22-08-2009 15:06, IP 115.132.57.7, Guest
4. kuasa wang di tangan suami
Salam ustaz, Apa hukumnya pada seorang isteri yg tidak mempunyai pendapatan bergelumang dengan dosa riba daripada suami seperti pinjaman kereta,ruman, insurans, kad kredit dn sebagainya.
Saya telah menerangkan pada suami tentang dosa-dosa riba ini tapi dia seperti tidak mengendahkannya. Apakah hukumnya pada isteri yg tidak mempunyai kuasa dlm urusan kewangan suami.
Setiap kali perbelanjaan menggunakan kad kredit, hati saya meronta2 merasa marah dn benci begitu juga dgn urusan lain. Saya merasa berdosa, tetapi sedar saya tidak berkuasa atas urusan kewangan suami. Tolonglah saya, ustaz. TErima kasih.
UZAR : Teruskan usaha menyedarkannya.Mungkin dia ego kerana yang beritahu dia adalah 'isteri' nya, cuba ambil sumber luar berikan kepadanya. dan banyakakan berdoa
Posted by indah, on 15-08-2009 12:21, IP 202.170.57.240, Guest
5. minyak kete
Salam, ustaz, nak tnya kalau saya beli kete, pas tu waktu penjual kete nak bagi kete kat saya, saya kata minyak kete bagi penuh yer before hantar pada saya...adakah itu riba'
Posted by asraf, on 11-08-2009 10:32, IP 203.82.79.103, Guest
6. peribadi peminjam
Assalamua'laykum ustaz. Sekiranya si yang memberi pinjam itu memberikan pinjaman wang kepada saya tanpa ada unsur riba atas pinjaman itu akan tetapi dia mempunyai ciri-ciri peribadi seperti tak menunaikan kewajipan dalam agama,tak bersolat dll,adakah pinjaman ini diredhai dan perlukah dipertikaikan shubhah atas wang yang diberikan itu ( kemungkinan wang pendapatannya datang dari unsur2 haram dsb ).Tolong jwb ye ustaz.trm ksh
UZAR : SELAGI pendapatannya bercampur halal haram, halal untuk pinjam.
Posted by hamad, on 04-08-2009 01:24, IP 60.51.95.72, Guest
9. Terlajak...
Salam ustaz...semoga dirahmati.Dipendekkan cerita, saya telah buat loan rumah dibank konvensional (thn 2001).Setelah sedar, saya ingin convert loan kpd Islamic loan, tp pegawai bank kata agak rumit urusannya dan memakan kos.
Persoalannya, skrg sy blm ada kemampuan utk convert.Adakah dosa jika berterusan dgn loan konvensional ini dlm ms yg sama sy blm mampu utk buat urusan converting...Sekian..
Posted by Afandi, on 03-08-2009 21:00, IP 203.82.91.103, Guest
10. Sistem Perbankan Islam
Salam Ustaz.
Saya ada membuat pinjaman peribadi daripada sebuah bank tempatan dengan menggunakan sistem Islam. Belum pun sempat potongan gaji saya bermula, saya hendak membuat penjelasan awal. Jadi saya telah meminta penyata baki hutang penjelasan awal daripada bank tersebut. Jumlah hutang pokok saya berjumlah RM1160,00.00 dengan kadar keuntungan yang dikenakan oleh pihak bank sebanyak 7.3% setahun selama 15 tahun. Jumlah keseluruhan hutang saya ialah RM246,314.70.
Apabila penyata baki hutang sampai, jumlah keseluruhan pinjaman saya menjadi RM252,910.79 dan jika saya hendak membuat penjelasan awal, saya dikenakan pula caj penyata penjelasan awal sebanyak RM50.00 dan rebet sebanyak RM124,184.90 menjadikan baki penjelasan saya berjumlah RM128,775.89. Perbezaan dari jumlah pinjaman asal sebanyak RM12,775.89.
Saya telah membuat aduan berkaitan kes ini di dalam akhbar Berita Harian. Pihak bank tersebut telah menjawab balas aduan berkenaan tetapi saya masih tidak berpuas hati. Saya telah menghubungi pegawai yang berkenaan. Beliau telah memberitahu saya bahawa sistem keuntungan bank akan mengambil keuntungan dalam masa 3 tahun awal yang mana bayaran bulanan saya hanya menjelaskan faedahnya sahaja dan tidak pokok pinjaman lagi.
Saya ingin bertanya kepada ustaz, adakah ini sebenar-benarnya sistem perbankan Islam yang diamalkan di mana-mana negara Islam seperti Arab Saudi, Qatar dan sebagainya atau pun prinsip pengiraan ini hanya diamalkan di Malaysia yang dinaungi oleh pentadbiran Bank Negara sebab pada pandangan saya ianya tak ubah seperti sistem konvensional. Kalau benarlah anggapan saya, mengapa mesti kita membuat pinjaman dengan menggunakan sistem Islam sedangkan ianya mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi.
UZAR : Saya faham soalan dan memang ada bank islam yang buat kiraan dan pembayraan begitu. Saya juga tidak bersetuju dan tidak pasti sama ada ahli Majlis Syariah bank tersebut tahu dan faham implementasi yang dibuat oleh orang bank yang diselianya.
Ada kemungkinan orang bank, implement sesuatu yang di luar persetujuan hali syariah. Apa yang dibuat adalah berbeza. Eloknya laporkan secara bertulis kepada ahli majlis Syariah bank tersebut.
Boleh saya tahu ini bank Islam apa?..boleh saya forwardkn kepada ahli majlis syariahnya juga jika saya kenal/
Posted by nur, on 02-08-2009 23:03, IP 118.2.178.124, Guest
11. hutang
salam ustaz
setahun lepas sahabat saya ada meminjam wang dari saya dalam nilai yen... dan sekarang dia ingin membayar balik dalam nilai ringgit ( sebab dia sekarang dah bekerja di malaysia)..tetapi kadar pertukaran matawang sekarang dan setahun yang lalu dah lain...maka, saya nak suruh dia bayar mengikut kadar matawang ketika dia pinjam atau nilai matawang sekarang?
UZRA : Majlis Fiqh antarabangsa suruh bayar jumlah YEN yg sama regardless nilainya sudah lain.
Posted by asma', on 02-08-2009 22:47, IP 124.82.119.131, Guest
12. adakah ianya riba
Salam ustaz..
Saya ada persoalan.. A telah menjanjikan sekiranya mengambil polisi insuran melalui saudaranya, dia akan membantu sebarang urusan yang boleh diuruskan dengan jawatan yang ada padanya menjadikan yang mustahil boleh jadi kenyataan..
UZAR : Polisi insuran konvensional bukan Takaful adalah haram. Jika polisi takaful, ia halal.
Tapi janjinya itu ada syubhatnya kerana yang menjanji tahu ia mustahil untuk dicapai tapi disenyapkan.
Posted by walid, on 01-08-2009 11:27, IP 115.133.227.163, Guest
13. mampu tp masih mahu berhutang
salam ustaz,
masih berkenaan pinjam/berhutang.
apa hukum jika seseorang dlm kategori boleh membayar secara tunai tetapi mahu berhutang...misalnya dlm pembelian rumah (OPM-other people money concept)
Uzar : ia di haruskan selagi hutang dibuat secara halal dan dia tidak culas dlm membayarnya.
Posted by azman, on 31-07-2009 22:56, IP 118.100.147.136, Guest
14. peminjam tidak makan duit riba
haram kita makan duit riba.peminjam hanya makan duit yang dipinjam sahaja.riba bank yang makan.adakah dosa peminjam sama dengan dosa orabg yg makan duit riba.Allah itu maha adil.
UZAR : kedua-dua sama dosa dan layak ke neraka. berdasarkan hadis nabi. "pemberi dan penerima adalah sama" (riwayat al-Bukhari) , ALlah memang adil, krn dgn wujudnya peminjam yang menrima ribalah wujudnya pemberi pinjaman riba. Kedaud-au ny saling bantu membantu dalam mempromosi dosa dan maksiat.
sama seperit pembeli jam tangan curi di hentain R & R, jika dah tahu jam tu jam curi tapi beli juga, samalah macam mencuri.
Posted by suhail, on 31-07-2009 22:35, IP 118.100.147.136, Guest
15. riba
kwn saya meminjam wang dari bank konvensional sebanyak 50 ribu.bila dicampur faedah jadi 70 ribu.20 ribu itu adalah riba.bank yg makan duit faedah itu.adakah peminjam pun turut berdosa.dia hanya makan duit yg dipinjam sahaja.
UZAR : turut berdosa keran anabi sebut
"pemberi dan penerima adalah sama" (riwyaat al-Bukhari)
Posted by suhail, on 31-07-2009 22:21, IP 118.100.147.136, Guest
16. riba
Riba itu haram.yang makan duit riba ialah pihak bank.peminjam hanya gunakan wang yang dipinjam sahaja.semua bank terlibat dengan bank negara yang kenakan riba.adakah bank islam tidak terlibat dengan bank negara.minta ulasan ustaz.
UZAR : kena faham interbank money market baru boleh faham. untuk makluman telah berjaya diwujudkan interbank moeny market islam. Boleh baca dan rujuk disini
Posted by RIZAL, on 30-07-2009 11:42, IP 203.82.92.104, Guest
17. Peminjam beri hadiah wang
Assalamualaikum Ustaz...semoga sentiasa dlm rahmat Allah. Sesungguhnya web ustaz ini begitu banyak membantu kaum muslimin dalam soal-soal muamalah.Syukran.
Saya ingin bertanya, sekiranya saya meminjam RM 1000 daripada si A dan berjanji akan membayar balik secara tangguh sebanyak RM 100 sebulan selama sebulan.
Kemudian, saya berjanji akan memberikan "HADIAH" kepada peminjam sebanyak RM 200. Adakah urusniaga tersebut juga jatuh dalam hukum riba? Terima kasih atas penjelasan.
UZAR : jatuh riba. Semua janji atau tawaran yang dibuat semasa pinjaman dibuat dan belum langsai adalah riba. Yang tak riba adalah hadiah yang diberikan semasa pulangan akhir dibuat tanpa sebarang janji dan tawaran.
Posted by cahaya masa, on 30-07-2009 09:37, IP 202.58.86.15, Guest
18. EPP (Easy Payment)
Maksudnya: Tidak halal jualan beserta pinjaman bertangguh.
( Riwayat At-Tirmizi) [7]
Salam UZAR, banyak kedai telah menawarkan jualan produk secara tunai atau easy payment plan (EPP) menggunakan kredit kad selama 12 bulan yang mana harga bayar tunai dan EPP sama. Katakan komputer dibeli tunai rm1200 tetapi secara EPP juga rm1200 cuma dibayar rm100 setiap bulan selama 12 bulan.
apakah keadaan/hukum jika saya memilih epp menggunakan kredit kad islamic.
Posted by ahmad, on 29-07-2009 18:27, IP 87.201.245.139, Guest
19. brg bkn ribawi
Salam UZAR Adakah riba qard juga berlaku dlm brg2 bkn ribawi dan bkn yg sama illahnya dgn brg2 ribawi tersebut?
e.g. A menghutangkan 100 batang pen kilometrico dgn syarat pembayaran 110 batang pen yang sama/ dlm bentuk lain -menukarkan 100 pen dgn 110 pen yg sama tetapi ditangguhkan penyerahan salah satu pihak. Terima kasih
UZAR : tiada riba dalam contoh soalan yang diberi panduan yang diijtihadkan oleh 4 mazhab, berdasarkan hadis nabi.
ia bukan item ribawi dan tiada riba padanya. Tapi ia boleh jatuh riba ia ia hanya helah untuk mendapatkan duit, sebagia conoth, bukan pen yang dikehendaki tetapi pen itu akan dijual kepada pemberi pinjam dengan harga yang lebih mahal.
Posted by rossi, on 29-07-2009 16:12, IP 202.146.93.33, Guest
20. Pemberian Sebagai Tanda Terima Kasih
Slm Ust,
sy mtk maaf ust, mgkin tak berkaitan sgt ngan tajuk ni,tp sy memerlukan penerangan & jawapan
Situasi : kita bekerja di jabatan yg menguruskan tender dan award contract. katakan si "B" menguruskan satu tender project dan akhirnya tender/contract tersebut telah di award ke si "A" (setelah melalui proses2 tender), sebagai tanda terima kasih/pghargaan (kata si "A"), dia memberikan hadiah yg kbykan berupa jamuan/makanan kpd jabatan tersebut, jadi jamuan itu ditujukan kepada satu jabatan, semua org dlm jabtan tersebut termsk si "B" (originator) menikmati/mkn sekali jamuan tersebut.
ada diklgn ahli jabatan tersebut mgatakan mknn tersebut syubhah dan patut menjauhinya sbb nt akn jd darah daging,,
tp pada asalnya, kita tak mtk pun si"A" memberi habuan tersebut, itu adalah di atas kehendak si "A" sendiri,, adakah makanan tersebut termasuk dlm kategori syubhah/rasuah yg patut kita menjauhinya? maafla ust, kalo susunan bhsa sy ni berbelit2.
hrp ust bg penerangan.
UZAR : Memang ada syubhatnya sekiranya jamuan itu boleh mempenegrahui pemikiran dan pertimbangan ahli jabatan dalam membuat keputusan akan datang.
Posted by Raudhatul_Jannah, on 29-07-2009 14:26, IP 218.111.126.54, Guest
21. Pinjaman peribadi
Salam UZAR
Saya hendak bertanya, pinjman peribadi di Bank Islam menggunakan konsep bank membeli matawang riyal dan menjualnya kepada peminjam.Contohnya, pinjam RM 10 ribu, bayar balik pada bank RM 15Ribu dalam tempoh 10 tahun. Adakah konsep ini dibenarkan dalam Islam?..Adakah ia termasuk dalam Riba al-Qardh?
UZAR : Yang ini saya tak pasti aplikasinya sebenarnya bagaimana. Boleh rujuk kepada manager syariahnya BIMB di web beliau di http://www.nazrichik.com/
Posted by zmamat, on 29-07-2009 12:23, IP 210.187.65.67, Guest
22. Pinjaman sewa-beli kenderaan
Salam ustaz,
1. Apakah hukum pinjaman sewa-beli kenderaan (konvesional) dari bank? Saya dah buat carian kat web ni tapi tak jumpa. 2. Saya ada bertanya kemudahan untuk 'refinance' pinjaman kereta secara islamik tapi kebanyakan bank tak ada termasuk bank rakyat, bank islam, dan lain-lain. 3. Bank yang sama yang memberi pinjaman sewa-beli kereta tersebut ada menawarkan 'refinance' secara islamik tetapi semua proses dan syarat2 sama kecuali dokumen saja berlainan dan mesti kena tukar nama pemilik. Dan saya terpaksa menjelaskan hutang pinjaman sewa-beli asal yang telah dikira siap dengan 'interest'nya sekali. Boleh ustaz bantu?
Posted by asrulasmah, on 29-07-2009 09:54, IP 120.141.104.141, Guest
23. beli emas guna duit loan
salam, apa hukum beli emas secara cash tapi cash tersebut dapat dari duit loan (islamic loan)? adakah dianggap masih riba kerana beli secara ansuran kerana guna duit loan atau tidak?saya sudah baca artikel ust, tapi ust beri jawapan masih samar.
UZAR : ia ada dua isu berbeza. pinjaman tu kalau dbuat secara riba, maka haram
jika pinjaman tu halal, maka pembelian emas mesti dibyaar secara tunai dan fizikal emas juga mesti diterima secara serta mertea. itu sahaja
Posted by asrulasmah, on 29-07-2009 09:10, IP 120.141.104.141, Guest
24. beli emas guna duit loan
apa hukum beli emas guna duit loan yang islamic?masih dianggap riba sebab beli emas secara hutang atau tidak? saya dah baca artikel ust ttg beli emas tapi saya masih samar dengan jawapan dari ust.
Posted by ezri haqim, on 28-07-2009 17:59, IP 58.26.217.95, Guest
25. Pinjaman dan Kad Kredit
Assalamu'alaikum Ustaz,
Saya ada beberapa soalan berkaitan pinjaman, juga soalan status kad kredit:
1. Sekiranya saya meminjam motorsikal kawan saya, kemudian mengisi minyak sebanyak RM2 secara sukarela, ataupun dengan niat untuk menggantikan minyak yang motorsikal yang saya gunakan, sedangkan penggunaan minyak kurang daipada RM2, adakah dikira sebagai riba?
2. Secara umum, saya mengetahui bayaran balik pinjaman adalah wajib. Apakah hukum sekiranya saya melambat-lambatkan bayaran balik sedangkan saya mampu?
3. Bagaimana pula jika saya sebagai pemberi pinjam, timbul niat untuk tidak menghalalkan pinjaman kerana peminjam tersebut buat-buat lupa terhadap pinjamannya?
4. Berkaitan kad kredit, baru-baru ini ayah saya telah mendaftar kad kredit dengan CIMB Islamic. Apakah penggunaan kad kredit CIMB Islamic ini halal?
5. Sekiranya kami menggunakan kad kredit tersebut, dan kami membayar secara penuh setiap bulan, dengan tidak mengikut konsep sebenar kad kredit iaitu 'tidak digalakkan membayar penuh' , yakni tanpa apa-apa tambahan pembayaran, adakah kami masih terlibat dengan riba?
UZAR :
1. HARUS, dah sebut dalam artikel
2. HARAM, dan zalim dan layak dikenakan hukuman, berdasarkan hadis nabi yang sohih.
3. Mana ada beri pinjam tapi tak halal. Pinjam mesti dibayar semula kemudian hari.
4. CIMB Islamic dan produknya telah disahkan oleh majlis shariah mereka. so boleh guna.
5. CIMB Islamic dah sahkan semuanya itu dalam terma2 kontrak. sila rujuk
Posted by Rizal, on 28-07-2009 17:33, IP 219.93.190.226, Guest
26. Pinjaman kereta
"tiada pinjaman secara Islam di Bank Islam"..
hmm..saya membeli kereta dgn pinjaman BBA dari Bank Islam..adakah sy sudah terlepas dari dosa riba dgn berpendapat bahawa sy meletakkan kepercayaan terhadap Bank tersebut supaya tiada unsur riba didalam transaksi..Jika ada juga, bank tersebut akan bertanggungjawab di padang Mahsyar kelak?
UZAR : demikianlah jika menurut firman Allah : "tanyalah kepada yang mengeahui kalau kamu tidak mengetahui"
Posted by kurang jelas, on 28-07-2009 08:28, IP 60.53.25.200, Guest
28. Barangan ribawi
salam ustaz,
kalau tak silap saya dalam buku "WANG ANDA DAN ISLAM" (warna hijau) ustaz ada mengatakan yang emas dan perak termasuk dalam barangan ribawi. Apa itu barangan ribawi dan macam mana nak kenal?
UZAR : Nanti, akan datang saya masukkan artikel berkenaannya, inshaAllah
Posted by Akram, on 27-07-2009 17:21, IP 203.217.176.230, Guest
29. Ribawi Item - Bay As-Sarf - Bay Inah
Salam Uzar,
Lari perbincangan sikit (mgkin boleh dibincangkan dlm artikel lain)
Mohon penjelasan terperinci dari UZAR berhubung, barangan ribawi (emas-perak-gandum-barli-tamar dan garam).
1. Kenapa 6 barangan itu sahaja? Ada justifikasi khusus tak? 2. Ada yg berpndapat emas/perak kini adalah dalam konteks currency (mcm mane dgn Bai' As-sarf)?? 3. Saya selalu beranggapan, jika x boleh nak dapatkan pulangan lebih dari pinjaman, buat jer "kontrak jual beli".. so, ianya akan jadi halal.. eg. ali jual pen pada hasan 100, hasan beli secra tangguh dgn 150..
so, ali dapat untung 50 (alaa, concept bay inah)..
UZAR : jawapan kpd persoalan memang ada dlam buku saya yg akan terbit. inshaAllah akan disiarkan kemudian
Posted by nur, on 27-07-2009 11:34, IP 210.48.222.5, Guest
31. kalu di beri atas rela hati
salam..ustaz, kalau si peminjam tu yg rela hati nk bg lebih sikit duit @ hadiah atas ape2 yg dipinjam mcm mane?kadang2 org yg bg pinjam ni suke berkias2 mengenai balasan yg lebih..macam mane yer???